[go: up one dir, main page]

L.O.V.E

Tuesday, January 17, 2012

kisah di sebuah kafe..

Semalam, kami makan di kafe malaya, presint 15.. maklumlah, abang baru dapat ang pow dari company dia..konon-konon nak makan besar kat luar..tapi last-last we all decide tak kisah la makan apa pun asal dekat sebab tengok muka wafiy macam dah ngantuk. Sampai kat sana, saya makan lambchop special (serve with fettuccine) and abang makan nasi putih+telur bungkus+kailan ikan masin+sup campur dan sambal belacan.. (dia kan lidah orang melayu - gi mana-mana sokmo kena ada nasi :))

saya ni kan, walau dah berkali pergi kelas agama, baca buku agama, dengar radio siaran agama, tengok tv siaran agama, tapi malu benar dengan diri sendiri..

akhlak kadang-kadang masih belum terdidik..

semalam, kami akui makanan kat situ tak begitu memberangsangkan sebab sup tawar, kailan terlalu masin tapi telur bungkus dia sedap..
lambchop pun oklah, no bad, sos sedap tapi daging terlalu liat dan tebal..memang lama mengunyah..





selepas i komplen camtu dengan abg, nak tau dia reply apa?

"sayang, bukan makanan tu yang tak sedap, tapi selera kita yang tak kena dengan makanan dia masak..mungkin dia specialist kat makanan lain, bukan makanan yang kita order malam ni... "

apa yg u all rasa?

panggg sebijik kat pipi!
malunya Ya Allah...lihatlah hambaMu ini..hati masih belum bersih, hidup hanya tahu nak komplen, komplen, komplen...

bila diaudit diri sendiri, malunya diriku denganMu Tuhan, malunya dengan suami, malunya...
mungkin ilmu sudah ada, tinggal aplikasi je belum cukup mantap!

tapi tulah, dalam kita mengubah diri kita ni, memang perlu mujahadah, perlu istiqamah..
bukan senang bila berlaku perkara yang kita tidak ingini, kita nak turn to positif way, tapi itulah indahnya Islam..setiap dari kita masih ada ruang untuk memperbaiki diri selagi malaikat Israil belum menjemput...


matikanlah aku dalam iman, wahai Tuhan yang Maha menerima taubat...

Tuesday, January 3, 2012

Selamat tahun baru 2012!!

31.12.2011
Lunch di restoran jaring,bandar sunway then We all terus ke damansara..jalan2 sekitar ikano,ikea,the curve dan e@curve..singgah di toys r us untuk beli toys wafiy.. Lepas tu lepak di uptown damansara jap sblm balik ke sini..malam-countdown kat rumah je tgk bunga api di celah2 grill tingkap. Nak pergi yg ustaz azhar dtg kat dataran shah alam tu sure ramai dgn anak kecil..so dok rumah sudah..

1.1.2012
Pagi kuliah dhuha di surau an nur,bangi seperti biasa..kali ustaz hishamudin yang bagi ceramah berkenaan perang uhud.. Ptg rileks kat rumah-kemas rumah, basuh kain, lipat baju..etc

2.1.2012
Jogging dan breakfast di presint 8-kedai nasi lemak daun pisang dan terus ke mydin cari brg rumah..mndpt khabar gembira dari seorang sahabat semalam- terus ke bangi butik fareeda mencari sesuatu yang sesuai..

3.1.2012
Pagi checkup wafiy di kkp3.dtg kul 9am habis kul 1.15pm..bayangkan!letih +penat+anak menangis+orang ramai dll..
Ada cerita sebenarnya di kkp3 ni.. Al kisahnya turn wafiy smpai..terus timbang berat sbb 8 bulan takde injection..tak menyempat nak salin pampers, nurse timbang sekali dgn pampers dapatlah berat 7.8kg pasti dia check kenapa gigi tak tumbuh lagi sebab dia kata lewat dah ni,patutnya usia ni dah ada gigi..senang nak makan..I senyap. Pastu dia tanya wafiy makan camne.I cakaplah dia makan bubur n blend, nurse bgtau next time tak payah blend sbb usia 7-9 patutnya makan dilenyek sbb gusi nak rasa teksturnya..kalau still makan diblend sampai 2thn pun takkan tumbuh gigi..takutnya! Betul ke? Pastu dia tanya minum susu apa? I ckp susu formula..dia kata inilah puncanya,patutnya jgn mudah campur awal2..susu formula kenapa xbg susu bdn..I ckp xbleh sbb mkn ubat, dia tanya ubat apa smpai takleh bagi susu?apasal makan ubat? Sakit apa? Saya rasa sesetengah ubat je xbleh, kalo setakat antibiotik tu takde masalah.. Lainlah kalo ubat hiv ke tibi ke??? Amboiii mulut puaka nurse ni...cakap macam orang takde akhlak..

Saya malas la nak cite history kita kan? Malas. Dahlah half day masa kat klinik dpt turn jmpa nurse plak, mulut berpuaka..lebih baik diam..

Serik juga nk dtg sini lg utk 2bln..kat mana swasta yg boleh bt checkup erk? Yg dkt2 area putrajaya ada ke??

Mood tahun baru spoil hanya kerana isu gigi wafiy.. Sggh macam tak berbaloi..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.