[go: up one dir, main page]

CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 29, 2013

HAPPY BELATED BIRTHDAY, SAYANG!~

ASSALAMUALAIKUM...

dah lewat, tp ttp nak buat entry. kang jd mcm senah & melah, konon nak buat entry kt depa tp last2 basi~
alasan, gambaq tiada dlm simpanan. hrp acceptable~


i dedicated this entry to my lovely fren, nor hatini salleh~
dear tini, happy belated birthday!
insyaallah akan sentiasa ingat besday tini
stakat ni mmg x penah lupa, tp xtaula dh ada anak nanti camna =p
ju doakan tini sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNya
dan jgk semoga perniagaan tini akan terus berkembang dan maju
sejujurnya, ju sgt bangga dgn tini krn memiliki perniagaan di usia yg muda!
tak lupa, semoga jodoh tini dgn si dia berpanjangan
serta dpt meneruskan hubungan kalian spt yg dirancang
akhir kata, semoga tini sentiasa bahagia~ 


wahahaha itu ucapan ikhlas dr lubuk hati aku & baby (eh?) utk tini
tini ni satu2nya SAHABAT aku dr POLISAS dulu
dlm byk2 kawan, tini special... sbb tini satu2nya kawan yg :-
mintak maaf sbb takut aku terasa dgn gurauan dia
tumpangkan aku kt bilik dia bila aku menyampah tahap nak mampus kt roomate aku
tlg ironkan baju aku bila aku kalut siapkan design
tlg masakkan megi utk aku masa aku tgh bizi bt design
temankan aku buat keja sampai pagi
hadiahkan aku baju corak songket, cantik gilosss!
hadiahkan aku kain batik masa aku melawat kelantan
pinjamkan duit kt aku masa aku mula2 nak cari keja
(tini adalah manusia pertama yg aku pinjam duit bila aku btl2 susah, xtau knapa tini menjadi pilihan)


dan terima kasih byk2 tini sbb jd kawan ju yg paaaaaling baik!
seumur hdp mmg xkan jumpa kwn lain yg mcm tini
yg jenis baik2 sweet2 gitu
masa tini pindah dulu, ju nanges dlm toilet lps lambai tini
tini jgk jenis yg sgt tak berkira dgn kawan
ckp pon lemah lembut dan menyenangkan
terima kasih mai jauh2 semata2 utk tgk ju nikah
tlg inaikan jari ju mlm sblm nikah, hargai sgt!
jd driver masa ju nak nikah
jd penyelamat sbb bawakan tudung & veil
semoga Allah balas jasa tini~
dan terima kasih jgk sbb sudi dgr apa jua masalah ju!
sumpah, i love you!
moga Allah kekalkan ikatan persahabatan ini T___T

*nakkk sgt jumpa tini lagi!!!*


Thursday, March 28, 2013

PINGGAN KHAS UNTUK UMI~

ASSALAMUALAIKUM...

haaa jgn xtau jusiza ni pinggan pon nk yg special. Divaaa sgt coihhh! Suatu hari tu jalan2 cs (lps blk klinik) t'jumpa la pinggan ni. Alaaa yg mcm pinggan spital tuuu. 

Kalo ikut hati nak yg bulat yg plastik mcm zaman aku dulu2 tu. Tp menyedari yg aku bakal menjadi seorang umi, maka tpaksa sedaq diri. Ambek yg besi ni.


Harga asal dlm rm10, tp diskaun 70%, kau kira sendiri la brpa rm ye~


Motif? nk guna masa berpantang. Berpantang nt kan umpama org skt jgk, so konon2 feeling mcm kt spital la kan. Drama sgt! konon nt senang la mak nk bwk nasi kt aku, xpayah angkut byk kali, juz asingkan lauk2 dlm pinggan ni. Terutama sambal belacan, blh ltak kt tmpat dia tu.

Mak & abah, bpandangan sesama sendiri, then ketawa tbahak2 lps aku cerita ttg keistimewaan pinggAn ni kt depa. Maunya depa x gelak. Kemainnn berangan dlm pantang nk mkn nasi lauk berbagai, siap sambap blacan lg! hoiiii org dlm pantang mkn nsi dgn ikan kering ja hoiiii!!! nama pon pantang kannn celah mananya nl letak lauk mcm2 kat pinggan tu???


Ohhh akhirnya aku termalu sendiri. Sobbbsss~

*kalo stakat mkn nasi dgn ikan kering tu bek guna pinggan kertas je! wuuuuu~


Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, March 25, 2013

9 bulan~

ASSALAMUALAIKUM...

xtau kenapa sjk diberi epoimen utk jumpa pakar pd minggu ke-36, mula la berdebar2 sgt nak tunggu masuk minggu tu. 36w = 9bln. ohhhh rasa nebes cmna ntah. berdebar2 sgt nk masuk 9bln. dan yg lbh buat aku berdebar2 adalah krn ramai jgk kawan2 aku yg bersalin pd minggu ke-36. jd minda aku dah set, masuk minggu ke-36 dh blh get ready la. terus masukkan beg spital yg dh 2bln aku siapkan tu ke dlm keta =p


dan aku telah menjalankan siasatan ke atas beberapa org kenalan ttg kelahiran mereka,

syazila : 36w
kak ema : 37w
naimah : 38w
kak lin : 39w
aini : 39w
ani : 39w
liyana : a day b4 edd
kak rai : 0n edd
kak cik : overdue
syaliza : overdue
fieza : overdue         

so berdasarkan data berikut, membuatkan aku lbh bersedia yg anytym ja baby blh keluaq. mama fana pon ckp baby dh cukup bln dah. kena bersedia fizikal mental. cuma harap2 jgnla baby keluaq masa aku kat loqstaq ni. minggu ni last daaa hrp baby dpt bersabaq ye syg~


dulu dok takut nak masuk 36w, padahal now dh 37w pon. sat ja masa berlalu. mcm xpercaya pon ada. dan last stage of pregnancy agak mencabar dr sudut kesihatan. kejap2 sakit rusuk, sakit pinggang, sakit urat. tym rht mmg rela xmakan, asalkan dpt tidoq dgn aman kt surau, xde lg nak letak2 kpala ats meja, baring terusss! blk keja, jgn ckp byk, mmg terus baring, sbb duduk lama2 kt opis mmg mengundang ketidakselesaan/keletihan. itu blm lg tym berulang sp-loqstaq! selera makan plk, alhamdulillah, blh je makan setakat nak hilangkan lapar tu. dan yg menghairankan, kerap plk aku membuang di akhir2 pregnancy ni, wuhuhuhu! sehari 4-5x masuk toilet. tido, mmg jgn berangan nk tido nyenyak ye. mmg akan terjaga jgk sbb sgt x selesa nk tido. 

maka dgn ini, aku ingin memohon ampun dan maaf kpd semua yg mengenali aku, kalo2 ada tersalah terkasar bahasa terguris hati. mintak maaf byk2. doakan perjalanan aku dipermudahkan~


Sunday, March 24, 2013

HARI TERAKHIR SEORANG GADIS~

ASSALAMUALAIKUM...

imbas kembali saat2 aku belum bergelar isteri org. kalo org lain mungkin tgh seronok/nebes. tp aku, sehari sblm akad nikah adalah hari plg sibuk dan meletihkan bg aku. besala masa ni la mula prasan itu xdak imi x siap blablabla~

bermula awal pagi, dlm pkl 5pg, aku keluaq sorang2, pi stesen bas sp tu utk pick up wani yg baru sampai dr klang. nahhh keja plg gila penah aku buat. pkl 5pg keluaq sorang2 hoiiiii!!! bkn x blh ajak mak abah teman, tp saja xmo nyusahkan depa. dah tu mungkin semangat pengantin baru yg ada dlm diri telah membuat aku immune, jd lbh kental dr biasa. apapon syukur xdak apa yg x elok berlaku. lps ambek wani tu sambung tido dlu, bg wani rest semua.

pg tu, buat sentuhan terakhir utk hantaran. alahhh hantaran 3 dulang je pon, buat teruk sgt kan. kemas2 umah bt kali terakhir. tukaq cadar, langsir bagai. fuhhh mmg penat! tu laaaa last minit baru hegeh2 nak buat. mmg fuhhh laaaa~


Ptg, dlm pkl 4ptg keluar ke pekan sp utk pick up tini & soda pulak yg baru tiba dr kl. sampai2 tu tgk depa tgh makan kt gerai kt stesen bas tu, maka kami pon join. sbbnya aku mmg tgh lapaq pon. best sgt bila dpt bawak 'org luar' rasa makanan kedah. berselera sunggoh depa! wani, makan laksa 2pinggan. sedap dan murah katanya, kat kl mmg xdpt. aku pulak makan mi grg. dh habes sepinggan, order plk char koteow sbb trgoda tgk cha koteow tini mcm sdp ja. nahhh bakal pengantin mkn 2 pinggan, diet letewww~

lps makan, pi lagenda height utk cari tudung. kau tgk, esok nak nikah hari ni baru nak cari tudung??? itulaaa jusiza! at last xdak tdung yg aku bkenan. mujoq la tini dh spare tudung & veil utk aku pinjam. maka proceed yg tini bwk jela. ohhh tini tq sgt sbb jd penyelamat! lps tu bwk depa blk umah. tpaksa 'tinggal' depa kt umh utk rehat2 dan buat apa yg ptt. sdgkan aku, keja masih blm selesai. start keta pi kg. huma pulak utk beli bahulu. dkt maghrib baru blk umah. fuhhh~


mlm, bawak depa pi makan. alaa mkn kt area sri wang je, smua pakat pakai baju tidoq ja. blk umah, sebok siapkan props2 utk photoshoot. hahhh ni pon hegeh2 nk buat last minit ka jusiza??? grrr~ dah tu, pkl 1pg baruuu hegeh2 nak tempek inai! ya ampunnn! mujoq la ada tini, soda & wani. tini dgn gigih tlg tumbukkan inai utk aku. lumat selumat2nya tini tumbuk, mmg terbaek. naseb laaa pkl 1pg dok ketung-ketang menumbuk kannn, harapnya jiran memahami. lps tu tini tlg pakaikan inai kt aku.


ya allah, mujoqla ada sahabat2 ni. dah la mai jauh2, byk membantu plk tu. mlm tu, katil pengantin aku dirasmikan oleh tini & soda, hewhewhew~ x kesah pon, ada apa dgn katil ye dok? aku dgn wani tido ats toto kt bawah. maklumla bilik sempit mcm tu la. tu pon mujoq erin x jd tidoq umah aku. kalo tidak mmg sumbat erin bwh katil, wahahaha! dlm pkl 3pg baru kami tidoq. bayangkan lah bakal pengantin tidoq pkl 3 pg wuuu. dah la tidoq x brapa ak lena. nebesss la katakan! dah tu selotep yg dibalut kt tjari tu buat jari aku rasa berdenyut. lg laaa x lena tidoq. dah tu mana nak serinya lg pg esok!


Thursday, March 21, 2013

BABYSTUFF ~ SOFA BED

ASSALAMUALAIKUM...

Barang baby lagiii! dekat2 baby nak keluaq ni mmg cita psl brg baby jela ek. kali ni kita story ttg sofa bed. ohhhh unik sgt sofa bed ni sbb baby yg punya! saaaaangat comel! umi beli pon sebab comel jaaaa! suatu hari saja jalan2 kt kedai perabot bwh opis tu, skali ternampak sofa bed ni. selama ni dok tgk jgk, tp ingatkan kerusi biasa. bila tanya rupa2nya sofa bed! terus bagitau abi.

act sofa bed ni bkn 1 keperluan pn, tp disebabkan comel maka telah menjadi keperluan bg umi. anggapla sbg hadiah utk baby sempena kelahiran dia ke dunia nanti hewhewhew~ padahal ntah bila laaa baby blh duduk kan. awl2 tu abi wonder jgk apa perlunya sofa bed tu, sbb abi 'xnampak' lg apa functionnya. tp setelah dipujuk akhrnya abi ckp "ok, p la tapau. nanti claim kat abi" yahuuuuuu! dah la dpt izin utk beli, dpt pulak sponser~ elehhh abi tu konon je xnak, padahal pagi2 buta dah msg umi "moning yayang, sofa bed dah beli ke blm???". nahhh x bagi salam x tanya khabar umi & baby dah, terus eksaited tnya dh beli ke blm.

aku beli tym lunch, pastu bwk naik opis. semua pakat teruja tgk sofa bed ni sbb kecik & comel. semua kalut nak test kann. mmg aku halang laaa. wahahaha! bila bwk blk umah, kemain abi, maktok & maksu teruja tgk. semua 'teringin' nak duduk, termasuk umi. wuuuu bestnyaaa duduk ats sofa comel mcm tu! aku beli dgn harga rm60 shja. kt intenet aku tgk smua rm100++. terpaksa ambek kaler pepel sbb ada dua kaler shja. dan mmg x restock dah sbb x byk pmintaan. maybe sbb org xramai tau ttg sofa bed ni lagi.


sofa bed ni sama je mcm sofa bed kita (dewasa), cuma skala lbh kecil. kalo baby nak tido, blh bukak bg jd tilam mcm dlm gambaq ni. kalo nak duduk, lipat blk jd sofa. material pon ok, rubber apa ntah dia pakai. dan sarung pepel ni blh bukak tau utk basuh. sgt ringan dan mudah dibawa ke mana2. umi paling x sabaq nak tgk baby duduk atas tu sambil tgk tv, mesti comeyyy!!! nanti nk bg baby duduk dgn uwais then ambek gambaq. oh tingginyaaa angan2 umi!

NASI ARAB MENDY - LAGENDA HEIGHT

ASSALAMUALAIKUM...

suatu ptg khamis tu, xtau la mcmana blh terjebak ok sembang psl nasi arab dgn kak shida. kemainnn kak shida pon semangat bg link ttg review2 nasi arab di sekitar kedah. sampai akhirnya aku tertewas. ptg tu jgk msg abi, dan abi on je. wahahaha bahagiaaa!


so mlm tu lps ke klinik utk scan baby, terus serbu nasi arab mendy kt lagenda height. xtau pon kt mana, men hentam ja carik mujoq jumpa. sbb kedai ni row pertama dpn jln besaq, so x susahla nak cari. cuma mata kena tajam utk baca signboard kedai ye~


aku order nasi mendy ayam, sama la suami pon. kami dua2 x minat kambeng hewhewhew~ ayaq aku ambek jus tembikai susu. ayaq rasa mcm besa ja. tp nasi tu mmg sedap! aku xtaula kat mana sedapnya, tp yg pasti sedap la. kira mlm tu baby kenyang la sbb umi makan nasi. tp separuh jela, separuh lg sedekah kt abi. suami aku mmg mkn nasi byk. nasi arab yg menimbun tu dia mampu habeskan, siap tambah ambek nasi aku lg!


aku xtaula mcmna kak shida ckp dia makan x sedap. tp aku tgk ayam kak shida mkan lain je dr aku makan. mungkin kak shida salah order kot, wahaha! stakat ni, mmg yg ni plg sedap la yg pernah aku makan compare dgn kedai2 lain yg pernah aku try. nak tau kedai lain tu kat mana kna godek entry2 lama aku. xbrani nk kondem lebih2 wuhuhu. apa2 pon semuanya bgantung pd lidah masing2 ye~


Wednesday, March 20, 2013

BABYSTUFF ~ SET TILAM

ASSALAMUALAIKUM...

perihal brg baby lagi, kali ni ttg tilam baby. antara benda plg penting yer. alkisah nk beli set tilam baby ni haruslah yg kekabu, kononnya. puas ssurvey puas cari, smuanya rm100++, ada satu tempat rm60 ja, dh tak jual pulak. at last aku surrender. bila mak dah mula bising tilam baby x beli lg, takut x sempat jahit sarung tilam blablabla, akhirnya aku terbeli set tilam biasa, maksudnya bkn kekabu. pakai bahan apa ntah, tp still lembut la. beli kt zon ria ja, rm26 shja. beli buat syarat spya mak stop bebel =p

dah beli set tilam tu blh la start beli sarung tilam dan bg mak metua jahit hohoho. mak aku pandai jahit tp xde mesin jht. mak metua pulak mmg kreatif bab jahit2 ni. teruja aku tgk sarung tilam uwais yg mak jht, mmg kellasss gitu! tp memandangkan dah separuh jln mak buat sarung tilam tu, tetiba kakcik beranak, maka mak menghadapi kekangan masa. jd mak buat simple2 je sobss. tp still menarik ok!


jgn tanya kenapa renda tu ada kaler kuning & biru. tu semua sbb renda x cukup. maka bedal ajelahhh kaler apa pon, janji renda. x gitu? kesah pulak kaler renda bagai. mak aku ckp ni nti jenuh nak jwb soalan yg sama. makcik2 yg mai melawat nti kompom akan buat kalut dan jadikan isu kaler renda x sama ni sbg isu besaq.ohhh!


amacam cukup terang dak? agak2 baby blh tido dgn aman dak ats tilam funky mcm ni? muahahaha! dah siap sarung ni baru prasan, konsep tilam ni blh jd hijau-kuning. ohhhh semangat sgt! kompom bangpit jeles kalo tgk ni!

set tilam yg kedua terbeli masa pegi baling dgn mak.sesaja je belek tilam baby, skali cashier tu tunjuk set tilam ni. skali aku angkat, wahhh besar dan berat! dan aku yakin tu tilam kabu. harga, rm33 SAHAJA!!! tanpa mengerah otak terus aku bayaq, puasss hati! teruja je tunjuk kat abi, bahagiaaaa sgt dpt beli tilam kabu dgn harga murah mcm tu. dah la cantik & tebal, mmg puas hati.


maka terpaksa skali lg kelam kabut cari kain nak buat sarung tilam. kali ni kna dera mak aku pulak la. wuuuhuhuhu! masa beli tu kandungan dh 8bln. kelam kabut mak aku jahit sarung tilam ni. dah la jahit tangan je. yg bestnya, cepat je siap! kemain eksaited la tu mak tok jahit tilam baby. siap buat bantal ekstra kt baby. tp utk tilam, x de renda2 pepel tu sbb kain x cukup. wuuuuuuu~


set kedua ni konon2 nak kaler yg warna-warni sket. tu yg dpt corak mcm tu. kalo ikut aku nk je ambek kaler hijau lg, tp mak la x bg. asyik hijau jeee katanya. mak soh ambek pepel spya sama kaler dgn cadar aku masa dlm pantang nti. yerrr baiklah, mak yg nak jahit kan, xleh bantah byk sgt =p

org tua2 pesan, jgn beli yg ada kaler2 kuning, nti kan takut bby kena demam kuning. aku malas nak ikut sgt. ikut je fevret aku. sbbnya x guna beriya elak beli brg baby kaler kuning sedangkan dinding umah aku tu dah sah2 kuning!


KEK MARBLE FUNKY~

ASSALAMUALAIKUM...

xtaula knapa kan, dh hujung2 preggy ni bernafsu pulak nak buat kek. terpaksa laa keluarkan oven yg dah sekian lama berhabuk tu. kali ni terppikat dgn kek pelangi kak shida tu. gerammm tgk kaler2 dia tu. well i ni kan mmg suka la kalo kaler ceria2 ni, seceria hidupku, gituuuu~

lps tgk kek kak shida tu terus smngat membuak2 nak baking. terus pi cari pewarna kat kedai kek sayang mcm kak shida habaq. ohhh terujanyaaa masuk kedai kek, mcm2 ada!!! jakun skjap! tu la nama kata pompuan tp x penah nk p tempat2 mcm tu. skali pi terus teruja. utk percubaan pertama, aku x branai laaa nak boh mcm2 kaler mcm kak shida tu. kang x nampak rupa kek plk. maka aku just ambek kaler biru, hijau & pink. siyes suka tgk kaler biru tu, nmpak rare. then ambek paste perasa butter vanilla~

~adunan pertama ni byk biru, kaler jd x brapa ceria~
maka jumaat, misi membaking pon bermula. bahan2 lbh buat kek pandan terhebat hari tu ada lg. just kna beli susu & buttercup je. mujoq laaa kedai kt umah aku tu ada juai buttercup. kalo tidak mau hangin nak pi econsave semata2 beli buttercup. elok sampai umah kak ila mai lepak umah aku. apa lg, ajak dia join. dia pon teruja la nak tgk bakat terperap aku kan. skali bila nak start buat kek, tgk resipi, baru perasan yg telur xdak kt umah aku. ohhhhhhhh sumpah stres!!! tpaksa la start keta pi beli teloq pulak. ohhh dugaan sunggoh! tp aku masih tabah demi kek ni.

lps tu mula la buat kek ni ditemani kak ila. kira dia jd assisstant aku la, tlg sapu marjerin kt loyang, tlg kacau adunan kaler2 tu, tlg kemas2 bila dh siap. bila setel semua, mula la bakaq. dah separuh jalan bakaq, baru teringat! resipi kak shida bg tu utk loyang 8", tp loyang aku cuma 4" or 5" ntah. arghhh terus stress! dh dpt bayangkan dah apa yg bakal terjadi.


dan ramalanku benar belaka. kek aku 'melimpah' mcm apam tu, terkeluaq dr loyang. dan bhgn tgh x masak. tpaksa buat mcm kek pandan hr tu, bakaq lg 2-3 kali wahahahah kau mampu??? tp mcm besa laaa, walopon rupa failed, tp rasa tetap mantop! mak kak ila siap mintak resipi lg!

~kali ni lebihkan pink~
dek krn menyedari di mana silap aku, maka aku berazam nak buat lg keesokan harinya. kali ni aku yakin 100% mesti jd punya! pagi2 buta blk dr klinik singgah econsave, beli gula kastor & buttercup. heran suami tgk aku beli benda tu. dgn bangganya aku habaq nak buat kek lagi. xpuas hati yg smalam. senyum je dia dgn gelagat aku. so ptg tu set dgn mak pulak utk temankan aku buat kek. sbbnya nak bahagi loyang. maksudnya, adunan utk loyang 8" tu, aku buat 2 loyang. 1 aku punya bakaq dlm oven elektrik, 1 mak punya bakaq dlm oven guna dapur gas tu.


punya semangat nak buat kek ni, tgh2 hujan guruh kilat semua aku buat ni. awal tu suami siap pesan lg kalo x larat x payah la buat kek, sbb dia tgk aku mcm x larat sgt. tp kek punya pasal, gagah jgk! lps masuk dlm oven, tinggal kt mak sbb aku kna pi klinik. blk dr klinik tgk kek aku dah masak. waaaaaaaaaaa menjadi!!!! ohhhh lihatlahhh donia, aku bangga!!!


terus pesan kat mak, kal nak bg kat org, bg yg mak. yg aku ni simpan nk bg kat metua. gituuuu! metua pon teruja ja tgk aku bwk kek warna-warni. haaa kaler tu main peranan penting tau! tgk kaler dah terpikat, apatah lg rasanya. mmg sedap tak terkata. makan pulak panas2, mmg yummy! dan disebabkan kek ni jgk paras gula aku naik 6.8, dem!


dah tau rahsia dan teknik yg btl, lps ni ingt nak buat kek kaler2 yg ada mcm2 rasa. cthnya pandan choco berry tu. tapi...bilanya nak buat ntah. due date dah dkt, baru hegeh2 nak membaking. propa sgt! mak metua ckp, "buat la sementara blh buat ni". senyum je mak metua tgk aku bwk blk kek ni. mesti dlm hati dok pikiaq menantu dia buang tebiat apa tetiba rajin pulak bawak bekal ayaqtangan sendiri kannnnnn~



Thursday, March 14, 2013

PAGI INI~

ASSALAMUALAIKUM...


sejak smalam sampai pg ni, dh 5-6x ulang alik p toilet. mula2 ok lg, lama2 cirit-birit. pagi td bangun tido, terasa mcm sukar bernafas. relax dulu, baring2... dan bila nk p toilet, terus rasa mcm nk muntah. hairan jgk cmna blh nk muntah. dan akhirnya termuntah jua. muntah kosong, kuning tu tp byk. ya allah, sakit sgt! 

masuk opis lambat hr ni, 9.30pg. awl tu dlm dilema nk ke klinik or opis. tp akhrnya pilih utk p kja jgk sbb ahad & isnin ni aku cuti lg...wuuuu



Published with Blogger-droid v2.0.6

PESANAN SEORANG SUAMI~

ASSALAMUALAIKUM...

beberapa hari lg usia pernikahan kami akan memasuki 9bulan. syukur masih diberi kesempatan melayari hidup bersama suami dan si kecil yg tgh x sabaq2 nak jumpa abi & umi ni :)

mari imbau sebentar apa yg berlaku sepanjang majlis pernikahan kami. b4 ni x hapdet sbb xdak gambaq. ni dh ada gambaq kita hapdet sket2 ye. tp x ikut kronologi la. terasa nk cita, cita je x ikut plot dah =p

~ memek muka sama, khas dari kami ~
lps akad nikah, lps sesi sarung cincin, family sebelah laki balik, tp suami aku x blk lg. mak aku kemain tkejut ingt suami nak stay umah aku, siap tanya lg, "haaa, salam nak tidoq sini ka mlm ni???" amboiii kasaqnya soalan mak, nampak sgt menghalau wahahaha! sebenarnya suami aku xtido la umah aku, cuma blk lewat dr family dia je. yela xkan nikah2 terus blk kan, mestila nak fotoshut bagai. berdebarrr mak! hahaha~

~ bila jusiza jadi pemalu... ~
sampai la masa suami nak solat zohor. comey je laki aku bawak beg mcm anak rantau. dlm tu ada baju salin la, tp suami lupa bawak kain pelikat. so pinjam la kain pelikat abah. xtau nape malu2 je rasa masa cari kain pelikat utk suami tu. ohhh aku kini isteri org! bunyi mcm gedik, tp tu la psaan aku. benda sekecik tu pon rasa berdebar dan malu semacam je. cari kain pelikat utk suami pon dah gelabah semacam jeeee. syahdu pulak bila ingat.... T___T

~ nampak mcm muka syok kawen, tp sebenarnya dlm hati masih sgt malu ~
dah ambek kain tu, aku masuk bilik utk bg kat suami. fine ni kali pertama kami berdua2an dlm bilik. makkk nebes! aku nak hulur kain pelikat tu pon serba x kena. nak pulak suami ambek kain tu dan letak tepi, kemudian tgk aku dgn pandangan sayu. ok rasa nak jerit, makkkkk tolonggggggggg!

~ ni memek muka ikhlas, senyum dari hati gituuu ~
then suami pegang kedua2 bahu aku, tenung aku. ok aku nampak mata suami berkaca. suami cium dahi aku sekali lagi. yg awal tu cium dpn kamera, malu & gugup katanya. kali ni aku rasa ciuman tu hangat dan lama. aku dah sebak masa ni... dan aku dpt rasa 'kesedihan' suami masa tu....

~ see? bajet nak buat romantik tp mmg x jadi. aku maluuuuu! ~
kemudian suami mulakan sesi pesanan hati ke hati dr seorang suami utk seorang isteri. isteri yg bakal berkongsi hidup dengannya, insyaallah hingga ke akhir hayat. dan pesanan utama dan yg paling aku ingat adalah :


sayang...
sayang skrg ni isteri b tau...bukan kekasih, bukan tunang. sayang kena dengar ckp b, taat kat b selagi mana x langgar syariat. jgn melawan ckp b lagi...

dan sayang kena ingat yg perkahwinan kita ni xkan selamanya bahagia...maksud b, ada ketika kita akan gaduh, ada masalah. mmg kawen ni seronok, tp bukan setiap masa kita akan seronok ja. b nak sayang bersedia untuk semua tu...


masa ni suami ckp tersekat2, sebak. ya, ini pertama kali aku tgk rupa suami aku mcm tu. masa nikah td dy steady je x nanges, sampai aku rasa mcm "dia ni x rasa pape ke? aku pulak yg over nanges". tp rupanya inilah lelaki. depa ni mmg dpn org nampak gagah macho ja. tp dalam hati, penuh kasih sayang, gituuuu! dan suami aku, lps nikah tu slamber & tenang ja, xdak gaya2 syok dpt bini ka apa =p

~ awak suami saya, milik saya, saya akan pegang awak sampai bila2 ~
mendengarkan suara sebak suami, airmata aku ni dah lajuuu sgt! sampai berlemoih mekap, sampai basah baju suami. aku nanges teresak, sampai dah x dengar apa suami ckp. errr, suami blh repeat tak apa lg yg awak ckp? sungguh saya x dengar dh lps tu, sbb sebok nak nanges =p 


at last suami berhenti bercakap dan lap ayaqmata aku. satu haru pulak suami nak kena pujuk aku spya stop menangis. terus tamat sesi pesan-memesan tu dek reaksi aku yg melampau tu wahahaha! bila dah tenang sket, aku pon ready nak keluaq sbb suami nak salin baju, kan nak solat zohor tadi. tetiba pintu bilik dikuak dgn kasaq dari luaq dan tepacullah muka ERIN!!! arghhhh mengapa mesti wanita ini hadir saat begini? mengapa??? ohhhh!!! wahahaha! suami sempat usik erin, "mujoq x sempat buka apa2 lg". erin yg akhirnya malu2 kambeng terus berlalu pergi :)



***entry ni khas utk suami saya~  ^__^


Wednesday, March 13, 2013

BABYSTUFF : BREAST PUMP~

ASSALAMUALAIKUM...

Yeahhh mari2 bercakap psl brg baby lg. kali ni ttg breastpump pulak. percayalah, bila mengandung anak sulung ni, rasa mcm lost sgt, apa pon xtau. dgr org sebut breastpump, kita pon kalut nak beli even b4 ni xpenah tau pon. susah sgt nak pilih jenama apa, sama susah mcm nk pilih set bersalin hri tu sbb ada byk sgt jenama di pasaran. ada yg pesan bp ni xperlu beli lg, sbb kita xtau kita ada susu ke x. ada yg ckp perlu, takut nk guna kt spital nti in case xdak susu so kna mintak bantuan bp ni. ada yg kata xpayah beli awal2, sbb dlm pantang nti kita direct feeding bby, nak keja nanti baru beli. dan mcm2 teori lg la...akhirnya aku dan suami sepakat nak beli sesiap. bak kata suami, xmo serabut di kemudian hari.

pening kepala pk psl bp ni. ada mcm2 jenis, yg murah x sampai rm100 ada, sampai la yg beriban2. sungguh aku xpaham apa beza yg murah dgn yg mahal ni. sbb aku tgk kak ema pakai brand anakku/pureen ntah, ok je. kak nadya pon ckp dia selesa pakai anakku. tp ada yg ckp brand anakku/pureen ni xtahan. cpt rosak kata mereka. yg medela, avent, spectra bagai tu, aku xtaula tahan lama mana. dan sejauh mana beza kesedapan & keselesaannya. hurmmm...sgt stress pk psl ni. akhirnya aku ambek konsep HENTAM! ikut ja kata hati, teringin yg mana, ambek je.

so aku ada jumpa 2 jenama yg menawarkan promosi yg sgt bagus & murah, iaitu AVENT & MEDELA. tp 2-2 ni jualan on9 la. malangnya, suami x bagi aku beli on9. x harap ktanya. dan kak jat sendiri advise aku utk benda2 mcm ni better jgn beli on9. sbb benda kita nak guna, biaq kita pegang, rasa & feel sendiri selesa ke tak bila nak beli tu. lgpon abi sendiri cakap "mahal xpe, janji puas hati". fine, bila suami sendiri ckp mcm tu, kita ikut aje. sbb dia yg nak bayar. kita cuma mampu berusaha utk cari yg murah je =p


utk breastpump kami ke mom's care di qbay. nak beli bp pon bertapa dkt stgh jam. ha laaa nk beli benda ratus2, kena belek satu2 laaa hahaha! medela punya promotion x best. lebih tertarik dgn promotion avent. set yg asalnya rm450 (kalo x silap) kini cuma tinggal rm359. mmg benar bak kata embun, pompuan kalo dengaq diskaun mesti menggelupoq. padahal smua tu helah semata. jgn bimbang embun, aku xkan tertipu!

mari lihat apa yg ada dlm beg promosi super gojes ni!


COOLER / WARMER BAG
beg ni dwifunction. sejuk boleh panas pon boleh. terbaik! design pon best. 



ICEPACK, PLASTIC BAG & BREAST PAD
dlm beg hitam tu ada 2 icepack. purfek! then 1 pek (2kpg)  breastpad yg blh basuh punya. dan yg pepel tu sbnarnya bkn plastic bag, tp aku xtau beg apa org panggil so aku hentam jela =p



BREASTPUMP, BOTOL SUSU  & STORAGE BOTTLE
haaaa ni la breastpump tu!!! yg dlm plastik kecik tu sparepart. in case kalo ada komponen terpeleot blh ganti, purfek! then dpt 1 botol susu & 1 storage botol. not bad la kan :)



BREASTPAD
haaaa yg ni best, free gift! 2 kotak breastpad pakai buang. sekotak utk malam, sekotak utk siang. aku tanya apa beza siang & malam??? salesgirl tu kata mcm pad jgk la, bila mlm kita pakai jenis lain, siang jenis lain. aku angguk tanda faham. atau buat2 faham~

satu lg, breastpump ni ada mcm2 jenis tau. i mean, ada yg manual, elektrik, freestyle. aku pilih manual. mmg org kata manual ni lenguh sket, tp xpe aku cuba. sbbnya, aku x sanggup laaa guna yg elektrik. aku ni kan penakut dgn brg2 elektrik. nak guna brg letrik pon takut apatah lg nak connect terus benda ni kt badan. ohhh no! bunyi mcm kolot, tp tu la aku. fobia sket dgn brg letrik ni. masa beli tu, mmg aku puas hati dgn layanan salesgirl kt situ. siap bukak tunjuk contoh, pg pegang, bg test. tp bkn test kat breast aku la hoi! test dkt breast palsu wahahaha! masa try tu aku rasa ok la. pump dia lembut ja. lgpon malas nk pk panjang, ambek jela bila dh berkenan tu.

lps beli ni, aku msg bahiah & naimah mntk pendapat, depa kata mahal. sbb beli on9 lg murah. ya benar. tp soalnya skrg aku xmo on9. so bila jln2 kt bahagian brg baby aku akan usha2 set yg sama mcm aku ni. ternyata, mmg yg aku beli ni jauh lebih murah (utk harga retail). aku jumpa set bp shja without freegift pon dh rm400++, bp shja without bag pon dah rm300. so aku percaya dan tidak menyesal dgn apa yg aku beli!

nti dah guna, aku review pulak pengalaman guna benda ni ye! :)


BABYSTUFF : SUPPLEMENT~

ASSALAMUALAIKUM...

ASID FOLIK
bila mengandung ni, mestila kna mkn macam2 ubat/vitamin utk kesihatan baby dan umi. awal2 dulu aku makan asid folik je. asid folik ni aku start makan sblm kawen lg :)
bila dah mengandung terus continue je. klinik pon cuma bg asid folik je kt aku, xde bg iron tablet ke b-complex ke.

OBIMIN


lps tu kandungan dlm 3@4 bln, nurse terus bg obimin, sebotol pulak tu! agak terkejut sbb slalu obimin ni kena beli. ramai kwn2 aku kena beli sendiri. obimin ni mahal tau, kt kedai dlm rm50++
maybe la ada sesetengah klinik yg bagi, tp jarang sgt. dan slalunya depa x bg awal2 kandungan ni. syukur la, rezeki aku. x payah beli kt farmasi dah. obimin ni ambek sebelum makan. makan bersama air masak / jus sahaja. jgn makan dgn kopi, milo, teh @ susu. jgn tanya aku kenapa! nurse ckp mkn obimin ni dah x perlu mkn iron, folic dll tu.

NEUROGAIN


neurogain ni sejenis minyak ikan. aku nasihatkan kalo korang ni mmg jenis jiwa x kental, x payah la beli. bkn apa, takut membazir je kalo xmakan. harga sebotol aku beli rm49. bau dia, masyaallah, mmg busuk! aku bg semua adik bradik, metua, kwn2 bau, semua buat muka hudoh! mmg bau ikan sgt kuat. tp aku gagah makan jgk demi baby. yela, kandungan dh 8bln baru hegeh2 nak disiplin mkn vitamin. cuma mak aku je steady bila bau vitamin ni. sbb mak kata mak dulu pon amalkan mkn minyak ikan masa mengandung. tp dulu2 mana ada vitamin mcm ni, mak makan minyak ikan ori, dlm bentuk cecair. euwwwwwwww! =p

SHAKLEE
kenapa aku pilih shaklee? yg ni pon dah 8bln baru terhegeh2 nak makan. (mama dkter ckp xpe, better late than never) yg aku tau shaklee ni vitamin dia ikut usia kandungan. so aku rasa sesuai sgtla utk aku kan, maknanya aku blm terlambat utk ambek vitamin yg utk trimester ketiga. dan yg plg penting, sebab utama aku pilih shaklee ni, set bersalin dia sama je dgn set berpantang. cuma set berpantang kena add on beberapa vitamin lain. maknanya kalo aku x sempat abeskan vitamin ni masa mengandung, aku still blh continue mkn masa dlm pantang nti. senang, xpayah pk byk dah. set hamil + set berpantang sekali je. settle!


aku x ambek la semua set shaklee ni, sbb bajet plg tinggi pon rm350 je. so aku ambek ESP + VITALEA + B-COMPLEX utk set hamil, dan add onn ALFALFA + ZINC utk set pantang. semua skali rm300 x termasuk postage. esp : bantu pulihkan sel, vitalea : sbg multivitamin, b-complex : anti stress, zinc : bantu pulihkan lps bersalin, alfalfa : milk booster. nak tau apa khasiat vitamin ni dgn lbh mendalam blh gugel. sbb byk sgt khasiatnya, x larat nak menaip wahahaha!

SUSU
ibu mengandung kan perlukan susu, jd pilihan aku haruslah anmum. ok la not bad, aku blh minum. tp xtau la kenapa MALAS nak minum. sungguh! kemain skali beli pek besaq truih, last2 x abes pon minum dan yg lebih tu najwa guna utk buat ice blended. ya ampunnn!!! so hri tu naimah ada bg sample beberapa jenis susu. thanx naimah! aku dapati anmum choc lg sedap. skali lg beli anmum, tp kali ni perisa chocolate dan ambek pek kecik ja. hasilnya, pon sama. MALAS minum. malas tu maksudnya minum la jgk, cuma x berdisiplin je. dan x abes jgk 1 pek tu. mula2 risau jgk sbb aku x minum susu takut jd pape, tp setelah disiasat ramai jgk kawan aku yg x minum susu pon tym preggy so kurang la sket risau aku tu. harus diingatkan, bg ibu mengandung yg ada kencing manis, jgn minum anmum tau sbb dokter kata anmum ada kandungan gula/karbohidrat yg tinggi!


di samping tu aku jgk ada beli stok susu dutch lady yg kotak tu. alaaa yg budak2 bawak pi skolah tuuuu wahaha! skali beli set yg 6 kotak tu. so sehari 1 aku bawak ke opis. ok la kan, selang2 dgn anmum tu.

DELIMA
dari awal lg mama fana pesan suruh makan delima, bg anak dia cerdik katanya. so masa awal2 dulu dok makan la jgk buah delima tu. makan laaa bijik2 delima yg halus tuuu sampai lenguh mulut. dlm masa yg sama dok cari jgk jus delima, tp ada yg terlalu mahal. sampai rm100++ utk sebotol, rm70 pon ada. lama2 aku pon lupa dah psl jus delima ni. cuma baru2 ni je jumpa kt fb, ada org jual dgn hrga rm15, terus komen nak order. tu pon setelah puas search kt mana blh beli terus ja kt kedah ni, tp jumpa. kebetulan kwn aku nampak aku komen, terus dia pm aku ckp kt fatimah bakery sp ada jual. dia pon amalkn minum jus pati delima ni. terus aku msg suami suruh beli. esok tu jgk suami beli :)


mekasih sgt kat lisa ali sbb infom psl ni. harga kt sp ni sama je, rm15 sebotol. dah jimat duit pos rm12 huhuhu. bg aku sedap la pati delima ni, sbb masam2. i like masam2 ni~ memandangkan yg ni pati, so uolss kena bancuh dgn air dulu tau. aku x sukat dah, men tuang ikut rasa ja.

LIP BALM


hahhh ni bkn supplement utk makan ok! alang2 dh buat entry ni, cita skali la kan. memandangkan aku ni mmg jenis berbibir kering, tambah2 kalo x makan x minum, mmg blh berdarah bibir aku, sampai penuh tisu. jd aku vaseline ni pilihan terbaik utk aku utk elak bibir kering. errr bedak tu mmg saja tringin sbb aku mmg suka brg2 yg jenis 'cool' ni sb sejuk je bila pakai. tp bedak johnson cool ni x sesejuk bedak dashing cool :)

KRIM


krim ni jenama apa ntah. beli kt zuffa farmasi rm6.50, sbb nak sapu kt luka. sejak preggy ni kulit aku jd kering sgt. bila garu2 mula la luka sana-sini. sampai la satu luka ni jd kat celah jari, mmg x tahan sgt sampai nak angkat tangan pon sakit. tu yg beli krim ni, utk keringkan luka. dan alhamdulillah sgt berkesan!

BIO OIL


aku guna utk sapu kt perut. walopon perut aku xde stretchmark dan kekal cantik berseri, aku tetap sapu bio oil ni sejak awal2 preggy lg. utk elak kulit perut jd x cantik, gituuu! kalo uols xnak sapu bio oil pon xpe, blh ganti dgn losyen or apa2 jela yg mmg khas utk stretchmark. aku guna bio oil ni sbb mmg dh ada, bazir la kalo x guna. tp bio oil ni bau dia saaangat best!

LOSYEN MUSTAJAB

produk yg tgh hot skrg ni kan. aku pilih bau delima. ya ampunnn wanginya! aku guna utk urut kaki dan lenguh2 sendi. percayalah bila pakai semua org tegoq kata aku wangi. kalo mlm tu mengurut guna losyen delima ni, esok pg bukak pintu bilik otomatik bilik bau delima. wangiiii, siyes! amaran, jgn sapu kat perut ya ibu2 mengandung sekalian!!! harga pasaran rm24 kot, tp aku beli kt toko2 biasa ni dpt rm19 :)

p/s : jgn lupa kurma & kismis ye ^__^


haaaa amacam, byk x??? so uols yg pregnant sekalian, apa yg korang makan/pakai sepanjang mengandung ni? rajin2 la share~ :)

Tuesday, March 12, 2013

BABYSTUFF : SET HIJAU~

ASSALAMUALAIKUM...

ok skrg ni mari review brg2 baby serba sedikit. aku xpandai la nak buat list bagai ni. sbbnya setiap kali shoping ada je benda yg dibeli. shoping brg baby dgn abi ada 3fasa. itu blm lg yg umi saja2 syok2 beli bila jln sorang2. tu yg jd x ikut list sgt tu huhuhu.


kita mulakan dgn brg2 plastik dulu yer. haaaa anak umi, maaf yer. boboi ke gegel ke mesti hijau. no more biru / pink ye syg. ini umi la, mesti high taste! gituuuuu~


drawer : utk kegunaan masa dlm pantang. kan berbaring kt tilam, xkan nak angkut lemari besaq2. so drawer ini utk simpan brg2 kecik spt sapu tangan, ubat2an, booties & mittens, dll. akan diletakkan di sebelah tilam umi masa dlm pantang nanti :)
harga : RM15.90 @ 19.90 (x ingat hahaha)


hanger : yg ni hanger kecik tau, bukan mcm hanger baju kita tu. saiz dia kecik sket. sesuai la utk gantung baju2 baby. comeyyyyyyy je bila gantung!
harga : RM2


yg ni hanger apa org panggil? aku beli utk sidai kain lampin, seluaq ka apa2 la. pepandai la mak tok / abi nanti, sbb depa yg nak basuh baju baby wahahahaha sukanyaaa berpantang!
harga : RM 7.50


yg ni pon xtau org panggil hanger apa2. tp beli utk sidai benda2 kecik spt booties & mittens, dan apa2 j ela yg kecik2 kan :)
harga : RM 3.90


bottle spray : yg ni guna utk spray in case bby berak or muntah yg memerlukan air, so spray ja. x payah umi jalan pi bilik ayaq or panggil mak tok dah :)
harga : RM 2.90

***OK setakat ni dulu. kita kembali dgn list brg lain pulak nanti yer. tu pon kalo umi x bersalin lg :p


HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...