Ok perihal cat nie.. macam-macam cerita sebenarnya yang boleh diceritakan kalau kita nie memang sayang pada kucing sekecil-kecil perbuatan orang pada kucing pun boleh jadikan diri kita marah.. tapi kalau buat pencinta.. akan anggap benda nie remeh je.. well kita tak boleh salahkan orang.. rambut sama hitam hati lain-lain.. bukan setakat hati je tubuh badan anggota semua lain...
Bermula ngan kisah kucing jiran.. Omel nama diberi.. boleh dikatakan menjadi pengunjung setia... tapi sayang sekali pun aku tak pernah amik gambo dia kenapa tah.. so tak boleh tayang la tahap kemachoan dia kan... biasanya kunjungan dia pagi atau malam.. atau pagi dan malam.. bermulanya episod datang makan nie sebab budak berdua dalam rumah nie.. siapa lagi Benny & Ticco la.. mengada-ada makanan kalau dah lama terbiar padahal tak lemau pun tak pandai sibuk la meow-meow minta ditambah bila dah macam tu yang lama nak dibuang sayang letak la depan rumah jadi la makanan kawan-kawan lain plak.. bila dah macam tu boleh kata la hari-hari datang makan.. kalau takde lebihan takkan biar je last-last ada la stok sendiri depan rumah memudahkan kerja.. iyalah kalau pagi-pagi tu kita sibuk bersiap nak pergi kerja sibuk la meow-meow.. kalau dah kunci pintu kena bukak balik nak biarkan kesian.. ok nak dijadikan cerita sebab si Omel ngan Aboy nie datang rumah makan ada lebihan makanan lagi jadilah rezeki kepada haiwan yang lain iaitu tupai dan burung.. aritu mak aku datang kena sedas.. lepas nie depan rumah makcu ko gajah ngan rimau pun datang makan. sambil gelak-gelakkan aku...ok mak kita tunggu kalau gajah ngan rimau datang makan orang amik gambo eh.. jangan gerun plak.. huhuuh ahahahhahaha kalau rimau aku nak request nak belai.. ahahhahaha bukan apa dah lama berhajat nak membelai harimau.. mana tempat yang ada anak rimau bila aku pergi time boleh pegang & belai tu dah takde.. huhuh sadis kan...
Ok.. ok citer pasal Omel nie satu hari iaitu 2 minggu lepas.. dia datang pagi-pagi masa tu pagi jumaat.. ngan berdarah & berbau busuk.. punya la terperanjat masa tu aku dah siap letak makanan dan panaskan enjin keta nak keluar... masa tu rasa tak nak gie kerja je nak gie tangkap dan rawat tapi memandangkan aritu ada kerja urgent terpaksa la melupakan hasrat.. tapi dah pesan kat pyan siap-siap kalau dapat tangkap aku nak ubat.. sekali tiba opis pyan beritau Omel tak datang semula.. hampa.. tapi korang jangan tak percaya aku gie kerja meleleh-leleh air mata kesiankan si Omel.. huhu overkan?? ahahahhaha Minta pyan sms tuan dia suruh cari dan ubatkan serta hantar ke vet.. nak jadi citer sepagi tu tak senang duduk aku kat opis terkenangkan Omel.. iyalah kalau dah luka teruk n busuk risau je effection teruk n tetiba jumpa dah keras je depan rumah tak ke haru.. kalau keras kat tempat aku tak nampak kira ok la.. kalau depan rumah aku.. tak ke haru..
tengah aritu balik.. ngah panas terik tu merayap mencari... tapi hampa.. bila dah nak ke opis semula jumpa ngan anak jiran tu.. anak jiran tu kata mama dah rawat.. alhamduillah lega...
Esoknya jumpa luka nampak kering lega hati kalau tak nak je aku culik bawak vet.. kenapa tuan dia tak bawak.. tu malas nak citer hal orang.. macam tu juga kenapa dia ari-ari datang makan rumah aku.. ari sabtu masa aku nak amik mak aku kat KLIA dia datang.. ohh luka dia dah berair semula.. tapi disebabkan aku nak berkejar ke KLIA dan dia terus lesap lepas tu aku tak dapat la tangkap.. suruh pyan letak carrier kat luar siap-siap nanti dia datang tangkap antar vet.. Last-last ari selasa aku balik kerja dia muncul apa lagi operasi menangkap dan hantar Vet pun bermula.. mujur awal Doc kata sebab luka tu dalam dan bernanah.. kena bersihkan dalam-dalam pastu jahit.. kena la warded.. masa tu tak pikir apa janji dia ok.. sian wei kalau nak biar dia menderita lagilah kalau dah bernanah n berulat.. huhuh tak boleh bayangkan.. esoknya balik kerja datang tengok dia dan tanya progress.. Doc kata baru sedar.. dan kalau nak amik malam sket.. lepas tu kena kurungkan dia dalam cage sementara sembuh... kena bagi ubat plak tu aku pun apa lagi.. cakap Doc susah nak bagi ubat minta Doc wardedkan sampai ubat selesai... huhuuh lega part tu datang part lain plak.. kena jaga sampai 2 minggu jaitan .. kena pakai kolar sekali.. kalau camtu kena cage la kan bawak balik.. masukkan dalam cage pinjamkan kat jiran cakap ngan dia minta tolong jaga 2 minggu dalam cage tu yang lain aku dah settlekan.. huhuh arini genap 2 minggu esok aku nak bawak ke Vet semula nak buka jahitan.. kenapa bukan tuan dia?? heepppp kan aku dah kata jangan tanya kenapa... huhuhuh
Gini la rupa kolar kucing tu.. gambar pinjam dari blog orang lain...
Cat ke-3 plak kawan aku dia minta tolong carikan tuan baru bagi kucing adik dia.. alasan sebab wife adik dia preggy.. kesian aku dengar.. dah la dengan adik kawan nie tido atas katil sama-sama tentulah manja.. tetiba nak dapat orang baru dia dipinggirkan... tak salah ada kucing masa preggy & ada anak yang penting ilmu sepatutnya berkaitan kucing nie kena tau.. kena jaga kebersihan.. Ada yang takut sebab parasit Toxoplasmosis ada pada kucing.. tapi kena kena tau camne kucing yang ada parasit tu.. kucing yang biasa ada parasit tu adalah kucing terbiar atau biasanya yang bebas keluar masuk.. dia pun bukan dapat dengan sendirinya.. tapi dapat dari tikus.. kucing kan suka kejar tikus..
Emm pada aku la kan bela kucing nie bukan bela sesuka hati... bila suka.. perlukan dia ko sayang-sayang.. ko bela.. tapi bila dah tua.. dah macam ragam ko boleh tinggalkan atau buang.. kalau bela kucing tu pastikan bela sehingga akhir hayat.. hayat dia atau kita.. kalau sakit..sila ubatkan tak tau ubat sendiri Vet berada dimana-mana.. tinggal cari je.. jangan la rasa kucing tu tak berharga nyawanya.. walaupun rasa dia hanya haiwan.. tapi dia juga makhluk Allah dibumi ini.kalau rasa tak mampu bela banyak-banyak kasikan agar populasi dia terkawal.. takde la jadi mangsa buang atau dibiarkan.. dan korang tau tak kalau haiwan (kucing & anjing) terbiar kita buat laporan.. mereka akan dimatikan ...ditangkap jika tiada tuan yang menuntut dalam tempoh tertentu akan di inject mati iaitu Put to Sleep (PTS) so kalau benda nie terjadi siapa yang salah?? salah pihak berkuasa? haaaaiihhhhh sokong usaha murni PAPA HERO cesss tetiba kan... huhuhu tadi ngah taip entry nie tetiba teringat kena turun untuk dengar ceramah dari Abil Fikri Ahmad siapa dia?? sila baca disini.. part tu nanti citer kemudian kalau ingat eheheheheh