tak nak tahu?
jangan ambil tahu.
buat benda lain.
tak nak fikir?
jangan fikir.
buat benda lain.
tak nak?
tak payah.
buat benda lain.
kuasai minda,
jaga hati.
hati-hati...
OUT
3/31/2012
i need a
i need a trip.
not a vacation, but a simple trip.
drive to somewhere, anywhere.
to let my thoughts fly for awhile.
i need a hike.
not a simple hike, but a pain-in-the-ass hike.
walk an climb up somewhere, anywhere.
to let all of these pain out.
i need a talk.
not a simple talk, but a 'bukon' talk.
letting all these shit out in a moment.
to ease the urge of sharing.
i need a smile.
not a simple smile, but a sincere smiles.
feeling calmed and cheered automatically.
to regain the faith in humanity.
it is getting hard to release it,
as days goes by.
people grows up.
people live.
people die.
i need a cigarettes.
no explanation.
a puff would be fine for the moment.
p.s: i think, this shit could be made into a song. any chords suggestions?
OUT
not a vacation, but a simple trip.
drive to somewhere, anywhere.
to let my thoughts fly for awhile.
i need a hike.
not a simple hike, but a pain-in-the-ass hike.
walk an climb up somewhere, anywhere.
to let all of these pain out.
i need a talk.
not a simple talk, but a 'bukon' talk.
letting all these shit out in a moment.
to ease the urge of sharing.
i need a smile.
not a simple smile, but a sincere smiles.
feeling calmed and cheered automatically.
to regain the faith in humanity.
it is getting hard to release it,
as days goes by.
people grows up.
people live.
people die.
i need a cigarettes.
no explanation.
a puff would be fine for the moment.
p.s: i think, this shit could be made into a song. any chords suggestions?
OUT
remember this
remember the breeze?
it flows smoothly,
but required hard afford.
remember the smiles?
it shines happily,
but it subliminally yelling out pain.
remember the mistakes?
it slaps you dearly,
but gave you hope.
remember the pain?
it cuts deeply,
but gave us experience.
hiking. need some hiking.
OUT
it flows smoothly,
but required hard afford.
remember the smiles?
it shines happily,
but it subliminally yelling out pain.
remember the mistakes?
it slaps you dearly,
but gave you hope.
remember the pain?
it cuts deeply,
but gave us experience.
hiking. need some hiking.
OUT
ketagihan tempat tinggi
keinginan menikmati keindahan ciptaan tuhan.
memerah jerih perit menyelongkar rahsia alam.
bertemankan nyamuk, bersahabatkan pacat dan peluh.
melangkah di bawah panas teruk.
terus melangkah dipeluk angin malam.
bangga serta bahagia menjejak puncak.
kekal megah menyandang berat di bahu.
akan turun setapak demi setapak.
sesampai kaki, hidup diteruskan macam tempoh hari.
namun pemikiran bahagia pada memori yang satu.
dan semangat kekal berlagu,
"aku boleh dapat apa aku mahu!"
memerah jerih perit menyelongkar rahsia alam.
bertemankan nyamuk, bersahabatkan pacat dan peluh.
melangkah di bawah panas teruk.
terus melangkah dipeluk angin malam.
bangga serta bahagia menjejak puncak.
kekal megah menyandang berat di bahu.
akan turun setapak demi setapak.
sesampai kaki, hidup diteruskan macam tempoh hari.
namun pemikiran bahagia pada memori yang satu.
dan semangat kekal berlagu,
"aku boleh dapat apa aku mahu!"
p.s: sekarang, aku terlalu sibuk dengan kerja. tiada masa untuk 'berbahagia'.
OUT
april is back
april fool itu harom.
sambut hari jadi itu harom.
...
tengok budak bukan muhrim jalan2 pegang tangan, xharom.
banyak lagi benda penting yang lebih dekat untuk difikirkan dan dilakukan. tak usah pikir jauh sampai Rusia kalo anak sendiri semayang tunggang langgang. kita makin hari makin lupa apa yang dipersebut sebagai 'langkah setapak demi setapak'. tak payah nak gebang strategi perang kalau tentera yang kau ada adalah sedikit, gemuk, bodoh, tak sihat.
OUT
tak usah
manusia ni,
tak usah diberi nasihat.
takkan ambil pusing.
biarkan mereka terhantuk,
baru nak ingat,
baru ambil pusing.
jadi,
lu tunggu sampai terhantuk,
baru lu bagi nasihat.
barulah berpusing.
OUT
jam dunia
benda yang bagus.
tapi, kalau kempen Tak Nak Merokok, aku tak join. acane?
namun,
marilah sesama jaga kesihatan bumi kita.
sampah, kurang-kurangkan.
OUT
tapi, kalau kempen Tak Nak Merokok, aku tak join. acane?
namun,
marilah sesama jaga kesihatan bumi kita.
sampah, kurang-kurangkan.
OUT
3/27/2012
sedikit nafas
"dikala paru-paru meronta untuk diisi udara,
wasap kentut mampu dihirup laju.
dengan penuh syukur"
setelah semalam hidup dengan penuh lenang, tetap akan tiba masa kita akan diuji dengan kesilapan kita sendiri. tatkala logik akal mula memberi maklumat bahawa tiada alternatif lain mampu dibuat, sebarang bentuk 'apa yang ada di depan mata' akan digapai-peluk. kita akan beranggapan bahawa apa yang dibuat adalah sewajarnya dan sebaiknya tanpa menyakiti mahupun menzalimi mana-mana pihak. sedangkan diri naif hal dunia. tanpa sengaja, tetap akan ada yang perlu 'membayarnya', dengan seminima 'luka'. jika tidak orang lain yang luka, paling bangsat sekalipun, diri sendiri akan sedikit terobek rasa. dan di hujung cerita, kita akan berkata "apa salah aku dah buat?". tchh.
OUT
3/26/2012
dah taw dah
dah taw jangan sentuh cerek panas.
nanti akan melecur.
apakepekimak kau pergi sentuh gak?
kalo tersentuh, takpe la gak.
jimbit.
nasib baik "pengalaman is the best cikgu".
takpe.
melecet mengelupas tu akan hilang.
macam biasa la,
masa.
p.s: ada sebab kenapa kita perlu merasa.
OUT
setia : cadaran mata.
bila katakan tidak,
kekalkan tidak.
senaskah terhebat aku junjung.
30 bahagian terkandung.
bila tiada,
kekal di mata.
bila terlupa,
kekal di hati.
biar bahu patah,
cuba bersama memikul.
biar telapak lemah,
mari sini ku bantu iring.
kau aku dia mereka
darah kekal 'sama'.
muka sama warna sawonya,
hati putih, siapa tahu hakikatnya.
telunjuk angka pelbagai rupa,
kena tak sama, apa seterusnya?
cacing takkan jadi naga.
kucing takkan mengaum.
berpaling tadah, padah menanti.
bila diam, bagaimana ceritanya?
p.s: merindui manusia-manusia yang tiada di depan mata, mungkin untuk selamanya.
OUT
masa
semua semakin laju.
semua sudah berubah.
mungkin mereka mengorak langkah.
aku kekal kelu.
baru hari ini aku sedar,
aku sekadar batu.
kaku.
tak laku.
kalau boleh diubah hari semalam,
aku akan pilih untuk diam membisu.
sebab,
berkebarangkalian aku akan jadi hantu.
penipuan, penyamaran, ketidak adilan dan pembohongan.
aku telankan.
aku butakan.
aku iakan.
heh.
fuck u badek.
u, are, done.
OUT
akak-akak melayu
sukar mencari gadis berambut hitam?
sebab ramai dah berkarat.
sebab ramai dah potong pendek.
der, bertudung ape cer??
sukar mencari gadis berbaju kurung?
sebab makbapak diorang pon pakai omputih.
sebab baju melayu tak diiktiraf sepenuhnya.
der, legging tu lagi chaya la der.
sukar mencari gadis sopan-santun?
sebab dunia dah maju, laki pompoan kena sama.
sebab kau baik, orang pijak kepala.
der, lu takde duit, sapa nak hormat lu der??
sukar mencari gadis berjati diri melayu?
sebab dah banyak mix la zaman sekarang.
sebab didikan pun berasaskan barat.
der, melayu itu kuno. KUNO
...
tak payah kecah.
ubah tempat kau cari tu.
kalau cari di bandar,
memang lah susah nak jumpa.
carilah di kampung, itu baru betul.
apa?
kampung takde style?
ooo..kire ko ni, memilih la juga ya?
p.s: kau takkan jumpa nasi ayam di kutub selatan.
OUT
3/22/2012
kiut +++
tak chaya??
lu dengar k-pop,
dia dengar hip-hop,
gua dengar metal.
lu orang kata gua tak chaya.
lu pakai Levi's,
dia pakai Lee.
gua pakai bundle.
lu orang kata gua tak chaya.
lu pandu Honda,
dia pandu Toyota,
gua pandu Perodua.
lu orang kata gua tak chaya.
lu berbau Versace,
dia berbau Dunhill,
gua berbau AdidaApeBendeNamaNtah.
lu orang kata gua tak chaya.
samada:
1. dunia lu dalam satu kepompoang sahaja
2. gua takde duit nak macam lu orang
3. lagi lagha di mata lu, lagi stylo.
p.s: ptuih sama lu orang.
OUT
3/18/2012
pandai - 2
ukuran pandai itu mana?
sampaikan kau boleh cop "dia pandai, dia haruk"
kau boleh jadi pandai, semakin pandai, dan semakin pandai. tapi boleh kau jadi bodoh? dan ultimate bodoh lebih pada bodoh? gua bercerita bukan tentang 'stupid blonde'. dari segi kualitatif dan kuantitatif, logiknya boleh kau melangkaui kebodohan tu sendiri? atau sekadar otak manusia sekadar kosong pada asalnya dan semakin banyak ilmu, semakin pandai? dengan kata nama lain, kebodohan itu sekadar perkataan yang digunakan apabila tidak hadirnya pengamatan ilmu?
otak dibuat oleh Dia. kepandaian biasanya dikaitkan dengan kebolehan menyimpan maklumat, dalam otak. dengan kata nama lain, otak macam satu external hard-disk, which is way more complicated (for me!) to explain. mengapa kita sering mempertikai "budak ni haruk. bodoh kesaruk. benda camgini pun tak boleh faham/hafal!" hanya kerana kebolehan dia menyimpan memori dalam otak terbatas secara biologi. dan kita semua tahu, sejauh mana kita melawan hukum Tuhan, biologi 101 Dia tetap akan menang. mengapa tidak kita ungkit cerita seperti "budak ni berkelemahan dalam sudut menyimpan memori. makanya, apa kelebihan yang Tuhan kurniakan kepada dia yang boleh kita bantu untuk tonjol dan majukan?" bilamana kita berpegang pada perkataan "Tuhan Maha Adil", kan?
atau sekadar aku cuba mencari kelemahan dalam persempi manusia terhadap kepandaian sesama sendiri kerana sifat untuk membezakan sesama sendiri seperti pengkelasan kasta, taraf kehidupan dan pelbagai lagi? maafkan jika entri ini berbentuk celaru. tapi, ini luahan tanpa fikir dua kali. nanti lain kali aku rasa dah mampu menyeimbangkan antara cerita dan maklumat, aku up-kan semula (heh. aku kencing je. aku takkan up-kan pon. kehkeh).
p.s: gua bukan bercerita pasal 'bijak'. itu satu cerita berbeza.
p.s.s: kemak btol lah ko badek. keje kebun je pun. jadah ko fikir mendalahnokharom gini!
OUT
hakhak
adik kecik dua dalam ambang cinta? sudah mula ada 'crush' ? defuq dear? lu baru 13 tahun kot! hakhak. tapi, sebagai abang yang cool, selagi lu tak menggelabah puyuh, gua akan biarkan lu rasa kebodohan dunia. sebab, benda-benda macamni yang mampu membantu lu matang dan dewasa. experience stupidity so that it traumatized you to be stupid again. but remember sayang, i will catch a grenade for your safety coz i love you. but then again, i am gonna break your neck if you try to destroy yourself. :)
p.s: don't believe me? try me..
OUT
mana pergi kawan?
bila tiba masa, musim dunia akan berubah. mana pergi kawan yang dulunya mampu kelar sesama tangan dan mampu mencantumkan darah? manusia berubah. gua berubah. lu berubah. tak payah nak sorak 'kita selamanya'. semoga menjadi peringatan kepada pembaca, bahawasanya kita sekadar berkawan pada tertentu masanya. bila tiba masa tiada bersama, tiada kepentingan dan tiada cerita, maka sampai di sini sahajalah kisahnya. dan sentiasalah bersedia untuk mengungkap "lu jalan lu, gua jalan gua". berhentilah sejenak melihat 'suasana' dan mengenang-nilai kualiti dan kuantiti perjalanan yang telah ditempuh bersama. sejenak sahaja. sudah. ayuh teruskan langkah pendakian hidup dalam mencari kebenaran hakiki. ada rezeki, kita berjumpa lagi di simpang mana-mana.
p.s: gua tengah rindu teruk secara tiba-tiba pada kawan-kawan zaman jahil gua. hakhak
p.s.s: amacam?ada gaya cerita lion king ?hakhak
OUT
lu tak teringin rasanya?
bila lu tinggi,
akan ada yang cuba menggapai lu.
untuk sama-sama tinggi dengan cara mudah.
dan apa reaksi lu?
bila lu tinggi,
akan ada pancingan cuba menarik lu.
untuk menjadikan lu jatuh ke bawah.
dan apa tindakan lu?
bila lu tinggi,
akan ada rasa dunia ni kecil.
ibarat menggapai langit adalah mudah bagi lu.
dan apa kesedaran lu?
bila lu tinggi,
akan wujud rasa merubah diri mengikut 'altitud'.
mengubah cara pakai, akap dan nafas lu.
dan bagaimana membenteng keserdahanaan lu?
bila lu tinggi,
akan wujud rasa 'gayat' fizikal mental.
membuatkan lu mabuk tak terkata muntahnya.
dan apa itu manusia seorang 'lu'?
p.s: semoga tinggi gua dan lu adalah menyamai ketahanan 'altitud' masing-masing. jenuh tengok sebangsa/seagama sampah berterusan.
OUT
layak julang?
"apakah aku layak julang skrol Diploma Pengajian Perniagaan dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Pemasaran) aku, atau sekadar meletakkannya di kaki lima jalanan?"
terpacul persoalan dalam diri apabila berborak dengan dua sahabat, baru sebentar tadi. bila terkenang masa belajar, terasa sampah semata. tidak seseronok yang orang lain mampu gambar-gebangkan. kerana:
1. belajar secara sambil lewa. sentiasa mengantuk dalam kelas.
2. tidak bersungguh-sungguh menyiapkan assignment. sentiasa kekal pada norma ala-kadar.
3. tahu boleh dan mampu buat lebih. tapi memilih untuk lepas lega.
4. telah memilih beberapa langkah yang mematikan. sedangkan tahu mati, tapi telah mengenepikan hakikat bahawa benda itu bahaya. bodoh kan?
5. tiada apa yang nak dibanggakan pasal masa belajar kecuali cerita di wing (wing 2b, lu orang semua mantap!), cerita gunung (KRUISE, terima kasih kerana buat aku tersenyum) dan cerita rumah (kepala banar lah lu orang semua. hakhak!).
6. sekadar grad dengan pointer 3.4lebih. jahanam.
p.s: aku memilih untuk sekadar memegangnya sama paras dengan pinggang. menjulang, tidak layak. meletakkan di kaki lima, terlalu ego. kan?
p.s.s: seperti ramalan, zaman belajar gua akan sucks. bitch, i am fuckin good with predictions. aaaawwww yeaaaaaah!!!
OUT
stupidity or just being funny?
bila bergurau/berkata, hanya penyampai dan pendengar/perespon dia sahaja yang faham akan mesej yang cuba disampaikan. kerana ianya mungkin dalam bentuk pergaduhan ataupun gurauan. aku dengan kawan2 baik selalunya akna cakap "mampus ko, bodoh!", "memintak balik ni, ko kene rogol dengan hantu tetek yang bapuk" dan pelbagai lagi. tanpa pesefahaman dua hala, akan berlaku salah faham mudah yang biasanya akan jadi tontonan ramai. lihat sajalah contoh :
mana aku nak tahu yang gadis berdua ni bergurau atau serius? namun, spekulasi biasanya dimanipulasi hati. yang berjiwa bersih akan sangka bersih pada mula secara automatiknya. dan yang palat akan memproses yang sebaliknya. aku tak kata kau palat. sebab memang rasanya, gambar di atas adalah dalam bentuk sindiran atau kutukan mudah. bukan biasa-biasa gurau. kerana ianya membabitkan perihal agama dan contoh keruntuhan ahlak dalam sosiologi masakini.
contoh lain pula, boleh tengok di facebook. some people just meant it to be funny. it might be in sarcasm. tapi, bila sang penerima salah terima, benda kelakar boleh jadi palat. benda palat boleh jadi kelakar. aku malas dah nak ceramah pasal benda bodoh camgini. post ni sebenarnya sekadar nak kongsi cerita kelakar dalam gambar tu. takde kaitan nak ceramah mana pun. hakhak
p.s: akak hot tak tutup aurat, i aummmmmmm u.
OUT
options
pemilih:
1. memunyai alternatif-alternatif yang berbeza
2. setiap alternatif mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri
3. mempunyai kebarangkalian untuk salah pilih.
4. peniliaian yang dirasakan 'paling tepat' harus dibuat
alternatif:
1. sekadar mampu jadi tulen
2. bersaing dengan alternatif lain.
3. berkebarangkalian untuk tidak dipilih
4. perlu membuat sesuatu agar bukan sekadar mempunyai satu 'pemilih'.
OUT
3/13/2012
pandai
"buktikan pada aku bahawa pandai itu bukan berkaitan memori"
orang yang dikatakan pandai adalah mereka yang mampu meyimpan memori mereka. akal bukan penyimpan memori. memori disimpan dalam otak di bahagian akulupanama. sering pandai tu dicop bila seseorang tu mampu mengingat dan bukan kerana berfikir.
ini apa?
roti.
pandai dia ni.
ni camana kira?
ikut pengamiran.
pandai dia ni.
ini apesal gini?
disebabkan hemoglobin tak seimbang.
pandai doktor ni.
mungkin ada sebab kenapa ada bijak,
bukan pandai sahaja.
bijak dalam mengolah idea.
bijak dalam manipulasi semua, termasuk masa.
p.s: namun, kalau bijak tak memasal dan salah, digelar 'pandai-pandai'. heh. cam cibai.
p.p.s: aku serius.
OUT
i.q
jurang perbezaan antara pelajar tercicir dan pelajar hebat semakin menjadi. aku bukan nak cerita diorang yang special macam amalina dan budak kecil hebat apa namantah. diorang dalam golongan lain. aku sedikit tak berpuashati dengan prestasi i.q pelajar luar bandar dengan pelajar bandar. ini bukan bicara tentang budak bandar boleh speaking dan budak kampung haram tak gheti. no. i am one of those villagers and hell yeah, i can speak english. even for a bit.
langkah yang di ambil oleh jabatan seperti kurang berkesan. aku bukan nak mempertikai. tapi, budak bandar diberi i-pad untuk belajar dan budak kampung kekal tak tahu membaca. layan sama rata? atau ada visi sebaliknya?
baru kebelakangan ni aku jumpa situasi dimana budak dah sebaya aku pun tak tahu baca. kira? haram jadah. makanya sekarang, mana pergi manusia yang kata "education is not important meh".. mana? lu orang sudah masuk universiti, boleh lah borak. ni ha, anak bangsa seagama sendiri yang kekal benak minda ni, camana? siapa bela?
kesian kadang-kadang tengok guru-guru dan pihak terlibat dok pulun nak majukan bebudak ni. daripada tak tahu baca, dah boleh baca. bila dah boleh baca, tak boleh ingat pulak apa yang dah dibaca. nasib baik aku bukan guru. kalau tak, mau ada budak kene panggang dengan rokok aku. tabik la kepada para guru yang banyak sabar walaupun ada yang terlepas perbuatan binatang, purata mereka kekal sabar. memang ada yang lepas mulut berkata, tapi, masih belum berjalan tangan, kan?
sekarang baru aku tahu kenapa Islam tu, disuruh gerakkan secara holistik. lu nak palam guru, takkan mak bapak tak kena? kalau mak bapak pun memang jenis malas amek port pasal pendidikan anak dan tak ajar anak dari kecil, kenapa guru kena tanggung sendiri? nak palam mak bapak, macamana pulak dengan institusi surau/masjid/agama? sekadar ada kursus kahwin, lepas tu takde kursus follow-up mengenai penjagaan anak dan silibus berkaitan? nak palam institusi surau/masjid/agama, takkan gomen yang pegang selamat je kan? gomen pon salah gak sebab tidak serius dalam penekanan perkara penting begini. nak palam gomen, lu pon kena gak. sebab lu tau benda ni jadi, tapi lu biar. nak palam lu, lu pon ungkit sebab budak tu malas. adeh.. manusia akan mengikis apa sahaja apabila mereka berada di jurang kejatuhan. dasar walap.
dan kenapa sampai sekarang, tiada ujian IQ dijalankan ke atas pelajar supaya proses pelajaran dan pemblajaran dapat disalurkan dengan lebih efektif dan efisen? sebab hak asasi manusia bila kau mempertikai pandai bodoh dia? bitch, please. remember the purposes first. selagi budak pandai dan bodoh diajar cara belajar budak sedang, yang maju akan terus maju, yang sedih akan terus lara.
tapi, nak cerita panjang pon, ape je. demm u.
OUT
3/12/2012
walap!
" jangan menganiaya orang dengan tangan.."
ayat di atas bukanlah merujuk kepada maksud kau kalau nak aniaya orang, kene pakau kaki, pungkoq dan bagai lagi. ayat tu merujuk kepada bila kau dah berkuasa, janganlah kau aniaya orang yang ada. dan aku sering menggantikan perkataan aniaya tu sendiri kepada walap. bunyi lagi stylo.
perkataan aniaya itu sendiri jarang digunapakai dalam perbualan harian. namun, bagi aku, ianya sesuai menggantikan perkataan macam dengki, fitnah, peras-ugut, tegas tak berasas, dan banyak lagi. aniaya tu bukan satu perbuatan yang terang. ianya menggolongkan perbuatan yang lain.
dah ada yang mula gambar dalam kepala, polis saja gertak budak dan ambil rasuah ratus-ratus padahal budak tu salah kecil. argh. jangan tipikal sangat la. antara senang, ko tengok member kau mula buat hal/silap, kau biarkan tanpa benteras/hindar mahupun nasihat. boleh kata kau menganiaya kawan kau tu sebab kau ada kuasa untuk mengubah, tapi kau mengambil keputusan untuk berdiam. betulke gitu? lainlah kalau member kau tu bukan jenis makan nasihat, biar je dia mabuk. hahaha
bila aku terdengar perkataan gini, aku tersempak pengemis dan orang hidup jerih ni. pergh. tak memasal hati nak ucap kat pakcik tu "pakcik, nanti saya dah senang, saya bantu pakcik, k?". alahai. baik benor hati. butolah badek. hahaha. semenjak bila pula kau gebang nak tolong orang ni wei? fakap to d max.
tapi, tu lah dia. sebagai orang yang ada kuasa, janganlah kita aniaya orang yang tak mampu melawan. pekerja gomen tu, janganlah sengaja lambatkan payment untuk beri pengajaran kononnya. ntah mana pergi akad yang asal ntah. untuk kau yang membaca, janganlah kau aniaya mereka yang ada di bawah kau. Dia tak pernah aniaya kita. toksah lah kau nak jadi lebih hebat dari Dia dengan berbuat menyusahkan orang. tak usah takbur dengan kuasa kau. sabar-sabar lah sikit.
nak hidup lama kan?
OUT
tidak diterima
termangu di penjuru perasaan hidup,
merasakan diri kau jauh dan jatuh,
terus menangisi sesuatu dan memikirkan entah apa,
pedih, takut dan jerih.
aku ke kanan dan kiri terus berusaha membantu rasa hati kau,
memberi gambaran cahaya kepuasan mampu ada,
menerima tohmah celaka,
kekal kau sedih jatuh lesu semula.
dan kau kata,
aku tiada rasa.tiada usaha.
terserahlah bila begitu ceritanya,
aku mengaku aku sampah semata.
kalau matahari menyinar, sianglah.
kalau matahari menerik, tengaharilah.
kalau matahari berganti bulan, malamlah.
kalau begitu, lantaklah.
p.s: ada beza "aku melakukan sebaik aku mampu" dengan " aku melakukan sebaik yang kau mahu".
OUT
3/08/2012
pe me rintah an
"dah keje gomen, undi lah gomen. apehal undi pembangkang?syok sangat dengan pembangkang tu, pegi la keje dengan pembangkan!"...makcikAnonimus,'12.
pemerintah adalah mereka yang akan membimbing rakyat.
pemerintah akan dipilih oleh rakyat melalui undian (Malaysia).
rakyat adalah semua populasi asal sesebuah negara.
semua pengundi adalah semestinya rakyat malaysia
tak semua rakyat akan mengundi dia.
lagi sekali aku nak cakap,
pemerintah adalah mereka yang akan membimbing rakyat.
mana logiknya pemimpin hanya perlu lebihkan orang sendiri?bukan ke kroni namanya?
p.s: sebagai pemimpin, lu perlu sedar tanggungjawab yang lu pikul. jangan dok pulun sorang je. marhaen pon nak rasa gak.
OUT
3/07/2012
semangat gemilang
setiap orang akan lalui satu puncak kehidupan yang dikenali sebagai zaman kegemilangan. untuk masa ini, graf keseronokan aku sudah pun turun lama. sedangkan zaman kegemilangan aku pun adalah sampah, lagikan sekarang. tak payah lah tanya. bayangkan sahaja. sudah memadai kerana berkebarangkalian, tepat.
tapi, ok la. i am still breathin bitchas!!!
OUT
tipu
mengatakan sesuatu yang tidak benar...
sebab,
kerana kepentingan diri sendiri.
atau,
sekadar kerana 'kemahuan' orang lain.
sebenarnya, bukan semua manusia nak dengar/faham kebenaran. mereka hanya mahu 'tidak rasa sakit'. a painkiller is not a cure. but hey, the hell. right? bukan dia nak dengar kebenaran. dia sekadar nak dengar menyedap telinga atau Pom Pom kata. nak ada yang sokong/ikut/terima/mengiakan. jikalau sampai hati, kau beri kebenaran yang menamparkan. tak sampai hati, kau biar dia hanyut dan belajar sendiri. kalau aku pompang2 sini lebih2 menegur pun, bukan ada yang baca atau mahu ikut. makanya, secara terus-terang, aku adalah goku. hakhak. dan aku pilih untuk orang hanyut dan belajar sendiri. sebab aku malas nak bantu mereka yang tak mahu dibantu kerana Dia pun sekadar ubah mereka yang memilih untuk berubah. aku tak lebih hebat dari Dia. maka, tak perlu aku/kau beria.
p.s: bukan niat nak bandingkan perlakuan Tuhan dengan aku. sekadar ekspresi.
OUT
3/05/2012
easier than 1, 2, 3
kata A : " kita perlu berpenerampilan. baru diminat orang"
kata B : "kita perlu bersih hati dan bagus personaliti, baru diminati orang"
bagi aku: benda macam ni ada tutur langkah dia. aku tak boleh nak ulas satu soalan yang sebenarnya terlalu umum. seolah kau tanya '' di bumi ada apa?'' dan aku jawab "di bumi ada kehidupan". maka, aku nak kongsi sedikit bagaimana susun cara dalam pengenalan kita kepada manusia dalam usaha nak diminati (bukan minat dari sudut nak memikat, tapi dari sudut tak dibenci) orang.
langkah 1 :
BUNYI YANG DATANG BIAR SEPOI-SEPOI ENAKNYA.
sebelum semuanya bermula, seseorang itu hanya mampu menggunakan deria pendengaran dia sahaja. dalam maksud ini, lu perlu ada review yang baik dari orang ketiga yang menyambungkan talian antara lu dengan pihak yang dalam proses lu nak diminati dia. dengan adanya review yang positif, makanya pada peringkat awal lu akan diproses oleh minda pendengar (pihak ke-2) tu tadi sebagai seseorang yang BERKEBARANGKALIAN best.
langkah 2 :
SEMOGA SEDAP DIPANDANGAN PERTAMA.
pada seterusnya, lu akan berjumpa dengan pihak ke-2 itu tadi. yang utama, SENYUM! tak perlu aku nak eksplain pasal senyum. lepas senyum, dia akan nampak PEMAKAIAN lu. dalam perjumpaan ini yang boleh dicontohkan seperti perbincangan, meeting, date dan sekadar jumpa (untuk kawan atas kawan), lu perlulah terurus. bukan bermaksud lu kene baju masuk dalam gosok lining jaga bagai. tidak sama sekali. maksud terurus bagi gua ni, lu perlu berpenerampilan yang sesuai dan terbaik mengikut garis panduan biasa. bersih. berserabai tidak melambangkan lu selekeh. serabai boleh disampaikan dan diproses sebagai santai. pastikan cara mana lu berpakaian tu bersesuaian dengan situasi. kalau meeting, biarlah kemas bertie-batik. kalau dating biarlah kemas. kalau kawan-kawan, biarlah santai. bukan nak kecah mengikut tema, tapi taknak lu nampak gelabah puyuh pakai pelik tak masal.
langkah 3 :
SNIFF2??ENAK BANG!!!
sabor. lu masih belum berinteraksi vokal dengan mereka (dalam konteks perbualan. sebab lu mungkin dah beri salam dari sebatu jauh. siapa tahu, kan?). kepada semua, bawak-bawak la pakai deodorant. itu paling crucial sekali bagi aku. kalau tak, bau ko boleh jadi serupa macam abang bangla jual karpet. bau bawang campur kari. macam sial. rasa suey untuk terus bernafas. it is a boost for you to use perfume. perfume ni ada banyak jenis dan aku bukan maskulin mana nak terangkan pasal menatang spray2 calit2 EDT ni. lu search sendiri. yang penting, biar bau perfume tu sesuai dengan tema perjumpaan lu ni. wa nak terangkan bau perfume mengikut mood suasana pun, pening sikit sebab tergeliat jari nak taip. google sendiri yea?
langkah 4 :
MULUT BIAR MANIS, HATI BIAR MURNI
cakap biar sopan mengikut kesesuaian pendengar. memberi tajuk kepada perbualan juga perlu sesuai dan bergantung kepada pendengar sebab lu kena JAGA HATI manusia lain. namun, dalam masa sama, lu kena IKHLAS. dengan tiada kesungguhan ikhlas, perbualan akan cepat mati dan lu mudah kantol. memang tak ramai yang dapat kesan bila orang tak ikhlas berbual, namun, just in case lu berbicara dengan manusia yang dapat kesan/terasa keihklasan, masak lu. kene cop hipokrit murahan free2 je kang. borak manis bukan nak mengampu. tapi, pegang je pada sebab 'tak perlu menyakiti hati yang lain semata untuk mengubati/melegakan diri sendiri". tak salah buat baik beb. dan, IKUT KEMAMPUAN. maksudnya, kalau bercakap tu, biar yang benar je. jangan exaggerate ayat/janji/cerita lu. nanti jadi 'banyak cakap, banyak bohong. banyak bohong, banyak dosa. banyak dosa, masuk neraka. masuk neraka, padan muka. bila kena padan muka, itu bodoh namanya".
langkah 5 :
FOLLOW-UP
kalau dah tabur janji, kasi kota. kalau ada bikin plan sama-sama, kasi ikut. jangan tabur janji yang tak mampu di kota. jangan terikut dek paksaan pihak ke-2 tu tadi. buat ikut kemampuan diri. sebab manusia pegang lembu dengan tali lembu. pihak lu pegang pihak ke-2 dengan ketepatan janji lu.
langkah 6 :
KITARAN SEMULA
dalam tahap ni, pihak ke-2 yang sekarang ni, akan jadi pihak ke-3 pada asalnya. maksudnya, orang yang dah lu alami proses pengenalan ni akan menjadi pihak yang akan memperkenalkan. makanya, lu akan melalui semula proses pengenalan yang sama, namun dengan orang lain. adaptasi dengan situasi harus dipertekankan supaya menjamin keberkesanan hablulminannas lu.
KESIMPULAN:
sebenarnya, lu ikut je sunnah. settle punya. wa sekadar sembang panjang sikit melalui sudut yang wa rajin nak terangkan. sebab wa nak buktikan yang kedua2 nasihat yang diberi pada awal entri ni adalah salah sebab apa yang si anu A cakap adalah bertujuan short-term basis manakala apa si B cakap adalah long-term basis. mana boleh lu cuba samakan kelas spesifikasi kereta drag dengan kereta rally, kan?
p.s: tapi terserah kepada mereka yang mempunyai ego dalam memelihara 'kualiti' mereka dengan mengendahkan pemuliharaan 'kualiti' tersebut. manusia dan ego jati mereka, adalah antara perkara yang aku malas ambil port.
OUT
setiakawan
" layak ke gua gelar lu 'sama darah' dengan gua?"...
bukan senang kita nak beri tajuk 'sahabat' kepada seseorang. kalau sekadar kawan, ramai sungguh. lepak 7e, beli beger depan dia dan borak 10 minit, dah macam boleh gelar manusia tu kawan. sesiapa sahaja boleh dijadikan kawan. tiada masalah. kerana tiada sebarang pautan secara terus atau tersembunyi yang sedang/akan berlaku. maka sama sahaja dengan istilah 'one night stand - lu ada, ok. lu xde, wa tak perasan pun'. kalau teman, ada lah UP sikit. best kalau lu ada. tetapi, bila berbicara pasal sahabat. sahabat ni adalah mereka yang kita sanggup bergadai bagi demi mereka dan mereka juga sama, sanggup bergadai bagai demi kita. itu sahabat. mereka yang memegang buruk-jahanam-rahsia-terpendam kita. itu sahabat.
bila sudah dapat, bukan senang nak lucutkan. sebab manusia bukan mudah nak percaya bulat. masing-masingkan sudah sedia tahu, sentiasa gebang dengan kononnya 'cukup makan garam' untuk kenal budi manusia. padahal, jumlah manusia yang lu kenal baru berapa peratus dari keseluruhan manusia bumi. maka, bagi logik gua, secara statistiknya, bila tak sampai 1 peratus dari populasi, makanya hipotesis lu gua tak boleh pakai. atau gua sekadar memang ego taknak mengakui statement lu, pun, mungkin juga. hakhak.
tapi masa melucutkan, bisa hati lemah dengan penyesalan. manusia ada kelemahan. normal bagi seorang sahabat untuk mengenali kelemahan satu sama lain dan menerima/menolong seadanya. namun, paling sukar nak diduga adalah PERUBAHAN. manusia berubah dan berevolusi dari masa ke masa dari pada sudut pemahaman, perspektif, objektif, kemahuan, keperluan, kepuasan dan pelbagai lagi. bilamana perspektif dan objektif antara dua sahabat berbeza yang membawa kepada perbezaan implementasi, boleh kata clash juga kan? pasti hati jadi lemah sedikit/banyak untuk satu jangka masa pendek/panjang yang bergantung kepada tahap ketinggian keprcayaan. lebih tinggi percaya setia, lebih dalam luka pedihnya. lebih-lebih lagi bila lu sedar rupa-rupanya, manusia sanggup buat apa sahaja janji mereka terus bernyawa dan sedap dengan kehidupan masing-masing.
makanya, biasa-biasa sahaja pada semua. tak perlulah nak bersahabat dengan ramai orang. lu takkan ada masa nak kaji psikologi pemikiran manusia keliling lu (kecuali, lu memang pakar/Doc psikaitri). minimalis. berserdahana. rilek-rilek aje. bila dah ada yang bergelar sahabat, kekalkan mereka. usah ditambah baru. kalau nak tambah, pastikan mereka benar-benar berbaloi.
setiakawan? heh. bila sampai masa ujian datang menimpa dan kebenaran datang muntah dari kegelapan, gua/lu/diorang/kita semua akan rasa tamparan realiti.
p.s: bukan senang manusia yang sanggup serah nyawa demi kita. dan gua berazam untuk memilih dengan lebih teliti mulai kini. sebab manusia yang kita anggap mereka sahabat, berkebarangkalian menganggap kita sekadar teman.
OUT
monopoli
" selamat masuk ke rumah saya. di sini, ada cara dan ketentuan tertentu. jika tidak berminat, silalah berdiri dan mati dek penangan panas terik, hujan lebat, petir berdentum dan bajir kilat..."
bukan sukar untuk memahami konsep sebenar pemegang hak monopoli atau kuasa mutlak. mereka sememangnya berkuasa kerana dilindungi oleh 'black and white' dunia yang pagar perintangnya tidak mampu dilihat mahupun dirasa deria kecuali deria etika dan hati peraturan.
sekuat mana anda menjerit "tidak mahu begini!", jikalau mereka kekal begini, apa anda mampu lakukan? sepertimana yang telah berlaku beberapa tahun kebelakangan ini di mana luahan pengguna mengenai kenaikan harga servis/produk syarikat macamni yang disampaikan kerana kononnya untuk kos itu ini yang menyebabkan mereka mengalami kerugian. kepada marhaen, anda mungkin harus fahamkan 'regret theory' sebelum anda faham maksud 'syarikat mengalami kerugian blabla ringgit disebabkan tidak menjalankan kenaikan harga sebanyak blablabla ringgit. hujung cerita? anda akan hanya diam dan terus melanggan.
melanggan kerana itu adalah 'lifestyle' masakini yang telah dipengaruhi 'pemodenan' pemikiran. melanggan kerana itu adalah 'keperluan' masakini yang telah disuntik awal oleh peniaga. dan melanggan kerana anda memang tiada pilihan lain untuk jadi lebih mudah. hujung cerita, membiarkan diri dikelar secara halus dan membiarkan lintah terus menggemukkan badan dan zuriat.
mengutuk mereka yang sedemikian juga tiada beza. sejauh mana 'fisabilillah' lu kalau lu kat tempat dia? kerana untuk ayat jalanan biasa, "jahanam mana yang tak mahu kaya??". bila duit sudah ada di depan mata dan lu ada kelebihan untuk bolot semuanya tanpa dipersoal dan dibicarakan, sudah pasti (kalau lu manusia biasa) lu pun kekal sama jahanamnya. wa memang sama jahanam dalam hal-hal begini.
tapi, wa nak ulas panjang pun tak guna. sebab wa sendiri sampah yang tersepit dan tunduk pada kuasa monopoli yang ada. bagi mereka yang ada lebih idea mahupun perspektif berbeza yang mampu membangunkan minda dalam hal-hal macam ni, harap kongsi pada semua. sebab wa lihat, bangsa kita ni makin hari makin bodoh. semoga berubah semuanya nanti.
p.s: bang, topap rm3 ade tak jual kat sini?
OUT
3/02/2012
ujian kini
hipster and fads
" doing the cool stuff after it was cool"...
hipster and fads are for me, chained to one another. i am not saying that i am offending them. i am trying to tell that i HATE them. seems just like another biatch trying to get attention throughout stupidity and fame. fashions, tweets, blogs, DSLR and etc. too much to be compared to define you either you are a hipster or not. but then again, i am not saying that i am old-fashioned. i am nothing. just another normal citizen who acts in his own choices. neither the media nor government can change even a sniff about me. eh.
just look at yourself now. are you:
1. doing things before it was cool and still doing it = you got balls.
2. doing things before it was cool and didnt after it was cool = trendsetter wannabe?
3. doing things after it was cool and still doing it = found a path. maybe.
4. doing things after it was cool and didnt doit after it was not cool = bloooooodyGoddemSonOfABiaaaaatch
p.s: this post was just an experiment/exercise for me regarding my english language, writings and ideas. sorry for the shitty informations. dont like it? wanna say F-you to me? heh. F-you too mate.
OUT
it is b-e-a utiful
direka semula melalui ingatan separa samar melalui penceritaan kisah benar. cerita dibawah telahpun diedit kerana aku tak hafal cerita lengkap. nama dan watak telah diubah mengikut selera aku kerana aku tak ingat nama mereka. namun, sinopsis ceritanya adalah lebih kurang. sila baca:
mak yah merupakan seorang penoreh getah. hari-hari dia toreh getah. mak yah ada seorang anak, bernama kasim. kasim budak lagi. bapak kasim (merangkap suami mak yah) telahpun meninggal dunia tidak lama dahulu. 3 tahun, mungkin. mereka berdua duduk bersama bapa mak yah, bernama wak kordi. wak kordi merupakan penoreh getah juga. hari-hari pak kordi menoreh getah. mereka hidup bertiga di dalam rumah usang pak kordi kerana mereka bukanlah jutawan yang mampu duduk di banglow 3 tingkat. mereka penoreh getah. bukan jutawan.
hubungan segitiga antara mereka yang melibatkan kasih sayang sangatlah ok. bukan sahaja ok, malahan terlalu rapat. hubungan persaudaraan mereka tak mampu lagi diibaratkan air (air dicincang takkan putus). mereka boleh tahap diibaratkan ais mengalir. macamana ais itu mengalir, aku tak tahu. yang aku tahu, nak beritahu hubungan mereka adalah sangat umpph!
nak dijadikan cerita yang bertembung dengan ketentuan Ilahi, pada satu hari, rumah papan mereka terbakar dek sebab yang mungkin litar pintas. mak yah meluru keluar bersama pak kordi. sesampai mereka di luar, baru mereka tersedar bahawa kasim sedang tidur di dalam rumah. mak yah, dengan berbekalkan tekad kasih ibu, meluru masuk semula ke dalam rumah yang sedang ranum dimakan api!
sesampai di bilik, mak yah dan kasim tak dapat pula keluar kerana api sudah menutup pintu bilik di mana kasim tidur. dengan kudrat seorang ibu tua yang melihatkan anak kecilnya dalam bahaya, dan dengan bantuan Maha Berkuasa, Mak Yah berjaya menguak grill besi tingkap bilik Kasim. dan rezeki Tuhan beri, Kasim berjaya dikeluarkan dari bilik itu melalui tingkap besi yang dibengkokkan oleh Mak Yah.
namun, setiap yang berlaku, ada cerita tersendiri. api telahpun terlalu marak. sesudah Kasim keluar, dia secara automatik berlari jauh. namun dia pula terlupa, ibunya masih di dalam marak api. sekembalinya dia semula ke sana, dilihat Pak Kordi sedang memegang tangan anaknya yang sedang menahan badannya dijilat api. Mak Yah menjerit tidak tertahan pedihnya kulit dan daging mula masak dek jilatan api kayu rumah. raungannya diperkatakan mampu didengari jauh. Kasim tak mampu berbuat apa. dia lemah. dia muda. dia kecil.
sebelum terlambat, Kasim telah mengucapkan sesuatu kepada Mak Yah. dengan genangan air mata dan suara serak tangis melihat ibu meraung tersiksa, Kasim pun menjerit, "ibu!!selamat hari ibu!!". selesai sudah ucapan Kasim, suara Mak Yah pun terus diam. tangannya yang terkeluar menggapai tangan Pak Kordi itu tadi pun telah terlepas dan kembali masuk ke dalam api yang sedang marak menjulang.
kasim mengucap selamat hari ibu kerana keesokan harinya adalah 'hari ibu' sedunia. selang beberapa ketika, bomba sampai. api mati. jenazah dibedah siasat. dimandi. dikafan. disembahyangkan. dan dikebumikan dengan selamat.
para pembaca (kalau ada):
aku bukan nak cerita bagaimana manusia mati tersiksa dunia. aku bukan nak cerita bagaimana tingginya kasih seorang ibu (kerana seorang wanita bergelar ibu, secara lisannya, MAMPU berenang lautan api demi anak!). tapi, aku nak cerita cara dia 'pergi'. ada yang terkesima sedih, kerana cara seorang ibu itu pergi buat selamanya. namun, jauh disudut hati aku, aku terasa cemburu kepada arwah. Arwah terkorban kerana menyelamatkan anaknya. jika segala hukumNya telah dituruti, bukankah Arwah telahpun syahid?apa lagi kematian yang indah meliankan syahid?mati atas wang?mati atas pangkuan isteri?mati tercekik makanan?mati dalam tidur? namun, tidak pula aku bermaksud aku suka cara dia pergi. memang kasihan anaknya untuk terus hidup dengan ingatan 'ibuku mati keranaku'. on the other hand, Kasim sepatutnya akan diberi kekuatan unggul dari Dia kerana ujian seperti ini. Kasim mungkin mampu melangkah lebih jauh kerana secara logiknya, Kasim berhutang nyawa dengan ibunya. maka, dia harus melakukan sepertimana ibunya redha (dan diredhai Yang Maha Berkuasa). dan, setelah kau baca habis apa aku nak cerita, aku ingin bertanya: "apa yang sedihnya pasal cerita ni?"
p.s: Yang Maha Bijaksana dah beri kita peluang untuk lebih maju, namun, seringkali kita buat dunk. ini bukan cerita drama mahupun telenovela. ini kisah benar. lu orang respek sikit mak lu orang.
OUT
Subscribe to:
Comments (Atom)