[go: up one dir, main page]


Tuesday, December 08, 2009

How TO KEEP SECRET?



For all my beloved readers, my maid from India. Hah, so basically i memang tak boleh cakap Tamil (instead my bahasa Ibunda Malayalam, pun I tak reti)..huhu, i think my cantonese better than this two languages.."Ngo sek teng,em sek kong""Lijot, betul tak?"haha

Bila nak communicate dengan dia, apa sahaja isyarat yang boleh,dan dia paham. hehe, macam ayam cakap dengan itik...lebih kurang ah...dah 6 bulan dia dgn I, at least dia paham BM n BI sikit..

MASALAHNYA dengan my beloved anak dara..dia FAHAM 4 BAHASA, BM, BI, TAMIL & MALAYALAM....huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

takleh tipu, takleh ngelak, takleh buat apa, semua dia tahu...kalau cakap dgn maid, tolong pegang dia, saya nak gi kedai jap...abis terus pegang kain...

cth ayat satu

Emak, saya taknak air

Mummy dont want "tanni" (tamil)


cth ayat dua

Athira, mummy beat you (nak suruh jangan nakal)

jawapan dia

Mummy addi (tamil/malayalam)
(Athira pukul mummy)

cth ayat tiga
biasanya negara Malaysia ni,kalau nak buang air besar, budak akan cap "uk uk", "yak"
Athira
Mummy, Athira aiyeee (ikut stail negara sana)


Kesimpulannya : memang takleh cakap 4 bahasa ni kat umah, takkan nak warebang warenak warekuar wajalan wakul waberapa or ab nak kuar kul berap?, susah le, mak mertua,bapak mertua n beloved hubby nak master that language or cantonese (aku pun xfasih)

so, hakikatnya aku kena terima dari athira speak bahasa slang indonesia, oklah tu...heheh, nak sedapkan hati...

FUN TO SEE HER PROGRESS IN THOSE LANGUAGES,

Monday, November 30, 2009

Ting!some updates

Lama gak tak update, since FB pun cuma bole pakai LITE sahaja, so, aktiviti pun agak berkurangan..server pun lembab..maka nak post entry pun jadi masalah. I know i have to write ISU NO DUA...hehe, nantilah..

FIRST : SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. Sorrylah lambat.

SECOND, my raya was in JB,no particular reason except bajet constraint nak balik KL, tgh kumpul sikit, supaya boleh berjoli dgn family bila turun KL..

THIRD, on Saturday my BFF, all the way from Desaru, picked me up at my home, leaving her husband,her son and her family just want to have lepaking session. Adus...memang tak cukup, sampai kul 11 malam..lepas magrib sampai malam..both hubby memang COOL...biasalah, parents yang risau semacam...hehe..ITS A GIrlS Nite..The most Important Part....SHE BROUGHT AND PLAY ALL THE SONGS WHICH I DAH LUPA YANG SATU MASA DULU I GILA SANGAT....hindustan

Those were the days, i will watch again and again hindustan MOVIES...aduh, enab..napelah u buat i terngiang ngiang sekarang ni...

"..i tell you,....what to do"..."har dil jo pyar karega"..."aja...aja...oooo"

"DANCING MODE ON"


KUCH KUCH HOTA HAI

tum paas aa'e, yuu.n muskaraa'e You came near me -
tum ne na jaane kya, sapane dikhaa'e you had no idea what dreams you revealed to me!
Chorus:
tum paas aa'e, yuu.n muskaraa'e You came near me -
tum ne na jaane kya, sapane dikhaa'e you had no idea what dreams you revealed to me!
ab to mera dil, jaage na sota hai Now my heart is neither awake nor asleep.
kya karuu.n haa'e, kuchh kuchh hota hai What shall I do? Something happens (in my heart)!

Chorus
na jaane kaisa ahasaas hai Who knows what kind of feeling this is?
bujhatii nahii.n hai, kya pyaas hai Is it thirst, when it cannot be quenched?
kya nasha is pyaar ka This drunkenness of love,
mujhape sanam, chhaane laga it began to consume me.
koii na jaane, kyo.n chain khota hai Who knows why one loses one's peace when in love?
kya karuu.n haa'e, kuchh kuchh hota hai What shall I do? Something happens in my heart!
kya ra.ng laaii, merii dua What wonders my prayers have brought me!
ye ishq jaane kaise hua God knows how this love came to be.
bechainiyo.n me.n chain In restlessness I found peace.
na jaane kyo.n aane laga Who knows how that came to be?
tanhaaii me.n dil, yaade.n sa.njota hai I sit alone, arranging memories of you.
kya karuu.n haa'e, kuchh kuchh hota hai What shall I do? Something happens (in my heart)

More HERE

Thursday, November 05, 2009

IKLAN - model wannabe (nauzubillah)

This pic was taken when she was 8months...cute and chubby, tgk what happened after 1 year?

She is growing and pandai posing lak tu...alahai anak mummy...

Please somebody tell me, ini gaya apa?

mommy, i SAYANG U and yes darling mommy SAYANG you if u always keep smiling like this...

and this KAKAK is my baby bestest fren, kawan gaduh, and segalanya...

Monday, November 02, 2009

Hati Tenang


Susah ke nak sejukkan hati, depends dengan orang ler.. ada banyak isu nak tulis.

ISU PERTAMA
ada yg tanya camna nak tentukan thats the guy for me, i baru je habis baca novel, how will i know by sheila o (apa ntah)..jawapannya u never know..for me lah.

abstrak jawapannya. adakah lelaki itu lelaki bila dia membuka pintu untuk perempuan? adakah lelaki itu lelaki bila dia mengucapkan atau mengingati segala macam tarikh pertemuan, perasmian, pertunangan, perkahwinan dan segala macam?adakah lelaki itu lelaki bila dia tolong isteri dia masak? tolong isteri dia basuh kain?

hmmm, to tell u guys my dear hubby is not that kind of guy but one thing for sure i love him so much because him being himself..mula2 dulu mengamuk gak ler,nape tak gentleman..but masa menentukan segalanya, i had learn that husband and wife is completing each other, kalau u lebih ni, i kurang ni, kalau i lebih ni, u kurang yang itu..the more u give n take the most u will treasure your relationship.

bulan ni lagi 23 hari ikut tahun masehi, genaplah 5 tahun perkahwinan i, ikut tahun Islam dah lepas dah..I am happy with him, I am in love with him every minute,every second..I LOVE HIM..

so ada kengkawan i yang menginginkan suami yang cukup baik, budi bahasa tinggi, gentleman,pandai layan isteri, nasihat I jangan letak high expectation, rugi, kalau ada kekurangan tu terima jerlah..

besar pahalanya bila isteri REDHA dgn suami. dan bila itu terjadi maka kuranglah statistik perceraian...heheheheh, doakan i dengan ilham selamat dan kekal ke akhir hayat..AMIN

p/s : ISU keDUA AKAN MENYUSUL

Friday, October 02, 2009

Its A SECRET TAU...

SECRET PERTAMA

semalam berbincang dgn kawan kerja, pasal blog, masing2 ada gaya menulis sendiri, tapi kalau apa kita tulis tu boleh diterjemahkan dengan keadaan perilaku individu...camne lak tu..

betul lah, memang lah stail i tulis pun tahu i camne...masalahnya kat tempat kerja JB ni rata2 semua ada blog, dari peringkat bawah sampai ke atas, masing2 baru rasa manisnye berblog kot, some of them noticed that I had a blog...owwwwwwwwwwhhhhhhh sorry, once they discovered, i tak heran, becoz the way i write this blog is the way i present my life everyday..no double face..TETAPI BAIKLAH DIORANG TAK YAH DISCOVER..LECEH LAH...cukuplah u all sahaja yang tahu..so sape yg tahu blog i ni , insan yang terpilih tau...hahahaha

hmmm, masing-masing....

-------------------------------------

SECRET KEDUA

I nak share something, i nak badan yang sihat..dulu masa sekolah2 memang berat i tak menentu, sama gak masa zaman u. i tahu berat badan i yang ideal 65kg..masa zaman u dulu, berat i mesti 75 ke atas..

masa i nak kahwin i dapat berat i yg 65 tu...itulah balanced diet yg i rasa tak menyeksa tapi hati kena kental

*malam xmakan
*mkn pagi lite
*mkn tghari separuh nasi

lepas kahwin,maintain naik 2kg jer...pas gugur badan i dah start naik balik ke 70, tapi xperasan sgt kot...

then i mengandung, naik 80kg masa kandungan 36 mgu sbb mak mertua masak bulan terakhir tu...kalau x standart 75 jer...

masa pantang, i turn 66kg....setahun lepas...dan awal tahun ni 75 balik, aduhhh....

bila nak turun susah nyer, nak naik sekejap jer, selama ni dari awal tahun sampailah bulan puasa i memang xheran, hubby bising ker, i buat dunno jer..suddenly i rasa i kena jaga bila balik KL...seeing my sisters n my nieces memBESAR dan ada macam2 penyakit...haiyah , i nekad. memang akui, family i memang rangka besar, rangka besar doesnt mean u have to be gemuk or obes. i nekad..alhamdulillah, RAMADHAN yg mulia, i dah turun 70 balik..

spare tyre ni kena buang, i tgh cari gym dan instruktor swimming untuk pompuan kat JB ni. I nak keep FIT.

I nak start puasa 6 mgu depan dan Isnin Khamis..Insya Allah.

Mr. Hubby pun dah naik, tapi dia naik, oklah sbb dulu dia kurus meleding, now mcm dah ok..dulu seluar jeans I , dia gelakkan sbb besar dari dia, sekarang dia boleh silap pakai seluar jean aku...hangin aku dibuatnye...aleh2 macam nampak LABEL LADYLIKE belakang punggung dia...hmmmm...

SO, THATS MY SECRETS...hehehe, sesiapa yg tahu gym dan instruktor swimming pompuan,bgtahulah aku..ada seorg ni willing nak ajar, mr. Hubby x izinkan sbb dia lelaki...jeles lah tu, hehehe...suruh dia ajar, dia tenggelamkan I..

Kak SU,baik ko turn JB ajar aku, impian aku 5 tahun ni xtercapai..ko da jadi dive master dah....

p/s : jangan bagitahu orang tau....hahahahahaha

Tuesday, September 29, 2009

Hidup Ibarat Putaran Roda

Alhamdulillah, selamat sudah kita berpuasa sebulan, perjuangan untuk berpuasa 6 belum bermula lagi disebabkan keuzuran. Insya Allah, niat dah ada. Macam2 berlaku semasa puasa dan raya, kesihatan athira alhamdulillah walaupun agak fobia dengan semua benda. baru jer nak longgarkan syrat, contohnya mula bagi dia makan buah2an semula, semalam demam naik 37.9. Anakku ini agak sensitif badannya tapi cukup lasak. Bila macam tu rasa menyesal pulak bagi makan, so I have to admit she mengidap pneumonia,perlukan perhatian.

Pneumonia is an inflammatory illness of the lung.[1] Frequently, it is described as lung parenchyma/alveolar inflammation and abnormal alveolar filling with fluid (consolidation and exudation).[2]

The alveoli are microscopic air-filled sacs in the lungs responsible for absorbing oxygen. Pneumonia can result from a variety of causes, including infection with bacteria, viruses, fungi, or parasites, and chemical or physical injury to the lungs. Its cause may also be officially described as idiopathic—that is, unknown—when infectious causes have been excluded.

Typical symptoms associated with pneumonia include cough, chest pain, fever, and difficulty in breathing. Diagnostic tools include x-rays and examination of the sputum. Treatment depends on the cause of pneumonia; bacterial pneumonia is treated with antibiotics.

Pneumonia is a common illness which occurs in all age groups, and is a leading cause of death among the elderly and people who are chronically and terminally ill. Additionally, it is the leading cause of death in children under five years old worldwide.[3] Vaccines to prevent certain types of pneumonia are available. The prognosis depends on the type of pneumonia, the appropriate treatment, any complications, and the person's underlying health.


Setakat memahamkan semua, my hubby's brother died at the age of 1 year and half because of this, so definitely I will act unnormal or weird when faced with this trauma.

"Athira, tak boleh minum air sejuk",
"Alah, sikit jer, bagi rasa semua benda"

"Athira xboleh makan banyak buah,sejuk"
"sape kate, buah kan baik"

Ends up, i yang suffer tak buat kerja, tak concentrate membaca n menanda...I know some of u have gone worst, but I am quite pressure with people taking for granted when I say its a No,NO!

---------------

Raya stories...

I berpuasa and beraya di KL, Athira naik flite kali kedua, she is just a lovely girl..dia ikut jer apa I cakap..I seronok berpuasa n berbuka puasa in KL but xseronok beraya, sedih and sangat penat..

one thing for sure, we need strength when we face so many obstacles, but in my case, I have some people I consider as my bestest fren foreva. I can depends and find my strength when I see them.

You know who u are...
-------------------
Theme for RAYA : Me n Ilham SILVER....hahahaha

No gambo...sebuk layan orang...

-------------

FB dah kena block kat opis, kembali berblog...

Tuesday, September 01, 2009

Ramadhan yang mulia

Assalamualaikum n hi..
Selamat Menyambut Ramadhan.

Terlalu banyak yg nak dicerita tapi FB jadi platform yang baik tapi tak puas tulis,

Besok Athira akan jumpa doktor untuk kali terakhir (hopefully,full RECOVERED!!). Dah tak larat..

Ni sekarang ni sibuk pasal ****** . Tak abis satu dugaan, datang lagi satu... Kalini melibatkan masa hadapan.. Tak dibenarkan kecoh selagi xde green lite...

Aiyah....got to go..

Sunday, August 16, 2009

updates

after one and another. Allah sayang kita bila dia bagi dugaan. Athira masuk wad minggu lepas, selepas I balik dari Rompin..A long story...to cut it shortm she is OK now, doakan.

I ada kursus Persiapan PhD di Shah Alam, semalam n harini..sempat jumpa Sikin. Dia maintain kurus. Teringat all the memories. Siapa sangka I dengan Sikin kerja satu bumbung, hehee..tapi dia nun jauh di Shah Alam, I kat JB. Macam tukar jer..

Semalam gak, petang I gi jumpa Enab,Nibah tolong babysit Nawaz for us. We BERshopping, hehe, I beli baju utk athira..and nawaz..MURAH SEH!!!

Makan, gi Uptown, and cockroach incident!Nibah terjatuh bila i terperanjat and menjerit...she jatuh yangg real jatuh..Lipas muncul atas meja bukan sekali ok, 3 (TIGA) KALI!!! memang lipas tu bodoh n mengong, Nibah sakit kepala n punggung, I sakit kaki...


Pastu balik and chat sampai kul 4 pagi...hahaha...end up i lewat gi course pagi ni..

Tak sabar nak balik, nak peluk athira and nak ajar athira HUG..Nawaz pandai HUG, i am so cair...

Monday, August 03, 2009

ACCIDENT

biasalah, dah sah2 survivor kan, memang kenalah i menerima seadanya. Pagi Isnin yg lepas (27 Julai), pagi kul 915 lah,i baru jer amek baju batik I yang ditempah dekat kawasan rumah I, nak ke kiri,i perasan ada kereta kat depan I, obviously, jalan dia macam bukit sikit ( I bawak KANCIL MANUAL!), alih2, DUSH!, BAM!, i dah terhentak ke depan, signal patah, I BLANK. Menggigil SATU BADAN.

That man, bawak AVEO (i tot MYvI), dia terperanjat tgk keadaan I, dia tanya ok ke tidak. It took me 5 minutes to think as normal people, I asked him to side his care, I start the car reverse and turun kereta, i pitam. Bumper dia patah, bonet tak leh tutup. I tgk kancil i, kemek and ada air keluar, HE (the one who I langgar, dah modified kereta dia, rim cantik n etc) SAID that itu air aircond JER.

I called my HUSBAND (bila masa macam ni ingat SUAMI ek?lain kali jangan gaduh dgn SUAMI). I tak penah hilang keyakinan sebelum ni, I dah pernah kena macam2, ini sikit jer, tapi sebab I sakit kot masa tu, Mr. Ilham was so cool and patient. I forget to take the registration number, banyak i lupa, I cuma bagi my kad and keep saying, sorry Its my fault. I think dia look surprised kot, I mengaku. I dont know why.

He went back after consulting my husband and I was asked by my husband to take the Kancil back home. My father in law send me to office that morning. I reached home at 730, and I thought its settle. walaupun sepanjang hari kat ofis tu, we had potluck,meeting, and I still mamai lagi kot. Sakit sikit sikit baru terasa,Mr. Ilham took a day off because of ME.

THE MR. Ilham VERSION OF STORY.

Abg balik umah, abg amek kancil, pasang bateri (sbb i bukak bateri), abg jalan lebih kurang 200 m, kereta dah berasap, heater dah naik, rupanya tangki pecah (itu yg kata air aircond jer?ni org yg solek kereta macam racer cakap) ,kena panggil pomen datang umah,pasang hos baru, pastu baru gi umah orang tu (setelah call berjam2 sbb dia tertido-oh ye masa I langgar dia, dia baru balik kerja!), tinggalkan our car Waja kat umah dia, amek kereta dia. UP N DOWN to find aveo punya spare part. Akhirnya siap, serahkan kereta dia kat tangan dia pukul 3 and siap berakad lagi, En X u puas hati kan, bla bla bla..Balik, abg amek kancil pulak, siapkan kancil. pastu pukul 6 , Mr X n MR X Wifey call tak puas hati and nak suruh add up spray the whole belakang (langgar bumper je). Abg bengang abg bertekak sikit n kata tak patutlah nak demand camni, beragaklah, end up BINI MR X ugut abang nak report POLIS...

So, I knew about that, once kat rumah, bengang tak? kalau tak puas hati masa serah kereta, bukan dah dekat 3 jam baru nak check..tak puas hati. Dugaan betul, after consulting a few friend, we went to police station, we told the truth, mengaku jerlah i dah langgar, police tak nak lodge report nanti i kena berkali2, RUGI!, polis suruh tgu dia report dulu, tapi polis memang cakap "nilah org kita tamak!".

We went back from the station at 11 something (malam ok)...So, co incident the Mr X wifey, kerja sama dengan my hubby. I adore Mr X coolness and gentleman when he approach me but seriously when he followed his wife words , i terus jadi derespect,yang langgar dia I, nape wife dia nak call my husband and ugut and hempas telefon. Btw, Mr Ilham said his car condition is worst than mine, depan dia memang dah calar balar, dia xjaga kereta dia pun sangat (ni nak ngutuk, xbaik tapi knowing the truth that they r desperate, i yangjadi mangsa)

Apa-apa pun I mengaku I salah, I tak tahu I khayal apa that morning, but kalau terpikir nak settle luar lepas ni, make sure buat agreement ringkas between u and yg dilanggar/melanggar, ada saksi. senang, takde kena macam I.

Btw, esoknya I sakit satu badan, leher stuck, takleh ke kiri n ke kanan, bak kata tukang urut I, urat pun terperanjat.

Alhamdulillah, bak kata some of you, duit boleh cari, love you guys!thanks for the support.

JANGAN CIUM BELAKANG - SODOME (adakah ini perumpamaan yg boleh dipakai, inilah antara sms yg I dapat bila i bgtahu dgn sedihnya i melanggar kereta.)Buat lawak!!!

Tuesday, July 14, 2009

Alhamdulillah

Sekarang baru saya paham bukan senang jadi ibu bapa, banyak lagi yang perlu dipikirkan. Alhamdulillah, my husband and I really struggling to pay our debts as soon as possible. Tapi , kitorang still bersyukur ada rumah sendiri untuk berteduh, ada kereta untuk dibawa, ada anak yang boleh bergurau senda, ada orang tua di rumah untuk diminta pandangan.

Dengan keadaan sekarang, I am pursuing my phD as part timer, pergghhh, really tormenting. Tapi dapat Jadual Kerja yang ok, again Alhamdulillah. Lagi apa nak merungut, balik rumah tak yah rushing amek anak sebab maid ada kat rumah.

Masalahnya, sesetengah orang ni, ingat bila ada maid settle segala masalah. Ya Allah, pesimis sungguh orang tu.. I am not allowing my maid to cook(by the way,masa emergency suruh gak but she failed). tapi I akui memang ada maid menyenangkan hidup, but my activities on saturday and sunday packed dengan kerja. I takda masa berjalan2 dengan suami, apatah lagi anak. Kami busy.

Walaubagaimanapun, kami still bersyukur, we are still together, dengan keadaan ekonomi yang merudum jatuh ni, cari barang semuanya yang ekonomi, makan bajet, semuanya semata-mata untuk menjaga family yang kecil ini.

But then, mulut orang kan, "alah korang senanglah, rumah tiga tingkat, kereta dua,apa nak pikir?"..sedap sungguh mulut orang itu..memanglah senang, senang kemudian, susah sekarang. Nak membayarnya..Allah jer yang tahu.

Sebab tu bila kita susah, kita pikir orang yang lagi susah dari kita, then berzikir, Insya Allah, Allah akan tenangkan hati kita sikit. Jangan bila kita susah kita tengok atas(orang yang senang), sampai bila kita tak puas hati..

Pagi-pagi, saya sudah membebel kan? Biasalah, mesti ada yang mengata dan saya tak dapat jawab straight to his/her face sampai saya menulis sebegini..

Monday, July 13, 2009

Dugaan

Damn me for being so careless. Allah nak duga , I tersalah anggap my class should be on the afternoon session. Sebenarnya kelas I pagi. Rasa serba salah dan bengang sebab tak suka letak diri dalam keadaan sebegini. Nasib baik student semua cool.

But my bos memang confirm marah. Allah sahaja yang mampu lembutkan hati dia. Bukan I suka suka nak datang lambat. Eeee, its not my style pun tau, takpe IT’S A GOOD LESSON for me.

My weekend is so packed with my activities. tapi kat umah jer. Athira dah pandai tantrum, tolonglah.. Alhamdulillah, makin membesar anak aku, sihat walafiat, nantilah gambar terbaru dia.

Thursday, June 25, 2009

BACKDATED- KL trip 3 JUN 2009

she post it up somewhere but i grabbed this picture, hehe, Enab sowiii...



My trip to KL kalini ditemani my dearie Enab and our kids n my maid, I nak tahu jalan ke SA, insya Allah lepas ni no hiccup kot..Gambo tu kat umah Enab..

ada banyak lagi sebenarnya, kena tuntut ni....

MUST WATCH

to get my momentum back, my dearie hubby temankan i tengok cerita ni :



serius, pergilah tengok...memang tak senang duduk

OPTIMUS PRIME : YOU ROCK MAN!!!

Wednesday, June 24, 2009

some updates

sorilah, since i rajin bukak FB, susah sikit nak update blog.

banyak cerita, banyak kerja, banyak benda yang serabutkan kepala

but as far as I am concern I am getting down with some people yang suruh I jadik someone else..bosanlah

i baru nak seronok sebab dapat pindah JB, but hey, you cant get everything you want kan?so, kena terima jer lah.buAT JER APA YANG patut..

not in the mood to updAte blog yet.

later k...

Monday, May 25, 2009

HAPPY BIRTHDAY ATHIRA


MY mood out, Athira turn ONE today..i wish i can be there for her..huwaa...but my dear hubby managed to take her to his sister house yesterday nite, and they organized a small party for her. I am glad..I wish to post up the piccies..but MMS too damn slow...aduhhh...

bolehlah kan, dari takde langsung, sambut awal sehari..

Saturday, May 23, 2009

Tepu tahap maksima


Aku salutelah kpd sesiapa yang maintain ok sepanjang menghadiri kursus induksi ni. I managed 11days, lagi 6 hari...adusss.. I miss everything..

Friday, May 15, 2009

HApPy BiRThDay To me

First of all ..tq for all the wishes..

On my birthday I was far away from my family. I am attending this so WAJIB induksi for 16 days. From 13th May until 28th May, so the first day is my birthday and AThira on 25th...huwaaaaaaaaaaaa

I am counting days..to go home, to be with my family. I dunno how the others survive..

Enough that sad n discouraging stories.

I am so damn busy last two weeks, sampai i kena low blood and pitam. I had to settle my tasks before I left. My in law kat hospital n my own father, semuanya dalam minggu yang sama, and i am neither here nor there because of my work.

Just want to wish all the mothers out there : HAPPY MOTHER DAY...

Thursday, April 23, 2009

Angin BAIK

Tetiba mood ader nak buat ni...kalau i tahu pasal HUSBAND I

1) He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Bola, bola dan bola

2) You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
dia xmakan salad

3) What’s one food he doesn’t like?
My cooking, he is so damn fussy…hehe

4) You go out to eat and have a drink. What does he order?
Kalau ada nasi putih, ikan kering, telur kicap, kambing, semua dia layan

5) Where did he go to high school?
Err, ntah kat kluang

6) What size shoes does he wear?

Size 9, badan kecik kaki besar

7) If he was to collect anything, what would it be?
No specific interest..

8) What is his favorite type of sandwich?
Sandwich biasa yg xde mayonis, bubuh telur atau sardin :)

9) What would this person eat every day if he could?
Ikan kering

10) What is his favorite cereal?
err, jarang. Bila xde pilihan, hentam je

11) What would he never wear?
dia dah pakai pink, bra kot

12) What is his favorite sports team?
Oo, dia suka bola, BRAZIL..but untuk European League ni, dia sokong sape yg jaringkan gol..kah kah

13) Who did he vote for?
He didn't vote

14) Who is his best friend?
ehmmm…ni, bestpren dia berbeza dari zaman sekolah rendah sampai ke besar.

15) What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
MENJAWAB!

16) What is his heritage?
MAMAK

17) What is his favourite colour?
Nothing in particular but he would normally choose black or blue, and summer yang I pilihkan

18) What is his habit?
HEHE…rahsia…

19) What is he proud of?
As far as I am concern, he still not proud of anything, he mentioned, we are in striving mode, kena usaha keras, bila kita tua, anak kita ok, hidup kita ok, barula he satisfied. (RASANYALAH)

20) Lastly, do you think he will read this?
I will forward this post, biasanya dia malas baca…hahaha….tengok ah..

I tag sape yg baca dan ada suami, kang mengamuk lak, kengkawan aku yg bujang..

Monday, April 13, 2009

thinking ALOUD

malam tadi saya tak tido.

saya tak senang hati.

sudah dua malam saya demam.

Gerak hati saya kata ada benda tak betul/tak baik.

saya telefon mak bapak saya di KL.

Diorang OK.

Mak mertua saya kurang sihat tapi masih bertahan, kesan kemo.

Rupanya yang terdekat di hati saya.

Saya redha,saya pasrah.

Benda dah jadik. Saya tak nak tulis. Tapi ini blog saya kan.

Suka hati saya.

Peluang yang kedua.

Allah suka hamba Nya yang memaafkan.

Tapi hati saya terguris Ya ALLAH. Ampunkan saya Ya ALLAH.

Monday, March 23, 2009

Nikmat dan Hikmah

biasalah nama blog pun survivor kan..tak sah ah kalau tak ada thrill..i start with some photos. Ni outing i dengan enab kat TGI last Nov 08












kalini was last Tuesday, we had FUN!!! Obviously kat JBlah. I pick her and si comel NAWAZ yang jerit AUNTIEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE....kat umah dia, we went to TESCO, we bought a lot of things, we melantak, we visited sikin at her house. BABY ZAHIRAH was so cute...and the voice...nyaring ok...suka i dengar..
and dah penat-penat tu lepak my houselah nak tgk my adorable n sweet heart athira.Sebenarnya enab insisted i bawak athira, susah bawak athira yg belum pandai berjalan, we cant catch up stories. baik lepak umah i and have two hours to see our kids bersosial..heheh
Tengok ajerlah keletah diorang..best,best, best...The day tak abis cam tu, we went to UTM for dinner, nak mengenang zaman lama. sian nawaz, ikut jer rentak kitorang...i had migrain attack, nasib baik sempat makan actifast. kalau boleh..macam-macam nak buat lagi, we had some hidden agenda tak settle lagi...






Yes they were GREEN on THAT DAY...so kebetulan..aku kan so called MRS GREEN..dulu, kini dan selamanya...

but tu lah, esoknya i dilanda disaster, MY DEAR MAID LARI...tak yahlah i elaborate more..penat, sampai nak bagitahu enab pun xsempat...but ALLAH tu Maha Kaya, mesti ada sebab Dia duga kan...

Alhamdulillah, harini first day hantar athira ke umah babysitter, she's ok..dia xbuat hal dok dalam car seat..seram gak..but have to get used..

Friday, March 13, 2009

POPULAR PART II


huaaaaaaaaa...makcik malu....

Thursday, March 12, 2009

STAY COOL

Last Monday, I decided to go to KL. Yes, sorry to all. Last minute notice. I have this gut feeling saying my parents is not ok and its true. Yang bestnya, for the first time, Athira Balqis naik kapal terbang...Untung jadi anak aku, kecik2 dah naik kapal terbang. She behave at first 40 minutes, 10 minutes after, nak dekat landing, dia menjerit, nak jalan and keluar from that plane. I guess dia takut terperap (ala, apa namanya "klostropfobik"...heheh)

Yup, dari kapal terbang, naik ERL and STAR LRT...pergh with a bagpack and her..penat memang penat. Tapi bila my parents tgk dia jer, ilang semua sakit. I dont want to describe anything bout their illness..i am still down about it, but two days with them, i syukur dorang ceria...

balik semalam, stil sama route nyer, but this time Athira dah pandai berkawan, macam airport tu dia yang punya. Because of her, i tak jadi standby, because of her, i takyah line up masuk kapal...hehehe, best best best....insya Allah lepas ni dia dah boleh jalan..so tak penat sangat..

MY in law pulak having her first chemo yesterday...like i said to my fren, its not easy to stay COOL but we have to..

the best part is THIS:

Friday, March 06, 2009

POPULAR

hehehe, my dear colleague decided to publish my email to the world...

HE is a kind man with soft heart and helping me to ensure that day will be a SUCCESS event..

kepopularan aku terserlah....but that one to my officemate in JB, they didnt know this blog exist. Let them find this blog on their own...lagipun malu ler...keh keh keh.....


abis ler...hp aku, no opis aku...sumernya dah tertera...


gue maluuuuuuuuuuuuuu...hehehe

p/s : ye, ye aku mengajor (untuk some people yang masih tak percaya aku mengajor)

Thursday, February 26, 2009

ALHAMDULILLAH

Akhirnya,sehari lepas entri maaf, i dapat surat pertukaran ke Kampus Bandaraya JB...YAY!!!!Efektif 1 Mac 2009. Thanks for all the doa and support. I really do appreciate it.

Now, i can have my normal LIFE back, not to and fro anymore..

My beloved husband masuk spital becoz ligamen teralih..aiyah, but this time he can manage himself except dia pakai wheel chair je hari pertama...lain kali main futsal tendang bola, bukan tendang kaki sendiri..heheh

So, you guys if so happen next week ada kat JB..(on 7 MAC 2009), singgah Kampus UiTM kat Kg Aman yer..ada gerai kecik, student2 yang jual...

ni guna website nak promo ni..

Btw, some updates on ATHIRA BALQIS, nanti i upload gambo dia pakai tudung...hehehe

Wednesday, February 18, 2009

Signifikan MAAF

Assalamualaikum Sury

Selamat Pengantin Baru
Aku mintak maaf tak dapat wish ko in person and tak dapat call ko.
Aku lupa no hp ko, hp aku masuk wad..
Aku cari gambo ko dalam kotak gambar aku, boleh ke aku tak jumpa..aku akan cari lagi...
Aku nak tunjuk ini besfren aku dari sekolah rendah yang setia dengan aku, masa aku sekolah rendah, yang sentiasa cool walaupun aku selalu hang around dengan guys..aku nak tunjuk besfren aku pakai tudung masa sekolah rendah, aku tak pakai..jadi memang semulajadi dia sopan and lemah lembut. bercakap pun lembut.
aku nak cakap besfren aku ni pandai and genius..
Aku nak cakap kita dah berkawan 22 tahun and yet aku tak sampai kenduri ko..
aduss, macam2 alasan..aku harap ko bahagia...
aku doakan ko bahagia..
_____________________________

Aku dah bekerja hampir 7 tahun. Aku rasa aku jarang cakap MAAF or SORRY unless aku rasa aku salah dengan bos aku (macam hebat sangatlah aku ni kan). Kenangan aku penah walk out from big event pun dah cukup, masa tmpt kerja lama jer dah cukup. I wont say sorry unless aku salah. hehe..

Tapi kali ni aku say sorry even tho aku tak buat salah, camne tu? aku sellfish. i need something, and i dont want to jeopardise that so i give up..ITS SOOOOOOOO NOT ME...

so, aku menyerah diri jer..malas nak panjangkan cerita..I am not assertive anymore,hahha..

Bercakap pasal prinsip, aku memang dah menyalahi prinsip aku. Untuk menyejukkan hati aku, takpelah kena marah dgn bos, kenalah asalkan dia bahagia.

Ya Allah, ampunkanlah dosa aku...Amin

____________________________________

Friday, February 13, 2009

Cerianyer



Rasanya student I kah? Idok eh, semua tenaga pengajar tu...vibrant, jovial, itulah kami...kalau i bagitahu what is the event, korang terperanjat nyer..nanti I kena kutuk..takpelah, tgk gambo jer...

Wednesday, February 11, 2009

kenangan

semalam i membuka kotak yang mengandungi semua gambar I. Dari kecik sampai nikah. Setiap satu gambar membawa seribu erti, ada yang dah melekat-lekat. I wish I had scanner...
* Gambar I masa sekolah rendah, dengan rambut tomboy nyer...Ingat tak Sury?
* Gambar masa sekolah menengah, masa jadi deejay dgn ana, tamil selvi.
* Gambar masa kelas
* Gambar Ustazah Suraya
* Gambar Lijot(dgn rambut nyonyanyer,hehe),Pijot, Susu and me attending Ina'sConvo
* Gambar me n Enab n Kak Nad
* Gambar Wawa, Ikin,K.Nad, Sikin KL, and Me kat DeRhu...hehehe
* Gambar I dengan Raihan dengan arwah, dgn Brothers, Mustika
* Gambar Anak-anak buah I...

Banyak, sayang I nak buang, so I tak buang, tengah survey album BESAR..Dalam gambar2 tu, ada gak laki aku selitkan kad2 yang aku bagi kat dia. ada ke dia sumbat kat situ, bila baca balik, pergh, nasib baik i tak ketawa, i bukan jiwang k.. I cuma quote pepatah and sign saja...

Tapi paling sedih masa, ada certain pictures carried some incidents..aduss..meleleh air mata. Like arwah abg ipar I, my brother tunang..my anak buah..my convocation...

I wish I dont have all that memories, so I wont be this sad. Tapi I AM A SURVIVOR rite?

Now, dah kahwin pun, dah ada anak pun..LIFE MUST GOES ON...

I did something for myself today. Kaki I problem for quite some years..Today, I gi pamper my kaki..Almost 150 gak abis..tapi puas hati...

Tuesday, February 03, 2009

LIFE MUST GOES ON

Seronok jer lepas balik dari kursus, balik jer, athira dah depa tangan, ada lak dia demam and selsema masa i takde..lepas tu peluk takmo lepas..ish ish penangan selepas beberapa lama tak pisah dengan dia. i am grateful because i can watched her development sepanjang 3 bulan ni, hopefully dapat pindah dengan keadaan my in law yang akan turun naik spital lepas ni. she's getting stronger. i puji dia.

gambar pakai baju pink first day kat melaka, baju biru, second day, ceria jer muka..hidup kena ceria walaupun jauh..Kak Sham ialah my housemate aka roomate ler kat umah sewa i kat Jementah..sangat penyayang and penyabar melayan karenah gua..Masing2 mempunyai profail kes yang sama. weekend wife, hehe..i dulu, sem ini terlepas, sem depan tak tahu...doakan lah ek.

bila sampai segamat haritu terpikir sejenak, i've been travelling up n down for almost one year...pergh...camnelah orang lain yang berjauhan dengan suami and anak ek...

oklah..need to go find some findings...bubai

Wednesday, January 28, 2009

i miss her

for 3days and 2 nite, i wont be able to see her :






Wednesday, January 14, 2009

some quick updates

hmmm...

first, selamat pengantin baru to lijot and bem..hehe

i memang sedih sbb xdapat attend wedding you...like i sedih xdpt dtg wedding ina, but sedih recovered ina datang my house bertandang...hehe, abis dia kawin aku pantang...

but in lijot case. aduss, aku memang terperangkap giler, i wish i can be there and help you..apa2 pun dah selamat ijab kabul.Alhamdulillah.

me? hmmm..quite ok, i ada maid sementara kat umah, sementara sebelum dapat yg confirm punya. i taknak elaborate more..as long as dia jaga athira baik and sihat, oklah tu...alhamdulillah

my mother in law dah kat spital, esok operation..dia mentally ok sekarang, hopefully will be stay cool after operation.

i am taking all the supplements i need sbb nak kena jadi super woman..sat kat spital, sat kat umah, and kena masak (i tak masak regularly sebelum ni), so kena belajar masak...i wont let my maid to cook..

athira dah pandai merajuk, dulu masa nenek dia jaga, i balik keja, senyum memanjang, dah dua hari dia masam muka, aduss...have to get usedlah athira..please, mommy also wants some attention...hehee..xde gambo terbaru dia, but sekarang i dah bole gigit dia...best..

at the age of 8 months, dia dah sebut papa(atuknya), abang(bapaknya) and yang dia suka sebut APPLE. sebab i selalu ajar A for Apple and the etc, tapi yang dia sebut apple jer....so kin, now ur books really works dear. tak rugi ko belikan utk dia...

i memang boleh join kaki bola, but bila i mengandungkan anak aku ni, i jadi gila bola, fanatik...end up, anak pompuan aku nampak BOLA, bole excited gila and melompat2 kegirangan...uish....

so, thats some UPDATE..

p/s : utk kawan aku yg bernama Suryati Mohd Ali Nafiah, kawan baik aku dari SEK RENDAH...aku takut masa ko kawin aku tak dapat datang, sebab tarikh ko kawin tu sama dgn tarikh follow up operation mak mertua aku...CAMNE?

uhuh...ni yg nak jadi Prof Klon...

Tuesday, January 06, 2009

Marilah bersama kita berdoa


Ya Allah, kami mohon Engkau selamatkanlah umat Islam di Bumi Gaza. Selamatkanlah mereka kerana sesungguhnya penyeksaan mereka tak sanggup kami lihat. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....Ya Allah, hanya Engkau sahaja tahu betapa lemahnya kami sehingga tidak dapat membantu anak2 malang ini...Ampunkanlah umat yang zalim itu, mohon Engkau hentikanlah kezaliman ini...

Amin ya Rabbal Alamin

I bersyukur dalam sedih dan pilu...Allah hu Akbar...