[go: up one dir, main page]

Wednesday, September 25, 2013

KISAH BIAWAK YANG BERIMAN

Kisah ini pernah ditulis oleh Ustaz Zahazan Hj Mohamed dalam Majalah Solusi Isu (1) iaitu kerana rezeki, masuk neraka dalam ruangan pelik tetapi benar.

Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam kitab Al-Bidayah Wan-Nihayah bahawa al-Baihaqi menceritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali Ad-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq, dalam sebuah kisah yang disampaikan daripada Umar ra.


Dhab

"Rasulullah s.a.w. sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah s.a.w. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.

Melihat ramai yang berjalan itu, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi s.a.w. maka dia terus mendekati Nabi s.a.w. lantas berkata "Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya.!”

Umar Al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan berkata “Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!”

Nabi s.a.w. tenang menjawab permintaan Umar : “Wahai Umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?”

Nabi s.a.w. kemudiannya berkata kepada Arab Badwi itu “Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!”

Arab Badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata “Demi tuhan Lata dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu,” katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya ke hadapan Nabi s.a.w.

Nabi s.a.w. memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dalam Bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir “Ya wahai Nabi s.a.w.”

Nabi bertanya; “Kepada siapakah engkau beriman?”. Jawab biawak itu; “Saya beriman kepada tuhan yang di langit itu a’rasy-Nya, di bumi itu kekuasaan-Nnya, dan di lautan itu jalan-Nya dan di syurga itu rahmat-Nnya dan dalam neraka itu azab-Nya!”

Tanya Nabi lagi; “Aku ini siapa wahai biawak?”. Jawab si biawak; “Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekelian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!”

Mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata; “Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amatku kasihi zahirku dan batinku.” Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ini ialah contohilah akhlak Rasulullah s.a.w. dalam menegakkan syiar Islam iaitu dengan cara yang berhemah dan tutur kata yang lemah lembut. Dengan tindakan demikian orang-orang yang belum beriman akan tertarik untuk beriman. Selain itu kita dapat lihat bagaimana seekor biawak (dhab) telah beriman kepada Allah s.a.w. bahkan menyokong perjuangan Nabi s.a.w. Manakala manusia yang telah dianugerahkan akal ramai yang masih lagi tidak beriman kepada Allah s.a.w. Bahkan masih ramai yang menidakkan perjuangan untuk mendaulatkan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Sekurang-kurangnya malulah kepada seekor binatang yang bernama biawak ini wahai manusia yang menolak dan mendustakan perjuangan Rasulullah s.a.w.

kredit : link

TABARRUJ

Apa itu tabarruj?
- menzahirkan perhiasan, mencantikkan lagi kecantikan asli wanita, berwangian (yg berlebihan) dan lenggok ketika berjalan (secara mengada-ngada).
- Tabarruj mempunyai pelbagai sudut, tidaklah hanya mereka yg membuka aurat dianggap bertabarruj, bahkan mereka yg berpakaian menutup ttp tidak mengikut syarat hijab yg syar'ie juga dianggap bertabarruj.

Hukum tabarruj.
- tabarruj adalah dosa besar
" Dua golongan dari ahli neraka aku tidak akan melihat mereka; satu kaum yg bersama mereka cemeti spt ekor lembu, mereka memukul manusia dgnya (yakni org yg berkuasa dan menyeksa manusia sewenang-wenangnya) dan wanita yg berpakaian tetapi bertelanjang, langkah jalan mereka berlenggang-lenggok, manakala rambut mereka bagaikan bonggol unta, mereka tidak akan masuk syurga dan mereka tidak dapat mencium bauan syurga, sedangkan wangian syurga itu dapat dihidu dalam jarak yang jauh" (Hadis riwayat Muslim)

Ini bukan hijab!
Berpakaian ketat, menampakkan bentuk badan, berwangian berlebihan dan sebagainya merupakan pembuka jalan kepada tabarruj.

Tabarruj terbahagi kpd dua:
1. tabarruj yg jelas - berpakaia tidak menutup aurat, mencukur bulu kening, menghias wajah secara berlebihan dsb.
2. tabarruj kurang jelas /moden - wanita muslimah memakai tudung dlm bentuk moden ttp bertentangan dgn hijab yg memenuhi piawaian 'patuh syariat'.

Nabi melaknat mereka yg bertabarruj di kalangan ummatnya.


TENTANG HIJAB

APA ITU HIJAB?
Dari segi bahasa Arab, hijab membawa erti "halangan untuk sampai" - al man'u minal wushul' - itulah sebabnya dlm penggunaan bahasa Arab, perkara yg menutup atau menghalang pandangan antara dua pihak dipanggil sbg hijab. Atas makna bahasa itulah, makanya pakaian yg menutup aurat wanita dipanggil hijab kerana ia menghalang pandangan orang lain dari melihatnya.

Pemahaman hijab menurut syara' ialah "penutupan anggota badan wanita muslimah dari pandangan lelaki yang bukan mahram."


SYARAT HIJAB SYARIE
1. Menutup eluruh anggota badan kecuali tangan dan muka.
"Wahai Nabi, katakanlah kpd isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan seluruh wanita yg beriman untuk memanjangkan jilbabnya (pakaian yg dapat menutup kepala sehingga ke dada) keseluruh tubuh mereka, yg demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

2. Jangan jadikan hijab itu sendiri sbg perhiasan.
Berkata Imam Az Zahabi "Dan di antara perbuatan yg dilaknat oleh Allah adalah wanita yg menzahirkan perhiasan diri mereka, dan mereka berwangian yg berlebihan apabila mereka keluar dari rumah, dan juga mereka berpakaian dgn kain-kain yg nipis serta sengaja memanjangkan pakaian utk menarik perhatian, ini semua termasuk tabarruj yg dimurkai oleh Allah ke atas pelakunya di dunia dan di akhirat."

3. Pakaian itu hendaklah longgar dan tidak ketat.
Usamah bin Zaid berkata : Baginda ar Rasul telah menghadiahkan kpd aku sejenis pakaian yg bernama qibtiyyah yg dihadiahkan kpd baginda oleh Dihyah, laluaku memberikannya kpd isteriku, (satu hari) Nabi bertanya "Kenapa kamu tidak memakai qibtiyyah?" aku menjawab "Aku telah memberi kpd isteriku", lalu baginda bersabda "Arahkan supaya isterimu memakai pakaian dalam krn aku takut akan menampakkan saiz tulangnya (badannya). Dari hadith ini menampakkan baginda amat menitik beratkan persoalan longgar dan tidak ketat, pakaian qibtiyyah ini dari jenis yg melekat ke badan yg pasti akan menyebabkan mereka yg melihat akan nampak dgn jelas akan saiz badan pemakainya.

4. Hendaklah pakaian itu tebal.
Imam 'Abd Barr berkata: "Baginda Rasulullah bermaksud tentang wanita - dlm hadith ini - sbg wanita yg memakai pakaian yg nipis, kadang-kadang bentuk rupa pakaian itu spt berhijab, namun hakikatnya mereka bertelanjang".

5. Janganlah berwangian (secara berlebihan) ketika berhijab.
"Mana-mana wanita yg berwangian (secara berlebihan) lalu ia berjalan di hadapan satu kumpulan,dan mereka dpt mencium wangiannya, maka (wanita tersebut) telah berzina)".

6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
Ar Rasul menegaskan : "Bukan dari kalangan kami wanita yg menyerupai lelaki dan lelaki yg menyerupai wanita".

7. Tidak menyerupai pakaian org kafir.
Nabi SAW menegaskan "Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum maka dia dari kalangan mereka".

8. Tidak memakai pakaian syuhrah (dgn tujuan utk berbangga dan menarik perhatian).
Baginda ar Raul bersabda "Sesiapa yg memakai pakaian syuhrah di dunia, Allah akan memakaikannya dgn pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian dia akan dilemparkan ke dalam neraka".

Tuesday, September 24, 2013

AMbil dari Facebook..Nota Tazkirah dari Ustaz Don Daniyal

Tazkirah oleh:
Ustaz Don Daniyal
Alhamdulillah syukur
InshaAllah.
Rezeki ada di mana-mana.

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. . Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.

TANGISAN RASULULLAH MENGGEGARKAN ARASY

Dikisahkan bahawa sedang Rasulullah saw sedang asyik & kusyuk bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang lalu di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim ! Ya Karim !”...

Rasulullah saw lalu menirunya dan membaca “Ya Karim ! Ya Karim !” Orang itu Ialu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah saw yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti dipermain mainkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.

Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan ! Apakah engkau memang sengaja mempersenda-sendakan aku, kerana aku ini adalah orang Badwi ? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”

Mendengar kata-kata orang Badwi itu, Rasulullah saw tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab ?” “Belum” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya ?”

“Saya percaya dengan teguh atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab Badwi itu pula.

Rasulullah saw pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat !” Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

“Tuan ini Nabi Muhammad ?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah saw.terus menarik tubuh orang Arab itu, sambil berkata kepadanya:

“Wahai orang Arab ! Janganlah engkau berbuat serupa itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuan-nya. Ketahuilah, Allah mengutusku aku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi hanya untuk membawa berita”.

Ketika itulah, Malaikat Jibril as. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad ! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil maupun yang besar !” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

“Demi keagungan serta kemuliaan Allah, jika Allah akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya !” kata orang Arab Badwi itu. “Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Allah ?” Rasulullah saw bertanya kepadanya. “Jika Allah akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya” jawab orang itu. “Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kemurahan nya !”

Mendengar ucapan orang Arab Badwi itu, maka Rasulullah saw pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab Badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi dan berkata:

“Ya Muhammad ! Allah As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis ! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy terlupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga tergoncang arasy yang dijaganya. Katakan kepada temanmu itu, bahwa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan ia akan menjadi temanmu di syurga nanti !” Betapa sukanya orang Arab Badwi itu, mendengar berita tersebut. la Ialu menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu dirinya.