[go: up one dir, main page]

December 29, 2010

2010 vs 2011

Tatkala jiwa yang sedang tertekan dengan bebanan masalah kerja yang semakin menggunung di hari-hari terakhir tahun dua-puluh-sepuluh ni, aku menyusun sepuluh jari untuk menaip satu entry baru memandangkan setelah sekian lama aku meninggalkan blog ini kesepian tanpa curahan idea dan kasih sayang selepas terjadinya tragedi 'cornetto berdarah ditepi jalan' awal disember lalu. [Sila baca dengan sekali nafas!]

Tahun dua-puluh-sepuluh bakal meninggalkan aku. Yang tinggal hanya lah masalah kerja yang semakin menggunung  yang aku sendri tak pasti bila aku akan dapat selesaikan masalah2 ni semua.
Amat lah terseksa jiwa raga apabila melihat rakan-rakan sekerja yang lain dapat bercuti dan bersenang lenang di penghujung tahun.
Tapi aku? Masih lagi tersekat dengan timbunan masalah yang datang nya dari orang lain, dan WAJIB diselesaikan oleh aku!
Baru sekarang aku terasa berapa kejam nya dunia berkerjaya.
Penuh dengan cabaran dan rintangan yang tiada pilihan untuk aku pilih!

Dek kerana terlalu memikirkan kerja, aku terlupa untuk memperbaharui azam aku untuk dua-puluh-sebelas!
Lebih teruk, aku juga terlupa untuk membuat belanjawan berhemah untuk kewangan aku sepanjang dua-puluh-sebelas!

Begitu banyak perkara yang bermain dalam benak kepala aku, yang belum sempat aku nak sorting satu persatu.
Ini kerana masalah kerja yang semakin menggunung telah menguasai 3/4 dari kerusi-kerusi dalam parlimen kepala aku.
Ya Allah, aku memohon agar Kau permudahkan bagiku urusanku.

Dua-puluh-sebelas..
Aku harap kehadiranmu akan memberi berbagai sinar dan semangat baru untuk aku terus maju dan berjaya dalam hidup!

Gagal merancang bermakna merancang untuk gagal!

December 6, 2010

Aku , Dia & Cornetto

Monolog dalaman : Dah lama aku tak menulis blog, dek kerana sibuk berkursus selama dua minggu.

Intro : Tak boleh tahan rasa nak gelak sebelum aku menulis entry ini.

                                                                  *****

Aku, dia dan Cornetto.
Dah macam tajuk cerpen antologi komsas (komponen sastera) tingkatan 5 plak kan?

Semalam,aku sama itu Encik S ada sedikit gaduh jugak.
Semuanya berpunca dari sedikit kesilapan Encik S sendiri.
Dan sudah pasti, mestilah aku sebagai perempuan-yang-disayangi dalam kisah ini, seboleh-bolehnya merajuk dengan menarik muka semasam-masam yang boleh.
Dalam hati sebenarnya saje nak menguji sejauh mana "skill" dan kebolehan Encik S dalam memujuk aku.


Sesungguhnya,Encik S memang kurang berkebolehan dalam bab-bab memujuk ni.
Tapi, tak pe lah.
Just give him some time to improve his skills! haha :P

Dan demi memujuk awek beliau yang tengah hangin masa tu.
Beliau datang dengan membawa plastik putih yang berisi kotak biru.
Dari jauh macam BESKUT LEXUS MUNCHY'S yang menjadi feveret aku dan rakan-rakan semasa di Arau.

Dalam fikiran aku : Apekejadah mamat ni beli biskut munchys ni? takan nak pujuk guna biskut kot?Mmg hangin la kan.
Tapi,sangkaan aku meleset.
Rupa-rupanya kotak biskut yang aku sangka itu adalah kotak eskrem!


Nah! Amik kau, sekotak eskrem cornetto.
Ade 4 bijik semuanya!
Dalam fikiran aku : Aduhh..ingat aku ni kanak2 derjah dua ke, pujuk guna cornetto?
memang TAK la kan. Tapi nasib baik la dia beli perisa Vanilla, bukan coklat! (Mane ntah dia tau yg aku suke eskrem vanilla)


Tapi,cara dia pujuk aku guna teknik eskrem cornetto vanilla ni nampaknya mmg tak menjadi la kan.
Part yang kononnya jiwang, tapi bagi aku ianya sangat kelakar dan tak boleh blah ialah..
Dia siap tunjuk logo eskrem cornetto tu kat aku.
Yang kononnya dia sedang menunjukkan cinta nya.



Dia ingat dia Dafi mcm dalam iklan tu ke?
Dalam hati aku dah tergelak-gelak, tapi kat luar maintain serious je.

Nak-nak plak, ada flat  yang berhampiran tengah berjalan satu majlis kahwin.
Dan masa tu jugak la diorang layan karoke lagu-lagu fezal tahir dan beberapa lagu rock kapak tangkap leleeehhh punya kan.
Adeh....nasib baik la masa tu banyak moto buat bising lalu lalang.
So, aku sikit pun tak cair dengan pujuk rayu beliau.

Alahaaii Encik S saye ni.
Saye ni bukannya gadis stok-stok Liyana Jasmay tu nak pujuk-pujuk gune eskrem.
Saye ni gadis kental berjiwa IT dan rock!
Cubalah menangi hati saya ini dengan sebuah iphone atau sepapan ipad?
Atau cuba bagi voucher percuma untuk membaiki bumper Sajingga yang rosak?
Atau cuba bagi voucher percuma make-over Sajingga?
Baru layaaaannnn!!!

Tapi, tak pe lah.
Sekurang-kurangnya beliau berusaha.
Cuma perlu tingkatkan usaha je lagi. hahaha!

Nota : Nasib baik perisa Vanilla!! Kalau perisa jagung, keladi atau coklat.. memang aku biar je dia cair dalam kotak tuh. haha kathy kejam!



Aduhh...ape kene dengan boipren aku ni?