[go: up one dir, main page]

click! click! click!

Monday, May 25, 2009

~ Gambar2 yg lepas ~

Salam.. act, gambo2 ni sepatutnya dah msk dr dl lg,
tp sebb penyakit M datang melanda. Baru la upload from hp to comp..
hehhee..

~ Anakku ~



~ Gambar-gambar ni sewaktu hubby ku celebrate Mother's Day.. Kitaorg celebrate kat JCO Donut je.. hik hik hik ~


Friday, May 22, 2009

~ Terjawab sudah ~

Salam all.. dah 2 hari ku tak post anything. Kebizian melanda diriku la.. Dan dlm 2 hari ni, ku tertny2 pada diriku sendiri. Chewah, ayat.. cam baguskan.. Okla, straight to da point..Act, my cik P dah delay 2 hari..dah la hari tu aku pening + m****h2.. aku dah fikir lain dah. My hubby pun dah suh check.. Tapi sengaja ku tahan, and semalam dalam duk fkr2 blk nnt nk g farmasi. Persoalan ku terjawab sudah. My cik P dah datang. Erm.. bukan masanya tuk Ahnaf beradik lagi. Tak pela.. kasi Ahnaf manja puas2 dulu. Sekarang ni pun mmg dah cukup manja. Pantang kena tgl sikit, mula la mencari.. Okla.. nnt aku update la lg ek. Senggugut datang melanda la.. Adios




Tuesday, May 19, 2009

~ Entri Gambar ~

Erm.. hari ni no idea la nak tulis apa. Lagipun kepala ku ni masih lagi sakit. tapi tak ada la seteruk semalam. Petang semalam pun, aku blah ngam2 kul 5 dr opis. Tak larat giler. Sampai umah, terus tdo. Hubby aku yang g amik Ahnaf. Kesian hubby aku, goreng ayam sendiri. Nasib baik sek hubby aku jarang makan malam. nak diet katanya. Bangun2 je tdo, lapa giler. My hubby pun watkan la milo suam. Thanx cayang... Baru aku ingat, perut aku memang kosong, sejak pagi aku makan mee goreng je. Tapi dah habis pun sebab kt opis aku mu***h.. Aku makan la nugget 3 ketul and ayam 2 ketul. Lepas mandi sume, aku makan lagi ubat. Ahnaf pun aku tak layan. Memang berat giler kepala. Keyla, layan gamba lak ek..

~ Bila Ahnaf pakai tudung ~


~ Joys of My Lfe ~



Monday, May 18, 2009

~ Perompak! Perompak!

Pagi tadi, kecoh jap kat bawah umah aku sebab ada umah dimasuki perompak. Umah org cina. Kitaorg tak turun la. Aduh, takut seh.. Dah la dengar2, 2 org perompak yang bersenjatakan pistol dan parang. Macam-macam la sekarang ni, tapi nak cakap perompak tu bodoh pun ok gak, yela, yang g masuk time org nak kuar g keje wat pe. Bagi dorang agaknya yang penting dapat curi barang kot. Aku hari ni pun lambat g keje, bukan sebab g tengok kejadian tue, tapi sebab tunggu babysitter Ahnaf yang g tengok kejadian tue. Adoila, kat kul 8.30 baru dia naik. Dia cakap pecah gak la kepala2 perompak tu sebab kena balun ngan penduduk kat situ. Ish, tak leh bayangkan la. Actually, tu bukan kali pertama kejadian macam tue. Dulu memang dah selalu ada, tapi time aku tak duk situ lagi la. Pastu senyap and sek, diaorg mengganas balik.. Huhuhu.. mintak2 jauh la.. Last month, babysitter Ahnaf cakap, umah yang sama tingkat ngan aku kena. Time tu tengah hari, kiranya opis hour la. Kakak tu sidai baju kat luar rumah, tiba2 datang sorang laki, letak pisau kat leher and then raba2 leher, agaknya cari rantai kot. Pastu siap tanya sapa ada kat umah, kakak tu cakap husband dia ada, terus lari. Tahu pun takut kan. Sampai kakak tu fobia nak kuar umah lagi. Dahla tengah peknen 3 bulan. Kesian... Time aku g keje tadi pun, diaorg duk meeting lagi. Perompak2 tu dah bawak g hosp kot. Erm.. umah bawah pun bahaya, umah atas pun bahaya gak. Pendek kata, sendiri mau ingat la.. Yang pasti, utamakan keselamatan.

~ XTVT hujung minggu ~

Tak ada apa yang menarik pun hujung minggu yang lepas. Aku and my hubby duk operasi umah je, kemas bilik tengah, tukar2 sikit susun atur katil and almari. Tapi yang aku sukernya, misi kami nak wat kek carrot menjadi. Petang jumaat tue, pas balik keje, hubby ku terus parut carrot. Malam tu, lepas je Ahnaf tdo, kami pun mulakan misi. Dah la malam tu Ahnaf tdo lambat, dekat kul 11 baru tdo, cam tau2 je ibu ngan ayah ada mission. Kalau dia tak tdo, almaklumnyer, faham-faham jela, berebut ngan dia jela.. huhu. Disebabkan umh aku tak ada mixer, terpaksa la pakai mixer semulajadi. Tangan aku la jadi mixernyer. Letih la jugak, sebab dah lama tak pakai skill ni, dulu2 time kecik2, aku selalu tolong mak aku wat kek and biskut. Walaupun ada mixer, tapi mak aku lebih suka pakai tangan, sabo jela. Selagi tak putih butter and gula tu, jangan harap nak letak bahan2 lain. Ok, berbalik pada kek aku tadi, aku pun pukul la dengan semangatnyer, hubby ku pulak, prepare bahan2 lain. Teringat lak time bulan pose. huhu.. sibuk wat kuih raya ngan kakak n mak aku. Miss dat moment!! Bila dah siap bancuh semua, kek ku masukla oven. Aku yang dah mengantuk giler dah tak leh tahan dah mata. So, hubby ku jela yang tunggu kek tu masak. Bangun pagi esok, berulah ku rasa kek carrot tue. Alhamdulillah, menjadi la kali ni. hehehe.. sukernyer.. Sorry la x amik pun gambo walaupun menjadi, sebab aku bangun pg pun dah hilang suku kek, hubby ku bedal.


Sabtu - bangun2 pagi, aku pun lipat la kain yang bertimbun-timbun tue, baru seminggunyer kain, tambah lagi, baru 3 org nyer baju. huhu. jenuh aku nak habiskannyer. Nasib baik sambil lipat, sambil layan Lve Story From Harvard. hehehe. Ahnaf ngan my hubby membuta lagi. Tenangla ckit nak wat keje. Dah nama pun hari cuti, seperti biasala, anakku itu tau2 je ajak jalan. Padahal ibu ngn ayah boring duk umah. Hihihi.. Petang tu, bawakla Ahnaf g Giant, plan nak g Ikea. Tapi tunggu gaji la, baru syok membeli. Gi Giant pun tak ada apa nak beli, just window shoping and bawak Ahnaf round2. Sampai tempat menan, ingat nak bagi dia main2 kat situ, ramai la plak orgnyer. So, cancel jela. Bimbang la, dah la budak2 tu besar2.. Kitaorg ada masuk satu kedai pet tue, alahai, tomeinyer kucing2 kat situ, tapi yang lawaknyer, sume kucing2 tu tdo. My hubby cakap, ni time tdo kucing kot.. hehehe.. My hubby suka kucing, dulu dia ada cakap nak bela kucing, tapi aku tak kasi. Bukan aku tak suka, Ahnaf kan kecik lagi. Last2, ktorg lepak JCO je, mamam donut and coffee. Ahnaf lak puas sebab dapat kuar umh. Aduh, Ahnaf dah ikut perangai ibu and ayah la ni. Like father like son kan..

Ahad - Hari ni, konon2 nak g jogging kat Kota Damansara. Tapi bangun pagi tu cam tak larat la plak. Biasalah, kalau bab exercise ni, memang liat sikit nak mulakan. Hahaha.. So, tukar rancangan, exercise dalam umah jela. Kemas2 umah, tukar susun atur. Sambil aku kemas2 tue, my hubby duk melatih Ahnaf jalan. Sekarang, dia dah leh jalan ckit2, sambil kita pegang tangan dia. Apa plan hari ni ek? Erm.. kitaorg decide nak g tesco, tapi tesco mana? My hubby ajak g tesco selayang sebab ada food court. Leh melantak dulu. After zuhur, kitaorg siap2. Ahnaf yang mata dah stim nak tdo, leh bulat balik time aku pakaikan baju. Sebab dia tau nak g jln, masuk je keta, seperti biasa, zzzzzzzzz...


Friday, May 15, 2009

~ Kek Tak Jadi! ~

Hi all.. Semalam kan, hubby ku balik lambat sebab main badminton. So, tinggalla aku ngan Ahnaf je kat umh. Balik kerja tu, amik la dia, tapi faham-faham la kalau dah amik dia, memang kena layan dia jela. Aku pun main2 la ngan dia sambil layan Agso dan Medina. Dah lama miss cite ni sebab asyik balik lambat je. Bila dah habis cite tu, ingat nak layan Matahari lak, tapi cam tak besh je. Aku pun sambung layan CD, cite Love Story From Harvard. Ntah kenapa, aku memang tak puas tengok cite ni. Walaupun dulu masa ada kat tv, aku x pernah miss, cd pun aku tetap layan, ni ntah kali keberapa aku layan cd, aku suka tengok cite ni coz dia libatkan cara kehidupan student di Harvard. Dalam pada duk layan cd, baru aku ingat, hari tu aku dapat satu resepi kek coklat yang simple. Tak payah telur n butter. Aku pun ajak la Ahnaf wat kek.. hahaha.. leh bayangkan tak camne. Memang haru biru la, apa yang aku pegang tu la yang dia nak pegang. Awal2 lagi aku dah bagi dia senduk ngan bekas satu.. dia tengok aku letak gandum, sibuk je ngan gak, aku letak la sikit dalam bekas dia.. Sambil aku kacau adunan tu, dia pun sibuk sama kaco.. Sengih-sengih dia, sebab sambil2 tu aku duk borak-borak ngan dia. Kek ni memg simple giler. Aku pun dengan confidentnyer g panaskan oven. Dah siap panas, aku letak la kek tadi, aku set la 150 dalm masa 30 minit, sebab dalam resepi tak bgtau brp panas n bp lama. Dalam pada tu, aku sambung la layan CD. Tiba2.. "ting!". Dengan semangat, aku g la tgk kek td. Tapi kan.. lembek lagi la. Huhu.. Aku pun set balik 200 celcius, selama 20 minit, takut kang hangit lak. Tunggu punya tunggu, mmg dah masak, tapi tak naik2.. huhu.. Dah sah! Kek ku bantat! Ahnaf! Kek ibu tak jd! Uwaaaa.. Ahnaf tengok aku semacam je. Sakitnyer hati. Tapi aku pujuk gak diri sendri, tak pe, baru 1st time wat, nanti cuba lagi k.. hihi.. Tapi leh la makan, cuma bantat je.. Hubby ku balik mlm tu, kena gelak lagi. Next mission, nak wat kek carrot lak weekend ni. Aku tak amik pun gambo kek x jadi tu. hahaha.. Harap2 next mission menjd la.. Malam ni insya Allah, aku ikut my hubby g main badminton. Lama giler tak exercise.. Perut ni usah cakap la.. hahaha.. Faham2 jela ek.. sapa 2 yang pernah beranak mesti tau camne kan..

Thursday, May 14, 2009

~ Sakit Perut ~

Huhuhu... Hari ni perut dilanda oleh satu kesakitan.. Adoila.. dah banyak kali duk ulang ke bilik tecit tu je.. Ntah apa yg silapnyer x tau la. Nak kata silap makan, aku makan sama je ngan abang, tp td sms abg, abg ckp dia x de apa2.. Adoila. Ni pun terasa lg, sbnrnya start dari tengah malam semalam lagi. Tengah2 nak tdo, toilet memanggil ku.. Dah la tengah ada dlm blk air, tetiba aku dengar bunyi dari menan kat walker Ahnaf, cuak gak aku, bila aku fikir-fikri balik, maybe abang nak usik aku kot, sebab masa aku bangun tadi, dia lum tdo. Bila masuk bilik balik, aku tanya la abang, " Abang ada tekan menan Ahnaf tuk usik cayang ek? " Hubby aku geleng, siap sumpah lagi. Dia cakap dia x kuar bilik pun. Huhu.. Aku dah naik seram, apa lg, tarik selimut la. Pagi tadi, 1st benda yang aku tengok, walker Ahnaf, rupa2nya, handbag yang aku letak atas walker tu tertekan kat button music tu.. wakakakkaa... Lawak di pagi hari tul la. Punya la cuak perasaan aku malam tadi..


Wednesday, May 13, 2009

~ So Tired ~

Letihnyer... itula yang aku dapat ungkapkan hari ni, dah la aku tinggal sorang, account kena wat, packing kena wat, fon cal pun kena angkat.. huhu.. nak makan pun tak sempat, nasib baik pagi tadi makan nasi lemak. Tahan la sikit perut ni. Dah la malam tadi x lena tdo, kejap2 Ahnaf merengek, tak selesa sebab selsema. Semalam meleleh air hidung dia. Pagi tadi awl2 aku dah bangun, wat kan bubur nasi + sup ayam tuk dia, harap2 ok la.. Aku bimbang sangat, setiap masa, duk rasa badan dia, takut tiba2 panas, alhamdulillah, tak ada demam, nak kata panas dalam pun tak de, cuma selsema je. Kesiannyer dia.. cuma sek ni dia macam letih je and asyik mengantuk. Agaknya sebab makan ubat, tapi dalam duk menguap tue, tahan jugak,sampai semalam, tgh2 main, dia duk tergolek kt carpet, dalam pada tu, mata dia lak pejam. Bila kita angkat nak bawak masuk bilik, marah lak tu, leh lak sambung main. Ahnaf2... mata dah tak leh nak bukak dah tue. Akhirnya, aku paksa gak dia tdo, sampai ngan aku2 sekali tdo awl, sedar2 kul 2, ngan lampu tak tutup, bangun tu la baru solat isya. Ayah dia pun satu, bukan nak gerak, tapi hubby ku cakap, dah puas gerak, aku yang tak bangun.. huhu.. cayang pun letih la.. banyak giler kerja kat opis ni. Bilala aku leh g cuti2 mesia. ingat nak g langkawi, tapi cuti sekolah ni , semua dah book cuti daa... yela, klu yang ada anak sekolah, waktu cuti sekolah la nak g mana2 pung..

Tuesday, May 12, 2009

~ Nak cuba la ~

Aku ni kan suka gak bab2 wat kuih and kek ni. Dulu time kecik2, aku la yang suka tolong my mum wat kuih sama ada kuih raya @ kek. My sis kureng ckit bab2 ni tapi dia pun suka gak. Ingat lagi, time kecik2 dulu, my mum kasi buku resepi satu sorang2, suruh pilih resepi and wat kuih tue, sempena hari bapa rsnya. Klu x silap, time tu aku darjah 3 and my sis form 5. Last-last aku pilih wat bubur sum-sum and my sis wat caramel gula hangus. Syok tau coz cam main masak2 je, dari awal sampai la akhir, kitaorg kena settle kan sendiri. At last, jadi la jugak hidangan kitaorg, siap dengan hiasan lagi, ngam2 je ayah blk keje, kitaorg siap masak. Suka sangat coz dapat pujian dari ayah. Itulah antara kenangan manis zaman kanak2 ku. hehehe.. Sek ni pun bukan tak suka, cuma masa je tak de. Tiap2 hari duk tengok blog and fotopages cup cake. Teringin sangat nak wat, nak deco. harap sangat satu hari nanti, aku dapat wat. Impian aku, sempena besday anak aku nanti, aku nak wat kek sendiri.. harap2 tercapai la. Amin...







~ Selamat Hari Ibu ~

salam sumer! selamat hari ibu buat semua ibu2 di seluruh dunia.. Setelah aku bergelar ibu barulah ku tahu susah payah ibu ku mendidik ku selama ni. Yelah, aku ni nama je anak perempuan, tapi tak reti duk diam. Mak aku cakap, antara aku, along and angah, yang plg buas, aku la.. hihi.. soryla mak... Sekarang, baru ku tahu apa yang mak aku rasa. Ahnaf sek ni mmg x nak duk diam, ada je dia nak explore. Bagus tul la anak ibu tue, tolong ibu kemas umah. kekekeke.. Hubby ku sambut ngan ucapan and belanja JCO jer.. act, tu je permintaan aku sebab aku teringin nak mamam JCO, lagipun nak bawak anak terunaku tu jalan2. Sepanjang aku exam, dia tak kuar jalan2, kesian lak.. So, malam tu, kitaorg pun g la Giant Kota Damansara. Hajat di hati nak makan Kenny Rogers sekali, tp perut dah penuh ngan donut, cancel la. Malam tu aku bedal 4 donut JCO + 2 free. hihi.. Ahnaf lak sedap tdo dalam stroller dia, kitaorg pun mmg syok la layan donut tu. Hari sabtu lak balik umh my PIL.Sampai2 je, my MIL ajak wat kek carrot, siap dah parut n jemur carrot tue. So, petang tu, kitaorg pun wat la kek carot tu, nak sambut hari ibu, tapi ibu2 yang kena wat.. hehehe. masak je kek tu, sume duk terjah. Leh tahan gak, tapi x sempat nak snap pic la.. Malam tu wat lagi sebiji sebab ada lg bal carrot yang dah parut. Tapi yang sadisnya, tiba2 oven wat hal lak, dua2 api nyala, klu nak bakar kek kena api bawah je. Adoila.. malam tu lak, uncle abg 1 family datang, Ahnaf yang tengah tdo pun terkejut dengar suara orang ramai, klu dah bangun tu tau2 jela, susah la nak tdo lak, jumpa gang lak tue. sampaikan kul bapa dia tdo pun aku tak tau sebab aku dah tdo dulu. Hari Ahad tu la baru celebrate Mother Day's. Aku pagi2 dah cal mak wish. Tengah hari lak, g Alamanda, sebb my MIL n my aunty nak belanja Maktok ( hubby granny ) makan. Fikir punya fikir, my granny pilih Nando's, act, ada 2 choices, Kenny Rogers @ Nando's.

Friday, May 8, 2009

~ Merdeka ! ~

Yahooooooo!!!!!!!!! Pagi tadi merupakan last paper untuk part ni. Akhirnya, habis gak exam aku. Lepas ni leh la aku concentrate kat family n rumah lak.. Kesian umh aku tue, sejak aku exam, banyak2 baju2 tak berlipat. Inilah nasib student + wife + mum. Kepala aku ringan sangat2, nak2 lak pagi tadi paper LAW. Paper yang mengerunkan aku selama ini, Alhamulillah, ada la dalam 80% keyakinan aku. Lepas ni leh la berfoya2.. hehehe.. dah lama stop aktiviti merayap, cian kat hubby n anakku itew. Kesian jugak kat aku ni. hihi.. Sepanjang minggu exam memang tak senang duduk la aku, nak makan pun tak de selera. Tapi semalam dek penangan iklan pizza kat tv, hubby aku suggest g makan pizza, tapi waktu tu dah kul 10 lebih, lagipun aku takut sebab ada lg topic yang aku nak tekankan, bukan tak pernah baca taw, cuma nak tekankan sikit je lg. Kitaorg pun cal je la. Cakap dalam 30 minit je, tapi dekat sejam tak sampai2 lg, rupa2nya, motor pancit lak. Yang sadisnyer, tengok dalam iklan udang sekor2, tapi yang kitarg dapat, sotong la plak. huhu, sungguh sadis.. Kami tertipu!!! Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... lagi satu, lasagna dia mak oi, punyala kecik. Dulu besar la gak, sek ni kecik giler. Disebabkan dah lama tak makan lasagna, aku bedal gak la, abg tak nak, so aku bedal sorang je..

Thursday, May 7, 2009

~ Pening Pening Pening ~

Takut + berdebar hati aku bila fikirkan hari esok. Pagi esok, seawal jam 6.30 pg, aku akan bertolak ke medan peperangan.. eh, bukan perang dunia tau. Peperangan exam jer. hik hik hik.. Aduh, pening fikiran aku bila fikirkan paper LAW esok. Petang semalam, maktok and tok abah datang umh, datang hantar filter air. Tapi x leh pasang lak, coz paip kitaorg x sama, cina tu cakp dia kena pasang paip kepala angsa.. hahaha.. paip pun ada macam2. Tapi yang bestnyer, maktok siap bawak lauk and nasi sekali, so, x yah la aku masak lg. Bukan x nak masak tau, lauk pun dah keluarkan, cuma dah ada yang siap masak kan, so, tak yah la membazir lg, cuma panaskan je lauk. Main ngan Ahnaf jap, tiba2 hidung dia berair..Lor, anak ibu sesema ke, nasib baik dah ada stanby ubat sesema kt umh, pas bg dia makan, bagi ubat. Kesian tengok dia, cam tak selesa je. huhu.. Dah la semalam dia tdo ngan hubby je, sebab aku study law. Sempat gak la aku hafal ckit2 fakta. Yelah, bahasa english dia bukan standard english, tapi bahasa2 Law. Adoila, apa aku nak jawab ni? aku rasa esok aku main goreng ayat sendri jela. Kalau bab AKTA2 tu aku AUTA jela.. boleh tak ek? Dah la satu soklan 100 markah. huhu.. Pagi tadi Ahnaf bangun awal, agaknya lapa sebab semalam punya la lena dia tdo pas makan ubat, sekali je bangun nyusu. Tengah2 dia nyusu, aku bau sumthing.. Lor, Ahnaf u'uk rupanya. Bau dia ya Ampun, bucuk! Pagi ni, sempatla aku mandikan dia. Disebabkan dia sesema, aku masakkan sup ayam tuk makan ngan bubur nasi dia. Harap2 tak berpanjangan la, tapi aku syukur sangat2 sebab dia tak demam. Rupa-rupanya, satu umah babysitter dia sesema, sah la kes berjangkit ni.

Wednesday, May 6, 2009

~ Hepi Celebrate 10-month bufday my dear ~

Semalam, genap la usia tembamku itu 10 bulan. Pejam celik pejam celik, kejap je rasanya, baru semalam ku rasa dia bergerak-gerak kat dalam, pastu dengar tangisan manja dia. And now, he already 10 months. Ahnaf dah besar la.. but u still my lil prince lagi. Semakin besar, makin banyak karenah and makin manja, maybe gak sebab aku selalu tinggalkan dia dulu, yela, mn nak g kelas lagi, nak study lg. Semalam aku cuti coz aku exam, walaupun exam petang tapi aku rasa x larat sangat, yelah, isnin pun exam petang, sepatutnya semalam aku 1/2 day petang je. Tapi yang paling aku tak lupa, bangun pagi tu, Ahnaf sayang aku, Ya Allah, gembira giler, rasa nak menitik air mata, walaupun semalam bukan 1st time dia cium aku. Pagi semalam, dia bangun awal, aku dah sedar, tapi aku sengaja tutup mata lagi sebb nak suruh dia tdo balik, yela, awal lagi, last2 dia golek2 datang kat aku and kiss aku. Ayah dia punya la jeles, hehe..siap suh Ahnaf sayang dia lak.. tapi Ahnaf geleng2 kepala, sambil sengih.. Sory cayang, i got a morning kiss from our prince.. hehee.. majuk je ayah dia. Tapi time ayah dia siap2 nak g keje, dia turun katil peluk kaki lak. Konon2 nak pujuk ayah la tu kot.. Ikutkan hati nak je biar duk lama kt umh, tapi terpaksa gak la hantar umh bbstr dia.. huhu..Dah hantar dia, leh la aku wat keje2 umah ckit and study lg ckit.

Ahnaf milestones:

- dah pandai geleng kepala kalau dia tak nak sesuatu
- gigi dah kuar dua, satu bawah, satu atas
- dah pandai babai
- salam lak, ikut mood, klu mood elok, salam siap kiss pp lg..
- dah kuar mak, mama, ayah tp ibu x kuor2 lg, yg kuar buuu je..
- berat 8.1 kg.. bila dukung berat
- dah meniti n leh berdiri lepas tgn, cuma x berani nak menapak lg..

Semoga anak ibu membesar dengan sihat..

Monday, May 4, 2009

~ Cerita hujung minggu lagi.. hihi ~

Hari sabtu x de apa2 program, lgpun my hubby and maktok cakap x yah masak. Pagi tu aku just goreng nasi. Hari tu dapat la aku study Statistic lak. yang aku geramnyer, apa yg aku pegang tula, Ahnaf nak amik. Padahal aku dah bagi dia kertas, dia tak layan pun, habis nota2 aku dia tarik2. Dia ni memang suka mengemas, pantang tengok atas meja ada barang, siapla. Tapi tengok la kt bawah meja lak, mesti bersepah. Kadang2 tu aku sengaja sakat dia, letak barang2 yang dia x leh amik, tapi dia usaha gak amik, siap jinjit kaki lg nak capai. Sepanjang hari, dapat la aku study sambil selang seli ngan melayan karenah budak tecit tue. Malam tu ktorg g hantar maktok balik gombak. Ingat nak layan AIM lak. Tapi cam x besh la plak rasanya.

Hari Ahad lak, awal2 lagi aku dah kena gerak ngan Ahnaf, dia basah rupanya. Baru aku ingat, aku tak tukarkan pampers dia sejak malam. nasib baik x bocor, klu x, kena basuh cadar lg la ibu. Aku pun kemas2 umah sikit, kain masih blm ku sentuh sebb aku x larat nak sentuh, klu dah sentuh mmg x leh berhenti, so aku dah promise ngan my hubby, lepas exam aku akan settle keje2 umah yang tertunggak. Nasib baik my hubby agree. Bila dah bangun tu, mmg dia ajak main la, suka dia sebb 3 hr ibu n ayah ada kt umh. Klu x, pagi2 dah g umh org, blk petang lak, main kejap, pastu dah masuk tdo. Kesian dia.. tapi nak wat camne. Ikutkn hubby aku mmg dia nak suh aku duk umh je. Tp aku masih lum bersedia, bukan apa.. Yela, aku dah penat2 belaja, x kan nk duk umh je. klu aku dapat keje freelance aku opis di rumah, baru aku akn duk umh jaga anak. Itula, kisah aku selama cuti 3 hari. erm.. conclusion nyer, aku masih x puas cuti 3 hari!!!!!

~ Cerita Hujung Minggu 2 ~

Cita hari jumaat lak. Aku bangun pagi2, yela, dah ada tetamu, x kan nak membuta lagi kan? hihi.. Aku pun wat la bubur budak tecit tue dulu, pastu panaskan mee hailam semalam yang maktok bawak, kemas umah lg ckit2, act, umh aku ni cepat berdebu, yela, dah nama pun tepi sekali. Pastu bawak kuar lauk2 dr peti ais. Hari ni maktok cakap nak ajar aku wat masak lemak cili padi. Yelah, aku kan x berapa lepas lagi bab2 masak ni. Klu setakat yang simple2 tu leh la aku wat, tp yg agak2 complicated ni nak kena berguru lagi, n my hubby lak suh aku berguru ngan maktok n kak rona, maid my mil. So, aku pun siap2 kan la bahan2 yang nk dimasak atas arahan maktok, bila aku dah blend sume n prepare bahan, baru je nak masak, my little prince dah memanggil, my hubby pun take over my place, dia lak yg masak. Aku pun konon2 nak tdokan la Ahnaf, tapi dah hbs menyusu pun x nak gak tdo2. Rupa2nya dia nak ayah dia la plak hr ni. My hubby tepuk2 ckit je, dah terlena. Adoila. Tapi yang harunya, ngam2 ayah dia nak g solat Jumaat, dia bangun, x sampai sejam pun tdo. Aku pun bagila dia makan bubur, mak oi, x cukup satu mangkuk, nak tambah lg. Patutla makin berat anak ibu ni. Layan dia main ckit2, pastu bg mandi, bg dia btl2 penat, barula dia tdo lena. Kali ni no more tepuk2, no more nenen, just golek2 terus terlena. Alamak! dah setengah hari ni, tp tak study lg. Aku pun g mandi, solat and amikla buku nak study.Just study past year paper n answer je. Tgk teknik2 menjawab dia. Tapi faham2 la klu dah bergolek atas katil tu, mula2 study la, pastu nampak bintang2 berkelipan.. Tapi habis gak la semua topic aku cover.. hehe Faham ke x, aku x tau.. wakakaka.. Tak de la lama pun aku tdo, setengah jam je. Yelah, klu dah semua membuta, aura tu sampai gak la kan? Kul 5.30, aku bangun mandi, solat. Tiba2 rasa lapa, patutla, baru aku ingt, aku x lunch lg. My hubby cakap aunty dia nak datg, aku ingt 1 family je. Rupanya2 2 family yg dtg. Kitaorg ingt nk wat mee goreng je, dah diaorg x nak. Malam tu konon2 nk makan kt Restoran Muhibah, kt TTDI. Lupala plak, cuti umum, tutup la kedai tue. Pusing2 area TTDI tu, x tau nak makan kt ne. Last2 uncle suggest makan area ktorg. Adoila, sedekah tol jela kitaorg malam tu. hahahha, kul 10 lbh sampai umh, aku sempat la study ckit2 lg before zzzzzz....

~ Cerita Hujung Minggu~

Hi all.. Rasanyer lum terlambat klu nak wish Selamat Hari Pekerja. Semoga performance makin bagus yer. Apa cer cuti lama? bagi aku, cuti 3 hr hari tue biasa jer. x de la banyak aktiviti, coz aku kena study tuk exam lagi 3 paper dis week. adoi la! Petang Khamis tu, my hubby cakap, malam kang nak g amik nenek dia, coz nenek dia nk datang duk umh kitaorg. Terkejut beruk aku, yelah, ingatkan pagi jumaat baru nak g amik, ngan umah bersepah2 lagi. Biasala, bukan aku x kemas, tapi kalau bab2 lipat kain, vacum n mop, aku tunggu hujung minggu je. Dengan badan letih yang amat, aku gagah kan jugak la, bangun, kemas kat depan and bilik tamu, pastu vacum and mop. Lepas dah siap semua tu, kemas dapo sikit2. Nak lipat kain, rasanya dah tak terdaya, aku amik semua kain2 dalam bilik tamu tu, masukkan dalam bakul kat dalam bilik kitaorg. Pas maghrib, my hubby g la Gombak, amik nenek dia, aku and Ahnaf duk umah je tunggu. Tapi anakku itu, pantang x nampak sikit, mulala merengek, sampaikan time nak mandi pun, mandi ckit, jenguk kepala, main cak2 ngan dia, pastu sambung mandi lagi. Time solat lak, bagi dia sejadah satu, duduk la dia tertonggek-tonggek kt sejadah tu.. nak tergelak pun ada. Tunggu punya tunggu, my hubby cakap lambat ckit sebb nenek dia g masjid. Erm.. perut pun lapo, td x masak apa, coz my hubby cakap x yah masak. Apa aku nak mamam ek. Nak masak rasanya memg tak larat dah, nasib baik ada "teman baikku", apa lagi klu bukan Maggi.. hehehe.. Aku pun masakla Maggi, tapi dah x leh makan la, perut dah masuk angin, x sampai separuh pun makan. Aku pun buatla milo panas. Ahnaf dah layan Barney. Aku pun amikla buku Math 112, ingat nak study sikit. Dalam kul 9 lebih, Ahnaf dah merengek, nak tdo. Dia nak nenen la tu, aku pun bawakla dia masuk bilik, bagi dia tdo. Erm, kalau dah baring tu, faham2 jela..dengan aku2 sekali hanyut. Hehehehe.. My hubby balik dalam kul 10.30, dia kejutkan aku, salam ngan nenek dia, pastu kena turun lagi amik barang, mak oi, punya la banyak barang maktok ni. Dalam mamai tu, nasib baik la x jatuh tangga.