Memahami TUGAS dalam erti TAAT
Fuad: aarrgghh !! panasnya,tolong amik air Siraj.
Siraj: ok2.kejap2.
Fuad:Ahhh, lega.aku terpegang besi tempat panggang tu
Siraj:tu la,hati-hati lain kali kalau nak panggang pun.Nah,amik spanar ni,pegi naikkan khemah kat tepi tu.
Selang 5 minit,Joharipun tiba.
Fuad: mana nasi yang ko patut bawak?
Johari: alamak,terlupa la plak.hari tu aku ingat bagi tugas cam tu je dan aku ingat mesti ada orang bawa nasi.
Fuad dan Siraj naik angin.Lalu, sepanjang bercamping Fuad dan Siraj kurang boraknya dengan Johari berbanding rakan-rakan lain dek kerana rakan yang tak menajalan TUGASnya dan mecacatkan perkemahan mereka.Sepatutnya makan nasi bersama lauk-lauk yang akan dimasak bertukar kepada hanya memakan lauk.Tak sempurna rasanya.
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi ..(2:30)
Ini adalah satu bentuk TUGAS yang diberikan ALLAH kepada manusia; menjadi khalifah di muka bumi.Tugas apa yang patut dijalankan khalifah?memerintah dengan gayanya setelah menang pilihanraya?berusaha hingga titisan darah terakhir untuk mendapatkan jawatan khalifah?
TUGAS.Khalifah ALLAH di muka bumi bekerja untuk menjalankan syariat-syariat ALLAH dan menegakkan syiar ISLAM.Dalam erti kata lain, menyediakan satu sistem yang menyokong dan dan membenarkan syiar ISLAM dijulang ke kedudukan TERTINGGI.
Dalam usaha membina sistem yang menyokong SYIAR ini,beberapa tuntutan yang wajib dipatuhi.Dan antaranya1:-
1.mentaati ALLAH dengan beribadah kepadanya
Tidak Aku jadikan jin dan manusia di muka bumi melainkan untuk beribadah kepadaKu (adz-Zariyat: 56)
2.menyeru ke arah kebaikan dan mecegah daripada kemungkaran
Dan hendaklah di antara kamu ada golongan yang menyeru ke kepada kebajikan,menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar.Dan itulah orang-orang yang beruntung. (3:104)
Dua di antara prasyarat-prasyarat yang wajib dipatuhi ini menjadi satu bentuk penyediaan untuk menjadi khalifah.Bolehkah kita menutup lapar tanpa ada makananpun yang boleh dimakan di rumah.Bolehkah kita makan nasi tanpa kita beli dahulu nasinya.Bolehkah kita makan nasi jika bila dibuka periuk nasi didapur tetapi yang kita dapati periuk nasi kosong.Bolehkah kita panggil nasi jika masih belum dimasak berasnya.
Hakikatnya, semua memerlukan PERNGORBANAN.Untuk Johari membawa nasi yang sedia untuk dimakan,perlulah Johari mematuhi langkah-langkah yang patut dilakukan.Dan begitu juga dalam penyediaan khafilah.Bukan hanya melantik sesiapa yang layak sahaja tetapi lebih kepada TUGAS MENYEDIAKAN SISTEM SOKONGAN.Ini bukan kerja khalifah seorang.Untuk menjayakan perkemahan,perlu semua ahli perkemahan menjalankan tugas.
TUGAS atau ARAHAN
Bukan pada frasa untuk difahami secara mendalam tetapi lebih kepada TAAT.ALLAH meletakkan tugas manusia adalah menjadi khalifah.Tetapi jika kita mengabaikan tugas,natijah di akhirat apa yang kita harapkan sebenarnya? Tugasan khalifah ALLAH di muka bumi bukan hanya menjadi pemimpin kepada sesebuah negara,bukan hanya menjadi pemimpin di sebuah negeri,daerah mahupun sesebuah badan atau organisasi dan persatuan.
Tugasnya,setiap muslim itu meletakkan syiar ISLAM itu di mana?Sebanyak mana usahanya menyediakan sistem untuk menjalankan syariat-syariat ISLAM.Hendak kita datang ke kota Athens hari ini dan dengan serta-merta menjalankan segala syariat ISLAM di sana tanpa ada kelompok muslim.Sudah ada kelompok muslim yang kosong jiwanya dan kering kefahaman ISLAMnya sama seperti periuk nasi kosong tetap dipanggil periuk nasi walaupun belum lagi memberi jasa untuk memasak nasi.Begitu juga muslim yang 'kosong' tetap dipanggil muslim.Inilah yang dimaksudkan menyediakan sistem yang memastikan syiar ISLAM itu boleh dijulang.Tugas kita di sini.
Amanah tugas kita kepada ALLAH adalah syariat ini.Di hari akhirat, jika ditanya mengenai tugas ini,bergerak atau tidak.Memahami tugas sebagai ketaatan akan mengerakkan kita.Jangan di biarkan langkah tertangguh(click frasa ini).Azab ALLAH yang pedih menanti kepada sesiapa yang tidak taat.
Bukan ISLAM ini akan cacat seperti perkemahan yang jika tiada pengorbanan ahlinya untuk menjalankan tugas setelah faham tugas adalah satu bentuk arahan yang patut ditaati.ISLAM ini sudah sempurna sekian lama dan ISLAM tak perlupun pengorbanan ahlinya untuk sempurna.Ahlinya yang memerlukannya untuk sempurna perjalanan hidupnya dan berhati-hati supaya tak dibakar api neraka yang bahangnya berganda-ganda panasnya daripada bahang habanya yang terserap besi pemanggang.
Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, bahwa Dia akan memberikan kedaulatan kepada mereka di belahan bumi ini, sebagaimana Dia telah memberikan kedaulatan kepada umat sebelumnya. Bahwa Dia akan memperkuat kedudukan agama mereka yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan bahwa Dia akan merubah suasana ketakutan mereka menjadi suasana yang penuh rasa aman tenteram; di mana mereka selalu dapat beribadah kepada-Ku tanpa mempersekutukan Aku dengan sesuatupun. Barangsiapa yang tetap kafir sesudah itu, maka merekalah orang-orang yang durhaka.(An-nur:55)