[go: up one dir, main page]

basmalah Pictures, Images and Photos


Get the Palestinkini.info - Suara Peduli Palestin widget and many other great free widgets at Widgetbox! Not seeing a widget? (More info)

Titisan sebak




Seharian kehidupan di alam universiti agak memenatkan.Kini,subjek-subjek yang kupelajari makin bertambah kerana sesetengah subjek telah selesai pembahansannya bagi semester ini.Selain itu,ujian bagi 'mid-term' juga sedang berjalan.Setiap minggu satu subjek sehinggalah penghujung tahun ini.Insya ALLAH akan kucuba mengharungi kehidupan seharian dengan tabah.Berjauhan dari keluarga dan rasa rindu bukanlah satu penghalang dalam mengejar cita-citaku yangmana insya ALLAH akan diberkati.

Lelaki dari USA

Hari ini(rabu-19/11/08) kuliah tamat awal iaitu jam 10 pagi kerana percaturan jadual begitu.Alhamdulillah tidaklah memenatkan aku sepanjang minggu.Pada malam hari,selepas selesai menunaikan keperluan insan bersama ahli bait,sempatlalah juga kuhadiri kuliah FIQH yang disampaikan oleh seorang syeikh Azhar(Dr).Kuliah dijalankan dengan menggunakan Arab fushah dan alhamdulillah mudah difahami.Selesai kuliah kami solat isya berjemaah.Kemudian selesainya solat isya itu bagun dan menyampaikan sedikit ucapan.Tidak kufahami keseluruhan kalamnya,yang dapat kutangkap hanyalah perkataan amriki,alexandira,islam.Diturutinya juga dengan sedikit bahsa inggeris.Owh, barulah kufaham,rupa-rupanya beliau mempelawa seorang muslim dari Amerika Syarikat yang sudah 6 tahun memeluk agma suci ini. Bangunlah seorang muslim itu,namanya Jaafar yang datang dari Amerika dan kini menetap di Alxandria.



Bersendirian dan Berfikir

Orang tua berjambang putih dengan jubah serba putih itu bangun dan menceritakan saat-saat beliau memeluk ISLAM.Kata-katanya diterjemahkan olah syeikh tersebut.Wah,bannga dan terkejut aku apabila syeikh itu mampu berbahsa inggeris dengan lancar sekali.Beliau(Jaafar) mula tertarik dengan islam dan cuba mendalam islam sejak kejadian 11/9.Beliau sangat tertarik dengan islam dan akhirnya membawa dirinya ke Riyadh,Arab Saudi untuk mempelajari bahasa arab.Ketiaka di sana,hanya 3 orang saja yang tidak islam termasuk beliau.Selepas tamat tempoh pengajiannya di sana,di suatu petang,semua pelajar yang islam itu keluar dari dewan kuliah dan terus menuju ke masjid bagi menunaikan kewajipan solat Asar yang termasuk dalam solat BARDAIN.2 orang rakan sekuliah yang bukan islam itu turut keluar dari dewan itu dan tidak tahu arahtujunya.Beliau di dalam dewan kuliah keseorangan dan terus berfikir emngnai ISLAM.



Kalimah suci itu


Selesai solat fardhu Asar rakan sekuliah yang muslim kembali ke dewan kuliah dan mendapati tiada orang di dalam dewan itu melainkan Jaafar(tak disebut namanya ketika belum mendapat hidayah).Rakannyaa menghampirinya dan menghulurkan tangan kepadanya lalu berkata "inilah masanya untuk berfikir".Seolah-olah rakanya dapat menbaca fikirannya.Subhanallah.Beliau menyambut tangan rakannya lalu dibawa ke masjid.Tangannya dipengan erat oleh rakannya dan beliau menggigil di saat itu.Bersama-sama rakan-rakan kuliah yang lain,beliau melafazkan kalimah teragung di muka bumi ini yang mengikat hatinya dengan rakan-rakan lain dengan suatu ikatan yang sangat kuat!Kalimah syahadah dilafazkan.MUSLIM.setelah itu semua rakannya mendakapnya erat.



Saat bergelar muslim


Setelah bergelar muslim beberapa minit,beliau dibawa berjumpa dengan seorang pensyarah yang 'Arif dalam bidang hadith.Pensyarah itu menyambutnya kehadirannya ke alam penuh cahaya dan rahmat.Kemudian pensyarah itu mengajarnya solat kerana solat adalah asas dalam islam.Hampir 2 jam bersama pensyarah itu beliau mempelajari tentang solat saja iaitu dari mula sehinggalah tamat solat.




Kain putih


Setelah mendapat hidayah ALLAH dan mempelajari solat,beliau pulang ke rumah jam 1 pagi dengan keadaan suci tanpa dosa seperti kain putih yang suci bersih dan seperti bayi baru dilahirkan.Beliau sangat bersyukur kerana setelah memeluk islam beliau nampak perubahan dirinya dari kegelapan ke nur cahya ILAHI.Alhamdulillah.







Titisan itu


Ku tatap wajah Jaafar sedalam-dalamnya dan menghayati setiap detik-detik beliau mencari ISLAM.Wajahnya tulus dan bersih serta tenang dalam roh islam dalam dirinya.Makin kuhayati penceritaanya,tak dapat kutahan lagi titisan air jernih dari kedua-dua belah mataku.Berlingan air mataku mengalir ke pipiku dan cepat-cepat kukesat agar tidak disedari jemaah lain.Tak tahu puncanya ku menitiskan air mata.Sangat sebak mungkin hati ini dengan kisah pengislaman Jaafar.Sangat rindu saat hati menghayati islam seseungguh-sungguhnya.Tamat ucapan beliau,tangannya serta tangan syeikh itu kujabat.Kemudian,kebanyakan jemaah menghampiri beliau dan memeluknya.Tidak puas hanya bersalaman kuhampirinya sekali lagi dan terus memeluknya.

Alahmdulillah,hidayah ALLAH itu tidak mengenal sesiapa.Kita yang sudah sedia ISLAM ini,adakah kita bersyukur dengan iman dan islam yang mudah kita perolehi?dan bagaimana pula penghayatan kita pada agama yang membawa kita ke syurga nanti?Insya ALLAH.Moga-moga hidayah ALLAH itu kekal di dalam jiwa kita sehingglah nafas terakhir dihembuskan.AMIN.

Isian semula HATI

Adapun sel kering yang rekaan manusia perlu di'charge' semula,apatah lagi hati manusia yang sentiasa terbumbang-ambing iman dan ketaqwaannya.



Menjadikan suatu paksi dalaam hati untuk menghambakan diri dan menyerahkan segala jiwa dan raga kepada-NYA.Sejauh mana setiap amalan dilektakkan pada keutamaan pencarian redha ALLAH swt bukannya amalan dicemari oleh sang nafsu buas RIAK,TAKABBUR, dan 'UJUB!! Bagaimanakah mampu hati-hati manusia ini akan betul-betul menghayati erti sebuah kehidupan??Yang mana kehidupan cemerlang itu metelakkan ALLAH sebagai faktor penolak segala-galanya dan ikhtiar itu jalan untuk mencapai kehidupan ideal dalam menghayati segala nilai-nilai ISLAM.


Alahamduliallah,sudah tamatnya bulan syawal dan kini kita berada di bulan dzulkaedah.Sejauh mana tarbiyyah pada ramadhan lalu dapat dikekalkan dan dijelmakan untuk kekal di dalam benak hati muslimin.Dalam pencarian redha ILAHI,mudah-mudahan hati dapat istiqamah dalam setiap rentak beramal kepada ALLAH dengan amalan yang suci tanpa diecemari sedikitpun sifat-sifat yang mampu mencacatkan amalan.

Dalam kehidupan seharian cuba kita renung kembali,amalan yang manakah yang kita yaqin akan diterima ALLAH.Kita solat sehari semalam,tapi sejauh mana penghayatannya?Bagi memberi sentuhan kepada hati-hati muslim ini,amalan soleh yang kita lakukan seharian ini,adakah akan diterima? Sememangnya banyak amalan soleh yang kita kerjakan seharian,tetapi adakah amalan tersebut akan dihitung sebagai amalan soleh terus oleh ALLAH dan mendapat ganjaran? Sungguh hati ini amat resah dan gelisah kerana amalan solehpun akan ditapis kualitinya yakni tahap kesucian amalan itu. Ikhlaskah kita dalam beramal? Jika timbul sedikitpun riak ataupun sifat thum'ah,adakah itu dikira amalan soleh?Gentar hati ini semakin bergelora apabila memikirkan berapa banyak amalan solehku?cukupkah untuk melepaskan aku dari azab neraka.

Bukan tidak ingin mengejar syurga,tetapi jika amalan baik yang dikerjakan telah dicemari perasaan-perasaan yang merosakkan amalan itu,sungguh malu dan takut untuk berbicara mengenai syurga yang kurasa sungguh tidak layak bagiku untuk memasukinya.Lihat sjalah pada kehidupan duniaku, spenuh dengan kelalian.YA ALLAH TERIMALAH TAUBAT HAMBAMU DAN BERILAH KESEMPATAN BAGIKU UNTUK PERBAIKI AMALANKU...AMEEN~

Analisa,analisa...
Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita