[go: up one dir, main page]

click! click! click!

Saturday, November 20, 2010

~ Kelahiran Putera ke-2 ~

Salam....

Dah lama kutinggalkan blog kesayangan yg menyimpan segala suka dan dukaku ini.. Bukan tak sayang, tetapi masa tidak mengizinkan ku untuk meninggalkan sesuatu di dalam blog ini. So, sementara ada sedikit masa ni, aku ingin meninggalkan sesuatu buat kalian yg sudi membaca blog ku ini... Hari ini merupakan hari ke-43 aku berpantang, barula ada sedikit kesempatan untuk menceritakan kisah kelahiran putera ke-2 yg ku namakan AJWAD...

08 Nov 2010 :

Sejak malam kelmarin lagi aku dah start sakit. Tapi light2 jela. Sepjg minggu memang aku asyik sakit belakang je. Memandangkan due date aku ada lg 2 minggu, aku tak amik kisah sangat la. Aku berusaha siapkan segala kerja yg harus aku tinggalkan. Boss aku tu kan cerewet nak mampos. Tu pun, aku nak start cuti 15 nov dia ckp awal lg. Huhu...

Pagi Jumaat aku tetap g keje memandangkan banyak lagi kerja nak disiapkan. Abang dh ckp just amik mc je. Sampai2 opis lak, boss aku ajak g Kompleks Kerajaan Jalan Duta, settle saman psl slh ptg tax.. Huhu... Aku nak je ckp aku dh sakit, tp kang dia cakap apa lak. Aku pun agree jela. Dahla keje kat opis melambak lg. Yang aku tambah malas nk g, dia siap suh aku mengaku aku yg slh kira, padahal ptg2 tax tu x de kena mengena lgsg ngan aku.

Dahla x de parking, terpaksa menapak jauh, sakit makin kerap. Tp bila jalan, dia hilang, so, aku anggap dia acah2 jela. Tambah bengang bila x leh nak byr terus, yela, dh kes mahkamah, mn leh settle camtu je. Aku dah ckp awal2 coz before tu aku pernah tny pegawai yg bertugas.. Boss aku ni degil nak mampos... Huhu..

Sia2 jela menapak jauh2.. Last2 tetap kena naik mahkamah gak.. Balik opis, aku siapkan keje. Ingat nak stay la petang tu.. Tp x jd, coz tb2 rombongan saman MPPJ datang lak. Nak trn msk coin je mls la plak nak naik blk. Huhu.. so, nak tak nak, sempat kemas ckit2 je brg2 atas meja aku tue.

Sampai umah tb2 rs sakit makin bertambah lak. Aku msj abg ckp x lrt nk msk.. Lepas maghrib, abg sampai umah, aku ckp sakit sgt, cam nak beranak. Terus abg cal bbsitter Ahnaf coz nak tumpangkan Ahnaf jap. Petang tu sempat aku kemas apa yg patut coz nnt kuar dari hospital terus pantang kat umah abg aku. Nasib baik beg aku n bb yg nak bwk g hospital mmg dah stanby dlm keta..

Abang ajak g terus, tp aku nak tunggu Isyak dulu. Lepas je solat Isyak, kitaorg terus g hospital. Sedih giler masa nak hantar Ahnaf g umah bbsitter dia.. :( Abg ajak g hosp sg.buloh je sebb dekat. Tp aku tetap nk g HKL gak..

8.40 malam - kitaorg bertolak ke HKL, nasib baik jalan x jem.. Masa dalam keta aku dah stanby pegang plastik sebb bila time sakit, rasa nak muntah..

9.10 malam - sampai HKL.. abg drop aku kat pintu depan Hospital bersalin. Masa tu tb2 aku jd blur, guard tu tny " Nak bersalin ke? " Aku jawab la " Aaah..." Pastu aku duduk je kat tempat duduk depan tue. Sampaikan guard tu datang blk kat aku, ajak aku g kat tempat checkup.. Masa tu aku still lg blur2.. Huhu... Sampai sana, nurse check buku checkup aku n suh tunggu doc.

Masa tu ada doc cni laki sorang. Aku dah cuak, klu blh, x mo la doc laki check. Tak lama pastu, br ada doc perempuan masuk. Syukur Alhamdulillah... Tapi bengang gak la.. Dalam masa dia check aku tu, sempat lg dia bersms.. Huhu.. dah la aku tgh menahan sakit... Seluk punya seluk, dah 3cm, ntah btl ke x, wallahualam coz doc tu pun cam x sure sgt. Tp yg pastinyer, aku kena msk ward dulu la..

10.30 malam - aku naik wheel chair ke ward. Sedih lak, ingatkan Ahnaf. Abang ckp Ahnaf tdo umah bbster dia je malam ni, coz dah lambt nak amik. Sampai kat ward, tukar baju sume, abg balik umah. Kesian tgk dia. Yela, br je blk keje, x sempat nak rest n makan, trs berkejar kat ward. Lgpun doc x sure bila aku bersalin.

Masa dalam ward, nurse ckp nk wat ctg bb 20 minit je. Last2 dekat sejam br dia cabut. Aku cuak gak coz lepas sorang2 check graf pastu muka berkerut. Masa tu mmg aku dah x leh baring terlentang. Dah la aku dgr OT.. huhu.. Last2 aku tny kenapa, diaorg ckp jantung bb x stabil, kejap naik, kejap turun, lg la aku cuak. Nasib baik ada sorang tu cakap, maybe dah nak bersalin.

Sakit jangan ckp la, plastik sentiasa di tgn aku. Dtg je sakit, mesti nak termuntah. Padahal x de apa2 pun.. Huhu... Plg aku cuak, tiap kl sakit, rs mcm terkencing.

11.15 malam - dtg nurse, dia ckp klu makin sakit, gtau. Aku pun ckp la mmg makin sakit n rs mcm aku terkencing. Dia pun suh masuk bilik rawatan. ngan kain dah basah..Huhu.. Nasib baik dekat je bilik tu ngan bed aku.

Seluk lagi.. dia ckp dah 6cm, panggil doc tuk confirmkan, doc trs suh g LR. Kuar bilik rawatan terus naik katil untuk ke LR. Brg2 kat bed aku pun nurse yg amikkan. Masa atas katil tu lagi byk air kuar. Sementara tunggu ditolak ke LR, sempat la aku cal abg suh dtg. Diaorg ckp tu bknn air kencing, tp air ketuban aku dah pecah.. Mana la aku tau. Biasa aku bc, siap ada bunyi pop la.. Tp aku ni, dia kuar ms tiap kl contraction. Kain aku mmg dah basah hbs. Paling byk kuar, dalam lif.. lencun giler kain yg aku pakai..

11.30 malam - masuk LR. dah la bilik paling hujung, sejuk giler lak tue.. Ada la sister datang prepare brg2. Masa tu aku mmg x thn dah. Rasa nak meneran time tu jgk. Tp sister tu thn. Kan rabak lak dia ckp. huhu... Doc masuk check, dia ckp br 6, aku berdoa byk2 supaya percepatkan bukaan. Minyak selusuh lak dalam ward.. Mmg terlupa giler..

Nasib baik abg sempat msk LR. Masa aku sakit giler2 tula doc nak cr line tuk msk drip. Byk kl gak la aku suh dia stop.. Sorry doc.. Lepas drip, makin sakit.. Sister tu ckp dia x gunting.. Bila aku ckp dh x thn n rs nk meneran, dia suh teran.

Mula2 tu 2 org je. Doc belah kiri, sister belah kanan. Abg lak kat kepala aku. Sedaya upaya gakla aku push... Kepala bb still in out.. Datang sorang lg sister, ditekan2nyer perut aku, dia tolak kebawah.. Tepat kul 12.32 pagi, 9 Nov 2010, dgr la bb nangis.. Lega giler2.. Time dia letak atas dada.. SUbhanallah.. Tak terkata apa..

Ajwad kuar2 je nangis, tak cam Ahnaf, dia kuar bersin.. Hihi.. Lepas abg azan, sister bwk bb kuar.. Time tuk kerjakan aku lak. Lepas je uri kuar, aku kena jahit, sebb terkoyak.. Dalam 3 lapisan la. Kali ni aku dapt dua bius, satu inject kat bawah, satu lg sedut gas, tp cam x de gas je.. Huh..

Siap sume, dorang bwkkan Ajwad tu breastfeed. Lama gakla kitaorg duk dalam LR tu, dah la sejuk giler. Kul 3 br dorang bwk g ward. Abg tgg kat luar. Tq so much cayang!!!! Bila aku dah siap msk ward br abg blk. Dah la bed belakang lak.

Bila hbs je bius, Ya Ampun, sakit giler... Duduk serba x kena, tp nasib baik Ajwad tdo je.. x bgn nyusu lgsg. Leh la aku rest... Esoknyer mmg aku duk static je. Sampaikan kena makan ubat thn sakit.

Apapun, Alhamdulillah, semalam je aku duk hospital. Aku discharged petang sabtu, tupun sebb Ajwad lmbt berak n kencing. Masa nk blk, siap doc bekalkan ponstan.. Sakit koyak lg sakit dr digunting. Kalau tau dr awal, aku lebih rela digunting..

Begitula kisah kelahiran putera ke-2ku....



Nama : Ajwad
Berat : 3.36 Kg

" Semoga Ajwad menjadi anak yang soleh "








Thursday, October 7, 2010

~ Nak Facial Free x?? ~

Salam olls...

Sapa nak wat facial free ??? Sila angkat kaki... Hihi...
Pernah dgr sal Cres Wellness x? Act, last week, aku dapat cal dari Cres, dia offer 1 sesi free tuk facial. Mula2 aku blur gak.. Tp bila recall balik, br ingt, hr tu masa jalan kat blog VP, aku ada click website Cres ni n submit form tuk dapatkan free facial.

Dalam pada fkr punya fkr, aku pun trs set appointment Isnin lepas. Nasib baik outlet kat Metro Prima Kepong je, x yah la nak g jauh2. So, time lunch tu, aku g survey dulu tempat dia ngan opismate. Sebbnya appointment aku kul 5.30 ptg. Takut lambat lak.

Before pergi, aku dah kuatkan azam. Tak mo terpedaya dengan segala macam hasutan. haha.. Dulu, aku pernah terpedaya wooo ngan New York. Konon2 free facial, mmg r free facial, pastu dia suh amik package lak sekali. Aku lak bila dgr dia ckp kulit aku bermasalah la, apa la, konon2 ms tu fkr nak lawa je.. Terus la amik package tue. Melayang la.. Tp okla, dapat 10 sesi. Cumanya, jauh la. Kat MV tue. Kesan dia nak ckp nampak sgt tu, x de la sgt kot. Sebabnya aku just pakai cleanser dia je.. Yang lain x pakai pun.. Hihi

Ok, berbalik pada Cres td, lepas je hbs opis. Terus g sana. Ngam2 je 5.30.. Sampai2 je, dia bg form suh kita isi. Kiranya maklumat diri, product apa kita pakai, kesihatan, alergi n mcm2 la. Sambil2 tu dia bg la segelas air suam. Kat cni x de scan kulit. Masa New York dulu, dia akan scan dulu tuk tgk masalah kulit kita. Tp consultant Cres ni ckp, kulit aku mmg kering. Nak2 time peknen.

Lepas dh siap isi form, dia bwk ke bilik facial. Nak amik gambo, tp segan coz beautician dia akan ikut je kita.. Tp dianyer environment mmg mendamaikan betul... Tuk free facial ni, aku dapat . Aeroless Lymphatic Detox Therapy. Tuk buang dead cell and realxation... Mmg btl2 relax..

Masa facial tue, fullamak.. hilang segala macam stress.. Sebb dia ada shoulder & head massage sekali. Siap tertdo lagi ms pakai mask.. Hihi.. Ntah berdengkur ke x.. x pasti.. Apa2pun, mmg besh sgt2..

Sedar2 dia ckp nk cuci mask. Lepas dah settle sume tu, dia wat lak massage sampai ke belakang. Lepas tu br jumpa consultant balik. Memang ada beza la dgn sebelum ni. Aku paling suka ms dia pakai vacuum tuk dead cell, sekali ngan firm kan muka kita. X rugi try, nama pun free kan. Cumanye, lepas tu, mcm2 la dia offer, cam aku, dia offer small package RM730, 2x facial, pastu ada tuk massage sekali ngan lepas confinement sekali. Iman aku masih kuat.. ekeke, aku just beli toner je. Tu pun sebb aku ni jenis malas nak pakai toner yg melibatkan kapas. Yang ni jenis spray, so, sonang baitu. Oh ya, dorang pakai produk Cellnique.

Gambar adala aku snap 2,3 je.. Masuk toilet pun, dia akan tunggu tau. Dianyer layanan memang bagus, cuma kadang2 merimaskan.. Hihihi.. Pic will upload later coz cabel x bwk lak.

Sapa2 nak try facial di Cres, leh click cni

http://www.techmondo.org/clients/cres/

n leh gak like facebook dorang

http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/Cres-Wellness/60419359320?__a=7&

klu sapa2 x nak wat facial free, leh je try 1st trial promotion diaorg.. Leh check promotion tu kat website dorang... Selamat berfacial !!!!



Monday, October 4, 2010

~ Check up 35, 37 & 38 weeks ~

Salam olls...

Rasa2nya dah habis kot entry raya... hahaha, amik ko.. sekali setahun nyer penangan.. Ada 6 part lg tue.. Ni tgl lg seminggu bulan syawal kan. So, agak2 nyer dh x de kot open house yg perlu di terjah.

Kali ni n3 sal checkup baby lak. Sian bb, hihi...

Alhamdulillah, saat entry ini ditulis, usia kandunganku dah pun masuk 38 weeks.. X lama je lg tue..Harap2 bb kuar time ibu dah settle last presentation yer.. date cantik tue.. 10/10/2010 @ 20/10/2010.. Excited nk pegang bb kecik lagi. Tp dalam ms yg sama, berdebar gak. nervous nk bersalin + exam. kuang kuang kuang ....

Ok la, entry ni sekali harung tuk 2 kl check up yg lepas yo... Jimat masa.. Ekeke

Check up 35 weeks :

BP : 100/60
KG : 61 kg
urine all clear

Check up 37 weeks :

BP :110/70
KG : 62.5 kg
urine all clear


Check up 38 weeks :

BP : 126/80
KG : 63.5 kg
urine all clear

Kedudukan bb pun dah menghala ke bawah cuma lum engaged.. Ada gak try tny doc, ada harapan x bb nk kuar awal. Doc ckp just wait n see.. Huhu..

Keadaan fizikal ku saat ini :

1) Kadang2 diserang sakit belakang yg teruk.. Macam dicucuk..paling x thn dia nyer menyucuk sampai ke leher... huhu
2) V area mmg dah rs ngilu2.. Nak2 bila nak bgn dr baring
3) klu panjat tgg umh tu, mmg 2,3 kl gak la stop, amik nafas dulu...
4) kaki nak kata bengkak, x de la sangat, cumanyer, tiap2 malam mesti cramp
5) klu dah baring tu rs sorga sgt2.. x mo dh bgn2 sebb seksa time nak bangun


Keadaan bb :

1) sekarang ni suka aktif time malam2 lak.. nak2 time ibu nak tdo, time tu la nak bergerak2.. jgn dh kuar nnt dia ajak berjaga malam udah ler
2) kedudukan mmg dh kebawah, so, doc ckp tunggu tanda je
3) pergerakan walaupun x de selincah dulu, tp selalu tb2 terbonjol lutut @ siku kat perut ibu..
4) alhamdulillah, heart beat sume ok..

Keadaan abg bb ( AHNAF ):

1) Makin ibu sarat, makin menguji ibu
2) Kadang2 ibu nampak Ahnaf matang sgt, pantang ibu bunyi sakit ckit, mesti dia dtg " Ibu akit?" pastu dia pegang perut, "Adik, ibu akit... " touching la plak..
3) Malam2 nk tdo, cium perut ibu n ckp, "semekom adik"
4) Makin manja ngan ibu, semua benda nak ibu watkan..
5) Malam2 nak kena hug, sejuk tp x mo selimut.
6) makin kuat merajuk! Tinggi sore ckit, mengalir air mata...
7) Kadang2 tgn ibu terlepas gak.. tp lepas tu, ibu sama2 mengalir air mata.. huhu

*** Kalau lum meletop lg, next week ada check up lg..

~ Aidilfitri 2010 - part 6 ~

Salam ollss...

Adoi la.. Belum habis2 lg cerita raya... Hihi.. So, before Syawal habis, better habiskan dulu bab ni.. Layan jela yer.. Sapa2 yg dah boring membaca tu, x yah baca. Tak de sapa suh baca pun.. Blog ni kan ikut hati aku la nak cite sal apa.. Ada aku kesah ko nak baca ke tak???

Ok, kali ni cite sal small openhouse. Bukan open house sgt pun. Kebetulan Ahad tu abg ada ride raya ngan gang2 forum motor dia. Kiranya diaorg g beraya dari satu umh ke satu umah la. Mula2 abg ckp x yah prepare apa2 sebb abg tau aku kan x larat. Tp cam x adil lak kan? So, aku just masak bihun goreng je. Tak de la ssh sgt kan.

Pagi Ahad tue, before abg kuar, dia angkat brg2 berat masuk bilik. So, aku just sapu, vacuum + mop lantai jela.. Siap kemas umah, kuar beli brg2 ngan Ahnaf. Adoi, menguji kesabaran tau. Berlari sana-sini, pastu tau lak menjerit pgl bila dah x nmpk.. Huhu.. Balik umah, prepare bhn2 masak. Ikutkan cakap abg, turn umah kitaorg dlm kul 1 lebih. So, aku terus masak. Tak pela masak awal, nnt panaskan je. Last2 tunggu nyer tunggu, kul 3 br sampai.

Adala dalam 10 org gang2 abang. Alhamdulillah, licin bihun goreng aku. Alang2 dah ada org dtg, aku suh abg cal bbstr Ahnaf n jiran2 suh dtg malam tue. Senang, sekali harung. Yela, nnt dorang dtg beraya gak kan. Menu tuk malam, menu yg sama. Hahaha.. Malas nak cr menu lain la. Bihun goreng paling senang. Lepas je gang2 abg balik. Kemas umah tuk session 2 lak. Bhn2 mmg dah prepare awal..So, senang la, nnt tgg masuk bihun je.

Tiba2 kul 7 anak bbstr Ahnaf lak dtg umah, cakap ayah ajak g umah 7.45.. Lepa maghrib siap2, terus g umah bbstr Ahanf, before tu, settle kat umah dulu. Yela, for sure lepas sana, sume serbu sini lak, untuk mudahkan keadaan, better prepare awal2..

Act, last week ada undangan dr bbstr Ahnaf gak. Maybe x jadi kot.. sebb tu dia wat malam tu gak. Siap2 makan umh bbstr Ahnaf, kitaorg blah dulu. Sempat panaskan bihun jap. Lepas dorang serbu umah, barula lega. Berakhirnya episod 'open house'.. haha. nasib baik pinggan + gelas polisterin. X yah ssh nak basuh. Air pun segera mari..

Ahnaf lak faham2 jela.. mentang2 ada org..Dia pun sama sibuk angkat ais.. Huhu.. Sudahnyer malam tue, kong kong kong...






Thursday, September 30, 2010

~ Aidilfitri 2010 - part 5 ~



Salam...

Selasa, Rabu keje, Khamis cuti, Jumaat keje.. Huhu.. Penatkan? Kalau la leh cuti seminggu direct... Memang sorga.. Tapi nak wat camne.. cuti x de.. terpaksa la camtu.. So, Jumaat lepas keje, sambung balik aktiviti beraya.. haha.. Lum habis tau.. ngan family mertua pun lum beraya lagi. So, lepas je keje Jumaat tu, pack2 barang, terus gerak balik umah PIL kat Seri Putra. Sebelum tu singgah Salak Tinggi dulu coz makcik abg wat open house. Kitaorg adalah tetamu terawal yg sampai.

Sementara tunggu family member yg lain datang, kitaorg lepak kat luar dulu. Sebabnya kat dalam dah penuh ngan kawan2 makcik n pakcik abg. Ahnaf lak nampk je raket, terus excited.. x padan ngan berbaju melayu bersampin lagi.

Dalam kul 9 lebih barula PIL sampai, uncle abg sampai. Bila dah family membe berkumpul, macam2 cerita yg dibincangkan.. Topic utama semestinya pasal pembunuhan Sosilawati.
Malam tu lepak sampai kul 1 pagi. Budak2 pun dah menguap.. nak wat camne.. tuan umah yg x kasi balik awal2..

Last2 sampai umah PIL dekat kul 2, lap2 bdn yg melekit ckit, tuko baju, terus bum.... Pagi esok lepas subuh, msg2 pengsan balik. Kul 9 bgn, abg g beli roti canai. Maid mil balik cuti kat Indon lak..

Tengah hari, Along ajak dtg raya umah dia. Mula2 sume nak g, last2 kami bertiga + adik ipar sorang je g sebabnya adik ipar lg sorang br bgn n ada org dtg repair aircond. Melantak bihun sup lagi umah Along. Siap tambah2 lagi tue. Mula2 nak gerak awal sebbnya dorang nak kuar g Seremban. Last2 dorang yg x kasi gerak awal. Lepas melantak bihun sup, melantak lak kuih raya yg super duper besh..

Lepas tu gerak balik umah PIL balik coz nak g Alamanda tuk celebrate besday adik ipar. Tengah siap2 nak kuar, jiran depan umah datang. Alang2 tu tunggu jela lepas maghrib. Before g Alamanda, g makan dulu kat Tasik Idaman, Bangi. Masa sampai tue, hujan lak, nasib baik x lebat. Disebabkan kitaorg terawal, x sempat la tgk sesi karaoke.

Bila dah perut kenyang.. terus g Alamanda.. Bukan nak wat pe pun.. Besday boy nak g karaoke. So, layan jela. Nasib baik bilik senang dapat. Yang nyanyinyer 3 org jer.. Abg, adik ipar n papa. Aku, mama n hakim layan je. Ahnaf lak sibuk nak rampas mic org..

Lepas karok, terus balik umah. Esoknyer, abg ada program raya ngan kawan2 dia..

~ lepas makan.. sempat amik gambo kat port karaoke Tasik Idaman ~

~ Aksi2 Ahnaf time karok... ~

~ Aidilfitri 2010 - part 4 ~



Salam...

Kali ni kita sambung beraya di KL lak.. Balik dari Terengganu isnin tu mmg meletihkan yg amat. Dengan keadaan diri yg dah sarat ni kan.. walaupun on da way tu tdo je.. Esoknyer lak terus g keje.. Sakit pinggang 2, 3 hari gak la..

Cuti 1 Malaysia, kitaorg sambung lagi beraya. Kali ni turn umah makcik pakcik abg lak. Yola, dorang sume duk area KL, so, seng la nak terjah. Pagi cuti tu seperti biasa... Memang malas giler nak kuar. Kitaorg kuar pun dah tgh hari, first, g umah Pak Ngah abg kat Greenwood je. Lepas dah melantak bihun sup, kitaorg g beraya ke Alpha Angle... Bukan apa, mula2 nak g raya umh kawan abg, last2 dia ajak g Alpha Angle lak jalan2 dulu. Konon2 nak window shopping, akhirnya terjebak gak. 1 belt tuk Ahnaf n 1 lorry menan.

Lepas dah pusing2 Jusco n makan kat foodcourt, br gerak g umah kawan abg tu kat Taman Cahaya, Ampang. Dah namanyer umah bujang, makan order jela.. Melantak lak sate dari Satay Station.. Kenyang giler.. Lepas Isya, kitaorg gerak g umah makcik abg lak, area Ampang gak, taman apa ntah.

Yang lawaknya, berpusing2 kitaorg cari umah. Padahal jalan ke umah makcik tu sonang jo.. Straight je dr main road.. Huhu.. Setahun brp kl je pergi.. :) Ramai org coz dia wat open house sekali. Ahnaf bila dah jumpa pakcik makcik dia.. mmg x duk diam la.. Aku just amik bihun goreng je ckit tuk suap Ahnaf.. sendiri nyer perut dah penuh..Lama gak la kitaorg lepak.Dalam kul 10lbh br gerak balik sama2 ngan pakcik abg.

Balik umah sume pengsan.. Esok keje wooo... lotih giler... Segala gamba beraya di rumah open adalah x de.. Huhu.. Sibuk monitor dak kecik tu je..






Wednesday, September 29, 2010

~ Aidilfitri 2010 - part 3 ~



Salam olls...

Ha amek, sekali update.. berentry-entry la plak. ekekek.. mood tgh ada, so layannnnn...

Syawal ke-3:

Act, sepatutnya, kitaorg balik KL hr ni lepas Zohor. Tapi aku slow talk ngan abg ckp klu balik petang, sure sampai malam. Nak g majlis merisik sepupu abg pun x sempat gak. Last2 abg setuju balik pagi2 esok je.. Yahooooo... Satu hari lagi di kampung... Along pun cancel gak balik Ahad tue. Konon2 isnin dah rest kat umah. Memang dah jd tabiat, nak balik KL balik pastu tertangguh-tangguh. Pagi2 tu mak aku dah siap masak lauk + nasi tuk bekal kitaorg. Tapi bila aku ckp x jd balik, terus terpancar keriangan di wajah mak ku. Hihi...

Disebabkan KFC semalam melimpah ruah. Along balik umah dah kul 11 lbh, sapa nak makan byk2 malam kan? Break1st pg tu sedikit western la. Spageti + KFC.. sure la bkn aku yg msk. haha.. Bgn2 tdo je, dah siap. Sumenyer air tgn k.long (sil)

Disebabkan masing2 x jd balik Ahad tu, abg mie (bil) aku ajak g umah mak dia coz dia wat open house tuk membe2 dia. Kitaorg mmg x de plan nak g mana2.. cuma along je maybe g Masjid Kristal tuk snap2 photo. Dalam kul 11 masing2 bersiap nak g umah mak mertua angah.

Aku ingatkan KL je kena harung jem... sekali KT pun kena makan jem gak. Huhu.. Nasib baik teh bagi keta dia. Tak dela sesak sgt bergaduh dgn Ahnaf dalam keta pun.. Perjalanan yg sepatutnya x sampai sejam berakhir dengan 2 jam.. Huhu.. Jem x hengat.. Masing2 kuar g open house kot..

Sampai2 je umah mak mertua angah, masing2 serbu meja makan. Dah x tau malu dah.. Sate, nasi dagang habis dibelasah. Sampai angah kena wat 2 kali air sirap.. Ekekke.. Sory angah.. Konon2 lepas tu nak g cr kopok lekor lak. Nasib baik kakak abg mie offer cal membe dia tempah dulu. So, x yah la nak kena beratur pjg2. Beratur pjg satu hal, silap hr bulan sampai turn je hbs.. Tak ke gigit jari? huhu... Tp tempah pun kul 4 br siap. Masing2 duk jela lepak kat umah tue..

Along pun konon2 nak g Masjid Kristal cancel gak. Tak sanggup nak harung jem lagi.. Ekekeke.. Bila dah lepak tu, faham2 jela..asyik berulang ke meja kuih muih la plak. Angah lak terlebih rajin wat air sirap ais.. Memang baiknyer landing r.. haha.. Muka x tau malu sume lak tue..

Dalam kul 4 lebih, abg mie & abg g amik kopok. Tu pun x siap bungkus lg. Kalau main terjah je, mau berejam menunggu. Siap solat asar sume br kitaorg gerak. Masuk gak bandar KT jap coz abg nak cr air filter keta. Lepas beli tu, terus gerak balik. Sampai umah nenek dah kul 7 lbh. Kesian teh sorang2 melayan tetamu yg datang beraya. Ramai la plak hari tue..

Berakhirnya episod raya di kampung halaman. Malam tu masing2 sibuk mengemas beg2. Konon2 awal2 subuh dah nak bertolak.. X de maknanyer klu dah bgn lambat.. Ekeke..

~ Angah's family... tp ada budak terselit kat tepi tue.. ~

~ 3 sekawan... ~

Tamat la susah episod raya di Terengganu... Nanti kita sambung raya di KL lak yer.. hihi..

~ Aidilfitri 2010 - part 2 ~

Salam syawal ke 20... ;)

Orang lain sibuk duk bercerita sal open house kan? tapi aku psl raya pun x habis lagi.. Ekeke.. Almaklumlah.. raya kan sebulan.. hihi.. Ok, meh kita layan part 2 lak..

Second Syawal x de la kelam kabut ms 1st raya. Masing2 take turn tanpa gaduh2 nak mandi.. Padahal toilet ada 2, masing2 nak g yg satu tu gak.. Pagi ni Ahnaf awal lak bangun, yela, gang makin ramai. Bangun2 je tdo, terus mandikan dia. Siap pakai baju yang Kak Nina dia pilihkan. Tema tuk 3 stooges hari ni adalah warna oren.

Lepas break1st, angah plan nak g umah atok belah ayah. Tapi bila cal, x de org lak. So, cancel plan. Terus pada plan asal, Along g melawat adik ipar membe dia meninggal kat KT, angah g beraya umah membe dia & kitaorg g melawat membe abg accident before raya. Nasib baik kampung kat Koberang gak. Leh la g melawat.. Nak cakap teruk x le sgt tp tgn retak + mulut kena jahit. Accident langgar belakang treler.. Sure la x byk teruk gak kan? Kesian, dah la time raya.. makanan sume besh2..

Lama gak la kitaorg lepak umah kawan abg tue. Tapi gambo yilek...Sibuk melayan Ahnaf pilih kuih raya. Dia makan separuh, separuh lg ibu @ ayah la kena habiskan.. Balik dari umah abg, terus balik umah nenek coz Ahnaf dah kepanasan. Cuaca memang terik, kitaorg lepak kat area dapur je sebbnyer klu naik atas sure x tahannyer.. Ahnaf dah wat perangai nak tdo tp panas. Last2 dengan berpampers je, bawak dia naik keta, pasang aircond & g jalan2.. baru la 'selamat'.. Sampai umah, tranfers ke toto pun x terkejut.

Pagi & tengahhari x de org dtg beraya lg. Tgh hr lak ada kenduri aqiqah sedara. So, mmg x msk la kat umah. Kitaorg g makan umah kenduri je.. Kambing tue.. Memang belasah kaw2 nyer.. Time petang barula ramai org datang. Tak disangka-sangka, K.munira pun datang.. Thanx a lot kak sudi jejakkan kaki ke Koberang. Sampai ke malam tetamu datang. Malam tu aku pun dah flat. Kul 9 aku dah masuk tdo. Along g beli KFC punya la lama. Agaknya masing2 dah muak makan rendang, lemang, ketupat...

~ Ni la 3 stooges yg menghavockan umah nendaku ~
~ Wafiq, Ahnaf & Wafiy ~

~ berdua ngan abg long je sebb abg long x mo ikut ibu g beraya ~


~ meeting bawah meja ngan rayyan ~
~ lupa nak amik gambo ngan k.muni, sory ek kak.. masa tu la ada sedara mara datang lg ~


Friday, September 17, 2010

~ Aidilfitri 2010, part 1 ~

Salam Syawal buat semua...

Alhamdulillah, semua muslimin & muslimat dapat meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.

Bagi aku & family lak.. Tahun ni aku gumbira bangat coz dapat meraikan Aidilfitri bersama-sama family tercinta di kampung halaman. Kemesraan yang pudar kembali terjalin di Aidilfitri ini. Alhamdulillah, bersyukur padaMu Ya Allah..

Kami bertolak balik ke kampung pada hari rabu, 2 hari before raya. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami. Ahnaf lak behave je dalam keta. Penat, dia tdo. Kitaorg bertolak dalam kul 5 petang & sampai kampung kul 10 malam. Sampai kampung, teh tgh sibuk bersihkan umah. Diaorang semua ingat kitaorg sampai tgh malam.. Hihi..

1 Syawal :

Pagi2 lagi aku dah terkejut coz Ahnaf kejut nak susu. Mak & teh dah sibuk kat dapur siapkan menu wajib Nasi Dagang. Aku terus kejutkan abg, nntkan ramai lak nak mandi. So, yg x g masjid tu, mandi lambat2.. Dahulukan yg nak g solat sunat raya dulu.Disebabkan ada volunteer nak jaga Ahnaf, lagipun Ahnaf mmg bangun lambat, so, aku pun g la solat. Sayang woi.. dah bp thn x g..

Masjid kampung aku mmg nak kena g awal2.. Kalau lambat, semayang kat bawahla jawabnya. Ramai sangat org. Dah la pagi raya tu hujan. Nak cakap lebat x de la sangat. Hujan rahmat kata org. Balik2 je semayang, tgk Ahnaf dah siap berbaju melayu n bersampin. Tq too my sil n anak2 buahku. Tapi yg spoilnyer.. Ahnaf berak la plak. Lepas dah basuh berak trs x mo pakai sampin dah.. huhu.. Jenuh ibu g cr semalam tau.. Nampak ada ibu je, trs moody mengada-ngada. Mulut x mo lepas btl susu lg. Time nak salam2 pun x mo salam. Apa la Ahnaf ni...

Lepas je sesi bermaafan & bergambo, semua pakat terjah nasi dagang. Before g masjid tadi masing2 jamah sikit2 je dulu. Lepas solat br jamah habis-habisan.

Lepas dah sesi bersalaman n sesi melantak. Apa lg, tunggu tetamu datang beraya la. Sementara tu, mak aku suh kitaorg g umah atuk sedara dulu. Nanti dorang lak nk g beraya. Umah nenek aku ni memang x leh tgl kosong coz ada je tetamu datang. So, familyku & family abgku g beraya dulu bertemankan ayah tersayang.. Hihi.. Tapi yg sedihnyer, pg tu sempat satu umah je. Baru je nak g umah lg satu, mak aku dah cl, ada sedara aku datg nak jumpa aku.. Lama x jumpa katanya. So, semua ahli rombongan patah balik. Ala, jalan kaki je pun.. bukan jauh sangat. Yang lawaknya, Ahnaf siap tapau kerepek masuk poket baju tue.. Adoi la anakku..

Bila dah balik umah, faham2 jela.. nak kuar sure malas. Lagipun org laki2 kan g solat jumaat. Ahnaf pun lepas je along aku bawak dia g jalan terus tdo sampai ke petang. Huhu.. Penat melayan tetamu pun yer.. Nasib baik la anak2 dara abgku dah beso panjang, so, dorang la amik alih tugas2 aku dulu. hihi...

Raya pertama tu sampai ke malam tetamu datang. Walaupun letih, tapi meriah + gembira sangat. Ni la baru namanya raya. Ada org datang beraya.. n kita pun sibuk melayan tetamu. Nak tgk program raya pun x sempat.

Meh kita layan gambo2 masa raya pertama lak yer. Dah letih mengarang.. hihi
~ my luvly family ~

~ My luvly mum & dad ~
~ Ahnaf wit ibu & ayah ~
~ Budak yg excited beraya ~

Wednesday, September 15, 2010

~ Hari ke-28, 29 & 30~

Salam...

Alhamdulillah, berakhirnya 30 hari Ramadhan buat tahun ini. Semoga kita berpeluang berjumpa dengannya lagi di tahun hadapan & semoga segala amal ibadat kita sepanjang Ramadhan diterima olehNya. Bagi aku, hajat aku untuk berpuasa penuh tak tercapai gara-gara tertinggal sahur. Sehari ku ponteng... huhu... Bagi aku Ramadhan tahun ini, penuh dengan keindahan dan keberkatan. Dengan keadaan diri aku yg tak berapa berdaya, aku masih bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan.

Hari ke-28 :

Kami berbuka dengan lauk2 biasa je. Almaklumlah, nak habiskan stok dalam peti ais. So, apa yg ada tula, kami makan, nasib baik abg bukan jenis yg cerewet. Malam lak, sempat aku siapkan kuih2 raya yang masih lum siap. Hihi, bahan2 byk lagi. So, sementara larat habiskan la bahan2 tu dulu.

Malam ni jugak aku kena siap kemas beg2 baju tuk balik kampung. So, bolehla bawak turun siap2. Biasalah kalau dah namanya umah tinggi, nak bawak turun barang2 paling azab.

Hari ke-29 :

Hari ni aku dah start cuti sebab bbstter Ahnaf dah cuti. Sambil2 tu leh la aku berehat dulu before perjalanan jauh. Abg pun balik awal hari tu. Bangun pagi, terus aku wat kek carrot n kek coklat, sementara tu, aku kemas umah + dapur. Nak tinggal umah kena la kemas siap2.

Dalam kul 4 abang dah sampai umah, tp hujan punyala lebat. Abang lak nak kena hantar moto kat umah Maktok. Yela, bahaya tgl moto kat area umah kitaorg. Lepas je angkut sume brg2 n buang sampah. Kitaorg terus gerak g Gombak. Siap solat asar, dalam kul 5 terus gerak balik kg. Alhamdulillah, perjalanan lancar je. Walaupun keta banyak, tp x de la jem. Maktok dah prepare nasi goreng tuk kitaorg berbuka.

Kitaorg berhenti kat Hentian Kuantan tuk berbuka pose. Tak sabar rasanya nak sampai kg. Lepas je berbuka, kitaorg teruskan perjalanan. Kul 9.30 kitaorg dah sampai koberang. Besh giler bila dah sampai kg.

Sahur terakhir Ramadhan tahun ni, baru aku berpeluang bersahur dengan family aku. Syok giler.. Sapa tak gembira berada di samping keluarga tersayang kan?

Hari ke-30 :

Hari terakhir pose. Disebabkan Ahnaf pun bangun sahur pagi tadi. Kitaorg semua terpaksa 'buat-buat' tdo supaya dia sambung tdo balik. Last2 terlajak sampai kul 8 lebih. Bangun2 je aku tengok teh dah siap2 nak g koberang. Aku pun follow la sekali, alang2 Ahnaf pun tdo lg. Kitaorg soping last minit, beli tudung raya tuk aku, teh n mak. hihi.. Kat pasar punyala ramai orang. Nasib baik teh dah beli lauk pauk.

Hari ni angah pun akan balik buka pose umah nenek, along pun dah on da way dari KL. Cumanya ayah ngah & ayah ndah je x balik. Tapi takpela. Family aku dah cukup gang pun. Tahun ni kitaorg raya umah nenek sebabnya nak raikan nenek. Yelah, ayah ngah & ayah ndah x balik kg. Cuma family aku n teh jela..

Siang2 lagi teh dah order menu wajib iaitu ikan bakar 6 ekor. Juadah buka pose hari tu memang meriah r. Ayah lak siap g mesin tebu tuk anak menantu dia. Tebu fresh sure r rasa besh giler kan... Saat macam ni la yang aku tunggu2 sepanjang Ramadhan. Buka pose ramai2. Ngan budak2 lagi, sure havoc nyer. Air pun dah 2,3 jenis. Lauk pauk usah cakap r. Mak aku siap masakkan sayur kulit rambai + petai tuk aku n bubur lambuk special for me gak. Hihihi...

Buka pose petang tu mmg aku melantak habis-habisan. Ngan bubur lambuk, ikan bakar lagi. Sampaikan x leh nak bangun.. :) Malam lak mak aku prepare barang2 tuk wat nasi dagang, menu wajib di setiap pagi raya umah aku.

Sekian, berakhirnya episod Ramadhan 1431... Semoga kita berpeluang berjumpa dengannya di tahun hadapan... Amin...




Thursday, September 9, 2010

~ Salam Ramadhan 1431 ~

** Entry ini melekat hingga ke akhir ramadhan.. sila scroll ke bawah untuk entry terbaru...

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman....
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya.

Saya juga telah memaafkan saudara saudari dan telah menghalalkan segalanya.


Tuesday, September 7, 2010

~ Hari ke-27 ~









Salam n haluuuuuuuuu

Another 3 days Ramadhan akan melabuhkan tirainyer... Syawal akan muncul.. Semoga lebaran kali ini dapat mengeratkan lagi kasih sayang & silaturrahim sesama insan. Lupakan segala sengketa yang berlaku selama ini. Hulurkan tangan, ikhlaskan hati, sama2 bermaafan...

Hari ni abg mc coz dia kena cirit birit.. Ntah apa yg dia makan pun x tau. Maybe gak popiah yg aku beli. Sebb dia makan byk.. ekeke.. sory cyg.. Sos dia mmg pedas giler..

So, Ahnaf pun duk la kat umah ngan ayah dia. Dah duk umah, faham2 jela. Kul 1.30 ptg br bgn tdo. Huhu.. Ahnaf.. Ahnaf.. Tula, ibu suh tdo awal x mo. Nak gak tdo lambat. Sekarang ni mesti kul 12 ke atas br nak tdo..

Aku pun hampir2 nak buka pose. Letih yg amat.. Nak kena pack brg2 yg perlu sent out.. Dahaga giler. Nasib baik leh tahan sampai berbuka. Hari ni x larat nk masak, so, bukak pose McD jela..
Si kecik tu bukan ingt nak main pun, nampak je playground, mencicit dia lari masuk..


~ nak suh makan pun, kena kepit jap.. ~

Monday, September 6, 2010

~ Hari ke-26 ~

Dalam diam, lg 4 hari je kita dibulan Ramadhan ni... Sedihnya sebb x tercapai hasrat nak berpuasa penuh tahun ni. Tapi apa2pun, demi kebaikan bb gak aku tak pose hari tue... Pagi tadi lepas subuh, seperti biasa, hr cuti, sambung tdo la balik.. Ekeke.. bangun pun sebb si kecik kat dlam tendang2 n si abang dah gegar2 badan.. Huhu.. Si abang apa lg, mintak susu n suh bukak tv la.

Dah buat susu, aku bukak tv, sambil peluk dia. Mataku masih lagi berat, tp lgsg x dikasi can la.. nampak je aku lelap, terus dia gerak suh tgk tv.. Layan kartun sama2 ngan dia. Huhu.. Ahnaf.. Ahnaf.. bg la ibu can tdo lama ckit..

Ahnaf : Ibu, bangun...
Ibu : Ahnaf nak apa?
Ahnaf : Asak acik & fish.. abg nak makan...
Ibu : Ok...

Kesian lak bila dgr camtue.. huhu.. Terus aku g dapur masak nasi n goreng ikan kat dia ckit... Time makan nak demand lak tue.. X mo makan kat dapur.. nak makan atas katil.. Huhu.. Putera kesayangan ayah.. Ajak tgk tv kat luar pun x mo, nak gak tgk tv dlm bilik sambil makan...

Alang2 dah bgn tu, aku x de la nak baring2 lg.. Ikutkan hati mau je aku golek2 lagi.. Ekekke.. Konon2 nak wat kuih raya, tp duk kemas itu, ini.. sedo2 dh zohor. Hari ni ktorg bukak pose kat umah makcik abg kat Salak Tinggi... Before tu, aku ajak abg g Alamanda dulu, nak soping handbag.. Hihi.. Tak dapat lagi handbag raya. Act, bukan tuk raya pun, tp sebabnya handbag lama aku dh hancur, tercabut sana sini dah.. Aku jenis sekali beli biar berbaloi-baloi. Tak de maknanya handbag byk2, maksudnya tuko tuk certain2 place. Aku main belasah je sume. Pakai sampai hancur, pastu br beli yg baru.

Dalam kul 2 lebih, kitaorg kuar umah... Untuk elakkan dari makan jem, kitaorg amik MEX Highway terus ke Putrajaya, sampai2 Alamanda, terus masuk parkson.. mak oi, punyala rambang mata nk memilih bag.. Aku g kat area Guess, tp x byk sgt pilihan.. maybe dah ramai yg rembat, nak masuk butik malas lak. Ahnaf lak sibuk ngan car dia. Tak hirau org ramai budak tue. Dapat je yg berkenan di hati n abg pun berkenan, terus g beratur bayo. Pjg ok q dia.. Abg lak sibuk berkejar ngan Ahnaf dalam Parkson tue..

Sampai2 umah aunty dlm kul 6, dh siap masak pun. Tumpang asar jap n anak dia ajak g bazar, so,aku follow sepupu abg. Tak berapa besh coz kuih x byk, yg byk lauk pauk, aku just beli popia basah. Alhamdulillah, kenyang giler. Lps maghrib, mkan lak bubur jagung. Memang melantak je la kejenye..sampaikan kuih raya pun ktorg dah balun.. ekeke..

Kul 10 lbh gak la baru ktorg bertolak balik. Aku n Ahnaf naik keta ngan cousin abg coz dia takut drive sorang2.. Sampai kat Petronas Sungai Besi baru tukar keta... Ahnaf mmg awal2 dh selamat.. Letih bermain sehari suntuk.

Sampai umah pengsan keletihan...



~ Hari ke-24 & 25 ~

Salam...

Dari tadi aku duk bukak tutup bukak tutup blog ni.. Time nak wat entry je, ada je cal fon la, nak itu la, nak ini la.. Sekarang ni br berkesampatan nak mengarang...

Hari ke-24 :

Hari ni aku buka pose berdua je ngan Ahnaf. Abg bukak pose kat luar. Tak de selera la plak nak makan nasi. Just masak tuk Ahnaf je. Aku lak makan kuih puteri mandi yg aku wat hari khamis tue. Lepas solat sume.. layan lak kerepek ngan Ahnaf sambil2 wat kuih raya.

Tuk sahur cam malas nk masak, so, aku order ngan abg nasi goreng kampung. Tapi sayangnya.. terkejut je dah kul 6.45 pg. Nak sahur apa nyer.. Bgn subuh jela.. perut dah start berbunyi, yelah, semalam x makan nasi...


Hari ke-25 :

Firsttime sepjg bulan pose thn ni x bgn sahur. Ikutkan hati, nak je pose tp abg x kasi sebb aku dah la x makan ns sejak semalam. Abg suh makan gak, so, dah x cukup sebulan pose aku thn ni.. Sedih woo...

Hari sabtu mmg hari operasi umah. Sempatla lap cermin n susun sofa. Vacuum n mop sekali.. Ingat nak wat kuih raya tp x sempat lak. Sebab misi mencari baju raya lum tercapai. Hari ni kitaorg menghala ke Wangsa Maju. Plan asal nk cr kat carefour je. Tp bila nampak Wangsa Walk, terus tuko plan. Byk gak pilihan, rege pun dah byk dia turunkan. Biasala, dah dekat2 ngan raya kan.. Pilih punya pilih, ada la satu jubah yg lebih kurang warna maroon gak walaupun color dia merah + hitam.. Huhu.. dah letih mencari, aku belasah gak la..

Dah dapat apa yg dihajati, kitaorg terus g Gombak amik maktok tuk berbuka pose. Hari abg belanja buka pose tuk family dia + nenek dia kat Muhibbah.. 2 mgg berturut g sana.. Hihi.. Ingatkan kul 6.30 br nak gerak dr Gombak. Tp maktok lak dah siap2, dia ckp jln jem la.

Sampai TTDI, trs ke Masjid Taqwa. Sebb lepas maghrib br gerak g Muhibbah.. Ahnaf ni mentang2 la masjid tu luas, sibuk dia berlari sana sini. Aku dah surrender. Walaupun x pose, tp aku just makn ns goreng pg tu je.. Huhu...

Lepas je maghrib, trs gerak g Muhibbah.. Dah namanyer makan ramai2 ada je yg x kena la.. Itu x kena, ini x kena.. Aku malas nk masuk campur, aku tunjuk je makan.. pening r kepala, bising je memanjang, hbs lauk , aku suh abg amik, habis air, aku suh abg letak... Akhirnya, dalam duk complaint itu, complaint ini, habis gak makan.. Huhu

Friday, September 3, 2010

~ Al-kisah Ahnaf ~




Kali ni berkisahkan anak terunaku sorang tue. Makin beso, makin pjg akal n makan petah dia bercakap. Kadang2 aku & abg x terlayan cakap dia.. Sepanjang masa ada je nak dicakapkannyer.. Ada yang aku faham & ada yang aku buat2 faham.. Hihi.. Dulu, ms dia bb, abg x sabo nk dgr dia ckp.. Ha, sek amik ko, sekali dia ckp, x berhenti.. Dalam keta, start je masuk, mulut dia terus bising, car cantik, tu bus, tu lorry, tu moto.. nampak org naik beskal, abg naik beskal.. Kalau byk keta kat jalan, bygkan la.. setiap keta dia nak sebut... dia senyap time nyusu n tdo..

Tp syok sebenarnya layan dia cakap.. Aku lak jenis suka mengusik. Bising r dia.. Hihi...

Kejadian 1:

Ada satu malam tu, aku tgl ngan dia je, aku sibuk wat biskut raya. Tiba2 dia datang..

Ahnaf : ibu, abg takut
Aku : abg takut apa?

Ahnaf : takut hantu...
Aku : mana de hantu la, ni kan bulan pose
Ahnaf : ada, ibu tgk sana.. ( sambil tolak pipi aku suh tgk kat lorong nk g pintu depan )
Aku : takde la abg
Ahnaf : ada, ish ibu ni... tgk r sana ( sambil tolak lg pipi aku )
Aku : Ok, klu abg takut, abg baca Allahuakbar kuat2..
Ahnaf : Ok ibu.. Allahuakbar... (sambil tgn angkat takbir nak solat.. hihi)
Aku : Gud boy
Ahnaf : ibu, baca doa ( angkat tgn suh bc doa.. yela, dah lepas solat kan.. ekekeke)

Layan jela.. nak tergelak pun ada.. tp nasib baik la bulan pose.. org yg berani pun leh jd takut.. Ahnaf.. Ahnaf...

Kejadian 2 :

Aku kat dapur tgh masak masa tue, tb2 hp aku bunyi. Mesej je pun, so, aku wat x tau jela.. Sambil sambung masak..

Ahnaf : ibu.. ibu.. henpon ibu (sambil kasi hp)
Aku : tq
Ahnaf : came2..


Aku sambung masak, dia sibuk duk kat dapur gak...


Aku : abg ni sibuk r.. g main sana..
Ahnaf : ibu r sibuk..

Aku : asal lak? ibu nak masak r
Ahnaf : ibu duk kusi abg ( br aku perasan, aku ddk kusi dia.. patutla dia ckp aku sibuk.. )


Kejadian 3:

Ahnaf : Ibu, Azra nangis ( azra tu anak bbstr dia )
Aku : Knp azra nangis?
Ahnaf : abg r wat...
Aku : ( terkejut giler.. ) knp abg wat azra?
Ahnaf : Ntah.. saje kot...


Aku pun tanya r bbstr dia... ahnaf ada ke buat Azra. Akak tu cakp, bukan Ahnaf wat... tp Azra tu dah start meniarap.. Ahnaf lak takut azra tu lemas, dia ckp r jgn wat camtu.. yg si azra tu lak ingat Ahnaf marah dia.. tu yg terus melalak, sebab Ahnaf menjerit time tue.. huhu.. lega aku, sapa x bimbg woo anak kita wat kat anak org lain... Aka

Walaupun kadang2 karenah dia btl2 menguji keimanan & kesabaran aku... Tp karenah dia jugak yg buatkan aku terasa gembira, release tension & x sabo nak balik umah...

~ buah hati pengarang jantung ku.. ~

~ Projek kuih raya 2010 part 1~

Projek kuih raya datang lagi! hihi... Kali ni edisi 2010.. Setakat ni aku baru je siapkan 2 jenis kuih. Tu pun jenuh nak siapkannyer.. Tapi kan, beli brg2 kuih cam nk wat 10 jenis.. ekeke.. InsyaAllah, weekend ni pulun habis-habisan.. Tupun, aku wat malam2.. kul 9 lebih br start bancuh sume.. Biasanya aku wat biskut jenis bulat2, tp tahun ni cam rajin lak nak mencanai n wat bentuk2.. Meh kita usha kuih raya yg dah complete:

1)

~ biskut Marmar Carries ~

Biskut ni mmg feveret aku dr dulu. Dapat resepi terus try wat. Rasa dia leh tahan.. Hihi.. lemak2 sebab ada susu tepung, dulu mak kau selalu order ngan arwah makcik sedara coz dia wat sedap giler.. sek ni ssh nk cr biskut ni yg sedap.. Better try wat sendiri, walau x sedap tp puas hati.. cumanya aku tak berapa nak puas hati, coz comot, acuan yg aku pakai kecik kot, lagi satu, topping dia x cantik coz x guna gula icing.. Cair lak tu, bila dah meleleh ke tepi senang la hangus gula tue.. Tak pe, 1sttime try.. Ada masa, leh try lg.. Hihi

Resepi tuk biskut tu aku amik kat cni.. Mohon copy & paste yg chef..

BISKUT MARMAR CARRIES
125 gm mentega
100 gm gula aising
1/2 sudu teh vanila
40 gm susu tepung
250 gm tepung gandum }

80 gm tepung jagung } ayak
½ sudu teh serbuk penaik }

Bahan hiasan
1 biji putih telur
120-140 gm gula aising }diayak (berasingan)
15 gm tepung jagung }
Sedikit pewarna hijau

Cara membuat

1.Pukul mentega, gula aising dan vanila hingga sebati.
2.Masukkan sedikit demi sedikit susu tepung dan bahan ayak.
3.Uli hingga menjadi doh lembut.

4.Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk ‘hati’.
5.Sapukan hiasan ke atas biskut. Lorek dengan lidi koktel membentuk garisan.
6.Bakar pada suhu 170 C selama 20-25 minit atau sehingga masak.
7.Untuk hiasan: Pukul putih telur dan gula hingga pekat.
8.Masukkan tepung jagung, kacau sebati.
9.Ambil 1 sudu besar adunan dan campurkan dengan pewarna.

2)
~ Biskut Irish ~

Biskut ni firsttime aku dgr, tp tgk bhn2 dia sonang je, kebetulan ada lg bal shortening time wat karipap pusing hr tue. Tu yg aku belasah buat. 1 adunan leh dapat satu balang plastik tue. Biskut ni bila makan, cair di mulut.. Tu yg besh... Org x de gg pun leh makan..

Resepi tuk biskut ni aku amik dari dapur CMG.. mohon copy & paste yer..


Bahan A:-
180 g mentega
20 g shortening (lemak sayur)
130 g gula halus
1 kuning telur
1 camca teh nescafe (mat ganti dengan esen vanilla)
1 camca teh esen kopi (pun tak bubuh sebab tak de)

Bahan B:-
200 g tepung gandum
100 g tepung sagu ubi
1/2 camca teh serbuk penaik
40 g nestum, dikisar halus

Bahan Hiasan:-
Kuning telur untuk sapuan
Gula bewarna atau apa jelah ikut suka, sebagai hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan A dalam mixing bowl dan pukul hingga semua sebati dan berkrim. Perlahankan speed dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias ikut suka. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
  3. Bila keluarkan dari oven, biar biskut dalam dulang sementara waktu (mat perhatikan, biskut agak lembut masa dalam keadaan panas). Bila biskut agak keras boleh dialihkan ke jaringan dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..
Insya Allah lepas ni, akan menyusul kuih2 lain... Itupun kalau keadaan mengizinkan.. hihi

~ Check up 33 weeks ~

Rabu lepas, aku ada checkup kat clinic. Sekarang kan 2 mgg sekali kena checkup. Aku pun dh masuk mgg ke 33.. Makin berdebar la plak.. Hihi.. Alhamdulillah, doc ckp bb dh duk dalam kedudukan ok.. Berat aku pun naik ckit.. cumanyer sekarang ni aku senang sangat cramp kaki. Kadang2 tgh2 malam dia datang menyerang, kalau sebelah2 ok lagi, ni kdg2 dua2 kaki dia serang. Dulu biasanya kat labu betis, sek ni kat tepi kaki lak. kat buku lali tue. Pedih yg amat.. Rasa nak nangis je..

Ni lak result checkup aku :

Berat : 60.5 kg
BP : 110/60

cumanya urine aku kotor.. Maybe sebb aku x byk minum air kosong. Lepas ni kena minum byk2 la.. Hihi

Preparation brg2 bb pun dah complete. Tinggal nak masuk bag n letak dalam keta je lagi. Semoga Allah permudahkan urusan ku.. Amin...


~ Hari ke-22 & 23 ~



Salam,

Hari ke-22 :
Disebabkan masih belum berkesempatan nak beli lauk, kitaorg decide bukak pose kat luar jela. Lagipun bagi meneruskan misi soping, kali ni soping handbag ibu & sandal raya tuk ayah. Lepas keje, aku g klinik tuk check up dulu. Alhamdulillah, x de org, so, kul 5.30 dh siap. Balik umah amik abg n Ahnaf, terus g Jusco. Sampai sana, pening lak nak buka pose kat mn, nak kena book awl2 takut full lak kan. Sambil2 jalan, nampak la plak Kenny rogers. Abg ajak bukak kat situ je. Book siap2, br msk Jusco. Sambil abg pilih2 sandal, aku usha2 baju gak. Ada gak yg berkenan tp kain t-shirt la plak. Jubah modern + design cantik. Cuma cam x berkenan kain je. Harga pun leh tahan.. Sayangnya, kain aku x berkenan.. Tengah2 duk memilih, anak teruna wat projek lak, patutla, duk diam je cangkung depan cermin.. Terpksa cr toilet tuk tuko pampers dia.

Siap bayar kasut abg, ktorg usha dept handbag. Rambang mata memilih. Sume nampak cun.. Ada yg berkenan, tp x de yg baru la plak. Kalau nak, kena amik yg dah display tue. Huhu.. Apa malang beno nasib aku, dah 2 kl kena camni. Frust lagi la jawabnya. Abg ckp, x pe, nnt kt cr kat lain.. Uwaaa...

Ahnaf lak nampak je menan, terus nangis nak g main. Ibu & Ayah dh x sabo nak buka pose. Nasib baik pujukan berjalan lancar, sebb ada bawak keta n moto dia. Huhu.. Tp x lama pun, bila dia ingat balik, terus ajak g main gak. Masa balik tu, terpaksa pusing ikut jauh sebb x mo bg dia nampak menan...

Balik dr Jusco, terus g Tesco beli barang2 dapur. Mmg dh licin habis. Sampai2 je Ahnaf terus mintak main moto.. Layan jela dulu. Sementara tu, aku usha baju.. Hihihi... asyik usha je kan.. Nak wat camne, ssh tul nak dapat yg berkenan. Tp sayang, kt Tesco tu x byk jubah, byk baju kurung je..

Balik umah terus flat.. Pagi tu hampir2 x terlajak. Sedar2 dah kul 5.12.. Masak nasi, n tlo mata jela... Huhu.. Abg lak request nugget.. Nasib baik leh tahan sampai ke ptg..

~ aksi Ahnaf & moto ~

Hari ke-23 :

Hari ni ngantuk giler. Aku rasa x pernah2 aku mengantuk yg amat sangat. Sampaikan leh terlena walaupun sambil duduk.. Huhu... alangkah beshnyer kalau dapat berurut.. Sure lega segala urat2 tersimpul. Nampak gayanya tgg urut dalam pantang jela. Huhu..

Balik umah, terus masuk dapur.. Menu hari ni, ikan cencaru belah belakang. hihi.. firsttime try, abg ckp not bad.. Pastu disebabkan dah lama terbayangkan puteri mandi. Lepas siap masak sume, aku bancuh tepung. Alhamdulillah, sempat makan ms berbuka. teringat lak puteri mandi nenek. Kalau kat kg, nenek selalu buatkan aku kuih tue. Time paling besh, masa nak gentel bulat2 tue. Kenangan manis zaman kanak2 x leh dilupakan.. Masih ada lg keinginan terhadap kuih yg lum dilunaskan.. Nampak gayanya tunggu balik kg jela. Sebab kat cni susah beno nak cr.. Meh aku list kan ek.. hihi :

1) Nek bak.. (tp aku ni suka makan yg kosong, yg x sira tue.. )
2) Kuih bakar mak

Mesti ada yang tertanya-tanya camne rupa nekbak tu kan? Jap ek, aku google gambo dia..


~ ha, nila rupa nekbak yg dah disira ngan air gula, sebelum sira, kecik je sz nyer & tawar je ~

Kalau yg dh disira ni, makan sejuk2 lg sedap... Erm.. meleleh lak air liur...

Lepas solat sume, aku sambung projek kuih raya. Hihi. Abg kuar g cr Musang King. X habis2 ngan musang king dia tue.. Huhu.. nasib baik Ahnaf sporting cuma nyer kejap2 dtg, " abg nk kuih ibu" adoila, x msk lg pun dh mintak nak makan.. Nasib baik ada biskut yg dah siap hr tue, bg jela.. Lagi mood raya kot Ahnaf tue.. Hihi.. Kisah biskut raya nnt aku wat kat entry lain yer..

Wednesday, September 1, 2010

~ Hari ke-20 & 21 ~

Tinggal lagi 10 hari kita bersama bulan Ramadhan yang mulia ini. Sudah cukupkah amalan yg kita buat? Terasa sayang lak nak berpisah dgn bulan yang penuh keberkatan ini, bukan apa, takut tak sempat jumpa lagi di tahun hadapan. Mungkinkah ramadhan ni, ramadhan terakhir buat kita?...

Hari ke 20 :

Balik keje, aku rushing g Bagus tuk beli barang2 wat kuih raya.. Tahun ni seperti biasa, aku masih ingin wat sendri kuih raya seperti tahun2 lepas. Memang dah jadi trend sejak zaman budak2 lagi.. Hihi... Balik je dr Bagus, terus prepare lauk berbuka. Cukupla sekadar ikan masak kicap, sayur bendi goreng n telo dadar + buah tembikai. erkk.. kenyang... Esok cuti, ingat nak wat kuih raya.. Tp keadaan badan x benarkan aku tuk trs bertahan. Lepas maghrib, aku baring n terus terlelap. Kul 9 lebih br terjg, coz panas giler rsnya. Pdhal kipas dah menghala ke aku. Terus bangun mandi + basuh baju2 baby..

Bila dah tdo, sure la dh x ngantuk. Abg lak kuar lepas ngan kawan2 dia. Apalg, malam tu gak aku mulakan project kuih raya.. Hihi.. Ahnaf aku umpan suh tgk Garfield. Biskut pertama pilihan aku Marmar Cherry.. Tp aku rs acuan yg aku guna terlampau kecik.. Susah nak letak topping dia.. meleleh lak, n time bakar sure r hangus coz dah namanya air gula.. Huhu.. Takpe, first time wat.. Malam tu je dekat kul 2 br aku tdo. Siap wat kuih, layan lak Ahnaf. Makin aktif la plak. Adoi la.Mata ibu dah x leh nak tutup, tp dia paksa gak suh tgk Garfield. Last2 aku ttp tv, bising gak la.. lepas dah kena peluk, terus lena. Tp rsnya2 aku dulu yg lena.. Hihi...

Hari ke-21 :

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Semalam aku tgg gak sambutan kat tv.. Tp sume channel x de.. Pg2 td, bukak tv tgk sambutan kat Bukit Jalil, not bad gak walaupun dalam stadium.. Hari ni seperti yg dah dijanjikan, operasi mengemas umah. Budak kecik tu pun sama bz, nak mengemop lantai...

Hari ni mmg x yah masak, lauk pun dah yilek... Lagipun dah janji nak bukak pose sama2 ngan cousin abg n jln2 cr bj raya aku.. Hihi.. Kul 3 ktorg kuar g Alpha Angle, coz ingt nak cari bj kat Care4 Wangsa Maju. Dalam duk ronda dalam tue, tak sedo dah kul 6, cr2 tmpt bukak pose semua dah full, ramai giler org kan.. Last2 food court gak jd pilihan. Konon2 lepas tu nak g care4, ada lak suggestion ajak g Danau Kota. Ok gak tue, aku ikut je, as long aku dapat bj raya.. Hihi

Sampai2 Danau, br nak bukak, lepak kat SZ dulu.. lepas tu br cr baju. Adala yg berkenan, tp sayang seribu kali sayang, kain dia dah rosak.. Huhu.. sedih giler.. Balik dalam frust yg teramat sgt.. before balik kg, kena gak cr bj raya.. Tp blk ttp ngan habuan, sepsg bj tuk Ahnaf..


~ rajinnyer anak ibu, dgn berpampers je lak tue.. ~


~ ni lak sementara tgg ayah ahnaf & uncle2 g semayang, kurung dlm ni, x de la berkejar dlm jusco tue.. ~

~ Hari ke-19 ~

Hari yang sangat memenatkan... Dari pagi sampai petang aku ada kelas kat Uitm.. Dah la turun nai tangga. Sekarang ni lak, keta dah x leh park kat atas.. kena park bwh bukit.. Menapak naik bukit lagi. Dengan puasa, bag berat + perut dah kedepan ni, bayangkan la camne aku melangkah.. Sampai2 atas, amik nafas dulu. Nila namanye pengorbanan seorang pelajar dalam menuntut ilmu. Semoga ilmu yang diperolehi dapat mengubah kehidupan di masa hadapan.. Amin...

Aku ada mid term test tuk 2 subject n 1 presentation for bel. Tapi yang bengangnya, aku dah siap prepare speech aku, tb2 lec cancel lak. Huhu.. Next seminar br present. Memang la suka tp aku bimbang keadaan aku ni, cam x larat je.. Huhu... Sekarang ni pun aku dh start rasa sakit belakang yg kdg2 amat sangat sakitnya.

Nasib baik sume kelas lec pendekkan. Tapi sampai umah kul dekat kul 7 gak.. jem x hengat nyer.. Sampai2 umah, abg dah siap prepare makanan. Cukupla walaupun panas lauk semalam je.. Lepas solat maghrib, aku terus operasi baju2 yg dah berbakul tak berusik. Siap settle kain2 aku mandi n terus pengsan. Ahnaf semestinya dilayan oleh ayahanda nyer..



Thursday, August 26, 2010

~ Hari ke-17 - ke-18 ~



Salam Ramadhan & salam kemerdekaan buat semua...

Dah 2,3 hari x de n3 br kan? Sebenarnya hari2 bukak blog, tp time nk menaip je, blank la otak ni.. x tau nak taip pe, tu yg wat n3 sekali harung... hihi... Jom layan k..

Hari ke - 17:

Aku cuti hari ni sempena Nuzul Quran. Opis aku sebenarnya di KL tp ktorg semua duk S'gor. So, boss decide kitaorg follow cuti S'gor... Dah namanyer cuti kan.. lepas subuh memang terbongkang balik la.. Hihi.. Sampai abg pun terlewat g keje. Dia jeles giler aku cuti hr ni.. Aku n Ahnaf sambung tdo sampai kul 9 pg.. Before Ahnaf bangun, aku masak roti tuk dia n sempat r kemas2 umah ckit. Bangun je dia, terus aku mandikan n bagi dia makan. Layan dia main kejap coz kul 10 aku ada appointment tuk facial..Dah lama x wat so, sempena raya ni, sekali harung la.. Hihi.. Siap2 sume, aku hntr dia g umah bbstr. Aku lak terus g wat facial. Punya la syok saat di belai2.. ekeke... sampai2 tertdo aku. Sedar2 akak tu kejut nak cuci mask..haha.. amik ko, berdengkur ke x tau la.. ;)

Siap2 facial, balik umah masak nasi n goreng ikan tuk Ahnaf. G amik dia, last2 dia tdo lak. Lepas semayang jumaat br anak akak tue hantar. Bila dia dah balik, sure nak melekat jela. Haha.. Last2 aku pasangkan dia cd garfield. baru la leh aman ckit study + wat assignment. Oh ya, menu petang tu simple je, coz lauk pun dah tgl sipi2 kan.. Cukupla sup ayam, sambal bilis, sayur sawi + tlo dadar... Alhamdulillah...

Hari ke - 18 :

Hari ni dapo tutup, coz ada membe abang belanja makan kat Muhibbah.. Besh.. besh... So, pagi2, aku studyla dulu, sedor diri esok nak mid term test.. Huhu... Lepas zohor, abg suh siap2 coz dia takut dia tertdo lg. Haha, plan mula2 nk g ikea + ikano, cuci2 mata, pastu abg lak ajak g services keta kat Eneos JJ Kepong, aku orait je coz leh cuci mata gak kan.. Yang x tahan tu, siap bawak note bagai.. Konon2 nk study.. Non adonyer... hahaha...

Sementara abg tgg keta + Ahnaf pun dah tertdo kepenatan main2.. Aku naik atas, bahagian bb, nak beli kelengkapan bb yg lum complete. Sekali dah amik barang2, nak g bayar, tgk kat cashier berlingkar-lingkar, terus letak balik brg2.. Usha lak bhgn handbag. Mak oi, rambang mata, ada la yg aku berkenan, tp klu dah namanya sorang2, x leh nak mintak opinion. Salesgirl mmg sume ckp cantik ngan aku. Huhu.. Last2 turun dgn tgn kosong je.. elok2 aku turun, keta dh siap, masa tu dah kul 5 lbh, mn sempat dah nk g Ikea. Terus g TTDI la jawabnya. nasib baik dah book since monday.

Lauk punya la byk dorang order, dah la sume double. Tapi ok gak, siap leh tapau bawak balik tue.X yah ssh nak masak sahur.. Hihi.. Time bayo lg besh.. sekali bil RM 400.20. Kawan abg budget dalam Rm500, ok la tue.. Thanx ye.. Gambo lauk pauk x de coz eden malu la nak snap2..


~ sementara tgg ayah daftar tuk servis keta, ahnaf sempat paw ibu main motor ni.. lyn jela.. ~




~ Hari ke-16 ~

Salam Ramadhan..

Ha, amik ko, hari2 ada je n3 merapu meraban dr aku.. Tiba2 terajin lak bulan2 pose ni.. Hahaha.. Oh ya, semalam aku cakap x tau nak masak apa kan? Sekali abg msj, dia ckp nak buka pose kat Klang ngan membe2 forum dia. Aku ckp ok la.. Aku just beli kat bazar je. Tp dia suh aku blk umah dulu.

Sampai2 umah, dia msj nak makan apa, aku ckp la nasi ayam pun okla.. Aku ni jenis x reti klu nak main order je, melainkan aku dah tau kesedapan makanan tue. So, berbuka semalam, kami berbuka ngan nasi ayam & abang ada beli laksa penang. Tapi x menepati citarasa pun. Oh ya, my hubby tak jadi buka pose kat luar, katakan kesian kat isterinya ini.. Hihihi..

Tuk sahur, abg request nasi goreng. Before tdo, aku dah siap masak nasi n tumbuk cili + bawang tuk nasi goreng siap2. Yela, takut terlajak lagi kan.. Memang btl, aku bgn2 dah kul 5, nasib baik semua bhn dah ready.. Just campak2 je dalam kuali..

Memang aku akui badan aku makin letih + penat. Ngan kat opis keje makin banyak. Bb kecik pun makin aktif menendang, sampai senget2 perut aku. Selama ni makin nak habis pose, makin kuat.. Maybe gak usia kandungan aku makin meningkat kan.. Aku harap, aku dapat habiskan pose sebulan tanpa ponteng.

Tuk hari ni, dah plan dalam kepala otak aku ni nak wat ayam masak halia. Harap2 menjadi la.. Hihi.. Yang pasti, esok cuti!!!!!!!! Tuk warga Selangor, selamat bercuti yer.. Hihihi... Aku ingat nak wat facial esok... :) dah berkarat muka ni..



~ Senyuman Manis Si Comel Give Away ~

Salam...

Kali ni aku nak try luck dalam give away yang dianjurkan oleh Mama Nik Irfan Zarith plak sempena besday anak terunanya yang ke-2 pada 20 August . Tertarik giler ngan hadiah dia yg lumayan giler2 tue.. Sapa2 nak teringin, meh terjah ke blognyer...

Click here ------>

Before kita tgk gambar yang aku pertaruhkan, meh kita check syarat2 yang diletakkan yer.. Sonang jor.... ( copy paste from blog Puan penganjur )

Syarat-Syarat Penyertaan :
1) Contest berlangsung dari 15hb Ogos sehingga 31hb Ogos 2010 (12midnight)
2) Anda mestilah menjadi follower blog ini - done
3) Sila letakkan banner "Senyuman Manis Si Comel Give Away" di sidebar blog anda dan anda perlu link back ke entry GA ini - done
4) Buat simple story yer berkaitan senyuman si comel anda itu - done
5) Sila letakkan juga banner "Senyuman Manis Si Comel Give Away" beserta link ke dalam post anda.
6) Letakkan gambar si comel anda dengan senyuman yang paling manis. (Anak saudara/Anak kawan/Anak Jiran adalah diterima tapi make sure parents dorang tau la yer.. jgn smpai ada masalah dikemudian hari). - done
7) Syarat umur sicomel adalah dari 6bulan - 3tahun (Kalo lebih pon bkn saya tau kan.. tapi biarlah jujur yer) - done
8) Untuk mengelakkan juri rambang mata, hanya SEKEPING gambar sahaja boleh dipertaruhkan. Gambar original, bukan edit. - done
9) Di bawah gambar sicomel, sila sertakan: - done

Nama Penuh Sicomel:
Umur Sicomel:
Status Sicomel ((Anak Sendiri/Anak Saudara/Anak kawan/Anak Jiran) :
Nama Pengirim:

10) Selepas siap post anda, sila tinggalkan link post contest blog anda di bahagian Comment - done
11) Saya akan tinggalkan jejak di ruangan comment di post contest blog anda setelah saya menerjah blog anda itu. - silakan yer puan penganjur...
12) Sebarang pertanyaan,tinggalkan mesej di Shoutbox ye
13) 3 gambar terbaik akan dipilih sebagai pemenang (Tiada tempat pertama, kedua atau ketiga )
14) Nak tau hadiahnya?? Pemenang-pemenang berhak memilih apa saja hadiah yang mereka ingini (Dah tentu yang dijual di dalam blog ini yer!!) termasuk la jika mereka inginkan 1pack busha lengging yg mengandungi 18pcs lengging *wink
15) Satu pemenang cuma boleh memilih satu item saja sebagai hadiah yer.. memilih ITEM, bukan design.. design yg akan beri bergantung pada stock in hand pada masa itu

Ok, untuk give away ni, aku pertaruhkan gambar yang ini...


Nama Penuh Sicomel: Ahnaf
Umur Sicomel: 2 Tahun 1 bulan
Status Sicomel ((Anak Sendiri/Anak Saudara/Anak kawan/Anak Jiran) : Anak kandung
Nama Pengirim: Ibu Ahnaf

Meh nak story mory ckit about this pic.. Act, masa ni tb2 Ahnaf amik kopiah tu n letak atas kepala. Ibu pun cepat2 la amik camera nk snap pic anak teruna kesayangan ni... Harap2 gambo ni menepati ciri2 yang penganjur & juri nak yer...

Anak terunaku ini selama ni kalau suruh senyum dia sengih, tp kali ni, Ya Ampun, ibu cair giler2 tengok senyuman manisnya itu.. I luv u la Ahnaf... muahh muahhh


Meh kita join ramai2 give away ni.. Syok wooo hadiah dia... Makin ramai masuk, makin meriah...
& Buat Nik Irfan Zarith, Happy Birthday in advance yer.. semoga menjadi anak yang soleh & berbakti pada ibu bapa, agama & negara...