Assalamualaikum semua…
Hi. Ingat lagi tak my previous entry pasal pengasuh wafiy…
Rasa nak hantuk kepala ke dinding 23457890909999 kali….hahahhaha…
Memang patutlah, pengasuh cari org utk dia jaga sepanjang musim cuti sekolah, sbb husband dia cikgu, cikgu mana ada kelas time cuti sekolah kan? Drpd husband dia xde buat apa-apa baik dia tolong wife dia cari duit, at least 2 orang boleh la jaga ramai skit…
Adus!!
Saya memang org yang selalu berprasangka…
Ya Allah, ampuni aku….
Saya akui, sy memang selalu prasangka, nampak orang macam tu, mulalah berkata-kata dalam hati..
Ya Allah, hanya Engkau saja yang tau betapa teruknya perangai aku ni..tapi tulah, harini dah 5 Muharram 1434H kan..masih ada masa untuk buang segala perkara kotor dalam hati, sikit demi sikit, saya tak nak dah buruk sangka dengan orang lain..banyak betul azam baru sempena tahun 1434H ni.. ada yang mungkin boleh dikongsi, ada yang mungkin hanya untuk tatapan diri..
Saya berjanji denganMu Ya Rabb,untuk tahun ini, saya mesti istiqamah dalam menunaikan solat di awal waktu.. pergi sebanyak mungkin ke majlis ilmu, jaga kesihatan sebaik2nya!
Saya akui, saya benar-benar banyak lagha..
Sibuk dengan artis, tengok rancangan menyanyi, TV Al-Hijrah tengok juga tapi selepas dah jatuh cinta dengan Aaron Aziz ni, sampai abang pun dah mula tegur..
“ayang, amboi tahulah minat pelakon tu, pergi solat dulu..” – teguran diterima masa tgk iklan kat Astro citra yang dia tayangkan seminggu filem Aaron – relakan hati anda untuk Aaron Aziz tu..
Pas solat ingat dah berenti, tapi rupanya sambung kena perli...
“ai, mana dah pelakon yang ayang minat dulu tu? Izzue Islam dah tak follow ke?” – ai, abang makan dalam nampak?
Dia tak tahu, aku memang minat artis sejak zaman sekolah lagi, dulu KRU..semua majalah beli, kaset, CD, siap gi tgk diorang main bola kat stadium sultan Muhamad (masa tu artis tak boleh nyanyi di Kelantan, kalo nak masuk kena melalui media lain – e.g: radio (perlawanan persahabatan radio+ artis), pastu minat x-Factor, pastu hans Isaac, sape lagi erk, tak ingat dah tapi dia selalu bermusim.. yang si izzue islam tu terminat masa cerita Jangan Ambil Padang Kami – dia cakap kelatan..aku rasa dia tak fake, sebab tu minat, pastu citer Cik Paris Diva Balik Kampung.. dan ada lagi lah a few citer dia, tapi skrg dah takde feeling, pergi gitu je..skrg ni minat ngan hero Drama Adam dan Hawa..dulu tgk juga Aaron ni, tapi takdelah meleleh tapi bila dia berlakon dlm Adam dan Hawa ni, hanya Allah jua yg tahu betapa kacaknya dia..melting.. tapi aku dah minta izin ngan abg..hehehe
U alls semua mesti takde yang macam sy kan..mudah fanatik, sampai dah tanam cita-cita nak suh Wafiy jadi pilot macam Adam Mukhriz..huh, over!
Itulah dunia…perhiasan..indah, cantik, rasa nak lagi, nak lagi, tak puas..tapi bila ingat mati, terus rasa takut datang tiba-tiba, sebab apa? Sebab tak sedia!
Macam kita nak Exam, kalo xsedia, mesti kita rasa nervous, stress, takut semua kan? Cuba kalo kita confident dan well-prepared mesti kita pulak yang tak sabar nak periksa..
Bila ingat mati ni kan, aku ada something nak share dgn u alls,
Actually harini dah masuk 2 minggu tak sihat badan..
Minggu pertama kena demam, selesema dan batuk..
Tapi minggu kedua ni, dia tambah satu lagi iaitu sakit kepala!
Serius, aku tak pernah sakit kepala macam sekarang..
Dia punya sakit macam ada orang hentak batu kat kepala… Aku gi spital, doctor kata migraine tapi kemungkinan juga symptom-simptom awal penyakit lama akan kembali..
Aku makin stress la, kalau boleh tak nak lagi kena macam dulu..Ya allah, tak sanggup! Seriously..
Then tadi aku gi hospital, set appointment, nak tahu bila date dia??
6 Februari 2013 – ambil darah
20 Februari 2012 – jumpa Doktor
Aku rasa mungkin ajal aku sampai dulu sebelum sempat jumpa Doktor…
Serius memang rasa dah nak mati ni, tapi aku tak ready lagi..amalan masih banyak tak sempurna, tak cukup, tapi aku berdoa semoga Allah matikan aku dalam husnul khotimah…walaupun aku banyak menderhaka pada Tuhan, tapi aku yakin rahmat dan kasih sayang-Nya melebihi kemurkaan-Nya..
Mama aku pula dah mula mimpi dapat duit banyak – kalau ikut tafsiran, bakal dapat musibah..
Mimpi tu juga dia pernah dapat seminggu sblm my late brother meninggal.. maknanya mungkin kali ni turn aku.. lagilah aku takut kan..hari2 dia kal aku..
Masa nak solat kat umah tu, rasa macam nampak malaikat maut..Ya Allah, ampuni aku Ya Allah…
Kawan-kawan semua, di kesempatan ini juga, (mungkin coretan terakhir, aku betul2 nak minta maaf/ ampun/halal mkn minum, and please sesiapa yang aku ada hutang dgn dia, TOLONGGGGlah, bgtau – call/sms aku taknak aku sangkut masa kat hutang….)