Kali pertama saya menatap buku ini di salah sebuah kedai buku di Putrajaya, tajuknya Saya ada 25 jam sehari – dan penulisnya bukan calang-calah orang. Satu nama besar dalam industry perbankan islam, siapa yang tak kenal Datuk Dr. Mohd Daud Bakar. Saya ambil buku ni dan hanya dapat baca di muka belakang kerana dibalut kemas dengan plastik – buku ni untuk mereka yang mengalami defisit atau boleh dikatakan muflis masa.
Kebiasaannya, sebelum membeli mana-mana buku saya akan baca review dulu dan jika berpandukan rating di goodreads hanya 3.8 out 5. Erm, takpela next time la.
Sampai suatu hari saya sampai awal di pejabat dan terfikir
nak singgah di perpustakaan mini di aras bawah office. Lama betul tak datang
sini,rasanya sejak pkp yang lepas sebab library memang ditutup. Bila kaki kanan melangkah masuk je – aroma ketenangan datang, bau buku memanggil-manggil. Rasa itu masih sama cuma ada perbezaan sedikit dari susun atur perabot, but never mind.
Rutin saya sebelum ni, bila masuk je ke library, saya akan
ke bahagian hadapan kaunter yang biasanya akan meletakkan buku-buku baharu. Tapi
harini, barisan buku yang dpamerkan kurang menarik bukunya lebih kepada topik perhutanan, iklim dan
bencana. Ok next.
Saya terus berjalan dan menghala ke rak pertama – my favourite rack yang tersimpan koleksi buku-buku self- help. Belek punya belek terjumpa buku ni “ I have 25 hours a day – The smart way to create more time” – eh ni buku yang pernah nak beli sebelum ni, tak sangka ada dua versi bahasa. Saya terus keluarkan dari rak bacaan. Buka muka surat pertama sahaja saya sudah seperti digam. Setiap frasa ayat menikam-nikam ke dada. Kenapa lah saya tak beli dulu, dan tanpa membuang masa terus ambil untuk dipinjam.
Ok kita pergi lagi rak lain pula. Cari punya cari tak banyak yang menarik sebab ada yang dah baca dan dah beli. Genre kegemaran saya adalah self help/ motivational, agama dan business.
Ok dah kata buku ni best kan, jom saya kongsikan beberapa bait mutiara dari figura negara yang hebat ini.
Time is the king. Pepatah Arab menyebutkan "time is life" which is amat tepat - sesungguhnya jika kita membuang masa seolah-olah kita membuang kehidupan kita, sedangkan masa itu tidak akan dapat kembali. Never. Proverb yang kita selalu dengar pula ‘time is money’ or time is gold” not really accurate sebab emas dan duit can be replenished.
b.
Banyakkan kerja dalam masa yang sama – multitasking skills and personality
c.
Cuba potong aliran/rangkaian yang tidak perlu
dalam rutin harian - cut unnecessary thing
d. Jangan buang masa – jika kita berupaya untuk menyelesaikan satu task dalam tempoh 30 minit, jangan buat sehingga sampai 45 minit. Don't ever procrastinate.
3. Masa itu kapsul kehidupan, jika kapsul ini pecah, maka berakhirlah kehidupan kita - manfaatkan semaksimunnya kerana kita tidak ada bank masa untuk kita boleh buat loan pinjam dari orang yang mempunyai lebihan masa. kita tidak boleh guna dan ambil masa orang lain tapi kita boleh leverage!
Eventually, buku ni merupakan satu buku yang wajib ulang baca, saya
bercadang untuk membeli dan membacanya sekali lagi dalam versi Bahasa melayu
pula.