[go: up one dir, main page]

basmalah Pictures, Images and Photos


Get the Palestinkini.info - Suara Peduli Palestin widget and many other great free widgets at Widgetbox! Not seeing a widget? (More info)

Talian penghubung



Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.(7) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap (8). (surah Al-Insyirah)



Bukan langit yang diciptakan untuk manusia mengangkat kepala angkuh.
ALLAH tak menciptakan bumi untuk manusia tersemban muka berputus asa.
Manhaj ILAHI yang disajikan kepada manusia untuk menzahirkan sifat 'ubudiyyah (kehambaan) kepada ALLAH.



Ar-Rasul S.A.W pembawa risalah berdoa untuk terus kuat memikul beban Dakwah.
Tanah,bukit,hutan,laut,ikan,alam,haiwan dijadikan untuk memudah urusan manusia menawar rasa kehambaanini kepada manusia.



Siapakah kita yang mahu menjadi penentu jiwa-jiwa manusia ini terikat dengan manhaj ini ?



Hubungkanlah jiwa dengan ALLAH - asas kekuatan - talian penghubung jiwa Du'at dan Mad'u





Pemuda & Perubahan

[16] Maka Aku bersumpah, demi mega; [17] Dan malam serta segala yang dihimpunkannya; [18] Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama: [19] Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan – menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya) - surah Al-Inshiqaq

( fitrah manusia itu berubah dan terus berubah )

Tak ada suatu arus (trend) yang terjadi atas muka bumi ini berlaku secara tak sengaja.Semuanya pasti diatur dan ada pihak yang melaksanakan ideologi,agenda, dan arus tersebut.Zaman ke zaman pemikiran atau arus yang berada saling bertukar mengikut kehendak manusia yang inginkan manfaat pada diri mereka.Tanpa ada kekuatan yang teguh,mustahil segala arus ini berjaya bertapak bermula di kotak pemikran manusia hingga kepada sistem pemerintahan sesebuah kerajaan.


Sehingga hari ini, sesebuah arus itu dijayakan atau meletakkan suatu kumpulan sasar yang tepat untuk keberkesanan arus tersebut.Melihat kepada industri seni hiburan. Golognan sasar pemuda menjadi nadi utama untuk mengenengahkan sesuatu arus hiburan sebagai contoh industri nyanyi.Majoriti rancangan televisyen berasaskan nyanyain di seluruh dunia meletakkan usia pemuda atau remaja sebagai pra syarat untuk menjadi peserta.


Di samping itu, untuk membawa suatu bentuk sistem pemerintahan atau menawan atau meranapkan sesebuah negara,pastinya barisan tentera yang kuat adalah menjadi antara faktor terpenting.Sultan Muhamad Al Fateh pada usia 19 tahun sudah menaiki takhta dan memerintah selema 30 tahun. Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan.

Che Guevara dikenali sebagai bapa revolusi dunia pula menjadi ahli separa tentera Fidel Castro yang merampas kuasa di Cuba pada usia 31 tahun.Hampir kebanyakan revolusi yang berlaku di dunia ini diterajui oleh golongan pemuda termasuklah revolusi 25 Januari di Mesir yang dikepalai oleh Khaled Mohamed Saeed yang juga merupakan golongan pemuda. Selain itu,Adolf Hitler merupakan juga seorang pemuda yang bertanggungjawab atas bertapak dan naiknya ideology fascism di dunia eropah. Hitler telah menjadi presiden parti sosial di German (National Socialist German Workers Party) pada usianya 32 tahun.

Merujuk kepada sejarah peradaban manusia,hanya sebilangan kecil sahaja panglima tentera terdiri bukan daripada golongan usia lingkungan pemuda.Akhirnya seluruh dunia menggunakan tenaga pemuda untuk dikerahkan ke dalam sistem ketenteraan.Mana mungkin seorang pak cik tua yang sudah bercucu 5 dipilih sebagai anggota tentera untuk bertempur di medan perang melainkan pada zaman awal Islam.

Selari dengan peredaran zaman,fesyen juga menjadi suatu trend atau elemen penting dalam kehidupan abad ke-21.Fesyen pakaian saling bertukar ganti juga meletakkan suatu golongan sasar yang penting untuk memastikan suatu trend pakaian wujud.Contohnya, punk dan skinny adalah fesyen pakaian yang diminati golongan muda.Masyarakat akan hairan jika fesyen-fesyen seperti ini dimulakan oleh generasi tua yang sudah berkaki tiga.


Kehidupan manusia seolah-olah dirancang fokusnya mengikut umur.Di peringkat awal hidup,manusia akan diisi dengan segala ilmu untuk keperluan diri. Degree ,Master dan PhD. adalah tahap pendidikan yang penting untuk memacu sesebuah masyarakat.Tak dinafikan di peringkat usia pemudalah waktu paling ideal untuk menerima dan menghadam sesuatu ilmu seterusnya ‘dilakonkan’ dalam kehidupan.

Cukuplah dengan bidang pendidikan,fesyen,ketenteraan dan industri hiburan sebagai contoh yang menunjukkan semua elemen dari pemuda dieksploitasi.Dari elemen pemikiran,tenaga dan nafsu.Semua elemen-elemen ini telah dieksploitasi oleh pelbagai pihak untuk memastikan agenda mereka bukan setakat tumbuh malah subur di planet ini dan menjadi suatu arus besar sehingga golongan pemuda langsung tak menyedari mereka telah dipergunakan bermula dengan semulia-mulia agenda hingga ke seburuk-buruk agenda.

Benarlah pemuda adalah asset untuk memastikan sesuatu perubahan berlaku.

Mulakan Semula

"Bumi akan gersang tanpa rahmat ISLAM"


Memang beginilah hakikat suatu perkara

Ada naik dan surutnya

Iman, Dakwah, Cinta, Kesihatan, Kesungguhan

Iman yang sentiasa meningkat itu Malaikat

Dan yang kekal itu adalah sifat bagi Allah

Kita boleh tengok ramai orang semangat membuak-buak atas sesuatu yang dikerjakan.Tapi bila mula surut kerjanya mula kita hairan hatta sampai satu tahap bukan saja jarang melakukankan kerja yang dulunya dia bersamangat malah sampai ke tahap 'pupus' langsung daripada dirinya kerja tersebut

" lemah dan lesu di tengah jalan melakukan kerja adalah disebabkan rosaknya permulaan amal (niat)"

Memang golongan yang begini adalah banyak dalam kalangan orang muda.Mulanya semangat.Darah muda orang kata.Rasa ingin di angkat, rasa nak memenangkan hujah,rasa nak diperhatikan dan rasa SUDAH beriman adalah perasaan-perasaan yang akan membunuh sesuatu amal untuk terus dilaksanakan dan parah lagi apabila satu amal dimulakan atas dasar yang kurang jelas,matlamat yang rosak, panduan yang samar, dan susunan yang tunggang langgang.Banyak tenaga yang dibazirkan.

Sejarah Al Fateh menawan Constantine adalah kisah yang menunjukkan suatu amal bermatlamat jelas.Ketika sudah tiba di selat Tanduk Emas 'Golden Horn' Fateh membina kubu dan mengawal semua pintu masuk ke kota itu dengan meletakkan beberapa buah kapal tenteranya di Laut Marmara.Setelah raja Constantine ketika itu tahu dengan kehebatan tentera dan alatan perang Al Fateh, raja tersebut memulakan 'negotiation'.Emas dihulurkan kepada al Fateh dengan pulangan al Fateh berundur.Baginda menolak sebaliknya mengemukan satu lagi saranan.

Setiap orang yang berada di dalam kota tersebut boleh mengamalakan mana-mana ajaran termasuk Islam.Raja constantine menolak.Ini adalah perjuangan Aqidah.Nampak mudah.Tapi sekali lagi raja constantine menawarkan emas dengan amount yang lebih banyak,al Fateh menolak.Akhirnya tercetuslah perang hampir dua bulan.

Dengan matlamat yang jelas, ingin melihat semua manusia tunduk kepada ALLAH,al Fateh tidak menyerang bila ada tawaran berlaku.Baginda tak menyerang dan tak merosakkan sedikitpun kota tersebut sebelum tawaran-tawaran dikemukan juga kepada raja constantine.( Memeluk Islam atau tidak memeluk ISlam tetapi dikenakan jizyah atau berperang).Dengan kefahaman ini jugalah menolak al FAteh bersama tenteranya untuk meninggalakan rumah dan kehidupan yang senang ke tempat kepayahan.Orang yang dah punyai kekuasaan,kerajaan dan harta sanggup meninggalkanya untuk menyebarkan kebahgiaan ke seluruh pelusuk bumi.

Inilah matlamat ;taklifat umat ini sebenarnya.Ingin melihat setiap manusia bahagia hidup dengan sistem empunya alam.DIA lah yang menjadikan sperma itu akan bergabung dengan ovum membentuk manusia dan DIA jugalah yang menjadikan setiap undang2 untuk alam(sunnatullah) ini.Rosaklah sesuatu sistem kalau tak dikendalikan dengan baik.Begitu juga dengan manusia dan alam ini.


Meletakkan kerja sebelum faham apa tujuannya akan membawa futur lemah di tengah jalan.Meletakkan kerja sebelum meletakkan matlamatnya akan membawa kefasadan di tengah jalan. Meletakkan kerja untuk mengangkat diri akan merosakkan alam selurunya kerana menutup nfasu dengan nama kebajikan dan kebaikan.Nilaian ALLAH pada kita adalah hati-taqwa.Bukan natijah.Bukan pulangan.Bukan hebat tak hebat kita.Bukan kedudukan kita di sisi penduduk Bumi


الله غايتنا
رسول زعيمنا
القرءان دستورنا
الجهاد في سبيلنا
الموت سبيل الله اسماء امانينا

Allah Matlamat kami
Rasul Idola kami
Al-Quran perlembagaan hidup kami
Jihad jalan kami
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.




Fokus Dalam Bekerja



Mungkin baru sedar atau baru terasa sedar dengan hidup.Dulu ketika di SMAP kajang saya masih ingat lagi masa tingkatan 1,seorang senior (form 5) yang sekarang dah bergelar Doktorpun;Dr Faizal Norazmi ada bercerita di masjid tentang satu konsep tekanan atau beban.


Kalaulah ada satu ujian penulisan dibuat dan penulis diberi masa 1 jam untuk menulis.Selang 10minit penulis dikehendaki untuk menekan loceng yang dibekalkan bagi setiap penulis.Loceng akan dibunyaikan oleh pengelola dan penulis-penulis disyaratkan untuk menekan loceng disebelah masing-masing.Satu jam berlalu dan pengelola terus mengutip kertas dan meneliti tulisan para penulisan setiap 10 minit.Tulisan penulis agak terganggu dan seditik cacat.


Faizal Norazmi membawa mesej percintaan di alam menuntut ilmu tapi saya mula terkenang balik cerita ini bila saya berdepan dengan situasi yang agak sama mungkin kawan-kawan seuniversiti pun sama atau lebih baik.

Belakangan ni, dengan jadual pengajian,assignment,ujian dan bahan tarbiyyah agak menekan hidup seharian.Semacam fokus pada sesuatu kerja tak kisahlah dalam pelajaran atau tarbiyyah agak terkesan.


Allah dengan gaya Pencipta dan Maha Mengetahui sudah lama mendendangkan belaian kasih kepada kita seluruh manusia.


Surah al-Mulk , Allah swt. menarik mengingatkan dalam kehidupan kita yang sempit atau mungkin sempit kerana fikiran kita hanya tertumpu pada alam lahiriyyah.Alam dunia memang ada tarikannya tersendiri dan mampu menyebabkan hati dan perasaan manusia terikat pada alam lahiriyyah.Barangkali dengan kesibukan dan hanya berfikir dalam ruang lingkup kita,kita banyak terlupa dengan adanya hari menghimpunkan manusia, neraka yang menyambar-nyambar marak apinya, atau lupa kekuasaan ALLAH mengatur dan menguasai alam.Saya tinggalkan bersama satu ayat dari surah ali-Imran.



Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)


Sebab itu ALLAH ikatkan hati manusia pada Aqidah:kekuasaan,qiamat,syurga,neraka pada awal penurunan Al-Quran bagi menjadi faktor penolak untuk menjayakan syari'at-syari'at ALLAH di kemudian penurunan wahyu kerana ini adalah ukuran hidup manusia di alam realiti bagi memberansangkan hati manusia untuk memikul amanat dan syariat dalam perjuangan dan melaksanakan kewajipan-kewajipan di dalam hati dan di alam lahir.-muqaddimah surah al-Mulk Fi Zilal Quran Darul Syuruq:Syed Qutb.

Isti’jal



Isti’jal, satu penyakit yang menimpa umat Islam sama ada individu ataupun jamaah, iaitu mahukan perubahan segera tanpa mengambil kira akibat, keadaan mahupun latar belakang dan tanpa membuat persiapan yang baik dari segi sumber, uslub dan wasilah. (Takrif ini kalau disyarahkan boleh menjawab pelbagai masalah individu dan jamaah).

Isti’jal memang tabiat manusia. Semasa Nabi Adam dicipta dan ditiupkan ruhnya, baginda terus bangun sebelum sempurna peniupan ruh tersebut! Tanda awal bahawa jenis manusia memang suka tergesa-gesa! Allah sendiri perakukan; خلق الإنسان من عجل (Al-Anbiya’: 37) bermaksud; Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru pada serba-serbinya…

Dalam sirah di Makkah, masyhur kalam Nabi SAW kepada Khabbab bin Al-Art apabila beliau meminta nabi berdoa agar dilepaskan umat Islam dari kezaliman Arab Quraisy. Tapi nabi menjelaskan bahawa umat terdahulu diuji lebih dahsyat lagi sehingga ada yang dibelah dengan gergaji tetapi tetap sabar dan nabi akhiri dengan kalamnya ولكنكم تستعجلون maksudnya, tetapi kamu semua tergesa-gesa!

Tanda-tanda isti’jal

1. Menggabungkan individu dalam kafilah dakwah sebelum tauthiq, kenal pasti bakat, kemampuan dan persediaannya. Amal menegakkan Islam tidak boleh dibuat secara borong. Perlu kepada penelitian dan memastikan hanya anasir soleh yang boleh ditarbiah sahaja dibawa bersama. Juga kena ambil kira kekuatan untuk mendidik anasir yang telah dipilih tadi. Jangan sampai kita terpedaya dengan bilangan pengikut yang ramai, tapi mereka tidak boleh menghayati perjuangan Islam yang sebenarnya.

2. Meningkatkan daie ke peringkat lebih tinggi sebelum sampai masanya. Dengan alasan supaya orang tadi cepat meningkat, lebih faham dan produktif untuk dakwah dan jamaah. Sebenarnya ini satu kezaliman, kerana meletakkan seseorang bukan pada tempatnya dan dalam keadaan dia belum bersedia lagi.

3. Melakukan tingkahlaku yang memudharat dan tidak bermanfaat kepada dakwah. Perkara ini biasa berlaku kepada orang yang tiada disiplin amal jamaie atau memang tidak boleh didisiplinkan. Lebih malang lagi apabila tindakan yang dibuatnya mendatangkan mudharat kepada dakwah dan memundurkannya puluhan tahun ke belakang.

Kesan-kesan isti’jal

1. Membawa kepada futur. Futur bermaksud kembali lemah selepas aktif! Boleh jadi seseorang itu asalnya amat aktif dalam amal dan dakwah tetapi sekarang dah malas dan melengah-lengahkan amal, tak aktif lagi. Juga boleh jadi lebih teruk dari itu, langsung berhenti dari amal dan dakwah. Lihatlah keliling kita, sahabt seperjuangan semasa di kolej atau universiti dulu, sama-sama aktif. Tapi bila dah berkahwin dan bekerjaya, tidak sehebat atau selantang dulu, bahkan ada yang senyap tak buat apa-apa, tidak kurang juga yang aktif tapi hanyut bersama pihak yang ditentang dulu!

2. Membantutkan amal, atau memundurkannya puluhan tahun ke belakang. Bayangkan kalau semua orang mengambil langkah drastik dan agresif atas nama amar makruf, nahi mungkar. Kemudian semua yang agresif tadi disumbatkan dalam penjara, siapa lagi yang akan meneruskan perjuangan mereka? Ini merujuk kepada tidak mengambil kira akibat dari amal yang dilakukan. Sebab itu selain dari perlu mengenali mungkar, perlu juga tahu uslub untuk mengubahnya. Faktor masa perlu diambil kira. Sebab itu pada zaman Makkah, nabi tidak mewujudkan sebarang konfrontasi dengan Arab Jahiliah. Selepas berhijrah dan mendapat sokongan Ansar dan Muhajirin, barulah berlaku.

Sebab-sebab isti’jal

1. Dorongan hawa nafsu dan semangat yang tidak dikawal. Iman kita naik dan turun. Masa iman naik, seseorang itu akan bersemangat untuk beramal dan mencegah kemungkaran. Tapi jika tidak dikawal dan terburu-buru, pastinya musibah yang menimpa. Contoh terdekat ialah membakar gereja dalam isu kalimah Allah. Ada orang akan terbakar semangatnya…

2. Kurang merujuk kepada sirah nabawiyah, sunnah Allah dan perjalanan dakwah para dua’t.Sunnah Allah terhadap alam; Allah sendiri menegaskan bahawa alam ini dicipta dalam masa enam hari. Bukan dengan sekelip mata, biarpun Allah mampu dengan kun fayakun. Sunnah Allah dalam pensyariatan; arak diharamkan secara berperingkat. Bukan sekaligus. Para qudama’ (veteran) dalam amal dakwah pun mengambil masa yang lama, keluar masuk penjara, tapi tetap thabat sampai akhir hayat kerana memahami bahaya isti’jal. Maka pengalaman orang lain dan jamaah lain perlu diambil kira supaya kita tidak mengulangi kesalahan yang sama. Semangat golongan muda perlu diimbangi dengan hikmah para qudama’.

3. Tidak tahan dengan cabaran dan beban dakwah, juga mahukan hasil yang cepat. Perlu ingat, kita tidak dipertanggungjawabkan kepada hasil atau natijah. Tapi kita akan disoal terhadap apa yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah. Kita mesti berusaha, kemudian serahkan kepada Allah. Mengapa nabi tidak berdoa sahaja ketika diminta oleh Khabbab? Sedangkan doa baginda mustajab. Jawapannya, nabi nak ajar kita bahawa kemenangan agama ini perlu dengan tangan manusia sendiri, bukan dengan Kun Fayakun!

Pesanan Hasan Al-Banna

Sebagai pemimpin kepada gerakan Islam masa kini yang menjadi rujukan pelbagai pihak, mari kita telusuri kata-kata Hasan Al-Banna ini;

“Wahai kaum muslimin, khasnya yang bersemangat dan tergesa-gesa! Sesungguhnya jalan dakwah kamu ini, langkah-langkahnya telah disusun, sempadannya telah ditentukan, aku tidak akan menyanggahi sempadan yang aku amat yakin sebagai lebih selamat untuk sampai kepada matlamat. Memang jalannya panjang, tapi tiada jalan lain selain daripadanya… Siapa dari kalangan kamu hendak memetik buah sebelum masaknya… aku tidak bersamanya. Lebih baik dia mencari jalan dakwah yang lain. Siapa yang bersabar dengan aku sehingga benihnya bercambah, pokoknya tumbuh dan buahnya elok sampai masa untuk dipetik, maka ganjarannya di sisi Allah, kita sama-sama akan mengecapai ganjaran para muhsinin: sama ada mendapat kemenangan atau kepiminan, dan sama ada mendapat syahadah atau sa’adah.”

Perlu difahami, kalau semua persiapan dan sumber dah sempurna, kajian sebab dan akibat telah dibuat, maka jangan bertangguh lagi. Teruskan amal, itu bukan isti’jal…

Wallahu a’lam

*Asalkan niat untuk menyeru kepada kebaikan, saya mengambil penulisan ini daripada seorang ikhwah dari Malaysia

Peringatan Buat Kita

Tak banyak yang kita kejar dalam hidup kita dapat.Tapi sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup apabila kita ditawarkan suatu kemanisan di negeri abadi yang pada hakikatnya susah untuk kita kekal atas jalan istiqomah.Alangkah beruntungnya kita kerana ALLAH bukan suruh hamba-NYA semata-mata,tetapi ALLAH datangkan kita pembimbing.Dan dalam penciptaan manusia itu adanya jiwa.Betapa besarnya kasih sayang ALLAH,ALLAH fardhukan kita solat 5 kali sehari untuk mendidik jiwa.Bayangkan tiada solat difardhukan, mana sumber kekuatan jiwa nak kita dakap?

حماسة

Yang menggerakkan antara dua;
kalau tak kerana faham,mungkin kerana semangat,
pada pemuda adanya semangat berbanding si tua
halakan usaha amal berkiblat faham
kerana semangat pasti pudar bila usia memagar
itu keterbatasan,
fahaman terus berkekalan.

كَيۡلَا تَأۡسَوۡاْ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا تَفۡرَحُواْ بِمَآ ءَاتَٮٰڪُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٍ۬ فَخُورٍ

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu" (TQS. Al Hadiid 23)

nur kefahaman menerangi

25 dzul hijjah 1431
atas Rakoda,
Shatby,Iskandariah
Mesir