[go: up one dir, main page]

L.O.V.E

Sunday, September 25, 2011

BAHANA MULUT

Saya memang suka bercerita, walau kadang-kadang cuba untuk diam, tapi banyak yang tak berjaya..

Bukannya apa, bila kita banyak bercakap, secara tak sedar kita mengaibkan orang lain dan yang lebih parah membuka pekung sendiri, dan sebenarnya inilah hikmah mengapa Allah menyuruh kita kurangkan bercakap, tetapi lebihkan mendengar... tapi untuk menjadi pendengar yang baik amat susah bagi orang yang suka bercakap.. takut apa yg hendak disampaikan, dituturkan terlebih dahulu oleh orang lain..haha..lawak..dalam bercakap pun boleh ada sifat tamak..itulah sebenarnya kelemahan manusia..memang selalu tidak sempurna..

Banyak sebenarnya pepatah Melayu yang berkaitan dengan perkara ini..

“Kerana MULUT, badan binasa”

“berapalah tajam pisau parang, tajamlah lagi mulut manusia..”

Dan jika teliti hadis Rasulullah s.a.w, banyak hadis yang menunjukkan betapa mulut / percakapan manusia adalah punca segala penyakit hati.

Dari Abu Hurairah r.a,

sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berbuat baik atau diam..”

memang jelas kan? Kalau rasa apa yang kita akan cakap mungkin tidak bermanfaat / atau untuk menyakitkan hati orang lain, maka..

FIKIR SEKALI LAGI..

Atau LEBIH BAIK diam saja..

Sebenarnya kita bukan tak boleh bercakap langsung, seperti yang kita semua tahu, Allah menganugerahkan kita dengan mulut dengan fungsi yang sangat banyak tetapi sudah tentu ia perlu digunakan untuk kebaikan seperti berzikir kepada-Nya, memberi salam, makan makanan yang halal, memberi nasihat, senyum dan mendoakan kesejahteraan orang lain.. mulut kita perlu diuruskan dengan betul kerana setiap perbuatan yang kita lakukan, mulut akan menjadi saksi di akhirat..

Nah, sudah banyak terbukti sekarang betapa bahana mulut, bangsa Melayu bergaduh dan berpecah belah, parti politik saling menuduh, kawan baik bermasam muka, suami isteri bercerai berai.. dan macam-macam lagi..

Dan di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya mulut saya ada yang membawa berita yang jahat/palsu/ tidak benar/ gossip2 panas, mengumpat dan yang seangkatan dengannya..

Mesti korang heran kan? Nape la yien tiba-tiba buat entri ni..

Petang tadi, ada sedara sebelah husband datang beraya.. si wafiy tengah meniarap atas play mat nya..wafiy macam biasa la dia..dia akan berusaha untuk ke depan dan berpusing..selagi tak lepas dia akan gigih usaha lagi.. dan bila dah tak dapat dia penat, pastu merengek... baby kan? Mmg macam tu? Kita nak expect dia camne...salah seorang sedara abang tegur, “ini lambat lagi ni nak merangkak ni, dop berpusing baru..berat tubuh lagi ni..” mestilah maknya tersentap kan orang cakap camtu..

Pastu tambah lagi “ issh tak dop diam wafiy ni..Ada seorang budak yang anak akak jaga kat rumah tu baik sangat..tak nangis pun, kalo kita letak je dia senyap je, BAIK SANGAT-SANGAT..senang nak jaga dan buat kerja tapi dia takleh meniarap lagi la macam wafiy..”sambil jeling kat saya..apa motif nak cakap camtu?

Nak kata wafiy ni nakal ke? Kalo setakat merengek masa meniarap sebab tengah berusaha berpusing tu nak kata tak baik rasa tak wajar lah kak oi, bukan apa kita takut bila budak tu senyap sangat, takut ada problem..takot tak normal / pasif la plaks,( kan dah mulut jahat saya ni...aduss la..) kadang-kadang rasa tertekan bila orang cuba downkan anak kita dan nak banding-banding..apa ni?

Dulu masa raya singgah rumah sedar gaks, dia tengok wafiy..issh gemok budak ni.. lambat nak meniarap ni..jalan pun sure lambat gila ni..ketiga-tiga anak akak sume dah boleh jalan masa 9 bulan..

Pingggg! ibu mana tak emo bila orang cakap camtu kat anak kita? Kan lebih baik kita cakap berlapik dan positif sket atau better tak payah cakap lansung..tak gitu kak senah oi?

Saya akhiri entry ini dengan pepatah melayu daripada sifu karam singh waliya

“SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT HABIS PULUT..”




"Ibu, wafiy tak kisah orang kata apa kat wafiy, yang penting dapat amek gambar.."
*smile*
click!
bertuah anakku :)

Saturday, September 24, 2011

hellloooooo...


helloooooooo girlsss!!! (girls je ke?boy tak nak?ishh ishh anakku..)

harini wafiy dah genap 4 bulan 15 hari..
sedikit biodata terbaru :

tinggi : 65 cm
berat : 6.5 kg
hobi : -

i. menonton tv terutama citer boboy boi dan buletin utama..bila tengok, terasa nak masuk dalam tv tu..
ii. menangis dengan kuat bila mengingau dan berhenti dengan sendiri bila didukung
iii. memasukkan tangan dalam mulut dan bermain air liur

aktiviti :-

i. meniarap dan berpusing..bila ibu mahu pakaikan pampers masa tu jugalah wafiy akan meniarap dengan jayanya..
ii. berpusing-pusing setempat
iii. sudah dapat mengenali ibu & ayah dengan jelas
iv. grab apa saja yang dapat dipegang termasuklah rambut ibu dan muka ayah
v. bila tengok kamera saja, terus bersedia untuk pose..bajet artis ke wafiy oii ;p


Tuesday, September 20, 2011

soalan sensitif

kita sebagai rakyat Malaysia haruslah jua sensitip pada perasaan dan hati orang lain..walau tak banyak..mungkin sedikit...

contoh soalan yang harus dielakkan:

untuk pasangan yang baru kawen / yg dah lama kawen tapi tak dapat anak lagi
"Bila nak dapat anak?

ulasan:
jagalah hati mereka, kerana pada pendapat saya sesiapa jua yg sudah berkahwin pasti mahukan zuriat dari keturunan mereka jadi tak payah la kita sebok2 tanya sebab yang bagi anak bukannya sesiapa tapi Tuhan..kalau belum diizinkan Tuhan, pasti ada hikmah yang telah tertulis di sebaliknya..

untuk ibu yang menyusu botol
"eh kenapa tak bagi susu ibu?" / "kenapa bagi baby isap botol tu?"/ - yang tak tahan sambil pandang semacam...

ulasan:
tanyalah sesiapa saja ibu di dunia ini..semua mahukan yang TERBAIK untuk anak mereka, dan ramai yang sudah maklum bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik sekali yang telah dianugerahkan Allah kepada ibu untuk anak, tetapi kita juga harus sedar, mungkin mereka ada masalah / kekangan / sebab mengapa tidak memberikan susu ibu kepada anak..kita janganlah hanya pandang slack saja..


**sekadar beberapa contoh

nota kaki:

kadang-kadang kita berasa sudah hebat dan terpilih oleh Allah kerana banyak urusan kita lancar dan tidak ditimpa musibah / dugaan / ujian seperti orang lain..malah mungkin akan membandingkan.." eh dia tu mungkin banyak dosa kan? sebab tu dia kena macam tu.."
atau
"tu la makcik saodah tu, kaya tapi harta tak berkat, sebab tu anak bini bercerai berai.."

dan contoh - contoh lain yang saya tau anda juga pernah mengalaminya..

usahla begitu lagi, kerana insan yang disanjung/ dihormati di dunia belum tentu mendapat tempat di sisi Allah...mungkin seorang pelacur yang kita rasa hina dan jijik adalah seorang ahli syurga? wallahualam.. hanya Allah yang layak menilai..

bagi sesiapa yang ketika ini, saat ini, sedang menanggung penderitaan akibat penyakit / ujian hidup ..percayalah.. setiap saat yang kita lalui itu adalah penghapus dosa-dosa kita yang silam dan meninggikan lagi darjat kita di sisi-Nya.. dengan syarat, harus sabar dan redha dengan segala itu dan percaya bahawa ia pasti menemui kesembuhan dan pengakhirannya..

dan bagi kita yang diberikan nikmat sihat, senang, mudah, muda ini harus syukur sebanyak-banyakknya!! kerana kita takut Allah menariknya pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-Nya...





A letter of love Part I

Dearest wafiy,

Hari ini wafiy genap berusia 4 bulan 11 hari..tak dapat ibu gambarkan betapa bahagianya sepanjang kita bersama..dalam susah dalam senang, ketika seorang ketika ramai..

Ibu masih ingat 9 mei yang lalu, selepas saja solat maghrib, ibu mula merasakan kontraksi..sekejap sakit sekejap ok..ibu mula cuak, adakah ini tandanya yang ibu akan bersalin? Alamak, macam mana ni? Ayah belum pulang ketika itu..dan pada malam itu juga ibu janji untuk masak makan malam..tapi memang kesakitan tu tak boleh tahan..ibu call mama honey & mama lisa untuk mengesahkan simpton tersebut, takut2 false alarm..mereka mencadangkan untuk terus ke hospital.. ibu belum bersedia sebenarnya kerana keesokan harinya ada appointment dengan pakar O&G bagi melihat kedudukan wafiy yang breech..ah, macam mana ni?? Tanpa membuang masa ibu terus menyiapkan bag pakaian wafiy & ibu untuk diletakkan di dalam kereta.. (inilah padah orang yang selalu buat kerja last minute ;p)

10 minit kemudian, ayah balik.. ayah mengajak keluar untuk makan sebab ibu tak sempat masak dan mencadangkan untuk ke hospital esok memandangkan sudah ada appointment..ketika itu ibu menurut saja.. sampai saja di restoran, sakit datang lagi dan makin kerap..kesakitan nya menyebabkan ibu tak dapat makan apa2..hanya Allah sahaja yang tahu..ayah seorang je makan..ibu cuba memujuk ayah untuk segera ke hospital..at least untuk check saja...kesakitan sekarang semakin kerap dan kerap...

Kemudian, kami ke hospital..setiba di wad bersalin, ibu terus ditahan kerana telah keluar darah dan bukaan sebenarnya pada ketika itu 4cm! Ya Tuhan, patutlah sakit sangat!! Oleh kerana kedudukan wafiy ketika itu adalah songsang maka doctor terus decide untuk melakukan emergency operation MALAM TU JUGA!!!.ah, serius ibu terkejut dan tak bersedia! Ibu tanya nurse kat situ “ nurse, betul ke saya kena beranak malam ni? Ya Allah saya tak ready lagi..”dia hanya mengangguk.

Ibu pasrah, ibu sudah tidak peduli apa – apa lagi asalkan wafiy selamat..di saat ibu hanya berzikir..tekad ibu andainya apa2 berlaku pada diriku atau anakku, Engkaulah saksi bahawa aku telah berjuang untuk menyelamatkan anakku ini..maka matikanlah aku sebagai syuhada..

Kemudian, ibu sempat bersalam dengan ayah yang menunggu di luar dan memohon kemaafan semoga dipermudahkan segala-galanya... Ayah menghubungi tok papa dan tok mama untuk memaklumkan keadaan ibu...

Seterusnya ibu diusung ke bilik pembedahan..ketika itu sakitnya datang semakin kerap dan terlalu sakit..ketika Dr. Emily membacakan mengenai risiko pembedahan, kesan epidural, prosesur pembedahan dan apa lagi ntah tak ingat..ibu hanya sign sahaja borang tu dan memohon Dr mempercepatkan pembedahan...ibu sudah tidak tahan lagi!!! Kesakitan sampai ke klimaks!

Kemudian Dr mula memberikan epidural yang diinject di belakang badan..bius tersebut adalah half body which is ibu still boleh merasa pergerakan Dr sewaktu membelah perut tetapi kesakitan seperti belahan pisau, jahitan tidak terasa...

1054pm kemudian, baby wafiy keluar pada ketika itu ibu sudah tidak sedar kerana kesan ubat bius..ibu khayal.. ibu sempat melihat wafiy sekejap sahaja sebelum nurse bawa keluar untuk di azankan oleh ayah.. ibu sempat mendengar wafiy menangis..kuat sangat! Itulah suara pertama anak kesayangan..

Selepas sahaja ibu dijahit semula, ibu dibawa pula ke bilik pemulihan(recovery room) dan dalam pukul 12 baru dihantar ke wad bersalin... di sanalah baru Nampak tok mama dan aunty zeti menunggu ibu bersama wafiy..ibu menangis kegembiraan..rupanya inilah nikmat seorang ibu J ibu diminta berbaring dan tidak dibenarkan bangun kerana jahitan masih lagi baru dan dikhuatiri boleh terbuka...

Keesokan hari ibu melihat hanya ada wafiy di sisi..ayah tidak dibenarkan masuk.. tok mama dan aunty zeti bekerja..ibu panic, ketika itu juga wafiy menangis mahukan susu, tetapi memegang wafiy pun ibu masih kekok..ibu menangis..Ya Allah, bantu aku ya Allah..bantu aku... ibu memanggil nurse.. ketika itu juga susu tidak keluar..Ya Allah kesian anakku...laparnya dia Ya Allah....ibu called ayah! Ayah dapat masuk dengan alasan menghantar barang.. Ayah bantu ibu ( ketika itu ibu terlalu bersyukur kerana mummy baha meminjamkan pam susunya) dengan bantuan pam susu tersebut ibu berjaya mengeluarkan susu... pam susu ibu ketika itu masih belum sampai..(sepatutnya pam susu perlu disediakan awal sebelum kelahiran lagi..salah ibu!)

3 hari ibu di wad cukup perit, segala-galanya perlu sendiri..ayah Cuma cuti 2 hari (hari kelahiran pertama dan kedua) ibu tiada siapa-siapa! Ibu menangis lagi... bagaimana ini Ya Allah..bagaimana..aku tidak tahu menjaga bayiku sendiri...wafiy ketika itu terlalu kecil.. nurse pulak ada yang OK ada yang memang tak OK dan ibu tahu itu krana ia adalah hospital kerajaan!

Bisikan ibu ternyata didengari Yang Maha Penyanyang..ibu mendapat panggilan yang aunty yoh akan datang menemani ibu kerana dia mula cuti semester hari itu.. dan akan menemani ibu sepanjang sebulan..Masya Allah..Engkau Maha Besar..lega

Sekurang-kurangnya ada seorang yang boleh menolong,walau tidak banyak..tetapi cukup membantu!

1st day at home, ibu meneruskan menyusu badan wafiy..itu memang tekad ibu untuk memberikan eklusif breastfeeding selama 6 bulan dan diteruskan sehingga 2 tahun.. wafiy looked happy tetapi..

Wafiy dikesan ada jaundice..

3 x ke hospital untuk ambil darah.cian si kecil ibu, habis biru tangan dan kaki dicocok..arghh sakitnya.. nasib wafiy memang baik walaupun ada kuning tetapi parasnya tidak tinggi dan dalam 3 minggu ia hilang..alhamdulilah..bersyukur lagi..

At the same time, ibu sebenarnya agak pressure kerana ini adalah pengalaman pertama bergelar ibu..How to handle baby crying? How to burp baby after breastfeeding? How to bath a baby? And so on...so many things! Sometimes ibu panic... dalam pantang juga wafiy kuat menyusu, It is good tapi ibu sangat letih..setiap 2 jam ibu perlu menyusukan wafiy..Day and night...condition ibu ketika itu juga amat teruk..Cuma makan roti dan milo (hanya aunty yoh with ibu at home, ayah needs to work) ibu sangat stress!

Klimaksnya pada hari ke-10, selepas jururawat desa datang untuk membuat pemeriksaan jahitan ibu dan keadaan wafiy, ibu rasa something different! Ibu demam..tekanan darah agak tinggi..Dizzy and blur

Pukul 11am selepas menyusukan wafiy, ibu berehat di sofa...dan bersandar...tiba-tiba ibu bercakap sesuatu kepada aunty yoh, “ yoh, kenapa kak yien rasa macam lain ni..”(i do not know how to explain at that time)

She’s reply “nape yien” and out of the blue...ibu collapsed dan tidak sedarkan diri...

Bila ibu sedar, ketika itu di dalam ambulans..ibu hanya dengar suara suruh ibu berzikir dan mengucap..ibu hampir kehilangan oksigen..ibu berselawat dan berzikir, tapi sebenarnya ibu juga meraung! Ya Allah, what has happened to me? Aku dah nak mati ke ni? Ya Allah...

Ketika itu ibu masih belum membuka mata, dan ketika sampai sahaja di ICU, ibu dapat membuka mata..ibu melihat tok mama dan ayah di sisi..Ya Allah, aku masih hidup! Walaupun sedar, ibu sebenarnya masih mamai dan memakai bekalan oksigen..ibu di bawa ke bilik Xray untuk pemeriksaan– the result is normal..next, ke bilik jantung..Nothing wrong dan kemudian ibu kembali tidak sedar...

Sedar-sedar sahaja sudah berada di wad perubatan..ketika itu juga penuh doctor dan nurse di sekeliling...nape ramai sangat ni? Pening la.. mereka mula membacakan biodata ibu yang didapati daripada system HRMIS (Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia Kerajaan) dan berbincang sesama sendiri...

Ibu masih belum faham..ibu masih blur sebenarnya..My mind at that time is blank! Empty!

Kemudian seorang doctor wanita mula bercakap dengan ibu... (i guess she is doctor pakar, sebab semua doctor yang lain report segala maklumat kepada dia)

“Noreen, awak Nampak tak saya? Kabur tak?

Nampak..jelas

“ok..berapa umur awak?”

25

“Pendidikan tertinggi?”

Master

Kemudian, ibu dengar lagi mereka bercakap sesame mereka.. “Looked, she does can remember”

Ok, Noreen..tolong angkat tangan kanan..

Ibu angkat. OK

Tangan kiri pulak..

TAK BOLEH! Ibu cuba lagi..

NO!!!

Ibu mula menangis..apa jadi pada diriku? Kenapa tiba-tiba tak boleh angkat? Aku normal..Oh please!

Ok, Noreen, now kaki kanan.

Again, boleh

Kaki kiri?

Eh berat! Beratnya! Kenapa berat ni..ibu tak boleh angkat....

I’m feeling down! What has happened to my left side of body??

Ibu cuba calm...

Jangan la apa2 berlaku pada ibu...

Kemudiannya, Dr.duduk di sisi ibu..Dia memegang tangan kanan ibu,

Sorry, Noreen...

I have to say this...

You are suspected STROKE!

Tolong bersabar dan minta pertolongan family untuk fisioterapi...

6 hari ibu di wad adalah hari-hari yang sangat SUFFER, STRESS, & DEPRESSED!





BERSAMBUNG...A LETTER OF LOVE PART II

Friday, September 9, 2011

Baby Wafiy 4 bulan!!


pejam celik pejam celik..
now anak ibu dah genap 4 bulan hari ni!!
yayyyy :)

hepppi 4months sayang!!

muahhhhhs
xoxo

Thursday, September 8, 2011

Happy 4 months, son!

Esok wafiy akan genap 4 bulan :)
wah dah besar anak ibu ni yer..dan harini merupakan hari ke-4 wafiy di nursery..setakat ni nampaknya dia OK di sana cuma ada beberapa perkara yang agak meragukan di situ..

contohnya seperti berikut :
1. bila saya balik untuk ambil wafiy dari nursery, dia bukan main lagi disolek dengan bedak..sampai habis penuh putih muka.. tapi badan macam berbau.. pengasuh tu tak guna sabun ke mandikan wafiy? atau sebenarnya tak mandi just tukar baju? (eh tak baik bersangka buruk..) takpe kita tengok dulu sampai minggu depan camne ;)



2. setiap kali saya ambil wafiy juga bekas susu wafiy habis semua ( saya beli 2 bekas which is mengandungi 6 partition) tapi cuma dipenuhkan 5 sahaja kerana bayi yang berusia 3-4 bulan bulan hanya memerlukan 5-6 kali 180 ml susu formula..
okey berbalik pada cerita tadi, lepas saja sampai rumah dia merengek nangis sebab lapar sangat, so saya terpaksa buat lagi susu, biasanya 2x lagi..dan jika betul wafiy minum semua susu yang saya bekalkan pagi tadi ini bermakna dia tidak mengikut jadual penyusuan yang betul! atau sebenarnya dia tidak disusukan... habis tu kemana susu-susu itu pergi?
atau sebenarnya wafiy memang minum banyak!
entahlah...

sebenarnya bila kita hantar anak ke nursery, kita memang tidak boleh expect lebih2 kerana penjaga bukan hanya menjaga anak kita sahaja tetapi berbelas-belas lagi yang lain..saya faham itu!

apapun, harap wafiy akan cepat membesar dan sihat ya syg!!




ibu & ayah lurve u bucukkk!
everybody love wafiy :)