[go: up one dir, main page]

July 26, 2010

Isnin yang wangi...

Harini, Isnin aku menjadi WANGI setelah hangit seketika gara-gara staff koperasi kompeni aku ni bagi service macam hampeh!
Tau menjual je,tapi service nya busuk!
Jawapan TAK TAU adalah jawapan paling BUSUK untuk diterima oleh seorang customer macam aku nih.
Hangin jugak rasanya bila bil telefon japlagi melambung, duk telepon pasal hal tu jek.

Yang jadi wangi ni pun sume gara-gara ade bunkushan beshar pos express utk aku.
(Ekceli, mmg dah expected, cume tak tau bile nak sampai)
Tulisan pengirim juge saorang ekaunten sangat burok okeh, kalah saorang duktur.
Ape-ape je lah yang diisi nye dalam nih, besau benau.
Rupenye, dua ketol menatang ni je pun isik nye...



Timekasih la tuan pengirim, sushah-sushah mengantor.
Bukan main lama lagi nak ngantor, tak berantor-antor.

Aku bukan lah saorang penggemar perfume pun.
So, aku tak tau la wangi ke idak mende 2 ketul nih.
Wangi la kot, takkan busuk plak?

Biasa la, orang kampung,perfume pun, cikai-cikaian punye.
Tak kuase lah aku nak melayan international punye.
Tah hape2 jenama lah kan, Bvlgari la, Gucci la, Clinique la.
Nak nyebut nye pun aku tak reti, ape tah lagi nak membelinya.
Jauh sekali.
Makanya,guna je lah minyak wangi cap Jaiton, tanpa was-was!

Terimakasih la lagik sekali kepada tuan pengirim.
"Awak pun amik miniature ni free je kan? hehe"
Nasib baik tak hantar munge skali..pengsan i nanti..!!

Jangan malam satgi aku terkenang2 kat tuan pengirim udah ler..Parah!
Takpe, sebelum hidu tadi aku dah baca Bismillah...kihkihkih


notahalus : Kalau tau dek encik S, mampoih aku satgi..mmg tong sampah lah tempat menatang 2 ketul ni.. har har har!!!


Apa yang ada dalam pikiran korang skrg haaaaaaaaaaaaaaaaa???

July 22, 2010

Kenapa?

Rasanya, diri ini makin lama, makin jauh dari rahmat Allah.
Makin hitam hati ini.
Terlalu banyak noda dan dosanya.
Ketenangan hati bukan lagi milik diri.

Kesedihan pengganti kebahagiaan.
Kebosanan dan keresahan mula menguasai hidup.
Ketabahan hati, kekuatan iman kian merapuh.
Teruknya diri ini.

Ingin aku pergi meninggalkan semua ini.
Pergi ke suatu lembah yang penuh dengan ketenangan hakiki.
Yang jauh dari tipu daya dunia dan isinya.

Aku yang muda lupa dan alpa.
Terpedaya dengan hasutan syaitannirrajim.
Nauzubillah.

Tuhanku yang Maha Pengampun.
Ampunilah dosa hamba-Mu ini.

Ya Allah, Janganlah Kau jauhkan diri ini dari rahmat Mu.
Berikan aku petunjuk dan hidayah dari Mu , Tuhanku.

July 20, 2010

Aduhai Si Mak Buyung

Alkisah...

Kisah 1 -
Pagi ni dalam LRT, ade sorang wanita mengandung meminta simpati nak duduk , mungkin dah tak larat nak berdiri lama2.
Apa yang menGERAMkan aku, dia meminta simpati kpd sorang perempuan cina yg duduk di priority seat utk OKU,warga tua n wanita sedang uzur mengandung.
Tapi, boleh plak perempuan cina tu buat2 tak faham cakap wanita mengandung ni.
Kalau mmg tak faham pun,takan tak nampak perut orang tu memboyot-boyot?
(Tak la besar mana,tp obvious la org tu mengandung)


Ini lrt kat China kot?tp sign dia sama dgn lrt Malaysia
p/s : Aritu aku ckp kat Encik S : "Awk pun ada priority utk duduk, sbb awk tergolong dlm category no.2 tu" ... hahahha!!!


Sudahnya,ada sorang lelaki melayu yg berdiri pun bgtau : "MENGANDUNG2!!".
Dan barulah salah sorang dari 'penduduk' dari priority seat tu bangun.
Tapi..!!! perempuan cina yang tadi tu buat muka toyer ,terus duduk dan melelapkan mata.
@#%$#%^%&$%!!!

Kisah 2 -
Kat pejabat ada jugak wanita mengandung berstatus injinier.
Aku memang tak faham dengan perempuan nih.
Macam die sorang ader keje.
Mulut bising potpetpotpet merungut, memarah, mengomel,menca***, memekak.
Dari pagi masuk kerja, sampai pukul 5 nak balik kerja.
Ade je yang tak kena.
Bercaaaaaaaaakap je keje.
Kuat plak tu suaranya!


Aku rasa, bukan aku je yg tension
BABY dalam perut dia pun tension sebab kena ikut mak dia g keje hari2... haaddooiiii~~
Kesian baby tuh.
Tak sabar nak tunggu Mak Buyung sorang ni cuti bersalin..!

Kisah 3 -
Boss aku pun tgh mengandung sekarang ni.
Tak tau la berapa bulan.
Tapi aku tengok dia cool je hari2.
Takde pun dia mulut bising potpetpotpet merungut, memarah, mengomel,menca***, memekak.
Sejuk je perut aku tengok dia. (Sejak bila perut boleh melihat??)
(Eh! ni macam nak up kan boss sendiri jek? hehe)
Ape2 jelah kan..

Gambar sekadar hiasan. Beliau bukan boss aku lah!.


Dah2..Sekian dari aku yang BELUM mengandung.... :P

July 16, 2010

Bebal bin Dungu

Macamana nak bukak hati aku suke kau?
Hati aku dah ada pada yang lain.
Tolonglah paham.
Tapi, nak tak tak aku terpaksa gak suka kan kau.
Aku tak de pilihan.
Walaupun bunyi nya macam desperate kan?
Memang!
Memang sangat!
Aku tak suka kau, tapi kene gak suka kan kau & fahami kau.
Camna tuh?
Aku rindu kan dia ok!
Aku nak dia!
Aku memang takan faham kau ni cemana.
Aduh.
Terpaksa.
Susahnya macam nih.
Camne nak perform nih?
Err...PERFORM?
Lain macam je bunyi?
Err...
Err...
Err..yela.. perform utk berjaya kuasai kau lah..
Bodohnye aku terhadap kau..

Tapi,masalahnya kau dah datang pun kat aku.
Aku tak berkuasa nak tolak.
Aku relakan aje.
Semoga satu hari nanti aku dapat kembali pada dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku suka kan ini...Aku chenta yang ini... 





Tapi nape bos aku suruh aku buat yang ini?

 

 
 
 
 
 
 
Bencinya...!!!!! Tak tercapai akalku!!! Rasa macam sangat Bebal bin Dungu sekarang!

July 14, 2010

ailufyu


Santek tak gambar ni.
Tau tak sapa punye jejari ni?
Mestilah bukan aku yang punye.
Tapi buat2 la macam aku yang punye.

Bagi yang lidah bersalut emas mcm aku ni,
Elok gunakan sign language utk mengexpressikan diri.
Kadang2 ia macam lebih bermakna n soo suweeettt... (eeyerkkss!)

Selain dari meluahkan kata-kata melalui mulut,
Anggota badan pun boleh digunakan.
Orang kata,body language.(Yekeh hah?)
Kalau tak cukup jari tangan, nak guna jari kaki pun boleh.Tak de hal.
Tapi jangan tersepak plak muka pasangan anda!
HAHA!

Suka hati u ols lah!
Asalkan u ols bahagia.



p/s : Err...err...
diskadwozspesyelidediketedtusamwanspesyelfordefestimeaikonfesed.apeyangakumencarutni.yeyejekorangbaca.haha

July 13, 2010

Al-Fatihah buat Adikku, Amier

Ajal maut ditangan Tuhan.Tiada siapa dapat mengetahui dan menghalangnya.
Tak kira muda atau tua umurnya,tetap akan pergi jua bila-bila masa atas kehendak yang Maha Esa.


Sekalung takziah juga Al-Fatihah buat arwah Azmeer a.k.a Amier.
Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

************************************

Harini,13/7 merupakan hari lahir arwah yang ke 20.
Macam biasa, aku akan pergi ke page kawan2 di facebook utk wish Happy Birthday.
Tengok2 je,semua orang duk ucap Happy Besday Arwah mer...

Haaa????????
Amier dah meninggal? BILA? KENAPA?
Aku tak tau.
Yang aku tau,arwah dah meninggal kira2 bulan Mac atau April yang lepas.(Dah lama kan!)
Aku tau pun berdasarkan komen2 dekat wall arwah.
Innalillahiwainnailaihirajiun.

Patutlah,lama sangat arwah tak online kat FB, aku ingat arwah pegi sambung belajar.
Rupa-rupanya dah dijemput menghadap Ilahi.
*muda-muda lagi dah meninggal* kata orang la~

Amier ni,aku kenal masa pergi training kat Lumut bulan 11 tahun lepas.
Arwah jadi student praktikal dekat tempat tu merangkap co-trainer utk group aku.
Baik sangat budaknya.
Peramah,sopan,sporting & hormat org tua. (Erkk...aku tua ke?)
Sejuk hati kawan dengan arwah.
Masa kat sana, banyak jugak arwah tolong aku dgn budak2 group.

Teringat masa bual2 dalam hutan dengan Arwah.
Baru kenal beberapa hari, dia dah cerita macam2 pasal diri dia.
Tak kesampaian hajat arwah nak sambung belajar.
Mesti sedih sangat ibu arwah ni.
Arwah ada cerita pasal mak dia jugak.

Ouhh!!!! Sangat2 terkejut! Tau2 dia dah takde. :(
Gambar kat bawah adalah secebis kenangan selama dengan arwah.
Walaupun kejap je kenal, tapi hubungan sangat rapat masa kat sana.


Time repelling..Arwah yang pakai cap kuning

Masa last day training..Arwah yang pakai baju oren dgn bdk2 group aku.

Inilah arwah Amier yang baik hati.

Ermmm....
Takde apa lagi nak dikata.
Yang pergi tetap pergi.
Kita yang hidup,masih tak tau apa nasib kita lagi.

Semoga damailah engkau disana, Dik.


p/s: latest info baru dapat  tadi..arwah meninggal bulan 4 yang lalu akibat dari demam denggi berdarah..,kesian arwah :(

July 12, 2010

Jelez la tu Cik Masa ni...

4:00 pm to 9:00 pm adalah sangat singkat tempoh masanya.Sangat tidak puas berjumpa dengan masa sesingkat itu.Seperti disukat dengan jam pasir.Cepat sangat jatuhnya pasir2 nya.






 







Sekarang nak terbalik buang pasir2 tu suma, supaya masa lebih cepat berjalan.Lebih cepat jatuhnya pasir2 tuh.Supaya cepat datangnya waktu itu lagi.















Eh!Cik Masa memang kuat cemburu kan?


July 9, 2010

Eh! Ape ni sekat-sekat?

Eh! Aku nak balik kampung lah!
Jangan la halang!
Dan takde sape boleh halang.
Kecuali encik suami aku kelak. (Bila dah kawin nanti lah)
Sekarang aku bujang,silalah jangan sekat keghairahan aku nak balik kampung.
Selama ni, tak de sapa pun halang aku balik kampung.
Tiba-tiba, ada sorang makhluk tuhan paling TAK seksi ni, suruh jangan balik!
BENCI lah macam nih! BENCI.

Dah lama kot aku tak balik kampung aku tuh!
Dekat 2 minggu dah!
Tak kira, apa2 jadi pun aku nak balik gak kampung.


gRRRR...!!!

July 8, 2010

Bahaya ok!!!

Pagi ini aku memecahkan rekod tidur diri sendiri dengan pertama kali berjalan semasa tidur tetapi bukan mengigau.

ALKISAH..
Dengan gagahnya aku bangun pagi tadi,macam biasa tekan suis lampu bilik air, pegi ruang tamu cari towel (selalunye sidai towel kat ruang tamu) ,tapi tak jumpa.
Masuk bilik semula, tiba2 tersedar "eh,napa macam sunyi sangat, tak de bunyi lori angkut sampah seperti biasa?"
Tengok jam..baru pukul 3 pagi daa!!!
Tadi baru nak stress kena bangun,mandi..Tiba2 rasa CERIA boleh sambung tido dengan baki jam yg masih panjang lagi.

Tapi, pukul 5 aku terjaga lagi, rasa macam dah pukul 7. Damn! Jin mana yang dengki sangat dgn tidur aku ni??

Pukul 6 pagi, kakak aku bangun nak mandi pegi kerja, tiba-tiba dengan muka cuak dia tanya aku yg tgh nyenyak tido :-

"Ni sapo yang bukak pintu nih???" (Pintu bilik)

Aku blur. Siap berfikir sapa yang buka. Tiba2 teringat yang aku ala-ala mengigau malam tadi.
Nak tersengih,tapi aku cover. Aku jawab "Den yang bukak tadi~~..."

Sesungguhnya, tido aku sangatlah tak berkualiti malam tadi. Banyak benar halangan dan dugaannya.


Adehh....Sudahnya mengantuk betul aku pagi nih...!!!!!

July 6, 2010

Sesi marah dan memarahi.

Sesi melepaskan marah kat blog,sebab tak dapat marah depan mangsa kemarahan.
Tapi, kalau mangsa terbaca post ini. Aku dulik apa. Bagus lah!
Kemarahan saya berbunyi :-

Ape kau pikir kau sorang je ada hati?
kau pikir orang lain tak de keje lain,nak jaga hati ko je?
Ape kau pikir kau kena tahu sume benda?
Ko ingat aku tau ke sume benda?
Hey! Aku bukan nya minah duk jaga tepi kain orang.
Tapi, orang yang sibuk2 suruh aku jaga tepi kain dia.
Sakit betul hati aku dengan kau ni.
Aku berahsia dengan kau,kau marah.
Kalau kau berahsia dengan aku, amboi bukan main.
Tapi, aku tak hadap pun nak tau rahsia2 kau atau rahsia2 orang lain.
Tapi jugak, seingat aku, aku tak pernah pun berahsia dengan kau selain dari hal peribadi aku.
Semua nya aku kongsi dengan kau.
Rahsia kau pun aku simpan baik punya.
Sekarang kau nak carik pasal dengan aku kan?

Dah lah kau emosi tak tentu pasal. Duk bercakap orang lain yang emosi.
Kau lagi teruk emosi! Benda kecik pun nak emo lebih2.
Aku ni, kalau nak ikut kan emosi aku, rimau pun takut nak makan aku.
Sebab rimau tu takut nanti dia ade emosi macam aku!

Rimas betul dengan kau ni.
Nasib baik lah aku ni marah berhikmah.
Sebab aku masih ingat kebaikan2 kau yang banyak selama ni.
Tapi keburukan kau ni sangat menjengkelkan emosi aku!

Hangin!!!
Sebab perangai kau macam *&$%^%^%&^&%^&^%!!!

July 5, 2010

Cerpen UPSR 2010 (Cerita Pendek)

Pada minggu lepas, saya dan keluarga telah pergi bercuti ke Cameron Highland.
Kemudian saya dan keluarga telah mengalami demam dan batuk-btauk selama hampir seminggu akibat kesejukan disana dan terlebih memakan buah strawberry.
Anak buah saya juga telah di masukkan ke wad.

Pada minggu ini, sebelum sempat batuk-batuk saya pulih dan reda,
Saya telah pergi bermandi-manda dan bersuka-ria di taman tema Sunway Lagoon bersama rakan-rakan sekolah menengah saya.
Kemudian saya telah mengalami sakit-sakit,lenguh-lenguh,bengkak-bengkak sendi dan tulang akibat bermain air dan gelongsor extrem tanpa mengingati dunia.

Pada hari ini, saya ke pejabat seperti biasa.
Saya mengalami sakit kaki di peha,betis dan atas tapak kaki.
Tapi kerja tetap perlu dibuat.
Kerana, buat kerja hanya guna tangan, mata dan otak.
Bukan guna kaki.

Gambar-gambar bukti kejadian akan saya muat naik kemudian.
Itu pun kalau saya rajin.

Kesimpulannya, mencegah lebih baik dari mengubat, jangan lebih kuah dari sudu. Sekian.

July 2, 2010

Julai yang pilu

Dah bulan 7!!
Bulan yang akan menyedihkan.
Lepas ni, tinggallah aku kat opis ni sensorang tanpa rakan2 se-gosip,se-brekpes,se-lunch dan segala aktiviti kat opis nih.
Sorang dah diangkat ke kerajaan langit. Ada tugas yang lebih memerlukan dia diatas.
Sorang lagi bakal diexport ke zon beku,COIT. Tempat lama beliau.
Sorang lagi, memang dah lama diserap ke bangunan lama penjanaan. Tah hapa yang nak dijanakan pun aku x pasti.

Maka,akan tinggallah aku sensorang dikelilingi 4 meja kosong dalam menara rebung yang kini penghawa dingin nya mengalami kerosakan selama hampir seminggu.

Adushh..Bosan nya hidup aku lepas ni tanpa rakan2 se-aktiviti.
Nak buat sebarang kejahatan & kebaikan pun perlu berseorangan.
Takan nak ajak senior2 kot kan?
Kesian Kathy tinggal sorang. wuhuuu... :'(

Encik S pun bakal sibuk setat minggu hadapan.
Ada model baru yang nak dipasang katanya.
Rimas betul dengar perkataan kerja & sibuk ni.

wuhuu :'(