[go: up one dir, main page]

CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 29, 2011

CUTI SAKAN!

ASSALAMUALAIKUM...


15 SEPTEMBER 2011/KHAMIS
akhirnya dapat MC *lompat tinggi2 sampai top hung*
balik umah terus kemas2 bilik sket,kemas barang then terus ikut mak ema ke shahab
nasib aku baik,sampai2 je terus ada bas ke SP
dlm bas harus lena mimpi indah bagai naik cruise kan
sampai SP kol4 abah dah sedia menanti
sampai2 umah terus sambung tido.alahai perangai~
malam : tiada apa yg menarik.hahaha


16 SEPTEMBER 2011/JUMAAT
dah nama pon hari cuti, haruslah bangun lambat kan
namun tidurku dikejutkan dgn suara2 bayi (lah sgt) yg gemersik
oh no! abg tiba bersama kak ipars (plural) dan anak menakans (plural jgk)
gilabest! maka hari itu mmg riuh umah mak abah
tghari kami masak beramai2
aku ambik part potong2 ja. sbb?
rugi la ada kak ipars kalo x buli soh masak kan?hahahaha *gelak jin*


menu utama : pucuk ubi masak lemak tempoyak cili padi
(kandungan : petai,udang,pucuk ubi,dll)
ini menu kesukaan aku.merengek2 mintak mak buat
menu lain : ayam masak kicap.bendi goreng,dll jgk
lps solat jumaat semua mkn beramai2.oh sungguh heaven oke!


lepas tu pakat borak2 + men ngan anak menakans kat luar
then pakat tido terbungkang di setiap sudut rumah.amazing!
bangun je tido,mak ajak abg pi beli tikar buluh apa ntah
apa la mak ni,org beli b4 raya,ni dh nak deepavali baru nak beli
abaikan ja.kehendak mak wajib dipatuhi
sampai 4 gulung mak borong.gasakkk


lepas maghrib terus siap2 ke KFC
abg & kak long nak belanja anak menakans (kononnya) yg sgt2 suka KFC
padahal umi yg syok lebih.KFC pebret umi jgk oke!hahaha
kami menuju ke KFC di TESCO (tesco apa ntah yg dkt giant tu)
abah & mak kena tinggal ye (depa kena pi surau waktu2 mcm ni)
masa kat kepsi tu si yong punya la buas.grrrrr betoi la
potong seting (stim bak kata org ganu) je aku nk tokak ayam
yg bedal plg sakan tentulah aku & najwa
yong pulun mashed potato ja
paling x sangka, si hero pon pulun nk kepsi jgk
si hero mkn byk gila mashed potato!!!


after that (ewah ckp london lak!) ikut kak long shopping novel kat popular
disebabkan yong dah membuas, aku bawak dia ke game centre
niat asal aku nk main 'hockey' dgn najwa
disbbkan yong meragam aku terpaksa korbankan token aku dan campak dia ke dlm kapal terbang pusing setempat tu (alah yg mcm mr.bean main tu)
dia pulun nk naik tp bila menatang tu bergerak tau plak nk terjun
maka aku hantar najwa sbg pramugari menemani yong!haha
dan aku plak pi men bola keranjang


dkt pukul 11 baru kami blk
tapau kat mak mashed potato & air cook (mak sebut camtu)
sampai umah lepak2 lagi sambil borak ngan family
walaupon sekadar bual2 kosong kat umah tp its demm heaven oke asalkan bersama family
agak terkilan sbb bang pit xdak
dia x dpt blk sbb perlu berkhidmat utk negara (bkn mengikuti kem latihan khidmat negara ye)
kalo tidak mesti lg riuh


17 SEPTEMBER/SABTU
mcm besa,pagi2 buta lagi dah kena kejut dgn anak menakans
amat memalukan!
pagi ni aku bawak yong beli nasi lemak
mak & abah pi umah kenduri
lps mkn,goyang2 kaki kejap, sambung tido pulak
around 12.30, pegi hantaq kak ipaq & hero balik
ni last aku jumpa hero
nak nanges!nak nanges!nak nanges! :(




lps zohor,aku mcm besa jadi supir
kali ni bawak najwa,kak long & yong ke pantai merdeka
ada open house anjuran pas dun pantai merdeka (kalo x silap)
sblm tu singgah umh kenduri kat tmn sri wang
blk dr pantai merdeka,terus aku terbungkang
letih! maghrib baru bangun
itu pon yong yg kejut.malu again!


mlm xde buat apa sgt
yong ikut pak long & mak long dia pi makan
aku & mak tgk bola kt tv 1
bila abaj blk dr surau, abah join
bila abg & kak long blk, tgk kami dok tgk bola,depa pon tido
hohoho dasar xdak smangat kesukanan kan! ahah


18 SEPTEMBER/AHAD
seperti besa jgk,yong yg akan kejut aku bangun
sedar2 semua org tgh bekpes dah.how dare!
menu pagi tu,roti canai.terbaekkk!
misi hari ini : deko bersama juicy!
waaaa dah la smalam tido lambat
pagi bangun awal,kena buat keja berat plak (berat la sgt)
aku akan mengubah kedudukan segala perabot blm bilik
serta mengemaskini apa yg patut
dgn bantuan abg & kak long
yelah,mana la daya kudrat aku nak alih katil kayu balak aku tu!
bila dah siap semua,makkkk aih hepinya!
ntah mengapa tiba2 kepala aku teringatkan AR & erin!
terus aku msg erin leong.rasa mcm nak soh dia mai tidoq bilik aku skrg jgk!


bila semua dah setel,semua pakat siap pi kenduri plak
kenduri umah kawan abah
ini yg aku respek ttg abg & kak long
even dah kawen diorang x kesah kalo ikut mak abah pi kenduri
gila grand kenduri umah kwn abah
penuh keta mewah berderet dpn umah
rupanya menteri dtg
tapi aku x kenal pon menteri tu even tgk dia dari jarak dekat (dia dtg salam dgn abah & abg)
maklumlah aku kan lagi glamer *kibas2 rambut*


after that blk umah,abg & kak long pon blk umah dyorang
sambil antar yong
harini last jumpak yong
gila sedih bila dia bg satu set lengkap kisses
(pipi,dagu,idong & dahi)
peluk ketat2
sediah amat bila lambai dia kat keta :(
ntah bila blh jumpa lg
dan lps tu,aku pon gerak balik a.star




***walaupon cuma cuti 3 hari,walaupon tidak ke mana2,walaupon sekadar di rumah,semuanya terasa cukup indah,cukup happening bila dapat berkumpul bersama keluarga tersayang. terasa mcm cuti sem pulak! love my family! :)
jumaat lps,yong dan hero dah balik sabah. entah bila dapat jumpa lagi. lepas ni kalo jumpa pon,pasti dlm keadaan yg berbeza.yong mungkin makin tinggi,hero mungkin makin kurus. demmm misssss them! =.=





Wednesday, September 28, 2011

KISAH DI NERAKA


ASSALAMUALAIKUM...

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

“Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.

✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

***peringatan untuk diri sendiri,juga kepada semua~

Monday, September 19, 2011

LUMRAH HIDUP~

ASSALAMUALAIKUM...

perjalanan ke langkawi berjalan lancar
kami bertolak selepas subuh
sampai jeti kuala perlis sempat sarapan dulu sebelum berlepas jam 8.30pagi
bot alahai la slownya,rasa mcm naik rakit
maka mustahil lah aku mabuk laut kan?alhamdulillah~
sampai sana dah almost 10am,
ambek teksi terus ke Majlis Perbandaran Langkawi



gelabah gila ingat kami dah lewat
rupa2nya kursus tu buat by group
dan group aku (PSP) bermula pada jam 11pagi
sempatla relaks2 sekejap sambil cuci mata tgk peserta lain yg kacak2
kursus berakhir jam 1ptg
diteruskan dgn jamuan mkn tengahari
menu : nasi ayam
alahaiiii mebelllesss gila!!!
malangnya aku sakit gigi
telan jela ayam tu secukup rasa!
pastu sempat la singgah kedai cekelat HIG
then ambik teksi terus ke jeti
ambek bot 2.30ptg
sampai umah almost 5pm

mlm tu,lepas makan,around 8.30pm kot
terus aku terbungkang
sedar2 dah pagi
adesssss,tido mati!
entah berapa miskol,apatah lagi msg mmg aku xlayan
sebenarnya x sedar langsung
KESIMPULAN : saya x suka p langkawi.memenatkan.x suka nek bot,saket pinggang!

INFO : sakit gigi menjadi2 =.=


***Tajuk mcm xdak kaitan kan~lalalala

Wednesday, September 14, 2011

LANGKAWI ISLAND

ASSALAMUALAIKUM...

haaaaaaaa!!! mesti ramai yg terkejut dgn kehadiran aku di pagi hari ni kan?
oke ampa terkejut pon. maaf aku perasan
mesti ampa ckp
"elllehh nak terkejut hape,taw dah dasar guna line curik, blh la on9 sampai pagi"
ewwah2 lazernya mulut kau senah, nak lawan aku nampak?!
ey hello, ingat aku batak sgt ke? *batak tu hape ek?bedal jelah!*
aku sekarang sdg menggunakan line yg halal oke
amboiii kenyataan mengalahkan tauke colgate kan



semua mesti tertanya2 juicy di mana?juicy di sini kahkahkah
aku skrg ada di rumah kak nott. mengapa?
ini adalah transit aku sebelum berlepas ke langkawi esok
ewwaah ayat mcm nak nek flight pi afrika je kan
padahal nek feri je pon! kwengkwengkweng~


act ni baru kali ke-3 aku ke Langkawi
kesian kan? rakyat amerika dah berkali2 hanimun di sini
aku baru terhegeh2 nak pi
kali terakhir aku pi pada tahun 2003
ini bermakna sudah 8thn aku x naik feri langkawi
entah aku mabuk laut ke x aku pon xtau
gasak lah!




esok ada seminar/kursus/whatever ttg OSC online LANGKAWI
aku & kak nott selaku TA *bunyi mcm riak je kan* perlu menghadirinya
patutnya kami tido sana mlm ni 
tapi disebabkan kak nott ada komitmen lain
maka kami terpaksa bergegas subuh2 esok
maka utk memudahkan kerja,aku bermalam di umh kak nott

tadi CK yg tlg hantar aku ke mari *thanx baby*
then dia temankan aku bukak posa
menu kami : nasi goreng kampung+nasi goreng ikan masin+tomyam ayam+ayam masak pedas+kerang bakar+barli ais+milo ais=ALHAMDULILLAH
wallaweyhhh sedap gila kot makan tadi
dkt Alor Setar susah gila nak dpt masakan sedap mcm ni
kira puas hati la berbuka tadi!

tiada apa sgt aktiviti yg aku lakukan di sini
sesampainya aku di sini, terus mandi,solat,baca novel dari tadi sampai la kol 1 tadi aku on9
now x tido lagi,esok kalo terlepas bot padanlah muka aku kan? =.=


INFO : kami akan naik feri di jeti kuala perlis. doakan cuaca esok baik dan segalanya berjalan lancar

Tuesday, September 13, 2011

PENGALAMAN PERTAMA KALI MENCURI

ASSALAMUALAIKUM...

errr tajuk jahil dak?hohoho
ampa semua pernah mencuri dak?
err aku pernah. 
ampa mesti nak kata aku jahat kan? :l

dah dua hari aku jadi pencuri
rasa bersalah tu ada la jgk
tapi rasa best tu lagi banyak kot
patut la org suka mencuri =.=

tapi jgn ingat aku mencuri aku dah kaya
ampa jgn berangan la nak soh aku belanja
sbb aku satu sen  pon x dapat
cuma aku dapat keseronokan ja
alaaah aku mencuri utk suka2 ja
biasala pencuri amatur lagi

aku curi apa???
jeng jeng jeng

hahaha
aku curik ni je pon
ntah sapa2 punya x reti nak boh password
dah tu on sampai ke pagi pulak tu
silap banyak la kan

mintak halal naaa
maaf zahir batin

***ampa pernah curi apa ek?

Monday, September 12, 2011

SEJARAH MUNGKIN BERULANG

ASSALAMUALAIKUM...

sejarah mungkin berulang
walau engkau ku maafkan
oh kekasih
tapi mungkin hanya sementaraaaaaaa



setoppp!!!
ewah aku over lak. sori naa semua aku ter-over-feeling pulak. aku bkn nak cita pasai sejarah cinta aku, jauh sekali nak cita pasai sejarah blog aku. dan bkn jgk nak cita ttg tomok yg dah jadi laki org tu.

tapi...
aku dah letih dengan isu sejarah malaysia skrg ni.hoh! rasanya ni 1st tym kot aku nak ckp pasal isu semasa.maklum lah selama ni aku suka bergossips aja.suka bercakap ttg melodi dari 360. tapi kali ni aku dah hilang sabar. eh melampau pulak. yang sebenarnya aku rasa kelakar sangat.

sekarang ni kalo baca paper or tgk berita, mesti aku golek2 tungging terbalik. dasat kan cara aku?hohohoho. itu bkn cara aku menghayati berita la! itu sebenarnya reaksi aku terhadap isu sejarah di malaysia sekarang ni.

apa yg lawak sgt eh sampai aku beraksi demikian???hahaha.bagi ampa mungkin biasa. tapi bagi aku lawak GILA. sbbnya??? berpunca dari kenyataan MAT SABUSEJARAH dah jadi matapelajaran penting mengalahkan pendidikan jasmani. sana sini org cakap pasal sejarah. yg berpendidikan tinggi pon (kononnya) mula pulun nak study sejarah mcm nak ambek SPM semula. dasattt! aja, tiba2


tiba2 ja semua org nak ckp pasai sejarah, nak kaji sejarah. semua pakat nak ngaku depa tau sejarah. semua pakat dabik dada kata depa sangat CINTAKAN SEJARAH! dan2 semua pakat pelihara sejarah la,memartabatkan sejarah la bagai. majlis raya pon masih cita pasai sejarah? 

 
yg lebih lawaknya. masa ni la dan2 muncul pelbagai pihak mengaku pernah lawan komunis la kena tembak la apa la. semua pakat nak mengaku wira. bkn aku nak kata depa ni menipu, tp aku nak kata LAWAK sebab tym2 ni la pakat nak mengaku hero kan?hohohoho


tv pon kemain lg kan dan2 tayang filem BUKIT KEPONG kan?

oke tu saja. aku nak cakap yang LAWAKnya sbb benda ni jadi secara TIBA-TIBA!!! 
apa pon tahniah la. disebabkan jal ni semua org mula menghargai sejarah kan. sbb dulu2 ramai kawan2 aku yg bagi petua, kalo susah nak tido mlm2 bukak je buku sejarah.kompom lena!

INFO : aku sangat suka sejarah sejak di bangku sekolah, sentiasa dapat A ok!

SALAM SYAWAL

ASSALAMUALAIKUM...

agak2 kalo aku post entry ucapan raya ada org nak gelakkan aku dak?


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR  BATIN

ok dak kad raya edisi terhad aku nih? terasa kan syawal yg hening bila tgk gambaq ni? oke maaf imaginasi terlampau. 
aku tau aku agak ketinggalan nak wish semua ni, tp who cares kan?raya sebulan kan?paling penting,nk mintak maaf x perlu tunggu hari raya kan?

maka di kesempatan ini,aku ingin menyusun seberapa banyak jari yang ada untuk memohon ampun dan maaf sekiranya aku ada menyakiti hati  atau tersalah laku sepanjang diri bergelar blogger .

maaf kepada semua rakan blogger, yg pernah jumpa or tak pernah, maaf kalau ada apa2 yg anda tak berkenan tentang kata2 di blog saya. suka hati saya la nak tulih hape pon kan?kuikuikui~ *saya???*

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...