Entry pertama untuk 2013 ahahah dah 14 ari masuk 2013 baru nak menaip... huhuh sejak masuk taun 2013 nie rutin dah berubah.. kena keluar awal pagi sebab aniq dah masuk pra kat presint 16 so bermula la plak episod aku yang memegang kunci dah lebih setaun kunci dipegang oleh yayah taun nie bertukar tangan gara-gara nak jemput abang, yayah ngan adik awal.. lebih kepada kesiankan adik, dah la 6.40 dah tiba umah nenek kalau amik lewat sian dia.. jadi ibu la korban tukar rutin.. pagi-pagi antar yayah, antar abang dan berdesup ke opis.. cabaran paling besar.. abang aniq yang nak tiba sebelum 7.30 ahahaha bukannya 7.30 dah kena ada kat kelas, tapi 7.45 sebenarnya, abang aniq nie tak nak on time kena awal.. kalau on time atau lewat mula la buat muka sama perangai ngan ayahuda pastu salahkan ibu antar yayah dulu.. aku bukan tak nak antar dia dulu.. tapi takkan la nak antar dia sebelum kul 7 awal kul 7 tu ... paham-paham la pra kan budak2 lagi.. bukannya ramai lagi risau kot2 cikgu pun lum sampai siankan dia.. tapi bila cakap dia jawab abang suka jadi orang yang pertama.. aduhhhh anak oiii...
Rutin sekolah aniq plak dah nak sama macam budak darjah 1.. mana taknya pagi gie Pra Sekolah.. lepas tu balik rumah transit jap makan, mandi salin baju.. gie mengaji dan 2.30 gie kelas KAFA..KAFA kira tumpang la Abang Aniq akan ngadap darjah 1 dua tahun...ada gak yang tegur aku kata anak baru 6 taun dah rutin penuh.. ada gak yang kata 6 taun ko dah masukkan 'sekolah' sian dia.. masing-masing ada pendapat dan pandangan sendiri...
Kenapa aku masukkan aniq pra? kalau ada yang kata sebab kos.. kos pun main peranan tapi kalau demi anak kos sikit ke banyak ke insyaAllah kita sebagai ibu bapa sanggup adakan demi anak-anak.. untuk kos aku letakkan paling last..
Aniq lebih berminat ke sekolah.. bermaksud persekitaran sekolah.. sebelum aku masukkan dia pra ada gak tanya dia abang nak masuk pra ke abang nak masuk tadika? Dia jawab tadika apa pra apa bu?? Jadi aku explain kat dia.. Pra tu tadika gak tapi dalam kawasan sekolah abang2 ngan kakak2.. sekolah betul.. kalau tadika abang gie la tadika macam ngan cikgu mila tapi tadika lain sebab tadika dekat cikgu mila dah takde.. so selepas tu dia tanya kat pra tu ada sains? abang minat sains.. ada bola sepak?? Aku pun explain ada sains.. ada bola sepak tapi bola sepak untuk yang abang2 besar yang dah 7 taun.. abang aniq masuk pra baru 6 taun jadi bola sepak tak boleh dulu.....dan akhirnya Abang Aniq kata dia nak masuk Pra kat sekolah baru.. kenapa dia kata gitu sebab sebelum dia buat keputusan tu aku siap bawak dia lalu depan sekolah.. lepas tu tunjuk beberapa tadika kalau dia nak..jadi pilihan muktamad pada dia.. kalau dia suka.. insyaAllah takkan ada masalah..
Pada aku plak.. apa yang aku nampak pra sekolah sekarang pun dah sama bagus ngan tadika2 luar. lagipun mana pun kita pergi samaada tadika mahal atau murah yang penting guru yang mengajar dan membimbing.. derang pun main peranan gak.. kalau pandai tackle budak dan kena gayanya insyaAllah boleh berjaya...aku tak mintak untuk aniq jadi genius atau hebat.. yang penting bagi budak sebaya dia yang asas iaitu kenal ABC.. 123.. Aliff Baa Taa.. kalau zaman aku dulu masuk darjah 1 tak kenal semua tu takpe.. tapi budak zaman sekarang kenal huruf dan tau membaca tu perlu.. supaya anak kita tak ketinggalan.. apa yang aku nampak lagi kesinambungan.. dengan aku masukkan Pra nie apa yang dia belajar ada persamaan dan kesinambungan masa dia darjah 1.. kalau tengok senarai buku dia untuk ICT pun ada.. tambahan kemudahan yang ada kat kelas pra..
Keadaan kelas.. siap ada pentas..
beratur untuk pergi makan...
Waktu persekolahan ari Isnin 7.30-12.00, Selasa-Jumaat 7.45-12.00, balik dari pra dia naik bas ke rumah pengasuh.. makan.. mandi & rehat sekejap.. lepas tu mengaji dan terus ke kelas KAFA 2.30-5.30 ptg . Aku masukkan kelas KAFA bagi mengisi masa dia.. kalau dia tak mau pun aku tak paksa.. tapi setakat arinie Alhamduillah dia takde merungut penat ke malas ke.. bila tanya je Seronok!.. setiap hari waktu aku amik dia dari rumah pengasuh dia akan bercerita sekolah Pra buat apa sekolah KAFA buat apa.. mengaji dah sampai mana..Runtin harian baru abang aniq bangun seawal 6.00 pg biasa la waktu nak bangun tu macam-macam hal dan drama bila dah mandi mulalah bermacam-macam cerita yang keluar... balik dari sekolah aku akan bagi dia peluang main game ke tengok tv.. ikut suka dia sampai pukul 9.30 tapi biasanya sebelum 9.30 dia dah ngadu abang ngantuk la bu... rumah pengasuh yang baru nie pun dia ok siap request nak antar adik sekali kat situ. eehhehe abang aniq.. abang aniq.. semoga abang aniq sukses dan gembira dengan rutin harian yang baru..
Runtin harian adik plak pukul 6.30-6.40 pg mesti dah sampai rumah nenek, kami kena keluar awal untuk mengelak jem & lewat sampai sebab abang aniq skema mesti sampai awal.. kalau terlewat confirm kena dengar bebelan dia.. ehehheheh selalu salahkan ibu hantar yayah dulu sebab tu dia lambat..