[go: up one dir, main page]

basmalah Pictures, Images and Photos


Get the Palestinkini.info - Suara Peduli Palestin widget and many other great free widgets at Widgetbox! Not seeing a widget? (More info)

HAQ!!!


Rencana kehidupan memerlukan ketabahan dalam menghadapi liku-liku kehidupan.
Sejauh mana mampu hamba-hamba ciptaan ALLAH ini berusaha sendiri tanpa bantuan daripada insan-insan lain dan pertolongan dari ALLAH sendiri.
Maka sempurnakanlah HAQ-HAQ ALLAH dan sempurnakan hajat saudaramu kerana kewajipan yang digalas seseorang itu sangatlah banyak berbanding masa yang diberikan.
Yaqinlah pada pertolngan ALLAH dan selalulah berharap padaNYA kerana ALLAH sangat rindu rintihan hamba-hamba-NYA.



'Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.' (At-Taubah:71)

EiduL Adha


Masihkah ada insan yang setaat IBRAHIM,
tegar mngorbankan anak demi cinta kepada pencipta-NYA??

Masih aakah serikandi semulia KHADIJAH,
rela mengorbankan harta dan hidup demi suami junjungan?

Jiwai dan hidupkanlah erti pengorbanan..

SaLaMat mENyaMbUt Eid aDHa...~

******

Beraya di Cairo dulu baru raye kat alex...
kerana nak jumpa kawan-kawan..

Titisan sebak




Seharian kehidupan di alam universiti agak memenatkan.Kini,subjek-subjek yang kupelajari makin bertambah kerana sesetengah subjek telah selesai pembahansannya bagi semester ini.Selain itu,ujian bagi 'mid-term' juga sedang berjalan.Setiap minggu satu subjek sehinggalah penghujung tahun ini.Insya ALLAH akan kucuba mengharungi kehidupan seharian dengan tabah.Berjauhan dari keluarga dan rasa rindu bukanlah satu penghalang dalam mengejar cita-citaku yangmana insya ALLAH akan diberkati.

Lelaki dari USA

Hari ini(rabu-19/11/08) kuliah tamat awal iaitu jam 10 pagi kerana percaturan jadual begitu.Alhamdulillah tidaklah memenatkan aku sepanjang minggu.Pada malam hari,selepas selesai menunaikan keperluan insan bersama ahli bait,sempatlalah juga kuhadiri kuliah FIQH yang disampaikan oleh seorang syeikh Azhar(Dr).Kuliah dijalankan dengan menggunakan Arab fushah dan alhamdulillah mudah difahami.Selesai kuliah kami solat isya berjemaah.Kemudian selesainya solat isya itu bagun dan menyampaikan sedikit ucapan.Tidak kufahami keseluruhan kalamnya,yang dapat kutangkap hanyalah perkataan amriki,alexandira,islam.Diturutinya juga dengan sedikit bahsa inggeris.Owh, barulah kufaham,rupa-rupanya beliau mempelawa seorang muslim dari Amerika Syarikat yang sudah 6 tahun memeluk agma suci ini. Bangunlah seorang muslim itu,namanya Jaafar yang datang dari Amerika dan kini menetap di Alxandria.



Bersendirian dan Berfikir

Orang tua berjambang putih dengan jubah serba putih itu bangun dan menceritakan saat-saat beliau memeluk ISLAM.Kata-katanya diterjemahkan olah syeikh tersebut.Wah,bannga dan terkejut aku apabila syeikh itu mampu berbahsa inggeris dengan lancar sekali.Beliau(Jaafar) mula tertarik dengan islam dan cuba mendalam islam sejak kejadian 11/9.Beliau sangat tertarik dengan islam dan akhirnya membawa dirinya ke Riyadh,Arab Saudi untuk mempelajari bahasa arab.Ketiaka di sana,hanya 3 orang saja yang tidak islam termasuk beliau.Selepas tamat tempoh pengajiannya di sana,di suatu petang,semua pelajar yang islam itu keluar dari dewan kuliah dan terus menuju ke masjid bagi menunaikan kewajipan solat Asar yang termasuk dalam solat BARDAIN.2 orang rakan sekuliah yang bukan islam itu turut keluar dari dewan itu dan tidak tahu arahtujunya.Beliau di dalam dewan kuliah keseorangan dan terus berfikir emngnai ISLAM.



Kalimah suci itu


Selesai solat fardhu Asar rakan sekuliah yang muslim kembali ke dewan kuliah dan mendapati tiada orang di dalam dewan itu melainkan Jaafar(tak disebut namanya ketika belum mendapat hidayah).Rakannyaa menghampirinya dan menghulurkan tangan kepadanya lalu berkata "inilah masanya untuk berfikir".Seolah-olah rakanya dapat menbaca fikirannya.Subhanallah.Beliau menyambut tangan rakannya lalu dibawa ke masjid.Tangannya dipengan erat oleh rakannya dan beliau menggigil di saat itu.Bersama-sama rakan-rakan kuliah yang lain,beliau melafazkan kalimah teragung di muka bumi ini yang mengikat hatinya dengan rakan-rakan lain dengan suatu ikatan yang sangat kuat!Kalimah syahadah dilafazkan.MUSLIM.setelah itu semua rakannya mendakapnya erat.



Saat bergelar muslim


Setelah bergelar muslim beberapa minit,beliau dibawa berjumpa dengan seorang pensyarah yang 'Arif dalam bidang hadith.Pensyarah itu menyambutnya kehadirannya ke alam penuh cahaya dan rahmat.Kemudian pensyarah itu mengajarnya solat kerana solat adalah asas dalam islam.Hampir 2 jam bersama pensyarah itu beliau mempelajari tentang solat saja iaitu dari mula sehinggalah tamat solat.




Kain putih


Setelah mendapat hidayah ALLAH dan mempelajari solat,beliau pulang ke rumah jam 1 pagi dengan keadaan suci tanpa dosa seperti kain putih yang suci bersih dan seperti bayi baru dilahirkan.Beliau sangat bersyukur kerana setelah memeluk islam beliau nampak perubahan dirinya dari kegelapan ke nur cahya ILAHI.Alhamdulillah.







Titisan itu


Ku tatap wajah Jaafar sedalam-dalamnya dan menghayati setiap detik-detik beliau mencari ISLAM.Wajahnya tulus dan bersih serta tenang dalam roh islam dalam dirinya.Makin kuhayati penceritaanya,tak dapat kutahan lagi titisan air jernih dari kedua-dua belah mataku.Berlingan air mataku mengalir ke pipiku dan cepat-cepat kukesat agar tidak disedari jemaah lain.Tak tahu puncanya ku menitiskan air mata.Sangat sebak mungkin hati ini dengan kisah pengislaman Jaafar.Sangat rindu saat hati menghayati islam seseungguh-sungguhnya.Tamat ucapan beliau,tangannya serta tangan syeikh itu kujabat.Kemudian,kebanyakan jemaah menghampiri beliau dan memeluknya.Tidak puas hanya bersalaman kuhampirinya sekali lagi dan terus memeluknya.

Alahmdulillah,hidayah ALLAH itu tidak mengenal sesiapa.Kita yang sudah sedia ISLAM ini,adakah kita bersyukur dengan iman dan islam yang mudah kita perolehi?dan bagaimana pula penghayatan kita pada agama yang membawa kita ke syurga nanti?Insya ALLAH.Moga-moga hidayah ALLAH itu kekal di dalam jiwa kita sehingglah nafas terakhir dihembuskan.AMIN.

Isian semula HATI

Adapun sel kering yang rekaan manusia perlu di'charge' semula,apatah lagi hati manusia yang sentiasa terbumbang-ambing iman dan ketaqwaannya.



Menjadikan suatu paksi dalaam hati untuk menghambakan diri dan menyerahkan segala jiwa dan raga kepada-NYA.Sejauh mana setiap amalan dilektakkan pada keutamaan pencarian redha ALLAH swt bukannya amalan dicemari oleh sang nafsu buas RIAK,TAKABBUR, dan 'UJUB!! Bagaimanakah mampu hati-hati manusia ini akan betul-betul menghayati erti sebuah kehidupan??Yang mana kehidupan cemerlang itu metelakkan ALLAH sebagai faktor penolak segala-galanya dan ikhtiar itu jalan untuk mencapai kehidupan ideal dalam menghayati segala nilai-nilai ISLAM.


Alahamduliallah,sudah tamatnya bulan syawal dan kini kita berada di bulan dzulkaedah.Sejauh mana tarbiyyah pada ramadhan lalu dapat dikekalkan dan dijelmakan untuk kekal di dalam benak hati muslimin.Dalam pencarian redha ILAHI,mudah-mudahan hati dapat istiqamah dalam setiap rentak beramal kepada ALLAH dengan amalan yang suci tanpa diecemari sedikitpun sifat-sifat yang mampu mencacatkan amalan.

Dalam kehidupan seharian cuba kita renung kembali,amalan yang manakah yang kita yaqin akan diterima ALLAH.Kita solat sehari semalam,tapi sejauh mana penghayatannya?Bagi memberi sentuhan kepada hati-hati muslim ini,amalan soleh yang kita lakukan seharian ini,adakah akan diterima? Sememangnya banyak amalan soleh yang kita kerjakan seharian,tetapi adakah amalan tersebut akan dihitung sebagai amalan soleh terus oleh ALLAH dan mendapat ganjaran? Sungguh hati ini amat resah dan gelisah kerana amalan solehpun akan ditapis kualitinya yakni tahap kesucian amalan itu. Ikhlaskah kita dalam beramal? Jika timbul sedikitpun riak ataupun sifat thum'ah,adakah itu dikira amalan soleh?Gentar hati ini semakin bergelora apabila memikirkan berapa banyak amalan solehku?cukupkah untuk melepaskan aku dari azab neraka.

Bukan tidak ingin mengejar syurga,tetapi jika amalan baik yang dikerjakan telah dicemari perasaan-perasaan yang merosakkan amalan itu,sungguh malu dan takut untuk berbicara mengenai syurga yang kurasa sungguh tidak layak bagiku untuk memasukinya.Lihat sjalah pada kehidupan duniaku, spenuh dengan kelalian.YA ALLAH TERIMALAH TAUBAT HAMBAMU DAN BERILAH KESEMPATAN BAGIKU UNTUK PERBAIKI AMALANKU...AMEEN~

Analisa,analisa...
Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

Kakiku melangkah seraya....


Menyingkap hari-hariku di Malaysia,terkenang sebuah kata-kata harapan yang diluahkan daripada bibir-bibir insan yang kusayangi.Mengapa bumi yang kni kupijak menjadi bumi tempat untukku menntut ilmu?Alhamdulillah terfikir sejanak betapa sayangnya ALLAH robbul jalil padaku kerana meletakkan aku di sini,agar aku dapat banyak mendalami ilmu-ilmu milik-NYA yang sama sekali tidak akan dapat dilpelajari dengan sempurna oleh makhluk-makhluk-NYA.Tapi,apa terdaya,hanya beruasaha mendalaminya unutk mengejar cinta dan redha-NYA.


Alahmdulillah,telah seminggu aku menjalani kelas kuliah bagi semesta ini.Bermulalah hidup sebagai pelajar peubatan.Seharian akan menghadapi pellbagai cabran dan dugaan yang sentiasa mentarbiyah diriku,insya ALLAH.Jadual kuliah kini tidaklah sesibuk zaman-zaman seperti senior-seniorku dulu.Kini,lebih banyak ruang masa kosong dalam seminggu.Siapa kata pelajar perubtan tiada'life'?.Tetapi tak ketahuan lagi,mungkin ini baru minggu pertama.Hidup kami pelajar perubatan diatur olleh pihak universiti.Adakah kami robot..??Harap-harapnya tidaklah yakni,tidaklah kehidupan hanya diulang dan terus ulang tanpa ada sesuatu yang dilakukan lebig dari itu.Pagi ke kliah, dan petangnya baru kembali ke rumah dan malam melakukan rivisi.Hari ni begitu, esok begitu ,lusa juga begitu,tidakkah robot namanya??




Mari aku bawa ke suatu aspek lain.Kamu ingin mendapatkan kemanisan dalam beribadah,cukupkah hanya mengulang-ulang satu ibadah saja??Mugkin mulanya akan tiada lagi perasaan itu,tapi bila sudah lama,mungkin kurang 'fleeing'nya.Bukannya nak bercakap tentang aspek yang besar dan jauh dari diri sendiri,hanya tentang pembangunan keinsanan muslim sudah cukup.Misalnya,hari pertama dalam perjalanan nak ke universiti cuba perhatikan keadaan orang sekliling.Apa yang mereka lakukan?Perhatikan betul-betul.Nanti mungkin sampai suatu masa anda akan dapat perhatikan bahawa muslimin di mesir ini penghayatn ISLAMnya sangat memberansangkan.

Terkadang terfikir tentang bagaimana mereka boleh mendapat penghayatan ISLAMnya begitu dan mampu mengaplakasiakn dalam kehidupan seharian.Pemerhatian yang dibuat bukanlah hanya memerhati,malah perlu lebih dari itu yakni, berfikir sedikit dan cuba pantulkan terhadap diri kita.Ambil contoh mudah, anda mahu ke universiti dengan menaiki TRAMCO(van).Pehatikan ungkapan apa yang diluahkan oelh penumpang-penumpang apabila mereka ingin turun di suatu destinasi."'ala gambi yasto INSYA ALLAH".Perhatikan mereka meletakkan perkataan insya ALLAH yakni,mereka tak pasti jika mereka akan sampai atau tidak di destinasi yang dituju, semuanya akan berlaku jika DIIZINKAN ALLAH!Memang nampak ungakapan mudah begitu, tetapi cuna kita hayati, sangat indah ungkapan itu kerana kita meletakkan suatu pengharapan kepada ALLAH.

Pernah suatu ketika di dalam TRAM(kereta api atas jalanraya) aku bertanyakan kepada seorang pak cik dimanakah CLEOPATRA.Dan jawapannya sangat mendidik jiwaku iaitu stesen seterusnya insya ALLAH.Wah barulah nampak kegunaan insya ALLAH yang dianjurkan oleh ISLAM.Bukan hanya janji melayu yang hanya hendak melepaskan diri.Mungkin boleh diubah sikap ini.

Kembali kepada kehidupan yang sbenarnya yang patut diamalkan oelh pelajar perubatab supaya tidak tergolong dalam golongan robot.Selain daripaa memerhati keadaan sekeliling, mari kita cuba hidup dengan keterampilan ISLAM yakni, tutur kata dan setiap bicara diputarkan diskusinya ada sangkut paut dengan ISLAM.Contohnya,kita bertanya khabar kepada rakan-rakan dan cuba menasihati rakan-rakan dengan cara engikut arus perdana.Selain itu mungkin boleh juga kita basahi bibir dengan zikruLLAH sentiasa agar ROH ISLAM dalam jiwa kita itu terdidik dan mampu mencerminkan suatu keterampilan ISLAM dan menambah amalan kita yang selalunya cacat dek gangguan syaitan.


mari kita hayati ISLAM dan mendalami ISLAM kerana ISLAM itu agama yang sempurna.Jika anda tak menghayatinya pon ISLAM tidak rugi apa-apa bahkan anda yang perlukan ISLAM untuk sempuna!

EiDul FitRi





SeLaMat MenYaMAut EiDuL FiTRi
MAAF ZAHIR baTIn..

Ini takdirku berada di perantauan.Moga banyak dapat kupelajari di bumi ini walaupun berjauhan dengan kelaurga dan meraikan Eidul Fitri tanpa insan-insan tercinta..

Bumi kuberpijak

salam'alik wabarakatuh..


pagi pertama di Kaherah


Dulu menjadi impian berada di bumi para anbiya wali2 ALLAH ini.Kini, sudah masuk seminggu aku berada di ardul kinanah ini.Permulaan yang baik kerana kali pertama menjalani ibadah puasa dan menyambut Eidul fitri di perantauan.


Tibanya di bumi ku berpijak kini adalah pada pada 21 Ramadhan 1429H pada jam 7.15 pagi waktu tempatan dam kira-kira 12.15 tegah hari waktu Tnah Aiku.Alhamdulillah.Dengan menaiki pesawat Egypt Air kami pelajar2 MARA mnerjah ke bumi mesir.Perjalnan yang agak memenatkan itu mengambil masa 12 jam.Kini Mesir menjadi bumi di mana aku bermastautin.


Di sini aku ingin berkongsi pengalaman sepanjang aku berada di ardul kinanah.Pertamanya sangat seronok kerana melihat budaya orang mesir yang sanagt sempoi dan tak cerewet macam orang Malaysia.Hidup santai tak terburu-buru hanya mngejar ibadah dan ilmu.Kemudian sungguh aku kagumi dengan cara mereka menjalani bulan ramadhan.Hati mereka lembut.Ketika di dalam bas pernah sesakali ada penumpang yang naik ke dalam bas tanpa punyai wang dan diusir oleh pemandu bas tanpa belas kasihan.Tiba-tiba ada penumpang lain yang mengajak kebali penumpang tersebut dan membayarkan untuk penumpang tersebut.Wah!! pernahkah anda melihat kejadian ini di Malaysia??Alahamdulillah sudah berkali-kali ku melihat keadaan tersebut.Sungguh mentarbiyah jiwa.Selain itu,pernahkah anda mlihat seorang lelaki di tepi jalan tiba menahan bas yang sarat dengan penumpang semata-mata untuk mengajak penumpang2 menjamah juadah berbuka puasa?Pernahkah anda melihat di Malaysia orang yang pemurah sehingga menyediakan juadah berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan puasa secara percuma?!!Walaupun Mesir bukanlah negara yang membangun sangat seperti Malysia,rakyatnya insya ALLAH tidak akan ada yang tidak kenyang ketika berbuka puasa.


Adapun Mesir merupakan negara yang tidak gah seperti Malaysia akan tetapi rakyatnya secara keseluruhannya berjaya menunaikan kewajipan lima waktu sehari semalam dan kebanyakkannya menerjakan di masjid2.Mengapa aku mentfsirbegitu?Ini kerana setiap kali tiba waktu solat setiap masjid akan terpaksa membentangkan tikar-tikar di luar majid bagi memberi tempat untuk muslim mengerjakan tuntutan lima waktu.Malaysia bagaimana?? Terpegun aku dengan gaya hidup ini.Walaupun tidak mampu menjadi seperti warga negara Malaysia tetapi tuntutan ALLAH,Alhmdulillah dilaksanakan.Bukan ku katakan wargangara Malaysia tidak begitu tetapi melalui pngamatannya begitulah.huhu..~


Setakat sini saja coretanku.Dan sedikit foto untuk dikongsikan bersama bagaimana bumi Mesir.







Di lapangan Masjid saidatina Zainab










Makam Saidatina Zainab







Dikedai berlian










Masjid Azhar








Bersama Shisha dan 'aish









Nil tika dinihari












Kedai jus









Ya ALLAH berkatilah jejak langakah kami di bumi mesir ini dan permudahkan urusan kami agar kami mudah menimba ilmu di sini suapya kami tergolong dalam golongan yang menegakkan syiarMU YA ALLAH ...AMINN...~

Afdhol min awla'


Anda mempunyai 10 minit untuk ke suatu diskusi bersama sahabat-sahabat anda yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 5 orang wanita.Akan tetapi masa yang diambil untuk ke tempat itu hanya 4 minit.Kini anda sedang berpakaian kasual dan telah memadai untuk menghadiridikusi itu.Tempat diskusi adalah di suatu restoran di tepi tasik.Apakah anda akan terus menuju ke tempat tersebut tanpa menukar pakaian anda atau anda menggunakan 8 minit dariapada masa itu untuk bersiap dan mengabaikan baki masa yang tinggal walaupun hanya beberapa minit?Ada yang diantara kita akan terus ke tempat tersebut tnpa memikirkan penampilannya kerana baginya sudah memadai dan yang utama adalah hasil perbincangan itu.Tetapi ada juga di antara kita akan mengabaikan aspek masa dan terus bersolek,berdan-dan dan berbagai lagi.Sepatutnya,yang manakah lebih utama?Apakah yang difikirkan golongan yang kedua ini?Minda kita berbeza tapi sekadar mahu berkongsi.Stephen Covey dalam seminarnya pernah memanggil peserta seminar ke hadapan.Di hadapan itu terdapat 2 buah baldi yang mana baldi pertama 1/2 daripada baldi itu diisi dengan pasir manakala baldi yang kedua diisi dengan 5 buah bongkah cube.Kemudian beliau mengarahkan peserta tersebut unutk memasukkan 5 buah bongkah itu ke dalam baldi yang berisi pasir itu.Setelah berfikir,peserta itu mencuba memasukkan bongkah itu ke dalam baldi tersebut.Yang terdaya peserta itu lakukan hanyalah memasukkah 3 buah bongkah saja manakala 2 buah bongkah lagi tidak berjaya dimasukkan.Selepas itu,beliau mengarahkan peserta itu memasukkan kembali 5 buah bongkah itu je dalam baldi asal dan menyuruhnya mengisikan pasir ke dalamnya.Apa yang dilihat adalah kesemua bongkah itu dapat dimasukkakan dan pasir-pasir memenuhi ruang antara bongkah-bongkah tersebut tanpa sedikit pasir pun yang tidak dimasukkan ke dalamnya.Beliau menerangkan bahawa jika kita terlalu memikirkan perkara-perkara yang remeh berbanding perkara-perkara yang utama dan besar permasalahannya begitulah hasil yang ditunjukkan oleh peserta itu pada awlanya.Bagaimana kita?memikirkan perkara-perkara yang remehkah?Kembali kepada situasi di atas.Jika kita fikirkan kembali.Adakah jika kita mengejar urusan-urusan yang mustahak,kita akan mengabaikan urusa-urusan yang kecil dan remeh??Adakah kita akan pergi ke diskusi itu dengan hanya berpakaian seluar pendek??Semestinya tidak bukan?~Jadi jika kita memikirkan dan mengejar urusan-urusan yang mustahak.percayalah anda sebenarnya tidak mengabaikan aspek2 remeh dalam kehidupan.Tetapi awas!jika anda memikirkan dan mengejar urusan-urusan remeh dan kecil,anda sebenarnya hanya membuang masa dan menjadikan kehidupan anda penuh dengan permasalahan yang lucu dan boleh dikatakan kurang diterima akal.Jadi marilah kita bersama berubah jika anda golongan-golongan yang kecil tadi.Tetapi jika anda tidak.syabas!!anda mungkin pembawa revolusi pembangunan jiwa kepada agama bangsa dan negara.percayalah!!!!!!

Maghfirah...

berlalaulah 10 yg pertama ...
kini kita berada di 10 yg kedua yg mana ALLAH menjanjikan keampunan dalamnya.Maka,tadahkan telapa tanganmu dan pohonlah kepada Ilahi agar memperoleh keampunan..
moga-moga selepas berlalaunya madrasah Ramadha ini,kita bagaikan kain putih yang suci dan bersih sepertimana kita dilahirkan.Putihnya bersinar tanpa sebarang kekotoran.Itulah fitrah kejadian kita.
Dan selesai madrasah ramadhan ini kita memperoleh ijazah kesabaran dan ijazah ketenangan dan segala ijazah2 yang telah dijanjikan ALLAH..

Selamat Beramal...Ramadhan mubarak!!

Khutbah Rasulullah S.A.W menjelang Ramadhan


Selain memerintah shaum, dalam menyambut menjelang bulan Ramadhan, Rasulullah selalu memberikan beberapa nasehat dan pesan-pesan. Inilah ‘azimat’ Nabi tatkala memasuki Ramadhan.

Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah! Allah ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al-alamin.

Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. (Sahabat-sahabat lain bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.”

Rasulullah meneruskan: “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.”

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kai-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin k.w. berkata: “Aku berdiri dan berkata: “Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi: “Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.

Wahai manusia! sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu’.”

“Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain.”

“Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan ( syahrul muwasah ) dan bulan Allah memberikan rizqi kepada mukmin di dalamnya.”

“Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang.”

Para sahabat berkata,”Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah saw,”Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu.”

“Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.”

“Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya.”

“Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka.”

“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga.” (HR. Ibnu Huzaimah
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


***dipetik dari blog Ghuraba'****

Ahlan ya ramadhan

Awalnya RAHMAT
tegahnya KEAMPUNAN
dan akhirnya PEMBEBASAN DARI API NERAKA


Ramadhan kareem....Semoga ramadhan ini terbaik daripada sebelumnya
kerana mungkin kita tak berkesempatan untuk ramadhan akan datang..
Sujud,ruku',amalku dan rebahku hanya kepada-MU..

Kenangan..

Terasa jiwa berkobar semanagt merdeka..Alhamdulilah negara kita bebas daripada penjajah secara zahirnya..hari ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan negara buat kali 51 setelah 446 tahun kit dijajah..MERDEKA!!!MERDEKA!!MERDEKA!!!

Sebebnarnya baru je habis program kat UKM tu..
dan banyak memori terukir ceria..
haha...ayat poyo..tapi nak cerita banyak2 pun agak tak berkesemaptan memandangkansudah memjejakkan kaki di bulan ramadhan ini.Hanya mampu memaparkan beberapa gambar sahaja yg dikira seronok.....haha..

malam kebudayaan???...tah..janji malam ni lagho skit


bersiap nak g majlis graduasi GMN...hahhaha


..........................


smngt tol mereka...

kawan2ku...

mereka akan bersamaku selama 6 tahun insya ALLAH...

langkah2 terakhir dan bersua kita di ardu kinanah...


ma'a taufiq wannajah...

Pemuda itu........

Assalamu'alikum wmt wbrt

Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mamapu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah duia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkuali
Menanti bangkit kepalmu



*********************************

18 tahun hidupku...
apa yang telah aku capai?
apa sumbangan yang telah aku curahkan
buat ummat ini?


Usamah bi Zaid mengetuai angkatan perang
ketika berusia hanya 19 tahun

Muhammad Al-Fatih membebaskan Constinople
saat usianya 23 tahun











tapi aku...
apa yang telah aku capai?
apa yang mampu kusembahkan kepada-MU


kuharap secebis lukisan ini menjadi saksi perjuanganku
di jalan-MU..Inilah aku...Muslim yang lain bagaimana corak langkah yang diatur?

Ikatan Hati

Assalamu'alaikum wrm wbrt

Masa bergerak pantas manusia mana yang hanya mampu bertahan dengan hanya duduk diam dan melihat perubahan berlaku di hadapan kita.Dan pemikiran mana yang hanya tertumpu kepada suatu sudut tanpa melihat perubahan yang berlaku di sekeliling.Pemikiran berkembang selari dengan pembangunan global yang mengikut arus perdana.Mampukah melihat Jepun terus meninggalkan kita lebih jauh hingga ke tahap seABAD meninggalkan kita?


Minda kelas pertama lahir daripada insan yang berjiwa besar.Insan berjiwa besar berpaksikan pembawakan diri yang utuh jati diri serta teguh pendirian.Selangkah bergerak ,paparannya minda titik hujung ingin digapai.Tolehan memerhati keupayaan diri agar uasaha setanding dengan kekuatan.


Bergerak di bawah satu panji pergerkan berkiblatkan keagungan diri.Paksi agama dialih pandangannya dengan suatu isu.Isu dimenipulasikan dan kekuatan2 dibina dasarnya jauh matlamatnya.Perpaduan bukan dicacakteguhkan dengan asas sumbernya tepat dan memenangi semua.


* * * * * * * * *

Mengapa pada awal kewajipan solat diturunkan umat ISLAM dihalankan kiblatnya ke masjidil aqsa di baitulmaqdis sedangkan ka'abah itu lebih dekat.Ada riwayat menyatakan umat ISLAM menjadikan masjidil aqsa sebagai kiblat selama belasan bulan.Kemudian ketika Rasullah S.A.W mengerjakan solat asar bersama-sama para sahabat ALLAH menurukan ayat supaya menukar kiblat ke arah ka'abah di masjidil haram.

ALLAH mengarahkan umat islam menjadikan masjidil aqsa sebagai kiblat kerana menundukkan rasa bangga dan ego terhadap bangsa sendiri kerana ketika itu semangat perkauman amatlah tinggi dalam kalangan arab.Bagi menundukkan rasa bangga terhadap bangsa dan kaum mereka ALLAH meunudukkan mereka di bawah satu aqidah yang sebenar dan mengikat hati-hati semua bangsa yang memeluk ISLAM.


Kepentingan mana yang patut diperjuangkan?Dahulu Rasullah tidak pun pernah mahu membela nasib arab quraisy yang menunjukkan bangsanya.Tetapi kini apakah yang kita perjuangkan?Apakah yang kita pertahankan?


Kerana semangat inilah kita berpecah sesama umat islam ketika zaman khilafah islamiah berada di puncak.Kita dahulu bersatu di bawah satu kepimpinan islam iaitu di bawah kerajaan turki uthmaniah bukanlah dibawah satu payung bangsa arab atau india atau melayu atau cina.Apabila digetarkan hati umat islam ini ketika itu dengan menyatakan turki uthmaniah adalah suatu bentuk penjajahan.Dengan ini saja kini kita dipisahkan melalui sepadan negara,visa,dan segala jenis tembok nama.Hatta bumi suci batitulmaqdis(PALESTINE) diwartakan dibawah pentadbiran antara bangsa dan akhiranya jatuh ke tangan yahudi la'natullah.Inilah akibatnya jika kita perintah di bawah aqidah yang salah.YAng kita perjuangkan adalah negara dan bangsa.


Lihat di zaman rasullah,adakah baginda inginkan tampuk pemerintahan mekkah dahulu atau baginda memperkukuhkan aqidah dan kepercayaan?DAn adakah segala bentuk isu dimainkan dalam dakwah baginda?Jika inilah yg diperjuangkan,masih adakah umat ISLAM yang berpegang kepada asas aqidah yang kukuh?Dan baginda tidak mekhususkan dakwah baginda kepada kaumnya saja.Bilal ibnu robah telah memeluk islam.Adakah faktor bangsa lagi diutamakan?




***********************



Negara ISLAM?
-Sistem ISLAM-dibawah pimpinan insan yang betul aqidahnya supaya hukum-hukum ALLAH dapat dijalan.Kita dicipta untuk menjadi khilafah yakni melaksanakan hukum2 ALLAH bukan merencana menukar hukum2 ALLAH.

-Mampukah sistem islam itu dijalankan hanya dengan menukar semua sistem2 perdana tetapi masyarakat tidak bersedia?Pemimpin tidak bersedia?Kekuatan mana hendak dijelmakan begini?

-Negara ISLAM-Aqidah yang sebenar-tunduk kepada ALLAH-
semua jentera perlu dikerah-individu
-masyarakat
-pemimpin


Kita mula dari bawah semula untuk mewujudkan daulah islam dan terus khilafah islamiah!

Belitan Bahasa


Assalamu'alikum wrm wbrkt

Di sini telah saya jumpai beberapa yang saya kire perlu dikongsi bersama agar pengayaan bahasa kita bertambah.Simpulan bahasa ini telah diubah suai untuk tujuan satira.Diharap tidak menjadi polemik mana-mana pihak yang cuba memancing di kolam mandi





1.Kecil tapak tangan,tapak sulaiman saya tadahkan
2.Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke bawah
3.Siapa yang makan nangka dia yang dapat biji nangkanya
4.Pucuk dicita Ismen ulam raja yang datang
5.Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya tak masuk olimpik juga
6.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tak bayar cukai pendapatan
7.Tiada rotan pelempang pun boleh jugak
8.Biar lambat asalkan tak cepat
9.Biar putih tulang,jangan kuning gigi
10.Di mana ada gula di situ jugalah gula-gula
11.Jauh dimata dekat di mata-mata

12.Secuapk takkan jadi enam cupak
13.Gajah mati meninggalkan gading,harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan dunia
14.Sedangkan lidah tergigit,inikan pula makanan di dalam mulut.
15.Harapkan pagar,pagar tak boleh diharap
16.Habis madu sepad jangan dibuang merata-rata
17.Alang-alang mandi biar guna sabun mandi
18.Ayam terlepas tangan berbau ayam goreng KFC
19.Berani kerana benar.takut kerana penakut
20.Betapa berat mata memandang,berat lagi seguni beras



Sekian setakat ini coretan untuk teman0teman semua.Hanya 20 simpulan bahsa saja yg dapat dicoretkan.KEmudian nanti mungkin akan ku sambung menjdai jumahnya 40.Semoga kita mendapat manfaat bersama.

Mantap atau TIDAK???!!!!!

Irfan: agama awk ape?

Chong: wa budha pnye org..manyak bgs la wa pnye agam...lu agama pe?

Irfan: sy ISLAM la..lu rse lu pnye agam btol ka??

Chong: waaa....musti la..kalo tara btol buat apa wa ikut ini agama..

Irfan: tp lu smbah itu patung pnye..

Chong: haha...lu ckp wa sembah itu patung ka...wa jdkn tu pengantaraan ngn tuhan wa....lu pe tw..

Irfan: ok2...tp itu patung kasi tolong ka sama lu??

Chong: laa....musti la..tgk ..wa mng itu no ekor ma..dpt 6 libu owh mggu lps..

Irfan: itu patubg batu la chong..cam mn mau kasi tolong sama lu...?makan pon lu kasi sama itu patung..apa macam chong..

Chong: wahhh..lu main kasa maa..lu ckp wa..lu pnye agama lg la..sembah batu pling besa dlm dunia owh..lg buruk dari patung wa...

Irfan: lu pegi mati la chong!!!



*************



kadang terfikir sama ada umat islam masekini 'arif ttg ilmu agamanya.Bukan perlu ilmu yg tinggi2 tp segadar berkaitan AQIDAH dan IBADAHkerana dgn ini mencerminkn keperibadian seorang mu'min dan muslim.Jika ditanya sebegitu dan dihina sperti dialog di atas, mungkin ramai umat islam akan terpaku dan hanya akan memarahi si penanya tersebut.Kalau diber jwpn Ka'abah tu sebagai pengantaraan dgn ALLAH S.W.T...beerti kita samalah dgn mereka.MEmpunyai pengantaraan.

Di sinilah letaknya sejauhmana pemahaman umat islam kini.Sehingga isu ini kita jarang untuk berfikir.Mana pergi Aqidah(pegangan) kita dlm khidupan sebagai seorang muslim.Hanya pada NAMA???!!!sebelummengupas lebih lanjut isu ini molek rasanya didedahkan dahulu solusi bg mslh ini....


Ka'abah bkn la pengantaraan kita dgn ALLAH.K'abah adlh lmbng kesatuan seluruh umat islam.Wlpon berbagai bgsa, kita akan sujud ke arah satu kiblat yg sama.Jika dikatakn Ka'abah ini adlh TUHAN umat ISLAM, bagaimana ingin kita jwb kembali???kita hany perlu phm analoginya yg mudah shja..jika itu tuhan kita,mengapa kita sanggup memijaknya?berani atau tidak org kafir memijak patung berhala mereka?
kita tak perlu bagi makan kepada ka'bah sperti mereka memberi makan berhala2 mereka.Ini amat mudah bagi mereka memahami apa yg di lambangkn ka'bah tersebut.





mengapa jika kita tanyakn kembali kepada kebanyakan rakyat MALAYSIA,ramai yg akan hanya mampu menluahkkn prasaan marah tnpa mengambalikn hujah2 mereka yg BODOH!.Adakah kita akan menyalahkan ulama'2 yg kurang memberi pengajaran kpd seluruh generasi di MALAYSIA ini?sistem pendidikankah yg patut dipersalahkan?..Argh!!>

adkh khnye ckup kite mengatakn kita beriman tanpa sebranng tuntutan yg terlaksana,tanpa sebarang kesinambungn kefahaman ISLAM dalam diri kita.Ingat!musuh2 ALLAH sering mengintai peluang untuk menjatuhkn ISLAM.Dan kita sering akan diuji dgn bermacam bentuk dugaan bagi menyemak diri kita sama ada betul2 berIMAN atau hanya RETORIK.


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan msuk syurga padahal belum sampai kepadamu (ujian dan cubaan) seperti yg tlh berlaku kepada orang2 yg terdahulu drpd kamu?Mereka telah ditimpa kepapaan(kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncang (oleh ancaman bahya musuh), sehingga berkata Rasul dan org2 beriman yg ada bertanya:bilakah (datang)pertolongan ALAH? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama ALLAH)
Al-baqarah:214



persiapan perlu diaturkan agar segala ujian ALLAH yg kita hadapi itu mendatangkan keuntungan kepada kita yakni BERTAMBAH IMAN kerana al-imanu yazidu wayanqus


1.Dunia hanyalah tempat persinggahan yg sementara yg kita ptut sedar ttg sgla tpu helah dunia.Tempat untuk bercucuk tanam untuk melihat hasilnya di hari perhitungn.Biarkn dunia hanya di tgn bukan di hati agar kita tak mengambil dunia sebagai perkara yg priority.Amil dunia hanya sekadarnya saja spya tidak overdose yg bley membawa kepada kealpaan terhadap agama.

2.ALLAH mesti selalu kita letakkn di hati dan mesti diingat selalu.Dari pagi sampai ke petang,dari rumah hingga ke hala tuju setiap hari, mesti meletakkan ALLAH sebagai priority.kerana apa??bukankah ALLAH S.W.T sentiasa mengingati hamba-NYA.kenpa hmba pula yg lupkan akan penciptanya?walopon kita sering melupakan ALLAH atau terlalai,ALLAH tetap syg pd kita.Sentiasa mengingati kita.Sentiasa mengurniakan RAHMAT kpd kita.Bygkn sesaat kita tnpa RAHMAT ALLAH S.W.T. masakan kita mmpu hidup dunia ini.Tanpa sebarang pemberian kembali yg ditutun ALLAH kepd hmba-NYA.Yg dipinta hnyalah utk mengikut setiap tuntutan syara'NYAItupon utk kebaikan dan kuntungan Hmaba-NYA di hari kemudian.



penghayatan kpd ISLAM itu akan muncul jika kita selalu mendapingi ISLAM itu di mana jua kita berada.Dan roh syg pg dEEn in akan muncul secara sendirinya dengan izin ALLAH...AyatuLLAH perlu bermain di bibir supaya ingatan terhadap-NYA tak hilang.Quran dan Sunnah perlu menjadi pegangan untuk menghayati roh ISLAM yg SUCI ini.


ISLAM itu datang dalam keadaan dagang(asing) dan akan berakhir dengan keadaan dagang maka beruntunglah sesiapa golongan yang dagang itu.Dimanakah kedudukan kita masa ini?

Sanggup A.P.A saja






ISLAM meminta penganut-penganutnya sentiasa bersedia untuk mempertahankan agama suci ini daripada ancaman musuh.

"Keluarlah beramai-ramai berperang dalam semua keadaan, baik dalam keadaan ringan mahupun dalam keadaan berat. Dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa ragamu untuk Sabilullah, kerana perjuangan itu lebih baik kepada kamu jika kamu mengetahui." (at-Taubah: 41)

Perjuangan mempertahankan agama boleh dilakukan dengan pelbagai bentuk sama ada melalui harta benda, pemikiran, kebijaksanaan, kekuatan fizikal dan sebagainya. Allah bakal memberikan ganjaran yang amat besar kepada umatnya yang berjuang mempertahankan agama Islam.

Terdapat pelbagai peringkat perjuangan yang boleh dilakukan. Antara peringkat-peringkat yang praktikal ialah peringkat menentang hawa nafsu iaitu berjuang agar nafsu tunduk untuk beramal, sabar menanggung kesusahan dan segala cabaran yang ditimbulkan oleh nafsu itu sendiri. Peringkat lain pula ialah peringkat menentang gangguan syaitan yang sentiasa menghasut dan memujuk manusia melakukan kejahatan.

Selain peringkat-peringkat tersebut di atas, peringkat lain ialah menentang golongan kafir yang cuba menghapuskan ajaran Islam dari dunia ini. Terdapat juga peringkat menentang golongan munafikin yang merupakan duri dalam daging terhadap umat Islam kerana mereka menyorok dan menyembunyi dalam barisan umat Islam untuk menghancurkan Islam.


Ciri-ciri pejuang menurut Islam:

i. Bersifat benar (siddiq) dalam setiap perbuatan dan perkataan sama ada dalam hubungan dengan Allah s.w.t, risalah yang dibawa, manusia, dakwah dan kepada diri sendiri.

"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu beriman kepada Allah s.w.t dan hendaklah kamu berserta orang yang bersifat benar." (at-Taubah: 119)


ii. Bersifat amanah terhadap harta dan juga ketika bercakap dan berdakwah.

"Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan segala amanah terhadap ahli (yang berhak menerimanya)." (an-Nisa': 58)


iii. Bersifat lemah lembut (hilm) apabila berhadapan dengan orang yang diseru dan semasa menyampaikan dakwah.

"Dan orang yang menahan amarahnya dan memberi maaf kepada manusia bahawa Allah sangat kasih kepada orang yang berbuat kebaikan." (Ali Imran: 134)


iv. Bersifat tawadhu' iaitu sentiasa berjalan di tengah manusia dengan rasa rendah hati dan meredhai segala ketentuan Allah s.w.t.

"Dan hamba-hamba Allah yang baik dari Tuhan itu; ialah orang yang berjalan atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan)." (al-Furqan: 63)


Yakinlah dengan janji ganjaran Allah kepada setiap pejuang Islam;

"Yang bersikap lemah lembut terhadap orang mu'min, yang bersikap keras terhadap orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan tidak takut kepada celaan. Itulah kurniaan Allah diberiNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah maha luas (pemberianNya) (wasi') lagi maha mengetahui (alim)." (al-Maidah: 54)

MEncari cinta


Bertemu cinta Teragung

Di dalam sujudku asyik menyanjung

Umpama pengembara di malam gelita

Tahu cintaNYA menerangi jiwa.



Sekian lama terbiar

Dalam belantara hidup nan liar

Di bukit ku tersepit

Di lembah terhina

Hidup yg pedih mengajar ku mencari cinta



Ku sangka teguh kiranya masih rapuh

Ku sangka mudah namun amat payah

Ku sedar semua pasti ada akhirnya

moga akhirku diselimut cinta

cinta agungNYA



Sekian lama

Diri terlalai

Kehidupan terabai

Akhirnya aku temui kadamaian abadi



Mencari Cinta - Saujana

Ruang lingkup HIDUP

Diriwayatkan bahwa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahwa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi heran melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah heran terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

Tentang Hidup

Hikmah kurasai padanya

desert 1
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
nasihat
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:

" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah. Jangan biarkan keluhan mendahului menyelaputi diri sebelum datangnya sabar dan redha dalam hati agar-akidah tidak retak
iman tguh terpasak
amal tidak rosak
hidup tidak terdesak......Semunya datang daripada ALLAH

catur..caturan..PERCATURAN..!!???


MElihat pergolkan politik di Malaysia amat menakutkan dan menggugat keamanan dan keselamatan rakyat.Dibalik kesusutan rakyat mengenai kos sara hidup ledakan kenaikan harga barang bakar,kini satu isu panas lagi muncul.Muncul dan hadirnya isu mengenai ANwar ini boleh disifatkan isu berulang dan membuatkan ade pihak yang naik menyampah dan meluat dengan isu ini.Satunya kerana isu yang dimainkan adalah isu yang sama dan disaat yang sama iaitu :
-1998-DSAI diancam isu ini kerana berada di kedudukan yang kukuh dalam negara dan menungu masa untuk naik ke puncak
-2008-DSAI diancam dengan isu yang sama di saat beliau mula ingin bangkit dalam kerjayanya sebagai ahli politik

Hidup Bangsa Malaysia
Yang membuatkan aku terfikir adalah, bahaya sangatkah DSAI ini sampaikan isu ini dibangkitkan 2 kali dalam hidupnya.Bagi aku, bukanlah nak menyebelahi mana2 pihak kerana dunia politik ini penuh dengan drama dan sandiwara.Hari ini kita berkawan,hari esok boleh jadi kita berlawan kerana berbeda fahaman.Tapi kali ini aku hanya mahu menyuarakan pndapat dan sedikit analysis yang bermain di ruang legar fikiranku.


Ramai yang kini menyangka pertuduhan terhadap ikon politik ini sebagai suatu gelodak mainan politik yang kotor yang melibatkan konspirasi antara orang2 penting.Mungkin aku setuju dengan fakta ini tetapi bab politik aku x ingin amek port sangat.Pentafsiaran aku pada isu ini hanya limit kepada pembacaan aku dan maklumat yang ku fikirkan boleh dipakai dan masuk akal.


Kini, kerajaan MALAYSIA kelihatan agak goyah dek pemerintahan PAK lah kata orang.Dan kedudukan DSAI yang ingin 'memulakan' kembali kariernya tampak lebih kukuh dan gah!
Pertuduhan terhadap DSAI ini mungkin melibatkan konspirasi antara orang2 tertentu tapi kita tak boleh menunding jari ke arah sapa2 selagi tiada bukti!Hal ini kerana kepercayaan yang di bina DSAI terhadap rakyat amatlah tinggi dan menyebabkan kedudukannya di MALAYSIA terancam.Munkin pertuduhan ini dilakukan kerana DSAI sendiri banyak menyimpan 'rahsia-rahsia' kerajaan yang dilihat amatlah bahaya.Jika DSAI berjaya memasuki Parlimen setelah menang pilihanraya kecil di kaw isterinya,ini dilihat mampu membuat jutaan rakyat Malaysia tersenyum dek hak mereka terbela.Tetapi lain pula ceritanya di suatu pihak lagi.Sekiranya DSAI melolosi dan masuk ke Dewan Rakyat, maka akan terbongkarlah satu demi satu 'rahsia' kerajaan dan kedudukan disuatu pihak lagi seperti telur di hujung tanduk.Justeru pertuduhan terhadap DSAI dilakukan pihak2 tertentu.


Di satu sudut lagi,pertuduhan terhadap DSAI ini hadir munkin disebabkan suatu ujian atau kifarah ALLAH terhadapnya.Mengapa pulak cam tuh??!!bagi saya in adalah suatu ujian ALLAH terhadapnya kerana mungkin di masa hadapan DSAI menjadi pemimpin yang amat dipercayai.INSYA ALLAH..Mungkin juga kerana DSAI hany ingin memperjuangkan hak-hak rakyat Malaysia dan mungkin kelihatan DSAI kurang memberi pembelaan terhadap ISLAM dan umatnya di Malaysia ini.Suatu fakta lagi, DSAI adalah seorang pemimpin yang disegani di mata dunia pemimpin dan masyarakat ISLAM selruh dunia.Khilafah ISLAMIAH perlu ditegakkan didunia kalau tidak pon hanya dengan daulah!!Jadi pembelaan terhadap ISLAM itu perlu gah sepetimana DSAI lakukan terhadap politik.Ini kerana DSAI merupakan seorang yang mampu menaik kepercayaan semua kaum di Malaysia.



Akhir kalam,bagiku aku yaqin bhwa pertuduhan ini hanyalah suatu FITNAH dan KONSPIRASI.Tetapi apa mungkin kita lakukan kerana inilah dunia ..dunia..dunia..yang kuat akan menindas yang lemah.Kuasa dan harta menjdai pertaruhan hebat sehingga BERANI menjgaikan orang dan saling menjatuhkan.Bukankah ALLAH itu MAHA ADIL dan MAHA KUASA.Adakah kita lupa akan kewujudan hari pembalasan yang tiada KONSPIRASI dalamnya.MULUT dikunci..hanya anggota badan yang lain sahaja yang menjadi saksi dan melontarkan bukti kepada ALLAH...Sama-samalah kita berdoa agar perhitungan dan mainan dunia inn yang manusia reka in menemi jalan buntu dan tebongkar segala KEBATILAN dalam dunia pentadbiran negara demi ISLAM.RASULLAH dam ALLAH....