[go: up one dir, main page]

click! click! click!

Friday, July 30, 2010

~ TQ Abang! ~

Salam Jumaat semua.. semoga hari ini menjanjikan kehidupan yang sempurna...
Ok, entry kali ni special for my hubby.. Coz dia dah blanja me sepasang sandal.. Hahaha.. Tu pun nak cite ke? Lantak la kan.. ni kan blog aku.. Suka hati aku la..

Act, memang dah lama nak cari sandal baru memandangkan sandal lama ku dah bertambah nazak.. Yang belah kanan tu bergantung hanya pada satu tali je.. Adoila.. Yelah, camne tak nazak. Kalau satu sandal tu je untuk semua benda. G keje, g jalan, g kenduri. Tak de maknanya nak banyak2 kasut. Zaman tu dah berlalu. Kalau zaman kolej dulu memang ler. Hobi aku kumpul kasut. Hari ni g kelas pakai kasut lain, esok kasut lain, pendek kata, ikut mood la.. Tapi sekarang sandal sarung yg paling ringkas la idaman kalbu. Heels pun duk peram je. Ada event br la pakai. Tu pun x tahan lama. Lenguh weh pakai heels.. cam ne la yg jns sepjg hr pakai heels tu ek??

Disebabkan sekarang ni Jusco tgh sale, aku decide nk beli kat Jusco je. Mula2 nak g Kepong, tp alang2 abg nk amik helmet kat umah membe dia kat Mentari Court. Ktorg g Jusco OU je.. Pilihan memang byk, tp yg menjadi idaman kalbu ssh nak cari. Ada satu pattern tu aku suka tp x de size lak. Adoi la... Last2 amik je color lain, yang penting bg aku, comfortable, x tinggi n nmpk formal ckit. Yelah, dgn keadaan sek ni, mmg kasut salah satu perkara penting tuk keselesaan kan?

Sampai kat cashier, aku nak byr tapi abg yg byrkan.. Mekasih abg... Hihi.. Leh wat kasut raya sekali la.. Tak yah beli lain dah.. Oh ya, aku terus pakai kasut tu, sebbnya yg lama mmg dah nyawa2 ikan. Hihi.. Sampai lupa nk gigit dulu kasut tue.. Jangan dia gigit aku lak lepas ni udah ler..


Thursday, July 29, 2010

~ Permulaan yang baik.. Amin.. ~

Semalam masa jemput Ahnaf dari umah bbsitter. Aku terus cop tempat tuk adik Ahnaf. Maybe next year aku akan start hantar. Yelah, due date aku pun dalam akhir Oct, 2 bulan cuti dah akhir Dec. Sementara tu aku akan fkr balik camne, samaada nak amik cuti tanpa gaji @ mintak ihsan mak aku... Dua minggu je pun.. Senang nak kira. Alhamdulillah, dia setuju. Lagipun by that time, anak dia dah besar. Aku bersyukur sangat2 sebab tak payah pening2 nak cari bbsitter lain. Bukan senang wooo... Time Ahnaf dulu pun dia yg offer nak jaga. So far, setakat ni aku memang puas hati giler2 ngan penjagaan dia pada Ahnaf, dia layan Ahnaf cam anak sendiri. Walau ada jugak yang menghasut aku macam2, tapi aku malas nak amik kisah. Lagipun org yang berkata-kata tu tak pernah kenal pun ngan bbstr Ahnaf...

Yang paling aku bersyukur apabila aku khabarkan niatku. Alhamdulillah, dia setuju. Selama ni aku bimbang sangat2 takut dia x mo handle, yela, bukan senang kan.. Permulaan yang baik. Oh ya, tak lupa juga buat my hubby cayang, Thanx coz menjadi pelabur terbesar dalam menjana impian Ibu ini.. Sekarang, semuanya terletak di tangan aku untuk meneruskan impian ini. Semangat perlu ditanam mulai sekarang. Tak lupa juga buat kakak2 & teman2 ku yang byk memberi kata2 semangat dan tak letih2 menjawab segala pertanyaanku. Thanx a lot.. Luv u all..

Wednesday, July 28, 2010

~ Hobi Ahnaf ~

Kali ni jom borak sal hobi Ahnaf lak. Sapa x de hobi kan? kecik beso tua muda, mesti ada hobi. Ahnaf pun sama. Dia ada macam2 hobi, hobi2 ni lak ikut mood dia.. Antara hobi dia, nyanyi, joget, main car, baca buku & buli ibu & ayah... Hobi nyanyi la biasanya paling menonjol. Pantang dgr lagu, mesti dia ikut sekali nyanyi n joget. 


Lagu kesukaan dia lagu iklan susu tue.. "ibu..ibu... engkaula ratu hatiku.." Tapi yang dia ikut, ibu..ibu jela.. yang belakang2 tu suka hati dia jela nak sebut apa.. Haha.. lagi satu lagu jom heboh n jalan2 cari makan. Lagu barney lak dia paling suka lagu " I love you, you love me, we r happy family..." siap datang peluk lagi.. Hahaha.. Pendek kata pantang dia dgr lagu apa2, dia akan ikut sama nyanyi walau x de clear pun sebutan tue. Kalau ayah dia nyanyi bab chorus kena tinggikan sore, dia pun sama jerit.. Penangan ayah suka karok n husband bbstr pun suka karok. Time org karok, ahnaf la penarinya.. 

Kalau kat umah, mic ayah dia mmg jd menan dia.. Dengar je lagu feveret dia, gelabah cari mic n trs feel konon2 nyer penyanyi popular.. Kadang2 lawak tgk dia.. Sekarang ni lagu yg paling dia suka, lagu tema cerita Ikan duyung Aridinata tue. Dgr je lagu tue, terus ikut nyanyi.. Tapi yang lawaknya, dia sebut Ikan Biyung, bukan Ikan Duyung... Jadila.. aslkan ada ...yung kat belakang kan... 







~ Gambo ni masa g karaoke tahun lepas, semangat giler kan dia nyanyi.. hahaha~





~ Ahnaf & Kucing ~

Salam...

Semalam ktorg kuar makan, ada org mengidam nak makan satay.. Bukan ibu mengandung yer.. Hahaha.. lepas maghrib, siap2 n terus gerak g Subang Bestari, malang seribu kali sayang, tuan empunya satay x bukak bisnes la plak semalam.. Alang2 dh sampai, makan char kuey teow, kerang rebus n sotong kangkung jela.. Aku pun 1st time g sana. Selama ni abg yg selalu g, lepak2 ngan budak2 forum dia.. Yang si kecik tu lak awal2 sampai cam moody ckit.. dia ngantuk, pastu nak u'uk lg.. Dia jarang minum air masak.. jdnya nk u'uk tu cam ssh la.. huhu...

Tak lama pastu, dia nampak la moon.. asyik duk tunjuk moon jela.. Masa dia ronda2 jumpa lak ngan sekor kucing ni. Ahnaf ni mmg pantang nampak kucing, kdg2 tu siap x mo naik lg, sebab nk ngadap je kucing tue.. Dah jumpa menan dia, apa lagi, sibuk la dia kejo kucing tue. Last2 abg bwk kucing dtg kat meja n Ahnaf terus duk usap kucing tue. Terkejut la aku, yela, first time dia pegang kucing, ingatkan takut. Selama ni dia duk panggil dari jauh je. Haha.. Kucing tu lak jinak.. elok je duduk. 

Aku bagi la kulit udang tuk kucing tu makan coz nampak dia cam lapo, lepas habis je kulit yg aku bagi. Ahnaf mintak lagi, dia ckp kucing nak mamam. Yang lawaknya, bila kucing tu lari je duk bawah kusi, Ahnaf leh g tarik ekor kucing tue.. Adoila, nasib baik x kena gigit. Siap dia tarik dua2 tinge kucing tu suh duk diam.. Naya binatang tu nak oi... Memang anak ayah la.. Aku suka gak kucing dulu tp x pernah bela la coz mak aku x suka. Tapi abg pernah bela kucing, comel giler kucing tue.. Tp tb2 hilang.. Huhu.. 


Memang dulu abg pernah nk bela. Aku yang x kasi, yela, klu umah ada kawasan lapang, aku x kisah. Ni umah dah la kecik. Ada baby lagi.. Tak sesuai.. Tunggu la, ada rezeki, kita bela ye sayang.. Ahnaf pun suka kucing.. Ok la tue. Meh kita layan aksi2 Ahnaf & kucing...



Tuesday, July 27, 2010

~ Sihat sewaktu berpuasa ~

Salam...

Pejam celik pejam celik, hari ni dah pun 15 Syaaban 1431. Tak lama lagi, kita akan bertemu dengan bulan yang mulia iaitu Ramadhan Al Mubarak. Semoga panjang umur untuk kita bertemu kembali dengan Ramadhan. 

Disini, Ain ingin berkongsi tips2 untuk mengekalkan kecergasan sewaktu berpuasa. Jangan jadikan alasan gastrik untuk ponteng yer. Dan juga bagi anak2 yang baru belajar berpuasa. Ibu2 harus memikirkan pemakanan yang seimbang supaya mereka dapat bertahan sepanjang hari..

Tips :-

1) Sentiasa bersahur - sahur merupakan satu langkah yang penting dalam berpuasa. Mungkin ada yang tidak berselera untuk makan di awal pagi. Tetapi, dengan bersahur, ia akan memberikan bekalan tenaga untuk sepanjang hari. 

2) Makan makanan seimbang & sihat - Tubuh kita memerlukan 40 nutrien setiap hari. Kalau boleh, pelbagaikan menu bagi mendapatkan zat yg cukup. Setiap hari, pilih makanan dari 5 kumpulan makanan di bawah :-

a) roti, bijirin & produk berasaskan bijirin
b) sayur & buah-buahan
c) daging, ikan, ayam 
d) susu, keju & yogurt
e) lemak & gula ( ambil sedikit )

3) Tukar cara masakan - kurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Kita boleh ubah dengan cara kukus @ bakar. 

4) Minum air dengan banyak.

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sihat & ceria.. 
 


~ Dia buat lagi... ~

Salam olls..

Hari ni Ahnaf tunjuk perangai lama balik. Dia x mo g umah bbstr.. Adoi la.. Jenuh memujuk.. Mula2 nak suh ayah hantar, pastu ibu hantar, macam2 alasan la, konon2 ngantuk lg la. Kalau boleh, dia nak suh ibu & ayah duk umah sama2 ngan dia, macam weekend. Mana boleh... ayah & ibu kena la g keje. 

Apa yg aku nampak, mood dia ok klu dah lama bangun, siap mandi, minum susu.. Tapi nak bangun awal camne, kul 12 br tdo.. Jenuh nak kejut pagi2.. cam pagi td, sedar2 dia dah berdiri kat pintu bilik air.. Sempat la mandi ckit, tp mulut menguap lg. Siap pakai baju, dia baring lagi atas katil. 
Kuar2 pintu umah, terus ajak turun tangga, konon2 nk g jalan. Pujuk punya pujuk tak jalan gak.. Terpaksa la berdukung, sampai umah bbstr, apa lagi, melalak la... Ahnaf, Ahnaf... tak senang ibu nak g keje, yela, tglkan anak dalam keadaan menangis. Dah la sikit punya kuat dia pegang jari x mo lepas... 

Sekarang ni mmg nak kena temankan dia je. Balik keje, x leh wat keje lain lagi, kena duk sebelah dia main. Tak pun bacakan buku tuk dia. Kalau bangun jap, habisla, ikut je bo***t ibu. Lagi haru time nak lepas hajat.. Sepanjang kita kat dalam bilik kecik tu,  sepjg tula dia duk mengetuk pintu bilik air tue... Tak tenang okay...


Monday, July 26, 2010

~ Macam-macam ragam ~

Salam Isnin olls...

Hari ni sure ramai yg cam ala2 malas kan nk wat kerja.. Ditemani lak dgn cuaca yg redup2.. Sungguh syok klu dapat beradu... Hik hik hik... Aku pun sama, konon2 pg td nk bgn sahur tp sebabkan hujan yg  membasahi bumi.. Ku teruskan tdo ku itew... Haha.. jangan bulan pose nnt cam ni gak dah la.. 

Camne ngan weekend u olls? Weekend aku cam biasa je, lepak2 di rumah, melayan karenah anak teruna n siapkan kerja2 terbengkalai.. Sabtu kuar g tesco, beli barang umah n ingat nak carikan keje menan kat Ahnaf sekali. Yola, hadiah besday dia x bg2 lagi.. haha.. Sayang seribu kali sayang, x de yang berkenan..Ada yang berkenan lak dh x de stok.. Nak amik yang diaorg display tu cam x sanggup lak.. Dah tercabut sana sini. So, bagi gantikan keta yg leh duduk..Belikan keta kecik2 tu je.. Haha.. Audi Q7 lg u.. ibu pun x de keta Audi tau...

Ahad lak kuar g pasar beli lauk2 basah lak. Sampai pasar pun dah kul dekat kul 10 pagi, x byk sgt la pilihan lauk pauknyer. Dari pasar, terus g amik Ined amik modul yang konon2nya dah habis last week. Padahal diaorg yang malas cari. Hampeh tul! Geram aku, x psl2 kena g 2 kali. Balik umah, dah terkocoh2 basuh lauk, kemas dapur ckit2 n masak tuk tgh hari.


Ahnaf lak minggu ni byk tuk ragamnya.. ada2 je yang x kena.. Angin kus2 mana ntah datang.. Sampai kadang2 aku lak yg rasa cam nak naik angin. Kat tesco tu melalak dia nak g tempat main, padahal ktorg nak makan dulu.. Nak lepas sorang2 takut weh, dah la ramai org. Last2 terpaksa bergilir makan, & akunyer nasi terpaksa tapau. Dalam keta lak tiba2 dia menjerit marah2.. aslnya susu panas.. Tak pernah lak dia macam tue..memang menguji kesabaran ibu n ayah la.. 


Kat rumah lagi la, Ahad tu dia kuarkan menan2 dia.. bila ada yang x kena, habis kena tendang menan2 tue.. Masa kat pasar asyik nak berdukung je.. Biasanya x mo dukung, nak bebas jalan. Bagi makan x mo, minum x mo.. Kat umah lak, nak kena ada org teman dia main, x ibu, ayah kena teman. Kalau kena angin yg lg teruk. Ayah x mo lgsg, nak ibu je manjang.. Ayah peluk tdo, dia tolaknya tgn ayah..suh ibu je peluk.. Ahnaf.. Ahnaf.. Dah la malam2 ssh giler nak suh tdo, ada je yg x kena, dah ttp lampu pun, leh dia bgn lagi, tny car la. buku la, sume angkut masuk bwh selimut. Pagi2 nak bgn berdukung.. Dah 2,3 hr g umh bbstr nak kena dukung.


Agaknya dia dapat rasa x lama lagi adik dah nk kuar.. Ahnaf sayang, ibu janji x kan abaikan Ahnaf la... Ibu tetap sayang Ahnaf...

Friday, July 23, 2010

~ Alhamdulillah ~

Salam Jumaat semua... Semoga hari Jumaat menjanjikan hari yang indah & tenang yer buat kalian semua... 
Act, aku nak cerita yang aku dah berjaya pose selama sehari semalam.. Poyo giler kan? lantakla, blog aku, so, ikut suka i la nak tulis apa pun.. Betul tak??? Aku just nk cakap yg aku bangga ngan diri aku n baby kat dalam ni sebb leh bertahan.. Semalam tu cubaan ke-3 tau.. Faham2 la klu dah lama x pose kan, sekali pose mmg ler, sebb nya selama ni selagi mata tak tutup, selagi tu la mulut ni nak mengunyah.. Memang selera makan aku bertambah sejak peknen ni. Alhamdulillah lah kan, x kena alahan teruk. 
Cubaan pertama aku sampai kul 11 je.. mmg dah x tahan, abg pun paksa suh makan, cubaan ke-2 lak sampai kul 1 lbh.. mmg dah flat ms tue. Tapi cubaan semalam, sampai ke akhir, walaupun lepas buka pose terbongkang je.. hihi.. Bb pun asyik aktif semalam, dr pg smpi ke ptg.. mrh agaknya ibu x makan.. sorry bb, kita kena berlatih. bln pose dah dekat.. 
Harap2 tahun ni dapat pose penuh, br la dapat wet raya.. Hihihi

Thursday, July 22, 2010

~ Maaf ~

Salam...
Petang semalam seperti biasa, aku layan karenah anak teruna sorang tue.. Sambil2 tu sempat la aku rehat jap. Lagipun semalam tak yah masak coz abg tapaukan aku sup.. Yeye.. i loike.. Hihi.. Dah main sama2 dia, ada la gak gaduh2. Aku marah r dia, sebab dia main lotion. Last2 aku tgk dia wat cam nk jelir lidah tue. Mana dia blaja pun aku tak tau, firsttime tau aku tgk, walaupun tak jelir lidah betul, tp cam ke arah tu r. Aku marah dia lg, dia wat lagi sekali.. Aku dh geram, siap dia tendang2 menan lagi tunjuk protes la kononnya. Aku bangun terus aku jentik2 manja kat bibir dia. Melalak r kejap.. Bila dah tengok air mata dia, adoi.. sedihla plak. Aku tarik dia, terus peluk dia n say sorry. Sambil peluk dia tu aku ckp la ibu x suka Ahnaf wat camtue, tak baik.. Pastu suh dia promise.. Huhuhu.. aku cukup kalah dgn air mata dia... 

Lepas dia dah ok, sambung main lagi, ntah camne, tb2 tgn dia yang tengah pegang keta kecik terkena bibir aku. Perit + sakit + pedih.. Aku cakap r sakit. Yang aku tak sangka, tiba2 Ahnaf sebut perkataan "Maaf".. terharu sangat2.. siap tny "ibu, sakit?" n tiup & cium tempat sakit tue.. Yang tiup & cium tu mmg dia dah biasa.. Tapi bila dia ucap perkataan "Maaf" tu yg aku terharu... Lantak la klu ada org cakp tu perkara biasa, tapi bagi aku, tu pelajaran baru bagi Ahnaf.. i'm proud of you my baby...

Oh ya, dah lama x de gambo Ahnaf kan, padahal blog ni tuk dia.. Hahaha.. ni semua kes ibu malas snap n klu snap pun x transfer dr camera... Nanti la bila dah transfer, aku ku penuhkan entry ku ngan gambo2 anak teruna kesayanganku itew... 
 

Monday, July 19, 2010

~ Azam.. ~

Alhamdulillah, kini, aku dah simpan satu tekad.. Walaupun aku sendiri tak pasti samaada tekad ku ini akan tercapai atau tak. Yang penting aku akan terus berusaha. Akan ku pekakkan telingaku apabila ada suara2 sumbang yang tidak setuju dengan keazamanku. Mulai hari ini, akan ku tuntut segala ilmu demi masa depan dan kebaikan anak2 ku. Ya Allah, kuatkan semangat dan imanku dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Akan ku cuba melunaskan segala kerja dengan sedaya upayaku. Semoga keazaman aku akan berjaya... Amin...

~ Bilalah agaknyer... ~

Bilala agaknya blog aku nk dapat baju baru? hmm.. nasibla blog, tuan mu ini terlalu rajin. Ekeke.. lagipun zaman baca scrip2 html ni dah berlalu.. dah hampir 5 tahun ku tinggalkan coding2 ni.. Hahaha.. tgkla bila2 aku rajin, aku jahit baju baru @ raya yer.. Sama la kita tunggu kerajinan datang... :)

~ Our weekend ~

Salam olls..
Selamat hari senin.. Huhu... Bila hari isnin je, sure sume cam malas2 nak siap2 g keje kan.. yelah, dah 2 hari duk syok tdo je.. ekeke.. Termasuk la yang sedap menaip ni pun. Mmg berat je hati nk berpisah ngan anak kesayangan. Padahal anak kesayangan jumpa bbstr terus lupa ibu kat luar.. sob.. sob.. sob...
Hari sabtu lepas syok sangat2, aku bermadu kasih berdua je ngan Ahnaf di rumahku syurgaku. Abg kuar g ride naik Genting ngan membe2 moto dia. Lama la plak x g Genting. Last g masa Ahnaf dalam perut 5 bulan. Patah pinggang wooo naik genting ngan moto.. Tu pun paksa abg 2,3 kali berhenti before sampai atas. Amik ko, wat lagi keje giler.. sapa suruh? Bila dah sampai bawah, mmg terbaring jela.. Berbalik pada weekend lepas. Lepas je abg kuar, aku sambung join Ahnaf tdo.. haha... biasala, dah namanya weekend kan.. Mula2 layan tv, last2 tv yg layan aku. Ahnaf lak syok giler tdo.. Dekat kul 11 baru dia bangun.. Letih sangat malam tu main sakan kat McD.. 
Dia bangun start la acara kami. Mula2 mandikan dia, bagi dia susu. Pastu time aku nak kemas umah, mula la berebut sama. Tula, time anak tdo, x mo wat... Hehehe. Last2 aku pasang cd Toy Story, mmg feveret dia la.. Berbekalkan susu sebotol, dia layan cd tu. Aman ibu nak wat keje. Hahaha.. Siap kemas umah, masak tuk lunch lak. Dah tgl berdua, simple je la masaknya. Plan awal2 tu ingat nk g Shah Alam amik modul. Tapi Ahnaf lak tb2 selsema, so, aku mintak tolong abg je amikkan. Nasib baik x g, modulnya ada satu je.. Huhu.. Kata dalam yuran termasuk duit modul. Tapi modul x de, klu ada pun, lec x pakai, kena beli buku teks lain.. Huhu.. 
Siap masak, makan sume, aku layan dia main car lak. Terpaksa woo... apa2pun mmg syok giler dapat luangkan masa ngan anak tersayang... walau badan letih tp saat tu mmg x leh diucapkan dengan kata2.. Ahnaf lak puas ibu ajak tdo, x mo layan gak. Kul 5 baru la dia surrender walaupun dah 2,3 kl menguap before tu.. Apalagi, bagai orang mengantuk disorong bantal la.. Ibu join sekali, n rasa2nya la, ibu dulu lena baru Ahnaf.. Hahaha... Ibu kan pantang baring... SELAMAT la jawabnya... Abg balik pun x sedar.

Ahad lak, awal2 abg dah ckp, hari ni duk umah je. Saja nk spend time ngan anak kesayangan. Yang lawaknya, anak kesayangan dia tau merajuk ngan ayah.. Yelah, sabtu tu dah kena tinggal seharian.. Ahad tu kena la bawak naik moto.. Suka giler la Ahnaf.. mmg feveret dia. Sepanjang hari duk layan dia je. Sempat la aku wat nasi ayam menu lunch hari tue.. Hihi.. Cuaca pun x panas sangat n petang lak hujan.. Apalagi, mata ni mmg dah berat la. Alang2 ayah dia ada, aku amik kesempatan tuk tdo baring2 jap. Hihi.. Anyway, weekend yang besh sebb dapat habiskan masa ngan anakku & jugak di rumahku syurgaku... 


Friday, July 16, 2010

~ Check up ~

Alhamdulillah.. masih bernafas di bumi Allah ini.. hari ni aku ada checkup lagi & yang paling x tahannyer hr ni nak kena minum air gula. Selama ni, aku dengar je mimpi2 ngeri org2 yg kena minum, last2 aku pun kena gak akhirnya.. Selama ni terlepas baik punyer.. Ni semua gara2 melantak x hingat la, sampai berat naik mendadak giler.. tu yg terpaksa berhadapan dgn air gula. 
So, pagi td aku TERPAKSA masuk lambat ke opis.. Sebabnya pagi2 nak kena g amik darah dulu. Dari semalam tu pose.. Bb dah kick2 tnd ajak makan.. dah siap amik darah, result 4.9, pastu sampaila saat2 yang dinantikan.. masuk je bilik tu, ada 2 gelas beso, satu air color ungu, satu air masak. Yang air gula tu punya la pekat dia bancuh, dah la ada sorang staff clinic tu tunggu je kat situ tuk monitor aku minum.. Dah dekat setgh gelas nk habis, doc tny pekat ke? aku jawabla pekat, dia amik air masak letak dalm air gula tue.. Huhu.. makin byk la nk kena minum. Mentang2 la dah x de patient, sume staff tu duk kerumun aku.. adoila.. Dalam seribu kepayahan, akhirnya berjaya gak aku habiskan.. Cepat2 aku minum air masak.. Tapi kat tekak still melekat rasa manis tue. Perut lak dah berdendang...
Kul 12.30 aku kena g lagi clinic tuk 2nd amik darah. Alhamdulillah, kali ni 4.4. So, aku harap lepas ni x de dah kena ulang minum lagi.. Huhu...

Kesimpulannya, aku nak kena control makan.. Lepas ni x mo naik byk2 dah.. Huhu.. ni la kenaikan berat aku :-
before pregnant - 47 kg
2 bulan - 49 kg
3 bulan - 50.5 kg
4 bulan - 52 kg
5 bulan - 55 kg
6 bulan - 56.5 kg..
total kenaikan setakat ni = 9.5 kg.. huhu



~ Award ~

Wah.. sukernyer saya, dapat award dari Shima, mekacih byk2 yer.. hihi

 
1. Anda mesti memberi pujian pada pemberi award..
    Shima ni act aku kenal dr HA, br je semalam jumpa dia.. hihi.. memang comel je orgnya

2. Sila beri award pada 10 blogger lain
     - K.faridah
     - k.eyna
     - k.ieda
     - k.muni
     - k.t
     - intan
     - Ct
     - nae
     - k.ayu
     - dylla


3. Anda mesti beritahu kepada 10 blogger ini
    - insyaAllah

4. Bagaimana anda boleh digelar blogger yang besh dan great?

    - ntahla... terpulang kepada penilai masing2. Tujuan ku berblog sekadar sebagai diari di alam maya...




 

~ Ceritera adik Ahnaf - Episod 2 ~

Salam...

Alhamdulillah, untuk kandungan kali ke-3 ni aku tak berapa alami morning sickness. Kandungan kali ke-2 yang paling teruk aku lalui, dengan muntah, sakit kepala, letih yang amat. Tapi dalam pada tu aku sempat gak, g mandi sungai, dan paling aku kesal, kira2 sewaktu kandungan ku berusia 3-4 minggu, aku terpaksa kerah tenaga angkut barang2 stok. Kalau la aku tau waktu tu aku dah mengandung, memang aku elak. Tapi apakan dayaku... 

Okla.. aku totally miscarriage december 2009. Tak wat d&c coz doc cakap x payah... alhamdulillah, aku pun mmg x nak kena d&c.. tatottttt... january, period aku cam biasa.. walaupun awal2 tu aku sakit ckit.. Oh ya, masa aku miscarriage aku ada makan pil haruan. Memang ada org syorkan jamu, tapi aku tak makan pun, sbb aku mmg x leh telan jamu2 ni.. x lepas tekak la... masuk february, aku tertunggu-tunggu period, x dtg2 jugak, aku anggap biasaje sebb ada org cakp klu miscarriage, peod gelong ckit.. aku way cam biasa jela.. Tapi bila dah masuk mac pun aku still x peod. Abg suh wat upt.. mula2 aku x mo coz aku x yakin pun.. tp abg ckp klu btl2 ada, leh jg dr awal.. So, aku beli la upt n wat. Alhamdulillah.. terang 2 line tue.. Lepas tu br aku sedar yg Tuhan amik yg dulu tuk gantikan dengan yang baru.. Kalau yg 2nd dulu perasaan aku cam was2, x bersedia. Now, aku dah sedia, aku terima rezeki Tuhan. Betul kata org, setiap anak ada rezeki masing2.. 

Walaupun sesusah mana pun kehidupan kami, yang pastinya kami tak kan biarkan anak-anak kami kebuluran... & Buat Ahnaf, walaupun nanti ada adik, ibu & ayah tetap sayangkan Ahnaf...



Thursday, July 15, 2010

~ Kerja... kerja... kerja... ~

Bila dah terlampau banyak keje, kita sendiri tak tau yang mana perlu diselesaikan dahulu. Yang sedia ada belum habis ditunaikan, datang lagi sebeban yang baru. Tak seperti tahun2 sudah, lepas submit document for audit tax.. Aku leh tarik nafas lega. Tahun ni, makin bertambah lak kerja, dengan mana nk kena train staff tuk ganti tempat aku nanti lagi. Huhu.. Walaupun due aku Oct ni, tapi dari sekarang dah kena train. Yelah, kerja aku semuanya melibatkan system, klu salah wat, habis la... Tak pasal2 nanti bila aku naik keje, bertimbun-timbun atas meja aku. Yang paling kesiannya, anak teruna aku la. Balik umah, memang tak sempat duduk, masak tuk makan malam. Tu pun, kalau larat, kalau dapat kelepasan dari abang, aku mandi, and golek2 ngan Ahnaf. Kadang2 tu siap terlelap lagi. Memang senang giler aku nk terlelap sekarang ni. Lepas Isya, memang aku ajak Ahnaf main2 dalam bilik. Sebb tu kadang2 Ahnaf kemana, aku kemana. Sedar2 dia dah tertido sebelah aku. Huhu.. Kesian dia, dah la siang sepanjang hari duk umah org, malam lak, aku tak de masa tuk dia... Sory ye my dear...


Tuesday, July 13, 2010

~ Ceritera Adik Ahnaf - Episod 1 ~

Salam olls...

Kali ni aku nak bercerita pasal adik Ahnaf lak.. selama ni duk cite sal abang Ahnaf je kan.. hihi.. Act, ni 1st entry berkaitan adik Ahnaf. 

Sebenarnya, aku tak sedar pun diriku sudah pun berbadan dua. Yelah, aku kan baru je keguguran December lepas. Doc pun pesan suh rest dalam 6 bulan dulu before conceive balik. Aku pun just biarkan je la. Tapi alhamdulillah, Allah bagi pengganti setelah Dia amik bb aku dulu dalam masa yang singkat. Syukur sangat2 padaMu Ya Allah. First check up bila doc scan, aku dah 8 minggu, dat means, dah 2 bulan janin ada dalam rahimku. Alhamdulillah, firsttime scan, dah nampak heartbeat..

Perasaan aku pada masa tu memang bercampur baur, takut, gembira, gundah gulana, gelisah, sume ada. Yang paling aku takut kejadian yang lepas berulang kembali. Aku mintak ubat tuk kuatkan rahim walaupun doc cakap x perlu sebb bb dah 8 minggu. Tapi aku berkeras sebab aku takut dengan keadaan diri aku. Sebb gap masa rahim aku kosong sebulan je.. so, aku takut apa2 berlaku, aku akan menyesal... Macam yang lepas, aku akui kesilapan aku, terlalu aktif pada awal kehamilan...

Alhamdulillah,  sampai ke saat ini, bayiku membesar dengan sempurna. Syukur padaMu, semoga Kau terus kurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik pada hambaMu ini
Semoga kalian juga mendoakan keselamatan kami yer.. Amin...


Monday, July 12, 2010

~ Apsal lak ni ? ~

Apsal lak tiba2 blog aku jadi camni? huhu.. poning.. poning.. kenapa lak leh hilang background.. malasnya nk cari2 lagi.. padahal aku x edit apa2 pun.. ni yg geram ni.. grrrr.....

~ Happy 2nd Birthday My Dear Ahnaf~

Salam olls...
Alhamdulillah, 5 July 2010 genapla umur anakandaku, Ahnaf 2 tahun. Cepatnyer masa berlalu. Sedar tak sedar ah 2 tahun rupanya aku bergelar ibu. Pelbagai dugaan yang telah aku lalui sepanjang bergelar ibu. Semoga aku akan terus tabah dan sabar dalam menghadapi segala dugaan yang mendatang dalam mendidik amanah yang diberi olehNya ini. 
Sempena birthday Ahnaf yang ke-2 ni, aku just celebrate wit family PIL je. Tak larat la nk organize cam last year. Just wat makan2 ngan makcik2 abg je.. Sempatla aku wat cheese cake sebiji ngan triffles 1 bekas. Juadah lain, beli buah, goreng mee n kuih yg maktok tempah. Terima kasih byk2 kat K.rona yg tolong gorengkan mee.. Hihi.. aku tukang potong2 je.. Bagi yg lebih pro menggoreng. 
Tapi yg spoilnya, besday boy lak x sihat.. Malam tu dah start panas, pagi lak ok, tp on da way balik umah PIL, dh muntah2 dalam keta. Berbogel je la dalam keta.. Nak cancel, kek sume dah wat, so terpaksa teruskan juga walaupun dalam keadaan besday boy x de mood.. Huhu.. Dalam keadaan demam tu tetap ligat. Tak duk diam jugak. Ahnaf.. Ahnaf...

Meh kita check Ahnaf nyer milestones lak yer selama 2 tahun bernafas di bumi Allah ni :-

* Dah tau count saTu, duA, tiGA ..... ( sambung kat belakang daa.., ok la tu kan, slow2..)

* english lak, bila kita sebut one, dia sebut two, sebut three, dia sebut four pastu x tau dah.. english x leh sambung2 coz satu suku kata je.. i'm proud of you Ahnaf..

* pantang tgk buku, kartun, cd barney, laju je sebut barnneyyyy... sgt suka dgn CD Toy Story. antara koleksi CD terbaru Toy Story 3.. 

* sangat suka menconteng tangan & kaki. walaupun dah bg kertas.. terlebih kreatif la plak anakku ini..
* dah leh create ayat pendek2.. 

* sejak akhir2 ni 'rajin' sangat merajuk.. nak2 ngan ibu.. pantang ibu tgg sore ckit, sememeh terus...

* klu bab2 tolong wat kerja umah, dah leh harap ckit2, tlg angkat baju, kemas menan, buang sampah...

* pagi2 before g umah bbstr, mesti dia sambar satu menan, samaada keta, belon @ mr.potato head, kena mood baik, dah siap pakai bj, bedak n sikat rambut, amik beg baju, salam ayah n pakai kasut.. menonong je pegi umh bbstr, sambil ketuk pintu n bg salam... klu mood KO, berdukung la jawabnyer.. huhu

* malam2 dah x bgn mintak susu.. yela, tdo pun dah kul 12, ibu dulu yg belayar, dia duk main2 lg atas katil.. 

* cukup suka gosok gigi, klu 4 kali mandi, 4 kali la gosok gigi... cuma x tau kumur je lagi, yg dia tau, bila suh bsuh mulut, ditelannya air tue, terpaksa pakai air masak tuk bsh mulut

* dah kenal bus, lorry, car, motor, train... klu dalam keta, mulut x berhenti cakap, biasanya car la...

* dah suka duk belakang sorang2, samaada baring @ berdiri...

Buat anak ibu,
Selamat Hari Lahir Yang ke-2 sayang... Semoga Ahnaf akan terus membesar menjadi anak yg soleh dan menjadi muslim yang sejati. Ibu doakan semoga Ahnaf sentiasa berada di bawah lindungan dan sentiasa dirahmati olehNya.. Ibu dan ayah akan terus menyayangi Ahnaf seumur hidup kami. Kami akan berusaha menjadi ibu bapa terbaik buatmu sayang. Semoga panjang umur & murah rezeki... We luv you AHNAF....

~ special for besday boy ~
 
 

Friday, July 2, 2010

~ Sweet Cute Baby Smile Contest ~

Salam, today tetiba lak teringin nk mencuba nasib dalam contest " Sweet Cute Baby Smile Contest" anjuran Intankuterpilih & Baby Ku Cute Collection . Contest ni sempena pelancaran blogshop Baby Ku Cute Collection.   

Create your own banner at mybannermaker.com!


Create your own banner at mybannermaker.com!

Ku dah pun usha blogshop tue.. banyak baju2 yang comel.. Nanti ada rezeki, leh la aku pun sopping kat sana tuk si comel ku itew.. Okla, untuk contest ni aku pertaruhkan gambar anakanda ku ini.. jeng.. jeng.. jeng...
 
 
NAMA SI MANJA : AHNAF
UMUR SI MANJA : 2 TAHUN
NAMA IBU SI MANJA : AIN

Gambar di ambil pada hari selasa lepas, sewaktu Ahnaf dibuli menolong ibu melipat kain. Mekacih yer sayang.. Dari senyumanmu terpancar keikhlasan dalam membantu ibu mu ini.. terharu..  ;)
 
Okla, pada sapa2 yang berhajat nak join contest ni jugak, jangan lupa layari blog Intankuterpilih & Baby Ku Cute Collection yer.. tak rugi pun malah berbaloi-baloi, sambil join contest sambil cuci mata.. hihi

Oh ya, lupa lak nak bgtau syarat-syaratnyer : ( Copy Paste from Puan Penganjur yer )

1) terbuka kepada semua blogger  - DONE

2) buat satu entry bertajuk "Sweet Cute Baby Smile Contest". tajuk lain tak diterima okeh... - DONE

3) letakkan kedua-dua banner di atas pada entry korang tu.dan letakkan juga kedua banner di atas pada sidebar korang sepanjang contest nie berlangsung. - DONE

4) add blog intankuterpilih dan Baby Ku Cute Collections di dalam bloglist/blogroll korang dan wajib menjadi follower bagi kedua-dua blog nie... - DONE

5) upload sekeping gambar simanja... tak kesahla gambar anak ker, anak sedara ker, adek ker... boleh hantar banyak kali untuk seorang blogger, tapi bukan simanja yang sama.dan sekeping gambar untuk satu entry. - DONE

6) make sure gambar tu menunjukkan si manja tengah tersenyum memandang kamera...diulang yea, tersenyum memandang kamera...taknak pandang lain selain kamera...gambar tidak boleh di edit dan bukan gambar studio. - DONE

7) simanja hendaklah berusia 0 hingga 3 tahun. - DONE

8) di bawah gambar tersebut hendaklah disertakan NAMA SI MANJA, UMUR SI MANJA dan NAMA IBU. - DONE

9) pada entry tersebut, jangan lupa mention sekali blog intankuterpilih dan tolong promote Baby Ku Cute Collections beserta  link back sekali key... hehehe... DONE

10) bila dah confirm complete semua syarat di atas, sila tinggalkan link korang di ruangan komen entry nie... -DONE

senang kan syarat-syaratnya..??ala macam biasa gak yang korang selalu join contest tu...
2 orang pemenang sahaja akan dipilih, seorang dari kategori boboy, dan seorang dari kategori gegerl...
hadiah adalah berupa duit raya untuk si manja bernilai RM50 setiap seorang... 

aku akan lantik 2 orang juri profesional untuk mengadili contest nie...dan juri tersebut bukan dari kalangan blogger.

tarikh tutup pada 31 Julai 2010. 
dan pemenang akan diumumkan seminggu selepas tarikh tutup.


~ Thanx Ahnaf ~

Salam Jumaat sekalian..
Hari ni aku free ckit coz dah settle submit tender n audit tax.. Lega la ckit.. baru leh bernafas.. Kalau tak, x de masa aku nak mengarang dalam blog kesayangan ni.. Oh ya, aku masih belum berkesempatan nak cerita pasal adik Ahnaf, tengok lah nanti bila aku ada masa yer.. Tu pun kalau vitamin M aku dah kurang. Lagi satu, sekarang ni, aku dah x leh duk lama2 atas kusi.. Senak rasa perut.. 

Oh, ya, back to da topic.. Kelmarin, aku sempat la jenguk bilik kain.. Mak oi, sebeban kain yg lum lipat. Selama ni asyik basuh je, bila dah angkat terus masukkan dalam bilik kain. Tak leh jadi ni. Baju dalam almari pun dah kosong.. Balik keje, terus aku kerjakan kain. Nak lipat dalam bilik macam boring, so, aku pun nak bawak kuar la coz nak lipat depan tv. Kain tu kan byk, nak angkat dgn bakul tak larat. Nasib baik ada pembantu kecil yg sentiasa sudi menolong ibu.. Thanx Ahnaf.. Semoga Ahnaf sentiasa rajin menolong ibu yer... Luv u cayang..




~ Sports Club Family Day ~

Salam olls...
Act, n3 ni dah lama dalam draft..disebabkan malas sangat nk edit gambo tu yang asyik terperam je.. hihi.. 


Back to the topic.. Family day ni berlaku pada 12 & 13 June lepas. Kalau ikutkan badan yg letih coz br balik dr Terengganu minggu sebelum tue, mmg tak sanggup, tp bila fikirkan Ahnaf, kesian lak dia. So, teruskan jugak la program. Sepatutnya ktorg bertolak kul 7.30 am coz budget sampai sana around 10 am. Biasala, ada anak kecik ni, dah siap awal2 pun, nk kena makesure gak sume keperluan dia ada. Kang naya x tentu pasal. Pung pang pung pang, kul 8.30 am br ktorg kuar umah. 

Alhamdulillah, jalan clear je.. Ktorg sampai sana dalam kul 11 am. Okla kan, x de la lari sangat dr jadual. Lepas reg kat kaunter HSBC and amik tiket masuk. Kitaorg lepak kat restaurant dulu, coz nak tgg lunch, br masuk air..  Ahnaf yg awal2 dah tukar swimming suit mmg tak duk diam la lepas tgk org lain main air.. Hihi..
~ muka budak tak sabo nak masuk air ~


After lunch, br ktorg masuk air.. orang punya la ramai. Dah la cuaca terik giler2.. Tempat duduk pun main tumpang2 je.. Aku memang serah kat abg je tuk control Ahnaf, tak larat weh nak control dia. Nak2 masa dalam air. Dia lak ada hati nk g tempat dalam, dengan ombak lagi, kang ngan aku2 yang hanyut.. Hihi.. Dah la aku tak pandai swimming.. :( .. Memang excited giler Ahnaf. Kitaorg lepak kat satu tempat je. Malas nak jelajah kat menan2 lain. Sayangnya, aku lupa nk bawak beli sunblock, ingatkan ok la kan, x macam g pantai, rupanya2 huhu.. habis ktorg terbako... Ahnaf lak merah2 muka n tangan dia.. huhu.. Sory sayang.. so, sapa2 nak g sana, sila bawa sunblock yer.. Coz kat sana mmg panas giler.
~ budak yang tak tau erti penat.. ~


Kitaorg lepak dalam air ada la dalam 3 jam, kul 3 terus ke Carribean Bay Suite tuk check-in. Lagipun dah penat giler kan. Travel from KL, main air lagi, mmg mata ni dah ngantuk giler2. Ahnaf mmg dah layan tdo, masuk keta tak sampai 5 minit pun dari themepark ke hotel tue, dia leh terlelap lak. Letih sangat-sangat la tue. Sampaikan aku terpaksa duk sila atas lantai riba dia yg ketiduran.. Hahaha.. Yang herannya, masuk bilik, terus segar, siap explore lagi dalam bilik tue. Ibu n ayah dah x larat, paksa gak dia tdo coz nnt nak siap2 tuk g dinner lak. Kang ada budak yg menjerit dalam hall tu nanti..
~ nila rupa bilik kami tdo.. okla, setakat semalam je kan.. lgpun ktorg dapat bilik yg menghadap jalan, kat depan bilik ktorg jalan masuk ke animal farm, pastu ada kereta kuda lg.. ~


Petang tu bangun tuk siap2 g dinner. Nasib baik mood Ahnaf ok je sepanjang dinner tu, diumpan lak ngan goodies bag yg penuh ngan menan.. Mc malam tu Dee jangan ketawa tue.. Ada performance from Dina, meletoopp... tp x de nak amik gambo, coz malas nk g depan pentas.. hahaha.. Kitaorg duk sibuk makan je. Duk sana 2 hr penuh aktiviti makan je..  ada lucky draw tp x bernasib baik. Dalam kul 11 kitaorg blah, org pun dah ramai balik. Majlis pun dah sampai ke penghujung, kesian ibu Ahnaf asyik menguap je. Oh ya, lupa lak, tema malam tu Fantasies of Night. So, ada la gak yg pakai ikut tema. Ada witch, angel, princess, firaun, shrek, dracula, naruto n macam2 la. Tapi aku berkenan satu couple tu pakai costume Shrek n wife dia, Shrek tu siap ngan perut gendut lagi. Memang berbaloi la dorang pakai camtue, sebb menang best dress for the night.


Masuk bilik masing2 pengsan sampai pagi. Lepas subuh sambung balik. Sedar2 dah kul 8 lebih. Kelam kabut mandi n bersiap coz nak g breakfirst. Breakfirst sampai kul 9 je.. Nasib baik dia dah asingkan. Rupa2nya ramai lg yg lambat dr ktorg.. Hahaha.. Pagi tu ada indoor games tuk adult n kids. tapi kitaorg x join, sebb mata berat lagi. Lepas break1st msk bilik tdo balik.. Hahaha.. Check out kul 12. Tapi kalau dah ada budak yang bernama Ahnaf, x de maknanya nak tdo.. Kita pejam mata, dia sibuk gerak balik. Dah bagi pensel n kertas pun x layan, habis cadar dia conteng. 
~ tengokla dia duk kaco ayah tdo ~


Before check out, ktorg tunggu k.Munira & family kat lobby.. Wah.rayyan sungguh pemalu dat day. Geram je tgk dia, sengih je memanjang. Rayyan.. rayyan... 


Lepas lunch, masing2 bertolak balik ke KL. On da way tu, ayah sempat lagi berhenti makan durian. Aku awal2 dah warning, nak beli, letak bonet n jgn bukak air-cond. Tak tahan bau dia. Pening. Last2 dia makan kat situ gak. Tak habis makan, letak dalam tupperware. Tapi tetap kena letak kat bonet yer. Hahaha.. Aku n Ahnaf sementara tunggu abg layan doyan, kitaorg layan snap pic tepi jalan.. ekekke

 
Berakhirnya la episod family day 2010. Walaupun penat tp syok giler.. Bila anak seronok, kita pun turut seronok kan.. Sampai KL tak terus balik umah, tp g Melawati lak, sebb tiba2 tekak ni teringin nak makan nasi arab.. Hihi..