[go: up one dir, main page]

February 23, 2011

Aku,Dia dan Bukan Cornetto

Episod kali ini memaparkan sebuah lagi kisah yang menyayat hati kita.
(aiceh. Dah mcm Zakiah Anas dalam Bersamamu plak).

Ekceli,nak bagi tahu. Yang aku dh ada 'teman baru'.
Satu office.
Pegi kerja sekali,balik kerja sekali.
Encik S yang kenalkan pada aku.
Agak nya dia memang dah maleh nak jaga aku 24hours kot.
Atau dia rasa aku perlukan teman lain.
Dan bukan dia.

Teman baru aku ni nama glemer dia dalam blog ni Encik T.
Bukan Encik Tikus la.
Tapi bak kata Encik S, T is for Encik Tabligh.
Tabligh pun tabligh la. Huhu

Encik T ni sangat memenuhi kehendak aku.
Memang pendek kata,sentiasa di sisi lah.
Apa yang aku nak,dia boleh bagi.
Aku rasa Encik T ni macam ada poket Dora Emon la.
Kalau digi punya lagu tu dia cakap 'i will follow uuu'.
Memang selesa lah dgn dia, walau pun baru kenal.
Tapi aku ni jenis cepat mesra.
'User friendly' la katakan. Amboi! Term IT gitu kan!

Walaupon masih awal lagi, tapi aku rasa dah sayang sangat dgn dia.
Agaknya mungkin Encik S faham yang Encik T lebih sesuai dengan aku berbanding dia.

Encik T ni memang seriosly banyak kelebihan.
Macam gifted la kalau orang kata.
Selain dari pandai baca Quran dengan penuh tartil dan tajwid lengkap serta lagu nya, dia ada kelebihan mentafsir! Amaze!
Memang ada ciri-ciri ehem-ehem idaman semua orang


Kalau bab2 nak tunjuk jalan ni, memang dia pakar.
Dia memang tahu jalan kat KL ni.
Nak makan kat mana pun dia boleh bagitau.
Even Bongek pun dia tahu kot!
Mantap Encik T ni.


Ada sekali tu,aku bawak dia balik rumah mak aku kat Bongek.
Sungguh tak sangka!
Semua orang suka dia ok!
Mak aku,kakak,abang,anak2 buah semua suka.
Yelah,mungkin dia istimewa dan pandai menyuaikan diri kot.
Semua tanya mana aku jumpa Encik T.


Antara kelebihan lain dia ni yang takde kat orang lain, dia ni celik IT.
Segala jenis cabang IT dia tahu.
Dari facebook,twitter,youtube sampai la ke microsoft word,excel smua dia expert.
Cakap je,semua dalam tangan dia.

Dan macam-macam lagi.
Sebab kat office pun, semua orang agak gilakan dia.


Beruntung aku ada Encik T dalam hidup aku sekarang ni.
Baru 2 minggu lepas kot Encik S bawak dia jumpa aku.
Encik S pesan, lepas ni jangan lupakan dia terus.
Aku cakap,inshaAllah.inshaAllah.inshaAllah.You'll find your way.
Haha!Touching tak?


Tadi,baru je aku jumpa Encik S. Pegi makan.
Tapi,aku bawak Encik T sekali.
Yela,nak jaga hati kedua2 pihak kan.
Bukan senang.
Erm,tapi Encik T tak makan pun.
Banyak diam.
Aku je yang banyak cakap dengan Encik S.


Masa nak jumpa Encik T haritu, aku memang sangat excited.
Encik S pun tak sabar nak kenal kan aku dengan dia.
So,kitorang jumpa kat kedai makan je.
Kat Krispy Kreme Doughnuts,Sunway Pyramid.
Agaknya, Encik T ni tengah diet kot.
Dia tak makan apa2.
Encik S order 2 ketul donut dgn 1 mug of coffee.
Aku dengan Encik S dah biasa share :-D
Lagipun nak lepak2 je.huhu


Ni donut aku dengan Encik S.
Jiwang benar plak donut nye,bentuk hati gitu kan.
Over romantic plak rasa nya.

Dan

Yang ni plak gambarajah donut yang belum ternoda, coffee yang belum terjejas kepahitannya bersama Encik T yang termalu-malu.

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:




















Yang hensem tengah tu, itu lah Encik T.
Nama pendek dia Tablet.
Nama panjang dia Samsung Galaxy Tab.
Encik S yang belikan untuk aku.
Oh ye. Bukan!
Cuma TOLONG belikan kat tempat kerja dia.
Budget semua under cik kathy.hehe.
Tempat ketja dia tengah buat big grand sales untuk handphone sempena C.N.Y.
Memang sangat berbaloibaloi.

Thanks Encik S.
I love U.
But.
I love Encik T more and more.
Ehiks! Jangan maraaaah haaaaaa~~

February 16, 2011

Dah tak hangin dah..Tapi HANGAU!

Error : Server cannot be found [Error untuk system aku]

Yang aku jumpa server blogspot ni aje. [So,aku 'coding' kat sini aje la]

Tak ada apa pun sebenarnya nak share, banyak sangat benda yang terjadi, tak ter'kemaskini' rasa nya.

Life kadangkala ok, kadangkala kurang ok.

Cuma agak bosan dengan facebook, sebab terlalu banyak limpahan gambar2 kahwin dan tunang...[lebih kepada jeles la sebenarnya..aha!]

Semalam berjumpa Encik Bakal [Bukan Encik Bakar tau].
Aku hangin dengan dia, dia hangin dengan aku.
Tapi aku dengan dia tak la bercekau-cekau.
Kami maintain cool jerk.
Sebab aku perlukan SESUATU dari dia.
[Ada udang dibawah mee]

Tapi, satu je yang aku suka kat dia.
Dia tak pandai marah dan banyak tahan sabar. [Belum lagi kott??? Orang kata,belang dia belum keluarrrr~~]
Kalau marah , paling2 pun merajok.
Apa susah, dia merajok, aku pun merajok lah kan? [tu pun kalau bukan salah aku]
Tapi, kalau aku sedar aku salah, jadi terpaksa lah guna kuasa hikmat nak pujuk hati beliau balik.
Teeeheeeheee.....

Kalau tak jaga hati beliau betul2, nanti beliau dengan mudah2 nya cari orang lain.
BERANIIIII????????

Oleh kerana beliau banyak sifat sabar dan kurang sifat marah, sebab itu lah, ilebhimsooomuch!!!

February 9, 2011

HANGGGINNNN!!

GUA HANGINNNNNN!!!!
GUA MEMANG TAK BOLEH SABAR DAH!!!!
SAKIT JIWA GUA CAMNI...

PASAL APA ORANG SUKA BUAT GUA MACAM NI PUN GUA TAK TAU!!
GUA RASA GUA NAK PI BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK KAT YALA LAH! TAK PUN KAT NARATHIWAT!! (eh! situ bukan utk org yg nak tukar 'anu' ke?)
BIAR DAH LAWA NANTI , BARU ORANG RESPEK KAT GUA!!
BARU ORANG NAMPAK GUA!!
GUA TU "AKU" LA! BUKAN GUA NIAH ATAU GUA TEMPURUNG!!

GUA PALING TAK SUKA BAB-BAB MENUNGGU NI..!
GUA MEMANG HANGIN..!
NAK NAK PULAK, JANJI PUNYA JANJI, TIBA-TIBA TAK JADI..!
MACAM HARAMMMM...

GUA HANGIN... NASIB BAIK LU TU *** GUA!!
KALAU TAK DAH LAMA GUA KUTUK KAW-KAW!!
GUA SABAR NI..GUA SABAR!!
KALAU TAK SABAR, DAH LAMA GUA GIGIT TAYAR BELAKANG KETA GUA!!
GUA HANGIN NI.. HANGIN..!!!

GUA RASA GUA MACAM TAK GUNA DAH DUK SINI!!!!
GUA RASA MAU TERBANG PERGI MESIR LA!!!
SAMA-SAMA KASI RUSUH SAMA ITU HOSNI MUBARAK!!

GUA TENSION!!!!!!!!!!!!!!!