Salam ukhwah fillah.. Sempena Merdeka dan Ramadhan, Nisa' Perlis melancarkan program Nisa' On Street dengan mengedar risalah 'Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan' dan '15 Persiapan Menyambut Ramadhan'. Alhamdulillah program mendapat sambutan baik di 5 buah tempat tumpuan yang menjadi pilihan pada tahun ini iaitu Pasar Tani Mega (Taman Sena Indah), Nat Balai Baru (Beseri), Persekitaran Pekan Kangar (The Store), Tasek Melati (Beseri), Kawasan Perumahan RPA Arau. Terima kasih kepada Team Nisa' perlis yang bekerja keras, semoga usaha kecil ini di nilai Allah dengan ganjaran yang besar.. Insya Allah.. Tahun depan kita turun lagi.. Go! Go! Chayouk!