Huhuhu sekejap je rasa dah penhujung bulan Jun.. sesungguhnya bulan ni bulan penuh ke'bz'an.. bermula dengan sesi percutian keluarga 5-11 Jun.. sebelum cuti mc sehari gara-gara batuk teruk dan pertama kali aku kena amik nab untuk mengurangkan kahak... sebabnya aku dah mula sakit dada bila batuk.. selepas amik nab sekali.. tu pun amik sendiri kat rumah.. Dr suh amik kat klinik aku minta amik sendiri kat rumah memandangkan aku, Aniq & Amaneena je nanti aku amik nab apa jadi kat budak berdua tu...baik aku amik nab dengan tenang kat rumah.. Alhamduillah lega...balik dari bercuti sambung pulak kerja luar.. gie JP KL.. pastu jumaat balik kerja plan terus balik ke JB.. kepenatan bercuti & kerja luar membuatkan aku terlelap awal.. kul 4 pagi bertolak balik JB.. tu pun setelah siap membasuh & menggosok semua...
Sampai JB semua dah bising maklum la anak buah pertama nak menikah kul 3.00 mak sedara yang baik hati balik kul 8 pagi.. ahahah sampai JB takde masa nak lelap mata buat kerja apa yang patut pukul 1 lebih bersiap-siap untuk majlis nikah Acap.. Alhamduillah dengan sekali lafaz.. Malam plak majlis pihak perempuan... balik majlis tak sempat salin baju terus ZzZZZZzzz anak-anak pun sama semua keletihan...
Ahad plak bangun awal pagi buat apa yang patut terus ke Dewan untuk majlis pihak lelaki plak.. dari pukul 10 lebih sampai ke 5 lebih melayan anak-anak... melayan tetamu & sedara mara yang datang.. alhamduillah ramai sedara mara yang lama tak jumpa menghadirkan diri... dapat juga memperkenalkan sikecik... ada juga yang tak kenal Aniq.. kalau tak kenal Aniq confirmlah lebih 6 tahun tak jumpa... huhuhuh letih wooo
esoknya cuti sehari merehatkan diri.. tapi biasalah cuti-cuti pun bukannya dapat berehat bermacam-macam aktiviti... pulang baju pengantin.. pengantinnya dah ilang kena la mak sedara pengantin yang berkejar memulangkan baju... dan menguruskan urusan yang belum selesai.. bukan apa awal tak dapat membantu kena la bantu yang selepasnya... ahahahhaha semua padankan muka aku.. akak-akak aku kata "jangan ingat kau selamat balik lewat? ahahah" agagagga takpe makcik redho... ahahh redho la sangat malam tido pengsan...
Lepas tu sambung plak kerja di JP Johor.. tu pun amik balik memanjang kul 6 kalau kat sini 4.30 dah ilang jejak.. bila kerja luar jangan ingat best berjalan je.. tanggungjawab kerja lebih besar.. takkan la nak tinggalkan kalau error memanjang.. jadinya dari sepatutnya kerja 2 hari drag sehari lagi.. tapi alhamduillah balik dengan senyum puas sebab error & kerja selesai... Allamduillah terima kasih pada Tih & Mama yang sudi menjaga Amaneena... Aniq ikut yayah balik ari Ahad sebab takkan asik nak ponteng sekolah je kan.. huhuhuhuh.. balik ke rumah plak.. Ahad tu sambung ari sukan Sekolah Aniq.. walaupun jerebu acara diteruskan... tapi sebelum kul 11 kami dah cabut balik risau ooo ada anak yang paru-paru tak kuat ni.. mujur takde pape.. tapi akhirnya aku yang tertewas.. batuk n selesema.. ari selasa tumbang... ahahhahaah mudah2an ujung minggu ni takde pape lagi boleh la kami berehat sepuasnya... dah 3 minggu tak berehat dan bermalas-malasan kat rumah... huhuhuhu
Percutian Hari Pertama: Tempat makan yang best suasana yang nyaman....
Percutian Hari Pertama: Makan bersila tepi air terjun. huhhuuhu malam-malam sejuk berganda-ganda...
Budak-budak apa yang seronok selain mandi...
Percutian Hari Kedua : Selain tempat dewasa tempat kanak-kanak pun kena ada...
Percutian Hari Keempat : Sekali sekala ayahuda dia bagi peluang... sebab masing-masing dah bosan nak sampai tempat yang dituju...
Percutian Hari Keempat: Nak sampai ke sini.. ibu muntah ijau.. budak-budak kebosanan...
Bila dah sampai... tengok mulut Amaneena.. ahahahha
Dah tak larat bagi satu-satu bagi 1 tandan.. ahahahha
Percutian Hari Keempat - Ketujuh: Rumah ayahuda kat jakarta.. masing-masing seronok... abis bersepah rumah ayahuda.. mujur ayahuda korang kalau orang lain dah kena halau.. ahahahha
Pengantin Baru... huhuhuh berpeluh lepas berarak...
Alhamduillah selesai sudah acara sepanjang bulan Jun ni.. ada masa kita citer detail yea.. huhuh ada ke yang nak tau?? huhuhuhuhuh