[go: up one dir, main page]

May 10, 2013

Cerita PRU-13.

Angin PRU-13 tak surut-surut lagi.
Sampai takut nak bukak FB.
Segala macam pendapat, luahan, idea, kritikan, kutukan, fitnah dan sebagainya!

Baik FB yang dulu, banyak quiz mengarut-ngarut.
Lepas tu duk tanam-tanam sayur, petik-petik, jual.
Ternak-ternak lembu NFC, kambing, babi, pastu jual.
Seronok gila. 

Sekarang punya FB dah macam pasar borong!
Semua orang nak lontarkan pendapat masing2.
Entahkan betul. Entahkan  tidak.
Main cedok kat mana-mana, pastu LIKE, SHARE and WIN!

Aku tak nak komen apa pasal aku pro mana-mana.
Aku tak nak keluar pendapat mana pihak yang benar, mana yang tak benar.
Aku tak nak nanti orang cedok pemikiran aku, pastu MOHON SHARE~~
Hahaha...

Tapi apa yang aku takut sekarang ialah fitnah yang sangat-sangat berleluasa.
Tanpa tahu kesahihan fakta, terus cedok dan kongsi.
Kemudian, jaringan rakan-rakan yang lain turut berkongsi sehingga la cerita tersebut dapat dibaca seluruh dunia.

Malam tadi, aku ada menonton (eceh menonton!) satu rancangan kat tv.
The Signs Of Hereafter.
Penceramah berbahasa Inggeris itu menceritakan bagaimana fitnah terbesar yang dibawa oleh Dajjal pada zaman berlakunya kiamat kelak.
Dajjal satu makhluk yang akan menyesatkan manusia zaman itu.
Dajjal mampu menghidupkan kembali ibu-bapa kita yang telah meninggal, dan nanti mereka akan mengajak kita mengikut Dajjal dan mendakwa Dajjal itu Tuhan.
Walhal yang menyerupai ibu bapa kita itu adalah syaitanirrojim!
Itu adalah ANTARA fitnah yang terbesar dimuka bumi yang dibawa oleh Dajjal.

Lantas aku terfikir!
Iman seorang manusia lemah, kadangkala kuat imannya, kadangkal turun imanya.
Sedangkan cerita-cerita yang tidak tahu kebenarannya di facebook dan internet mudah kita percaya dan sebarkan, apatah lagi fitnah-fitnah besar seperti ini.
Jika kita masih hidup pada zaman itu, adakah kita akan percaya segala fitnah2 ini?
Moga kita semua tidak tergolong dalam umat zaman Dajjal ini.
Nauzubillah.

Nantikan sambungan rancangan The Signs Of Hereafter minggu hadapan.

Aku dah macam ujibakat ustazah pilihan je la plak ni kan?
Tapi ini lah satu perkara yang sangat-sangat berleluasa sekarang.
Awas rakan-rakan!

----------------------------------------------------------------------------------------

Footnote :  Orang sekarang ramai yang multilanguage. Nak bagi ucapan perkahwinan pun nak stylo-mylo. Siap ada bahasa melayu, inggeris dan arabic. Kadang-kadang aku rasa perlu ke?? (sambil tangan ke bahu)

contoh  :  Tahniah! Semoga kekal until jannah!

nak tulis bm, tulis bm semua.
nak tulis bi, tulis bi semua.
nak tulis arab, tulis arab semua. 

May 8, 2013

Aku punya manja kau saja bolehh rasa~

Aku punya manja kau saja bolehh rasa~ haaaaa aaaaa aaaaaaa

Kepalahotakhangberjamboi..!!!

Dulu masa aku layan Sinar FM time pergi kerja , lagu semua stock retro , rock kapak layanzzz...
Tah sapa-sapa penyanyi zaman 60an-90an aku pun tak ingat...
Tapi lagu semua memang layan.. 
Terbaik dari Sinar FM!

Lagu-lagu hit masakini semua aku tak tau..
Najwa latip ke hape segala, semua aku outdated.
Sebab aku rasa lagu-lagu sekarang tak de kualiti dengan retis-retis baru ni!

Tapi bila Sinar FM shuffle diorang punya TRIO sinar pagi..
Diorang ganti KRILL denga Abby Fana..


Aku rasa pagi aku huru-hara dengan suara KE yang kuat macam nak meletup radio kereta aku.
Ditambah dengan celoteh Abby Fana yang kadang-kadang over giler.
Sudah nya Salleh Yaakob macam terpinggir di pinggir corong radio.


Sejak dari tu aku mula dengar cd je dalam kereta.
Tapi kadang-kadang bosan jugak, nak dengar trafik mana yang jem tak tau.

Zaman dulu aku suka dengar ERA...siap pernah menang VCD dari Linda Onn masa tu.
Then lama-lama aku bosan, aku dengar HOT FM.
Bila HOT FM bawak masuk Usop Wilcha la, dan ada Ikhwan , Suraya segala..Aku bosan.
Sudah nya aku start dengar SINAR sampai la KRILL ditukar waktu siarannya.




DAN....semenjak seminggu dua ni...
aku beralih kepada ERA...encik Laki aku kata...
ERA boleh tahan jugak sebab ada JOHAN..
Ok la...aku layan la...emmm boleh la...SEBAB ADA JOHAN...

tapi...tapi...tapi... bila dah dengar radio RENTAK MUZIK TERKINI ni...
memang diorang pasang lagu-lagu terkini la.

Tiba-tiba keluar lagu........


150 Juta: Ainan Tasneem

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya

Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua




KEPALA HOTAK KAU BERJAMBOLLLLLL....!!!


Adeh... ini lagu budak-budak sekolah...
Budak-budak kolej....
Patut la lately aku asik muntah je...
Mungki sebab PEMBAWAKAN lagu ni...
Tak de kualiti...
Penyanyi pakai tudung, tapi bawak lagu alahai...
Silap-silap lagu macam ni pun boleh masuk finalist JUARA LAGU.

"Saya bersyukur dan tak sangka lagu ini boleh sampai ke tahap ini.. Terima kasih, kerana menyokong saya"

choiiii~~~~~
Dulu keluar dengan lagu "Aku Suka Dia"..
Lagi rasa nak muntah!

Memang tak boleh blah bila ERA asik main kan lagu ni sesaje!
Macam dah takda lagu lain!
HUH!

**oH ye....jangan nak suruh aku dengar IKIM.FM. 
Dari dulu aku dah start dengar IKIM.  Tapi antara 7.30-7.45 je la. 
Sebab motivasi pagi dia sangat best!
Tapi DJ pagi  dia alahai.
Dah la bosan...asik bercakappppppppppppppppp je.Lagu bila nak main tah?
Pastu bercakap skema sungguh lah hai...
Lagi satu IKIM ni terlampau banyak sangat iklan jual produk itu ini.
Segala macam produk. haiyo lah.
Kalau dengar iklan kat IKIM ni lagi lah.
Macam robot yang dipaksa berdialog.


OK...KESIMPULAN NYA dengarlah NEGERI.FM Ingat Sampai Bila-Bila! HAHAHA!


pls! Jangan cop gua perkauman rasis segala bagai sebab promote Radio Negeri Sembilan 
haha!