[go: up one dir, main page]

5/28/2016

tips memilih bag mendaki

pertama sekali, ingin aku beritahu yang aku bukanlah pakar dalam memilih beg mahupun berpengalaman menggunakan banyak beg. latarbelakang penggunaan bag aku adalah Deuter Futura 50+10, Quechua Forclaz Symbium Access 70+10, Gregory Baltoro 75 dan Arcteryx Bora 65. artikel ni tidaklah disokong mahupun berpandukan mana-mana artikel rasmi. jadi, berkebarangkalian apa yang aku akan perkatakan di bawah ni nanti akan mempunyai unsur tidak tepat atau berat sebelah. ini hanyalah sekadar panduan yang aku gunakan secara peribadi bilamana menilai cara untuk membeli beg mendaki berdasarkan pengalaman sendiri, perbualan dengan orang lain dan pembacaan yang entah bila. makanya, demikianlah cara aku dalam memilih/membeli beg pendakian (ianya tidak disusun mengikut prioriti. aku sekadar letak apa yang terselerak dalam kepala)


  1. ukuran torso
    • tidak semua beg dibuat untuk semua orang. ada beg yang dibuat unutk kanak-kanak, wanita dan lelaki dari negara pengeluarnya. secara kasarnya, kalau dah badan akak-akak orang putih tu dah macam saiz lelaki biasa Asia dan badan lelaki di sana dah macam badan lelaki melampai sado asia. kita kena adapt dengan pengiraan torso
    • torso ni boleh kata berkaitan dengan panjang tulang belakang kita. kalau beli yang torso melebih, ianya akan membawa kepada beg seolah terlalu panjang untuk kita. kalau terlalu pendek, terasa beg seolah kecil untuk kita. jadi, seeloknya beli yang ngam-ngam
    • cara nak mengira torso: ukur jarak antara tulang yang tersembul bilamana kau tunduk ke depan (C7) ke anggaran asas puncak tulang pinggang. rujuk gambar di bawah. size Small (16-17.5", Medium/Regular (18" - 19.5") dan Large (20" keatas)
    • secara kasarnya, perempuan Malaysia selalunya size S dan lelaki Malaysia selalunya size M. JANGAN BELI YANG BUKAN SIZE ANDA!





    1. international review
      • dalam Malayisia ni, susah untuk kita dapatkan review-review bertulis berkenaan bag. mungkin itu punca utama pembelian bag sering tersilap. kerana beli ikut kata kawan, nafsu dan ikut seronok. 
      • boleh rujuk website luar dimana kau sekadar perlu google macam "gregory baltoro review". nanti ada lah dia tujukan ke link-link website yang ada tertulis review ni. 
      • kena refer 2-3 website sebelum meyakinkan diri dengan jenama yang dipilih tu. jangan sesekali bersandar pada satu. lebih banyak review, lebih banyak input kau dapat. 
      • memang hutan dan cara mereka guna sedikit berlainan daripada kita. tetapi, perlu ingat, dengan membaca review-review ni, kau akan dapat sedikit idea mengenai bag yang kau pilih tu. tapi, kalau kau pilih bag yang limited edition, memang masaklah nak cari review. kadang-kadang, ada jenis bag memang dibuat padu. namun, sekadar bertujuan untuk jadi collector's item.
    2. teknologi dan sistem bag
      • jangan nak kolot dan percaya yang teknologi terkini sentiasa mengatasi teknologi lama. secara sinisnya, takkan kau nak bezakan kemampuan kereta Inspira dengan 360 Modena? memang Inspira tu lebih baru. tapi, 360 Modena tu lebih terperinci pembuatannya. secara kasarnya, kita akan terus assume yang 360 Modena tu lebih paduikkk
      • teknologi frame. ada frame luar beg, ada frame dalam beg. frame yang dimaksudkan adalah tulang yang menyokong beg tu melekat pada badan kita. terkini, semuanya pakai inner frame.
      • teknologi berkenaan padding pinggang. ada jenis frame yang mampu bergerak bersama pinggang dan ada yang fixed. aku akan syorkan mempunyai pinggang yang mampu bergerak-gerak demi keselesaan jangka masa panjang pendakian. ini demi mengelakkan stress kepada pinggang kita. kenapa? sebab hutan kita memerlukan selalunya pendaki untuk menyelit di celah pokok, memanjat dahan, melintasi sungai deras dan tidak asing juga, meniarap. pergerakan yang sentiasa memerlukan badan menjadi fleksibel. jadi, seeloknya ada bag yang sama fleksible untuk mengikut jejak langkah liuk lentok badan kita. seeperti gambar bawah adalah pinggang disk dari Arcteryx Altra yang boleh ikut lentok pinggan bilamana kau ke kiri dan kekanan (ya, ada kekurangan nya juga. boleh baca review dia)
      • teknologi pivot. ada juga teknologi macam spring pada padding bahu backpack yang membantu menyerap hentakan dari masa ke masa macam dari Quechua macam gambar di bawah. dia macam ada getah elastik. boleh lihat review di youtube
      • hampir kesemua bag ada kelebihan untuk lubang bladder/h20. bergantung kepada istilah syarikat pengeluar. apabendatu? bag air la. yang boleh kau sedut air terus dari paip yang dikeluarkan tanpa perlu buka bag. tapi, harus peka sebab tak semua lubang adalah sama dan tidak semua kepala paip air bladder adalah sama. sila baca review-review technical / product information before purchase. 
    3. bahan binaan
      • buat masa ni, kalau dalam konteks beg pembelian marhaen, formula asas dia adalah bahan binaan ringan bersamaan dengan tidak tahan lasak. dan bahan binaan lasak adalah tidak ringan. ini penting kerana aku rasa semua orang faham, 1kg di bandar tidak sama dengan beban 1kg ketika mendaki. apatah lagi bila pendakian memakan masa hingga 6 hari. 
      • perlu juga mengambil kira faktor material itu dengan serapan air. dengan cuaca Malaysia yang seindah pelangi, ianya senang bertukar. beg yang basah menjamin beg yang berat. begitu mudah. ada jenis material yang kalau dah sedut air, memang naya la nak memikul beban yang melekat tu. 
      • faktor bahan binaan juga perlu di ambil kira dengan bagaimana kau memakai beg tu nanti. kalau nak bawa pergi ttrip Hardcore, seeloknya lah beli yang mempunyai material yang kuat macam cordura. jadi, bilamana tercarik dek duri, duri tu yang patah. bukan beg yang koyak. tetapi, kalau memang memilih untuk menjadi pendaki yang biasa-biasa atau sekadar ikut fesyen semasa, pakai je lah material biasa-biasa yang ringan. sebab trek komersil jarang sekali penuh onak dan duri. lain orang, lain citarasa. kenalilah rasa sendiri. nak mudah, kau boleh bezakan antara Karrimor Sabre 60-100 dengan Osprey Atmos. beza material, beza berat, beza ketahanan. 
      • ada juga material yang dibuat kalis air. harga memang padu. tapi, tetap ada trade-off dia. sebab ianya lebih sensitif dan kena jaga. macam arcteryx Naos.
      • ZIP! biasanya, pengeluar akan guna zip YKK. nama nampak buruk dan biasa kan? tapi, syarikat ni memang dah biasa buat zip. dia tau la apa dia buat. terkadang untuk edisi khas atau baikkk punya, syarikat akan buat zip khusus dia sendiri. ini akan menaikkan harga bag. tak kurang juga beg ciplak yang kompeni mencimplak guna zip konon syarikat pengeluar punya. makanya? sila rujuk online review atau rujuk website pengeluar unutk mengenalpasti secara zahir macamana keadaan beg yang original.
    4. rujukan pengalaman
      • rujukan pengalaman ni bermakjsud, kau bertanya sesiapa yang pernah memakai model yang kau berminat. ianya lebih padu dan jitu berbanding rujukan antarabangsa. namun, ianya lah yang paling susah nak dapat. sebab, jarang orang nak ada pakai sama beg macam team member dia pakai. dah macam boria la pula rasanya nanti, kan?
      • seperti biasa, dalam mana-mana law research, seeloknya kau mengambil dari lebih 1 sumber. cuba lah cari kawan-kawan yang pakai beg ni dan bertanya macamana pengalaman mereka. supaya kau ada idea yang lebih tepat dalam memilih beg
      • cara yang paling tepat sekali adalah, kau jumpa beg yang kau berminat ni on track dan kau minta tuan beg untuk mencuba pakai dengan menyatakan niat kau yang ebrhajat nak pakai jenama ni. kebiasaanya, tuan beg akan berbesar hati untuk beri kau merasa. mengapa begini? sebab, kau boleh rasa dengan lebih tepat pengalaman dan perasaan memikul beg itu yang berbeban berbanding sekadar membaca atau memikul angin. kau akan rasa kesedapan padding dan keseimbangan bag. 
    5. keyakinan jenama
      • ianya sedikit bercanggah dengan cara kita review bag. namun, jenama bag ada memabntu untuk memberi sedikit jaminan terhadap kualiti bag. kualiti zip, jahitan, material dan jangkahayat. 
      • jenama besar biasanya menjaga kualiti mereka. namun, ada je jenama besar yang menghasilkan kualiti yang menghampakan. untuk ini, boleh lah ajak kawan yang dah pakai jenama ini untuk sembang sedikit berkenaan kualitinya.
      • jangan terkeliru dengan 'collector's item". benda ni mahal juga sebenarnya sebab ada demand. ianya tak semestinya bagus. tapi, tak bererti ianya tak bagus. bergantung kenapa ianya tergolong dalam collector's item. terkadang, kerana edisi terhad. terkadang kerana memang kualitinya padu macam kereta kebal.
    6. padding
      • melalui rujukan antarabangsa dan rujukan pengalaman atas tu, serta pengamatan terhadap gambar padding, atau melihat sendiri padding dan merasanya.
      • padding ini antara faktor utama. ianya akan terletak pada bahu dan pinggul kau. kalau gagal kesedapannya, boleh membawa kepada lenguh nauzubillah mahupun macam biasa, melecet paduikk
      • kalau kau ni jenis yang suka bawa batu bata dalam beg, pilih lah padding yang tebal. selesa sikit pakai. kalau kau jenis yang bawa ringan dan mahupun bag ringan, terjah je padding halus. 
      • benda ni boleh nampak perbezaan pada beg runner dan bag tanker. bag runner (trail runner) selalunya padding asal ada (namun berkesan! sebab kualiti tinggi, teknologi terkini dan mahal). senang cakap, kau bezakan dari padding bag daypack ke bag harvesack. lain maaa
    7. harga
      • ada mampu? beli mahal. tak mampu, hadap je lah. janji mendaki!
      • harga mahal tak semestinya bagus. harga murah tak semestinya buruk.
    8. kesesuaian saiz
      • secara dasarnya, trip yang lebih panjang akan memerlukan beg yang lebih besar. ini kerana muatan yang kau bawa akan lebih pelbagai untuk mengisi kapasiti keperluan/bahan trip. lagi banyak benda merapu nak bawa, lagi besar size diperlukan!
      • namun, dengan adaptasi dengan teknologi keperluan lain seperti sleeping bag yang lebih kecil, jaket yang lebih nipis dan pelbagai lagi, akan mampu membuatkan kau sekadar memerlukan bag yang lebih kecil.
      • untuk biasanya, perempuan maksimu adalah 50L dan lelaki maksimum adalah 65L. kalau dah bermodal untuk keperluan lain yang lebih kecil, padat dan ringan, trip 6 hari boleh je kau pakai beg 45L. pikul macam hamba, selesa macam raja. pikul macam raja, selesa sekadar hamba. itu sudah pasti.
    ok. buat masa ni, tu je yang aku boleh fikirkan. kesimpulannya, kau kena faham mengenai "oppurtunity cost". kau kena nilai dari pandangan yang lebih holistik dalam membuat pilihan. tiada satu beg yang boleh aku katakan secara mudahnya ianya sesuai untuk kau. kau sendiri kena nilai, ianya sesuai atau tidak. 

    harap membantu awak cik oversea!


    OUT

    5/23/2016

    cita-cita yang tergantung

    dulu masa kecil berangan nak masuk sekolah.
    nanti dekar sekolah boleh timba ilmu banyak-banyak.
    dengan ilmu banyak, nak pergi menara gading.
    kerja bagus-bagus. kasi enjoy mak bapak sampai dia tidur.

    dah besar sikit, masuk sekolah.
    masa sekolah bajet-bajet nak belajar bijak-bijak.
    nak ada rumah bunglow dan kereta Ferrari.
    bersemangat nak masuk menara gading.

    masuk je U..
    kepala mula im untuk lepas paper final.
    supaya nanti keluar dapat kerja.
    cukup lepas beli rumah dan kahwin dan beranak pinak.
    kasi mak bapak gembira, kasi ada keluarga bahagia.

    bila mula kerja..
    dunia terasa berat dan tak seindah khabar.
    bolehlah nak enjoy menggila, tapi sekadar itu sahaja.
    hujung bulan, garu kepada dan bertanya "aku ni nak jadi apa?"

    entah mana tersekatnya ilham dan semangat masa muda dulu.
    kemana kita yang meletakkan imaginasi luas mampu membatu.
    kemana iman yang berkata "rezeki itu rahsia dan kita perlu berusaha".
    kemana semangat yang dulu kata "gua boleh pergi lagi ni.."

    silap kerana lama sangat terawang inderaloka.
    silap kerana yakinkan sangat ada kayangan dunia.
    silap kerana memilih pergaulan dengan yang sama lemah.
    silap kerana terhalusinasi dengan keindahan semasa.
    silap kerana tiada aturcara masa hadapan yang lebih serius.

    dan sekarang,
    idea-idea masih terkarung terkabur kerana tersekat.
    tersekat kerana masa. tersekat kerana modal. tersekat kerana tiada usaha.

    jadi,
    tak perlulah mempersoalkan "mana indahnya dunia?".
    sebab yang silap itu kau. bukan Dia.


    OUT

    perbualan di selingan

    bilamana berwaktu kosong, masing-masing mula menutur kata.
    maka tajuk perbualan marhaen pun bermula.
    kalaukan topik hangat hari ini adalah banjir, maka diperbentangkan perihal banjir.

    bilamana tiada perbualan secara lidah, maka secara jari pun bermula.
    komunikasi sementara secara maya. like sana, like sini. comment sana.
    recce-recce. stalk-stalk.

    itulah pusingan sosial gua sejak bertahun ni. tiada lagi perbincangan untuk minda.
    tiada lagi perkongsian pandangan mahupun ilmu.
    samada masing-masing kedekut, atau sememangnya sekadar jahil ilmu.
    dada kosong, otak sebu.

    gua rindukan zaman jiwa berkobar dan akal meliar.



    OUT

    5/08/2016

    overdose

    "too much of one thing is not good"...

    at first,
    a light dose of the specific drugs is good enough.
    overtime the being,
    the previous dose cant satisfy your need and craving.

    that is when you will move to a higher dose.
    some might even choose for a stronger dope.
    than is when you will loose your original self,
    either to be better, or worse.

    human wants can never be met.
    get a taste of every halal thing.
    but please,
    never be an addicted to anything

    i am now addicted to hiking.
    and i hate it.
    it is eating me.


    OUT

    the road not taken

    geng,
    dari IKEA ke KLCC, ada banyak jalan.
    secara mudahnya, ada jalan yang paling mudah dan paling optimum.
    namun tetap,
    ada banyak jalan.

    ada sebab kenapa jalan A paling sesuai.
    ada musabab kenapa elakkan jalan Z dengan seelaknya.

    jalan dia, boleh lah diperbincangkan. usah dipertikaikan.
    kerana sering pertikaian sekadar diakhiri pertelingkahan.

    dia ada cara dia. kau ada cara kau.
    tanpa memahami, kau nak mengeji?

    wow.


    OUT

    kembali

    kurang lebih Februari 2009 blog ni wujud.
    sekarang sudahpun Mei 2016.
    lebih dari 7 tahun gua cuba koya A Samad Said.

    dua-tiga tahun ni agak terlepas pandang agak lama.
    adaptasi kepada masa kerja telah buatkan gua terlepas pandang minat menulis.

    la ni, dah beli keyboard. nak layan feeling-feeling menulis semula.
    dulu gua dengar orang kata "ketukan papan kekeunci manis berbunyi ala piano".
    gua terpaksa ludah balik jilatan itu.

    kerana gua rindukan irama rentak menulis gua.gua rindukan situasi kepala mempertikai suasana.
    gua rindukan pengamatan dan kesediaan akal membuka perspektif.
    kepada yang masih membaca, terima kasih lah kerana setia.

    kalau kata lagi 2-3 bulan gua rasa macam haram,
    sampai situ je lah kot penulisan gua. rakan-rakan sepenulis dah ramai lama menghilang.
    mana nak cari blogger yang seronok dibaca pun entah.

    fak dis shit



    OUT
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...