Dah lama kutinggalkan blog kesayangan yg menyimpan segala suka dan dukaku ini.. Bukan tak sayang, tetapi masa tidak mengizinkan ku untuk meninggalkan sesuatu di dalam blog ini. So, sementara ada sedikit masa ni, aku ingin meninggalkan sesuatu buat kalian yg sudi membaca blog ku ini... Hari ini merupakan hari ke-43 aku berpantang, barula ada sedikit kesempatan untuk menceritakan kisah kelahiran putera ke-2 yg ku namakan AJWAD...
08 Nov 2010 :
Sejak malam kelmarin lagi aku dah start sakit. Tapi light2 jela. Sepjg minggu memang aku asyik sakit belakang je. Memandangkan due date aku ada lg 2 minggu, aku tak amik kisah sangat la. Aku berusaha siapkan segala kerja yg harus aku tinggalkan. Boss aku tu kan cerewet nak mampos. Tu pun, aku nak start cuti 15 nov dia ckp awal lg. Huhu...
Pagi Jumaat aku tetap g keje memandangkan banyak lagi kerja nak disiapkan. Abang dh ckp just amik mc je. Sampai2 opis lak, boss aku ajak g Kompleks Kerajaan Jalan Duta, settle saman psl slh ptg tax.. Huhu... Aku nak je ckp aku dh sakit, tp kang dia cakap apa lak. Aku pun agree jela. Dahla keje kat opis melambak lg. Yang aku tambah malas nk g, dia siap suh aku mengaku aku yg slh kira, padahal ptg2 tax tu x de kena mengena lgsg ngan aku.
Dahla x de parking, terpaksa menapak jauh, sakit makin kerap. Tp bila jalan, dia hilang, so, aku anggap dia acah2 jela. Tambah bengang bila x leh nak byr terus, yela, dh kes mahkamah, mn leh settle camtu je. Aku dah ckp awal2 coz before tu aku pernah tny pegawai yg bertugas.. Boss aku ni degil nak mampos... Huhu..
Sia2 jela menapak jauh2.. Last2 tetap kena naik mahkamah gak.. Balik opis, aku siapkan keje. Ingat nak stay la petang tu.. Tp x jd, coz tb2 rombongan saman MPPJ datang lak. Nak trn msk coin je mls la plak nak naik blk. Huhu.. so, nak tak nak, sempat kemas ckit2 je brg2 atas meja aku tue.
Sampai umah tb2 rs sakit makin bertambah lak. Aku msj abg ckp x lrt nk msk.. Lepas maghrib, abg sampai umah, aku ckp sakit sgt, cam nak beranak. Terus abg cal bbsitter Ahnaf coz nak tumpangkan Ahnaf jap. Petang tu sempat aku kemas apa yg patut coz nnt kuar dari hospital terus pantang kat umah abg aku. Nasib baik beg aku n bb yg nak bwk g hospital mmg dah stanby dlm keta..
Abang ajak g terus, tp aku nak tunggu Isyak dulu. Lepas je solat Isyak, kitaorg terus g hospital. Sedih giler masa nak hantar Ahnaf g umah bbsitter dia.. :( Abg ajak g hosp sg.buloh je sebb dekat. Tp aku tetap nk g HKL gak..
8.40 malam - kitaorg bertolak ke HKL, nasib baik jalan x jem.. Masa dalam keta aku dah stanby pegang plastik sebb bila time sakit, rasa nak muntah..
9.10 malam - sampai HKL.. abg drop aku kat pintu depan Hospital bersalin. Masa tu tb2 aku jd blur, guard tu tny " Nak bersalin ke? " Aku jawab la " Aaah..." Pastu aku duduk je kat tempat duduk depan tue. Sampaikan guard tu datang blk kat aku, ajak aku g kat tempat checkup.. Masa tu aku still lg blur2.. Huhu... Sampai sana, nurse check buku checkup aku n suh tunggu doc.
Masa tu ada doc cni laki sorang. Aku dah cuak, klu blh, x mo la doc laki check. Tak lama pastu, br ada doc perempuan masuk. Syukur Alhamdulillah... Tapi bengang gak la.. Dalam masa dia check aku tu, sempat lg dia bersms.. Huhu.. dah la aku tgh menahan sakit... Seluk punya seluk, dah 3cm, ntah btl ke x, wallahualam coz doc tu pun cam x sure sgt. Tp yg pastinyer, aku kena msk ward dulu la..
10.30 malam - aku naik wheel chair ke ward. Sedih lak, ingatkan Ahnaf. Abang ckp Ahnaf tdo umah bbster dia je malam ni, coz dah lambt nak amik. Sampai kat ward, tukar baju sume, abg balik umah. Kesian tgk dia. Yela, br je blk keje, x sempat nak rest n makan, trs berkejar kat ward. Lgpun doc x sure bila aku bersalin.
Masa dalam ward, nurse ckp nk wat ctg bb 20 minit je. Last2 dekat sejam br dia cabut. Aku cuak gak coz lepas sorang2 check graf pastu muka berkerut. Masa tu mmg aku dah x leh baring terlentang. Dah la aku dgr OT.. huhu.. Last2 aku tny kenapa, diaorg ckp jantung bb x stabil, kejap naik, kejap turun, lg la aku cuak. Nasib baik ada sorang tu cakap, maybe dah nak bersalin.
Sakit jangan ckp la, plastik sentiasa di tgn aku. Dtg je sakit, mesti nak termuntah. Padahal x de apa2 pun.. Huhu... Plg aku cuak, tiap kl sakit, rs mcm terkencing.
11.15 malam - dtg nurse, dia ckp klu makin sakit, gtau. Aku pun ckp la mmg makin sakit n rs mcm aku terkencing. Dia pun suh masuk bilik rawatan. ngan kain dah basah..Huhu.. Nasib baik dekat je bilik tu ngan bed aku.
Seluk lagi.. dia ckp dah 6cm, panggil doc tuk confirmkan, doc trs suh g LR. Kuar bilik rawatan terus naik katil untuk ke LR. Brg2 kat bed aku pun nurse yg amikkan. Masa atas katil tu lagi byk air kuar. Sementara tunggu ditolak ke LR, sempat la aku cal abg suh dtg. Diaorg ckp tu bknn air kencing, tp air ketuban aku dah pecah.. Mana la aku tau. Biasa aku bc, siap ada bunyi pop la.. Tp aku ni, dia kuar ms tiap kl contraction. Kain aku mmg dah basah hbs. Paling byk kuar, dalam lif.. lencun giler kain yg aku pakai..
11.30 malam - masuk LR. dah la bilik paling hujung, sejuk giler lak tue.. Ada la sister datang prepare brg2. Masa tu aku mmg x thn dah. Rasa nak meneran time tu jgk. Tp sister tu thn. Kan rabak lak dia ckp. huhu... Doc masuk check, dia ckp br 6, aku berdoa byk2 supaya percepatkan bukaan. Minyak selusuh lak dalam ward.. Mmg terlupa giler..
Nasib baik abg sempat msk LR. Masa aku sakit giler2 tula doc nak cr line tuk msk drip. Byk kl gak la aku suh dia stop.. Sorry doc.. Lepas drip, makin sakit.. Sister tu ckp dia x gunting.. Bila aku ckp dh x thn n rs nk meneran, dia suh teran.
Mula2 tu 2 org je. Doc belah kiri, sister belah kanan. Abg lak kat kepala aku. Sedaya upaya gakla aku push... Kepala bb still in out.. Datang sorang lg sister, ditekan2nyer perut aku, dia tolak kebawah.. Tepat kul 12.32 pagi, 9 Nov 2010, dgr la bb nangis.. Lega giler2.. Time dia letak atas dada.. SUbhanallah.. Tak terkata apa..
Ajwad kuar2 je nangis, tak cam Ahnaf, dia kuar bersin.. Hihi.. Lepas abg azan, sister bwk bb kuar.. Time tuk kerjakan aku lak. Lepas je uri kuar, aku kena jahit, sebb terkoyak.. Dalam 3 lapisan la. Kali ni aku dapt dua bius, satu inject kat bawah, satu lg sedut gas, tp cam x de gas je.. Huh..
Siap sume, dorang bwkkan Ajwad tu breastfeed. Lama gakla kitaorg duk dalam LR tu, dah la sejuk giler. Kul 3 br dorang bwk g ward. Abg tgg kat luar. Tq so much cayang!!!! Bila aku dah siap msk ward br abg blk. Dah la bed belakang lak.
Bila hbs je bius, Ya Ampun, sakit giler... Duduk serba x kena, tp nasib baik Ajwad tdo je.. x bgn nyusu lgsg. Leh la aku rest... Esoknyer mmg aku duk static je. Sampaikan kena makan ubat thn sakit.
Apapun, Alhamdulillah, semalam je aku duk hospital. Aku discharged petang sabtu, tupun sebb Ajwad lmbt berak n kencing. Masa nk blk, siap doc bekalkan ponstan.. Sakit koyak lg sakit dr digunting. Kalau tau dr awal, aku lebih rela digunting..
Begitula kisah kelahiran putera ke-2ku....