[go: up one dir, main page]

.

Daisypath Anniversary tickers

Picture

Thursday, September 17, 2015

Aktiviti Baru

Sejak bulan lepas aku ada aktiviti baru untuk budak berdua nie.. Alhamduillah budak berdua nie suka.. siap nak angkut balik.. tapi tak boleh nak 6 kat rumah tu dah macam 60.. masing-masing ngan perangai ngan ragam memasing...

 Abang aniq menjadi tumpuan semua nak bermanja...
 Yayah pun terkait sama semua nak bermanja...
 Bila abang aniq baring, ada yang datang mengurut...
Beratur elok je semua amik port..
Waktu kami sampai nie semua dah kenyang dan waktu petang jadi waktu untuk berehat la.. Kucing-kucing nie dibawa keluar oleh seorang rakan aku yang baik hati membela nasib kucing jalanan.. tapi sebenarnya bukan semua kucing jalanan ada yang pernah bertuan.. dibuang.. sebab tu banyak yang manja.. Kucing-kucing ni dibawa keluar dari tempat kurungan DBKL, dimana jika tidak dituntut dalam masa seminggu (tak silap seminggu) kucing-kucing ini akan dihapuskan @ dimatikan.. sian nasib kucing-kucing nie.. bayangkan kalau tak dikeluarkan semua ni dah dihapuskan.. bilangan setakat nie ada la 300+ kalau ada yang berkenan nak adopt boleh tapi kena memenuhi syarat yang ditetapkan untuk mengelak kucing-kucing nie kembali ke jalanan. Kucing juga makhluk Allah yang inginkan kehidupan... Macam mana kucing ni boleh berada dalam kurungan DBKL? Bila kejiranan buat report banyak kucing kat kawasan tu DBKL tangkap dan letakkan di tempat kurungan sementara.. bukan kucing saje anjing pun ada..