[go: up one dir, main page]

9/01/2016

tidak lagi

sekali lagi,
orang yang dirasakan sama rasa dan jiwa,
rupanya sama sahaja seperti mereka seperti yang sebelum ini.
kurasakan tidak memahami dan sebenarnya jauh.

tapi,
tidak kali ini.
aku akan cuba untuk merapatkan jurang,
menyatukan matlamat dan masa hadapan.

aku akan berjuang!

p.s: maaf kepada parajurit hidup yang telah tersimpang 


OUT

8/29/2016

al-fatihah

gambar dari 2010. nama kawan di sebelah tu, Rozaimi Bin Jaafar, aka Rabun. dah arwah dah. he was a good friend back in high school. one thing lead to another, we got separated to each others path. and now, he is gone. semoga roh kau dicucuri rahmat wahai kawan. kau antara manusia yang memberntuk siapa diri aku sekarang ini. semoga aku dapat menjadi inspirasi kepada yang lain seperti mana kau menjadi inspirasi kepada aku.

al-fatihah.


OUT

al-fatihah

gambar dari 2010. nama kawan di sebelah tu, Rozaimi Bin Jaafar, aka Rabun. dah arwah dah. he was a good friend back in high school. one thing lead to another, we got separated to each others path. and now, he is gone. semoga roh kau dicucuri rahmat wahai kawan. kau antara manusia yang memberntuk siapa diri aku sekarang ini. semoga aku dapat menjadi inspirasi kepada yang lain seperti mana kau menjadi inspirasi kepada aku.

al-fatihah.


OUT

ngomelan anak durhaka

ku katakan ku kurang dikasihi,
mereka katakan ku menyendiri.

ku katakan tiada apa yang menarik,
mereka katakan aku yang menolak.

entah dari mana silapnya,
kita semakin berjauhan.

berputus asa untuk diluahkan,
kerana yang lain sekadar akan berteriak
"kau yang durhaka!"

mungkin kerana aku terlalu banyak tonton DVD,
yang memaparkan corak lain kebahagiaan.

atau sekadar mereka berasingan pendapat,
tentang apa itu keluarga, pendapat dan setia.


OUT

ngomelan anak durhaka

ku katakan ku kurang dikasihi,
mereka katakan ku menyendiri.

ku katakan tiada apa yang menarik,
mereka katakan aku yang menolak.

entah dari mana silapnya,
kita semakin berjauhan.

berputus asa untuk diluahkan,
kerana yang lain sekadar akan berteriak
"kau yang durhaka!"

mungkin kerana aku terlalu banyak tonton DVD,
yang memaparkan corak lain kebahagiaan.

atau sekadar mereka berasingan pendapat,
tentang apa itu keluarga, pendapat dan setia.


OUT

disimpulkan singkat

tanpa mengkaji,
tanpa bertanya,
tanpa menyelidik.

menggunakan pemerhatian dua mata,
menganalisa pendengaran sepasang telinga,
menilai dengan akal yang satu.

menolak usul sebelum dihidangkan,
menidakkan realiti depan mata,
berpaling ke arah pemikiran hati.

sedangkan kaulah yang kupendam sebagai keluarga,
dengan pantas kau menghukum aku.


apakandaya,
aku akan telan dan terima.
kau tetap berkata kau lebih garam,
kau tetap melebihi tua usia.

silap kita adalah pasti!
kerana,
kita sekadar manusia.


OUT


8/10/2016

perubahan cuaca

gelombang yang dulunya tenang,
sudah mula belajar pasang surutnya.

malam yang dulunya gelap,
sudah mula belajar terik siangnya.

angin yang dulunya lalu,
sudah mula belajar sepoi ke derasnya.

hidup yang dulunya seorang,
sudah mula belajar untuk berteman.


OUT

dadah teragung

jelek menjejakkan minda untuk mencemuh dadah.
asalkan bermasalah, kau cari dadah.
asalkan ingin bergembira, kau kejar dadah.
asalkan bosan rasa, kau dambakan dadah.

gantikan dadah itu dengan tuhanmu.
yang sentiasa ada.
yang sentiasa memberi.
yang sentiasa benar.
yang sentiasa menanti.

murah. mudah. berkesan.

tapikan manusia. lemah fikiran logiknya.
yang dikejar dan mahu adalah apa yang didepan mata.
bukan realiti yang ada di dalam minda.

banggalah kau dengan dadah kau. doalah semoga nafas terakhirmu bukan dengan jarum dilengan.



OUT


7/15/2016

diserang mereka yang tercelaru

dulu hebah Malaysia dimana LGBT melanda.
habis nak terbalik kedai kopi.
panas perdebatan pejuang hak manusia dengan pejuang agama.
bertikam lidah antara yang ebrpaksi hati dengan yang akal dengan yang agama.

"bukan kami diminta dilahirkan begini"
"takkan kami nak tipu kehendak diri sendiri?"
"salahkah untuk memilih jalan hidup sendiri?"
"aku ada hak aku!"

ungakapan norma yang mudah dipaculkan.

memang bukan kau pinta kau dilahirkan begitu. kalaulah diungkit proses pemahaman agama dalam proses kelahiran sebuah roh ke dunia, payah pula kiranya. akan timbul kesatria berpanjikan logik akal yang akan membidas kita yang ilmunya tak seberapa. maklumlah, sukar untuk situkang kayu berdebat mengenai enjin bersama mekanik. bukankah itu ujianmu? oh. agama lain kot.

jangankan kau, binatang pun ada kehendak masing-masing. kucing jiran kanan nak makan ayam goreng. kucing jiran kiri nak makan wiskas. mereka tiada akal, masakan bisa mereka mengalih perhatian. kuatkan akal untuk mengikut arahan iman, apa ada masalahnya? ikutkan nafsu melulu, memang padah lah jawabnya. "dah memang kehendak aku nak bunuh dia, aku nak buat macamana?" ungkapan yang sedikit kasar. tetapi, logik sebagai insan dan logik sebagai hamba, kau dah ter-flush sekali, ke?

hidup ini umpama bertani. tanam, baja, jaga dan pergunakan masa yang ada. tuai hasil tu nanti masa lepas mati. pilih lah cara hidup cara mana kau nak, tetapi sebagai hamba, sebagai pak turut kepada ayah segala ayah, besar segala besar, maha segala maha. kita mahu atau tidak, perlu akur tanpa persoalan. sudahpun terbukti Dia maha bijaksana, mengapa perlu dipersoalkan arahan? lebih baik mengkaji sebab arahan. lebih mudah, rasanya.

pertegakkan hak kau sahaja? hak aku dalam pengaruh kau terhadap sanak saudara aku? hak manusia lain untuk hidup 'straight'? hak Dia? kau letak dalam kasut kau, ke?

gelaran homphobic ada. gelaran kepada LGBT yang membenci manusia biasa, tiada? sama rata? lumrah manusia, dari zaman kuno. dari pejabat. dari kejiranan. dari sekolah. dari mana-mana sahaja kau berada. bilamana dalam minoriti, akan kita bersatu padu teguh. bilamana ramai, mulalah nak berpuak dan akan berpecah belah. LGBT is based on love? current idea. when they are still minorities. what will happen when they are the majority? L is better than T? B is the best? sistem kasta AKAN wujud. based on this logic, mana pergi 'founded by love'? human will be human. 

benci lah gua kalau kau benci orang yang benci LGBT. i dont mind you hating me. please dont mind me hating you. 


OUT

5/28/2016

tips memilih bag mendaki

pertama sekali, ingin aku beritahu yang aku bukanlah pakar dalam memilih beg mahupun berpengalaman menggunakan banyak beg. latarbelakang penggunaan bag aku adalah Deuter Futura 50+10, Quechua Forclaz Symbium Access 70+10, Gregory Baltoro 75 dan Arcteryx Bora 65. artikel ni tidaklah disokong mahupun berpandukan mana-mana artikel rasmi. jadi, berkebarangkalian apa yang aku akan perkatakan di bawah ni nanti akan mempunyai unsur tidak tepat atau berat sebelah. ini hanyalah sekadar panduan yang aku gunakan secara peribadi bilamana menilai cara untuk membeli beg mendaki berdasarkan pengalaman sendiri, perbualan dengan orang lain dan pembacaan yang entah bila. makanya, demikianlah cara aku dalam memilih/membeli beg pendakian (ianya tidak disusun mengikut prioriti. aku sekadar letak apa yang terselerak dalam kepala)


  1. ukuran torso
    • tidak semua beg dibuat untuk semua orang. ada beg yang dibuat unutk kanak-kanak, wanita dan lelaki dari negara pengeluarnya. secara kasarnya, kalau dah badan akak-akak orang putih tu dah macam saiz lelaki biasa Asia dan badan lelaki di sana dah macam badan lelaki melampai sado asia. kita kena adapt dengan pengiraan torso
    • torso ni boleh kata berkaitan dengan panjang tulang belakang kita. kalau beli yang torso melebih, ianya akan membawa kepada beg seolah terlalu panjang untuk kita. kalau terlalu pendek, terasa beg seolah kecil untuk kita. jadi, seeloknya beli yang ngam-ngam
    • cara nak mengira torso: ukur jarak antara tulang yang tersembul bilamana kau tunduk ke depan (C7) ke anggaran asas puncak tulang pinggang. rujuk gambar di bawah. size Small (16-17.5", Medium/Regular (18" - 19.5") dan Large (20" keatas)
    • secara kasarnya, perempuan Malaysia selalunya size S dan lelaki Malaysia selalunya size M. JANGAN BELI YANG BUKAN SIZE ANDA!





    1. international review
      • dalam Malayisia ni, susah untuk kita dapatkan review-review bertulis berkenaan bag. mungkin itu punca utama pembelian bag sering tersilap. kerana beli ikut kata kawan, nafsu dan ikut seronok. 
      • boleh rujuk website luar dimana kau sekadar perlu google macam "gregory baltoro review". nanti ada lah dia tujukan ke link-link website yang ada tertulis review ni. 
      • kena refer 2-3 website sebelum meyakinkan diri dengan jenama yang dipilih tu. jangan sesekali bersandar pada satu. lebih banyak review, lebih banyak input kau dapat. 
      • memang hutan dan cara mereka guna sedikit berlainan daripada kita. tetapi, perlu ingat, dengan membaca review-review ni, kau akan dapat sedikit idea mengenai bag yang kau pilih tu. tapi, kalau kau pilih bag yang limited edition, memang masaklah nak cari review. kadang-kadang, ada jenis bag memang dibuat padu. namun, sekadar bertujuan untuk jadi collector's item.
    2. teknologi dan sistem bag
      • jangan nak kolot dan percaya yang teknologi terkini sentiasa mengatasi teknologi lama. secara sinisnya, takkan kau nak bezakan kemampuan kereta Inspira dengan 360 Modena? memang Inspira tu lebih baru. tapi, 360 Modena tu lebih terperinci pembuatannya. secara kasarnya, kita akan terus assume yang 360 Modena tu lebih paduikkk
      • teknologi frame. ada frame luar beg, ada frame dalam beg. frame yang dimaksudkan adalah tulang yang menyokong beg tu melekat pada badan kita. terkini, semuanya pakai inner frame.
      • teknologi berkenaan padding pinggang. ada jenis frame yang mampu bergerak bersama pinggang dan ada yang fixed. aku akan syorkan mempunyai pinggang yang mampu bergerak-gerak demi keselesaan jangka masa panjang pendakian. ini demi mengelakkan stress kepada pinggang kita. kenapa? sebab hutan kita memerlukan selalunya pendaki untuk menyelit di celah pokok, memanjat dahan, melintasi sungai deras dan tidak asing juga, meniarap. pergerakan yang sentiasa memerlukan badan menjadi fleksibel. jadi, seeloknya ada bag yang sama fleksible untuk mengikut jejak langkah liuk lentok badan kita. seeperti gambar bawah adalah pinggang disk dari Arcteryx Altra yang boleh ikut lentok pinggan bilamana kau ke kiri dan kekanan (ya, ada kekurangan nya juga. boleh baca review dia)
      • teknologi pivot. ada juga teknologi macam spring pada padding bahu backpack yang membantu menyerap hentakan dari masa ke masa macam dari Quechua macam gambar di bawah. dia macam ada getah elastik. boleh lihat review di youtube
      • hampir kesemua bag ada kelebihan untuk lubang bladder/h20. bergantung kepada istilah syarikat pengeluar. apabendatu? bag air la. yang boleh kau sedut air terus dari paip yang dikeluarkan tanpa perlu buka bag. tapi, harus peka sebab tak semua lubang adalah sama dan tidak semua kepala paip air bladder adalah sama. sila baca review-review technical / product information before purchase. 
    3. bahan binaan
      • buat masa ni, kalau dalam konteks beg pembelian marhaen, formula asas dia adalah bahan binaan ringan bersamaan dengan tidak tahan lasak. dan bahan binaan lasak adalah tidak ringan. ini penting kerana aku rasa semua orang faham, 1kg di bandar tidak sama dengan beban 1kg ketika mendaki. apatah lagi bila pendakian memakan masa hingga 6 hari. 
      • perlu juga mengambil kira faktor material itu dengan serapan air. dengan cuaca Malaysia yang seindah pelangi, ianya senang bertukar. beg yang basah menjamin beg yang berat. begitu mudah. ada jenis material yang kalau dah sedut air, memang naya la nak memikul beban yang melekat tu. 
      • faktor bahan binaan juga perlu di ambil kira dengan bagaimana kau memakai beg tu nanti. kalau nak bawa pergi ttrip Hardcore, seeloknya lah beli yang mempunyai material yang kuat macam cordura. jadi, bilamana tercarik dek duri, duri tu yang patah. bukan beg yang koyak. tetapi, kalau memang memilih untuk menjadi pendaki yang biasa-biasa atau sekadar ikut fesyen semasa, pakai je lah material biasa-biasa yang ringan. sebab trek komersil jarang sekali penuh onak dan duri. lain orang, lain citarasa. kenalilah rasa sendiri. nak mudah, kau boleh bezakan antara Karrimor Sabre 60-100 dengan Osprey Atmos. beza material, beza berat, beza ketahanan. 
      • ada juga material yang dibuat kalis air. harga memang padu. tapi, tetap ada trade-off dia. sebab ianya lebih sensitif dan kena jaga. macam arcteryx Naos.
      • ZIP! biasanya, pengeluar akan guna zip YKK. nama nampak buruk dan biasa kan? tapi, syarikat ni memang dah biasa buat zip. dia tau la apa dia buat. terkadang untuk edisi khas atau baikkk punya, syarikat akan buat zip khusus dia sendiri. ini akan menaikkan harga bag. tak kurang juga beg ciplak yang kompeni mencimplak guna zip konon syarikat pengeluar punya. makanya? sila rujuk online review atau rujuk website pengeluar unutk mengenalpasti secara zahir macamana keadaan beg yang original.
    4. rujukan pengalaman
      • rujukan pengalaman ni bermakjsud, kau bertanya sesiapa yang pernah memakai model yang kau berminat. ianya lebih padu dan jitu berbanding rujukan antarabangsa. namun, ianya lah yang paling susah nak dapat. sebab, jarang orang nak ada pakai sama beg macam team member dia pakai. dah macam boria la pula rasanya nanti, kan?
      • seperti biasa, dalam mana-mana law research, seeloknya kau mengambil dari lebih 1 sumber. cuba lah cari kawan-kawan yang pakai beg ni dan bertanya macamana pengalaman mereka. supaya kau ada idea yang lebih tepat dalam memilih beg
      • cara yang paling tepat sekali adalah, kau jumpa beg yang kau berminat ni on track dan kau minta tuan beg untuk mencuba pakai dengan menyatakan niat kau yang ebrhajat nak pakai jenama ni. kebiasaanya, tuan beg akan berbesar hati untuk beri kau merasa. mengapa begini? sebab, kau boleh rasa dengan lebih tepat pengalaman dan perasaan memikul beg itu yang berbeban berbanding sekadar membaca atau memikul angin. kau akan rasa kesedapan padding dan keseimbangan bag. 
    5. keyakinan jenama
      • ianya sedikit bercanggah dengan cara kita review bag. namun, jenama bag ada memabntu untuk memberi sedikit jaminan terhadap kualiti bag. kualiti zip, jahitan, material dan jangkahayat. 
      • jenama besar biasanya menjaga kualiti mereka. namun, ada je jenama besar yang menghasilkan kualiti yang menghampakan. untuk ini, boleh lah ajak kawan yang dah pakai jenama ini untuk sembang sedikit berkenaan kualitinya.
      • jangan terkeliru dengan 'collector's item". benda ni mahal juga sebenarnya sebab ada demand. ianya tak semestinya bagus. tapi, tak bererti ianya tak bagus. bergantung kenapa ianya tergolong dalam collector's item. terkadang, kerana edisi terhad. terkadang kerana memang kualitinya padu macam kereta kebal.
    6. padding
      • melalui rujukan antarabangsa dan rujukan pengalaman atas tu, serta pengamatan terhadap gambar padding, atau melihat sendiri padding dan merasanya.
      • padding ini antara faktor utama. ianya akan terletak pada bahu dan pinggul kau. kalau gagal kesedapannya, boleh membawa kepada lenguh nauzubillah mahupun macam biasa, melecet paduikk
      • kalau kau ni jenis yang suka bawa batu bata dalam beg, pilih lah padding yang tebal. selesa sikit pakai. kalau kau jenis yang bawa ringan dan mahupun bag ringan, terjah je padding halus. 
      • benda ni boleh nampak perbezaan pada beg runner dan bag tanker. bag runner (trail runner) selalunya padding asal ada (namun berkesan! sebab kualiti tinggi, teknologi terkini dan mahal). senang cakap, kau bezakan dari padding bag daypack ke bag harvesack. lain maaa
    7. harga
      • ada mampu? beli mahal. tak mampu, hadap je lah. janji mendaki!
      • harga mahal tak semestinya bagus. harga murah tak semestinya buruk.
    8. kesesuaian saiz
      • secara dasarnya, trip yang lebih panjang akan memerlukan beg yang lebih besar. ini kerana muatan yang kau bawa akan lebih pelbagai untuk mengisi kapasiti keperluan/bahan trip. lagi banyak benda merapu nak bawa, lagi besar size diperlukan!
      • namun, dengan adaptasi dengan teknologi keperluan lain seperti sleeping bag yang lebih kecil, jaket yang lebih nipis dan pelbagai lagi, akan mampu membuatkan kau sekadar memerlukan bag yang lebih kecil.
      • untuk biasanya, perempuan maksimu adalah 50L dan lelaki maksimum adalah 65L. kalau dah bermodal untuk keperluan lain yang lebih kecil, padat dan ringan, trip 6 hari boleh je kau pakai beg 45L. pikul macam hamba, selesa macam raja. pikul macam raja, selesa sekadar hamba. itu sudah pasti.
    ok. buat masa ni, tu je yang aku boleh fikirkan. kesimpulannya, kau kena faham mengenai "oppurtunity cost". kau kena nilai dari pandangan yang lebih holistik dalam membuat pilihan. tiada satu beg yang boleh aku katakan secara mudahnya ianya sesuai untuk kau. kau sendiri kena nilai, ianya sesuai atau tidak. 

    harap membantu awak cik oversea!


    OUT

    5/23/2016

    cita-cita yang tergantung

    dulu masa kecil berangan nak masuk sekolah.
    nanti dekar sekolah boleh timba ilmu banyak-banyak.
    dengan ilmu banyak, nak pergi menara gading.
    kerja bagus-bagus. kasi enjoy mak bapak sampai dia tidur.

    dah besar sikit, masuk sekolah.
    masa sekolah bajet-bajet nak belajar bijak-bijak.
    nak ada rumah bunglow dan kereta Ferrari.
    bersemangat nak masuk menara gading.

    masuk je U..
    kepala mula im untuk lepas paper final.
    supaya nanti keluar dapat kerja.
    cukup lepas beli rumah dan kahwin dan beranak pinak.
    kasi mak bapak gembira, kasi ada keluarga bahagia.

    bila mula kerja..
    dunia terasa berat dan tak seindah khabar.
    bolehlah nak enjoy menggila, tapi sekadar itu sahaja.
    hujung bulan, garu kepada dan bertanya "aku ni nak jadi apa?"

    entah mana tersekatnya ilham dan semangat masa muda dulu.
    kemana kita yang meletakkan imaginasi luas mampu membatu.
    kemana iman yang berkata "rezeki itu rahsia dan kita perlu berusaha".
    kemana semangat yang dulu kata "gua boleh pergi lagi ni.."

    silap kerana lama sangat terawang inderaloka.
    silap kerana yakinkan sangat ada kayangan dunia.
    silap kerana memilih pergaulan dengan yang sama lemah.
    silap kerana terhalusinasi dengan keindahan semasa.
    silap kerana tiada aturcara masa hadapan yang lebih serius.

    dan sekarang,
    idea-idea masih terkarung terkabur kerana tersekat.
    tersekat kerana masa. tersekat kerana modal. tersekat kerana tiada usaha.

    jadi,
    tak perlulah mempersoalkan "mana indahnya dunia?".
    sebab yang silap itu kau. bukan Dia.


    OUT

    perbualan di selingan

    bilamana berwaktu kosong, masing-masing mula menutur kata.
    maka tajuk perbualan marhaen pun bermula.
    kalaukan topik hangat hari ini adalah banjir, maka diperbentangkan perihal banjir.

    bilamana tiada perbualan secara lidah, maka secara jari pun bermula.
    komunikasi sementara secara maya. like sana, like sini. comment sana.
    recce-recce. stalk-stalk.

    itulah pusingan sosial gua sejak bertahun ni. tiada lagi perbincangan untuk minda.
    tiada lagi perkongsian pandangan mahupun ilmu.
    samada masing-masing kedekut, atau sememangnya sekadar jahil ilmu.
    dada kosong, otak sebu.

    gua rindukan zaman jiwa berkobar dan akal meliar.



    OUT

    5/08/2016

    overdose

    "too much of one thing is not good"...

    at first,
    a light dose of the specific drugs is good enough.
    overtime the being,
    the previous dose cant satisfy your need and craving.

    that is when you will move to a higher dose.
    some might even choose for a stronger dope.
    than is when you will loose your original self,
    either to be better, or worse.

    human wants can never be met.
    get a taste of every halal thing.
    but please,
    never be an addicted to anything

    i am now addicted to hiking.
    and i hate it.
    it is eating me.


    OUT

    the road not taken

    geng,
    dari IKEA ke KLCC, ada banyak jalan.
    secara mudahnya, ada jalan yang paling mudah dan paling optimum.
    namun tetap,
    ada banyak jalan.

    ada sebab kenapa jalan A paling sesuai.
    ada musabab kenapa elakkan jalan Z dengan seelaknya.

    jalan dia, boleh lah diperbincangkan. usah dipertikaikan.
    kerana sering pertikaian sekadar diakhiri pertelingkahan.

    dia ada cara dia. kau ada cara kau.
    tanpa memahami, kau nak mengeji?

    wow.


    OUT

    kembali

    kurang lebih Februari 2009 blog ni wujud.
    sekarang sudahpun Mei 2016.
    lebih dari 7 tahun gua cuba koya A Samad Said.

    dua-tiga tahun ni agak terlepas pandang agak lama.
    adaptasi kepada masa kerja telah buatkan gua terlepas pandang minat menulis.

    la ni, dah beli keyboard. nak layan feeling-feeling menulis semula.
    dulu gua dengar orang kata "ketukan papan kekeunci manis berbunyi ala piano".
    gua terpaksa ludah balik jilatan itu.

    kerana gua rindukan irama rentak menulis gua.gua rindukan situasi kepala mempertikai suasana.
    gua rindukan pengamatan dan kesediaan akal membuka perspektif.
    kepada yang masih membaca, terima kasih lah kerana setia.

    kalau kata lagi 2-3 bulan gua rasa macam haram,
    sampai situ je lah kot penulisan gua. rakan-rakan sepenulis dah ramai lama menghilang.
    mana nak cari blogger yang seronok dibaca pun entah.

    fak dis shit



    OUT

    4/20/2016

    kenyataan vs rancangan

    pak man berhasrat ingin membina rumah dari pohon jati. disusun rapi perancangan supaya tetamu tiba, disambut pintu gerbang kayu merelip seni. difikirkan apabila tetamu duduk, mereka menikmati kopi jantan laksmana lautan hindi. diidamkan bilamana tetamu berbual, riuh rendah tak kering gusi.

    tapi, tulah. pak man masih belum pernah menanam benih pepohon jati. malah, pak man masih belum bangun dari tidur lagi. hari dah pun tiba tengahari.

    gua lah pak man.

    OUT

    Dabik segala

    hai kawan,
    bilamana ilmunya ada,
    dia menjerkah yang tiada.

    hai kawan,
    bilamana kuasanya ada,
    dia mentertawa yang tiada.

    hai kawan,
    bilamana keputusannya tepat,
    dia mengutuk yang tersalah pilihan.

    hai kawan,
    bilamana misinya tersendiri,
    dia mengeji yang majoriti.

    manusia.
    keinginan menjadi raja.
    kalau bukan raja berkuasa,
    raja yang lain dari lainnya.

    manusia.
    jaki hati yang menjengkelkan.


    OUT

    4/17/2016

    360 darjah

    pendapat yang kau ada,
    tidak mencerminkan dunia.

    pengalaman yang kau ada,
    tidak membuktikan segalanya.

    apa yang kau rasa,
    apa yang kau ada,
    itu bahagian kau yang punya.

    pandangan kau termaktub,
    kekal pada sudut pandangan mata kau.

    apa yang jadi di belakang,
    di atas dan di bawah,
    di kiri dan di kanan kepala,
    manakan ada masa dan mampu,
    untuk kau tahu kesemuanya.

    360 darjah,
    darab 360 darjah.

    satu titik ada 129,600 darjah.
    sebesar mana perspektif kau?

    dasar manusia naif.


    OUT

    terima kasih, guru!






    TERIMA KASIH, GURU!
    gambar yang aku kepilkan ni, adalah gambar pendakian aku yang pertama sebagai seorang pendaki secara rasmi (menggelarkan diri sendiri). Lokasi yang dituju, Gunung Ledang.
    sepanjang pendakian ke campsite, aku berjalan dengan perlahan yang amat. berpeluh, tak payah cakap. minum air, entah berapa botol habis. coklat dan kudap-kudap, pantang orang hulur, aku makan macam orang kebulur. bertemankan sahabat sebilik, Gary. kami sama-sama kepenatan. tetapi, semangat dia lebih sikit. dia kekal push aku. seingat aku, aku dah tahap pewai. tapi dia masih kental kata, "ah! ko tak payah ngada-ngada. aku jotos ko kang. jalan je la". (dia bukan marah pun sebenarnya. bahasa kami memang agak kasar antara satu sama lain. sampai sekarang pun. hehe)
    setibanya di Kem Site, Kolam Gajah rasanya, aku terbaring kepenatan. mandi-mandi dan menanti waktu makan. disebabkan kepenatan teruk, aku tak banyak membantu dalam sesi memasak. atau sebab aku tak tahu cara memasak. aku pun tak ingat. sekadar baring dan tengok para senior berhempas pulas memasak sambil bergelak ketawa macam tak penat. kebingungan pun ada.lantak pi la. tidoq dulu...
    selepas habis sesi memasak, guider pun memberi taklimat. "kita akan buat summit attack apda 2 pagi nanti. malam ni, semua tidur awal ea". mampus. mampus. mampus. mampus aku. badan penat tak hilang lagi, kau nak aku mendaki? kejap lagi? gila ke? takpe. kita makan je dulu..nanti cerita.
    selepas sesi cuci mencuci dan gelak ketawa, aku pergi kepada ketua projek, Abang Sam. "Sam, kalau aku join kau lepak khemah je dan tak naik, boleh tak? aku penat la Sam. aku rasa, aku takkan sampai pun puncak.." kataku. dengan Dunhill di bibir sambil buat jemput-jemput, Abang Sam cakap " boleh je Dek. tapi, rugi la siot. tadi kita panjat berapa jam, kan? puncak takde dua jam pun Dek. ikut kau la. alang-alang dah bayar Dek. boleh je try. kalau ko rasa penat, nanti patah balik la. tak payah risau, sweeper tak kan tinggalkan kau punya".. aku pun mengangguk tanda setuju dan bersemangat. Dalam kepala aku bermain persoalan "sweeper tu pebenda siot?"
    tiba jam 2 pagi. dah siap bangun, dah siap makan sarapan yang entah bila Abang Sam dan geng buat siap pack lunch. regang-regang badan pun bermula. dalam kepala aku bertambah persoalan. apahal siap ada pack-pack ni? apakebenda sweeper tu?. pedulikan lah. banyak benar mikir. jalan je laa.
    sepanjang pendakian, aku menyumpah seranah Abang Sam. "XXXX sam. lu kata tak sampai 2 jam. ni dah berapa jam dah ni. XXXX Sam. nanti kat kemsite, gua pijak XXXX lu!" bisik gua sepanjang jalan. melayankan gigil lutut dan peluh berjurai.
    namun, dengan tenang dan senyuman, seorang senior kekal membantu dan menasihat. nama gelaran dia Black. nama betul dia, Firdaus. pada waktu tu, dia adalah Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar. setiap kali aku minta duduk sekejap, dia mengizinkan dengan syarat jangan lama. senyum tak henti. acap kali akan bertanya, "kau ok Dek?". dengan muka penuh peluh berkicap aku jawab "ok kot bang". sering dia tambah "steady Dek. tak jauh dah kita. depan tu je puncak. kalau betul tak larat, kita patah balik Dek. tapi, kita cuba semampu kita, ok?".. gua angguk dengan senyuman kelat membawa mesej tersembunyi menyampah penat nokharom.
    setiba di puncak. subuh. dengan ada group KLIUC yang sama baru tiba. sempat kami Subuh bersama dan menanti matahari mari. aku yang masih kepenatan, sekadar makan dan minum. tersenyum sebab "gua sampai". nah, bilamana matahari naik... sayu..gembira. awan membuka dengan cantiknya. pemandangan sekeliling dibentangkanNya. kelu lidah nak memuji. tergamam mata, tergamam jiwa.
    dah setel sunrise kau? haaa. mimpi ngeri ke-dua, bermula. kau dah naik, kan? apa lagi? turun laa. sepanjang perjalanan turun, aku masih kekal di belakang. kadang kala terasa diejek sebab aku perlahan. biasalah, budak lemah,gemuk dan hitam. mental membuli diri sendiri. sedangkan kawan-kawan yang lain, semuanya kekal berbual sesama sendiri dan kadang-kala menyapa keadaan. aku sekadar mengangguk lemah, "gua ok, kot". tiada seorang pun yang meninggalkan walaupun semuanya di hadapan.
    sepanjang perjalanan, boleh nampak sampah bertaburan sikit-sikit. mungkin tercicir oleh pendaki hadapan. tidak pasti group aku atau group lain. mana ada masa nak fikir oi. aku tengah pewai! bila menoleh, Black sengeh sambil bagi isyarat thumbs up. aku sengeh kelat kembali. acapkali nampak Black tertunduk-tunduk. bila aku perhati, rupanya dia dok kutip sampah yang dia jumpa. on track mahupun off track. yang aku sekadar tengok tadi. kepala sambung toleh kedepan. setapak demi setapak aku turun..
    sesampai di campsite, tiada cerita panjang. terus aku makan masakan yang disediakan Abang Sam dan geng yang tak naik puncah dengan pelahap dan kemudiannya mandi. lepas mandi, Abang Sam seolah dah susunkan tempat tidur untuk aku. menuju tanpa menyapa, aku tidur. berdengkur. paduik!
    terjaga di waktu malam. sesi maki hamun aku nak mulakan. aku pun cari Abang Sam yang tengah syok main kad dengan yang lain. aku datang kat dia, sambil tersenyum, aku cakap "XXXX lu Sam. lu kata 2 jam tak sampai. ni berapa jam siot!". sambil tersengeh, dia balas "kalau aku tak tipu kau, kau tak naik nanti. lagipun, ko mental je tu. tengok gaya memang ko boleh pergi lagi. saje je tipu kau. amacam sunrise brader? stim x?" aku hanya mampu tersengeh sambil makan megi yang Abang Sam hulurkan. tak balas soalan dia tadi. tidak perlu pun. dalam kepala bermain lagi.. "apa jadahnya pulak la 'mental' ni?"
    ngam kenyang makan megi, nampak Black fokus tak bergaul. bila jengah ke dalam khemah, rupanya, Black tengah menyambil buat assignment. wow Black. bawak laptop masuk hutan buat assignment. no wonder la kau ni bijak. aku pun bertanya la, kenapa dia kutip sampah-sampah yang dia jumpa tu sepanjang trek. tak penat ke? sambil tersenyum dan memperbetulkan kopiah dia membalas "kita masuk hutan bawa 10 sampah. kita keluar, cubalah bawa 11 sampah Dek. sikit-sikit sampah kita kutip, in sha allah, lama-lama bersih la hutan kita. lagipun, kebetulan ada kudrat lebih sikit. apa salahnya, kan?". aku sekadar mampu terkesima sambil tersenyum. dalam hati pun berkata "betul gak tu.."
    selepas trip Ledang tu, aku terus mendaki. setiap semester, wajib mendaki. tak dapat lah nak selalu. sebab info dan duit adalah sangat limited. tetapi, tetap mendaki.
    beberapa tahun kemudian, iaitu kini, aku masih lagi mendaki. dah menjadi hobi dan ianya dah sebati. namun, titik mula bilamana terkenang, tersenyum seorang diri. perwatakan Abang Sam yang menilai kapasiti pesertanya dan bagaimana dia memanipulasi supaya yang mampu teruskan perjalanan dan yang tak mampu untuk tidak meneruskan perjalanan dengan misi "yang penting, semua Happy!". perwatakan sahabat-sahabat yang sama-sama mendaki yang tiada sifat menganjing "lu gemok dan lemah. lu slow. ;lu tak function. pergi berambus!" malah menyapa dan menghulurkan air sebab aku kehausan. perwatakan Black yang tenang dan sabar di belakang aku. membantu mental dan membakar semangat. perwatakan positif.
    berbekalkan semangat dari titik mula itulah, bilamana setiap kali mendaki, aku akan cuba untuk mengejar misi "satu sampah, satu gunung". satu pembalut plasti gula-gula hacks hitam pun memadai. janji, bawa satu. dan bilamana bergerak dengan masa, badan semakin kuat, aku mampu bawa lebih. dari sebungkus kepada segenggam. dari segenggam kepada satu beg plastik. dari satu beg plastik kepada satu guni. dari satu guni kepada dua guni. daru dua guni kepada 3..kepada 4 guni.. kepada 5 guni. pikul sendiri.
    Alhamdulillah. dalam setahun lepas, berbekalkan sokongan sahabat-sahabat baru dan sambutan kepada usaha membersihkan kawasan sambil-sambil mendaki, di meja makan belakang 'Kedai Ayie' di Pandan Jaya, kempen ‪#‎pickitup‬ diilhamkan. dan diletakkan dibawah kelolaan ‪#‎pickitupinitiative‬. sahabat-sahabat. lu orang tau lu orang siapa. gua masih ingat posisi kedudukan di meja petak tu. terima kasih banyak-banyak.
    jikalau anda membaca sampai sini, ingin aku mengajak untuk bersama kita buang semangat kecam-mengecam, caci mencaci ni. entah dari mana datang pun, tak tahulah. sebaliknya, marilah memujuk dengan pelbagai cara. bukan apa, kalau aku yang dalam gambar ni baru nak mendaki pada zaman ni, sudah pasti terlalu ramai yang akan datang mengejek. mengeji. mencaci.
    memang kalian akan kata "mana ada, kita sama pendaki. kita mesti sapot!". jangan buat kelakarlah. melayu bila dah ramai, mula lah nak berpolitik. jangan kata tiada. kau sama kau pun ada yang tidak suka sama tidak suka. pergi toleh whatsapp group sendiri pun sudah ada mini-politik. lagikan kalau nak dibanding antara kelab. puih!
    kembalikanlah zaman manis ketamaduanan. yang buruk mana pun orang itu, kita sembunyikan aib nya. jahat mana pun orang tu, kita nasihatkan dan doakan dia. kepada yang melayu, secara kiasnya aku nak kata, "berhenti-hentilah jadi melayu kau tu. jadi lah Islam sikit..". sebab kita tak tahu, kemampuan yang ada pada mereka yang kita ludah. potensi mereka. masa hadapan dia. masa hadapan kita.
    maaflah sebab gambar ni tampak narcisist (betul ke aku eja?). tapi, itulah dia cerita yang ada disebalik gambar ini. mungkin tidak seratus peratus tepat. tapi, itu lah memori aku. kalau nak gambar view ka, gambar sunrise ka, gambar mossy ka, pergilah google.
    oh ya, sebelum aku habiskan cerita... aku sahut nasihat Black. sampah gunung pertama aku adalah bendera Malaysia tu. aku jumpa masa di campsite masa berkemas. aku bawa turun.
    kepada geng-geng trip Ledang pertamaku. walaupun lu orang dah tak mendaki dan barangkali takkan baca pos ni, gua ingin tujukan jutaan Terima kasih kepada lu orang semua. Abang Sam (ketua trip), Arar (gogo trip), Black (sweeper team, penasihat peribadi) ,sahabat trip Ledang (geng pendaki wing 2B, Kolej Sempana Riau, Uitm Segamat) dan rakan-rakan satu trip ni. kalaupun lu orang ada berbuat buruk pada gua masa trip ni, yang gua simpan sampai sekarang adalah jasa-jasa dan nasihat yang lu orang beri masa trip ni. siapa gua sekarang, apa yang gua buat sekarang. Pickitup Initiative, dibenihkan oleh lu orang. terima kasih tidak terhingga. gua akan cuba sampaikan apa yang lu orang sampaikan pada gua....terima kasih, rakan...terima kasih, guru!
    p.s: carilah guru yang betul. jadilah guru yang betul. henti-hentilah jadi tak betul. 

    OUT
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...