[go: up one dir, main page]

CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, May 14, 2016

MENGAH~

Assalamualaikum...

Tak mengantuk, tapi tak larat sgt2 nak buat keja
Abi dh terlentang Lena
Mujoq ada umarfaiq setia teman umi
Even dia ngantuk tetap tunggu umi utk tido
That's why he deserves upah hikhik
Love you abg umar!

Gagah siapkan packing
Esoklah tulis address
Tak larat duduk lama2
Rasa mcm nak buat keja sambil baring kalau boleh!!!

Pkl1.15 stop buat keja
Tak mampu duduk dah
Kalau rehat malas pulak nàk sambung
Stop aje lah

Kejut abi temankan ke dapur
Tgh berjalan pening
Abi tolong hidang teh ais Dan air masak
Cicah roti Susu dgn teh Alhamdulillah sedap
Sambil makan sambil pejam mata sambil air Mata meleleh
Abi sambil duduk teman umi makan pon blh Lena, hampeh!
Umarfaiq bersila tgh2 dapur tgk drama umi abi hihi

Dah 1.30am, I need to go
Baring adalah nikmat terbesar
Tapi kekangan kerja bukan setiap masa blh baring
Moga umi terus kuat

Love,
Umi gojes

Wednesday, March 23, 2016

MY MESSY LIFE

ASSALAMUALAIKUM...

lama betoi tak update blog. Byk benda nak cerita, tp nampak gayanya berlalu sepi. Cewahhh

Kalau yg follow fb/IG umi tau la apa aktiviti umi skrg ni.

Yaaa I'm busy as PERSONAL SHOPPER! yg taktau apa ITU personal shopper, nanti ada masa umi cerita.

Honestly umi tak sangka akan busy sampai mcm ni. Niat nak buat side income shj, tup tup dah jadi permanent job pulak.

Mmg tunggang langgang la umi mana nak ambk order, sorting out item, pos bagai PLUS jaga anak sendiri. Almost everyday umi tak tido malam siapkan kerja. Ehhh terlajak cerita plk. Nantila cerita psl PS ni hewww.

Nak cerita yg umi busy. Selalu awal bln 3 dah kalut buat preparation birthday umar, ni nàk masuk April dah apa pon tak plan lg ni uwaaa. Dulu ADA masa, duit kurang. Now ADA rezeki lebih, masa pulak takdak. Sungguh duit tak blh beli semua benda, hewww

Hajat nak bercuti dari thn lps bertunda sbb mcm2 hal jadi. So nekad awal tahun ni MESTI pergi Cameron!!! Tapi mcm besa hampeh jgk, sbb takde masa. OK lah dah ADA bajet lbh, takyah pi Cameron kita pi langkawi. Takyah rancang takyah booking bagai, kita pi ja bila2 pon àda masa. Ponnn sampai skrg tak dapat pi lagi. Sekali lagi, duit tak dapat beli semua benda. Uwaaa.

Abi cakap OK la tu, dah 2 Kali pegi KL unplanned, ganti balik Cameron n langkawi. Coihhh tak àci la!

I'm still looking forward for our holiday dear abi! Jangan sampai umi up ke Sabah or krabi pulak yewww~

Kesihatan, mmg tak menentu. I mean umi cepat penat. Ku sangkakan faktor usia. Abi cakap umi melanggar fitrah mañusia, tu yg asyik penat. Mana ADA org tak tido hari2. Mau nya tak letih lesu bagai.

Kesian jgk anak2. Umi sibuk, abi oT. Mujoq ADA maktok tokwan dok dekat boleh melayan merap.

But still, kami ADA Cara utk curi masa bersamà. Makan2, pusing2 taman, shopping (yg ni paling BEST), lepak Kat umah sambil umi buat keja, abi buat keja umah hihi.

Umi harap umi tak melampau dlm bekerja. I mean tak melebih kerja sampai lupa mana yg lbh penting.

Doakan urusan umi dipermudahkan :)

Wednesday, February 3, 2016

MEREMPIT DAN KOMUTER~

ASSALAMUALAIKUM...

SABTU : 9 JANUARI 2016
sekarang musim abi sibuk. tapi umi rindu abi hukkkkhukkk! tetap nak curi masa abi, nak kacau abi. sabtu tu, plan something for us, just three of us, sorry ubayy hehehe. alkisah abi kena bekerja di hari cuti, sibuk katakan. abi nak singgah kedai borong kat permatang pauh tu haaa. umi yg recommend kedai tu. lalu hati umi mmberontak nak ikut! tapi abi kena keja, so how?


tinggg! umi yg bijak terus mendapat akal. firstly, umi naik keta hantar anak2 ke umah tok mah. then umi abi konvoi ke stesen ktm utk parking kereta. umi balik dgn abi naik moto. solat sesiap kat umah tokmah, tinggal ubayy kat tokmah, then bawak umar naik moto ke permatang pauh.

pukul 2 lebih dah kami bertolak. gila lahhh ni keja gila wey bawak anak merempit jauh2! mujoq la naik FZ, selesa sikit. abg umar kemain teruja bila bagitau nak naik moto pi penang. seronok diaaa haaa sampai takmau makan! 


dalam seronok2 tu umi tetap risau akan keselamatan kami. sentiasa berdoa moga dilindungiNYA. sepanjang perjalanan atas moto tu tangan umi tak lepas dari peluk abg umar dan pegang kepala dia agar abg umar sentiasa selesa dan tak takut. SENTIASA. biar umi tak selesa asalkan anak selesa. gituhhh. tak henti2 umi tanya "abg ok tak?" "abg takut tak?" "abg sakit kaki tak?" "abg lenguh tak?" berkali2 umi ulang tanya but jawapan abg semua positive. abg umar seems so enjoy his ride! sampai akhirnya abg umar terlena atas moto huhuhu. 


sepanjang atas moto tu umi dapat rasakan betapa bersyukurnya kita ni ada kereta ada kemudahan. mcmana la nasib keluarga yg takde kenderaan yg terpaksa ke mana2 berangkut dgn moto ja...wuuu

sampai je kedai borong tu terus cari apa yg abi hajati. umi pusing2 ja, banyakkk yg umi berkenan. tetiba abi cakap, "jangan lupa, kita naik moto ja" FINE. terus hilang mood shopping hahaha!

then kami ke mydin. alangkah terujanya umi bukan kepalang sbb tiba2 ternampak stesen ktm bukit tengah dekatttt jaaa dgn mydin. gila tak seronok! umi bajet kena pi butterworth laaa nak balik naik ktm satgi. dah la masa saaangat suntuk! tetiba jumpa stesen ktm dekat mydin rasa lega. tu pon masih kelam kabut.


parking je moto bagi umar main air pancut tu dulu. biaq dia enjoy, freestyle santai2 tapi dalam kekalutan haha. masalah umi abi, buang masa tang nak pilih makanan. terlalu byk sangat juadah sampai kami tak ketahuan nak makan apa. dok tawaf situ saja byk kali, buang masa.


last2 abi makan nasi lemak ja share dgn anak. umi makan kacang pool. gila weh ingatkan kena pi johor dulu baru dapat merasa, tak sangka penang pon ada. mujoq kena dgn tekak umi ini. gembira!


lepas makan, sempat lagi umi curi masa masuk dlm mydin. umi mencari sesuatu tapi tak jumpa wuuu sedih! terus berlari semula ke parking moto. maka berkejaran lah kami ke stesen ktm. TIME IS RUNNING OUT!

sesampainya di sana, kemain la umar teruja dan terkejut. "umi, ketapi!!!" hahaha tak dan dan dia berlari dan umi pon berlari beli tiket. dah la sunyi takda org. elok sudah beli tiket ketapi sampai, tepat jam 3.56pm (kalau tak silap). oh NO! maka berlarilah kami 3 beranak (abi dukung umar)  naik tangga turun tangga. abg umar kemain seronok siap jerit2, dia taktau umi ni semput nak gila dah. 


sampai ja di pintu komuter umi terus angkut umar masuk train. abi salam umar dan babai. umar terpinga2. umi explain yg abi pi keja, umi balik dgn umar ja. muka dia dah lain. siapa sangka kan tengah seronok2 tu tetiba abi tak ikut. mujoq la naik train. terubat sikit hati tu. tu pon mulut tak henti2 sebut abi, ubayy. sepanjang perjalanan tu mulut dia memang tak berhenti. hahahaha!


sampai SP, kami naik kereta yg diparking tadi balik umah tokmah ehehe! apa lagi sakan laaa dia dok bercerita! seronok umi tgk umar happy. abi memang busy sekarang, hari2 balik pukul2-3 pagi, kadang tido office. umi taknak anak2 rasa abi jauh. taknak anak2 rasa abi takdak. ketahuilah anak2 yg umi abi sentiasa nak yg terbaik utk kalian. sbb tu umi buat mcm ni. anak2 boleh spend masa dgn abi, umi pon boleh tumpang merap. eh! walaupon rushing dan penat tapi worth it. malam tu, abi tido office lagi.


yang penting kami bahagia :)

Monday, January 11, 2016

TAHUN BARU~

ASSALAMUALAIKUM...

sabtu 2 januari 2016 - kemain pulakkk tetiba anak2 bangun awal. elok je dok buat muka comel dedua org. terusss ajak abi pi pekena roti canai huhu. roti canai sekangkang kera je pon dari umah tapi nak pi tu cukup payah, umi abi busy la katakannnn. kebetulan minggu ni umi cuti dapatlaaa luang masa macam ni. 




macam biasa kami jalan kaki je, saja nak sweet2. tapi ubayy abi tolak dalam stroller, tak larat dukung katenyaaa hahahaha! memanglaaa adik ubayy ni tau! ni dah kenapa baju abang sama kaler dgn stroller ni??? muahahaha! nampak tak taste umi mcmana huuu


sampai sana makan lelaju je sbb adik ubayy bukan mau duduk dalam stroller pon. bosan. huuu. kena bergilir dukung dia jugak. dah tu dia tengok je kami makan, hangin lerrr huuu~ balik umah dok relaks2 je kami huhu. ya Allah bestnya rasa bila dapat luang masa gitu. sama2 duduk kat sofa sembang2 sambil gugel sama2 pon dah nikmat sangat rasanya. 


lepas zohor kami keluar ke dewan kenangan, umi hunting for new iron. tq abi belanja umi iron idaman kahhh! kata je nak beli iron, tapi dah nama pon pameran, kemain laaa pusing cuci mata. lepastu pi taman ria, masa odw tu nampak brader juai roti benggali yg umi tringin tu. abi la yg offer. best tau abi ni suka prihatin benda yg umi suka. happy bukan kepalang dpt roti tu whoaaaa!


pastu pi lagenda heights utk makan dannn giliran abi pulak shopping. shopping cara lelaki, pi kedai aksesori kereta hahaha! umi makan dulu dgn umar sementara abi jaga ubayy sambil shopping. tak adil kan time umi shopping abi kena tunggu time abi shopping umi like "pegi jelaaa" hahaha!


lepas tu baru balik merbok. malam tu ada kenduri kat surau. both abang and adik so behave. balik, singgah uptown konon sekejappp je sbb nak beli tudung umi je. sekali abi pon terjebak nak cuci mata. pastu bawak budak banyak cakap + cerdik tu macam2 dia cerita tunjuk itu ini. umi pon hati tisu terus belikan dia baju ultraman. grrr sangat!

esoknya, kami makan nasi bungkus je hahaha malas masak. petang abi balik merbok sorang, kami dok umah tokmah :)


Monday, January 4, 2016

HUJUNG TAHUN~

ASSALAMUALAIKUM...

last entry bulan 10 kahkahkah! i am a busy woman now! haha! alahaiii memang tak sempat nak jenguk blog dah sekarang. bisnes+anak 2, memang taklahhh nak pegang laptop. baru2 ni pulak diuji anak dua2 org demam, seminggu jugak la. pastu bersambung dgn umi pulak demam seminggu sobsss. pastu seminggu lebih balik merbok sbb semua adik beradik balik, cuti sekolah kannn. sebulan lebih jugak tinggal umah kami. memang berhabuk+bersepah semua. umi dah serabut kepala mcmana nak kemas since umi pon busy dgn year end sale. 

khamis 31 disember 2015 umi masih sibuk ambek order. seriously umi memang nak closed order but tetiba baru perasan ada item yg salah beli so kena jugak pi butik. bila pi butik haruslah ambek order kan. sebelum ke butik hantar cik Lisa utk service aircond. eksaitednyaaa nak tunggu aircond sejuk bak honda accord kahhh! so hari tu pakai cik laviva abah jelah.


balik dari butik, makan, solat zohor, packing order sikit2 pastu terus ke poslaju. setel pos, teruskan perjalanan ke bertam. umi nak ke klinik utk rawatan, dengar kata situ bagus. kejap je kat klinik, takde patient. pastu mula la bawak tokmah ke kompleks kailan. tokmah mmg pantang mai sini, tetiba je ada benda nak beli. sambil2 tu umi cod barang customer. lepas tu tempat wajib umi pulak, kedai eco rm2 hahaha! rm2.12 okayyy!

balik tu kalut2 pi jemput cik lisa dgn abi. umi lupaaaa hari ni abi balik awai grrrr! setiap tahun memang bos suruh balik awai sbb new year, umi memang selalu tertunggu2 abi balik awai sbb nak merap pi jalan. tapi tahun ni umi yg lupa hewww~

lepas maghrib umi abi ubayy terus keluar utk makan2. ending new year ni umi belanja family. alhamdulillah atas rezeki. tapi sebelum tu kami singgah butik dulu sebab ada lagi yg order last minit. umi anggap ni rezeki dan yg paling penting umi buat sbb umi cuba sedaya upaya utk bagi yg terbaik buat customer. lagipon nak pi makan memang lalu sini, tu yg kami keluar awal dari family. depa keluar lambat sbb tunggu abah balik surau heeee


asalnya satu order ja tapi bila sampai butik tak sampai setengah jam order jadi berdesup. kan dah kata, kalau dah nama rezeki tu inshaallah senang je dapat. kalau bukan rezeki kita, usaha mcm mana pon belum tentu dapat. kami dok situ sampai butik tutup la. rasa sayu pulak bila staff tarik roller shutter tu, ntah, rasa sedih hahahaha! last customer last job for 2015. my good 2015.


lepas tu terus ke restoran marina 4, tak lama lepas tu ngam2 family sampai. umi biar depa order. kalau ikut umi  nak belanja makan 'besar'. tapi menu kat situ terhad (tak macam tanjung dawai) tapi nak pi tanjung dawai jauh dan yg paling penting dah LEWAT. lagipon makanan kat marina tu semua sedappp! 


makan tak meriah mcm yg umi niat tapi cukup mengenyangkan la. semua sedap alhamdulillah, semua makan puas. ok la tu. abah kata bulan depan abah pulak belanja pi tanjung dawai. okayyy abah! balik tu memang letih teramat sangat tapi umi payah lelap huuu. 

pagi jumaat 1 january 2016 cuti new year umi dok kat umah tok mah, abang umar kemain tolonggg maksu kemas bilik. rajin nau anak umi ni! abi balik umah nak basuh baju katanya. tapi sampai ke petang tak muncul2. pkl3.30 umi pi cek tgk abi baikkk punya dok gilap perabot. rumah dah bersih kemas bersinar. umi cuci kaki je. alahai suami soleh saya kenapa baik rajin sangat? sayang awak 2016 makin banyak laaaaa! 


lepas kemas2 tu tetiba rasa nak cod barang customer kat seberang jaya. alang2 nak ke mydin. sajaaa abi mmg suka bawak bini dia pi shopping tempat baru tq sbb faham minat wanita kahhh! tapi dah gerak lepas asar, shopping pon rushing, tak nikmat. cuma nikmat bila abi kata ambek jeeee nak ambekkk apa kahkahkah! dah nama pon rushing, abi bagi lampu hijau, so tangan laju je laaa menyambar kahhh! maghrib kat surau mydin, alhamdulillah selesa.

~ budak gila stereng ~

kalau ikut banyak lagi umi nak try makanan kat situ, nak pusing bahagian itu ini, tapi rushing sbb nak makan nasi arab pulak lan nak belanja. eh ke umi yg suruh lan belanja? kehkehkeh suka hati je. tapi umi sempat beli coconut shake. beli kat kedai dekat entrance tau, ada plak JALAN JALAN CARI MAKAN. coconut shake rm3.80 sedap gila wooo. sampai teringat2 huuu~ dah keluar dari mydin, sempat lagi suruh abi duduk kat kerusi dgn ubayy (btw umar tak ikut sbb dia ikut maklong dia fuhhh kalau tidak jenuh satu mydin dia nak hahaha) sementara umi laju2 pusing kedai2 kat luar tu. sempat tauuu haha! dan akhirnya jumpa kedai humaira design lalu inform kat abi dan abi belanja baju lagi hahahahah (tadi dalam mydin dah grab)


balik laju2 pegi pickup lan, sampai sp pkl10.30 dah tapi takpe makan lambat baru nikmat nak makan puas2 sat gi hahaha! selalu kami makan nasi arab kat NASI ARABIAN MENDY kat lagenda heights tapi kali ni saja nak try AL HAURA NASI ARAB kat laguna merbok. org ramai gilaaa tapi mujoq tempat luas. paling penting, selesa! makan bersila so boleh la letak ubayy fuhhh! mcm biasa kalau makan dgn lan kami akan ambek set talam.


nahhhh segundi beras gamaknya ni hahaha! nasi banyak gila. makan sampai kembung. ayaq aku creamy coffee rm9.50 okayyy but the taste so-so je. dah kenyang perut melayut tak larat nak balik wuuu. sempat lelap dalam keta haaa! 

actually kat umah mak pon ada bbq dgn jiran2 but kami dah janji dgn lan. lagipon lapaq nasi arab haha! sampai umah mak ralit2 pkl1++ jugakla balik umah kami. nebes jugak ni 1st time balik umah sendiri after sebulan lebih tak balik huuu. bukan apa risau anak2 buat perangai. tapi alhamdulillah sebaliknya anak2 tido dgn mudah, termasuk umi kahkah rasa penat gila oi! abi jela dok mengemas umah lagi sobss~


***jumpa next entry :p

Monday, October 19, 2015

SABTU WITH LOVE AGAIN~

ASSALAMUALAIKUM...

3 OKTOBER 2015 - sabtu hari tu abi dah janji nak bawak anak2 shopping baju kat zon ria. wahhh kau anak2 pakai baju zon ria je??? kesahhhhhhhhhh pulak kaannnn hewwww~

sabtu tu mak pulak ke ipoh. semalam abi balik lewat so tido umah mak, maka pagi tu masak makan ala kadar je sbb mak takdak,, abah pi kenduri. cukup makan untuk alas perut. lepas zohor tu kononnya nak keluaq, tapi elok nak keluaq abg dgn kaklong pulak sampai. so pukul3.30 jgk baru keluaq haha!


odw nak pegi zonria ternampak ada longwan kat tepi jalan tu, terus singgah beli brg dapur sesiap. umar dah mula tanya mana baju abanggggggg hahaha

lepas shopping barang dapur baru shopping baju anak. target sorang 2 pasang je tapi abi tetiba ada berkenan satu baju ni so umi suggest ambik je. yela selalu baju anak ni abi bagi kuasa veto utk umi pilih, bukan senang abi nak berkenan sesuatu baju. so umi nak meraikan kesukaan abi tu. lagipon dia yg bayaq kannn hahaha! untungla rezeki anak. berpeluh jugak la pilih baju untuk budak yg pandai cakap tak henti ni. kita berkenan yg lain dia berkenan baju ultraman jugak. memang tak lepas dah grrrrrrrrrrrrr!!!


lepas shopping singgah masjid solat asar. pastu singgah pantai robina. asalnya nak pegi pantai bagan ajam bagi anak main pantai tapi dah lewat kannn sobsss lain kali jelahhh. singgah pantai robina pon dalam 5minit lebih ja habuan ambek angin. makan keropok gitu2 je ececehhhh


elok azan maghrib kami pon gerak ke masjid sembilang sbb ada kuliah bulanan ustaz fawwaz. ttime umi tgh on the phone dgn maktok abi blh pulak silap masuk jalan dah kena hadap jem huuuu. maka lewat jugaklah kali ni pon hahaha!


tapi still banyak masa boleh dengar jugak isi2 kuliah alhamdulillah. masa dalam masjid kemain la ubayy kena kerumun dgn makcik2 kat situ. dah la comel well behave pulak bila umi solat sbb tu depa geram kehkehkeh anak jusiza gitulahhh bluekkkk.


mcm biasa lepas kuliah kena la makan. surprisingly abi nak makan kat de pauh garden lagi. wow improvement ni! hahaha! rupanya abi suka makan kat situ sebab nak hiburkan umar ja. situ kan ada akuarium lawa ada ikan, umar suka. dan abi suka bila umar suka huuuu.


umar mandi kat masjid tadi terus tukar uniform ultraman, keciwi tak sangga dah laa! makan pon bahagia ja muka cehhhh!

tengkiu abi, gembirakan kami hehewwww~ :)


HOTMAS WITH PARENTS~

ASSALAMUALAIKUM...

2 OKTOBER 2015 - dah lama teringin nak belanja parents makan kat hotmas, tapi tak berkesempatan. sebab mak abah tak penah try lagi tu yg teringin nak bagi depa rasa. jumaat tu kebetulan malas masak (hahaha) abi pulak balik lewat so pi umah mak. umi haruslah nak keluaq cari makan malam so saja ajak2 mak then mak setuju. abah malas pi sebab ada game bola kedah. iols cakap hotmas ada tv berlambak haha!



so kami pergi la berlima, tanpa abi. saja nak bagi maktok try chicken chop kat situ, besaq dan sedap!!! haaa jenuh maktok makan memang tak habes! 


umar just share dengan maktok,kemain laaa merap tok & wan dia tu! mujoq laaa cucu kesayangan, layan ajerrr



 banyak dan besar portion ayam ni. memang berlaloi (as alaways). mak tok sampai kena tapau la sbb tak larat nak habeskan


abah makan nasi & tomyam campur. ponnn tak habes. tapi tomyam pada aku so-so je, tak lah sedap mana. kami memang tak pernah order pon selama ni. tapi bahan boleh tahan banyak

yg ni pon abah makan tak habes, tapau jeee. rugi hoi hahaaa!



umi, nasi goreng kampung plus teloq dadar. sedap, tapi umi rasa nasi goreng ikan masin win lagi. huuuu

mcm biasa portion besaq, memang kenyang la even dari siang tak makan nasi.


ubayy elok umi nak makan mula la dia nak merengek. memang dia ngantuk pon. at last umi dodoi dia atas meja tu kemain nyenyak ok jer hahaha!

untuk abi umi tapaukan nasi goreng heeee~

alhamdulillah ada jugak rezeki utk belanja parents :)

Wednesday, October 7, 2015

PERSONAL SHOPPER BELLA AMMARA SUNGAI PETANI

ASSALAMUALAIKUM...

uolllsssssssssss kat sini ada tak #bellaammaralovers???

kalau ada iols nak habaq mai kalau sapa2 nak kirim belian kat iols boleh wasap iols LAJU2 tauuuu di 019-4474245

sebab NO SERVICE CHARGE

nak pos pon bolehhh ke seluruh malaysia

dan berita gembiraaa untuk #bellaammaralovers kat utara yg susah nak dapatkan koleksi kesayangan uols ni, don worry. kirim je kat iols. iols boleh COD sekitar KEDAH & PENANG okayyyyyy!!!

so blogger2 yg terbaca post ni sila habaq mai kat kawan2 ampa naaaa













CERITA RAYA HAJI (PART 2)

ASSALAMUALAIKUM...

RAYA PERTAMA
sambung cerita pagi raya. mak metua goreng koteow, makanan lain ada yg pakat2 bawa balik. abi bawak umar pi tengok org sembelih lembu. kemain dia balik cerita lembu mati *sambil teleng kepala lidah terjelir*

di surau mcm biasala ada aktiviti melapah bagai. tak ketinggalan masak dan jamuan di surau. geng laki umah tu semua terlibat huhu. kami kat umah takde buat apa pon selain sediakan air dan standby kat dapoq. anak menantu makngah bawak mcm2 makanan termasuk nasi minyak. suka laaa umi!


mcm biasa umah metua adalah tempat berkumpul. umar suka la main dgn kawan2. abi petang baru balik. abi memang mcm tu, terlajak rajin. malam kami beraya umah helmi kawan abi. sebab ada nasi dagang sbb tu umi nak pi harharhar. 

memang tetiap tahun wajib mai pon. mak dia pon dah kenal umi tapi taktau nama umi kahkah! sedap hoi nasi dagang. dah tu umi tibai mi kuah pulak. rilekkk je depan mak dia. memula kakak dia ngasuh ubayy pastu mak dia pulak sambung. maklumlah adik sado, mana org larat dukung lama2 huuu. abg umar pulak main dgn anak2 menakan helmi, siap dapat eskrem lagi. suka sungguh dia.

balik umah, tolong kupas2 bawang untuk kenduri esoknya. pakngah belanja akikah ubayy. umar dulu maktok belanja. alhamdulillah murah rezeki anak2 umi :)

malam tu abi tido di luar, umi tido dgn anak2. memang sekarang kalau balik merbok kena tido berasingan sbb tak muat katil haha. tapi pukul3.30 pagi umi terasa nak pegi toilet. saja cuba nasib mesej abi. TIBA2 abi reply! terkejut ok! sebab patutnya abi dah ke bulan la sbb siang tadi penat 'bekerja'. abi pulak pesen letak kepala ja terus ke ke bulan matahari bagai.

tapi kalau tak tido lagi tu tau dah la sebab apa, COUNTER STRIKE leeerrr! maka kami pon beriringan ke toilet. umi ni penakut. huuu. then abi pon tido sekali la dlm bilik, tapi kat bawah katil beralaskan toto la hewww~


RAYA KEDUA
Pagi tu tolong kupas ubi. yg lain semua pakat tolong mna yg patut. kiranya time org laki pi solat jumaat tetamu pompuan dah boleh makan la. menu daging masak kurma, g.ulai daging, ayaq asam dan nasi minyak. sedappppp!


umar sakan main dgn cucu mak ndak som. aweks la katakan, galak lew dia. ubayy, tido jeee padahal dia la pengantin huhu. mak abah pon mai tapi dah lewat petang. sbb hari tu banyak kenduri. kawan2 abi pon mai, tapi kawan sekampung jela. kami memang tak jemput sapa2 pon sbb bukan kami yg handle. segan huuu. 

malam tu umi rasa nak tak boleh go dgn daging. umi cadang nak masak megi je. rupa2nya hazuan pon nak megi jugak. maka semua la ber-megi malam tu.pastu pakat layan movie acah2 seram ramai2. suka sangat, dah lama tak berkumpul mcm tu.


esoknya pagi2 lagi semua dah kalut bersiap. kak ana nak balik kajang, mak ayah nak ikut kakcik balik johor. kami pon bersiap nak ke kenduri. uwais dah pindah johor. kesian umar tahan sebak masa lambai uwais. memang kesian sangattt muka dia :(

sebelum zohor abi pi kenduri kat kampung dulu. lepas zohor kami ke kenduri kat sp, umah makcik zurina. then balik umah solat pastu abi dan umar sempat mandi lagi sbb panas. ubayy pon tukaq uniform. umi pon sempat take 5. fuhhh panas! 


pukul 4 lebih baru gerak ke kulim. kenduri la sangat kan huuu. dah la gamble ja cari jalan ikut kad kenduri, mujoq jumpa. mujoq jugak masih ada lauk nasi dan lauk buat kami. tapi umi mcm dah kenot go dgn nasi minyak daging ayam bagai ni. pening huuu. lepas kenduri singgah solat asar di masjid taman selasih. pastu terus ke umah pakngah umar. sebagai habuan nak gembirakan umar yg sedih uwais dah pindah. umah pakngah dekat dgn umah lama uwais. kami terangkan yg uwais dah pindah, umah dah kosong.

malam tu makan koteow goreng ja sbb umi awal2 dah gitau takmau nasi. ubayy pulak buat perangai, mungkin sebab tak biasa dgn rumah baru. berkurung jela umi dlm bilik dgn ubayy. umar main kat luaq sampai terlena. sediih tau kalau anak tido tanpa umi. lepas angkat anak2 masuk bilik umi mula la selongkaq dapoq, lapaq kannn! tgh dok mengunyah kat dapoq tetiba umar lari mai. heee suka la umi blh tidokan umar:)

esoknya lepas zohor baru balik sp. sampai umah mak, abang dan kaklong dh sampai dari pahang. kakak dan bang ngah pon ada. suka laaa umar! pastu adik kaklong sekeluarga pulak datang. sakan la main dgn anak2 sedara kak long tu. mak buat mi kuah, sedap!!!


HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...