[go: up one dir, main page]

L.O.V.E

Wednesday, March 24, 2010

Tahniah Yan ;)

Alhamdulillah, baby and mama baby selamat.. tp saya tak dapat pergi melawat lagi kerana berada di luar kawasan. Insyaallah this weekend ye,untie datang melawat summaya.. bagus nama tu (",)


baby girl (pink)

gambar ehsan : hidayah baha ;)


nota kaki :

Dengan isnad jayyid, Abu Daud meriwayatkan dari Abi Darda' ra. bahwa Nabi saw. bersabda:

“Sesungguhnya kamu dipanggil pada hari kiamat dengan nama-namamu dan nama-nama bapak-bapakmu, maka baikkanlah namamu.”


Dianjurkan juga memberi ucap selamat kepada orang yang mendapat anak.

Sahabat-sahabat Imam Nawawi berkata: Dianjurkan memberi ucap selamat sesuai dengan yang diriwayatkan dan Husein bin Ali ra bahwa ia mengajari orang memberi ucap selamat. Ia berkata: Ucapkanlah: Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan anakmu. Semoga engkau bersyukur kepada Pemberinya (Allah SWT.). Semoga anak itu mencapai usia dewasa dan berbakti kepadamu.



Thursday, March 18, 2010

Pesta Belon!!!

Kepada kawan-kawan yang berada di sekitar Putrajaya @ yang tak tau kemana weekend ni, bolehla datang ke Persint 2, WP Putrajaya untuk sama-sama memeriahkan Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya selama empat hari mulai 18 sehingga 21 Mac .

info : pesta dibuka dari 7 pagi hingga 7 malam
Masuk adalah percuma tetapi bayaran dikenakan untuk menaiki belon ;) - if tak silap dewasa RM 10 dan kanak-kanak RM 5




Orang ramai turut berpeluang menaiki lima belon udara panas antara jam 8 pagi hingga 11 pagi dan 6 petang hingga 9 malam. Mereka perlu datang awal ke tapak pelancaran berhampiran Monumen Alaf Baru di Presint 2 untuk mengelak beratur panjang dan harga dikenakan berpatutan.

Pelbagai acara lain diadakan, antaranya aksi sukan paramotor dan paragliding, pertunjukan kapal terbang kawalan jauh dan layang-layang. Lebih menarik, mereka yang berangan-angan ingin mengalami gaya hidup hartawan ala Donald Trump boleh mencuba menaiki helikopter yang beroperasi antara 8 pagi hingga 12 tengah hari, dan 3 petang hingga 7 malam.


Untuk kanak-kanak, ada pertunjukan badut, silap mata, seni pasir, inai, membuat tatu lekap, mewarna, membuat kapal terbang kertas dan bermain tanglung. Di sebelah malam, anda boleh menyaksikan pertunjukan bunga api.



more info : http://www.myballoonfiesta.com/

Tuesday, March 16, 2010

Putrajaya with Lurve


Date : 12nd March 2010 (Friday) - 15th March 2010 (Monday)
Venue : Putrajaya

12 Mac 10 - @ Putrajaya Sentral..misi mengambil adek2..


13 Mac 10 - odw ke Sri Kembangan, misi mencari peti sejok, tapi unsangkarable nye tayar pecah di tepi highway..Thanks to Hani's husband for lend a hand. Alhamdulilah semuanya selamat setelah sejam lebih..huhu.. Dan akhirnya sebuah peti sejok Toshiba berjaya dimiliki..thanks to my papa and mum belikan juga coz kesiankan anak dia yg selalu makan makanan segera ;p padahal saje alasan sbb malas masak ;)

:: two young boy ::

dah mcm possing kump indie band..


the family of Love ;))
dah besar2 rupanya anak2 cikgu Nuri neh..


last but not least, @ LCCT semalam hantar diorang balek...waaa nak nangis.. nanti datang lagi yer!!!!!!!




nota kaki:


Di kesempantan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Mohd Azri dan Farhana.Semoga terus diberkati dan dipenuhi mawaddah dan rahmah..maaf tidak dapat hadir kerana family berkunjung ;)
dan
catatan ini diakhiri dengan mesej ringkas, sayangilah keluarga kita..

Friday, March 5, 2010

6 produk kosmetik dikesan beracun!


gambar ehsan dari google


Enam produk kosmetik keluaran empat syarikat dikesan mengandungi racun berjadual 'tretinoin' dan 'hydroquinone' yang boleh membahayakan kesihatan, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman.

Beliau berkata enam produk terbabit ialah :

(1) Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
(2) Ratna Sari Whitening Night Cream
(3) Atika Beuty Renewel Night Cream
(4) Chantique Whitening Night Cream
(5) NV Toner Treatment No 1
(6) NV Toner Treatment No 2.



Katanya, penggunaan Tretinoin dan Hydroquinone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.

"Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikakan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit malah kulit menjadi hipersensitif.

"Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



nota kaki:
hati-hati memakai produk ye kawan2 ;) kesan yang cepat biasanya mengandungi kesan sampingan yang berbahaya

Tuesday, March 2, 2010

Mak Hilang!!!

Dari inbox admin,

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.
Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

“Lu kenapa ni Apan?” – Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni k ira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.
“Mak gua hilang la..” – Apan berbisik perlahan.

Gua punyala terperanjat!

“Mak lu hilang?, bila hilang?” – dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.
“Petang semalam..dah cari merata tak jumpa”.

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

****
K ira kira lima belas minit kemudian,dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

“Mak gua dah jumpa..” – kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.
Gua cepat cepat bersyukur:

“Alhamdulillah… Jumpa kat mana?”,
Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:
“Dalam sinki penteri.”
Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.
MUG la Apan.. MUG ..!!, pronunciation macam jahanam!
Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.

credit to isuhangat.net