[go: up one dir, main page]

2/06/2013

tidak semesra itu


salahke kalau gua ucapkan apa yang akan berlaku?
atau,
sememangnya gua juga perlu berlakon seolah hari-hari adalah penuh bunga dan warna?

gua malas la nak berbicara putar-belit-alam ni.
namun,
gua juga akan menipu bila perlu selamatkan diri dari suasana tertentu.

kehkehkeh

p.s: bagi gua, sekurang-kurangnya, gua buat apa yang gua ucapkan.



OUT

2/04/2013

di mana raja yang sepatutnya?


"bersepanduk la macamanapun...nah!"

konon,
sepenuhnya kerajaan berdaulat.
tapi sayang,
ramai tak ambil peduli.
bila tak berkepentingan.

konon,
berdasarkan saksama demokrasi.
tapi sayang,
ramai melaksana kukubesi.
bila janji tidak dipeduli.

konon,
berpendirian teguh jati diri.
tapi sayang,
ramai menjual maruah diri.
bila tembolok diutamakan.

konon,
amar makruf nahi munkar.
tapi sayang,
ramai bikin syok sendiri.
bila di mulut tidak seiring di hati.

p.s: nasib baik masih wujud golongan minoriti.


OUT

urut

baru pakcik tu pegang kaki, terus dia kata "mak aih! badan ko penat betul ni!. teruk jugak otot-otot dan urat-urat ko, dik"

hehe. kerja maa. apa barang cuti-cuti.

p.s: betul sakit badan aku ni rupanya. aku ingatkan, biasa. rupanya, hampir ke arah teruk. nak pulihkan tadi, pergh. sakit, la, sialllll.

OUT

2/03/2013

pengutamaan

dalam pemerhatian gua, masyarakat depan mata gua ni amat gemar berborak dan perbincangkan isu-isu semasa yang kurang penting, tidak signifikan dan tiada kaitan dalam menjalani kehidupan. tak kira lah samada benda yang diborakkan samada mengenai seorang nenek dari sebuah negara mundur yang dirogol oleh cucu saudara jirannya, mahupun mengenai cerita artis muda hollywood yang ambil gambar bogel untuk majalah playboy.

sudah cantik kalau dari jauh pandang mereka yang berkopiah dan masing-masing senyum kecil. seperti sesuatu yang indah dan bijak sedang diperborakkan. rupanya, cerita pasal artis dan politik kampung yang tak berkesudahan kutuk sana, kutuk sini dan dedua tak maju mana.

ada pula pada masa yang jarang, datang manusia-manusia dalam kalangan kejiranan ni juga yang cuba membuka tajuk agama. gua cuba juga join. namun, tajuk yang diperhebahkan adalah mengenai amalan bida'ah sana sini. bida'ah solat terawih la, bida'ah selawat itu-ini la dan pelbagai bida'ah. dan disebabkan ada antara yang merasakan diri mereka berilmu, maka, berlaku sedikit pidato. ah, sudah!. mereka cuba menegakkan apa yang emreka belajar( sekerat jalan ) dan pada masa yang sama, menuding kepada pihak satu lagu dan ingin membisikkan "lu salah, bro".

keh keh keh. apa tindakan dalam memerangi masalah pendedahan aurat? kualiti mentaliti? kemajuan ekonomi setempat?... keh keh keh

tak cukup dengan mereka yang bercerita pasa isu bodoh,
ada sahaja perangai manusia yang mampu menjengkelkan.
disedapkan lagi dengan mereka yang berdebat pasal isu agama yang kecil.
sedangkan haram nyata yang bergelimpangan depan mata, dibiarkan.

apa yang cuba kita kecapi ni?

p.s: no wonder la, bangsa gua bermajoritikan yang bongok dan bahlul.


OUT

2/02/2013

paranoid

disangka gua jenis yang bersedia.
bersedia menghadapi segala kemungkinan,
kerana semulajadinya gua orang yang siaga.

rupanya,
gua sekadar paranoid.
resah dan mudah kelu bila otak tak dapat memproses suasana.

fuck.
kehidupan mempunyai terlalu banyak kebarangkalian.
kepala jubo la kalo semua gua mampu harung.

hahaha.
mari berdansa atas garis masa.
kita tengok,
siapa yang akan jatuh dan terluka.

:)

p.s: serious. gua memang paranoid and a lil bit OCD.


OUT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...