[go: up one dir, main page]

12/06/2009

cerita sementara...

its me againts d world.
pegi mampos dia.
p mampos sama lu.
p mampos sama semua.


OUT

11/16/2009

baru sampai surga

baru sampai umah kat kluang.
naik moto, ujan lebat, 2 jam.
tapi aku tak menyumpah.
sebab, aku tak pikir pape pon.
haha

sorry n slamat mendaki kepada bell, bangau n kawan2.
maap tak dapat join.mak bapak aku nak p bercuti. nak spend time ngan diorg jap sbelum diorg gerak. dah lama sangat aku tak balik...
semoga pendakian korg di angsi selamat dan hepi2 go lucky.

p.s:ape jadi pon, cuti ni aku tetap akan mendaki.!!!!


OUT

the heat is off...for a while

periksa akhir tahun sekolah tinggi menengah legi tinggi dari itu, UiTM telah selesai...
untuk sementara...
the heat is off for a while..

benti jap..
isap rokok...
tenangkan kepala otak n kepala lutut...
refresh...
remind...
sleep...

p.s: satu sem yang agak lahabau.


OUT

11/02/2009

bende boleh pusing...kembali

semakin kau fikir yang kau kuat,
semakin banyak dugaan yang datang.
tidak kira dugaan dalam bentuk dalaman, mahupun luaran.
akhirnya, kau akan jatuh melutut ke tanah.
dan sedar,
kau adalah lemah.

semakin kau fikir kau tabah,
semakin pelbagai ujian dunia datang bergolek.
tidak kira ujian itu diberi terus dariNya mahupun melalui hambaNya.
akhirnya, kau akan menangis darah,
dan sedar,
kau adalah lemah.

semakin kau fikir kau kaya,
semakin banyak bende yang perlu dibayar.
tidak kira kos itu datang dari dalam keluargga, diri atau luar.
akhirnya, kau akan hauskan duit dengan parah,
dan sedar,
kau adalah papa kedana.

semakin kau cuba memanipulasi,
semakin banyak pembolehubah yang akan kau sedari.
mungkin dalam keadaan kau baru sedar, atau pelajari.
akhirnya, kau akan terasa diperalatkan mereka disekeliling diri sendiri.
dan sedar,
kau pun sebenarnya mudah dipengaruhi.

semakin kau mengalah,
semakin mudah dugaan kau dipandang oleh orang lain.
kau akan merasa tekanan, marah dan sedih dengan diri sendiri.
akhirnya, kau akan dapat tempuhi masalah itu juga.
dan sedar,
janjiNya yang mengatakan dugaan itu kau boleh tempuh sebenarnya.

semakin kau sedih,
semakin ramai yang akan datang memberikan pertolongan.
kau akan rasa malu, terharu dan terhutang budi kepada mereka.
akhirnya, kau akan menjadi gembira semula.
dan sedar,
hidup ni terlalu pendek untuk merasa sedih tak bermoral.

semakin kau merancang,
semakin mudah aturcara kehidupan kau berubah.
kau akan mudah tersasar dari objektif dan pelan kehidupan.
akhirnya kau akan menjadi kalut semula.
dan sedar,
niat itu perlu, otak perlu tegak, hati perlu ikhlas dan tawakal itu wajib.

semakin kau cuba mencabar alam,
semakin kau merasa bahawa diri kau sebenarnya tiada makna.
kau akan dicabar semula dengan kod dan etika kau sendiri.
akhirnya kau yang menjadi pengecut sampai mati.
dan sedar,
kau terlalu kecil untuk menindih semuanya,termasuk kuasa Dia.

semakin kau membesar,
semakin menjadi-jadi perangai kebudak-budakan kau.
kau akan menjadi lebih manja, meminta dan mudah mengada-ngada.
akhirnya, kau akan terasa memerlukan ibumu semula.
dan sedar,
manusia itu semuanya sama. tak kira beza akal, rambut, kulit, agama, mahupun usia.

semua perkara diatas adalah logik untuk mereka yang logik.
pola pergerakan naik turun kehidupan tidak beza semuanya.
ada yang atas dan bawah, kiri dan kanan, depan dan belakang.
yang dapat mengubah semua diatas hanyalah,
iman di dada, akal di kepala, niat di hati, dan tangan yang berkuasa.



OUT

10/31/2009

tribute to gary

peristiwa: pertama kali mendaki Ledang bersama
masa: sudah selamat sampai ke kaki gunung semula
keadaan: masih amatur(tgk pakaian dah tau)



peristiwa: kali ketiga menaiki Ledang bersama (melalui trek asahan)
masa: perjalanan turun gunung melalui trek pleto
keadaan: masing2 dah mula menunjukkan gaya semi medium still amatur.

nama mangkuk kaili adalah areel atau Gary. aku letak sekadar 2 gamabr yang aku fikirkan perlu dalam menceritakan jarak persahabatan kami. beliau dah naik ledang 3 kali bersama-sama aku. walaupon badan besar, tapi sampai ke puncak. beliau membuktikan teori "no mountain is too high".sambung cerita...
aku dan dia bersemuka pada pertama kali aku kenal senior kolej sempana riau. beliau merupakan senior bilik aku. masih ingat bagaimana riak wajah sombong campur celaka beliau pertama kali menjejakkan kaki ke dalam bilik. macam haram.
perangai beliau boleh tahan celaka. kami memegang motif "mulut biar macam longkang, asalkan hati putih tak apa". kalau melawak, mulut macam haram gamaknya. tapi aku suka. suka mencarut bersama. kau butoh kan aku, aku babikan kau. ahaha. those good old days...

hampir grad dalam kursus degree international business. jalinan persahabatan masih kuat walaupun sudah 3 tahun lebih bermula kenal. ini nak masuk tahun ke-4. banyak yang kami kongsi bersama. dari masalah dunia sampailah ke megi. aku rasa, kalau aku tak beli megi2 yang dia makan, aku dah bule beli ferrari. memang aku ternak mangkuk sekor ni dengan makanan megi aku. dan, beliau ternak aku dengan membantu mengepow rokok2 junior untuk aku. so, ade r sikit give and take. pejam mata, berak sudah.(buat2 tak tahu).haha

mok, wa sayang lu.
pape, roger.
kita kenal bukan semalam,
dan...
aku tahu..
KLANG BANYAK K3L!N9.
KLANG
K3L!N9
KLANG
K3L!NG
ahaha


MAAF JIKA SEDIKIT RACISM
HANYA MELAWAK



OUT

gunung rajah

aku dan kawan2 mungkin akan mendaki gunung rajah cuti sem ni.
so, apda kawan2 bloggers yag ade info pasal gunung ni, mintak tolong bagi ea.
aku taw ramai yg tak mendaki, tapi, jus in case korang ade link atau contact.
tq


OUT

tribute to gawat 2


aku gemok, ko lagi gemok.
tapi, aku tetap gemok.
aku paw orang lain, ko paw aku, orang lain paw ko.
ujong cerita, sume bende bepusing macamtu je.
aku isap rokok aku, ko isap rokok aku.
aku rogol orang, ko rogol aku, orang lain rogol ko.
nasib bek kite tak kene AIDS sesama.
change side adalah kata keramat ko yang aku benci.
wats d point of havin fun??!!!
nasi lemak telur goyang adalah menu hampir setiap hari.
lontong darat pasar malam adalah makanan yang akan aku kirim setiap kali.
'xde r, xde r' adalah moto perjuangan diri ko sendiri.
gambar ni masa zaman ko kecik lagi..parat tikus mondok
tapi skarang, ko dah membesar.
tidak membesar ke atas, sekadar membesar ke tepi.
melebar...
macam hamster...
seekor hamster wane pink floresence men skate.
...
tapi itu sume tak pnting.
yang penting, ko dan aku,
kite berdua sedar,
kau dan aku adalah orang hensem mampus2.
damm...

ko KIUT
aku EVIL
sape KIUT EVIL???
ahahahaha

520! 520! 520!



OUT

10/30/2009

kiut evil

hahaha.
lu taw lu sape.
hahaha


OUT

tribute to razif



mohd razif bin aliman.
ni antara kawan baik aku yang tergolong dalam persahabatan bernama fire armadillo. berkenalan pada hujung tingkatan 4, pada satu projek perkhemahan. pada mulanya, agak tidak suka sama tidak suka. tapi, kalau dah rezeki untuk bersahabat, perjalanan hidup diteruskan. menjadi semakin rapat dari masa ke masa. sering roger meroger walaupun masing2 sudah ada hala tuju masing2 dalma hidup. beliau sudahpun habis belajar dalam diploma kulinari dan telah bekerja di terengganu tempoh hari. kereta sudah ada. tunang sudah ada(cun plak tu-ratu kebaya).haha

kenapa tiba2 tribute post pasal die?
baru2 ni, beliau dapat tawaran untuk berkerja keluar negara, Mekah. dan, beliau memilih untuk pergi ke sana dengan dua niat, untuk bekerja dan menunaikan rukun islam yang belum lagi aku dan yang lain fikirkan, menunaikan haji.

ada beberapa rakan fire armadillo yang berdekatan menemani keluarga beliau semalam untuk mengiringi beliau untuk bergerak ke tanah suci sana..aduhai..kawan aku..dah r tunang awal, nak p haji plak tu..smoga niat kau tercapai di sana dan dilindungiNya dari segala masalah dalam kehidupan. bukan apa, aku kenal kau. ahahahaha. takpe, mungkin dah sampai masa aku gelar kau pak haji. hahaha. masih segar dalam kepala otak bagaimana kite berkenalan, masih merindui zaman merempit lepas habis sekolah, masih terkenang zaman lepak minum2 di kedai yang sama semenjak kita tingkatan 5 sampai sekarang, masih tergelak bila mengenangkan kita beramai-ramai tengok wayang cerita 'the spirit'(bangsat punya cerita!). masa berlalu, kita juga berlalu.

selamat pergi dan semoga selamat kembali sahabat.
jika kau tunaikan haji,
semoga Dia terima dan baik2 sahaja prosesnya.
salam saudara
...



OUT

nak ape?!!


ni gamba anak sedara aku. adam.
die ngan bapak die. rindu gak aku kat monyet sekor ni. kalau kat umah, lari sana-sini. mak die cakap, bapak die cakap, nenek die cakap, atuk die cakap, mmg die tak ikot. dah kene marah pon degil taknak ikot. tapi, nasib baek aku ada. aku cakap pon dah memadai untuk buat die nangis. ahahaha

penah skali, dia main2 kat dapur time sume orang sibuk kat dapor. sume orang marah die jgn main, tapi die main gak. aku naik semak memasing jerit sana, jerit sini. last2, aku cakap baik2, "adam, jgn main2 lagi.ko diri situ diam2"...end-upnya, mmg die diri je kat tgh2 alam tu diam2. lepas dekat setengah jam,bile org panggil, die taknak ikot cakap.bile d tanye nape banyak kali, baru die cakap, itupun,"papit, takot". bermaksud, die takkan wat ape pon selagi takdapat perintah dari aku..

cerita lain yang aku klaka, ade kali lagi.
pagi tu, semua orang bangun awal(macam biasa) dan aku masih tak bangun lagi(macam biasa). kerja adamlah untuk pergi kejut semua orang pagi tu bawah arahan kakak. last2, tinggal aku sorang belum bangun. lepas kakak arahkan die kejut aku, die belari ke bilik aku. lepas 5-10 minit, takde kelibat adam ngan aku depan mata kakak. kakak datang bilik, tengok adam duduk tepi katil, cangkung, tgk je aku tido. lepas ditanya napa tak kejut aku, die cakap gak ayat biasa "papit, takot". ahahahahaha. itu baru aku tidor adam oi. kalu aku dah buka mata, mau berbuih mulut ko takot ngan aku.ahahahahahaha

wahahahahahahahahaha

adam oh adam...
walopon ko takot n ingat aku garang ngan ko, aku sayang ko dowh.
ko anak buah aku maaa..
mane ade orang tak sayang family.
xpe, nanti ko dah besar, baru ko taw aku sayang ko ke tak.
ko nak men skate?nak jadi pendaki gunung tegar?nak men gitar?ko cakap je.
asalkan ko blaja betul, baik ngn family, ko cakap je ape ko minat.
komfom aku sponsor.

tapi, wat mase ni?
LU DUDUK SITU DIAM2!KALAU AKU DENGAR KO NANGIS,SIAP!


dan sekarang,
wa rindu sama lu.

photo by aidil



OUT

10/29/2009

sakti celah mana???

seringkali aku dengar cerita entah dari mana-mana sahaja, mengatakan ade benda itu sakti, bende itu mujarab, komfom itu, komfom ini. BENDA. bagi aku, bende yang diorang cakap itu mengarut sama sekali sebab tiada benda dalam sejarah Islam yang boleh dikatakan sakti kerana semua benda di bumi ini sekadar benda, dan tidak lebih dari itu. apatah lagi mahu mengekori jejak kuasa si Dia yang sentiasa memerhati di sana. kepercayaan seperti bahawa kayu kokka itu sendiri yang mampu memberikan pelbagai kelebihan sakti yang tidak masuk akal bagiku tidak lebih dari sifat manusia yang sedang melalui sebuah proses yang mudah dinamakan khurafat.

mungkin aku bertindak secara realistik.

Menggunakan nama agama lalu kayu itu dijual, kononnya tongkat Nabi Musa a.s dibuat daripadanya. Demikian juga kononnya bahtera Nabi Nuh a.s juga diperbuat daripadanya. dah tersebar cerita pada orang ramai kononnya kayu itu jika disimpan membawa rezeki, atau menolak bala dan berbagai kesaktian yang lain. gile tak berpijak pada bumi yang nyata. Padahal tidak satu dalil yang sahih pun dalam Islam mengenai kayu kokka tersebut. tiada pula aku dengar sunah Rasulallah S.A.W yang mengatakan baginda manyarungkan kayu kokka pada jari-jarinya walaupun satu, jika benar apa yang kayu kokka pembawa sakti yang entah apa. benda yang ajaib di dunia yang aku tahu adalah datangnya secara terus dari kuasa dan keizinanNya. seperti mukjizat, mala petaka, rezeki, nyawa, dan maut. kenapa ajaib? ianya melangkaui kebolehan manusia untuk meniru dan apatah lagi memilikinya. jika sekadar BENDA? sesuatu yang ajaib boleh berlaku di depan mata. antara mukjizat atau sihir. atau entah apa. mukjizat, sesuatu yang tidak diterangkan dek akal yang hanya boleh dilakukan oleh para Rasul dan Nabi dengan izin Allah dan ianya tidak boleh dimiliki, apatah lagi jika berniat untuk ditandingi.. Sihir, perkara ajaib yang boleh dipelajari dan ditandingi.ada lagi yang lain, aku tak ingat...kayu kokka masuk celah mana???????

menggunakan susuk besi mahupun susuk emas untuk tujuan walaupun baik, adalah haram sama sekali. tidak kira dengan niat baik. kerana, perlu ingat, Islam tidak menghalalkan cara. namun, bagaimana dengan memperagakan kayu kokka kerana percaya pada kesaktian dan keajaiban nya? tidak ubah seperti penanaman susuk. meyakini sesuatu yang lain dari Dia, mampu membuahkan hasil. tidakkah syirik namanya? jika betul kayu kokka itu bagus kerana khasiatnya, mengapa mufti2 dan raja2 melayu, yang sayangkan melayu dan Islamnya, tidak mempromosikan penggunaan kayu kokka itu sendiri seperti mana mereka menyarankan perokok semua berhenti merokok??? adakah berhenti merokok itu lebih sakti dan lebih ajaib dari perkara 'ghaib' yang kononnya mampu dibawa oleh kayu kokka itu sendiri?

so, kalau kau percaya kayu kokka itu ada saktinya, apa bezanya kau dengan mereka yang berlainan agama yang menganggap patung berhala itu ada azimat mahupun berkatnya? dari segi teori perbuatan, kalian tiada beza. cuma berbeza pada nama, agama, usia, bahasa dan paras rupa. so, macamana nak menilai dan mengukur iman? kepercayaan pada sesuatu BENDA yang boleh dibuat dan dimanipulasi manusia...

betulkan aku kalau aku salah.

sekadar nak memberi peringatan pada saudara mara di luar sana yang mungkin berlaku syirik secara tidak sengaja dan menghalang dari pencapaian matlamat hidup seorang mukmin yang sejati dan dinamik.


OUT

10/28/2009

inglorioues basterd


dasar kene dengan nama.
nasib baik aku tgk download je.
jalan cerita berlainan dari yang ada dalam kotak fikiran.
mungkin tersasar kerana melihat mereka yang melakonkan.

kurang memuaskan.
adeh.


OUT

10/25/2009

selamat berkonvokasi

tribute untuk ko nadeea.
aku maaf tak dapat pegi. aku macam bz kat sini. ade assignment n dah mule merangka studi plan aku supaya aku dapat cukup tido dan tengok tv walopon amse final.
hahaha

selamat menyambut hari konvo sesama kawan2.
konvo, konvo jugak.
final dah dekat.
studi jgn lupe.

1st class degree, ptptn kasi free..
xtaw r aku n ko dapat rase or tak.
tp, try r.
1st class lagipun.
kite kalahkan yaya gemuk.


peace


OUT

10/23/2009

pusaran dunia dan isinya

pusing-pusing-pusing
dah ntah berapa kali kau pusing,
kau masih berpusing.

putar-putar-putar
tanpa satu titik tanda awal,
dan selah tiada titik akhiran.
kerana bertitik pangkal dan ajal yang berubah-ubah.

ikut-ikut-ikut.
sekadar memenuhi masa dan waktu berlalu.
tanpa sebarang objektif dan hala tuju.
hidup sekadar melahu.

gerak-gerak-gerak.
masa berlalu kehadapan,
sepatutnya kau terus berubah dalam kualiti dan kuantiti yang kehadapan,
namun masih disitu.
masih menunggu sesuatu entah apa jenis hantu.

pergi-pergi-pergi.
pergerakan yang sentiasa nampak perubahanya.
kejap di sana, kejap di sini.
kejap mulia, kejap hina celaka.
namun,
sekadar di situ sahaja.

kembali-kembai-kembali.
kita tetap melihat dengan mata.
melafaz dengan mulut.
berniat dengan hati.
dan, bertindak dengan kuasa.

kelam-kelibut-serabut.
nampak macam bergerak secara sendiri,
namun, semuanya bertindak dan berinteraksi sebagai satu entiti.
sebagai satu institusi.
tidak ubah dari logik pemikiran manusia itu sendiri.

pening-tak paham-keliru
mungkin itu yang kau fikirkan terhadap aku.
tidak dapat aku rungkaikan apa yang ada dalam kepala.
apa yang dilihat oleh mata terlalu mudah tetapi tinggi signifikan.
takut hati nak menjad ikhlas.
risau mulut nak megintepretasikan.
takut ke laut hasil kejadian.



OUT

cliche

dammit.

semuanya sudah berbentuk cliche dalam dunia ni. tak kira dari sudut pemikiran, seni, perbuatan mahupun tindakbalas dari segala sudut, samada yang hidup mahupun yang batu. seolah tiada lagi bentuk satu inovatid dan hasil kreativiti diri yang diserlahkan olah semua orang. apa yang dapat dilihat, sekadar mereka yang benar-benar unik yang mampu melakukan sesuatu yang anti-cliche dan menghasilkan sebuah arca yang digelar seni, melakukan sebuah tindakan yang dikatakan sebagai unik, dan menjalani kehidupan dengan kadar pembaharuan yang efektif.

bukan sahaja dalam dunia blog, malahan dunia biasa sudah boleh aku lihat dan sedar apa itu cliche dan apa itu seni asli. mungkin mataku yang benak ni sudah tidak pandai menilai dan telinga kayu aku yang mula pekak kerana mendengar lagu-lagu duka lara. tetapi, aku tahu apa yang akal aku fikirkan dan apa yang hatiku rasakan. tiada pembaharuan yang mengujakan.

apa yang dilakukan oleh manusia di atas dunia ini sudah seperti hilang seninya. mungkin kerana dimangkin oleh nilai kita yang ramai dan disuntik dengan sifat manusia itu sendiri yang lebih cenderung kepada mengimitasi sifat-sifat mereka yang terdahulu. apa yang terjadi kini, sudah pun terjadi dahulu. apa yang terjadi pada kau, sudah pun terjadi pada aku. apa yang terjadi pada aku, mungkin sudah terjadi pada kau.

yang mampu mengubah tahap kebodohan cliche itu sendiri apabila diri sendiri dapat menilai tahap kebenaran sesebuah situasi dan tahap kolaborasi diri dengan insan lain. tiada apa yang berbeza dan tiada apa yang dapat membezakan.

bermuram durja...
berkata celaka...
mengukir senyuman paksa...
bergosip cerita mereka...
berdiri bangga...
mencalit seni arca,katanya...

mungkin diri ini sekadar memerlukan sesuatu baru yang mengujakan mata.
memerlukan sesuatu yang mencabar minda.
memerlukan sesuatu yang membuka mata.

mungkin tidak.


OUT

bukan calang budak



baru 7 tahun...
if konsisten..
umor 17 tahun?

DAMN


OUT

10/21/2009

aku dah tak macam dulu...

baru pulang dari membuat sesuatu yang tidak besar mana ceritanya.
sekadar berniat mencuri harta benda awam dengan niat meminjam sebenarnya.
rencananya,
lepas digunakan dipetang hari,
mahu memulangkan semula ke tuannya.
namun,
hati rasa tak tenang macam nak gila.
end-upnya,
aku pegi pulang semula harta bende awam tu.

aku dah tak macam dulu...

kalau dulu,
dah macam2 benda aku pergi rembat yang bertitlekan tepi jalan.
jangan katakan kon pak guard.
pasu bunga.
bahkan,
batu petanda(gawat mengerti) pon pernah didurjanakan bersama.

tapi sekarang,
aku sudah berbeza.
mungkin hati sudah menjadi baik,
atau matang dlam kata2 biasa.

aku dah tak macam dulu...

gelak pon ada,
malu pon ade,
namun,
paling ada sekali adalah,
bangga.

sebab?
aku dah tak macam dulu

dengan ini,
menguatkan lagi teori aku,
terhadap diri aku sendiri,
bahawasanya,
aku
adalahh
budak
nerd
.

OUT

tinggal?

sales tinggal nak combine...
channel tinggal nak present..
malam tinggalkan aku...
marcom tinggal nak bace..
aku??
tinggal nak tido..
wahahaha


OUT

10/20/2009

panas...

kalau aku ni kaya,
komfom skang gak aku p ketok kedai yang jual air-cond
umah tgh panas memampos..
kondisi lemak memudaratkan lagi tahap kepanasan badan.
mau je aku p berendam dalam kolam ais..
tp,sejuk pula..

mengenang nasib aku adalah aku..
dok baring diam2 sudah..
panas pon, panas r..ape pon xmampu nak buat..

dapat tido 2 jam..
menyala mata smpi skg sbb panas..
skang, pkol 5 pg...
esok ade kelas..

ape susah..
dah ngantuk sgt, tuang je r..

hahahaha


OUT

10/18/2009

tribute to tocau


gamba atas, lepas men skate kat dataran yong peng.
gamba bawah, masih sedang nyenyak tidur.
tolong r paham...
aku tido pakai kain n suar pendek kat dalam..
tocau pakai suar panjang..
tidak bermaksud kami baru lepas...
alaa..
lepas yang tu lah...
ihik2(gelak sipu2)

memula kenal, sebab men skate.
macam sombong..
skali aku duduk luar,
ajak lepak,
hambek ko...
macam2 cerita.
hahaa

dia ni:
pandai men skate
blaja kire ok(tgh amek mascom)
bontot tonggek(aku suke spank)
kuat raba(aku yg raba die)
dia kata, badan die keding..ntah.
boipren adik aku(aku takde tolong pape,die usaha sendiri)
perintis LOGIX SKATE TEAM kitorang...aku tak terr pon.posser je
cekgu skate aku.saba mengajar walhal aku tetap bongok.hoho

lu tau banyak pasal wa.
wa tau banyak pasal lu.
diam2 sudah.
wa sayang lu bro..
hohohoh

SKATEsampaiTOUR



OUT

ini bukan orang biasa...



aku ade kawan..
walopon die tua, tapi die sedar diri..
walopon die pandai macam dewa, tapi merendah diri macam hamba..
skali nampak macam orang gila..
tapi sumpah waras orangnya..
senyum memanjang kat muka..

dan,
wat mase ni,
die tgh online kat sebelah aku.
aku tgh wat asgmt kat sebelah die.
hahaha

muhammad abdul hadi
umor, 24 tahun
nickname aku bg: portable hard-disk maxtor 40 terabyte.
nickname singkatan : hard-disk.
nickname biasa : hadi
status : berpunya..die bercinta dengan i7(intel)
tinggi : macam manusia biasa
kelajuan : selaju mana LCnya diperah minyaknya
makanan kegemaran : ilmu
minuman kegemaran : ilmu tarik kurang manis
guru kepada : hang tuah dan rakan2nya(sebab umor die dah tua)
pekerjaan sekarang: student kat uitm segamat
pekerjaan lepas : dekan universiti oxford dan naib canselor unversiti cambridge
ayat fames die : "ha?"
hobi : macam aku..gigit jari..bez
habit : pantang lepa, buku melekat kat kepala.
carutan : "aaaaaaaaaaaaaaaaaa"
status pelajaran: budak NC..
cita2: die suruh aku jd lecterer..tp die tak nak..sial punya org.
taraf tempur: die blaja tekwando dalam diam.arini aku baru taw..ade brani, cari hal r.mmg kaki die die sumbat dalam mulut tembus telinga lu.



walopon ko tua,
ko tetap bes.
cheers 4 d friendship mate.


OUT

10/17/2009

FMJ 2

THE ESSENCE IF KNOWLEDGE IS, HAVING IT, TO APPLY IT; NOT HAVING IT, TO CONFESS YOUR IGNORANCE
- CONFUCIUS -

terkena di kepala.
terasa di dalam diri.
terpalit di hati.

hahaha
tergelak aku seketika di dalam jiwa.
betapa ramai yang tidak melakukan apa yang sepatutnya.
termasuk aku jua.

jimbit.

kan dah terasa.
...
takpa...
esok lusa masih ada.
kita cubalah berubah walaupun seperlahan kura2.
hidup untuk langkah kehadapan.
bukan berhenti dan mundur semula.


OUT

10/16/2009

FMJ

Fucking Morning Jokes. itulah FMJ

aku terdengar satu ungkapan, dari orang barat. berbunyi begini,
"orang melayu berpegang teguh pada tauhid, namun percaya kepada tahyul."

lu tak rasa funny ke?
apa itu tauhid?
apa itu tahyul?

sebab tu aku panggil ungkapan ni FMJ.
although it is true,
it is the Funny side of truth.
nak saya elaborasikan???
maaf...
statement itu sendiri adalah terlalu jelas.
yang tinggal hanya kalian pergi bukak kamus dewan.
komfom akan faham.


hahaha


OUT

peluang datang sekali

masih teringat peristiwa yang mengatakan ada orang-orang tua kata, peluang datang sekali, namun terserah kepada kita untuk merebutnya atau tidak....kepala buto

peluang datang bergolek dari langit jatuh kebumi. bukan apa, peluang hanya dapat dilihat olah mereka yang berfikiran waras, berhati bersih keranaNya, dan berfikiran positif selamanya. peluang ada macam-macam cara. penilaian peluang hanya bergantung kepada mata kepala, mata hati, penilaian dengan ilmu diri sendiri dan tahap diri punya berani. dan bukan pada perkataan nasib. tetapi, boleh dikatakan rezeki.

lu nampak anjing mati kene langgar lori,
lu dah dapat peluang bertaubat.
tapi, lu je yang tak sedar dengan mata hati lu.
apa yang lu nilai?
sekadar daging bertaburan yang mungkin sebelum ini bernama dna ditimang sayangnya???
lu bodoh ke ape???

bersepah peluang tuhan bagi kat keliling kita sendiri. jika mampu kau memanipulasi kepala otak kau sendiri dalam membentuk pemikiran kau pada satu hala tuju yang lebih spesifik, sudah tentu kau dapat mencari jawapannya yang tersendiri. pandai-pandai lah diri nak menentukan samada apa yang kau lihat itu adalah 'emas' atau sekadar 'bebola kapas'.

bukan niat di hati mahupun kepala ini nak menidakkan kata-kata orang lama. namun, pada zaman itu, orang kita hidup terlalu jujur, bodoh, dan lemah. sehinggakan diri mereka dan tanah berdarah ini sudah dinoda beberapa kali oleh mereka lain yang berangkara seperti mereka yang bermata dan bertatu stars of david di kepala.
bila nak berkata, kata pakai logik otak dan penilaian akal.
menggunakan hati,
sekadar membinasakan.

apabila kau melihat,
kau nampak dan menilai suasana.
apabila kau perhatikan,
itu sudah boleh dikatakan peluang namanya.

siapa kata peluang datang sekali???


O
u
t

aku toleh belakang...

aku sedang menerjah,
menerjah sebuah perjalanan,
sebuah perjalanan yang penuh onar dan onak duri tersendiri.

aku sedang menolak,
segala bentuk kemungkinan,
kemungkinan yang mampu mem-bedebah-kan diri ini.

aku sedang mencari,
mencari untuk membuang benih,
benih duka yang aku terlepas pandang selama ini,
yang telah lama membiak dalam diri ini.

kadangkala ada terasa duri,
duri yang mencucuk diri ini,
hasil daripada onar bodoh riak benci diri sendiri,
onar bodoh riak benci yang aku semaikan sendiri.

tangisan berdarah baur nanah tidak akan terkeluar lagi...

kadangkala...
berada di atas roda kehidupan,
puncak yang penuh gemilang rasanya.

kadangkala...
tersepit antara roda,
antara roda kehidupan dengan tanah,
tanah bumi nyata yang harus dipijak,sebenarnya.

terasa diri hampir luluh berdarah,
kerana tersepit dicelah-celah masa,
namun,
tidak mengapa.
tidak perlu risau.
tidak perlu sasau.
dan tidak perlu melampau.
aku tidak memerlukan pertolongan siapa-siapa,
mahupun lu,
dia,
semuanya.
kerana aku ada Dia.


OUT

aku mahu tinggalkan si dia.

aku sudah beberapakali tersentap.
teramatlah ingin akan diriku ini meninggalkan dikau wahai cinta hatiku.
terasa mahu berjauhan dari dirimu.
telahpun kumulakan langkah2 merajuk malu dari dirimu.
tetapi dirimu dan kaummu kuat menerjah hati dan perasaan aku.
terlalu kuat,
aku sering rindu.
dari jauh aku sudah dapat meneka siapa kamu.
dengan sentuhan fizikal dapat aku tahu apa rasa dalamanmu.
dari tarikan bau dekan badanmu sudah aku tahu baik-burukmu.

aku tahu ini dikatakan alam percintaan.
aku tahu apa aku rasa.
kau tak perlu tipu atau menidakkan apa perasaan aku.
sudah pun aku menyintaimu dengan sepenuh hatiku,
namun,
sejarah dan perlakuan dirimu tidak membantu dalam mendapatkan restu.
restu keramat dari ibu bapaku.
tidak lupa juga dengan sejarah cinta kita yang dicoretkan bersama.
usah kau menidakkan perkara ini cinta.
aku tahu aku cinta sangat kepada kamu.
aku tahu kau tidak mengiakan perkataan cinta itu dari mulutmu..
masakan kamu bisa bersuara.kamu hanya tahu diam membisu sahaja.
sekadar menyalakan dan membara semangat jiwa diri aku sahaja.
menodai masa yang dikurniakanNya kepada badan aku sahaja.
bukan sahaja menyeksa batin aku,
malah kau cerca zahirku.
...
aku tidak kisah.

sudah banyak yang kita kongsi bersama.
sudah banyak kita lalui bersama.
bila aku gembira, kau ada di sana.
bila aku sedih, kau datang menyapa.
bila aku kekosongan, kau datang meneman.
aku terlalu bergantung kepada dirimu.
lagipun,
cinta mu sudah menjadi terlalu mahal untukku.

aku terlalu bergantung kepadamu.
namun,
Dia tetap dan haruslah menjadi Yang Satu.

harap-harap hubungan kita akan terputus jua.
didalam keadaan nyawa masih menyelubungi badan aku.
aku akan memutuskan hubungan kasih antara kita.
mungkin bukan sekarang,
kerana,
ini semua adalah satu hari nanti punya cerita.

oh rokok.
i love you



p.s:dia dalam konteks di atas adalah rokok.
HAHAHAHAHAAHAHA


out

10/14/2009

antara fakta yang aku suka

Rasullullah s.a.w & Jabal Nur.

Diriwayatkan baginda mendaki ke Jabal Nur dan menyepi diri di Gua Hira' bagi mencari Maha Pencipta. Gua Hira' terletak di puncak Jabal Nur, ini bermakna Rasulullah mendaki sebelum ke Gua Hira'. Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang bersifat tenang, banyak berfikir dan tadabbur. Baginda s.a.w kerap memencilkan diri di Gua Hira' yang terletak di Jabal Nur di Mekah untuk berfikir dan bertadabbur. Entah berapalah ketinggian Jabal Nur ini. Mengikut siri Jejak Rasul, ketinggian Jabal Nur 2500kaki menghampiri ketinggian gunung Datuk, Negeri Sembilan.

diambil secara terus daripada,
http://www.ogkl.com.my/PendakianNabi.htm


OUT

10/13/2009

aku rase lah...

selalu tertanya-tanya, apa kurangnya bangsa sendiri berbanding mereka yang berbangsa cina. mengapa dalam sudut ekonomi, orang cina akan mempunya peratus empunya sesuatu sektor yang lebih tinggi.

hak istimewa orang melayu sudah disuntik sejak dahulu lagi. hak ini membantu orang yang berbangsa melayu dalam konteks definisi perlembagaan, untuk menerima beberapa(atau banyak sebenarnya) kelebihan dari pihak kerajaan dalam pelbagai hal, khususnya ekonomi.

kenapa di warung kopi tu, orang cinanya mungkin kaya. namun, di warung kopi yang sama, orang melayunya belum tentu berjaya. setiap kali aku meredah embun pagi di subuh hari semata nak isi minyak motor sebelum pergi kesekolah, yang kelihatan hanya simata sepet yang sedang membayar dan menuang petrol mahupun diesel dalam kenderaan masing-masing. amat sukar sekali bagi mata benak ni nak dapat melihat orang melayu dah bangun pagi untuk bekerja mahupun 'berusaha'.

selapas difikirkan sejenak, semuanya terjebak kembali kepada perkataan basi, MENTALITI.

mentaliti melayu yang lebih gemar disuap oleh naga2 besar di parlimen memalaskan tulak empat kerat masing2 dari terus mengais. mereka yang bermata sepet(cina), tetap rajin berusaha kerana SEDAR akan nasib mereka menumpang di negara kecik amat ini.

mentaliti orang melayu yang dari zaman sebelum merdeka pun memainkan peranan. mana tidaknya, pemikiran melayu zaman sekarang tidak jauh beza dari segi puratanya, dengan pemikiran ekonomi cina 40 tahun lepas. kita tertinggal jauh dalam hal2 kesedaran politik, dan ekonomi. apa yang kita pikirkan sekarang, diorang dah buat pun 10 tahun lepas. namun, tiada kesedaran yang dapat menyaingi perbuatan. sekadar kata-kata berperisa tebu yang didengari dalam memajukan bangsa. perbuatannya, hanya sekadar melancap dalam bilik air sendiri. lu puaskan nafsu serakah lu. bangsat.

kesimpulan?
mentaliti pemikiran.
selagi tiada kesedaran dari pihak melayu itu sendiri yang berperangai secara purata dalam corak kepala jubo, memang tiada apa akan berubah. usah boraklah yang kau nak pakai kereta lambo dan memakai baju polo kepala buto. pakai baju pagoda pun tutup aurat apa...
kita perlu mengorak langkah memikirkan apa yang perlu difikirkan. bukan memikirkan bende remeh temeh yang tak perlu difikirkan. bukan sekadar melepaskan batok di tangga. memikirkan soal nak jadikan kerjaya artis mahupun komposer, itu lu tolak tepi. jangan persiakan bakat kepada seni yang hanya memuaskan nafsu dan impian diri sendiri. kreativiti dah ade, selakkan pada cara bagaimana nak majukan ekonomi.

ekonomi
segagah mana lu berdiri memegang panji, sekuat mana lu menyalak lu ada ramai kawan ada baju sana-sini, sekuat mana lu melangkah menyebarkan dakwah, kalau tiada kuasa ekonomi, lu sekadar batu di tepi kandang babi. lu tau bende tu salah, tapi, lu sekadar tak perasan.

aku bukan bercerita nak menunjukkan apa aku rasa mahupun nak menunjukkan pandangan aku yang ibarat zionis bercincinkan stars of david di tangan kiri, aku sekadar nak bagitahu, kite kene ubah mentaliti, untuk majukan ekonomi, untuk majukan umat.

lu tak puas hati,
pegi mampus.

OUT

bende boleh pusing...

kuat mana kau menegakkan ketabahan hati kau,
memang sebelum ni kau rempuh macam2 dugaan,
memang dugaan orang lain di depan mata kelihatan remeh.
...
bende boleh pusing.
kau boleh jadi lemah.

kuat mana kau berfikir,
sepuas hati kau dan seperah habis otak kau merencana,
setegak mana perjalanan kau mengikut rentak tari perbualan kau.
...
bende boleh pusing.
kau boleh jadi bodoh.

kuat mana kau bertahan,
bukan kan sahaja dugaan dan onar kawan,
malah bertahan dari menjadi lemah macam cendawan.
...
bende boleh pusing.
kau boleh jatuh.

kuat mana kau menyalak,
menyebarkan ideologi diri yang ntah ya atau tidak akan kesongsangannya,
ntah gerenti masuk surga atau sekadar melepek dalam neraka hina.
...
bende boleh pusing.
kau boleh terdiam.

serapat mana kau dengan kawan,
potong tangan sama2 tak kisah katanya,
buruk nama sama2 pun tak jadi masalah punya.
...
bende boleh pusing.
korang boleh bermusuh.

lama mana kau hidup,
dah semua sudut dunia sudah kau tinja,
sudah semua jenis manusia sudah kau zina.
...
bende akan pusing.
kau akan mampos.

bukan susah bende nak pusing.
asalkan Dia membenarkan sesuatu itu berlaku,
bende boleh pusing ikut kehendakNya.

memang sekarang kau katakan kau unik.
memang sekarang kau bualkan kau tahu hampir segalanya.
memang sekarang kau rasa kau boleh manipulasi semuanya.
tapi,
bende boleh pusing.

aku terlalu lupa akan kehidupan sebenar.
aku terlalu yakin dengan kira2 logik kehidupan,
hampir terlupa akan kuasaNya yang maha mengubah segalanya.
Dia memberi.
Dia mengambil.
Dia maha kaya.
malah bijaksana.

terima kasih kepada kawan yang memberi perkataan,
"jangan sampai Dia ubah hati kau"
...
macam2 teori aku dengar dalam hidup.
macam2 orang aku gelakkan dalam kawan.
macam2 hal aku jumpe setiap hari.
macam2 sebab orang boleh ketawa.
macam2 sebab orang boleh menangis.
...
tetapi,
bende boleh pusing
...
lu niat,
lu buat yang terbaik,
lu tawakal,
lu berserah.

dia nak pusing atau tak,
itu hal Dia.
lu buat keje lu.
Dia buat keje Dia.

p.s:lu taw lu sapa.time kasih sebab nasihat wa yang dah pun terlupa.

OUT

10/10/2009

elok aku diam sendiri

nak bercerita pasal diri sendiri...
aku sendiri tak dapat nak kenal diri sendiri. cerita-cerita yang ada pada diri sendiri pun aku tidak pasti. aku rasa macam terlalu banyak yang aku terpaksa merahsiakan dari orang lain. tiada seorang pun yang tahu sepenuhnya siapa sebenarnya aku. sudah banyak kali aku cuba berkongsi apa yang ada kat dalam hati mahupun pemikiran sangsi yang wujud dalam diri,termasuklah teori berhaluan kiri yang aku bawa dengan semangat panji bersama. namun, tetap kecundang bila prosesnya bermula. semakin ingin bercakap, semakin aku hilang punca akan cerita itu sendiri, termasuklah signifikan penceritaannya. aku tak nampak kenapa aku perlu bercerita sedangkan aku mahu bercerita. end-upnya,
elok aku diam sendiri.

nak bercerita pasal semangat...
manusia kat dunia ni semuanya sama dan hampir tiadda beza sebenarnya. yang berat bahu kanannya, ada pula yang lain berat bahu kirinya. tiada bende yang mengujakan untuk dicerita mahupun untuk dikata. sekadar berlaku dan bercerita untuk membuang masa. mungkin ego yang membakar dalam diri yang menutup mata kepala dan hati dari mengerti apa yang berlaku dengan menghindarkan rasa sangsi sambil melenyapkan rasa ingin tahu diri ini. balik-balik, ceritanya sama. tukar nama, tukar tempat, tukar masa. end-upnya,
elok aku diam sendiri.

nak bercerita pasal politik negara...
kalau dulu yang berjuang mempunya objektif secara am kepada negar. namun, skearang, terlalu ramai lanun yang berpakaian baju melayu dan kurung moen yang bertopengkan senyuman simpati kepada rakyat jelata. nak mengata atau emmerangi mereka, aku sendiri tidak tahu aplikasi diri sendiri bila diletakkan di kerusi mereka. dengan kata nama lain, jika aku adalah merka, adakah aku akan dapat mengubah situasi. hanya rasa ingin berubah yang ingin wujud. aku terlalu ingin mengubah nasib bangsa. namun, aku dan mereka hanya minoroti yang wujud dalam negara. kami ditengelami mereka yang berpaksikan objektif jijis. apabile mereka ramai,kami kurang, yang ramai tetap akan menang. tiada kesedaran sivik yang telus yang abadi. sekadar kata-kata nista yang berseri. terasa jengkel melihat mereka. namun, akan aku cuba sedaya upaya mengubah apa yang salah demi menegakkan yang mana hak, yang mana batil. untuk pangkat sekarang, suara aku lansung tiada nilai. bahkan, jika aku mati dalam tidur pon, tiada perubahan pada statistik nilai bilangan mereka yang hina dalam politik. aku masih belum ada signifikan kerana pemikiran aku masih belum tajam dan tepat. end-upnya,
elok aku diam sendiri.

nak bercerita tentang persahabatan...
aku sendiri tidak mempunyai ramai kawan. sekadar kenalan yang aku tahu masa perbualan antara aku dengan mereka hanya disini. hati terlalu keras ataupun keliru dalam emnilai yang mana perlu dan tidak dalam memilih kawan hinggakan tidak memilih lansung. pegi mampus kau baik atau tidak. pegi mampus ko putih atau merah. pegi mampus ko positif atau tidak. tiada kawan yang mampu mengubah pendirian diri yang berlandaskan apa yang sepatutnya dilandaskan. nak aku ubah kau, kalau kau tak nak ubah, sama juga ceritanya. sebab, bila kau nak berubah, barulah kau cari mereka yang mampu mengubah. kalau hati tidak dipimpin akal, tiada beza antara manusia dengan ayam mahupun kambing. end-upnya,
elok aku diam sendiri.

nak bercerita pasal kehidupan...
aku baru berumur 22 tahun berapa bulan/hari. terlalu muda untuk berbicara. kehidupan sendiri adalah teramat pasif. melakukan sesuatu yang biasa dengan kadar yang biasa selalunya. tiada nilai positif yang layak dikagumi mahupun bakat yang tersendiri. tiada sejarah hebat mahupu pengalaman yang boleh dicoretkan sebagai coretan kenangan diri sindiri mahupun kau yang tengah baca blog ini. aku tahu aku tiada apa untuk dikongsi. bahkan, aku yang memerlukan bimbingan orang lain. end-upnya,
elok aku diam sendiri.


OUT

10/08/2009

pemodenan vs. pembaratan

pemodenan:
satu proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian.

pembaratan:
proses peniruan gaya hidup mereka dari barat yang tidak disertai oleh usaha perubahan secara berencana.

kaitan pemodenan dan pembaratan:
lu tengok diri lu kat cermin, lu perhatikan.
lu memodenkan diri dan sekeliling secara sejajar,
atau,
lu sekadar membaratkan diri lu kerana melihat mereka sekadar moden.

ada mata,
jika sekadar melihat sahaja,
tidak berguna.
gunakanlah ianya juga untuk memerhati.

jika tidak percaya,
pergi sahajalah kemana-mana.
lihat gelagat bukan sahaja si muda,
malahan si tua.
terasa amat mereka tidak sedar diri sebenarnya.
tiada identiti yang teras dalam dirinya.
seolah tiada pegangan juga ceritanya.
ah,
pedulikan mereka.

dipetik dari buku CTU. info yang aku cari memang ada dalam silabus rupanya.haha


OUT

may bless be upon you

the reason of facing problems...
the reasons to have sins and love...
the reason to feel guilty and hunger...
to live and to conquer...
to punish and to enslave...
to die rather than suffer...
to live rather than getting sicker...
to survive because of strive...
to vomit rather than eat over the limit...

"penangan mengehadpi rasa dekat dengan final"

final is around d corner...
are you feeling lucky today boy???
or,
are going to be that 'one lucky bastard'???
well,
good luck to you...
and you guys too.

amende aku mencarut ni sial!!!!
ahahahaha

OUT

10/05/2009

esok present IM

website telah direka..
report pon dah siap lamanya..
website sudah diulang kira bentuknya..
sudah diperiksa ok atau tidaknya..

harap2,oklah segalanya.
esok,
penentuannya.

OUT

9/30/2009

mimpi ngeri

semua orang pernah merasa mimpi ngeri.
aku pun.

aku masih ingat satu mimpi ngeri yang tak berapa logik.namun itu cerita masa kecik. masa seluar pendek dan spender pon xtahu apa beza dan erti. sekarang, aku dah pandai nak pegi kedai dan pilih boxer sendiri. bule dikatakan sebagai juz another funny story.

dan bebaru ni, aku bermimpi ngeri yang amat sangat untuk sekali lagi.ianya terlalu ngeri sampai aku terjaga dari tidur dan termenung kejap. terasa sampai ombak di dada masih terasa di awal pagi tersebut.sampai kini.aku alaminya semasa di rumah.mimpi apa, biar aku simpan sendiri.namun, mimpi itu telah membantu aku memberi jawapan yang selama ini aku cari kebenaran akan persoalannya yang tersendiri.apa mimpi itu,biar dia yang terpilih sahaja yang akan tahu dan cuba mengerti.kalau boleh, aku nak ianya sekadar mimpi basi.dan mati ditelan zaman yang sentiasa berubah berarak dengan manusia sezaman dengannya.

aku akan ingat mimpi ini.
demmit.

mimpi itu bukan berkaitan dikejar hantu malahan dikejar anjing bajingan. mahupun ianya tiada kaitan dengan kematian...situasi dan ayat-ayat yang keluar dari bibir insan yang berada dalam mimpi itu yang membuatkan hati ini luluh sekejap dan mencari sejadah di kala diri ini mampu berdiri dan terjaga dari lena.. benar2 sakit dalaman hati ini. benar2 lemah dalaman hati ini. aku terlalu memerlukan bimbingan yang spesifik dalam membenteras situasi mimpi itu dari terjadi.sebenarnya, tiada yang akan mampu membimbing diri ini dalam hal ini.ini hal sendiri.aku perlu tengok,renung dan selesaikan sendiri.sekadar meminta pedoman dariNya atas segala keputusan mimpi ini...pedihnya masih terasa sampai kini. sakitnya masih jelas dalam hati. parutnya masih berdarah nanah dan daki. ketakutannya masih menghantui hingga kini...


semoga selamat semuanya.
datang dengan gembira,
pergi dengan bangga.
semoga jumpanya kita kerana gembira.
semoga pisahya kita tiada sebarang duka.


OUT

selesai sudah test internet marketing

demmit..
abis mengelepar aku menunggu test ni.
first test,haram sate.
dapat 31/80..
rekod fail aku masa degree..
tadi wat test 2.
ok r.
puas aku capap n goreng.
hope lulus pon jadi r..

lemah n lemas aku sem ni.
menghadap masa yang berlalu pergi.
longgar lutut keringku ini.
berdidi menempuh masa demi belajar berdikari.

xpe.
1 tahun lagi nak abis degree.
pastu,
kasi bikin master.
phd?
uih..rlek dlu.
kawen dulu.

hahaha

next stop,
web page 4 internet marketing's assignment.
dammit.

si buta berlari dalam kota gelap dirinya sendiri.


OUT

meditasi diri sendiri

setelah segenap masa berlalu, dapat juga aku merasakan kehadirannya semula.
kehadiran akan perasaan yang unik untuk aku deklamasikan apatah lagi manipulasikan.
namun,
panantian telah dibekukan untuk sementara bila ianya kembali semula dalam hidup liku-beku. amatlah terbayar akan keinginan diri aku dalam memanipulasi situasi diri sendiri.
dengan perasaan dan semangat yang jarang aku dapat kecapi semula,kini.

satu rasa yang pernah membahagiakan kehidupan aku satu masa dahulu.
yang memenuhi segenap ruang waktu dan rasa lidah hatiku.
sebuah perasan keselesaan tahap ter-dewa yang ada.
selesa dalam kepedihan.
selesa dalam kemarahan.
selesa dalam kejengkelan.
selesa dalam lautan ludah nanah.
selesa dalam kesemakan diri sendiri.

ianya menangkap pemikiran menjadi optimis semula.
ianya menyepak kepala yang sudah mula lembab akan kecergasannya.
ianya membakar semangat untuk membakar dunia yang bergelora dengan celaka.
ianya menajamkan mata yang memrhati dunia dengan rasa penuh tenang.
ianya mengoptimumkan perasaan diri dan rasa.

semuanya kembali bila aku mengenang siapa aku yang dahulu.
telinga mendengar lagu2 zaman dahulu.
mata melihat gambar2 zaman dahulu.
tangan memegang sesuatu yang ceritanya terlekat pada sejarah hidup.
mulut kaku kunci di atas dagu.
dan kaki menghentak lantai mengikut irama rentak musik hati.
dan hati,
menjadi berkecamuk dengan perasaan.
oh..
sungguh selesa.

menanamkan rasa jimbit ke dalam hati,
demi memucukkan pohon semangat yang telah lama dendam berahi untuk mengeluarkan diri.

semuanya bukan kerana pengaruh situasi.
semuanya kerana ingin membuat persiapan diri.
bermeditasi mengenang diri sendiri.
untuk berhadapan paper final yang komfom tidak best akan menjawabnya.

final dah dekat gila...
dalam otak,banyak sampah sarap belaka.
celaka...



OUT

tribute to gawat

gemok,
aku terasa nak bagi tribute kat ko walopon ko belom mampos.
amek ko..
lagu tema kite...
hanya kte yang paham..
wakakaka

9/29/2009

kebebasan dari kesengsaraan

8 tahun lepas,
smells like teen spirit enak berdendang di telinga...
berbantukan walkman yang aku beli pakai duit raya.

8 tahun lepas tu,
sekarang...
smells like teen spirit masih enak kudendangkan di telinga.
dibantu oleh laptop dan mp3.

aku masih belum berubah.
masih tiada kemajuan dalam sudut pemikiran.
sekadar bertambah tajam.
tidak terlari arah hala tuju pemikiran kusut seketika selalunya.
masih di sini.
masih gembira.
masih meronta.

bebas dari kesengsaraan.
nirvana.
4ever?...maybe.
grungy in ma way of life.


OUT

9/26/2009

bau tiba ke segamat

cuti sudah berakhir
kepeningan sudah bermula
...
mari mati bersama

selamat hari raya

9/16/2009

belenggu dibuka jua akhirnya

hampir berakhir sang ramadhan dan akan diganti oleh sang syawal tidak lama lagi. banyak senyuman terukir dibibir manusia sekeliling yang sama-sama memeriahkan bulan berpuasa ini. ada yang tersenyum kerana sudah tidak perlu lagi mengharungi dugaan lapar dan dahaga. ada juga yang tersenyum kerana tidak perlu lagi melihat UiTM untuk seketika. ingin berbahagia bersama keluarga dan teman di kampung halaman masing-masing.
biarkan mereka berbahagia..

selamat pulang hidangan ditengahari buta.
yang mampu memuaskan nafu binatang harian manusia semua.

selamat tinggal makanan dipagi buta berteman tahi mata,
yang dikatakan menggangu waktu rehat kita semua.

selamat tinggal ramadhan si mulia,
yang penuh dengan kebahagiaan tersembunyinya.

selamat datang syawal sang gembira,
yang menonjolkan hari kemenangan umat kita sedunia.

tidak lupa juga..
selamat tinggal hidup tanpa bisikan si durjhana..
dan,
selamat pulang si setan celaka.
...
semoga kite akan terus dipelihara olehNya dari mereka.
...
jumpa kalian,satu hari nanti, 'di sana'.

SELAMAT HARI RAYA,
AMPUN MAAF DIPINTA.
berbahagialah kita semua bersama keluarga,
sementara ada masa.
kerana,
mereka itu terlalu penting sebenarnya.

mengapa?
belum tentu esok,
udara dunia yang bersih dan kotor kadang-kalanya,
mampu dihirup oleh paru-paru si empunya jasad.
ajal maut ditentukanNya.

sekali lagi,
selamat hari raya.

OUT

9/14/2009

ke-mamai-an pagi buta bersama mee kari

bila budak gemuk ini rasa tersisih,
rasa dibuang ke dalam tong sampah tanpa belas kasihan,
tiada terasa wujudnya satu peradaban yang dikatakan mulia,
yang dinamakan 'persahabatan'.

semanjak itu baru budak gemuk ini sedar,
bahawa amat sukar malah pada tahap tiada untuk mencari,
mencari mereka yang dikatakan berkualiti,
berkualiti untuk membimbing hidup ini.

mungkin aku hanya takut atau paranoid,
dalam berjalan seorang diri di lorong kehidupan pelik ini.
di manakah tangan si dia yang akan menepuk tengkuk diri ini,
dan memberi penyedaran pada erti sebuah kehidupan yang lebih konsosten,
lebih bererti?

pedulikan omong kosong si gemuk yang sedang merokok ini.
hanya mahu semua yang ada teruskan senyuman pagi.
senyumlah kearah mereka yang berada di depan,
mahupun yang sedang menikam di belakang.
dan menyayangi satu sama lain seadanya,
selogiknya.

perlu mencari jalan,
jalan dalam kehidupan,
sementara aku masih bernyawa,
sementara aku masih hidup di sini.

perlu mencari simpang,
membelok ke arah kebahagian.
oh...
mungkin satu hari nanti.
aku akan tunggu di sini.


OUT lalala

9/13/2009

aku, rintangan dan kembali

perlu bergerak, dan bergerak lagi.
aku sudah biasa dengan cemuhan dan kejaran masa diri sendiri.
dulu, kini, dan kemudian hari.
di sinilah maruah aku berada, disinal maruah aku berdiri.

perubahan, diubahkan, dan mengubahkan diri sendiri.
kadangkala aku ke hadapan, dan kadang kala aku mundur sendiri.
perlu beradaptasi dengan bertukar muka sendiri,
hinggakan terlupa kadang-kala,
siapa diri aku ini sebenarnya.

terasa mati di dalam diri,
terasa diri tiada erti.
tidak mempunyai sebarang apa yang mampu dipersiakan.
namun,
akan aku teruskan hidup untuk aku meludahkan bukti.
bukti bahawa aku juga manusia biasa yang ada kelemahan tersendiri.

selamat tinggal buat masa ini,
wahai si rintangan celaka,
atau si masalah bangsat durjana.

terlalu lama aku pergi,
pergi meninggalkan diri sendiri yang sepatutnya dikasihi.
diri aku ini,
bukan untuk dikeji sendiri.
bukan pula untuk dipuji.

aku akan datang kembali,
menterbalikkan meja cerita bodoh belaka.
memajukan diri sendiri.

dendam diri biar bertempat.
bila berdendam biar ibarat ular pergi.
yang perginya bukan untuk lari.
tetapi mengambil strategi untuk membelit musuh diri.
iaitu,
diri sendiri.

kubelit diri sendiri.
biar mampus semua masalah diri.
supaya bermula satu episod ceria.
ceria bersama diri sendiri.

aku hidup untuk mati.
mati dalam iman.
mati dalam senyuman.
bukan mati dalam kesengsaraan.


OUT

9/10/2009

pantun permulaan

berjalan menuju mereka yang se-panji,
ntah cukup atau tidak adab dalam dada ini,
semoga bermukakan makanan,kita saling mengenali,
semoga bertukar pandangan, kita saling memahami.

adab di meja, harap berseri,
dapat senyum, bersama petang nanti,
dapat belajar, keseliratan dunia ini,
dapat berubah, akan diri yang masih menyusu ini.

salam sahabat, salam perjuangan,
salam musuh, salam peperangan,
salam saudara, lambang pegangan,
meringkaskan kata, yang sepanjang karangan.

berbaju melayu, hitam laksmana.
mengatur langkah, persis laksmana.
menanam jiwa, seperti laksmana.
menyumbang faedah, sepenting laksmana.

datangnya dari seluruh pelusuk negeri,
bukan kerana demi menjunjung diri sendiri,
sekadar mahu, menimba erti,
erti sebuah perjuangan suci.

sumpah keramat sudah diikat,
janji perjuangan sudah mengikat,
menuju masa depan yang tidak berapa singkat,
demi Dia yang Maha Kuat.

setiap pokok ada cabangnya,
setiap cabang ada rantingnya,
semoga perjuangan ini akan dirahmatiNya,
demi perjalanan menuju kearahNya.

semoga semangat perjuangan terus disemat,
demi sebuah agama yang sememangnya sejagat,
demi sebuah bangsa yang dikenali dengan kata hormat,
demi sebuah negara yang berulitkan keramat.

muka sudah dihijaukan.
rambut sudah keemasan.
hati?
putih telah menjadi pilihan.

sudah kujunjung dikepala,
sebuah buku berayatkan kata-kataNya.

dengan mulut aku berkata,
kata-kata benar demiNya.

dengan hati aku simpan,
simpan segala semangat perjuangan dan berniat keranaNya.

berat sama dipikul,
dalam menghadapi rintangan kita hadapi bersama.

ringan sama dijinjing,
walaupun mudah,dunia ini kita harungi bersama.

engkau,
bukan orang lain.

aku,
masih bukan orang lain.

tali persaudaraan,
membuka kata bicara tatkala bersalaman bersama.

segala maaf ingin dipinta,
jika hamba tersilap kata.
bukan ingin membidang dada,
hanya sekadar menunjuk muka.

bukan niat ingin mendabik dada,
setelah muka diserlahkan akhirnya.
sekadar diri mahu meminta,
dibimbing kearah yang lebih sempurna.

harap pembetulan akan diberikan,
daripada mereka yang lebih berpengetahuan.
semoga pembetulan akan memberi bantuan,
kepada anak yang masih didalam susuan.

salam perkenalan.
salam persahabatan.
salam persaudaraan.
salam perikatan.


OUT

9/09/2009

bertopeng celaka


dalam keluarga,
aku tidak bertopengkan apa-apa.
sekadar masih belajar meluahkan rasa sayang pada mereka.
tiada penipuan kepada mereka.
mahupun sebarang muslihat.
sekadar bermain dengan kata-kata.

segala luahan persepsi insan ini yang telah aku wujudkan adalah benar belaka.
aku tidak berbohong dengan pemandangan diri aku kepada dunia.
ianya sekadar luahan semata.
tidak terangkat kepala ini untuk berkata dusta,
dalam usaha menyebarkan kebenaran dan kenyataan.
jika tidak bersetuju,
kalian hanya perlu tunggu.
kerana aku sekadar berfikiran rasional dan realistik.
yang nyata tetap nyata.
yang hak tetap hak.
yang batil tetap batil.
satu hari nanti akan kalian bersetuju dengan aku.
hanya masa dan mata hati sendiri yang menentukan.

namun,
sekadar disitu sahaja kebenaran yang aku bawa.

aku masih bertopeng dalam kehidupan.
membawa satu watak manusia yang aku reka semata.
bukan kerana ingin memanipulasi.
sekadar ingin beradaptasi.

terasa benar diri ini tiada yang kenal.
namun, bukan salah kalian.
hanya aku yang tidak tahu berkongsi.
biar Dia menjadi bukti segala.
atau mungkin aku tidak mahu berkongsi.
ya, mungkin.
kerada tetap ada cerita tersendiri.

aku tidak bermuka-muka dengan manusia.
aku hanya bermuka-muka dengan perasaan diri sendiri.
masih belajar mencari identiti utuh yang boleh dikatakan,
AKULAH INI.

masih belajar erti kemanusiaan.
masih belajar aplikasi dan signifikan sebuah persahabatan.
masih belajar cara hidup bersama manusia.

mungkin sebab itu aku suka mendaki.
di dalam hutan gunung Malaysia yang aku cintai.
sekadar suka bersendiri dan berpegang pada janji.
janji yang mengatakan,
"KAU TAK NAK, KAU MATI!"
lebih mudah difahami namun sukar didalami.
...
aku lebih minat cerita begini.
berbanding cerita manusia biasa.
hanya sukar difahami, namun mudah didalami.
terlalu mudah dimanipulasi.
dan suka memperbodohkan diri sendiri.
...
adeh..
terasa sendiri.

namun,
masanya mungkin tiba tidak lama lagi.
mungkin pelan kehidupan aku akan tetap mengikut paksi.
apa ceritanya, biarlah aku simpan sendiri.
bukan kedekut.
sekadar menjimatkan masa diri dari menulis.
penat sudah jari jemari gemukku ini.

semoga satu hari nanti,
aku dapat juga membuka topeng celaka ini.
dan meneruskan kehidupan normal seorang aku.

kalau ke gaung ceritanya,
maka aku kaan bersiap sedia.
kalau ke puncak gembiranya,
aku sentiasa memohon yang ini sebenarnya.

manusia berpegang pada janji.
lembu pegang pada tali.
setiap perbuatan mempunyai signifikan tersendiri.
jika tiada yang ingin mengerti,
biarkan cerita ini busuk di sini.

kerana,
aku dilahirkan secara sendiri.
aku bernafas secara sendiri.
aku makan secara sendiri.
dan aku mati secara sendiri.
hanya keluarga yang mampu memanipulasi.
yang lain,
di harap ketepi.
bukan menembak lagit si ego diri.
tetapi berpegang pada visi, misi dan objektif diri.

OUT

9/08/2009

tag by nadeea-2

1 dimanakah kamu berada sekarang?
kat umah. depan Gate. segamat.

2 apakah warna baju anda pakai sekarang?
arini panas. berlenggeng je.

3 bila kali terakhir anda menonton tb?
waktu buka. tengok discovery chanel.

4 kamu belajar/bekerja dalam bidang apa?
bachelor in marketing

5 lagu yang anda sedang dengar?
metallica - for whom the bells toll

6 ke mana kali terakhir kamu keluar umah?
pergi kedai depan. beli barang untuk masak2.

7 benda yang kali terakhir anda beli dengan duit sendiri?
beli rokok. kirim bangau beli kat luar.

8 tempat yang anda teringin sangat nak pergi?
semua gunung kat Malaysia.

9 seseorang yang kamu teringin sangat nak jumpa?
no one.

10 apakah berita terbaru yang anda baru dengar?
ade makan2 12hb ni.

11 kalau deberi 1,000 sekarang, nyatakan apakah barang yang anda ingin beli (sekali beli je, bukan banyak2)?
half aku simpan, half bagi Nadeea. die tgh sengkek. pastu, memandangkan utang ngan aku, bunga 20% dikenakan.

12 rakan friendster yang terakhir anda jumpa?
ngaaaa

13 pukul berapa sekarang ni?
3.12 am

14 tadi anda makan apa?
mee sup thai. wa buat sendri.sdap

9/07/2009

another part for me

tadi berbuka dengan rakan2 yang sepergunungan.
agak ramai..
20 lbh orang gamaknya.

dalam diam, ada suprise kek for me.
ok.
hepi.

cheers for d party mate!

9/06/2009

oh mata..

tolonglah layu...
aku dah tak tahan dengan kerenah malas tidurmu..
dah memacam aku buat..
aku dah bergolek kat atas katil tu lebih 4 jam.
haram tak tido2x.

tolonglah lelap.
esok aku ade kelas IM.
lecturer ni baik.
sebab ko aku tak pegi kelas kang.
it is rude to treat lect yg baik camtu.

tolonglah menghilang..
dah lama sangat tak bermimpi.
tidur yang sempurna tanpa mimpi aku rindui...

tolonglah buka semula..
aku dah beli lonceng baru..
mahal..
bising..
dekat dengan kawanmu si telinga!

mata...
jom r tido
dah pukul brape ni wei.
...

nasib bek ditemani si Ane(perasan Ane)...
thanks Ane sbb teman msg ngan saya pada malam2 gini.
semoga Ane akan dapat tido macam dulu..
semoga aku dapat tido macam dulu.

p.s:Ane itu adalah manusia. die tahu die siapa. dan, Ane tu bukan nama sebenar. hanya aku dan Ane tahu siapa Ane tu.hehe

OUT

tag by nadeea

baru sahur..
dah di tag..
akan aku jawab cepat sebab adik aku yg bagi.

1.kalau anda orang terkaya di dunia
aku nak beli ferrari , ducati, n yamaha r-1. banyakkan sedekah. bini tak payah kerje luar. jadi assistant aku. aku nak kaya dengan famili. percutian???aku nak mendaki gunung di Malaysia. rumah? kecik pon takpe. asalkan ade skatepark blakang umah.

2.kalau anda jadi orang terseksi dalam dunia?
demmit. ape punya soalan ni?aku nak jadi comel pon dah jadi satu cabaran. hahaha

3.kalau anda perlu terjun dari tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?
pergi mampus sama itu cinta.

4.kalau orang kata blog awak teruk nak mampus?
blog ni aku buat unutk berkongsi. kalau tak suka ape aku kongsi dan logik, aku betulkan. kalau tak logik, aku nak ucapkan, PEGI MAMPUS SAMA KAMU

5.kalau keluarga tentukan jodoh anda?
saya setuju.

6.kalau tiada lagi hari esok?
aku nak balik umah.nak mati dalam umah aku sendiri. senang mak bapak nak uruskan jenazah aku, di kampung halaman aku, Kluang.

7.kalau orang yang anda benci di hadapan anda?
senyum dan memikirkan macamana aku nak jadi lebih hebat dari dia.

8.kalau berpeluang masuk fear factor dan makan bende2 pelik?
kalau makan bende2 pelik, xjadi hal. tapi, kalau suruh aku diri atas bumbung tingkat 3 pon, aku taknak. aku takot tinggi.

9.kalau ibubapa anda tiada lagi di hari esok?
meredhai pemergian mereka. teruskan kehidupan. mengenang jasa mereka hingga tiada nyawa dalam diri ini lagi.

10.kalau jumpa artis yang anda minati?nyatakan nama dan sebab.
aku akan lari. sebab aku minat Kurt Donald Cobain. beliau dah mampus. aku suka lagu dan karya serta attitude dia. dia mati sebab dadah. tetapi, dia berusaha dalam berhenti dadah. biar aku mati dalam perjuangan. aku tak nak hidup dalam kekalahan.

11.kalau diberi lesen membunuh, nak bunuh sapa?
manusia semua berhak hidup. itu kerja tuhan nak tarik nyawa. bukan kerja aku.

12.kalau orang kata anda kacak?
saya akan jawab, "ko dah gile ke ape?"

13.kalau anda ada AIDS d usia muda?
redha je r. aku tak buat maksiat, kalu dah kene, itu kerja tuhan.

14.kalau perlu korban cinta demi orang lain?
demi agama, saya ok je. demi keluarga, saya ok je. demi negara, saya ok je. demi orang lain selain itu?p mampos.

15.kalu berpeluang berkahwin dengan bende selain manusia, apa dia?
yamaha r1.

16.kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?
redha je.

17.kalau ada yg tak berpuas hati sengan anda sebb cemburu dengan anda?
lantak mereka. asal tiada efek pada diri saya, sudah r.

18.mengenai orang yg tag kamu?
adik aku. baik budaknya. pandai masak. cekgu memasak aku. gemok. suka kikis duit aku!(aku xkesah sebab adik aku). comel(terpaksa). aku sayang dia. kalau satu hari nanti dia perlukan buah pinggang, aku rela sedekah aku punya. sebab dia ADIK aku. KELUARGA aku. keluarga aku adalah nyawa kebahagiaan kekal selamanya bagi aku. tak nak cakap panjang. nnti aku nangis...n, dia tak suka aku isap rokok. walopon aku abang, aku taknak isap rokok depan dia. aku nak dia bahagia...Tocau, jaga adik aku baik2. aku sepak ko kang....tocau ni bespren aku masa diploma. berkenalan melalui skateboarding. berkenan ngan adik aku. dah couple ngan adik aku. dengan kata nama lain, my sister was taken. hahahahha

9/05/2009

por ti volare

setelah sekian lama aku mencari lagu ni,
maghrib tadi tergerak nak mencari.
akhirnya, aku jumpa..

lagu ni mampu buat aku terdiam.
mampu buat aku bergenang air mata.
bukan kerana lirik.
mungkin melodi dia dan kombinasi musik yang beria.
terasa gembira disebalik air mata.

kalau rajin,
p r youtube.
POR TI VOLARE.

p.s:bukan lagu ni sahaja mampu mmebuat aku ebrgenang air mata gila. chop suey dari S.O.A.D,hallowed by the name by Cradle of Filth, dan memory remains by Metallica juga mampu buat aku terkesima duka...

p.s.s:aku memang tengah dengar lagu2 ni skang..

sangat tersentuh jiwa!
auwwwwwwwww!(jerit bapuk)

aku dah tua..BARU 22 MAAA!!!

6/9/87
aku dilahirkan.
6/9/87
harini/tadi.


hampir terlupa akan harijadi sendiri.
bukan tidak mengenang budi.
namun, tiada apa yang penting pada hari ini.
hari ini macam hari semalam.
aku merasa semakin tua.
tu saja.
sedikit berbeza, harini ade sedikit sambutan biasa.
macam biasa.

dimulakan dengan berbuka sekeping dua kuih.
tiada selera makan.
mungkin kerana baru balik main skate di bulan puasa.
haus nya tahap gaban.
air oren dan soya+cincau menjadi saksi kekeringan tekak.
membasahi corong kosong perut yang berolak.

menerima sekeping mesej dari Qibum.
member ni rajin tido.
so,sblm tido,kasi mesej bday dulu.
hakhak
time kasih si tembam.
ingat gak ko kat aku.
muah

disambung dengan disambut Bell.
pegi makan mcd.
meratapi hidangan yang diliurkan lebih 24jam semalamnya.
beger mcd.
puas nafsu binatang aku untuk makan.
setelah nafsu perut telah dilapah,
badan mula bergerak kejalan tar.
berjalan sebentar dengan kehulu-hilir
time kasih kepada Bell sebab melayan saya berjalan kesana-sini.
hanya sekadar memandu kereta entah kemana.
dapat layan feeling orang tua ni tgk jalan raya,
jadi r.
terima kasih lagi sekali.
ade masa, bawak aku jalan-jalan lagi.
hoho

menerima sekeping dua tiga mesej dari sedara Aidil a.k.a Tocau
selamat hari jadi punya cerita.
time kasih sebab ingat kat aku.
walopon xde hadiah, xpe.
lu jd mmber wa pon dah cukup bg wa hepi.
lu kalu bg wa hadiah,
wa akan makin hepi dari hepi yang memadai.
so, dah layak panggil aku gile.
so,xpayah bagi hadiah.
bazir duit.
thanks bro.
SKATE smpiTOUR

kepulangan di rumah..
menerima mesej dari kak Ina.
si tua yang banyak menjaga aku dan membela adik aku.
dah aku anggap macam kakak angkat pon ade r.
suka bising bile aku bangun lambat.
suka bising bile aku tido lambat.
suke bising bile aku malas belajar.
suke bising bile aku lengah assignment.
itu semua cerita diploma yang sudah lama terserap dalam nadi ini.
terima kasih atas dorongan beliau selama ini.
tak sesia aku ada kawan macam kau kak.
tapi, sesia je ko ade kawan macam aku.
hahahaha
aku peduli apa...janji aku hepi.
nanti lu kawen, wa komfom datang.
haha
xmemasal.

ngam-ngam lepas tu...
adik aku, Deea tepon.
wish bday kat aku.
hahahaha
soalan cepu mas beliau,
"ko ingat tak harini bday ko?"
aku cakap, aku baru ingat petang tadi.
sialan...
memang aku ada masalah nak hafal bday sendiri.
sebab aku tidak mementingkan tarikh bajingan ini.
jadi,
harap maaf pada kalian.
sebab, bday sendiri aku kekadang lupa,
lagikan bday kalian.
aku ada banyak bende nak buat.
aku bz.
hahaha
time kasih Deea.
oh ye,
wahai adik ku indah rupawan,
MANA NO AKAUN KO BODOH!
MACAMNE AKU NAK MASUKKAN DUIT KAT BANK KO??!!!
AKU HENTAK KEPALA KO KAT MANGKUK TANDAS NAK???
abaikan keganasan di sini.
hanya dia dan aku paham.
ni cara kami bermesra dalam satu kelompok bernama famili.
aku sayang dia.
dia adik aku.
lu kalau berani, touch r dia.
nanti2, lu tau r nasib lu.

tidak lama kemudian,
di sambut oleh Ain, BB n Ainor.
agak pelik tetiba korang nak lepak kat sini.
terlalu sekeras konkrit di rumah agaknya.
xpe.
borak2 kosong sudah...
sedang borak2,
terasa tepung memenuhi kepala botakku ini.
oh...
korang ingat besday aku rupanya.
men kejar2...
dah penat, ajim bawak kuar kek.
hoho
baru potong kek,nyanyi2, dah terasa majerin kek itu tadi di pipi.
demmit.
tengah makan kene sapu kek kat muka..arghh!
persetankan semua itu.
aku tgh makan. aku bz. xde mase nak lari2.
time kasih sebab ingat saya yang berperangai gampang ini.
time kasih sebab sudi lepak kat umah saya yang serba kurang ini.
sori sebab teh tadi rasa tawar sikit.
budak umah kami memang suka makanan yang berkhasiat.
hahaha
puas korang kenekan aku.
puas aku kenekan korg..
mmg layak kite semua digelar keluarga beluncas.
hahahaha
(aku dan mereka saja yang faham)
time kasih lagi skali.

menyambungkan cerita...
pergi lepak ngan Moq, Najib n Shah kat mapley.
baru kejap, dah ujan, dah nak habis waktu sahur.
lincah pulang hulur nasi pada budak umah yg lapa.
hahaha

terima kasih kalian kerana menemani diri ini menjalani satu kehidupan biasa di hari-hari biasa.
walopon 'hari jadi' belum membawa sebarang makna dan signifikan pada aku,
tapi,
ianya membantu membentuk satu tentatif hepi-hepi dalam hidup aku.
terima kasih lagi sekali sebab melibatkan diri dalam hari bersejarah ini.

yang terlupa tu,xpe.
aku tak marah dan ambil hati.
ianya sekadar hari jadi.
tahun depan, ada lagi.

epi bday to me.
dah 22.
bangsat ini sudah semakin tua.
so many things to do with so little time.
demmit.

OUT

9/03/2009

manusia+marah=sampah

manusia.jangan nak tipu jika mampu berbicara bahawa kalian tak pernah marah. statement aku cakap ni sendiri aku merasa bodoh. sebab kita bernafsu. itu memang tak dapat disangkal. namun, sejauh mana marah itu memanipulasi pendirian dan kehidupan yang bakal menentukan segalanya. ayat ni tak payah nak diolah lagi.dah terang sangat kite semua pernah dan akan marah. macamana cara, itu masing2 punya cerita.

ada yang marah secara melulu. dengan akal mulia tidak dipergunakan, segala geram dendam dilepaskan ke atas dunia nyata. termasuklah menengking orang lain, menimbulkan simbol2 tangan yang kurang enak di mata dan berkata di belakang.sifat marah sebegini hanya memperkuatkan profail diri sendiri sebagai manusia yang tidak tabah menghadapi dugaan.

dengan perasaan marah, akan berlaku beberapa kobodohan diri sendiri yang ternyata terlalu hebatnya. setelah memaki, baru disedari betapa gelabah puyuhnya diri itu sendiri. bende boleh bawak selesaikan bersama, tapi telah disalahguna. setelah mengenking dan menyalak sana sini, baru sedar bahawa bende yang dihadapi sebenarnya ada implikasi tersendiri. setelah mengadu sana sini, baru sedar diri sendiri itu tidak matang perangainya. hanya berbadankan manusia tua namun secara hakikinya, bermental kanak-kanak riang yang tidak gembira.

kalau marah tu, bawak r bertenang. kalau berdiri, pergi r duduk. kalau duduk, p r baring. kalau baring, marah, p r tido sat. kalau masih marah, amek air smayang. kalau marah lagik, p smayang sunat, mintak petunjuk, ade la tu Dia nak bagitaw..otak kasi jalan.bukan nafsu. pikirkan apa yang patut. bukan bikin ntah pape ngarot-ngarot. dok pikir masalah, haram kepala buto bendalah tu nak selesai sendiri. kasi pikir jalan penyelesaian. baru r bule selesai. kan?

dengan kata nama lain,
apabila kita marah, kawal lah kemarahan tu.
fikirkan tindakan sepatutnya.
bukan tindakan yang tidak sebenarnya.

apabila meluahkan perasaan marah secara melulu,
ianya hanya memenuhi kemahuan diri sendiri.
apabila menyelesaikan punca kemarahan secara efektif dan profasional,
ianya akan memenuhi keperluan diri sendiri

teori mudah keperluan dan kemahuan.
keperluan adalah yang terpenting.
kemahuan hanyalah pengiring.

untuk apa ada pengiring pengantin,
jika tiada pengantin..
adakah persandingan namanya itu?

selamat berpuasa.

OUT

9/01/2009

cerita malam merdeka...

malam terakhir aku bersama en. hafifi..
beliau masih menuntut untuk mengajar anak kecil satu hari nanti..
sinonim dengan nama 'guru'..

sedang lepak2 minum2...
ade sekumpulan mat rempit bakar line..
kasi bingit telinga dan hati mendengar..
kami minta2 supaya mereka eksiden..

tak lama lepas tu,
kelihatan lampu biru polis datang dari jauh..
dari celah bangunan..

mat rempit lari bertempiaran dengan moto memasing.
kebetulan,
GEDEGANG!
pelanggaran mat rempit antara mereka di tengah jalan..
aku dan hafifi hanya mampu berdiri,
menuding jari ke arah mereka sambil mengeluarkan bunyi,
"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA"
...
selepas puas borak,
aku pun duduk dengan hafifi.
sambung cerita.

peristiwa malam merdeka aku?
dapat tengok mat rempit eksiden.
..
oh, seronoknya..
hahaha

8/27/2009

memang mereka kotor

politik itu kotor.
terlalu banyak rasuah.
terlalu banyak penipuan.
terlalu banyak persembunyian.

kontraktor itu kotor.
banyak rasuah.
banyak bermuka-muka.
banyak mendengki-dengki.

polis itu kotor.
banyak rasuah.
banyak duit tepi.
banyak menipu.
banyak konspirasi.

media itu kotor.
banyak penipuan.
banyak pengalih pandangan.
banyak kontreversi jalanan.
banyak cerita bualan.

pak guard itu kotor.
menyusahkan hidup orang.
banyak kemalasan.
banyak makan gaji buta.

kalau macam itu,,,

kawan itu kotor.
banyak bermuka-muka.
banyak berahsia.
lebih menjatuhkan dari menaikkan.

cinta itu kotor.
mengundang maksiat.
banyak anak haram.
banyak penipuan demi sedekah sekeping badan.

hidup ini kotor.
sebab banyak emnyusahklan demi secangkir kebahagian.
banyak penderitaan dari kebahagiaan.
banyak kebodohan dari kepandaian.

dan,
bumi ini kotor.
banyak pencemaran.
banyak dosa diterbiak-kan
banyak najis berupa manusia dan perangai yang dibebaskan..

pasti korang berfikir,
aku ni dah kenapa?semua bende kotor..
gile ke?
well, ini antara pemandangan manusia yang aku selalu dan kearah jemu mendengar.
pemandangan tanpa perspektif.
pemandangan tanpa motif.
penialaian tanpa signifikan.
usaha tanpa cara.

apa aku nak tekankan disini,
menasihati kalian tentang pemandangan kalian tentang dunia luaran yang masih belum aku dan kalian fahami secara hakiki.
secara amnya, kita boleh meletakkan andaian kita pada sesuatu itu.
tetapi,
jangan lah secara khususnya,
kita berpegang pada sesuatu yang tiada soal selidik dan timbang tara yang adil seadilnya.
kalau semua bende kita nak ikut dengan menggunakan penglihatan kita sendiri tanpa pertimbangan akal,
PEGI MAMPUS R WEI.

the world does not wait for you to be the best.
the world does not cry when you die.
but still,
u will hear the world is laughing at u when you fall.
especially when u feel stupid.

out.

nak 'tanya' sikit..

betulkah jika aku kata,
"manusia berputus asa sebab dah tak sanggup hadapi masalah kehidupan."

betulkah jika aku kata,
"masalah dalam kehidupan itu adalah sebenarnya cabaran semata-mata"

betulkah jika aku kata,
"cabaran itu semuanya datang dari kita dan dikurniakan dariNya"

betulkah jika aku kata,
"Dia yang kurniakan segalanya kerana segalanya harus 'diluluskan' olehNya dan hukumNya"

betulkah jika aku kata,
"Dia memberikan cabaran berlainan yang tertentu pada hamba berlainan yang tertentu secara individu kerana Dia tahu cabaran itu dapat dilepasi dengan jayanya oleh hambaNya yang tertentu tadi itu"

betulkah jika aku kata,
"Dia lebih mengenali diri kita sendiri berbanding diri kita mengenali diri kita dan orang lain mengenali diri kita"

betulkah jika aku kata,
"tidak layak bagi kita mengatakan bahawa cabaran yang dilalui itu tadi terlalu berat untuk kita"

betulkah jika aku kata,
"dengan berputus asa, bermaksud, kita tidak mempercayai janjiNya yang mengatakan cabaran itu untuk kita selesaikan dan bukan kita 'raungkan' kesedihan"

logik tak kalau aku kata,
"apabila kita sudah tidak mempercayai janjiNya, sama sahaja kita tidak percaya kepada kuasa dan sifatNya yang maha mengetahui segalanya"

logik tak kalau aku kata,
"jika kita tidak percaya pada kuasaNya, bagaimana kita bisa kita berkata kita beriman kepadaNya"

izinkan aku bertanya,
"kalau tiada lagi iman dalam dada empunya badan yang melafazkan iman sahaja di mulutnya, apa hukumnya?"

izinkan aku bertanya,
"jika benar apa yang aku telah kata, mengapa perlu kita berputus asa?"
...
satu bicara sinis dari hati aku kepada diri aku dan kalian semua.
aku hanya berpegang pada pemikiran kuno kanak-kanak zaman sekolah rendah.
yang berfikiran mudah dan berteraskan ceritaNya.
aku tahu jawapannya sebenarnya.
sekadar putar-belit cerita.
hahaha

namun,
pahala, dosa, syurga, neraka, ajal, takdir, jodoh dan rahsia Dia,
itu semua hak Dia.
usah dipertikaikan mahupun dibangkitkan.
apatah lagi diperdebatkan.
jangan mengajak lautan dunia berdebat dengan diri kita yang setitik cuma.
nak aku permudahkan kata?
biar Dia buat 'kerja' Dia.
kita buat kerja kita.
maaf...
(ayat ni aku rasa kasar (menggunakan perkattan kerja),
tapi, ni je yang aku dapat fikirkan.)


jika aku ada silap salah,
kasi tegur.
supaya hidup kita saling makmur.
AMNM

OUT

eksperimentasi diri dalam rekahan dunia

sentiasa ada sahaja persoalan kuno manusia lemah yang berkata,"siapa aku dalam dunia globalisasi yang mekar ini?",kepada diri mereka sendiri. jawapan yang paling mudah untuk diberikan pada diri sendiri adalah, "aku tiada siapa.".kerana, ianya lebih mudah diingati. lebih mudah difahami. dan lebih mudah diaplikasi.

dengan berteraskan pendirian diri yang menegakkan panji aku tiada siapa dalam dunia ini, aku dapat bermain-main dengan dunia ini dengan bahagia dan jayanya. tidak perlu ke kelab dangdut mahupun kotak hiburan karoke di bandar untuk bergembira. di mana aku berada, di situ aku boleh bergembira.

bagaimana?..mudah sahaja.
mari kite kongsi bersama.

kehidupan manusia ini boleh dikatakan sebagai satu seni yang terlalu abstrak sehingga tiada siapa dapat menilai diri sendiri mahupun orang lain. namun, setiap seni yang abstrak itu dapat dirungkaikan dengan permainan matematik mudah bertajuk kebarangkalian dalam bereksperimentasi. kerana, segala-galanya bermula dari Dia, yang Satu.

jika diingatkan kembali dan direnungkan bersama,ilmu sains sekolah menengah yang mudah boleh di adapatasi dalam kehidupan. dimana, kita perlu mengenalpasti pembolehubah2 yang wujud dalam rangka eksperimen. pemboleh ubah dimalarkan, pembolehubah yang dimanipulasikan, dan pembolehubah bergerak balas.

aku gemar menjadi pembolehubah yang dimalarkan dalam kehidupan. bukan niat diri untuk menyembunyikan diri mahupun untuk tidak membantu. tetapi, hanya berniat untuk bermain dengan dunia yang sementara sebelum tiba hari JanjiNya. dengan memerhati, beradaptasi, memanipulasi dan mentertawakan persekitaran diri sendiri.

dengan menjadi pembolehubah yang dimalarkan, kita mampu melihat pelbagai kerenah manusia dalam kehidupan ini yang sebenarnya. untuk menilai seseorang itu, jangan sesekali kita mempengaruhi benak hati dan pemikirannya. barulah kebenaran akan terserlah indah, atau terserlah durja.. namun, ada yang aku tertumpang tangiskan. ada yang aku kagum tegak berdiri. tetapi akhirnya, selalunya, aku hanya akan gelak dalam diri sendiri dan berkata, "manusia terlalu 'funny!'".

kadangkala, boleh juga kite bereksperimen dengan menjadikan diri sendiri sebagai pemanipulasi. membuat sesuatu atas dasar supaya manusia lain bertindak seperti kemahuan kita. ya, memang agak kejam. namun, kalu diadaptasi untuk kejalan yang benar, apa salahnya. mungkin statement ini terlalu ganeral untuk difahami. namun, aku percaya, ada yang mengerti.

bergerak seiring dengan arus kehidupan manusia biasa adalah membosankan. untuk apa mengikutkan perkara yang biasanya terjadi. untuk apa mengungkit cerita yang segelap perigi. untuk apa bermenung jauh sampai ke kuman ibu jari kaki mahluk asing di planet pluto???tanpa rintangan dan cabaran, bagaimana aku nak menilai sesuatu kemenangan? tanpa tawanan dan perang, bagaimana aku nak menilai sesuatu kemerdekaan?...itulah tujuan utama mengaplikasi eksperimen dalam kehidupan aku wujudkan. sebagai permainan dan bantuan jalan.

bahagian yang paling kelakar adalah apabila kalian dapat menyedari bahawa manusia malas memanipulasi diri dan persekitaran. mereka hanya mahukan keputusan bergerak balas. satu cara yang agak membosankan. kerana, hanya melafazkan dan menyimpan dalam hati tentang apa yang dimahukan. tiada kemahuan untuk sebarang kemajuan dalam mengejar cita2.sedikit bacul sebenarnya jika kalian masih meneruskan dengan kehidupan sebegini. mungkin kalian lebih layak mati. namun, terlalu awal untuk aku menimbang tara tindak-tanduk sekalian manusia.titik amsa perubahan itu tetap ada. hanya bila dan bagaimana, adalah ketentuannya...
dan, kita sebagai pemanipulasi, membantu mereka dalam kehidupan. membantu sipemalas-pemalas dalam mengejar cita-cita mereka sendiri yang sebenarnya mereka sudahpunboleh kejar berlari.

agak seronok bukan???tak perlu memakai cawat merah diluar seperti superman.tidak perlu membuka firma psikiatri untuk mendengar masalah. hanya perlu menjadi diri sendiri secara jujur dan bijak. its about the combination of effectiveness and efficiency of being a dynamic person/muslim.

maaf kepada rakan2 kerana aku kuat memanipulasi. aku akui. aku terlalu kuat memanipulasi. namun, bikan dalam semua perkara aku memanipulasi. hendak aku terangkan, tak semua pembaca terdiri dari kalangan rakan2 sendiri diri ini. abaikan untuk sementara dan mari kita kembali pada tjauk dan cerita asal entry ini...namun, jangan risau. aku memanipulasi demi kebaikan. aku belum pernah memanipulasi demi keburukan kalian, mahupun diri aku sendiri. sebab, kalau nak bermain, janganlah kita berlari kehulu hilir jika ada semput. kang ada yang tergolek mampus tengah padang.

eksperimen adalah kehidupan.
hipotesis adalah jangkaan atau lebih sedap didengar,kemahuan.
setiap eksperimen ada hipotesis tersendiri.

mengapa perlu bereksperimen???
xde keje lain ke??
heh.
mudah sahaja.

WE MAKE EXPERIMENTATION FOR BETTER APPLICATION TOWARDS DESIRED IMPLICATION.

maaf.
entry ni masih terlalu ganeral.
pandai2 diri pembaca unutk mengadaptasi cerita ini dengan kehidupan sendiri.

go and play with your own experiment.
go and play with the world.
it's Fun!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...