[go: up one dir, main page]

click! click! click!

Tuesday, June 30, 2009

~ Marble Chocolate Cheese Brownies ~

resepi ni ain copy paste dr FP kak rinnchan je.. mintak halal yer..
sapa2 nk try, gud luck.. mmg x mengecewakan tau.. cedap sesangat...

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


~ Hobi terbaru ~

Salam ols... lamanyer x jenguk cni.. huhu.. Bizi yang teramat.. alhamdulillah... semuanya dah settle.. Account pun dah siap.. leh la rilex2 ckit.. tapi x jugak sebenarnya.. lagi 2 minggu, aku akan masuk sekolah balik.. last week aku dapat result sem lepas.. alhamdulillah, aku bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana memberi aku rezeki untuk meneruskan pengajian ku.. Last week kira merupakan minggu yang meletihkan jugak la..Last week jugak, aku attend 2 interview. Tapi yang sedihnyer dua2 temporary post... nak wat camne, tak de rezeki lagi la..

Oh ya, aku nak kongsi hobi terbaru aku. Akhir-akhir ni kan, aku suka sangat browse website, FP and blog2 masakan.. Macam-macam resepi aku dah print, tunggu nak try je.. hahaa. Nak wat camne, dulu aku mana la suka masuk dapur.. upppss... bukan tak suka, cuma tak berkesempatan. yelah, dari form 1 sampai form 5 aku duk hostel, g makan je kat dewan makan. Balik umah lak, biasala, budak duk hostel mestila nak cover tdo la kononnyer.. time kolej lak masa duk umah sewa, klu time rajin, kitaorg masak la sama2, tp time malas, makan je kat kedai depan umah.. hihi. aku lak jenis klu masuk dapo, tak suka org lain ada. Kalau ada org lain kat dapo, otomatik aku malas, tp klu aku sorang je, rajin la aku nak wat eksperimen @ cipta2 resepi. Bila dah kahwin ni la, baru aku sibuk2 nak cari resepi n belaja masak.. Act, klu lauk pauk tu dah banyak aku try.

Tapi kali ni aku nk cerita pasal aku try wat Marble Chocolate Cheese Brownies. Act, projek ni dah 2 minggu berlalu. Dah lama duk meleleh air liur tgk kat FP k.meen. Bila dah duk terliur je, aku cakapla kat hubby ku yang aku nak order ngan k.meen. Hubby ku lak cakp, y not aku je try wat. Ha? aku pun terkejut. Erm.. mmg dah lama aku tak wat kek sejak kes kek coklat hr tue.. Bukan apa, klu hr cuti Ahnaf mmg ssh nak tdo, masa bl la aku nak buat cake. Time dia tdo, aku nak kena wat keje lain. Tapi memandangkan hubby ku dah cabar aku. Malam tu g tesco, aku beli la cream cheese n buttercup. Semangat berkobar-kobar ni. Hr sabtu tu pun aku mulakan misi aku. Lunch kitaorg hr tu spagetti bolognese je, hubby ku yang masak. Dengan tak de mixernyer, nak tergelak pun ada, nasib baik x de pukul2, just cream cheese je kena pukul sampai kembang. Pakai tangan jela jawabnye. Resepi ni senang giler rupanya. kejap je dah masak, lgpun tak yah timbang2, sukat pakai gelas je. Mmg sesuai la ngan aku yang 'M' ni.. Memang syok la wat brownies ni. Kebetulan hr tu owner umah datang, langkah kanan la dia. Mula2 kau takut gak nak hidang, yela, dah la first time try, aku pun dah rasa la camne. Masak je brownies tu, diaorg sampai, mmg tak sempat sejuk, masa potong pun melekat lg sebab tak sejuk lagi. Nasib baik diaorg cakap sedap.. kembang semangkuk aku.. ekekeke..
'
'
'
taaaaadaaaaaaaa!!!!!!!!

~ Ni la cubaan pertama ku, sedikit messy kan.. halalkan je.. ~


Project ke - 2

Last week, aku baru dapat resepi kek coklat kukus yang best sesangat.. So, aku pun mulakan misi aku lagi. Kali ni pun resepi yang senang.. Pssstttt: sebab senang la aku cuba. ekeke.. Tetap tak de adegan pukul-memukul ye.. Semua campak2 pastu kacau and then, kukus sampai masak. Rasa dia not bad, lembap lagi.. Aku cukup hantu klu bab coklat2 ni.. Hubby ku kurang ckit, dia lg suka kek carrot.. Disebabkan aku pun bukan makan byk mana, aku suka buat je.. aku bagi la kat bbsttr Ahnaf ckit..


~ Ni hasil kek coklat tu.. Bahagian ni je yg tgl kat umah.. ~





Monday, June 22, 2009

~ Hepi Father's Day ~

Dalam kesibukan aku lalui ini, aku nak ucapkan kat semua bapa2 seluruh dunia.. Selamat Hari Bapa... semoga kalian dapat menjadi tonggak keluarga dan membina keluarga yang bahagia.. Teristimewa aku ingin ucapkan ucapan keramat ini pada Bapaku yang tercinta, bapa mertuaku dan ayah pada anakku, my hubby.. Kalian merupakan insan teristimewa dalam hidupku. Segala jasa kalian, tak terbalas olehku.

Ayah..
Adik sayang ayah sangat-sangat. Walaupun selama ni adik tak tunjuk sangat tapi hakikatnya, adik sayangkan ayah. Segala jasa ayah bersusah payah demi keluarga akan adik ingat sehingga akhir hayat. Semoga ayah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Walaupun aku anak bongsu tapi aku tak manja sangat ngan ayah. Waktu kecik-kecik manja la tp bila dah besar ni tak la sangat. Nak-nak, sejak form 1 aku duk hostel sampaila ke IPT. Sambung lak aku keje, duk sendiri and now, aku dah kahwin. Lagi satu, aku dulu, sekolah kat kampung tau. Sebabnya, ada budak kelas aku ngorat aku time aku darjah 3. Hahahaha, lawak kan? Ntahla, time tu aku takut sangat, sebab kakak dia darjah 6 pun tau.. Mak dia pun selalu tegur aku, bagi makanan kat aku. Aku terus suh mak aku tukar sekolah kat kg. Duk ngan nenek and makcik aku.

Ayah mertuaku..
Terima kasih kerana membesarkan insan yang kini bergelar suamiku. Segala jasa papa dalam usaha menyatukan kami, tidak akan kami lupa...

Sayang...
Semoga sayang dapat menjadi bapa yang baik kepada zuriat2 kita. I love U so much. Kesabaran dan ketabahan sayang dalam menjalani dugaan dan melayani karenah Ahnaf cukup cayang kagumi.




Friday, June 12, 2009

~ Gelagat anakku ~

Jom layan gelagat2 Ahnaf.. hihi..











~ Bibir pecah ~

Semalam, aku n Ahnaf follow husband ku bermain badminton di Sime Darby Covention Center. Every week husbandku yang join Sport Club kat bank dia akan practise main. So, semalam, ktorg pun pergila satu family.. Lagipun saja nak bawak anak aku tu keluar.. Kesian dia.. Punya la suka dia.. sebab ada ruang yang luas untuk dia jelajah. Mula2 sampai malu2 la, bila dah semua gang2 hubby duk usik dia, ajak dia main, habis terus malu. Dari satu court ke satu court dia jelajah. Ahnaf.. Ahnaf.. Dah la dalam stadium tu panas. Lencun baju dia dek peluh. Orang lain yang main, org lain yang berpeluh. Aku pun sama la duk mengejar dia. Kita bawak ke tepi je, tiba2 dah nak masuk court balik. Suka sangat dia tengok org main. Dah letih tu, pandai lak dia cari makan. Tapi yang paling sedih, dah nak balik tu, kasi la dia main2 dalam court. Letih & ngantuk dah tu, tapi tetap nak main gak.. tiba2... anakku tersembam!.. huhu.. nasib baik melalak kejap je.. Ingatkan tak ada apa2.. Hubby ku dukung dia, baru la perasan bibir dia pecah sebb ada darah. huhu.. Mesti sakit kan.. aku dah nk nangis tgk dia... Lepas tu time kasi dia makan, merengek je dia, maybe pedih kot.. Alhamdulillah, pagi tadi tgk dah kurang ckit bengkak.. cepat sembuh ye sayang...

~ Antara gelagat dia ~






Monday, June 8, 2009

~ Hepi celebrate 11-month bufday my dear son ~

Alhamdulillah, anak kesayanganku, Ahnaf dan 11 bulan pada jumaat lepas.. Sepatutnya aku post jumaat lepas. Disebabkan aku cuti coz my bbstter blk kg. So, baru sek la aku post. Aku bersyukur sangat pada Mu Ya Allah, kerana mengurniakan aku putera yang comel sangat. Aku jalani kehidupan yang bahagia walau pun ada dugaan yang melanda. Dan, yang teramat aku syukuri, sepanjang 11 bulan aku bergelar ibu, aku dapat menyusukan anakku dengan susu ku sendiri. Walaupun bukan full bf, tp aku gembira sangat2.. Tingal lagi sebulan anakku genap setahun, aku berharap semoga bekalan aku sentiasa ada untuknya. Walaupun, sekarang ni aku fobia tiap kl dia menyusu.. Letih memang tidak dapat dinafikan oleh seseorang yang bergelar ibu. tapi keletihan tu hilang sebaik je dapat memeluk anak tersayang. Pelbagai karenah dia yang buatkan aku geram, geli hati dan tak lupa membangkitkan kemarahan. Tiap kl nak marah, bl dia wat muka seposen, terus tak jadi.. Aduhai, penangan kesayangan ibu ni.. Yang paling mengembirakan aku, target kitaorg nak tengok dia jalan before setahun dah tercapai! Last week, dia dah leh berjalan tanpa pegang tangan kita.. Aku syukur sangat2.. First time aku tgk dia berjalan, aku terharu giler. Tambah2 lagi bila tgk dia tak kenal putus asa. Tiap kl dia jatuh, dia pasti akan berusaha untuk bangun dengan sendiri. Melangkahlah dengan yakin anakku, kerana masih banyak dugaan buatmu di luar sana..

Milestone Ahnaf:

1) Gigi dah nak masuk 5 batang. 3 atas, 2 bawah.. (sebb tu fobia weh time nyusu.. huhu)
2) Dah leh berjalan.. makcik aku pgl jalan robot, sebab tangan dia ke depan nak stabilkan diri..
3) Banyak sangat cakap sek ni..
4) Suka berlatih vokal.. hahaha..
5) Bertambah manja
6) Dah pandai mengikut ibu n ayah nk g keje apabila hntr ke umah bbsttr




Wednesday, June 3, 2009

~ Kebizian yg melanda hidupku! ~

Salam all. Dah lama aku tak jenguk blog ni. Hidup aku sek ni bz yg teramat sangat. Smpaikan kadang2 terpaksa angkut bawak balik umah. Nak wat camne, dah nama pun kuli batak kan? huhu. Aku sebenarnya geram giler ngan click aku ni. Act, dia receptionist opis aku. Tapi kat opis ni, x kira pangkat, semua keje kena wat. Terpulang la atas arahan sapa2 pun. Tapi yang buatkan aku geram sesangat, aku tau la dia dh lama keje kat sini, dalam 5 tahun lebih kot. Kiranya aku la yg paling junior kat sini. Tapi tak bermakna dia boleh je arah aku wat itu dan ini. Aku pun ada keje aku sendiri. Dia ingat aku tak de keje agaknya, yela, dia asyik nampak aku duk ngadap computer je. So, she assume aku ni ngadap tenet jela. Huhu. Hello, aku ngadap tenet pun wat keje tau! Dah nak kena cari payment kat website JAbatan Akauntan Negara. Lagi satu, aku wat akaun kan pakai system, system tu lak dalam computer. Mestilah tengok computer je. Memang hampeh giler la.. Semalam kan, dia leh lak bagi keje2 dia kat aku suh siapkan. Dahla, aku nak kena bukak cheque lagi, check payment lagi. Ni nak kena bertapa kat stor lak wat packing. Yang dia sedap2 kuar, kononnyer nak g hantar keta kat bengkel.

Hello! tak payah nak tipu la, ngan bos ko leh la tipu, cakap husband ko tak ada la. Yang datang jemput ko tadi bukan ke husband ko? Dah la camtu, siap 3 jam lebih g hantar kereta. Tak logik langsung, better ko cakap, g repair keta je. Kalau dia cakap amik half day, aku tak kisah la. Ni leh kuar camtu je. Yang org kat opis lak sibuk tanya aku, mana M***? bila aku cakap tak balik lagi. Aku lak yang kena bebel. Siot tul la! Dah banyak kali aku geram ngan dia ni. Dia yang wat salah, aku yang kena marah! Dia ingt dia cam bagus la kononnyer. Sebab hari tu dia cakap, klu dia tak ada kat opis, memang bisnes tak leh jalan la. Aku akui la yang dia tu memang la terer bab2 stok ni tapi tak yah la ckap camtu. Tu tak kena time dia ngamuk lagi, sebabnye gaduh ngan husband diala, banyak keje la.. Aku pun banyak keje jugak. Bayangkan la, ngan bos pun dia leh lawan cakap. Tapi bos tahan je, sebab dia je yang charge bab2 stok ni.