BitterSweetTalk
by katijahibrahim
December 30, 2014
Ex-Kawan Baik
Dah lama tak tulis blog. Dah tak tau macam mana. Lucky, ingat lagi kata laluan.
Last entry sehari sebelum my besday tahun lepas.
Dan sekarang aku dah hampir nak beranak sebulan lagi.
How's life? Tanya orang sekeliling.
OK. Jawab aku.
Duduk mana?
OUG, Jalan Puchong.
Rumah sendri ke?
Sewa lagi.
Bila due?
Tahun depan awal bulan dua. Kalau awal pun hujung bulan satu.
Laki ke perempuan.
Laki-laki.
Dan orang itu pun berlalu. Tiba pulak orang lain ulang balik soalan yang sama. Aku pun jawab yang sama. Haha kan!
Its okay. Takde masalah yang tu.
Cuma.......................................
Dalam lubuk hati dan fikiran aku siang malam tak boleh berhenti memikirkan satu perkara ni.
Suami suruh aku maafkan dan lupakan.
Dah cuba, tapi susah sangat, sebab aku hadap benda nya hari-hari.
Lainlah kalau suruh lupakan ex-boyfren ke, atau tiba-tiba minah cashier baling duit ke, atau user marah-marah ke. Memang mudah,
Sebab dia macam angin lalu.
Kita balik rumah, tido, esok (Alhamdulillah) bangun, mulakan hari baru.
Ini bukan macam tu.
Aku hadapi saban hari.
Sentap saban hari.
Kecik hati saban hari.
Macam tanam pokok, bela ayam.
Hari-hari bagi makan, makin lama makin besar dia.
Sama lah dengan hati aku.
Makin lama makin bengkak bengkak.
Harap-harap tak kenan dengan anak aku.
Ex-Kawan (baik) ku, Si Polan.......
Kenapa eh?
Kenapa eh kau buat aku macam ni.
Kau unfollow aku dari FB, dgn alasan aku suka membebel dan selalu stress dengan status2 aku.
Aku selalu negatif dalam semua benda.
Kenapa kau sebagai kawan tak support aku?
Kenapa kau sebagai kawan tak boleh terima kekurangan aku.
Aku anggap kau kawan baik aku selama ni.
Sikap pemarah kau selama ni, tak pernah aku pertikaikan.
Macam kau yang jahil dulu tak negatif?
Cuma sekarang kau baru nak mula mengenal kebaikan.
Aku terima.
Kenapa perlu kau tag kawan2 kau dan malukan kan aku dalam FB?
Ya, aku tau kawan-kawan kau mulia sangat,
Berduit.
Kaya.
Benda ni dah berbulan-bulan berlaku, aku cuba terima atas nasihat suami.
Aku dah cuba lembutkan hati.
Aku dah penat menangis.
Tapi apa yang berlaku sekarang.
Aku bunuh perasaan aku dalam diam.
Kau layan aku , ex-kawan (baik) kau yang sedang mengandung, seolah-olah macam tak wujud.
Kau layan orang lain dengan mesra lembut.
Dengan ex-kawan (baik) kau ni, kau layan macam lembu.
Macam tak pernah wujud dalam kamus hidup kau.
Macam tak pernah wujud dalam album FB kau.
Dulu, aku je yang kau cari. Semua aku.
Sekarang kau buang aku macam tu.
Kalau buang takpa lagi.
Ini, kau buang pastu kau kuis-kuis macam sampah.
Menyakitkan hati.
Subhanallah, baby dalam perut, maafkan mommy yang sangat emosional.
Janganlah baby terpengaruh dengan emosi mommy selama 9 bulan baby dalam rahim mommy.
Kau kejam ex-kawan(baik).
Hanya jauhari yang mengenal manikam.
Orang lain anggap kau suci macam malaikat.
Pandai macam cendekiawan.
Semua kau serba tahu.
Ya, aku kenal kau luar dalam!
Yang orang tak tahu semua aku tahu.
Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH.
Jauhilah aku dari sahabat ku ini.
Sahabat yang meracuni jiwa hati fikiran ku.
Jauhkan lah.
Pergilah kau jauh dari hidupku.
Aku tak menyesal kenal kau.
Aku tak menyesal kawan dengan kau.
Tapi aku kesal, perangai kau berubah jadi baik, namun disebalik kebaikan tu kau tak perasan kau menghancurkan hati seorang ibu mengandung, ex-kawan (baik) kau.
Bukan salah aku atau salah si **** kau belum punya zuriat.
Namun kau buat aku serba salah atas kehamilan ini.
Aku tau rezeki belum tiba untuk kau.
Tapi Allah bagi kau rezeki yang melimpah ruah di tempat lain.
Kau bukan tak tau kan?
Kau langsung tak endahkan aku.
Kau langsung tak pedulikan aku.
Kau langsung tak pandang aku.
Even soalan simple yang orang sekeliling tanya macam kat atas tu pun, kau tak sudi tanya.
Allah uji aku dengan ujian ini.
Allah uji kau jugak dengan ujian lain.
Aku harap satu hari nanti, aku takkan jumpa kau lagi.
Walaupun sekarang dari pukul 8 hingga pukul 5 aku terpaksa menghadap kau 5 hari seminggu.
*sigh*
Redha lah hati.Redha lah jiwa.
Kalau boleh format memori aku dengan kau selama ni, memang aku dah lama format.
Tapi memori tu terlalu kuat!
September 12, 2013
Aku ada kawan.
Aku tak paham.
Kau dengan kawan rapat sendiri (yakni aku) bukan main kasar.
Suka hati nak marah2 aku kalau salah aku.
Tunjuk macam kau hebat sangat.
Samapai aku takut nak bersuara apa-apa.
Semua aku anggukkan saja kehendak dan pendapat kau.
Pendapat kau tepis.
Selagi kau tak menang dengan aku.
Tapi bila kau kalah dengan orang lain, senang je kau tersenyum dan menerima.
Sekali dengan suara manja kau.
Dengan aku memanh tak pernah.
Tapi dengan orang lain kau bukan main lembut bercakap.
Aku tak faham kenapa.
Aku atau kau tak pernah bermesra bermanja seperti kau bermesra dengan orang lain.
Boleh ke aku cakap kau hipokrit?
Suara kau bukan main manja lembut baik dengan orang lain.
Kalau dengan aku (yakni kawan rapat kau) bukan main tegas, kasar, menusuk hati.
Kalau bercakap memanjang memang kau yang betul.
Aku punya cakap memanjang memang salah 100peratus di mata kau.
Aku tau kau memang kawan yang baik.
Baik. Baik dan baik.
Serba serbi.
Tapi kau macam tak perasan atau tak mengerti yang sebenarnya kau sentiasa menyakiti kawan kau ni.
Aku tak ingin membenci kau.
Sebab kau memang kawan yang baik. Baik .Baik dan baik.
Tapi aku tak tau apa dalam isi hati kau.
Baik atau sebaliknya.
Aku sabar dan terus bersabar demi sebuah persahabatan.
Sehingga ke anak cucu, akan aku ceritakan segala kebaikan kau sahaja.
Moga jika aku pergi buat selamanya kelak, aku harap kau sudi cium dahi aku buat kali pertama dan terakhir.
Supaya aku tidak terkilan dan pergi dengan tenang.
July 18, 2013
Kau puasa tak harini?
Bagi aku, better berpuasa dari tak puasa.
Dengan berpuasa, nombor satu confirm dapat pahala.
Adanya sahur yang penuh keberkatan.
Adanya niat yang biasanya membantu diri kita kuat meneruskan puasa seharian.
Kita akan terus bersabar dan kuatkan iman.
Kalau tak puasa?
Nombor satu confirm tak dapat makan. (Giler tak malu nak makan terang terangan?)
Adanya sesuatu yang keluar banyak dari badan.
Adanya sakit perut 'tuutt' kadang-kadang sakit pinggang.
Adanya keinginan dan nafsu makan yang tinggi bila tiba saat itu.
Pendek kata aku tengah lapar tahap maksimum walaupun pukul 7 tadi aku dah breakfast
mealshakes Shaklee, yang konon nya boleh memberi tenaga berpanjangan.
Pukul 9 perut aku dah menyucuk-nyucuk woih!
Cepat la pukul 12...nak turun beli mekanan.
Kesian kat
Rasa nak balik rumah pun ada, beli kfc bagai.
Pergh!
DARI MALAM TADI TERINGIN CHATIME TIBE-TIBE! kedai tutup 10.30 malam :/
July 12, 2013
Diari Berbuka Kami - Day 2
| Terung Hangit Goreng Sambal |
| Samosa Cepat Sedap Kenyang |
Samosa ni beli yang frozen di pasar malam berhampiran!
Ianya cepat masak, sedap sangat dan kenyang segera.
Favourite kami bila pegi pasar malam.
Terliur tengok lauk-lauk ni time lapar woih!
Menu lain tiada dalam gambar adalah seperti :
-Kurma Pakcik Usop Taiyob baru je beli
-Popia sambal , peruntukan untuk pekerja di pejabat suami
-Pasembor , pun peruntukan untuk pekerja di pejabat suami
July 11, 2013
Diari Ramadhan Kami
July 8, 2013
Bilangan anak dan mitos karut!
Lantas ada seorang makcik lalu berkata :
"Mak cik tengok uri kau ni, kau ni boleh sampai 7 orang ni"
Masa tu aku pun berfikir, macamana rupabentuk uri tu?
Last aku pernah tengok macam seketul daging merah, anak buah aku punya.
Then aku berfikir, kat uri tu dah set maximum number atau ada digital counter ke apa?
Selepas beberapa jam, dalam perjalanan pulang aku berfikir.
Gila hebat ilmu makcik ni sampai boleh tau berapa orang anak yang bakal Kak Kiah akan peroleh.
HOIIIII.....MAKCIK!
Yer, aku tau...kadang2 orang-orang tua ni macam2 petua dan cara dia ada.
Tapi meramalkan anak iaitu rezeki dari Allah, amatlah mustahil.
Kalau lah ada orang yang percaya kata-kata makcik tuh?
Kan ker dah berdosa?
Memandai je makcik ni...
Ajal maut jodoh dan anak kan di tangan Allah...
Makcik....makcik.....
Teringat........
Zaman sekolah dulu, masing-masing nak tengok kau ada berapa anak nanti..
Just picit je kat belah kanan pergelangan tangan kiri atau belah kiri pergelangan tangan kanan,
nanti akan timbul benda-benda bulat kat area nadi tu.
Betul-betul kat pergelangan tangan tu.
So kalau ada 1 timbul atau 2 timbul, so itu lah bilangan anak kau!
Bongok!
Hahahahha!
Memang takde kene mengena hokey!
Camna dengan orang yang dah beranak 10 orang, 15 orang?
Nasib baik masa tu zaman sekolah.
Harap zaman sekarang tak de la lagi orang percaya benda-benda macamni.
Nauzubillah!