[go: up one dir, main page]

CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 28, 2011

MAKANAN PALING SEDAP ADALAH YG FREE~

ASSALAMUALAIKUM...

skrg waktu lunch. xtau nak makan apa. semua mcm tak mau makan.xpa la,aku pon mogok x mau makan! (mcm ada org kesah?)
di saat ini, maka teringat kenangan sewaktu kami lunch ramai2 di Cawan Cafe. rasanya ni 1st tym lunch kat sini, sbb selalunya kami mkn tym malam.
kali ni kami lunch kat sini sbb ada sorang insan ni nak belanja. chan namanya. entah la samada dia ni sedara jackie chan ke tidak, aku x sempat siasat. maaf ya.
*now mesti ramai yg membebel "x abes2 dgn makan!"*



maka tghari tu kami bergegas ke cawan cafe. aku & kak not yg paling awal order. aku try jus blended apa ntah nama scientificnya,tapi rasa lebih kurang apple+asam~not bad la tastenya.
*abaikan model di belakang air*


yg ni chocolate vanilla float kot. ntah. tp kira milo plus eskrem vanilla la kan. ini menu zaidun. xtahu la sedap ke x sbb aku x berani share straw dgn beliau. takut penyakit berjangkit~statement lapaq penendang :p


ini zaidun. dia mmg suka interprem dalam blog aku ni. katanya blog aku ni pelaris. ya, blog aku ni umpama medan utk jejaka-wanita mencari jodoh. sapa2 yg gambar mereka tersesat dlm blog ni kompom akan femes dlm masa 3 hari.
oke bajet hot kan?kesah?


jengjengjeng~ini menu aku : boston cheesy chicken
bagi aku menu ni paling sedap kat cawan cafe ni selain koteow tomyam. dlm ayam yg bergolek ni ada sayur2an dan cheese. bila mkn terasa melekattt je dgn deria. semua org jeles dgn menu aku. sbb? menu aku paling mahal. tapi semua ni bkn salah aku. mana aku nak tau yg depa semua nak makan nugget je?salah aku ke kalo aku order yg mahal?mestilah tidak kan.....

apa2 pon tq to mr.chan yg chantek.can mali can hoi hoiiiiiiii~

***uwaaa hari ni xdak org nak belanja ka?????

Thursday, November 24, 2011

CAWAN CAFE~

ASSALAMUALAIKUM...

haaa x payah nak teka2, aku tau dah apa dlm kepala korang
"dia ni x abes2 entry pasal makan,patot demoks"
kan, korang kutuk aku kannnn???
cehhh, x kesah pon~:)

alkisah tragedi berlaku tanggal 3 NOVEMBER 2011 lalu di mana ketika itu semua staff sdg menghitung detik jam utk pulang. maklumlah nak bercuti raya~
di waktu2 genting tu ada pulak suara2 sumbang yg mengeluh kelaparan. mana baloi nak pi beli goreng pisang dekat2 pukul 6 kan~ kebetulan bos yg terdengar jeritan batin kami terus bersuara
"haaa, saya mmg ingat nak belanja semua org sempena nak raya ni. jom ptg ni kat cawan,blh?"
owh bos, bagai org mengantuk ditadah katil la!




semua pakat berebut2 pi solat asar, dan turun terus ke cawan cafe after 6. cawan cafe ni located area opis aku, jiran sgt2 lah. kira kalo ada org nak belanja tp nak cpt, jgn risau lah sbb kami mmg dah spare tempat ni~muahahaha




memandangkan kak not puasa hari tu, maka kami tunggu azan maghrib baru pakat makan. elok azan je baca doa dan mkn ramai2, oh terasa seperti masih di bulan ramadhan...rindunya ramadhan! T____T




ni sebahagian menu yg menarik. yg paling atas dan bertopi tu menu pilihan abg mie, mee wantan. yg tgh, menu aku dan 5 others, chicken grilled. menu kami sama sbb senang nak order :p
yg bawah tu juadah berbuka kak not, patt thai.




ini jejaka2 terhangat kebanggaan RMS. motto mereka dalam bekerja : gagah & kacak - inspirasi kejayaan. sapa berminat blh pm me kat fb yawww~




mari mari mari pakej lengkap year-end-sale : 3=RM10 only~ dari kiri : faiz, zaidun & sani
pon pm me kalo berkenan. harga blh nego lagi~




ini reaksi zaidun yg bangga dpt menikmati chicken grilled buat pertama kali dlm hidupnya.muehehehe~
dan itu aku yg pertama kali merasai mixed fruit blended. wa ckp lu derrr, mmg sedap ayaq ni bhai,ayaq paling sedap di antara ayaq2 lain yg aku penah rasa! sampaikan kak shida nak tukar ayaq dgn aku, but ofkos la i don't want. so uolls pls hve a try, xkan rugi!
dan itu jgk hasilnya apabila kami-kami-kami menjamu selera dgn berselera~mmg licin!




tengkiu again boss. murah rezeki boss kalo selalu mcm ni~lalalala
~SALAM AIDILADHA~

Wednesday, November 23, 2011

AISKRIM RM39!

ASSALAMUALAIKUM..

di suatu petang yg hening, angin bertiup nyaman.....

pekerja : bos, nak topup pahala dak?
bos : ???
pekerja : belanja kami eskrem~
bos : *gelak paksa* nak eskrem apa?
pekerja : err...malu la nak habaq
bos : laaa, habaq ja la.
pekerja : isk...segan...eskrem ni mahal...
bos : mengada!
*sambil menghulurkan not RM50 kpd JUSIZA. eh,aku ke tu?
(masih misteri)


maka aku berlari sepantas kilat menuju ke kedai bawah opis dan memborong 10biji eskrem walls meknum yg sedang hangat popular masa itu. aku campur2 3 perasa : almond, classic & choc truffle
lepas tu aku berlari semula ke atas, bermaksud kembali ke opis dgn kadar kurang 2 minit. konon2 takut eskrem tu cair! miahahaha~

sesampai di opis, aku menyerahkan wang baki RM11 kpd bos. ala"aik,balance byk ni ja?" <---- reaksi beliau. setelah aku menghulurkan seketul meknum kpd beliau, barulah "owhhh, patutlaaaaaaaaaaaa". kehkehkeh bos sudah kena~ :p
alasan kami : sbb kami x mampu la kami soh belanja. setakat eskrem singgit tu kami mampu beli sendiri~


muka bangga dapat makan eskrem meknum. tiba2 aku rasa aku lebih layak utk iklan meknum tu. tingkiu bos sbb merealisasikan impian kami. kalo bos x belanja mungkin kami xkan pernah merasai kenikmatan ini. sekurang2nya seumur hidup, aku pernah rasa eskrem ni~ gila ayat mcm katak melalak yg sembunyi bawah tempurung di kampung jamal abdillah!


tgk, si kecik ni pon bos belanja. baik dak bos kami???hahaha! tym kami semua diam menikmati eskrem ni, abg is, abg mie & kak shida xdak sbb pi meeting. itu adalah antara sbb mgpa kami mkn tym ni. sengaja pilih tym depa xdak. hati mmg busuk selalu!hahahaha

Tuesday, November 22, 2011

PANDUAN HILANGKAN STRESS

ASSALAMUALAIKUM...



pernahkah anda lalui situasi di mana.....

anda sdg tensen,seteress,serabut
penat dgn xtvt seharian
letih baru abes keja
berjalan ke arah kereta
picit alarm, buka pintu dan...



tiba2 terdapat sekuntum rose di atas tempat duduk pemandu!!!
dan tiba2 lagi muncul jejaka idaman bersama senyuman menggoda
waaaaaaaaaa
apa perasaan anda???
ya! aku, terus hilang semua letih,stress blablabla~



dlm situasi mcm tu, gunung berapi pon blh jadi kutub utara
even just sekuntum, kesannya amat dalam
sekuntum bkn bermaksud save bajet,
tapi simbolik utk menyatakan 'only u'
perghhhhh! gila hebat aku beromantis kan
muahahaha


walaupon aku x suka bunga
dan AR bukan lah mamat bunga
tapi dia suka bg aku bunga
dan aku pon ntah mcmana blh suka menerima



setakat ni bunga2 yg AR bagi semuanya aku letak kat sudut bilik
sehelai daun pon aku x biarkan gugur!
kami bukanlah pasangan yg jiwang karat
tapi kadang2 a simple surprise mcm ni blh buat aku jadi wanita ayu sebentar!



malam tu,terrrsinggah jumpak ern. dan sekali lagi aku dapat ubat seteresss! mmg gila sedap kek tu. dan smurfs tu, sgt sayang nak makan tp terpaksa makan T__T

Monday, November 21, 2011

TIBA-TIBA...

ASSALAMUALAIKUM...


semalam...
tiba-tiba mengadu kat AR...
"malas la nak balik AS...nak dok SP la..."
"alaaa,kenapa ni?"
"saja...rasa mcm nk dok umah ni, nak dgn mak...nanti kawen dah x boleh duduk dgn mak"
*gila gedik alasan*


jgn salah paham.bkn berkmaksud aku x suka dgn kerjaya aku di AS.bkn aku x selesa di AS. cuma aku nak menghabiskan mlm2 aku di SP. maksudnya, aku x kesah terpaksa berulang dari SP-AS setiap hari asalkan mlm2 aku blh tidur di SP.
mungkin ramai yg ckp ini disebabkan faktor kebiasaan akibat berMC du rmh selama 8hari. ya, mungkin juga. tp dari dulu, aku mmg suka bermalam di bilik kayangan aku tu.
ahhh,abaikan bisikan nurani tu. pagi tadi aku dah balik AS dgn hati yg sarat berat. ptg tadi ada follow-up gusi. oh bkn folo up sgt pon,nak buka jahitan sebenaqnya. arggghhhh ngeri!


dan aku sgt bersyukur dgn gigi aku yg nyata degil ni. disebabkan aku gigi2 aku sentiasa aktif, beberapa benang dah tertanggal sendiri. oh. aku xtaula tertanggal ka reput ka. atau aku dah tertelan benang2 tu bersama bihun sup yg aku mkn. tp yg pasti byk benang yg dah xdak. maka tadi tinggal la benang panjang2 bulu mata ja tadi. tp cukup utk buat aku berasa ngilu.


bersemangat aku melangkah dgn harapan dpt jumpa dokter kacak. alih2 dokter india lelaki yg rawat aku. gulp! mujoq la dia kiut sikit.sikit jaaaa!
aku tgk dia mcm baru belajar. mcm slow ja buat keja. gaya pegang alat2 pon mcm canggung lg. aku pon saja la acah dia. buat muka mcm tempe,konon aku sdg takut gila. dia pon kata "kalo adik takut adik tutup mata,jgn tgk tau". bila dia mula hulur gunting, aku kerut muka dan buat bunyi2 sikit. konon2 sakit amat. terhenti kejap keja dia.hahahahah kesian dia gabra!


mujoq dpn aku ada sorang dokter muda-bergaya-kachak-kelakar-ramah-baik (amboiii puji melangit nampak!) sdg 'melepak' di situ.hohohoho~saja la aku buat2 sakit konon2 manja-menggoda.coihhh mintak penampaq!
apa saja yg doktor tu cakap aku senyum-gelak-angguk-geleng
ada ke patut dokter hensem tu cakap "awak ni kelakar la".coih! hey dokter,taktik lama la nak mengorat~~~


now aku dah mula rasa nyut-nyut.adoiii awat la pulak gusi aku ni.harap2 x melarat la.setakat follow-up tadi,ALHAMDULILLAH kesan operate hari tu mengalami proses penyembuhan yg baik~ yeay lps ni blh mkn daging bakaq!  :)

CIRI-CIRI SEORANG SAHABAT SEJATI~

ASSALAMUALAIKUM...


anda punya sahabat? yg kononnya sejati sehati sejiwa?


tahukah anda siapa itu S.A.H.A.B.A.T???
meh sini aku nak kongsi ciri-ciri sahabat di mata aku


1. seorang sahabat haruslah nampak baik di hadapan anda dan kelihatan suci di mata dunia. kalo xdak ciri ni bkn sahabat lah namanya!


2.sahabat sejati adalah insan yg anda tolong ketika dia susah dan anda menjaganya bagai menatang minyak yg penuh ketika dia sakit.


3. sahabat mestilah mempunyai 'angin kuskus' iaitu secara tiba2 buat 'muka taik' kepada anda tanpa alasan munasabah. coihhh ingat dia sorang berangin!


4.sahabat adalah insan yg bertanggungjawab menaruh syak wasangka terhadap anda kononnya anda adalah penyibuk nombor 1 hal kisah cintanya.piiiiiiiraaahh! aku pon ada kisah cinta sendiri la wei,lagi romantis kot!


5. sahabat terbaik adalah insan yg 'mendekati' anda ketika subjek yg anda mahir dan 'menjauhi' anda ketika subjek yg anda lemah. well done!


yg penting sahabat mestilah PERASAN BAGUS!hohoho~
itu ciri2 sahabat di mata aku. bagaimana dgn anda? apa ciri2 seorang sahabat di mata anda?


kerana itulah sampai sekarang aku TIDAK mempunyai sahabat. ya, aku TIDAK perlukan sahabat. apa yg aku ada BEST FRIENDSSSSS~
sbb best fren adalah insan yg paling best utk dimiliki.hehehe
kalo aku rajin aku update ciri2 best fren pulak yer.


TERIMA KASIH kepada semua BEST FRIENDS yang masih sudi bersama saya ketika jatuh bangun saya. 


i love u all damn much! ^__^

Sunday, November 13, 2011

TAKUT!~

ASSALAMUALAIKUM...

dah selesai solat maghrib, masih di opis. berpura-pura bz menyiapkan segala tugas sebelum meninggalkan opis beberapa hari. ya, esok ada dental surgery!

sumpah takut! dah kena hari tu. cukup dasattt. kali kena hadapi lagi. lebih dasatt. esok gusi kena jahit. kena cucuk dalam2. takmaooooo! :(

Saturday, November 12, 2011

11-11-11 : PELAMIN ANGANKU MUSNAH~

ASSALAMUALAIKUM...


tgk tajuk aja semua dah cebik. ahh lantak kau la nak kata aku fanatik ka kejadah. bkn aku ja tp semua pon pakat dok hapdet benda yg sama. gasakkk!
aku bkn nak cita ttg keterujaan aku dgn tarikh ni,tp saja aku nak bebel.kesah???muahahaha~
oke jgn nak cakap aku sama ja dgn org len,gelabah je bila muncul tarikh ni. ekceli aku dah lama nantikan tarikh ni tau,bkn aku saja gelabah mcm korang! (chewwahhh korang je?)


meh sini aku nak bongkarkan rahsia cinta kau yg tragis yg x pernah ada org tau~oke sebelom baca sila nanges dulu~ambek feel....................
kalo korang penah baca sejarah cinta aku dgn AR (bluekksss), korang akan tau mcmana kami blh kapel. aku malas nak link-linkan, pepandai la korang cari sendiri (bajet retisss menang anugerah skrin).
lps kami kapel, mmg kami dah tetapkan matlamat nak kawen. diulang, nak kawen! ya, bunyi mcm merenyam ja, tp tu la matlamat kami. bkn kami sja2 kapel syok2.


kami tetapkan matlamat, 3tahun! means,2011 mesti kawen!!!paham dak,mesti kawen!!! (awat aku emo niiiiii)~ aku pulak, walopon x penah men nombor ekor, tp aku agak taksub dgn nombor. aku suka tgk tarikh2 yg cantik, tp kena tgk jgk la hari apa. belek punya belek sekali 11-11-11 jatuh hari JUMAAT. nahhh penghulu segala hari oiii, elok sgtla nak nikah. seminggu kemudian 19-11-11 (besday X) jatuh hari sabtu, molek ler buat kenduri sebelah pompuan dan esoknya 20-11-2011 (besday XX) kenduri sebelah laki. perghhhh mmg cun la perancangan kami.


dan semenjak tu AR mcm org sawan dok belek kalendar tulis nak kawen-nak kawen. bkn miang nak kawen tp sakit otak pk mcmana nak cari duit nak kawen!muahahahaha~ aku tau yg kami x mungkin mampu bersedia dr segala segi dlm tempoh sesingkat itu, namun matlamat utk kawen x pernah berubah oke. maka hari ni, 11-11-11 dah berlalu, apa yg jadi?nothing kan???
so kita hanya merancang,DIA yg tentukan.


bila aku akan kawen???DIA je yg tau. mcmana kami merancang sekalipon, DIA saja penentunya.


so amacam, tragis dak cita aku???tragis dakkkk???
muahahahahaha


***jgn marah,entry suka2~lalalala ^__^

Wednesday, November 9, 2011

AKU BUKAN LESBIAN!~

ASSALAMUALAIKUM...

Plan asal, nak mengimbau kenangan di LeBOSS bersama gegerls. tp apakan daya, dokter dah blk shah alam. maka kami teruskan niat berdating.maka suatu hari di hari Jumaat, aku dan teman wanita aku berdating semalaman berdua2an. ya, kami berdating! mmg betul2 gurl event.

~duta LeBOSS~
petang jgk la baru ern sampai umah aku. bersama porsche beliau, kami menuju ke LeBOSS. kami memilih tempat yg paling romantis memandangkan kami berdua sahaja. dan dalam suasana romantis inilah aku telah mengumumkan sesuatu yg romantis kpd beliau. oke aku sgt malu ketika itu! @__@

~sumpah sedappp kalah sesumpah!~
yeah ini menu kami. menu mcm biasa (padahal baru pi 2x). erin : chicken grilled + mashed potato + chicken bolognese (RM15.90). menu aku : chicken chop + italian salad + chicken bolognese (RM10.90). murah kan??? perghhh! nikmatnya semua menu ni!

~lazattt!aku rasa pihak LeBOSS patut bayar royalti kat aku~
lama jugak kami landing kat situ. mcm2 gussips dibongkar, pelbagai masalah negara dpt dibincangkan dan diselesaikan. ya, kami puas. kemudian ke destinasi seterusnya. funfair! kalo ikut nafsu muda-mudi kami ni, nak aja merempit ke penang, duduk tepi pantai sambil makan eskrem + gusip2. oh heaven! tp demi keselamatan, niat itu dibatalkan.

~ala Hong Kong Disneyland kan?~
nak cari parking ke funfair ni mmg memerlukan kesabaran yg tinggi. at last kami parking kat nasmir dan berjalan2 itik ke funfair. niat hati nak main alat yg paling ngeri,tp apakan daya ern pi pakai pakaian kebangsaan pulak. kang x pasal2 terangkat abes. maka kami naik benda yg sounds soft aja, like sutun~

~nampak tak belalai sutun kat belakang tu?~
gila romantis naik sutun berdua mcm tu. xdela laju/gayat mana pon tp jeritan haruslah mengancam nyawa. baru feel final destination. oke jgn celopar! ya,best jgk sutun ni. bila tinggi tu rasa di awang-awangan. melampau kan~


bila tgh seronok2 berjimba dgn teman wanita tu, tiba2 teman lelaki nak jumpa. nak itu la nak ini lah. maka jumpa aja kat funfair tu, senang. alang2 si Laan pon teringin nak ke funfair tu. maka mari beramai2 ke sana. ceh! konon ja. apa pon x main. pi cuci mata ja~

~tangan2 si gagah perkasa~
then xtau ke mana, dgn niat nak tunjuk kehebatan sg. petani kpd ern, bawak mereka ke Frutti Frutti pulak. tgh2 malam mkn eskrem, apa salahnya kan? bajet romantiks kan? yeah, heaven sgt dapat lepak kat sini bersama mereka! mereka awesome!!!

~gigihnya mereka berusaha utk dapatkan angle gambar aku yg paling cantik~
~yg sedang mengonline,pastinya aku.saja nak hebah kat dunia secara live~
lepas tu, dua jejaka ini pulang entah ke mana, aku xmo ambek tau. yg pasti, aku & ern masih berkhalwat. kami ke jam besar utk minum2 sbb dahaga makan eskrem tu + byk bercakap. muahahaha! then kami berdua terus-terusan berkhalwat di dataran sungai petani pulak. berborak berdua kat situ mmg sgt heaven. feel mcm kat korea ja (mcm la penah pi korea).

~laan : bakal in a relationship dgn ern~
dah letih bersembang, terus ke umah ern utk check-in. waahhh di sini la segala rahsia terbongkar! rupa2nya kami berdua mempunyai satu keajaiban yg sama di mana org lain xkan ada! terbaek! sampai ke subuh dok bergelak-ketawa berdua. sgt x sangka dgn penemuan perasamaan ini!


yeah, kesimpulannya, ini adalah antara malam terindah di antara malam2 yg pernah aku lalui. dan mengapa aku spent mlm ni dgn ern? anda akan tau jawapannya~


Tuesday, November 8, 2011

GUNUNG KERIANG~

ASSALAMUALAIKUM...

anda pernah dengar ttg GUNUNG KERIANG?Aku malas nak tunjuk ilmu geografi aku, so sapa nak tau boleh la tgk kat sini. now, ada satu projek yg opis aku buat kat gunung keriang ni. akan datang akan dikomersialkan sbg pusat pelancongan. sekarang masih dalam proses.

ni cerita bln lepas,harap maklum.
disebabkan aku suka xtvt lasak (bajet gadis advanture) maka aku menyimpan keinginan utk me-rabat gunung ni. aku suarakan hasrat aku kat arkitek aku, kak shida. dan kak shida allowed aku ikut dia pi site inspection. seksaited gila lah aku, x sabar nak nak tunjuk macho. maka pada hari yg ditetapkan, aku bangun awal dan bersarapan siap2, konon2 nak spare tenaga. then ke opis, naik keta kak shida menuju gunung keriang itu.


ya, ada tower di sini. sila jgn terkejut. aku bersemangat konon2 xmo naik lif, nak naik tangga, baru kental! sekali semua org nek lif, terpaksa la aku ikut (terpaksa la sgt). dah sampai di tower, perlu melalui 'bridge'. bg aku, x berapa gayat.kan aku kental!


aku ingat dah sampai la tu kan takat bridge. rupanya tu baru permulaan. lps merentas bridge, kena mendaki bagai utk sampai ke pintu gua. 


dah sampai di pintu gua, kena pulak turun naik tangga. mak aihhh! dalam gua pulak, ada walkway utk pengunjung menikmati keindahan dalam gua itu. bg org yg xdak sensitivity terhadap alam ni, mungkin x kan rasa apa2. tp bg pencinta alam mcm aku ni, tempat ni sgt menarik!!!

minggu berikutnya, x pasal2 aku kena jdai bidan terjun utk site inspection kat gunung keriang ni. dah la aku xtau pape, tp ttp pergi dgn wajah konpiden~muahaha! aku bawak lah si trainee sbg bodyguard. kental kan? memandangkan semuanya unplanned, maka aku sampai lambat. tym aku sampai org len dah sampai atas. dem! maka terpaksa la aku guna lif. sekali lg x dpt nak tunjuk macho panjat tangga~ (alasan)

sampai2 terus ikut mereka2 yg lebih arif dgn selok-belok gunung tu masuk site dan check apa yg patut. memandangkan kali ni bawak lah, maka ada la gambaq2 poyo aku sbb ada tukang nak ambik gambaq kan.


gila letih tau panjat gunung ni. tinggi hoi! peluh sampai boleh perah la baju aku. tu lihat wajah saya, itu semua peluh, bkn percikan hujan~


so kpd pencinta alam seperti aku, nantikan kemunculan pusat rekreasi ni. sgt menarik!!!



***agak2 boleh kuruih dak dok mendaki ni???hampeh ja!

ALHAMDULILLAH~

ASSALAMUALAIKUM...

ya, ALHAMDULILLAH...itu aja yg mampu aku ucapkan. utk progress setakat ni, mmg berjalan lancar. sgt lancar. syukur yg tak terhingga ke hadrat Ilahi yg telah mempermudahkan jalan kami setakat ini. hilang segala debaran.

ya, perasaan yg aku alami sekarang, sgt luar biasa. yg tak mungkin sama spt org lain. syukur krn diberi peluang merasai nikmat ini.

semoga laluan akan datang turut dipermudah.

AMIN~

Thursday, November 3, 2011

LUNCH DI TEPI SAWAH~

ASSALAMUALAIKUM...

Ni kisah minggu lalu. kejadian berlaku pada hari sebelum kami beraya (DEEPAVALI), 25 Oktober 2011. alkisahnya bos dah gitau sehari sebelum tu, yg dia nak belanja kami lunch. maka semua pakat berlapar lah pagi tu. kebetulan pagi tu ada satu meeting di opis, bapak lama la pulak meeting tuh! kami kat belakang dah menggelupur kelaparan.

~on the way. testing kamera~
dah pukul 12.30 lebih baru kami gerak. dah lewat! kami makan somewhere area jalan ke alor janggus. depa panggil kedai 'bumbung kuning', so aku xtau la apa nama i/c kedai tu. masa kami sampai, betul2 tym lunch. so org ramai. lauk bakar2 pon dah byk yg abes. waaa kempunan aku nak makan ikan siakap bakar! T__T


maka dapat makan ala kadar je. sotong bakar, daging bakar, kerang rebus, ikan pari bakar, sup daging, terung masak dot dot, ulam-ulaman, blablabla~ ala kadar je kan?
sbb before ni bos dah penah belanja kat sini, memang kami makan meriah gila. mcm2 lauk grand2 gittew! sbb masa tu kami kuar awal. tp xdak la entry sbb masa tu aku kan baru keja, mana nak posing2 mcm skrg kan. mesti ayu2 je. makan pon tunduk2 gitteww~ 
~di kiri ialah kak not, mama aku. kanan adalah kak lin, kaka tiriku~
aku makan depan abg bry. eh, dia yg mai dok depan aku. mmg x dok diam la. ada ja nak kata kat aku. xkan aku nk biaq kan? menjawab la jgk. mmg riuh. dah tu, dia ni badan ja kecik, tp makan nak lawan aku. mmg meja kami abes lauk paling awal la.

~kombinasi hebat aku & abg bry~
kami makan bawah pokok, tepi sungai. sambil makan, angin bertiup sepoi2 x paham bahasa. perghhh mmg nikmat. dgn perut yg memboyot, mmg rasa mcm malas sgt nak bangun. lepas makan semua pakat sidai perut bersembang2 dulu, then baru gerak balik opis. oh rasa mcm nak tidoq situ ja! ^__^

~semua pakat khusyuk dengaq abg bry dok gebang menda ntah~

~tym ni semua pandang bos. mungkin tekun dengar pengumuman dari bos yg konon nak bawak kami pi jalan2 cari pasal kat korea. oh, yg duduk atas tembok lain dari org tu la abg bry~

***tadi bos belanja lagi. nanti la aku hapdet kasi berdarah idong yerr
 

Wednesday, November 2, 2011

RAKOK SEAFOOD~

ASSALAMUALAIKUM...


masih ada lagi entry basi ttg bulan ramadhan. muahaha! sukati aku la kan nk cita pa pon kan. sapa soh ampa baca jgk! :D
oke kali ni ttg majlis berbuka posa bersama opismet anjuran boss besaq.hohoho eksaited sbb ni 1st tym aku join.bulan posa opis aku beroperasi 8.30 pg - 4.30 ptg. awal gila kan balik?lps rehat tu dh siap countdown pukul berapa nak cabuttt~


untuk kali ni,kami memilih Rakok Seafood. urusan tempah-menempah telah diserahkan kpd faiz. so kami pi,lenggang2 je. aku pi dgn ain, si trainee. sekali tgk, atikah pon ada sekali. weeehuu~
tym tu, kak not sekeluarga dah sampai. sementara tunggu yg lain2 datang, lepak2 aja lah tepi2 kedai tu. majlis ni disertai oleh semua kakitangan RMS dari semua cawangan. err, cawangan shah alam x terlibat la. jadi keja pulak nak mai kedah semata2 nak berbuka posa~huhuhu


~gambaq curik kat gugel~
bila dok sembang2 tu, sekejap ja dah nak masuk waktu berbuka. semua pakat serbu meja makan. perghhhh, banyak gila kot menu! sup daging, ikan siakap masak stim, ikan siakap masak 3 rasa, sotong goreng tepung, udang goreng pedas, telur dadar, ulam2an, kailan ikan masin,blablabla~
beberapa puluh minit selepas azan, baru AJK pembeli kuih sampai. depa ni lambat sbb pi beli kuih, konon2 appetizer la kan. nak bukak posa kena mkn manis2.huh. 
depa beli dadih 50 buah (btl ka penjodoh bilangan ni?) dan beberapa jenis kuih.





memandangkan kami ramai sbb semua yg datang bawak family. ya ini mmg untuk semua keluarga RMS. kami terpaksa duduk di meja berasingan. ini keluarga kak not. semua mai. her hasben, 2 boys & 2 gegurl~





ni pulak keluarga kak shida, my architect. semua hadir kecuali anak sulung, anis.





ini keluarga abg kamarul & abg is. wife diorang masing2 tgh preknen ^__^





ini pulak 'keluarga' bujang terhangat. di belakang adalah family abg bry. si kecil itu adalahanak kembar abg bry yg sgt suka makan ikan. sampai ke meja org dia cari ikan.muahaha.adehhh~





dan ini...'keluarga' gadis melayu pilihan ibu mertua~muahaha





perghhh..makanan mmg banyak. semua makan sikit2 je. at last sapa yg susah? aku jugak sbb aku yg kena habeskan~ hohoho
yela, kesian bos bayar mahal2 tp makan x abes. btol x???





tapi... xleh lawan family kak not, abes paling awal. *larikkk




lepas mkn, semua pakat borak2 kejap. yg budak2 pulak, bila dah jumpa geng, pakat main macam2. yeahh mmg restoran tu kami yg punya la!




dan part paling best, sebelum bersurai, dapat duet raya ~hoyeahhhhhhhhhhhhhh!


syok sangat ye kau???

*** tq boss! ^__^

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...