ASSALAMUALAIKUM...
16 SYAWAL / 1 OGOS 2015
punya tak sabar nak beraya, habes je pantang terus atur rumah mana nak serbu. kali ni decide nak ke hujung utara. bukan senang nak pi belah sana sesaja. sebelum tiba sabtu tu memang umi dah exited tahap apa lagi, tak sabaq2 nak tunggu sabtu. macam tu punya penangan tak boleh keluaq umah haha!
memandangkan malam tu umi tak dapat lelap, maka haruslah bersiap awal kan. 1stly siapkan adik ubayy, pastu abi siapkan abang umar.
kemain excited umar bila tau nak pi jalan2. kesian dia, lama terperap kat umah. dia siap awal, tapi kena tunggu umi bersiap, abi check keta apa semua. lama dia tunggu, boring tapi umi nampak dia cuba lawan keboringan yg melanda dgn pura2 cakap banyak sbb dia excited nak pi berjalan. huuu
dah keluaq sampai stesen minyak taman ria, baru teringat buah tangan yg kami nak bawa tertinggal. abi decided patah balik sbb abi nak ambik jugak. yela dah niat nak bagi kat orang kan. huuu. tapi dah patah balik tu terus naik highway jela, lewat dah.
destinasi pertama adalah umah abang mie kat gurun. janji pukul 10 tapi pukul 10.40 gitu la baru sampai. memang abang mie dah janji nak belanja sarapan roti canai gurun favourite umi tu. tapi takdak rezeki sbb kedai tutup. abang mie ganti roti canai kedai lain, alhamdulillah sedap jugak. abi makan sampai 3 keping -.-
dlm pukul11.30 gerak dari gurun ke jitra pulak umah pak ndak abi. ada kenduri doa selamat sempena pak ndak masuk umah baru. makanan sedappp tapi umi makan sikit jeee sbb nak 'simpan' perut utk makan kat umah kaknot huuu. sempat la jumpa family2 abi kat sini.
dalam pukul 2 gitu kot baru sampai umah kaknot kat bukit pinang. last mai sini sebelum bertunang rasanya, haaa. wahhhh cantik betul umah kaknot! ada kolam. peaceful sangat! lalu abi pon mula berangan nak buat umah mcm tu mcm ni hehhhh!
kaknot jamu nasi daging, subhanallah sedap sungguh! bertambah2 umi makan. umarfaiq pon makan banyak. paling happy budak umarfaiq tu la, sbb dapat main dgn anak2 kaknot. bebudak tu pulak kemain melayan, suka sungguh dia!
lama juga bertapak kat umah kaknot. sebenarnya yg ni destinasi utama, yg lain dah sbb satu arah tu yg menyinggah huhu. kesian umarfaiq, dia berat hati nak balik sbb seronok main dgn anak2 kaknot. inshaallah, moga ada peluang bertemu lagi. kaknot siap tapaukan umi cream puff, tau je favourite umi. sukaaa sangat!
dalam pukul 4 lebih kami gerak ke jitra semula untuk jumpa naqiah pulak. bukan beraya ke umah, tapi ke kedai naqiah di Border's Tea Jitra. mohon sapa2 yg dok area2 sana boleh la terjah. nak tau apa itu border's tea sila lah try sendiri, pasti ketagih. hewhew
kebetulan abi ada kawan (adam) yg duduk area sini, so set bagi depa jumpa sekali. senang 2in1. naqiah agak busy (bos la katakan) so umi ambek anas muhsi main2 dulu. abi sembang dgn adam sambil jaga ubayy. umarfaiq kemain suka main dgn anas. anas pon suka sangat main dgn abang umarfaiq sampai abang gigit pon dia gelak -__-
bila ubayy lapaq susu, umi susukan ubayy kat belakang tabir dgn naqiah yg nak tidokan anas. maka bersembanglah kami sambil dodoi anak masing2. mak2 sangat kan, padahal dulu dok passing buku biodata je sama2. cepat sungguh masa berlalu.
umi sedap menyembang, abi rancak berborak, tak sedar la masa berlalu. mujoq umarfaiq enjoy berlari dalam kedai, takdela dia boring. ewahhh lari sakan mcm kedai umi dia pulak heeeeeehewww!
pukul 5.30 lebih kami bertolak balik. ok la, masih awal bagi umi. sebenarnya banyak lagi agenda kami. patut kami keluar lebih awal dan balik pon awal. target satu2 umah nak duduk kejap je. sebab kami nak berkejaran ke bertam pulak open house umah abang. umah abang sendiri tak sedap la nak pi lewat kan. maka terpaksa cut nak jumpa hanim, bawa umar pi menara dan open house umah fatin. bila cut semua tu, bajet masa jadi cun balik.
abi speed je kat highway, sebab kami semua tido. tinggal lah abi drive sorang2. kesian abi wuuu. umi memang battery flat teruih, maklumlah sekarang ni bukan boleh penat2 sikit. mujoq ada abi yg power, maka sempatlah maghrib kat umah abang. cun timing! lagipon majlis abang dari petang - malam, so kami kira tak lewat sangat la. family lain dah berkumpul sejak petang.
kaklong buat mee kari yg superrr sedap! memandangkan umi masih berpantang mee, maka umi meratah je kuah dgn bawang goreng dan daun bawang. sedap sangat sampai umi meratah hampir 10mangkuk wey!
kiranya perjalanan kami hari tu SG PETANI --- GURUN --- JITRA --- BERTAM, mission accomplished! hamboihhh nak sangat beraya kannn.
malam tu kami ramai2 tido umah abang. esoknya umi target nak beraya lagi (amboiii tak puas lagi tu!) tapi lepas subuh pi tido sampai tengahari baru bangun hewhew. maka terus balik merbok aje lah. itu pon lewat jugak geraknya.
malam tu ada jamuan raya pulak kat surau merbok. makanan meriah tapi yg paling umi suka cucoq badak, sedap! kehkehhh
P/S : bukan umi edit lebih okayyy tapi kamera umi memang gitu. kadang lighting lebih umi tak reti setting kroihhhhh