[go: up one dir, main page]

12/01/2014

sedar liga

kalau kail panjang sejengkal,
lautan dalam jangan diduga...

klasik sungguh potongan kata di atas ni.

kalau dah berpendapatan 3000, jangan lah ikutkan perangai mereka yang berpendapatan 30000. tak perlu nak dimenangkan ego tu. sudah kita miskin, hidup cara miskin. ada masalah? tak suka hidup miskin, berusaha jadi kaya. bukan berbelanja macam orang kaya.

bukan main bodoh lagi kehidupan manusia sekarang. tak tahu yang mana patut dijadikan yang terdahulu.

pfft


OUT

epsilon

judging me by:
my walk
my styles
my savings
my money
my status

wow.
are you god?
the one who knows everything?


OUT

11/24/2014

tidur lah sayang...

jinakkan setan hatimu...
diamkan dendam kesumatmu..
lunturkan ego kelangitmu..
benamkan semangat dengkimu..
keratkan fikiran negatifmu..
tidurkan dia.

biar kau melihat dunia dari mata agama.
biar kau mengadili semuanya mengikut haknya.
biar kau dipanggil manusia.
bukannya digelar celaka.


OUT


11/19/2014

sesat barat

kiblat ke barat.
White House?
Eifel Tower?
Anfield?
Ka'bah?

arah barat kau mungkin dah betul. tapi, kurang tepat.
disebabkan ketidak tepatan, maka..
ke parit lah.



OUT


11/11/2014

wawasan

no plate lari ukuran,
hebah.
saman sana sini.
gaduh sana sini.

hukum syariah kalah dengan sivil.
steady.
aman sana sini.
bisik-bisik tak puas hati.

lancau kuda.


OUT

11/09/2014

fitnah murahan

tatkala si lelaki kaya ternama nak berkahwin dengan si gadis yang muncul entah dari mana, berbisik-bisiklah melayu totok dengan pandangan mereka.

baik kah dia? jujurkah dia? cantikkah dia?pisau cukurkah?tak sopan kah?tiada adab kah? dipilih kerana rupa? ada nama disebalik cerita?.. dan aksi tuduh menuduh dan usulan kesimpulan pun berlaku.

celaka.

fitnah dengan perbincangan, kau tak tahu beza ke?


OUT

11/04/2014

inspirasi sesat khurafat

manusia ada diberikan akal untuk menapis maklumat supaya mampu menjadi logik. namun, diingatkan juga kita ini ada 'misi'. kita ada agama. kita ada pegangan. bilamana kau terlepas pegangan terhadap agama untuk hati, maka yang tinggal tak ubah seperti sebuah robot yang sememangnya mampu melakukan apa sahaja mengikut undang-undang depan mata.

"awak, jom romen. nak?". dah jadi benda biasa. kata mereka yang logik, ini bertujuan mengisi keperluan kedua belah pihak jika ada berlaku persetujuan...mana agama lu?

wow.


OUT

11/03/2014

JDT vs Pahang

ada yang mempersoalkan tiada player Johor pun...
ada yang mempersoalkan terkinjaan penyokong...
ada yang mempersoalkan kesombongan dalam membeli pemain.

ini semua mengenai apa yang salah pada mata mereka.
tanpa memperdulikan fakta waimah entah apa dalil.
kata ikut sedap kata.

ada pulak panglima gagah berani datang membangkang.
diterajang fakta-fakta samar,
diungkit berlapis-lapis kitab sejara bolasepak.

aku?

aku tak peduli sangat.
aku tak komen.
aku tak komen yang tukang komen.

tak peduli sangat sebab aku sokong kumpulan,
sepertimana dalam corak pemasaran bola yang aku inginkan.

aku tak komen,
sebab bagi aku masing-masing ada hak memasing.
asalkan tak langgar undang-undang.

aku tak komen yang tukang komen.
sebab,
demi agama pun lu tak amar makruf nahi munkar.
sibuk lu nak perjuangkan bola sepak?

waklu.


OUT

10/26/2014

dengki rakyat

lu dengkikan nasib dia,
yang lahir sebagai anak raja.
semata kerana hal dunia.
wang,publisiti dan kemudahan nya.

macam lu lupa ketentuanNya,
yang memberi rezeki.
seolah lu kata,
''gua yang lebih layak dari dia'',
kepada dia.
seolah ujian dia lebih 'ringan' dari lu punya.

macam lu tak sayang keluarga.
sanggup lu tinggalkan darah daging lu,
sekadar untuk mudah urusan dunia?

kepala hotak kamu.


OUT

10/18/2014

kau terlalu tinggi

sudahku lukis penuh warna-warni.
sudahku dendangkan penuh melodi.

bila dipersembahkan,
seolah kau kata ianya gelap, sepi, mati dan tak suci.

longlai kaki aku nak berdiri,
terpasak tengkuk aku merenung bumi.

tiada nilai?
tiada erti?

wow. aku tak dihargai


OUT

GST

"yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin."

ekonomi dah digenggam kapitalis.
pemerintahan dah digenggam komunis.

putar alam macamana pun, pusingnya tetap sama.
untuk apa diperbincangkan lagi,kan?


OUT
makin kurang berpeluang nak berpuitis kat sini.
makin kurang masa.
makin kurang cara. laptop rosak. apps sampah,

tulis tetap tulis.


OUT

pengertian adil

diberikan si A rezeki melimpah,
namun si A tak berzuriat.

diberikan si B zuriat ramai dan sihat,
namun si B tak berkelapangan.

diberikan si C kelapangan,
namun si C tak berduit,

begitulah kitaran D,E dan sampai seterusnya.

manusia biasa kental tetap pada caranya,
"mengapa aku tak dapat sebegitu???"

celaka sungguh mulut kita,
melupa dan mengendahkan pemberianNya.

sedangkan Dia dah beri kita layanan sama kasih,
cuma pada cara berbeza.

kerana kita manusia yang unik dari satu dengan yang lain,
bukan macam komputer riba yang sama semuanya.

celaka.


OUT

speed limit

belajar tak berguru,
hanyut tak bersauh,
berilmu tak berkongsi.

segalanya ada takat had maksima.

OUT

sulit seni

memerlukan pengetahuan dan pengertian mengenai latar belakang, situasi dan emosi sipencarik dalam memahami apa yang diekspoitasi,..

ada yang kata itu gila.
ada yang kata itu logik.
ada yang kata itu caranya.

itulah seni.

mampu menyampaikan mesej sepi dengan penuh warna-warni.


OUT

10/03/2014

level macai

merempit ke tempat kerja dan pulang.
tiada apa melainkan hutang keliling pinggang.

tiada pahit jerih yang bernilai,
sebab peluh tersejat dek disalai.

jejak perjalanan tidak akan terjumpa,
kerana masih berdiri di titik yang sama.

syukur dan alhamdulillah.
sekurangnya,
gua masih bernyawa.

gua masih ada masa.
masih ada cara.


OUT

showing or showing off?

mungkin kau rasa kau sekadar berkongsi,
tapi kau tak sedar,
kau sedang menunjuk.

mungkin kau kata kau tidak menilai,
tapi kau tak sedar,
kau telah mengutuk.

mungkin kau ingat kau berperilaku ikhlas.
tapi kau tak sedar,
kau memilih bulu.

sedangkan menderma pun,
merahsiakan pemberian tangan kanan dari tangan kiri.

gittew


OUT

9/15/2014

suapan harapan

sudah pasti dia tidak dapat melihat hari esok.
namun,
jangan ceritakan padanya betapa ruginya dia.
sebaliknya,
berikan dia ketenangan dengan fahaman.
tentang,
apa yang dia tinggalkan untuk hari esok.

sudah pasti dia tidak dapat mendengar dan berbicara.
namun,
jangan beritahu mereka betapa sedihnya hidup mereka.
sebaliknya,
pimpini mereka dengan alternatif komunikasi.
tentang,
apa yang boleh dilanggar, kita langgar.

sememangnya sudah pasti.
namun,
dengan perubahan perspektif pada kehidupan,
benda akan jadi lain.



OUT

9/14/2014

on this table

there is no money,
there is no security,
there is no transport,
there is no package.

all there is these problems,
and me.

it is only logic to go for other options.
it is ok.


OUT

9/01/2014

pengalaman

tadi gua pergi pesta vintage. it was nice. banyak benda rare. n ofkos, aku datang dengan kawan2 yang sama perangai lebih kurang. dressed up as usual.

kagum gua tengok banyak manusia datang dengan kekemasan pakaian ala dulu. dah macam ada pertandingan king/queen prom pula gua rasa. manakan tidak, benda takde pape, ko pakai punya beria. atau mungkin gua sekadar mahluk ketinggalan zaman yang tak tahu bahawa baju pagoda dah lama tak wujud. atau mungkin pesta ni untuk mereka yang berjiwa vintage dan ini cara mereka 'memperkatakan' suara hati.

alunan muzik dari awal gua datang agak layan. gua tak tahu band apa yang main dan lagu apa. genre, gua rasa macam jazz. gua memang tak amek port mana pasal muzik pon. but yeah, it was great. paling terbaik, bila macam dah nak blah tu, dia nak nyanyi lagu Deep Purple - Smoke On The Water. fuck yeah, gua terus diri terpacak la nak dengar. rare tu nak dengar lagu ni.

ntah siapa ntah naik stage, tapi gua rasa cam femes dalam scene tu. bukan main lagi ramai yang bertepuk tangan. gua memang la kan lagi sekali tak peduli, sebab gua nak dengar lagu tu. gua lupa banyak lirik dia. kod gitar dia pon dah lama samar. dulu ada main lagu ni kejap masa sesi main gitar dalam bilik zaman diploma.

sampai masa untuk penyanyi tu interact dengan penyokong dia, gua tengok ramai benar kaku. defuq? ni lagu lama yang sangat baek kot. lu orang tak taw ke? lu orang tak de mood???defuqqq. lagi ni sangat terbaik even a crying baby should have laughed!

tup tup. gua teringat pesan member gua. "kl ni banyak poser bro. lu jangan terkejut tengok orang pakai konon dia macam itu dan ini. padahal, dalam hati, kosong. sekadar follow fesyen". wow! kalau betul lah diorang yang gua pandang tu bukan sebab mak bapak baru mati ke, baru clash ke, tengah sakit perut ke, atau tengah apa2 yang menyedihkan untuk dijadikan sebab diorang tak layan lagu tu, ertinya diorang memang tak tahu lagu tu. fuck yeah. pengalaman gua jumpa poser.

gua rasa kelakar. for the first time in my life, i can say "look at these motherfuckin posers". anyways, lagu tu memang best. terus gua masukkan dalam note 'songs to jammmm' gua.

dah. lapo. ciow


OUT

gua peduli apa

untuk kempen yang asas...
mengikuti kerana kempen.
berkempen kerana tiada kesedaran.
tiada kesedaran kerana tiada ilmu.
tiada ilmu kerana tiada belajar.
kenapa tak belajar dari awal?
kalau belajar, kenapa tak buat?

manusia mudah lupa dan alpa.
mudah benar kita lupakan macam-macam.
memang sering nak kena ingatkan.
mmemang patut Dia bagi penyakit.
biar ingat sikit.

haramjadah punya perangai.
lu sebut pasal Zionis satu kali lagi,
gua seligi kepala lu.
takde benda nak dibincangkan.
dah terang lagi bersuluh dari dulu.


OUT

8/29/2014

yang tak terdengar

terasa pedih jiwa.
bila tak dapat melihat,
bila tak dapat mendengar,
bila tak dapat merasa,
segala apa yang mudah.

mana pergi rasa?


OUT

8/15/2014

kiss ass

makin kerap gua jumpa manusia yang diluarnya garang namun di dalamnya gampang. perbuatan bukan main mudah lagi bertukar kecenderungan bila terkena pada masanya. sangat ramai dan rata yang pada dulunya bukan main lagi ada fikiran yang berhaluan kiri dan kreatif, namun bila ternampak peluang kipas, terus jadi lembik. bukan main jilat lagi.

gua terkejut. memang normal ke manusia tiada pendirian yang berlandaskan realiti? lu bikin gua sangsi dengan maklumat yang lu beri selama ni. terus gua pandang lu sebagai mahluk tanpa pendirian. puih! tapi, gua malas cerita banyak dan bersangka buruk. gua anggap lu sekadar anak kecil yang memberontak bila mak bapak tak beri perhatian. lu buat perangai. dan gua yakin, gua pun sama je macam lu-lu semua. kaki jilat punggung. sebab, gua nak jadi sama normal.

kalau lu kata lu fighter,
fight!
kalau lu lemah,
mengaku je lemah.

walk the talk, people!


OUT

8/11/2014

sedar diri

kalau dah miskin,
tak payah cuba nak down payment La Ferrari.

kalau dah busuk,
tak payah berangan nak gebang cerita perfume.

kalau dah suci,
tak payah berlakon hidup dalam kegelapan.

kalau dah jahil,
tak payah nak melangit cerita ilmu dunia akhirat.

kalau dah dibuang,
tak payah kekal menempel.

blah.
blah ikut arus.


OUT

8/07/2014

anehnya rezeki

ada yang kejar,
tapi bayang pun tak dapat.

ada yan gtermenung,
tapi datangnya bergolek.

rezeki itu bukan matematik.
rezeki itu bukan logik.
rezeki itu rahsia.
rahsia Dia.

memang kau silap kalau kau angkuh.
angkuh kerana kepandaian kepala.
angkuh kerana kemudahan keluarga.
angkuh kerana sihatnya cahaya mata.
angkuh kerana besarnya pendapatan.

itu rahsia Dia.

hari ini lu ada,
belum tentu kejap lagi lu masih bernyawa.


OUT

8/05/2014

hari kosong

rasa cam haram.
bila lu redah hari-hari lu,
dengan tiada yang ambil endah.

wow. gua terkinja sendiri.
terima kasih dunia,
kerana buat gua membuang masa.

belum sempat gua nak naik angin,
baru gua sedar.
gua salah kejar.

lu betul-betul siakan gua.
bukan sekali.
bukan dua kali.

susah bila jadi manusia yang serba tiada.
tiada wang,
tiada harta,
tiada rupa
dan tiada gaya.

lagi susah bila jadi manusia yang tiada bersyukur.
syukur keluarga.
syukur kesihatan.
syukur masa.
syukur usia.
syukur sempat ibadah dan taubat.



OUT

7/24/2014

tahun luahan terakhir

raya ni,
gua akan luahkan kepada keluarga.
seikhlas dan sejujur mampu.

raya ni,
gua akan luahkan kepada si dia.
seikhlas dan sejujur mampu.

raya ni,
gua nak berubah.
seikhlas dan sejujur mampu.

dan raya ini,
raya terakhir untuk gua nak buang masa.
gua dah cukup tua.
tak ada masa nak menunggu berteka-teki.

in sha allah.


OUT

Kluang-Kuala Lumpur-Kluang

geng,
dah nak balik raya ni.
berjalan dengan hati-hati.

geng,
tak kisah lah kau nak makan pakai apa.
pakai sudu garfu, chopstik, pisau bagai pun.
tapi,
jangan lah lupa teknik menggunakan tangan,
duduk bersila/bersimpuh.

geng,
tak kisah lah kau nak pakai baju jenama apa.
pakailah Gucci ke, Nike ke, Havoc ke.
tapi,
jangan lah lupa cara pakai kain pelikat,
bersongkok siap.

geng,
tak kisah lah kau nak makan apa.
makan lah lambchop ke, fettucini ke,ladna ke.
tapi,
jangan lah lupa asam garam ulam raja,
lengkap dengan sambal belacan.

geng,
tak kisah lah kau nak bertutur apa.
english, manglish, singlish, mandarin, german.
tapi,
jangan lah lupa bahasa bangsa,
lengkap dengan adabnya.

geng,
gua anak kampung datang merantau.
cuba memahami dan menyelami pembangunan.
tapi,
tegurlah gua kalau gua dah macam lupa daratan,
siap penampar lengkap.

geng,
selamat malam


OUT

G7 pada 2014

tahun ni, berazam nak pergi trip "Chamah-Ulu Sepat" dan "Korbu-Gayong".

5kg badan berjaya disingkirkan. lagi 10kg lagi.

come on. i can do it!


OUT

yong tau foo faa

untuk julung kalinya gua dah tak bagitahu orang yang gua tak geti bezakan antara yang tau foo dan tau foo faa.. sebab tahun ni, dah tak pergi bazar Ramadhan dah.

ya. gua masih tak tahu beza antara keduanya.

demm


OUT

matang dan tenang

kebelakangan ni, banyak benor gua tengok manusia yang gelabah bila berhadapan dengan suasana yang tak sehaluan dengan cara mereka. bilamana ada 'glitch' sikit dalam perjalanan seharian, cepat mereka nak meletup. terus gelabah nak betulkan semula ikut cara dan bertindak/berkata mengikut sedap hati. seolah tak ada tempat proses bernama akal.

apakah benar memang kita, manusia, nak dunia seperti mana yang kita mahukan ia? bukan sepertimana dunia itu sendiri? lu ingat, satu bumi ni nak kena ikut cara lu yang A-Z yang tiada asas tu? bingit hati gua memandang. lu bertindak dengan cara yang sangat tidak adil.

tapi, apakan daya gua. kalau dah rata-rata manusia yang gua jumpa memang macam tu, ertinya, gua pun sepatutnya sama.

agaknya lah.

p.s: lu mati, bumi tetap berputar. bumi mati, lu apatah lagi. got it?


OUT

isi kepala dan raya

tak de fikir nak beraya sakan
tak de fikir nak bershopping bagai.

dalam kepala,
cuma pikir nak upgrade barang2 hiking dan trip.
kaki dah menggeletar mintak kena dera.

headlamp.
tent.
pants.
first aid kit.

fitnes??!!


OUT

7/10/2014

oh palestin...

tiba masanya kembali, heboh kanan dan kiri dengan kisah saudara di Gaza. diserang, ditindas, dibuli dan dibunuh. budak kecik yang tak tahu pun nak minum susu macamana mati kerana peluru. perempuan nak berbuka puasa pun turut terkorban tak memasal. apa benda ni? perang? puih la perang.. ini pembunuhan dengan cara paling bacul!

dimana 'kepimpinan muslim' tatkala bendalah ni jadi? angan-angan acah boikot? demi kepentingan ekonomi? malas nak ungkit kerajaan arab saudi. kerajaan Malaysia ni. kecam macam tu je? esok, berjabat tangan kembali dengan rakan subahat keparat si zionis. tunduk kita pada mata wang??? celaka. kalau berani, buat vote satu Malaysia. nak join perang or diam diri tertunduk ngeri. mana kepandaian kita dalam menyekat benda2 kuku besi tu? cheh..whoever pays better..

dimana bangsa followers ni? hashtag sana sini? lepas tu lupa kerana bola dan apa yang nak dimakan time berbuka nanti? nasib baik lu memang ada doa untuk diorang. kalau stakat hapload tapi xde tadah tangan, fuckin attention whore.

argh....

nampak sangat muslim tak bersatu.

9/11. punya ramai caci ekstrimis muslim.
ekstrimis lain? ape cer?

OUT

7/06/2014

the rat race

setelah lebih 6 bulan, gua rasa dah sampai masa gua pelan-pelan berhenti berfoya-foya dengan dunia. dah sampai masa gua nak mula join 'rat race' ni. to keep me busy, in a good way. pelan-pelan stop buat benda lagha.

dah boleh lah mula nak pakai kemas sikit. never dress to impress. maintain falsafah asal. gua tetap akan berpakaian yang tak dikutuk orang, dan tak dipuji orang. tak salah jadi normal dan serap dengan suasana dari menonjol meracah gelabah.

semoga diberkati.


OUT

2014 and Ramadhan

1. hubungan dengan keluarga
2. financial stability

Ramadhan kali ni, gua dah malas nak pikir banyak. gua aim nak perbaiki hubungan dengan keluarga dan income gua. hal-hal lain, gua dah cuba konon nak setelkan tahun ni. tapi, tengok gaya, takde respon dan macam tak ada kesempatan. maka, setelkan ini dulu.

hubungan dengan keluarga. 
makin hari, gua makin jauh dengan rumah. jiwa makin kosong. bila dekat, gua rasa panas dengan hal-hal yang gua kena dengar dan kena hadap macam gua ni sendiri tak cukup hal. tapi, keberkatan Ramadhan ni, gua harap dapat lah gua pekakkan telinga dan terus mendengar dengan ikhlas. more involvement. less violence. sebab, at the end of the day, diorang gak yang sedekahkan fatihah untuk gua dan gua gak yang akan sedekahkan fatihah untuk diorang. bukan jiran-jiran. bukan kawan-kawan.

financial stability.
gua tergolong dalam mahluk miskin. miskin tahap mampu makan pasir pada hujung bulan. syukur, sifat dulu yang jaki dah bertukar kepada syukur tengok orang lain, khususnya teman-teman, mula merangkan-berjalan dalam hidup. gua masih dalam level mengesot. takpe.. perkiraan gua salah. gua yang salah langkah. gua patut tadah. face it like a man!

lain-lain?
pergi mampus lah. 


p.s: hidup? mati? yang gua bezakan sekarang, bekalan gua nanti. 


OUT

6/30/2014

ramadhan kali ini

betulkan yang biasa. biasakan yang betul.

pelan-pelan kayuh.


OUT

6/25/2014

kuat

tak terbeli dek wang.

tak marah dek ujian.

tak terbaring dek mati.

tak terlupa dek tiada.

tak terlawan dek dunia.

namun melutut luluh,
kepada empunya kiblat.

bila agaknya untuk gua kebal sebegitu rupa?


OUT

6/23/2014

moving foward

it is not even an inch.
it is not much,
but at least it is something.

wanna move together?
wanna move alone?
up to you.
you are the one with options.

me?
is and always will be,
just another option.


OUT

6/18/2014

lali besi

gua dah terlalu biasa dengan kegagalan.
gua dah terlalu biasa dengan kekalahan.

gua tak tahu adakah itu ujian.
gua tak tahu adakah itu balasan.

peduli lah orang nak kata gua pesismist.
peduli lah orang nak kata gua optimis.

nak menang? ambil.
nak kalah? serah.

janji,
lepas berak kencing,
kasi cebuk.



OUT

6/17/2014

the diff

between a sexy woman dressed like a whore,
and a whore dressed like a sexy woman.

i do not know.
you tell me?

from the inside?
who the hell cares when you are exposing your boobs,
rather than your heart.

i do not know.
you tell me?

the signals are very confusing.
are you hungry or just plain bored?

fuck it.

i do not know.
please,
do tell me.


OUT

bukan cacat

tidak buta untuk tidak nampak.
tidak pekak untuk tidak dengar.
tidak bodoh untuk tidak rasa.

melainkan bukan dengan niat pemberi.
melainkan gua memang bodoh menerima.
kekal steady.
kekal ranggi.



OUT

6/12/2014

current life politics

sometimes,
the best person is not the best employee.

sometimes,
the best employee is not the best person.

where would you go?
what will you prefer?
stay with your dignity and leave the money?
stay with the money and leave your dignity?

do the best? do the 'best'?
be the best? be the 'best'?

good luck :)


OUT

perselisihan dalam rawak

sepantas kilat,
seolah ada bidadari melintas.
dapat rasakan itulah yang tercantik di dunia.
terasa itulah tulang rusuk kiri yang dicari.

bila ditoleh kembali,
sudah lama tiada.
seolah macam tidak pernah wujud,
sedangkan sesaat lalu,
masa terasa terhenti.

dengan senyum kepuasan,
terus melangkah seperti sediakala.
tersenyum sendiri.
kerana terserempak bidadari.


OUT

romantis khamis malam jumaat

it is my escape.
it is my happiness.
it is my soul-mate.
it is my friend.
it fits me well.

it is hard.
it is tough.
it is not easy.

hiking.
lap u so much!

OUT

6/09/2014

chantek le tu

izinkan gua mendaki puncak yang tinggi,
dan meluahkan pekikan erang isi hati.

izinkan gua pepah otot fizikal gua sampai pewai,
dan menyamakan rasa sepertimana batinku.

gelora yang sama macam tempohari,
sekadar tukar watak kanan, watak kiri.

ah.
kitaran biasa dah sampai semula?
bilamana pulak gua nak rasa bahagia?

p.s: padan muka lu. kurang semayang.'


OUT


gerhana palat

ada hari yang kau rasa palat kejap.
kau tak terlibat dalam cerita,
tapi kau terkesan dengan cerita tu.

rasa geletar kejap jari.
kaki rasa sejuk kemain lagi.
jantung degup macam nak pecah.

tapi bila kau sedar yang kau tak terdaya,
bila kau sedar yang kau tak mampu membantu.
hanya mampu,
kirimkan sepotong-dua doa.

chantek la tu.
banyak gelora,
komfom nikmat bila tenang.
in sha Allah.

balasan/dugaan.
dulik lah yang mana pun.

p.s: hari mendung gua, sentiasa tiada tempat berteduh. jangan salahkan gua kalau gua keras. sebab tak ada yang membantu, termasuk lu.


OUT

6/08/2014

simpan

apa rasanya dikejar tanpa henti?
apa rasanya dikerumuni dengan minat?
apa rasanya dihujani bantuan?
apa rasanya menjadi tumpuan?

dari mata pertama,
akan dijawab 'rimas'.
kerana tiada senggang.

dari mata ke dua,
akan dijawab 'untunglah'.
kerana tak pernah merasa.

kau rasa?

p.s: gua sentiasa mata kedua. heh


OUT

6/06/2014

that finishing line

tersedu dan teresak,
tak tahan sebak,
merasa kebahagiaan.

terkenang saat ditempuh dugaan,
dijatuhkan kawan,
disekat ruang dan peluang.

kejayaan yang tertinggi,
bayaran pulang paling tinggi,
dan keuntungan yang jauh beza.

tak sesal kisah semalam.
kerana menempuh dengan penuh ingat,
tak kalah dek ujian dan dugaan.

kini sudah berada di syurga.
tenang bersama yang lain,
terus beribadah sehingga infiniti.

satu hari nanti,
adakah kita dapat merasa begini?

atau sekadar disebat mati hidup kembali berkali-kali?


OUT

6/05/2014

run, fat boy! run!!!

nobody is against you.
they might seems not to be 'with' you.
they might seems not to be 'agree' with you.
the fact is,
they are just in their own way.
we just crossed path again and again.

i may run towards my goal/destiny.
hell, i might even crawl slowly.
if it we were meant that we will cross path,
so it shall.
if we were meant to be depart,
so be it.

do not think to much,
balance it with action.
or else,
you will be missing out the experience.

rock and roll, nigga!
rock and roll!



OUT

6/04/2014

pertikai rezeki

mana mampu gua menutup mulut hati bila mata gua memerhatikan orang sekeliling berbahagia tanpa berusaha. lagi gua panas bila gua tengok yang kerja hempas pulas dan berusaha lebih itu adalah gua, sedangkan dia rilek je senyum sana, senyum sini. hujung cerita, dia dapat berkepuk duit dan gua dapat saki baki duit syiling. ok, ini terlalu menipu. haha

dan sampai ayat ni kat telinga gua pada satu hari tu, "tak payah lah nak dipertikai rezeki orang". lagi berbisa, bila gua online, gua terjumpa semula dialog si bapa menasihati anak nya yang berbunyi lebih kurang macam ni, " jangan kita sibuk tengok apa ada dalam mangkuk orang lain, untuk tahu samada kita punya lebih daripada mereka atau tak. sebaliknya, tengoklah mangkuk mereka tu, samada mencukupi atau tak. kalau tak cukup, ceduk macamana mampu dari mangkuk kita, kongsi dengan dia".

gua khayal. gua lupa diri. gua terlepas iman.

masakan kita berhak nak pertikai apa yang dah ditentukan oleh Dia. siapa gua nak kata kan yang apa Dia buat tu, sebenarnya salah?. gile ke? Dia Maha Mengetahui. ada lah sebab kenapa gaji ko tu RM800 dan gaji dia tu RM999,999.99. apa nak takut? besar periuk, besar kerak. mana pula pergi adilnya gua bila gua mengabaikan fakta bahawa rezeki dia yang macam ni disebabkan kegigihan dan kejerihan hidup dia di masa lalu? melainkan kau anak raja. gua sampai harini cuba memikirkan apa yang dibingungkan oleh anak raja.

syukurlah gua harini bergaji RM800. yang penting, lebih baik dari gua yang tahun lepas, yang bergaji RM500. ada perubahan. ada kebaikan. ada hijrah. molek dah tu.

ha...yang lu pulak, acane? jeles tengok rezeki pemalas yang lain?tak puas hati?....pegi la pertikai kat Dia. jangan sampai Dia jawab.


OUT

what the hell is happening?

when one plus one is no longer two.
when black is becoming the new white.
when faster is a waste of time.
when smiles were meant to show sadness.

now i felt like i am still a boy,
who is lost in the adult world.
lost in a stupid-confusing world.
or maybe it is just me.

p.s: langit tak selalunya cerah.


OUT

5/22/2014

perubahan blog?

banyak dah perubahan dalam kaca mata blogging gua.
dah macam xkenal dah dunia blogging.
gua dah tak jumpa dah link2 penulis yang sedap.
kalau dulu, bukan main seronok gua baca penulisan kawan2 dan kenalan blog.
sekarang?

yang gua ghairahkan, dah tutup kedai.
nak kemana hala tuju pun dah tak tahu.
dem.

samada gua dah tak kreatif,
atau gua dah dimakan arus perubahan penulisan?

fak ah.


OUT

5/18/2014

February 2009 - May 2014

fak.
diam tak diam,
dah lebih lima tahun gua menyondol dalam blogspot ni.

fak.
dulu kawan kemain ramai menulis,
skang semua dah tak menulis.

fak.
sampai ada yang bertanya,
"lu memblogging lagi?"

fak.
gua berminat untuk berkongsi la.
bukan ikut trend generasi.

kahkahkah

*garu punggung

p.s: i miss those good writer out there. please. hear me out. tell me where you are...



OUT

politik dan bikini

bila dia pakai bikini, heboh kemain lagi. mungkin kerana dia berbangsa melayu. mungkin kerana dia dari U gomen. mungkin kerana agama dia. mungkin kerana posisi dia dalam kaca mata ahli politik.ada kepelbagaian kemungkinan yang boleh kita ambil 'positif' dari situasi ni. namun, mata gua naik berpasir lah bila gua pandang benda bodoh cam gini...

woi batak-batak sekalian. jangan lah nak dok nyenyak bawah tempurung tu. bersepah anak melayu agamanya sama. jangan nak berbual pelir lah yang ini pertama kali lu 'nampak' perkara macam ni. adoila lakonan. bersepah jugak la golongan yang sama ni togak arak tak peduli hari, dari ceruk kampung sampai tinggi bangunan kotaraya. bersepah mereka ni check-in maksiat yanng diubah menjadi hiburan sana-sini. jangan nak kencing la konon pelacuran sering diberkas. eh, kepala butoh laaa. gua tak dapat nak luahkan lagi apa lagi yang sama je dengan perempuan ni dengan apa yang meluas lagi kat luar sana, malah lebih teruk lagi lebih banyak.

ma'a fa'a.

nampak sangat yang lu tembak tu, demi politik. bukan demi agama, bangsa dan negara. apa? sekadar nak dedahkan "she is not a good role model nor a good image for youngsters?". kepala banar lagi sekali. bak datang gamba bini para pemimpin. buktikan mereka ni "bertudung", "berserdahana" dan "berjiwa-rakyat". gua nak kira pakai jari.

puih!

p.s: maafkan penulisan sedikit beremosi. gua tak boleh handle kebodohan melampau level membuta-tuli.



OUT

the strategy

lu katakan gua offensive.
gua rasakan gua sekadar defensive.

tidak ditatang,
sering ditentang.

gaya hidup gua,
kerana sejarah hidup gua.
sikap begini gua,
kerana pengalaman hidup gua.

dan lu dan mereka,
sama sahaja.
datang sekadar menuding,
tanpa bertimbang rasa.

tak mengapa,
terima kasih gua ucapkan.
sebab,
mangkuk macam lu sekadar mewarnai kehidupan gua.

bahaha


OUT

5/17/2014

membutakan mata

kenapa nak butakan mata kalau dah terpampang luas?
kenapa nak memekakkan telinga kalau dah bergendang nyata?
kenapa nak menidakkan hati kalau dah terasa nyata?
kenapa nak bodohkan otak kalau dah itu prosesnya?
takkan lah nak sampai disepak baru terasa jelas nyata?

the world does not evolve around you.
it is the other way around.

p.s: bermain dengan sesuatu yang bersastera level mistik.


OUT

5/11/2014

going avarice

we are moving away from economy stability. due to our capitalist and mixed economy practice. lower level people keep struggling to live. while the upper class people are busy thinking ways to spend their fortune. you can imagine and feel the greed that people will show once the opportunity is in front of them.

an uneven race is on. been on. will keep on.

people,
to be here on earth,
living among each other,
please do not make this a race.

this is a journey.
different path, same way.

p.s: jangan dipertikai apa yang bukan hak kita. jangan dipertikai kenapa dapatnya tak sama. jangan dipertikai rezeki masing-masing. itu kerja Dia. terima dengan redha, usaha dengan tawakal.



OUT

5/08/2014

dah tak ada kerja lain

tempat sendiri porak peranda,
sibuk nak selamatkan orang lain.

anak jiran mati kelaparan,
sibuk fokus masakan kambing kari sendiri.

rumah tangga sendiri macam nak roboh,
sibuk nak promosikan cinta abadi.

realize your priority,
bitch!


OUT


warna kata

bercakap untuk didengar.

jangan nak mengarut lah kalau lu kata sekadar nak luahkan bisikan di dada. apakah lawak kepala banar ini?konon nak lepaskan apa yang terbuku, gittew. ada pula yang lebih menarik, bila katanya sekadar nak berkata-kata tanpa perlu yang mendengarnya. kalau benar lu sekadar nak meluahkan pada orang lain tanpa mahu mereka dengari, kenapa lu tak sekadar berkata dalam hati?

tapi, ragam tu kan macam-macam rencahnya. lantak lu lah nak buat gaya mana. sebab, lu pun antara warna-warni dunia. :)


OUT




5/02/2014

dihimpit sepi

alhamdulillah,
untuk julung kalinya,
gua dihimpit perasaan sepi.
dan terasa kosong.

enak.
terasa nyaman.
barulah sedar,
umur 27,
gua masih lagi sampah.

dem


OUT

paksi integriti

pergilah ke mana pun.
terbanglah setinggi bintang.
lompatlah selincah katak.
larilah ke hujung dunia.
pekiklah seluruh alam.
jauh lah seperti semalam.

kalau lu kenal gua,
lu patut tahu.
gua kekal di sini.

tak kan berganjak.
kekal berdiri menanti,
di dalam paksi.

sepertimana yang gua janjikan tempohari.

p.s: lu nak pergi? silakan.


OUT

4/28/2014

terlalu kepak

bila tahap diri sendiri dah dirasakan melebihi manusia biasa,
dengan mudah gua mampu tertumbuh takabur di hati.

mulalah semua gua nak langgar semuanya.
tak gua pedulikan apa-apa.
baik polis,
baik keluarga,
baik sahabat,
baik peraturan,
baik negara,
baikpun agama.
gua tak peduli.

dan melebihkan enaknya,
apabila gua berpengikut.
ouhhh..nikmat..
melonjak!!!

KEH KEH KEH

gua, lu, dia, kita.
semuanya manusia.


p.s: nasib baik gua ditakdirkan menjadi pencacai je. selamat la sikit. kalau gua kaya, gua jamin gua raja dosa.


OUT

manusia dan tidur

merindui keselesaan nyenyak malam.
itu lumrah manusia.

sedangkan yang dikejar hidup mati adalah dengan mata terbuka.
dalam keadaan sedar.

namun, sudah lumrah kita.
untuk mahukan keselesaan.
merasa khayal dengan pemergian masa.
mengenang saat tidur yang lena.

jangan selesa sangat.
nanti dipukul ombak kehidupan,
baru tahu erti lemas.

p.s: gua sendiri sekarang ni dalam keadaan khayal dan selesa. kena cari awek cepat sikit. kalau tak, hanyut...


OUT

4/25/2014

dari hujung rambut sampai hujung kaki

tak salah nak berpakaian cantik.
pakailah demi Dia yang Maha Esa.

bukan kerana si dia.
bukan kerana fesyen.
bukan kerana malas.
bukan kerana rajin.
bukan kerana wang.
bukan kerana rasa.
bukan kerana biasa-biasa.

sekemas-kemas mampumu.
kerana,
setiap saatmu diperhatikan Dia.

kan?

p.s: terima kasih kepada khutbah hari ini.


OUT

4/21/2014

LGBT is trending?

gua tak mampu proses LGBT ni.

ramai depan mata gua kata "aku tak kisah diorang ni LGBT, as long as they are a good friend". gua sekadar senyum tanpa mengangguk atau menggeleng. gua sendiri tersepit nak ajar macamana kat mahluk-mahluk liberal ni. gua terlalu cetek agama dan sains untuk terangkan benda ni tak betul. namun, gua tetap mengakui yang gua ni berpegang kepada "aku ada alergi dengan LGBT. aku rasa nak bertumbuk je bila didekati mahluk macam ni".

atas dasar 'cinta', banyak dah mula menerima bendalah ni. atas dasar 'anti hipokrasi', benda ni mula dihalalkan. jangan lah nak cerita ungkit pakatan negara islam tak memerangi bendalah ni di peringkat nasional, dalam Malaysia pun macam acuh tak acuh. asalkan tak viral ataupun tak berprofil tinggi, lantak pi la ko nak masuk lalu mulut ka, lalu bawah ka, lalu belakang ka...kepala hungga

disebabkan tak ramai yang baca blog gua, gua berani luahkan rasa hati. kalau tak, bila gua dipersoalkan dengan 'hak kemanusiaan' nanti, gua pun tercengang nak jawab apa. akibat daripada kekurangan ilmu agama dan dunia, komfem2 gua kena kitai je nanti.

nak ditambah seronok? benda ni dah kecah dah pun kat memacam media sosial. tanpa rasa segan, membuktikan yang mereka ni songsang dari norma manusia. dan yang seronoknya, atas dasar 'sayang', si kawan malahan keluarga juga turut menerima seadanya. ah, sial ah.

hak manusia. hak bersuara. hak berkelakuan. padan muka terhadap demokrasi. kalau ikut hukum Dia, dah lama setel benda ni dari akar umbi. kita yang memilih untuk merosakkan generasi seterusnya hanya kerana kepentingan-kepentingan yang ada untuk diri sendiri pada masa kini.

gua adalah mahluk fleksibel bertempat yang tiada kompromi.

p.s: namun, gua akui yang gua yakin gua akan tewas kalau ada lesbian yang mengaku dia lesbian depan gua, dan lebih-lebih lagi dia dan pasangan yang hot 'make-out' depan gua.. ini...gugur iman ni, komfem!


OUT

tanpa pedoman.

masih berjalan riang kerana buta realiti.

masih tercegat di pertengahan pagar,
memerhati yang baik dan yang sebaliknya.

ada yang kekal di posisi mereka,
ada yang bertukar tempat dengan puak lagi satu.

termenung bodoh memerhati situasi diri nanti,
kerana belum habis kenal yang mana pasti.

argh.
gaya manakah nanti diri gua ni pada masa kafan dipakaikan?


OUT

4/08/2014

duke 390

naik semak kepala pikir pasal nak beli motor ni. kebenaran dan izin dari yang terpenting, dah dapat. kira2 untuk pembelian, tak ada masalah. maintenance cost, based kepada pemahaman, takkan ada masalah. cuma, aku masih berbelah bahagi untuk beli ke tak. minat? gilo babi aku minat model dan jenama ni. tapi, itu lah dia. jauh kat sudut hati kata, "ko dah fikir masak-masak?"

demmit.


OUT

3/25/2014

negara A ke negara B?

penduduk di sebidang tanah negara A yang dinamakan daerah C.
daerah C diduduki majoriti bangsa negara B.
sampai masa negara A nak penduduk daerah C berperilaku macam negara A,
negara B hantar tentera untuk melindungi 'etnik' negara B.
dan daerah C sekarang nak keluar dari negara A.

wow. Crimea. just, wow.

datang berdagang. datang merantau. datang menumpang.
sampai masa,
datang menjajah? datang merampas?

gua keliru.



OUT

mixed signal

batuk,
boleh kata berpunca dari kahak,
boleh kata berpunca dari menegur,
boleh kata berpunca dari kebosanan.

itu batuk,
sifat nyata.
ini kan pula soal rasa hati.

gua bukan berkeras hati.
gua bukan ego.
gua sekadar keliru.
yang mana satu mana.

mungkin gua perlu berjudi nasib.
mencuba tanpa logik untuk diterima.
bertindak mengikut kata rasa,
dan berharap untuk berhasil sebaiknya.


OUT


mereka pergi

semakin meyakinkan bahawa mereka sudah tiada,
selepas cubaan mencari oleh serata dunia.

harap tabah para keluarga, sahabat dan teman yang ada,
menghadapi masa hadapan dengan jiwa kekal bernyawa.

takziah,
mh370.


OUT

3/18/2014

the poor's doctor

the government did not really cure this.
the politicians did not really strive for this.
the society did not really unite for this.
the doctors did not have all the resources for this.
the thinkers keep on thinking about this.
the wealthy did not really helping this.
only fracture of all of the above are helping.

it seems,
the poor's doctor is in fact, death.


OUT

3/10/2014

G7

gua melibatkan diri dengan dunia mendaki gunung sekadar kerana gua nak rasa merentas belantara. bukan nak pengiktirafan tamat tauliah G7. bukan sebab apa yang lain. sekadar dasar suka-suka. gua tak ada sasaran apa dalam apa gua buat. sekadar nak memerah semanis mampu dengan kadar seperlahan mahu. gittew


OUT

to be dynamic

kau nak pekerja yang mampu pakai Ferrari.
tapi,
kau nak bekerja semudah pencuci.

kau nak menjadi pengembara merentas dunia.
tapi,
kau nak menjadi berkuasa di satu tapak.

kau nak merasa bergaul dengan semua.
tapi,
kau nak mendiamkan diri sentiasa.

oi bangsat!
apa kau nak sebenarnya?


OUT

berkarat

keris unik dah mula keperangan...ikal mayang dah mula keputihan...kayu teguh dah mula rapuh...

perwira dah mula terduduk. semangat perjuangan masih kental. namun kemampuan badan dah sampai tahapnya. akal dan fikiran meraung-raung minta dibebaskan berjalan.namun langkah kakinya dah mula mengigil sayup meminta bantuan tangan menggapai sekeliling, "elak dari jatuh" ujar pemikiran separuh sedarnya.

akal dah mula tak seimbang logik dahulunya. adakah semangatnya sedang pudar sedikit demi sedikit bersama masa?

semoga Dia membantu dia dan yang seangkatan dengannya.


OUT

3/09/2014

MH370 - a tribute

gua tak ada otak yang geliga, akal yang cergas mahupun mulut yang petah untuk berkata.

tak mampu gua nak ikut gaya spekulasi bijak pandai luar sana yang tak putus berikan dan sambungkan spekulasi dan konspirasi.

yang mampu gua hulurkan, hanyalah doa.
kalau hidup, kembalikanlah.
kalau ajal, kuburkanlah.

semoga ada titik positif yang dijumpai.


OUT

3/05/2014

untuk apa erti berkawan - Jujur

gua jujur bila nyatakan yang kita sekadar berkawan bila berhadapan,
dan sering berjumpa.

gua jujur bila nyatakan yang kita sekadar berhubungan,
bila ada perlu sahaja.

gua jujur bila menyatakan yang putuslah hubungan rapat,
seperti biasa.

ramai yang tak percaya apa gua kata.
ramai yang sangka gua sekadar bermain bicara.
ramai yang ingat gua ego semata.

namun,
apa yang gua sampaikan adalah nyata.
sikit pun gua tak kencing.

bukan gua buang kawan,
bukan juga kawan buang gua.
tapi,
bila tidak lagi sejalan,
tak bermaksud tidak sehaluan.

rock on, nigga.


OUT

harga tersembunyi yang nanti

"kalau kau sangka kau sekadar membayar pada apa yang tertera di tanda harga,
kau harus lebih berwaspada"

membeli fizikalnya? membeli fesyennya? membeli ego dunia? atau, membeli kepuasan jiwa?. gua tak tahu nak terangkan sejelas mana lagi kerana gua rasa tak perlu. ini sudah terlalu nyata, kan? namun, gua bukan berniat nak merendahkan pemilihan lu, mahupun mahu lu mengaku lu salah dalam memilih. gua sekadar mahu lu sedar apa yang lu pilih sebenarnya.

untuk sama-sama membina jati diri lebih mulia. 


OUT

3/02/2014

panas badan semula

berbulan gua hidup merantau. baru beberapa bulan.
tiada kemudahan internet pada komputer riba.
maka, lama gua tak meraba blog sendiri.
kurang selesa menggunakan telefon dan aplikasinya.

kini,
internet sudah ada semula.
apa lagi alasan gua untuk tidak menulis dan bercerita?


OUT

2/08/2014

27 and nothing :)

tiada kekasih.

tiada keseronokan biasa.

tiada duit.

tiada pangkat.

hidup ala macai.

kais pagi makan pagi.

tiada bayangan masa hadapan.

tiada kuat keimanan.

hidup rugi, mati pun rugi.


OUT

gunung ganang

ada jenis yang fokus trip,
terus nak tapau habis g7.

ada jenis yang fokus berlainan,
nak manjat luar negara je.

ada jenis yang rare,
nak manjat yang pelik-pelik je.

gua jenis yang biasa.
asalkan ada jungle trekking,
ke mana pun gua pergi.

apa yang kau cari?


OUT

trending?

zaman punk,
bersepah mahluk punk.
ada pula hero punk.

zaman hip-hop pun gitu.
zaman skate pun gitu.
zaman skin head pun gitu.

sekarang?
zaman hipster pulak.

pulak dahhhhhhh!!!



OUT

tersangkut

kemudahan internet semakin tipis untuk gua dapat.
sering gua layari secara mobile je.
tempat bersanggah dah tak ada wifi, gittew.

maka,
tersadunglah ayat2 maki di kerongkong.
terselamatlah blog dari diserbu dosa.

kehkeh

p.s: ini semua perbualan kote semata.


OUT

1/02/2014

Sabtu ahad ke Jumaat Sabtu

gua dapat laporan dari kawan yang bekerja di Johor. dia kata, untuk julung kalinya, selesai sahaja solat Jumaat, tidak ramai makmum yang bingkas bangun untuk kembali ke kehidupan dunia masing-masing. sekadar budak-budak dan segelintir remaja sahaja yang bangun. barangkali nak sambung bermain atau pergi curi-curi isap rokok.

sejuk hati gua dengar dari jauh. makmum di Johor berpeluang untuk meluangkan masa bersama di satu tempat yang amatlah strategik, rumah ibadat (masjid). sekurangnya, berpeluanglah untuk ahli fikir muslim menggunakan peluang ni dan membuat sesuatu untuk memberi rangsangan kepada anjakan paradigma.

mungkin selepas habis selesai doa, ada pula program ceramah. apa nak dilari-larikan? hari Jumaat kalau macam ni, kau dah takde nak merapu dah nak kemana-mana. jadikan hari Jumaat sebagai hari Islam. memang cantik amat. badan masing-masing tengah segar. lagipun, sekurangnya, dapat mengurangkan masalah remaja melepak. ye dok?

dan hari sabtu dijadikan sebagai hari untuk keluarga. haaa. manis.

masalahnya, cuma pada perniagaan international. pertembungan hari bekerja biasa cuma jadi 4 hari. tapi, buat apa nak agungkan ekonomi lebih-lebih? dari sudut ekonomi lain, tak ada lah pembaziran masa bekerja dari mereka yang tidak ke sembahyang jumaat tu. eleh, bukan semua lelaki pegi sembahyang Jumaat pon. ada je yang menyamar kaum majusi. puihh

ah..indah..lagi best, setiap Jumaat ada pesta Muslimin. pesta?? ya laa.. buat haa ceramah n program ukhwah. melayu ni, makin hari makin pecah belah aku tengok. kalau regang dari pandangan politik, biar je lah pada parat tu. tak payah nak disambung-sambungkan lagi khususnya dalam sektor ekonomi.

semoga kita menuju ke arah kehidupan lebih sempurna.


OUT

menjentik telur

kenapa lah sibuk nak pakai nama tuhan orang lain pulak.
dah bertahun dah kau memang tak pakai.
memang lah luar negara tu ada yang pakai ada yang tak.
itu hal luar negaralah, betul tak?

lama dah saling berterus-terang, memberi ruang, menghormati dan memahami.
kenapa tiba-tiba kau nak perjuang macamana cara globalisasi?
bukan kita ni dah lama berasimilasi dari zaman hitam putih warna tv?
takkan tak faham-faham lagi?

atau kau sekadar sengaja menggoncang si asing?
nak melihat kekuatan kaum sendiri dengan yang lain?
sekadar bertaruh dengan meniti antara undang-undang dan etika?
melihat ahli pihak mana yang mudah berpaling tadah?

pergi pasar malam,
jentik telur orang secara rambang.
agak-agak kau,
orang akan biar kau terus gebang?

lepas ni,
apa lagi kau nak 'perjuangkan'?
apa lagi kau nak 'laungkan'?
apa lagi kau nak 'bakarkan'?

p.s: rakyat Malaysia ni dah ramai rindu nak ada tumpah darah kot.



OUT

1/01/2014

kembali

bro,
tabahkan jiwa dalam menghadapi proses dunia.
bukan dia tiada lagi selamanya,
sekadar dia selangkah kehadapan kitaran manusia.

bro,
memang sudah terhenti seketika komunikasi dua hala.
namun masih mampu kau menyapanya,
kirimkanlah pahala dan ucapkanlah doa untuk dia.

bro,
hidup memang akan gundah gulana.
sudah itu lumrah manusia biasa,
tiada siapa yang mampu lari dari rencanaNya.

bro,
kekalkan semangat waja.
berdiri tegak menghadap dunia.
buatkanlah dia bersyukur diberikan lu olehNya.

bro,
untuk apa erti berkawan.
lu senang, lu punya hal.
lu susah, mari sini cerita.
kita kongsi sama.

bro,
jangan kalah pada dunia.
Dia ada.

p.s: takziah buat tisu sekeluarga. al - fatihah


OUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...