[go: up one dir, main page]

L.O.V.E

Thursday, January 27, 2022

I have 25 hours a day – The smart way to create more time




Kali pertama saya menatap buku ini di salah sebuah kedai buku di Putrajaya, tajuknya Saya ada 25 jam sehari – dan penulisnya bukan calang-calah orang. Satu nama besar dalam industry perbankan islam, siapa yang tak kenal Datuk Dr. Mohd Daud Bakar. Saya ambil buku ni dan hanya dapat baca di muka belakang kerana dibalut kemas dengan plastik – buku ni untuk mereka yang mengalami defisit atau boleh dikatakan muflis masa.

Kebiasaannya, sebelum membeli mana-mana buku saya akan baca review dulu dan jika berpandukan rating di goodreads hanya 3.8 out 5. Erm, takpela next time la.

Sampai suatu hari saya sampai awal di pejabat dan terfikir nak singgah di perpustakaan mini di aras bawah office. Lama betul tak datang sini,rasanya sejak pkp yang lepas sebab library memang ditutup. Bila kaki kanan melangkah masuk je – aroma ketenangan datang, bau buku memanggil-manggil. Rasa itu masih sama cuma ada perbezaan sedikit dari susun atur perabot, but never mind.

Rutin saya sebelum ni, bila masuk je ke library, saya akan ke bahagian hadapan kaunter yang biasanya akan meletakkan buku-buku baharu. Tapi harini, barisan buku yang dpamerkan kurang menarik bukunya lebih kepada topik perhutanan, iklim dan bencana. Ok next.

Saya terus berjalan dan menghala ke rak pertama – my favourite rack yang tersimpan koleksi buku-buku self- help. Belek punya belek terjumpa buku ni “  I have 25 hours a day – The smart way to create more time” – eh ni buku yang pernah nak beli sebelum ni, tak sangka ada dua versi bahasa. Saya terus keluarkan dari rak bacaan. Buka muka surat pertama sahaja saya sudah seperti digam. Setiap frasa ayat menikam-nikam ke dada. Kenapa lah saya tak beli dulu, dan tanpa membuang masa terus ambil untuk dipinjam. 

Ok kita pergi lagi rak lain pula. Cari punya cari tak banyak yang menarik sebab ada yang dah baca dan dah beli. Genre kegemaran saya adalah self help/ motivational, agama dan business.

Ok dah kata buku  ni best kan, jom saya kongsikan beberapa bait mutiara dari figura negara yang hebat ini. 


Time is the king. Pepatah Arab menyebutkan "time is life" which is amat tepat - sesungguhnya jika kita membuang masa seolah-olah kita membuang kehidupan kita, sedangkan masa itu tidak akan dapat kembali. Never. Proverb yang kita selalu dengar pula ‘time is money’ or time is gold” not really accurate sebab emas dan duit can be replenished.

 Tips bagaimana pula untuk nak menjana masa tambahan (25 jam sehari)

                 a.       Strategi preload – Berfikir dan cuba menyelesaikan kita-kerja masa hadapan di masa sekarang

b.      Banyakkan kerja dalam masa yang sama – multitasking skills and personality

c.       Cuba potong aliran/rangkaian yang tidak perlu dalam rutin harian - cut unnecessary thing

d.      Jangan buang masa – jika kita berupaya untuk menyelesaikan satu task dalam tempoh 30 minit, jangan buat sehingga sampai 45 minit. Don't ever procrastinate.

3.     Masa itu kapsul kehidupan, jika kapsul ini pecah, maka berakhirlah kehidupan kita - manfaatkan semaksimunnya kerana kita tidak ada bank masa untuk kita boleh buat loan pinjam dari orang yang mempunyai lebihan masa. kita tidak boleh guna dan ambil masa orang lain tapi kita boleh leverage!  

Eventually, buku ni merupakan satu buku yang wajib ulang baca, saya bercadang untuk membeli dan membacanya sekali lagi dalam versi Bahasa melayu pula.

Wednesday, June 3, 2020

Seni Berfikir yang Hilang





Semalam saya berjaya mengkhatamkan buku setebal 260 muka surat ini; melihatkan tajuknya sahaja sudah cukup catchy untuk melekatkan pembacaan tanpa berganjak walau seinci. Secara keseluruhannya Seni Berfikir yang Hilang (SBYH) ini merupakan buku sekunder kepada kitab Thaqafah al-Daiyah karangan Sheikh Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi yang telah dibentangkan di dalam sebuah persidangan antarabangsa di Madinah pada 1976. Ia merangkumkan enam (6) cabang ilmu iaitu yang perlu dikuasai oleh seorang muslim terutamanya pendakwah (lebih-lebih lagi) walaupun hakikatnya kita juga adalah seorang pendakwah dan setiap kita adalah pendakwah. Letaklah di posisi mana pun, ibu, ayah, guru, suami, ketua jabatan? kita semua mempunyai peranan untuk mendidik, mengajar, menasihat dan menegur. 

Maka itulah dakwah!

Menarik kan buku ni, itu baru di dasar.

Kata Syeikh Yusuf Al-Qardawi, umat islam ialat umat dakwah.

Enam (6) cabang ilmu tersebut adalah:

  1. Agama
  2. Sejarah
  3. Sastera dan Bahasa
  4. Kemanusiaan
  5. Sains
  6. Hal Ehwal Semasa
Walaupun kini kita sudah berada pada tahun 2020, ternyata sehingga sekarang kitab itu masih relevan. Penulis (Ustaz Hasrizal) telah memberikan banyak contoh-contoh yang munasabah dan konkrit pada era zaman Tamadun Daulah Uthmaniyyah, Tamadun Eropah sehinggalah ke Revolusi Pertanian yang berlaku di tahahair sendiri.

Berikut saya sertakan beberapa titipan perkongsian yang menarik di dalam naskhah SBYH ini :

  • Jadikanlah perancangan untuk anak menghafaz Al-Quran sebagai sesuatu yang penting pada usia mereka yang sesuai iaitu sebelum akil baligh (lingkungan 11-13 tahun). Inilah umur yang sangat OPTIMUN untuk menghafaz Al-Quran. InsyaAllah hafazan yang dihafal pada umur itu sangat lekat dan kuat.

  •  Akhlak itu bukan lalang. Lalang tak memerlukan ladang semak, hanya perlukan tanah. Biarkan saja tanah kosong dan ia akan tumbuh. Akhlak ialah buah yang dipetik daripada pokok. Ada pokok spesifik yang perlu ditanam dan ada baja tertentu yang perlu diberi supaya buahnya boleh dipetik.

  • Budaya philantropy adalah satu keadaan di mana kita suka berbuat baik kepada orang dan kita tidak mengharapkan apa-apa balasan. Kegembiraan kita adalah apabila kita melihat orang yang kita bantu mendapat kebaikan.

  • Seperti yang pernah diungkapkan oleh Ibn Khaldun, sense of equality hanya wujud dalam sejarah tamadun yang maju apabila wujudnya properhood. Tamadun di Bandar Purba Ur adalah tamadun yang kuat beragama kerana di tengah-tengah bandar mereka mempunyai rumah ibadat utama mereka iaitu Ziggurat. Mereka adalah komuniti yang beragama. Bandar Purba Ur ini adalah bukti universal bahawa yang mengharmonikan kehidupan manusia adalah agama. 

  • Kenapa bahasa penting? Representasional bermaksud fungsi bahasa adalah mendeskripsi apa yang kita fikir. Maka dengan bahasa yang betul, dengan menutur dengan cara yang tertib, tergambarlah sebuah fikiran yang tertib juga. Orang yang berfikiran tertib akan berbahasa tertib. 

  • Kata Ibnu Khaldun, manusia tidak akan membangun tamadun selagi mana berkelakuan seperti orang Badwi. Apakah sikap orang Badwi? Orang Badwi sifatnya menerima atau mengambil semata-mata tetapi tidak mahu memberi. Di manapun orang Badwi itu tinggal, mereka tetap menerima semata-mata.Ketamdunan hanya akan berlaku sekiranya manusia mula fikir untuk memberi, buka lagi menerima sahaja. 

  • Buku ini mengandungi kerangka yang berkhasiat untuk merawat kejuzukan minda umat Islam akibat sistem pendidikan yang mengkelas-kelaskan murid mengikut aliran sejak sekian lama. Implikasinya, kita gagal menghormati batas keupayaan diri sendiri, lalu membabitkan diri dengan perkara-perkara yang kita tiada ilmu mengenainya. Tanpa ilmu, kita menjadi seperti tikus membaiki labu.


Dan akhir kata, dengan nilai buku RM30 ternyata ia sangat berbaloi dan mengenyangkan! 


Selamat meneroka :)







Tuesday, June 2, 2020

Kek Marble yang mudah dan sangat sedap dengan sukatan cawan sahaja

Sejak PKP ini dilaksanakan, kebanyakan ibu mengambil peluang untuk memasak sendiri/ belajar memasak dan mencuba resipi-resipi baru untuk keluarga. Saya adalah antara penggemar kek marble ni dan selalu beli sahaja sebelum ini. Sehingga pada suatu hari, anak sulung saya, Wafiy menunjukkan gambar kek marble di ipad; katanya dia teringin nak makan sebab kek batik dan kek cheesekut sudah biasa. Saya google beberapa resipi dan sepanjang PKP ini saya telah buat hampir 6 kali- ada yang tak masak kat tengah, ada kurang rasa tapi akhirnya ini resipi yang saya rasa agak baik setakat ini dengan hanya menggunakan sukatan cawan!

Bahan-bahan :

1/2 buku mentega
1 cawan gula kaster
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
Pewarna/ serbuk koko/ Milo

Cara-caranya :

  1. Pukul mentega bersama gula dan esen vanila sehingga kembang. Kemudian dalam bekas yang lain ayak tepung gandum bersama baking powder.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam bekas mentega dan masukkan tepung pula. Kacau sebati.
  3. Apabila telah sebati, bahagikan adunan kepada beberapa bekas untuk dimasukkan pewarna / serbuk koko/ Milo
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega. Adunan tersebut dituang secara berselang seli mengikut warna dan lorekkan menggunakan chopstik.
  5. Bakar pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak.

Taraaaa!

Kembara di bumi Farmosa Part 1

Terlalu banyak peristiwa yang terjadi pada tahun 2019 dan secara peribadi 2019 adalah tahun terbaik dalam sejarah kehidupan saya. Di sini saya ingin berkongsi satu titipan pengalaman yang telah mengukir satu kenangan abadi sepanjang pengalaman saya dalam perkhidmatan awam iaitu menghadiri kursus GIS & Land Management yang dianjurkan secara tahunan oleh di International Center of Land Policy & Study (ICLPST) di Taiwan bermula 17 April - 30 April 2019. Sasaran peserta seminar adalah sebanyak 26 hingga 28 orang delegasi antarabangsa daripada peringkat pertengahan sehingga peringkat tertinggi yang berkemahiran dan berpengalaman dalam bidang GIS serta pengurusan tanah negara masing-masing. Fokus utama seminar ini adalah bagi berkongsi pengalaman dan pencapaian pembangunan negara Taiwan dalam bidang GIS dan pengurusan tanah serta menjadi platform/ forum bagi membincangkan idea, pengalaman, solusi di dalam isu yang berkaitan. 

Sebelum bermula saya suka untuk berkongsi satu kisah tentang how effective and important visualization in our life. FYI, saya pernah berangan-angan sebelum ini untuk ke Taiwan kerana sebelum ini dua orang daripada colleague saya telah pergi ke sana dan saya berimpian jika mereka boleh aku pasti boleh, dan yakin pada rezeki. Suatu hari, Pengarah datang ke bilik sebelah dan bertanya sama ada sesiapa yang hendak ke Taiwan dalam kadar segera dan hanya seorang sahaja yang akan pergi selama 2 minggu. Since sebelum ini telah ada wakil dari cawangan lain jadi Pengarah rotate kepada cawangan saya. Tanpa berfikir panjang saya menyatakan persetujuan.

Then, setelah dipersetujui keesokan juga saya perlu menyerahkan borang permohonan untuk dihantar kepada pihak kedutaan Taiwan sama ada mereka setuju atau menolak, menyediakan CV bagi kelulusan KSU, menyiapkan passport, melengkapkan kertas pembentangan. Ya Allah kelam kelibut macam orang gila hahaha. Semasa saya sedang berbengkel Enteprise Archicture (EA) di luar, saya menerima email tiket penerbangan dan jadual kursus. Menitis air mata kegembiraan yang sukar dibayangkan.  Ya Allah, saya berjaya untuk menyertai kursus ini tetapi terdapat satu lagi kegusaran kerana bagi penjawat awam jika hendak ke luar negara, anda perlu mendapat kelulusan Ketua Setiausaha (KSU) dan pada masa itu saya belum mendapat pengesahan kelulusan. Masa semakin suntuk tinggal beberapa hari lagi untuk berangkat dan keesokan hari Alhamdulilah KSU telah menghantar memo kelulusan dan saya harus menyiapkan slides untuk dihantar dan dibentangkan di sana nanti. Ini adalah peluang keemasan mewakili negara dan ke negara luar pula. Terima kasih Allah.

Tiba hari untuk berangkat, ibu bapa saya datang ke Putrajaya untuk menjaga anak-anak saya (Maryam dan Fateema). Tiket saya tertera pukul 9.15 am menaiki Malaysia Airlines ke Taoyuan International Airport, Taiwan. Semasa di KLIA saya ditegur rakan sekolah; Nazrin yang bekerja sebagai polis bantuan di situ beliau membantu saya menunjuk arah ke gate luar negara (Maklumlah ini kali pertama saya ke luar negara menaiki flight di KLIA, sebelum ini di KLIA2). Perasaan saya gembira bercampur risau, sedih, dan takut kerana ini adalah pengalaman pertama seorang diri ke luar negara. Untuk keluar negara, selepas pemeriksaan passport, kita perlu menaiki tren dan semasa sampai di tempat untuk departure, saya berjumpa dengan kawan baharu Wana (NADMA) dan tanpa disangka ada dua orang lagi Malaysia yang akan berkursus di sana juga, tetapi course yang berlainan K-Economy and City competitiveness. Bertambah kesyukuran. Alhamdulilah terima kasih Ya Allah! Kami berkenalan sekejap sebelum menaiki flight bersama.

Day 1 | 16 April 2019

Membeli simkad 700NTD for 15 days unlimited data

Kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan lebih kurang 5 jam selepas itu. Untuk makluman, waktu di Malaysia dan Taiwan adalah sama. Sampai sahaja di sana kami membeli simkad yang akan digunakan di sini selama lebih kurang 15 hari. Kami menaiki taxi bewarna kuning menunjukkan alamat pusat latihan seperti yang telah diberikan di dalam email. Di sana pemandu adalah di sebelah kiri dan matawang negara mereka ialah New Taiwan Dollar


One bag for foods & One bag for clothes :)
ICLPST

Hall Lobby

Pantry

Day 2 | 17 April 2019

Keesokan hari sebelum bermula opening session. Saya mengambil kesempatan untuk  jogging di kawasan sekitar pusat latihan dan selepas sarapan pagi, Hari pertama bermula dengan acara pembukaan rasmi oleh pengarah ICLPST, Dr. Jack Kuei-son Sheu. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua peserta kursus GIS yang terdiri daripada 29 peserta dari 28 negara; Afrika (1), Amerika/ Caribbean (8), Asia (9), Eropah (7) dan Pacific Ocean (4).


Dari kiri saya, Mr Tuvuki dari Marshall Island & Mr Daniel dari Mexico




Seterusnya pada sebelah petang, sesi syarahan bermula.



Country Presentation

Ms. Alesia from Belarus

Prof. Dr. Pavel from Republic Chez

Mr. Martin from Greece


Bersambung Part II 

Kembali

Hi, Assalamualaikum, Annyeong Haseyo!

Lamanya blog ni bersawang, insyaAllah selepas ini, saya akan cuba untuk mengemaskininya dengan lebih tekal. Terlalu banyak perubahan, keadaan dan peristiwa yang berlaku sejak blog ini ditinggalkan dan saya akui kadang kala agak tertekan apabila tiada ruang untuk menulis/ meluahkan perasaan dengan lebih objektif. Teringat kembali blog ini yang sebelum ini menjadi wadah perkongsian perasaan/ cerita diri. Ayuh! Jangan sia-siakan dan content akan kembali tetapi hopefully dengan lebih matang kerana usia pengalaman membatasi waktu lalu.

Sengaja juga saya tidak membiarkan posting saya sebelum ini di dalam blog dipadam sebagai sebahagian kenangan dalam dunia penulisan. Oh ya, tidak lupa saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada semua muslim dan muslimat yang meraikannya. Walaupun suasana pada tahun ini juga berbeza kerana penularan pandemik Covid-19, tetapi kita harus terus melangkah dengan mengamalkan norma baharu. Alah bisa, tegal biasa. Tiada rumah terbuka (ziarah) dan tidak dapat pulang ke kampung menziarahi ibu ayah menjadi perkara baharu dalam rutin tahunan raya kita. Semoga dengan sedikit pengorbanan ini akan menjadi asbab putusnya rangkaian virus baharu ini. Semasa dalam tempoh PKP 1 & 2 yang lepas, saya sempat menonton beberapa filem (Contagion, Flu, etc) yang mempunyai similirati dengan pandemik ini dan ternyata usaha/ langkah yang kita tengah jalankan ini merupakan antara SOP antarabangsa oleh WHO seperti contoh; kuarantin - penjarakan sosial - topeng muka dan basuh tangan.

Semoga kita bersama-sama berdoa agar seluruh negara berupaya untuk mendaptasi diri dengan norma baharu dan sudah tentu banyak cabaran menanti di hadapan. Sungguh 2020 adalah tahun yang mungkin tiada kereta terbang tetapi banyak duit dan nyawa yang terbang! 

Sunday, June 29, 2014

Wednesday, January 30, 2013

Salam Maulidur Rasul


Salam Maulidul Rasul kepada semua muslim dan muslimat seluruhnya...

”Barangsiapa menghidupkan sunnahku sama ertinya mencintaiku, barangsiapa mencintaiku di hari kiamat kelak akan bersamaku di syurga.” (Hadits)