[go: up one dir, main page]

Friday, December 10, 2010

12 AURAT WANITA


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.



Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Wednesday, December 1, 2010

Roh Harum Dan Roh Busuk

Dari Abu Hurairah r.a katanya:

“Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.”

Kata Hammad : “Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit “Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.”

Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla.

Kemudian Allah berfirman:
-“Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”

Kata Abu Hurairah selanjutnya:
-“Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya” – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian, maka berkata penduduk langit,”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”

(Muslim)

Huraian:

Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman.

Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:

-“Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata,

-“Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar.” (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50).

Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat.

Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.

* Bolehkah Memberitahu Aurat Kepada Bukan Mahram*

Asssalamualaikum..

Apakah hukum memberitahu sesuatu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?
Contohnya seorng prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya..tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh. Tidak boleh memberitahu hal tersebut kepada bukan mahram.

a) Antara illah aurat wanita muslim di hadapan wanita non muslim sama seperti dgn lelaki bukan mahram adalah kerana wanita non muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah).. Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.

b) Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)

c) Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]

sumber: al-fikrah,net

Kekuatan Solat Tahajjud Membina Hubungan Dengan Allah

Sahabat yang dirahmati Allah,



Sebagai seorang Mukmin, hidup kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Sentiasa melaksanakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang oleh-Nya. Semua bentuk ibadah samaada yang wajib atau pun sunat semuanya akan difokuskan untuk melahirkan jiwa hamba, tunduk dan patuh dan menyerahkan diri sepenuhnya tanpa banyak bicara.



Solat satu ibadah khusus solat sunat yang amat dituntut untuk dikerjakan oleh seorang Mukmin adalah solat tahajjud. Kekuatan solat tahajjud adalah dapat membina hubungan hati dengan Allah s.w.t.



“Tahajjud” bermaksud bangun dari tidur pada waktu tengah malam. Solat tahajjud boleh dikerjakan di permulaan, pertengahan atau penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak. Akan tetapi sebaik-baik waktu melakukannya ialah sepertiga malam yang terakhir. Sekurang-kurangnya solat tahajjud dikerjakan dua rekaat.



Sungguh Nabi s.a.w. solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Dalam satu riwayat Aishah berkata kepada Nabi s.a.w.: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?”

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari)



Sekarang kita bandingkan amalan Rasulullah s.a.w. ini dengan diri kita sendiri yang bergelumang dengan dosa dan amat kurang sekali melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. untung nasib belum dipastikan samada Syurga atau Neraka. Kenapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan solat tahajjud ini? Adakah kita menganggap diri kita sebanding atau lebih baik daripada Rasulullah s.a.w.?





Firman Allah s.w.t maksudnya :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.

(Surah al-Israa’ ayat 79)



“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)



Memang benar solat Tahajjud ini hanyalah solat sunat tetapi ianya adalah solat sunat mu’akkad (yang di tuntut). Sekiranya junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. begitu bersungguh-sungguh memastikan ibadah ini dilaksanakan sehingga bengkak-bengkak kakinya kenapa kita masih berat hati untuk melakukannya. Apatah lagi solat tahajjud ini merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu.



Sahabat yang dimuliakan,

Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”

( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)



Dari Sayidina Umar Ibnu Khattab, dari Nabi s.a.w bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengerjakan solat di waktu malam (tahajjud) serta membaguskan solatnya, Allah akan memberikan dia kemuliaan sembilan macam. Lima macam di dunia, dan empat macam di akhirat.



“Yang lima macam di dunia, ialah :



1. Allah akan memeliharanya dari segala macam bahaya.

2. Ditunjukkan tanda-tanda sebagai orang yang taat pada mukanya.

3. Ia akan dicintai di hati orang-orang mukmin dan segenap hati manusia umumnya dan

4. Pembicaraannya berisi hikmat ,

5. Dijadikan dia orang bijaksana, yakni dia dikurnai fikiran cerdas.



“Yang empat macam di akhirat nanti, ialah :



1. Dibangkitkan dia dari kubur, wajahnya putih bercahaya,

2. Akan dimudahkan dia waktu dihisab,

3. Ia akan melintas di atas shirat (titian) seperti kilat, dan

4. Diberikan buku amalannya di tangan kanannya di hari kiamat."



Sahabat yang dihormati,



Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah bersabda maksudnya : “Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan, dan siapa yang yang memohon ampun kepadaKu, maka akan Aku ampuni”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Oleh itu marilah sama-sama kita perbaiki amal kita dengan mengerjakan solat tahajjud, berdo'a dan bermunajat kepada Allah s.w.t. pada waktu seperiga malam akhir (dari jam 2 pagi -5 pagi). Kerana ketika ini do'a kita dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Ketika hati dan fikiran kita tenang, sunyi dari kesibukan dunia maka ketika saat inilah jika kita bermunajat hingga menitiskan air mata penyesalan dan memohon ampun kepada Allah s.w.t. maka akan mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. di hari akhirat nanti. Jangan sia-siakan masa dan umur kita dan buatlah sesuatu amalan yang boleh memberi kekuatan dalam membina hubungan kita dengan Allah s.w.t.


link:http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880:Topic:394231&xgs=1&xg_source=msg_share_topic

Saturday, October 23, 2010

CINTA ISRAK

Bas yang bertulis Raghadan itu berhenti. Betul-betul di tengah Bandar ‘Amman. Aku dan Bushra segera melangkah turun. Balad ‘Amman. Itulah tempat shopping kegemaranku dan Bushra. Di kepala masing-masing sudah ada senarai ole-ole yang akan dibeli untuk keluarga di Malaysia. Balad Amman ini kalau boleh ditasybihkan, mungkin seperti Chow Kit di KL. Tapi tentulah tidak sama walau bagaimanapun aku cuba menyamakannya.

Sedar tak sedar, sudah dua tahun aku dan sahabat-sahabatku menghirup udara bumi anbiya’ al-Urdun yang merupakan jiran Negara Palestin ini. Jadual penerbangan pulang kami sudah diatur. Kalau tak ada aral melintang, lagi dua minggu kami akan berangkat. Semakin hampir waktu pulang, semakin aku tak sabar. Dah lama benar tak kucup tangan ibu dan ayah, kak long dan abang ngah. Anak kak long, Affaf Sofeah, tentu dah besar, tentu dah boleh panggil aku- Cik Su! Cik Su dia yang comel ni. Aku tersenyum sendiri.

Senyumanku dimatikan oleh angin kuat yang mengerbangkan tudung kami. Mungkin angin selamat datang untuk musim saifi. Segera aku pegang tudung kejap-kejap. Namun bagi kebanyakan wanita Jordan, itu bukan masalah. Tudung mereka diselitkan di dalam jilbab, atau dipusing-pusing entah dua atau tiga kali, tentulah takkan mengerbang ditiup angin. Kami segera melangkah masuk ke kedai. Nak tengok ‘abayah untuk mak, kata Bushra.

Pantasnya masa berlalu bersama perubahan musim, dari rabi’ ke saifi. Bererti semakin hampir saat kepulangan kami ke tanah air. Maka semakin dekat jugalah saat perpisahan. Perpisahan, detik itu akan tiba. Kata orang, jangan salahkan perpisahan kerana pertemuanlah yang meyebabkan perpisahan. Maka, aku takkan salahkan perpisahan. Aku juga takkan salahkan pertemuan, malah aku bersyukur. Bumi Jordan ini telah merakamkan pertemuanku dengan universitiku. Universiti yang terletak di tengah-tengah padang pasir Az-Zarqa’ itu banyak memberi kenang-kenangan padaku . Aku pasti akan merinduinya nanti. Ah, rindukan universitikah atau rindukan ustaz di universiti itu? Hatiku menyindir. Ustaz ‘Amru- selama dua tahun ini nama itu singgah dihatiku. Perkenalan yang semusim cuma, membawa ingatan yang seumur lamanya. Ustaz ‘Amru! Aku takkan lupa kamu!

Dua tahun yang lepas, kedatanganku dan kawan-kawan ke markaz lughah di universiti itu disambut dengan Minggu Al-Quds atau Usbu’ Al-Quds yang dianjurkan para pelajar ketika itu. Langkahku dan kawan-kawan yang sedang mencari kelas terhenti mendengar satu suara. Ada suara merdu mendendangkan lagu. Datangnya dari mudarraj Al-Quds. Aku turut terpana. Tak tahulah mengapa. Mungkin kerana aku memang meminati nasyid-nasyid arab sejak dulu berbanding nasyid melayu. Nasyid arab ada keistimewaan tersendiri. Mungkin juga disebabkan darah arab yang mengalir dalam diriku. Datukku Jazaieri. Tapi Aku malu mengaku itu, kerana aku tidak mahir bertutur arab. Memahaminya mungkin boleh sedikit-sedikit. Yang tinggal padaku hanya nama. Namaku - Isra’, bukan nama Melayu. Nama itu gharib di tanah Melayu. Nama Jazaieriyyah barangkali. Lantas aku ke mari, menuntut bahasa Al-Quran itu.

Aku menghayati nasyid yang dialun merdu…
Dihening fajar,
ada ibu yang tenang,
menghantar anak ke medan juang,
mana anakku tak pulang hingga petang,
duhai angin khabarkan,
anakmu ibu syuhada’ terbilang.

Oh Ardul Isra’
Ardul-anbiya’
Ardul muqaddasah

Oh bumi, usah bersedih
Kelak kan pasti tiba
Nusrah dan janji Allah
Saat punahya zulmat
Dan sinar Islam dijulang bermartabat
Bumimu kan kembali berdaulat!

Rupanya, si pemilik suara merdu itu adalah Ustaz ‘Amru yang bakal mengajar kami. Aku masih ingat tatkala Ustaz ‘Amru memperkenalkan dirinya,

“Nama saya ‘Amru, saya berasal dari Nablus, Palestin. Oleh kerana tidak sesuai lagi tinggal di situ, saya dan keluarga berpindah ke Haifa dan kemudian ke ‘Amman”.

Begitulah. Mudah saja Ustaz ‘Amru memperkenalkan diri. Tidak langsung disebut mengapa beliau berpindah. Barangkali beliau terlalu memandang naïf kepada kami, seolah-olah kami tidak tahu pergelutan yang berlaku di tanah Palestin, hingga menyebabkan mereka merasa terasing di rumah sendiri. Barangkali Ustaz ‘Amru kurang sedar bahawa kami juga seagama dengan ustaz. Dimana kiblat pertama ustaz, disitulah juga kiblat pertama kami - Al Quds. Atau barangkali ustaz menyembunyikan sesuatu dari kami.

Ya! Sesuatu yang perit dan sukar diceritakan. Aku dapat saksikannya dari dalam mata Ustaz ‘Amru. Mata yang redup itu menyimpan ribuan cerita berdarah dan tragis…

Tapi dalam hatiku, ada tanda tanya dan ketidakpuasan. Mengapa perlu ustaz ‘Amru tinggalkan Palestin? Mengapa tinggalkan tanah air sendiri sedangkan ia sedang dijajah? Setahu aku, bukan sedikit muslimin Palestin yang meninggalkan negara mereka dan berhijrah ke Jordan. Malah jumlahnya semakin banyak dari tahun ke tahun. Pada hematku, ini tidak betul. Negara mereka adalah hak mereka. Hak mesti dipertahankan! Kaum muda seperti Ustaz ‘Amru sepatutnya berada di saf hadapan menentang kezaliman dan penindasan ke atas bangsa dan negara mereka. Apakah dan mengapakah Ustaz ‘Amru ini? Pelbagai persoalan timbul dalam benakku. Ada rasa ingin tahu dalam hatiku.

Seolah-olah ada chemistry, petang itu ketika dalam perjalanan pulang, aku dipertemukan dengan Ustaz ‘Amru di mujamma’ Zarqa’, tempat pertukaran bas. Segera aku mendekati Ustaz dan kuberikan sapaan salam.

Usai menjawab salam, Ustaz ‘Amru segera menundukkan pandangan. ‘Menjaga’ juga rupanya Ustaz ini. Aku pula yang malu. Tapi, oleh kerana perasaan inkuiriku sangat tinggi, aku beranikan diri. Segala persoalan yang terpendam dalam benak fikiran aku ajukan bertubi-tubi padanya. Ustaz memandangku, tunduk kemudian diam. Jawapan yang ku tunggu namun dia hanya membatu.

Tidak lama, Ustaz Amru mendongak tenang dan berkata,

“Sabarlah Ukhti. Kamu pasti akan dapat jawapannya jika kamu gunakan pendengaran, penglihatan dan hati yang Allah berikan kepada kamu. Maaf, saya pergi dulu kerana bas sudah sampai. Ma’as salamah”.

Aku ditinggalkan terkebil-kebil. Termangu aku berfikir. Pendengaran, penglihatan dan hati – as-sam’u, al basar dan al-qulub. Tiga perkara yang Allah sebutkan di dalam Al Quran jarang dimanfaatkan oleh manusia.

Bulan pertama di universiti, Aku mengikuti rombongan rehlah universiti. Kami ke mazar maqam syuhada’ mu’tah. Di situ, Ustaz Ahmad yang turut serta dalam rombongan bercerita tentang peperangan Mu’tah. Peperangan tersebut ajaib sekali. Tentera Muslimin yang hanya seramai 3000 orang, melawan tentera kuffar yang seramai 200 000 orang. Bererti, seorang tentera muslim berhadapan dengan hampir 70 orang tentera musyrikin. Ajib! Hanya lapan orang muslimin yang syahid dibunuh musyrikun. Merekalah syuhada’ mu’tah. Antaranya, Saidina Zaid ibnu Harithah, Saidina Abdullah ibnu Rawahah dan Saidina Ja’far ibnu Abi Talib. Tiga orang sahabat agung ini diamanahkan oleh Nabi s.a.w memegang panji-panji Islam - Andainya Zaid gugur, serahkan panji kepada Abdullah. Andai Abdullah gugur, serahkan panji kepada Ja’far. Andai Ja’far gugur, Khalid kamu pimpinlah angkatan ini. Dalam benar maksud pesan Rasulullah s.a.w itu hingga tiga syuhada’ agung itu sudah bersedia untuk mati. Tentu ada sesuatu dengan pesanan Rasul s.a.w.

Benar sekali. Mereka syahid, dan Khalid Al Walid memimpin pasukan perang dengan membawa pulang kemenangan. Subhanallah, teknologi apakah pada zaman itu hingga baginda Rasul s.a.w tahu apa yang akan berlaku? Kalau teknologi hari ini mampu mengetahui banjir, gempa bumi dan ribut taufan yang akan melanda, teknologi Rasul itu telah mendahului teknologi hari ini. Hairan aku pada yang tidak mahu beriman kepada Rasululllah s.a.w.

“Ya Allah, janganlah palingkan hati kami setelah Kau berikan hidayah kepada kami. Himpunkan kami bersama-sama hambaMu yang telah kau berikan nikmat ke atas mereka, dari kalangan para anbiya’, para syuhada’ dan para solihin. Amin.”

Selesai di makam, kami mengunjungi tempat berlakunya peperangan mu’tah. Belum habis aku menghayati cerita Ustaz Ahmad tentang syuhada’ mu’tah tadi, kali ini Ustaz ‘Amru pula memulakan kisah.

“Saudaraku sekalian, disinilah tempat berlakunya peperangan pertama kaum muslimin menentang tentera Rom pada tahun ke-8 hijrah. Lihat tempat ini. Seluas dan sejauh mata memandang. Jalan yang dipenuhi bukit-bukit batu. Bayangkan tentera muslimin yang mengenderai kuda dari Makkah al-Mukarramah. Perjalanan yang beribu batu. Di padang pasir yang terik, tandus dan berdebu. Hebatnya kesabaran mereka itu! Saudaraku, bumi yang kalian sedang pijak ini pernah dipijak oleh para sahabat, para mujahidin dan para syuhada’. Disinilah mereka, 1418 tahun yang lalu. Sesungguhnya bumi ini bukan sebarang bumi. Ini bumi suci, bumi barakah, bumi yang yang melengkapi madinah al-Quds, seperti firmanNya dalam Surah Al-Isra’;

‘Maha suci Dia yang telah memperjalanan hambaNya (Muhammad) di malam hari, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya’.

Nah! Bumi ini bumi barakah bukan? Bumi Jordan ini adalah sebahagian tanah yang mengelilingi al-Quds. Al-Quds sebenarnya tidak jauh dari kalian. Ia berada dekat dengan kalian dan berada dekat dengan hati orang-orang mukmin. Hendaknya janganlah ada diantara kalian yang masih tidak mengerti, seolah-olah tidak tahu apa-apa, tidak langsung merasai bumi suci itu adalah hak kalian. Tega melihat saudara seagama kita dizalimi. Tiada rasa marah melihat tanah itu dinodai. Ia adalah hak kita semua, umat Islam! Apa yang sedang kalian saksikan sekarang adalah bukti perjuangan umat terdahulu yang berkorban darah dan nyawa demi Islam. Mereka telah pergi, namun semangat mereka mesti kita warisi. Perjuangan di Palestin bukan semata-mata peperangan mempertahankan negara dan tanahair, tetapi sebenarnya peperangan sabil! Perjuangan menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Pertahankan Islam! Berkorbanlah walau hanya dengan perasaan, tenaga, masa atau harta. Yang pasti, Islam tetap tinggi!”

Begitulah Ustaz Amru, ustaz muda yang tak pernah jemu menceritakan tentang negaranya. Menyedarkan tentang tanggungjawab kami terhadap saudara sesama Islam. Malah, kata Ustaz Amru, beliau takkan jemu menceritakannya dan mengulanginya hingga seluruh muslimin yang dikenalinya mencintai Al-Quds sebagaimana dia mencintainya.

Satu hari di dalam kelas, aku ambil kesempatan bertanyakan satu soalan pada ustaz. Ustaz Amru memang sering memperuntukkan sedikit masa di akhir kelas bagi menjawab apa saja soalan kami, baik yang berkaitan dengan pelajaran atau pun sebaliknya. Aku ingin ustaz ceritakan, apakah sebenarnya yang menyebabkan tanah Palestin itu menjadi rebutan tiga agama samawi - Islam, Kristian dan Yahudi. Masing-masing mengaku lebih berhak ke atas tanah itu. Tetapi nampaknya sekarang ini Yahudi yang mendominasi dan berkuasa. Mereka menghalau penduduk-penduduk muslim yang merupakan penduduk asal tempat itu. Melampau sungguh. Jika Islam yang memerintah, penduduk yang bukan Islam juga akan diberi hak, selama mana mereka menunaikan kewajipan mereka sebagai dzimmi. Disitulah keadilan Islam.


Lalu Ustaz Amru menerangkan dengan ringkas bahawa orang kristian menganggap tempat itu sebagai tempat suci mereka kerana mereka percaya di situlah tempat kelahiran Jesus, di situ jugalah Jesus telah disalib dan bakal dibangkitkan kembali menjelang hari kiamat. Bagi orang Yahudi pula, mereka mendakwa kota itu adalah janji tuhan mereka untuk mereka dan disitulah bakal munculnya Isa Al-Masih yang mereka tunggu. Bagi orang Islam, Baitul Maqdis atau Al-Quds sangat istimewa kerana di situlah kiblat pertama umat Islam. Di situ Nabi s.a.w telah di isra’ mi’rajkan, di situ bumi para anbiya’ yang antaranya Nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi Ya’qub, Nabi Syu’ib dan banyak lagi. Lebih dari itu, Allah s.w.t menjanjikan pahala 500 kali ganda bagi sesiapa yang solat di Masjidil Aqsa.

Ustaz Amru meneruskan lagi penerangannya, “Memang sekarang ini rejim zionis Yahudi telah berjaya meluaskan kuasa ke atas tanah itu. Sudah berlalu lebih 50 tahun sejak kemunculan Negara Israel. Dari sehalus-halus cara sehingga sekeras-kerasnya, semuanya telah mereka lakukan untuk memperluaskan kuasa. Mereka menipu manusia dengan slogan ‘a land without people for a people without land’.

Lihatlah, mereka tidak menganggap bangsa arab yang tinggal di situ sebagai manusia pun! Pantas saja mereka memperlakukannnya sekehendak hati mereka. Manusia jenis apa yang tidak mengiktiraf manusia sebagai manusia? Haiwan pun mengenali bangsanya. Mereka itu lebih dahsyat daripada haiwan!

Sememangnya Allah s.w.t telah menganugerahkan tanah suci itu kepada bani israil yang merupakan kaum Nabi Musa yang Allah wahyukan Kitab Taurat kepada baginda. Tetapi kita mesti memahami bahawa penganugerahan tanah itu kepada mereka adalah bersyarat. Syaratnya ialah ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya, serta melakukan amal soleh”.

Lalu Ustaz Amru bacakan ayat Al-Quran dari surah Al-Maidah, ayat 20-26 yang bermaksud :

“Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: ‘Hai kaumku, ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia mengangkat Nabi-nabi di antaramu, dan dijadikan-Nya kamu orang-orang merdeka dan diberikan-Nya kepadamu apa yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorangpun di antara umat-umat yang lain (20). Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah kepadamu, dan janganlah kamu lari kebelakang (kerana takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang rugi (21). Mereka berkata: ‘Hai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar daripadanya. Jika mereka keluar daripadanya, pasti kami akan memasukinya’ (22). Berkatalah dua orang di antara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang telah diberikan nikmat atas kedua-duanya: ‘Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka apabila kamu memasukinya nescaya kamu akan menang. Dan kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman’ (23). Mereka berkata: ‘Hai Musa, kami sekali-kali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada di dalamnya, kerana itu pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja’ (24). Berkata Musa: ‘Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku (Harun). Maka pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasiq itu’ (25). Allah berfirman: ‘Maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang tiih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasiq itu’ (26). "

“Itulah saatnya Allah mengharamkan tanah Palestin daripada bani israil, kaum yahudi, iaitu apabila mereka mengingkari perintah Allah dan rasul-Nya, Musa a.s. Maka sekarang setelah 40 tahun itu berlalu, adakah mereka layak menduduki tanah itu?” Ustaz Amru mengajukan soalan yang sudah pasti akan dijawabnya sendiri. Kemudian Ustaz Amru bacakan pula ayat 105 dari Surah Al-Anbiya’ yang bermaksud,

“Dan sesungguhnya telah kami tulis di dalam Zabur, sesudah (kami tulis) di dalam Az-Zikr, bahawa bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang soleh”.

Ustaz kemudian menerangkan,

“Yang dimaksudkan dengan Kitab Zabur itu adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s, dan Az-Zikr adalah merujuk kepada Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. Manakala kalimah al-ard atau bumi merujuk kepada ardul-muqaddasah, iaitu Al-Quds. Allah mensyaratkan bahawa sesiapa yang mahu mewarisi bumi itu, mestilah kaum yang soleh, yang mengabdi diri pada Allah. Ia mesti dipimpin oleh mereka yang takutkan Allah dan melakukan kebaikan di muka bumi. Siapa orang yahudi atau Israel hari ini? Mereka syirik kepada Allah. Mereka mengubah kitab Taurat dengan tangan mereka agar sesuai dengan kehendak hati mereka. Mereka tidak mengimani Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah. Mereka sombong, bongkak terhadap Allah s.w.t yang telah memberi banyak nikmat kepada mereka. Mereka melakukan fasad, memporak-perandakan manusia sejagat. Mereka zalim! Mereka membunuh manusia sesuka hati. Tidak ada satu tempat pun yang mereka diami di muka bumi ini, melainkan punah ranah tempat itu dek tangan-tangan kejam mereka. Di dalam Al-Quran sendiri, Allah Taala telah mengatakan bahawa mereka ini adalah bangsa yang membunuh para nabi dan selalu berbuat derhaka dan melampaui batas. Justeru, mereka tidak layak sama sekali mewarisi bumi barakah Al-Quds, yang merupakan bumi anbiya’ itu. Selama-lamanya mereka tidak layak. Bangsa yang hina takkan dapat menduduki tanah yang mulia”.

“Jadi, apa yang mesti kita lakukan ustaz?”. Seorang kawan yang duduk di sebelahku mengajukan soalan.

“Pertama, cintailah Al-Quds kerana dari cinta itulah akan lahirnya pengorbanan. Cintailah ia sebagaimana kamu mencintai Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah yang sentiasa dekat di hati kamu. Ketiga-tiga tempat inilah yang Rasulullah s.a.w sebutkan di dalam hadis yang mafhumnya; tidak digalakkan bersusah payah untuk rehlah kecuali ke tiga buah masjid; Masjidil Haram di Makkah, Masjidil Aqsa di Palestin dan Masjidin Nabawi di Madinah. Begitu juga, jihad dan perjuangan membebaskan Palestin tidak boleh dipandang ringan. Jika yahudi yang tinggal di US, Eropah atau Rusia dibenarkan membantu Israel, mengapa kita umat Islam tidak diberi kebebasan membantu dalam jihad secara langsung, malah yang membantu dianggap pengganas. Salahkah orang yang mempertahankan dirinya dan rumahnya daripada perompak? Salahkah orang yang membantu saudaranya mengusir perompak itu? Yang mempertahankan diri dan rumah, dan yang mempertahankan saudaranya, kedua-duanya di anggap pengganas. Perkataan jihad dan perjuangan menegakkan kalimah Allah dipandang sinis. Tetapi apabila seseorang bekerja kerana nama, pangkat dan harta, berkorban untuk menjadikan dirinya atau negaranya disanjung dunia, itulah yang dikatakan perjuangan yang sebenar, diberi kebebasan, penghormatan yang melampau-lampau, melebihi orang yang berjuang kerana agama. Sedarlah, jalan jihad itu bukan mudah. Malah ketakutan, kesakitan, kelaparan, kekurangan harta pakai, apalagi di anggap pengganas, adalah mahar yang wajib di bayar bagi mendapat syurga Allah.

Yang kedua, jika tidak mampu membantu secara langsung dalam jihad, bantulah dengan apa saja yang terdaya, khususnya sekarang ini, kerajaan Palestin sangat memerlukan wang bagi melancarkan pentadbiran mereka, buat mengurus masyarakat dan memastikan pembangunan sosio-ekonominya. Untuk pengetahuan kamu, jumlah pengangguran di Palestin sejak 1948, iaitu sejak Yahudi mula memasuki Palestin sudah melebihi 350 000, dan jumlah sekolah yang rosak akibat perbuatan militan mereka sudah mencecah 850 buah. Malah bukan setakat itu, mereka juga menanggung beban hutang yang diwarisi dari kerajaan sebelumnya, yang mencapai 3 billion USD. Wang yang telah kita leburkan untuk kepentingan diri, berkali ganda banyaknya daripada kepentingan ummah. Infaqkanlah hartamu untuk mereka mengikut keupayaan kamu. Jangan nanti pada hari Allah kunci rapat mulut dan kaki kita manakala seluruh anggota kita menjadi saksi atas perbuatan kita di dunia, lalu Allah tanya ke mana wang kita dileburkan, kita hanya menggigil, ketakutan bagai mahu luruh kulit dari isi dan daging. Jika tidak mampu juga, berusahalah membuat orang yang berkemampuan menafkahkan harta mereka di jalan Allah. Jika tidak, kita akan jadi orang yang amat pentingkan diri sendiri. Hidup nafsi-nafsi dengan urusan sendiri, membiarkan kemungkaran dan kekejaman bermaharajalela.

Yang ketiga, perhati dan pelajarilah mesej dan petunjuk yang Allah sampaikan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah tentang tanah suci Al-Quds itu, tentang nasibnya dan peristiwa-peristiwa akhir zaman yang akan berlaku di situ dan di tanah-tanah sekitarnya. Ini termasuklah zaman kebangkitan semula Islam yang akan berpusat di situ. Sudah banyak buku yang menulis tentang itu, yang ditulis oleh orang-orang yang benar-benar mengkaji dan mendalami hadis-hadis dan peristiwa akhir zaman. Kita hanya tinggal membacanya sahaja. Itu pun masih dianggap susah. Bermula dari pembacaan, kamu akan faham. Jadi, kamu takkan berjuang dengan semangat semata-mata. Jika tidak, kamu akan mudah mengalah bila kamu susah. Banyakkan pembacaan dan tuntutlah ilmu, kemudian dakwahlah orang lain supaya turut sama tahu apa yang kamu tahu. Tugas dakwah jangan sekali-kali ditinggalkan. Siapapun kamu, di mana pun kamu, jawatan apa pun yang kamu sandang, berdakwahlah walau hanya dengan menunjukkan akhlaq yang mulia dan kata-kata yang mempamerkan syiar Islam. Jangan pula kita yang menjadi syiar pada rosaknya imej Islam. Jangan sekali-kali asingkan tugas dakwah daripada kehidupan kamu. Ingat, kerana wujudnya dakwah dan pendakwahlah kita masih dapat merasai nikmat Islam yang tulen meskipun sudah terpisah beribu tahun lamanya dengan baginda Rasul s.a.w.

Yang terakhir dan terpenting, pelihara iman dan taqwamu serta panjatkan doa yang sebanyak-banyaknya kepada Allah. Saya ingin bertanya, berapa kali kalian berdoa untuk kecemerlangan kalian dalam imtihan, dan berapa kali pula kalian berdoa untuk umat Islam? Tepuk dada, tanyalah iman. Jangan pentingkan diri sendiri. Luaskan doa kalian untuk seluruh muslimin dan muslimat seantero dunia. Mudah-mudahan Allah Ta’ala meluaskan keampunan dan rahmatnya ke atas kalian pada hari tiada siapa yang dapat menolong kalian melainkan Dia. Dengan iman, taqwa dan doa, umat Islam jadi kuat. Buktiya, bacalah Al-Quran, pelajarilah sejarah dan sirah, lihatlah betapa banyaknya kumpulan muslimin yang kecil mengalahkan kumpulan kafirun yang besar dan lengkap bersenjata. Semuanya berlaku dengan izin Allah”.

Kelas hari itu berakhir dengan pesanan bermakna daripada Ustaz Amru. Itu yang aku suka sangat tentang universiti ini. Di sini, ustaz-ustaznya bukan saja mengajar tapi lebih dari itu, mereka mendidik dan mentarbiyah. Keikhlasan hati mereka terpancar, hingga apa yang mereka sampaikan dari hati mereka yang ikhlas itu jatuh ke hati-hati kami yang mendengarnya. Hari itu aku pulang dengan sesuatu dalam hatiku. Aku jatuh cinta! Aku mahu cinta itu terus bertunas, berputik dan berkembang mekar lalu memberikan haruman yang semerbak baunya, bertebaran wangiannya ke seluruh jagat raya dan menghidupkan hati-hati manusia yang gersang, lantaran kemarau dari hujan iman.

Cinta itu membuat aku mahu terus meyelidiki dan mendalami. Justeru, pada satu musim bunga yang indah, sekali lagi aku mengikuti rombogan rehlah Jami’ah. Kali ini kami ke Qal’ah Ajloun atau Kubu Ajloun melihat jejak Salehuddin Al-Ayyubi. Terasa sejuk mencucuk, angin di puncak kubu ini. Kubu Ajloun ini adalah salah satu daripada tujuh kubu yang berperanan dalam penaklukan semula Palestin oleh Salehuddin Al Ayyubi. Strategi perang panglima ini hebat sungguh. Bayangkan, ketujuh-tujuh kubu tersebut berada dalam kedudukan mengelilingi Palestin. Biarpun berada beratus kilometer antara satu sama lain, setiap Qal’ah boleh berkomunikasi dengan Qal’ah yang lain. Bagaimana? Mereka guna isyarat api. Kata orang, dari puncak kubu Ajloun ini, kita boleh tengok tanah Palestin, Benarkah?

“Ustaz, dimana Palestin?” Aku mengambil kesempatan bertanyakan di mana arah negaranya kepada Ustaz ‘Amru yang berada di situ.

“Kamu nampak pencawang elektrik tu? Ada bukit yang setentang dengan pencawang itu. Bukit itulah sempadan Jordan-Palestin. Disebalik bukit itulah al-Quds. Dan ke kanan sedikit, Masjidil Aqsa”. Terang beliau. Ustaz ‘Amru tentulah arif dengan negaranya.

“Kamu tahu…”. Ustaz ‘Amru menyambung. “Suatu masa dahulu, pada setiap hari jumaat, penduduk Jordan akan berduyun-duyun pergi ke sana menunaikan Solat Jumaat. Begitu cerita yang pernah disampaikan oleh…oleh arwah ayahku”.

“Oh...ayah kamu…” Hanya itu saja yang terkeluar dari mulutku. Tidak pasti Ustaz ‘Amru dengar atau tidak. Hasrat di hati ingin terus bertanya. Tapi terbantut apabila ku lihat ada air bergenang di matanya. Aku tidak pasti apa yang disedihkan. Rindukan negaranyakah, atau rindukan bapanya? Apapun, mungkin terlalu banyak episod nestapa dalam hidupnya yang mengundang hiba.

“Inna lilLahi wa inna ilaihi raji’un”.

“Pertama kali aku datang ke sini ialah semasa mula-mula aku berpindah ke ‘Amman bersama keluargaku. Ayahku membawaku ke sini. Masa itu aku masih kecil. Kata ayah, aku satu-satunya hero dikalangan adik-beradikku. Sudah tentu, kerana akulah satu-satunya anak lelaki ayah. Keenam-enam adikku yang lain semuanya perempuan. Ayah berpesan supaya menjaga ibuku dan adik-adikku biar apa pun yang terjadi. Dari sini, ayah tunjukkan padaku mana letaknya negara asal usul kami. Ayah pesan padaku, jangan lupakan tanah itu. Ia milikku. Ia milik orang Islam. Satu hari nanti, ia mesti menjadi hak milik orang Islam sepenuhnya. Waktu itu, ayah hanya beritahu padaku, dia akan sibuk berjuang, entah bila lagi dia akan dapat berbual denganku sebegitu.”

“Ayah kamu…err..hmm…” Aku mahu bertanya, tapi aku bimbang nanti tersalah kata pula.

“Tidak lama selepas itu ayahku meninggalkan aku, ibuku dan adik-adikku di sini. Semasa ayah pergi, aku lihat ibuku sungguh tenang. Dia tidak sedih langsung. Malah ibu memujukku yang memanggil-manggil ayahku supaya kembali. Ibu kesat air mataku. Jangan tumpahkan air mata kerana pemergian ayah. Kamu sepatutnya berbangga, bukan bersedih. Kamu mesti berbangga kerana kamu anak pejuang. Begitu yang ibu katakan padaku.” Cerita Ustaz Amru lagi.

“Rupanya ayahku adalah orang yang sangat dikehendaki puak Yahudi. Ayahku ketika itu adalah tentera Palestin yang ditugaskan mencari dan menangkap agen-agen perisikan rejim zionis”. Kata-kata itu menjawab soalan di fikiranku. Aku terkedu. Masya Allah. Ini kali pertama aku dengar sendiri dengan telingaku tentang kewujudan manusia seperti itu. Selama ini aku hanya membaca di buku atau akhbar. Hebatnya keberanian Abu ‘Amru itu. Rejim zionis jadi mainan hariannya. Bukan calang-calang orang boleh membuat kerja itu.

“Satu hari, seorang daripada rakan sepasukan ayahku tertangkap. Dia dipaksa oleh tentera Israel supaya memberitahu di mana ayahku berada. Dia enggan memberitahu, akibatnya dia di seksa mental dan fizikalnya dengan seksaan yang amat dahsyat, hingga akhirnya dia tidak mampu lagi menyembunyikan rahsia. Pada hari yang sama juga, tempat persembunyian ayah di kepung dengan dua puluh buah trak. Mereka meletupkan tempat itu bersama ayahku. Hairan ya, mereka hanya mahu menumpaskan seorang individu yang tak punya apa-apa pertahanan, datangnya dengan dua puluh buah trak. Mereka benar-benar pengecut. Mereka bukan apa-apa tanpa peralatan dan senjata”.

Ustaz ‘Amru menyambung lagi,

“Mengikut kata pak cik yang menceritakan peristiwa ini pada ibuku, ayahku berpuasa pada hari itu. Ahamdulillah, tentu ayahku jadi tetamu syurga, menjamah hidangan berbuka yang kelazatannya tiada bandingan dengan nikmat di dunia ini sambil ditemani hurun-aien yang Allah janjikan buat para syuhada’”.

“Masya- Allah! Bukan sedikit rupanya pejuang Palestin yang seperti Syeikh Ahmad Yasin dan Dr Ar-Rantisi.” Kagum! Aku benar-benar kagum!

“Kamu tahu juga ya, tentang dua orang pemimpin hebat itu?”

“Ya, saya ada membaca tentang mereka. Saya berminat. Pergerakan dan kepimpinan mereka hebat sungguh. Saya amat mengagumi As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin, pejuang berkerusi roda itu. Beliau tidak pernah takut apa-apa melainkan Allah Ta’ala. Baliau hanya mahukan redha Allah, seperti kata-katanya- amali an yardalLahu ‘anni, lantas seluruh hidupnya diserahkan dijalan Allah. Dipenjara hingga entah berapa kali. Meskipun keadaan beliau kurang upaya namun beliau sangat ditakuti kaum yahudi. Hingga akhirnya beliau syahid dibom puak yahudi, hancur berkecai seluruh tubuhnya kecuali wajahnyanya yang tersenyum. Begitu juga Al-Rantisi yang sangat mencita-citakan syahid. Allah mengabulkan impiannya apabila genap sebulan selepas dia menggantikan Sheikh Ahmad Yasin, dia mengikut jejak langkah pemimpin sebelumnya itu. Dialah as-syahid, al-hafiz, ad-duktur dan al-qaied. Tapi, saya paling kagum dengan kisah Zainab Al-Ghazali yang di Mesir itu, kerana dia seorang wanita, tapi menerima seksaan semasa di dalam penjara, yang belum tentu orang lelaki boleh menerimanya. Seksaan demi seksaan diterima hingga habis dayanya. Namun kesabarannya tinggi. Dibuang, dia rehlah. Dipenjara, dia uzlah. Munajat, pergantungan dan tawakkal pada Allah tak pernah ditinggalkan, hingga Allah membantunya dengan jalan yang ajaib dan tidak disangka-sangka. Saya dah baca semua pesanan Zainab Al-Ghazali untuk para wanita dalam bukunya - Ya Ibnati. Tapi Ustaz, kenapa ya, orang yang soleh-soleh dan baik-baik selalu meninggalkan kita lebih awal?”

“Kamu…oh…saya tak sangka minat kamu sungguh mendalam, Isra’. Kamu tak pernah menampakkan yang kamu tahu semua itu.” Ustaz Amru bersuara agak terkejut hingga soalanku dibiarkan saja berlalu. Mengapa pula harus pelik atau terkejut? Aku tidak faham. Bukankah itu yang selalu ustaz pesankan – ambil tahu tentang kaum muslimin.

Sesungguhnya, apa yang Ustaz ‘Amru ceritakan padaku membuat aku lebih memahami erti Islam yang aku anuti. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. Kehidupanku di tanah air terlalu mudah, senang, selesa. Sedangkan muslimin dan mujahidin di negara sana mengorbankan darah untuk Islam. Apa yang telah aku sumbangkan untuk Islam? Untuk memboikot barangan Israel saja amat susah. Mujurlah, Ustaz ‘Amru telah memberitahu di dalam kelas bahawa para ulama’ Islam telah mengeluarkan fatwa sejak bulan Januari 1953 bahawa wajib memboikot zionis dan sekutunya. Selepas ini, aku takkan sama sekali membeli lagi barangan mereka. Aku sudah sedar, setiap sen yang aku belanjakan buat membeli barangan mereka adalah peluru-peluru yang menembusi dada-dada saudara seislamku yang sedang diancam mereka.

Ustaz ‘Amru benar-benar telah menyedarkan aku. Dia menyedarkan aku dengan membuka lembaran kisah hidupnya. Aku yakin, yang belum diceritakan tentu lebih banyak lagi. Tekaanku benar . . .

Tika itu hanya tinggal seminggu saja lagi semester akan berakhir sebelum peperiksaan menjelang. Aku ingin tanya sesuatu kepada ustaz. Setelah membuat ulangkaji tentang qawa’id dan nahwu malam tadi, ada sesuatu yang memusykilkan kepalaku. Aku sangka aku telah faham semuanya di dalam kelas tetapi apabila membuat latihan malam tadi baru aku perasan ada beberapa perkara yang aku tidak tahu. Aku perlu mendapat penjelasan segera. Lalu aku mendaki tangga menuju ke bilik Ustaz ‘Amru. Kedatanganku disambut ramah oleh ustaz. Katanya, dia memang ingin berjumpa denganku. Ustaz Amru memberiku peluang bertanya kemusykilanku. Beliau kemudiannya menerangkan satu persatu, hingga aku faham semuanya. Rugi juga rasanya tidak mengajak kawan-kawan yang lain. Tapi, mungkin mereka sudah faham awal-awal, tidak sepertiku yang hanya mencari ustaz di saat-saat akhir menjelang peperiksaan. Lega rasanya bila masalah itu selesai.

“Sudah setakat mana pembacaan kamu, Isra’?” Ustaz bertanya.

“Err…hmm…sebenarnya saya baru saja mula membaca. Sebab itulah saya baru sedar bahawa banyak juga yang saya tak faham tentang qawaid dan nahwu ni”. Balasku malu. Apa nak buat, kenalah mengaku saja.

Ustaz Amru tersenyum.

“Bukan pembacaan itu. Maksud saya, kamu kan suka membaca buku-buku selain buku pelajaran. Buku agama, sejarah dan sebagainya. Mungkin ada yang kamu mahu kongsi dengan saya?”

“Ohh”. Itu rupanya maksud Ustaz Amru. Bertanya biarlah jelas!

“Ya. Sekarang saya sedang membaca sebuah buku karangan Harun Yahya. Tajuknya ‘Evolution Deceit’. Tentang Darwinism dan penipuan teori evolusi Darwin. Tapi saya belum habis membacanya. Maklum saja Ustaz, peperiksaan tak lama lagi. Jadi, saya tumpukan pada peperiksaan dulu.”

“Kamu baca yang berbahasa Inggeris, ya? Bukankah buku beliau ada yang berbahasa arab?” Ustaz bertanya sambil tersenyum.

Mungkin dia fikir aku tidak ingat pesannya – tambahkan perbendaharaan kata bahasa arab melalui pembacaan.

“Erk…” bukannya aku tak ingat pesan ustaz Amru. Tapi, mahu memahami konsep yang diterangkan oleh Harun Yahya itu saja memerlukan kefahaman yang tinggi. Apa lagi kalau berbahasa arab, entah bila baru boleh habis.

“Tak mengapalah. Kamu mahu membacanya pun sudah sangat bagus”. Bangga juga aku dengan pujian Ustaz Amru.

“Kamu tahu, aku punya seorang adik yang seperti kamu. Dia juga suka membaca seperti kamu”.

“Di mana adik Ustaz sekarang?” Entah kenapa mudah saja mulutku bertanya. Pada mulanya tadi, aku berhajat mahu segera pulang setelah selesai munaqasyah dengan Ustaz ‘Amru.

“Ketika kami berpindah dari Haifa ke ‘Amman, tidak semua ahli keluargaku yang ikut pindah. Adikku tinggal di sana kerana nenek dan datukku enggan berpindah dari bumi tanah tumpah darah mereka. Kasihankan nenek dan datuk, lalu ibu titip adik perempuanku buat menemani mereka. Tinggallah mereka bertiga di sana, aku dan kedua ibu bapaku serta adik-adikku yang lain berhijrah ke sini.” Ustaz Amru begitu terbuka menceritakannya kepadaku.

“Satu hari, adikku ke sekolah seperti biasa. Bila saatnya dia patut pulang ke rumah, nenekku pun menunggunya. Namun bukan dia yang sampai ke rumah nenek tapi kawannya. Kawan adikku mambawa pulang ke rumah beg sekolahnya dan sepucuk surat buat nenek”.

Aku mendengar terus tanpa sepatah kata. Minatku bertambah.

Buat datuk dan nenda tersayang,

Berbahagialah kalian kerana aku akan memberi khabar gembira buat kalian di akhir surat ini. Namun sebelum itu, ada perkara yang ingin ku sampaikan. Ingatkah datuk dan nenda beberapa hari lepas, aku tidak pulang ke rumah. Ku titipkan pesan bahawa aku bermalam di rumah sahabatku kerana diskusi ilmu.

Ketahuilah datuk dan nenda,

Saat itu sebenarnya maruahku telah diragut. Kesucianku dinodai. Aku tergadai sudah. Mereka, tentera-tentera yahudi laknatullah itu yang telah melakukannya. Pagi itu, dalam perjalanan ke sekolah, aku ditahan oleh mereka. Mereka melakukannya! Mereka melakukannya pada cucumu ini. Kudratku tidak upaya melawan mereka. Aku tidak ke sekolah, lalu beberapa orang kawanku mencari jejakku. Mereka menjumpaiku yang sudah terkapar lemah di sebuah bangunan usang lantas mereka merawatku hingga akhirnya aku kembali bertenaga. Ku kuatkan azam untuk kembali ke rumah dan berlakon di hadapan datuk dan nenda seolah-olah tiada apa yang berlaku kerana Aku tidak mahu kalian berduka nestapa melihatku.

Namun ketahuilah datuk dan nenda,

Hatiku menderita. Jiwaku parah, jasadku musnah. Benar, jiwaku menderita. Tapi mereka fikir, dengan merosakkan aku begitu, semangatku akan lemah? Mereka salah! Mereka hanya menyimbah minyak pada api yang sedang menyala.

Datuk dan nenda,

Aku mencintai Islam agamaku, aku mecintai saudara-saudara seislamku lebih dari diriku sendiri. Seorang yahudi bangsat boleh merosakkan ratusan gadis muslimah seagama kita. Aku rela mengorbankan diriku asalkan saudara seagamaku dapatku selamatkan daripada menerima kecelakaan sepertiku. Seorang musuh terbunuh, bererti ratusan gadis muslimah terselamat. Dengan nama Allah Tuhan seru sekelian alam, aku rela nyawaku mejadi galang gantinya. Aku mahu kecutkan tentera-tentera laknat itu dengan keberanianku. Datuk dan nenda, mahkota kebanggaanku telah terkorban. Alang-alang terkorban, biar hingga nyawa dan darah kukorbankan! Izinkan cucunda menyusul jejak para istisyhadiyyat. Inilah saja sumbangan yang mampu ku lakukan. Aku sudah bosan hanya membaling batu dan mencaci hamun mereka dari belakang. Apa lagi yang mampu ku lakukan untuk membanteras kedurjanaan dan kezaliman dihadapan mata? Aku tidak punya wang buat membantu para pejuang di medan sana. Aku tidak punya apa-apa melainkan jasad dan roh yang amat rindukan syahid. Hatiku sudah kering melihat penderitaan dan kezaliman saban waktu. Andai tanganku berkuasa, aku mahu kumpulkan semua penguasa durjana itu dan kucincang lumat hingga tidak tersisa lagi tubuh dan hati mereka yang berajakan iblis. Datuk dan nenda, ku berpesan dengan pesannya Khadijah bintu Khuwailid- nyalakanlah obor dari tulang temulangku yang berbaki kelak, buat menerangi jalan perjuangan. Aku juga berpesan dengan pesannya As-Syahid Syed Qutb- jangan ditangisi pemergianku. Relakanlah rohku terbang mendapatkan rindunya. Salam pamitan buat kalian berdua yang kucintai – Isra’.”

“Aku kehilangan Isra’. Isra’ adikku”.

Apa?? Wajah Ustaz Amru ku renung. Mungkin aku tersalah dengar.

“Benar. Nama kamu sama seperti nama adikku. Aku telah kehilangan dia. Kehadiran kamu benar-benar mengingatkan aku pada adikku Isra’. Aku telah kehilangan Isra’ yang pertama. Kalau takdir bisa aku kuasai, aku tidak mahu kehilangan Isra’ yang kedua ini. Isra’, sudikah kamu menemani hidupku buat selamanya dan menjadi sayap kiri perjuanganku?”

Terkasima. Lidahku kelu. Benar-benar aku tidak menyangka ini. Ya Rabbi, apa yang harus ku katakan padanya? Aku tunduk terus. Tidak berani lagi memandang wajah Ustaz Amru. Ku renung jari jemariku dan pandanganku terhenti pada jari manisku. Apa Ustaz ini tidak nampakkah cincin itu? Seingatku, aku tidak pernah menanggalkannya dari jariku. Oh, Ustaz ini kan menjaga pandangan. Hampir terlupa aku akan itu.

“Aku faham, kamu tentu terkejut mendengar hasrat ini. Namun, ia benar-benar lahir dari hatiku yang ikhlas. Aku benar-benar inginkan seseorang yang memahami perjuanganku untuk menjadi suri hidupku. Aku tahu, kamu tentu memerlukan waktu untuk memikirkannya. Aku akan menunggu…”

“Nanti dulu Ustaz…”. Aku terpaksa memotong bicaranya. Tak mungkin aku memberi harapan pada Ustaz ‘Amru.

“Saya hargai hasrat Ustaz itu. Saya tidak memerlukan masa untuk berfikir kerana saya sudah mempunyai jawapan”.

Aku menghela nafas panjang sambil fikiranku mula mengatur kata.

“Saya ingin ustaz tahu, sepermukiman saya di bumi anbiya’ ini, saya telah memanfaatkan pendengaran, penglihatan dan hati saya untuk berfikir dan memahami setiap apa yang saya dengar, saya lihat dan saya rasa dengan pancaindera pemberian Allah pada saya. Saya telah laksanakan apa yang ustaz pesan di awal perkenalan kita dahulu. Lantas saya jatuh cinta. Saya cintakan perjuangan dan orang-orang yang berjuang meninggikan kalimah Allah. Saya rindu untuk menginfaqkan diri saya pada jalan Allah. Saya sudah nampak hikmahnya ustaz berada di kalangan kami dan menjadi guru kami. Saya bersyukur diberi peluang oleh Allah menjadi salah seorang anak didik ustaz. Jika ustaz tiada, siapa yang akan mengejutkan kami dari kelalaian dan kealpaan kami dalam mengambil berat tentang hal ehwal umat Islam. Maha Suci Allah yang memerintahkan umat Islam turun ke medan perang, berjuang menegakkan kalimah Allah, namun dalam masa yang sama, Allah perintahkan supaya ada segolongan umat Islam yang tafaqquh fid-din, menuntut ilmu agama agar mereka dapat memberi peringatan kepada masyarakatnya”.

Aku terdiam lagi. Bagaimana harus ku sambung bicaraku?

“Lalu apa putusanmu, Isra’?” Ustaz Amru menanti jawapanku.

“Memang saya telah jatuh cinta. Di sini saya mendapat cinta agung, cinta sejati. Cinta dalam hati saya lahir kerana adanya cinta dalam diri ustaz yang ikhlas mendidik kami semata-mata kerana Allah. Ustaz telah menunjukkan kepada saya cinta yang lebih mulia daripada cintanya sang jejaka terhadap si jelita.”.

Diam.

“Maafkan saya… ustaz menyunting mawar di jambangan orang. Saya akan menjadi sayap kiri pejuang Islam di tanah air saya”. Aku melafazkan kalimah itu satu persatu sambil tanganku mendakap fail. Mudah-mudahan Ustaz nampak cincin pertunangan di jariku.

Ada raut kekecewaan di wajahnya.

“Cinta Ustaz yang mendalam pada Islam melahirkan kecintaan dalam diri anak didik ustaz pada Islam. Saya cintakan Islam, saya cintakan Allah yang memberi nikmat Islam pada saya. Saya cintakan RasulNya yang menjadi utusan penyampai risalah Ilahi. Saya cintakan Allah dan Rasul melebihi segala-salanya. Saya cintakan saudara-saudara seagama saya walaupun saya tidak pernah mengenali mereka. Saya cintakan tugas dakwah. Itulah cinta saya. Cinta Isra’ “.

Sepatah pun Ustaz Amru tidak berkata.

“Mudah-mudahan gugurnya Isra’ yang pertama di ardul isra’ melahirkan ribuan lagi Isra’ di serata dunia. Meskipun Isra' yang pertama telah pergi, namun semangatnya akan terus mengalir dalam diri Isra' yang kedua. Mereka adalah dua Isra' yang berbeza, tapi punya cinta dan cita-cita yang sama. Izinkan saya pergi dulu. Assalamualaikum”.

“Wa’alaikumussalam warahmatulLah”. Itulah kali terakhir aku mendengar suara Ustaz ‘Amru.

“Anti tak nak beli ke ?” Ada suara di sebelahku.

“Oi, Isra’! Dari tadi asyik pegang, letak. Pegang, letak. Bila nak beli? Kalo tak nak beli bagus gak, Boleh jadi tukang angkat barang ana je”. Suara Bushra rupanya.

AstaghfirulLahal’adzim. Aku hanyut terlalu jauh dalam lamunanku.

“Nantila … bukan tak nak beli, tapi tengah pilih ‘abayah yang paling cantik sekali ni. Nak bagi bakal mak mertua la kata kan …”. Aku tersengih pada Bushra.

“Err... geddish hay, ya ‘ammu (berapa harga ni, pak cik)?”
“ ‘Ishreen”.

“Huh…letak harga sampai 20 dinar. Seratus ringgit lebih tu. Kalau sampai 20 dinar, lebih baik beli di Sweileh atau Zarqa’ saja, tak perlu hingga ke Amman”. Aku mengomel pada Bushra.

“Jangan risau…ana kan ada. Kalau harga tu tak leh turun sampai 10 dinar, ni bukan Bushra tau…”

Kata-kata itu, meskipun berbaur riak, ada benarnya. Bab tawar-menawar dengan arab, memang dia akan menang. Itu kelebihannya yang mesti aku akui. Mana tidaknya, Bushra adalah antara kawanku yang paling pakar dalam loghat ‘ammiah atau bahasa pasar mereka. Siap dengan gayanya sekali, kadang kala ditambah lagi dengan ‘ya habibi’, macam manalah pak arab tak kalah.

Tapi, seandainya Bushra kalah kali ini, aku takkan membeli ‘abayah itu. Sungguhpun nak hadiahkan pada bakal mak mertua, janganlah melampau-lampau sangat. Lagipun, tidak semudah itu meleburkan wang, kerana aku ada cinta dan cita-cita yang mahu aku kecapi.

TAMAT

tasybih - umpama
jilbab - jubah
‘abayah –jubah berwarna hitam
rabi’ – musim bunga
saifi – musim panas
markaz lughah – pusat bahasa
mudarraj – tempat duduk yang tersusun dari atas ke bawah, seperti colleseum
gharib - asing
Jazaieri – nisbah untuk Algeria, maksudnya orang Algeria
mazar – tempat ziarah
Ajib! - hairan
hurun-aien – bidadari syurga
istisyhadiyyat – menuntut syahid (pejuang berani mati)
al-qaied – pemimpin
munaqasyah - perbincangan

CARA MEMBINA DIRI JADI REMAJA CANTIK



Oleh Roha Haasan
Dipetik dr Berita Harian Online
Khamis, 20 Feb 2003

KECANTIKAN adalah sesuatu yang diinginkan oleh semua insan. Kecantikan mempunyai pelbagai tafsiran bergantung kepada individu.

Helen Gurley Brown, dalam bukunya bertajuk “Action For Success” mengungkapkan kecantikan sebagai, “Beauty can’t amuse you, but brainwork- reading, writing, thinking - can”.

Bagi seorang gadis remaja, kecantikan ialah ‘tubuh langsing, kulit putih gebu dan senyuman menawan’ manakala remaja lelaki pula melihat kecantikan dalam bentuk ‘tubuh gagah dan sasa’.

Dalam mengungkapkan sifat Allah terhadap kecantikan dan keindahan, Rasulullah, bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu Maha indah dan menyukai keindahan.” (Riwayat Muslim dan Tirmidzi).

Apa pun pandangan kita, kecantikan tetap memiliki tempat dan kepentingan tersendiri, lebih-lebih lagi untuk remaja.

Berikut beberapa panduan kecantikan yang perlu dimiliki oleh remaja jika ingin menjadi “insan cantik”:-

Bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan
Pada usia muda, seorang remaja harus memiliki wawasan hidup. Anda mesti tahu arah dan matlamat yang ingin dicapai.

Tahu membezakan di antara yang baik dan buruk
Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya di antara kami ada orang yang taat dan ada pula orang yang menyeleweng dari kebenaran. Barang siapa yang taat maka mereka itu benar-benar sudah memilih jalan yang lurus, adapun orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka jahanam.” (Surah Al-Jin:14-15)

Sayangkan diri, keluarga dan masyarakat
Seorang remaja mesti sayangkan diri sendiri, sayangkan ibu bapa serta mengasihi setiap ahli keluarga. Mereka berusaha mengukuhkan hubungan kekeluargaan, menyayangi jiran dan ahli masyarakat. Mereka tidak derhaka terhadap ibu bapa dan keluarga atau menyakiti jiran dan masyarakat.
Sabda Rasulullah, maksudnya: “Tidaklah sempurna iman salah seorang di antara kalian sehingga dia menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri.”

Berilmu pengetahuan dan bermaklumat
Seorang remaja mesti mendapatkan sebanyak mungkin ilmu secara formal atau tidak formal. Ilmu akademik penting untuk masa depan kehidupan. Ilmu kerohanian untuk mencantikkan jiwa dan dalaman manakala ilmu pengurusan bagi mengurus diri.

Menjaga kesihatan fizikal, jiwa dan minda
Kesihatan fizikal mesti dipelihara dengan memberikan hak sepatutnya kepada tubuh. Lakukan aktiviti yang menyihatkan badan. Makanlah makanan seimbang dan berkhasiat. Elakkan daripada mengambil sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan dan minda seperti rokok, arak dan dadah.
Tubuh adalah amanah Allah. Untuk menyihatkan jiwa, amalkanlah zikrullah dan tingkatkan ibadat yang ditetapkan sebagai hamba Allah. Fizikal, jiwa dan minda yang sihat akan menyerlahkan kecantikan seseorang remaja.



Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, yang berkata, Rasulullah, bersabda, maksudnya: “Dua nikmat yang sering tidak diperhatikan oleh kebanyakan manusia, iaitu kesihatan dan waktu lapang."

Menghormati diri dan orang lain
Hormatilah diri anda. Seseorang remaja mesti tahu menghormati diri dengan menjauhi tingkah laku yang boleh menyebabkan pihak lain hilang rasa hormat kepadanya. Jauhi kegiatan dan perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah diri.
Hormatilah guru yang mendidik anda, rakan dalam pergaulan, warga emas, orang yang lebih tua dan mereka yang kurang bernasib baik, tanpa mengira bangsa dan agama. Abdullah Ibnu Umar, meriwayatkan bahawa seseorang sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Islam bagaimanakah yang paling baik?” Nabi menjawab: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal atau yang tidak kamu kenal"

Berlaku adil
Keadilan adalah salah satu ‘kecantikan’ yang mesti diamalkan oleh remaja. Ia merangkumi kehidupan harian. Seseorang remaja harus berlaku adil dalam pergaulan dan semasa membuat pertimbangan. Remaja yang adil dapat membezakan di antara yang baik dan buruk dengan jelas. Mereka dapat menunaikan hak diri dan makhluk lain dengan tepat.

Menjauhi maksiat
Remaja cantik mesti menjauhkan diri daripada maksiat. Mereka takut kepada firman Allah, yang bermaksud: "Sudah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." (Surah Ar-Rum: 41).

Faham hak dan tanggungjawab sebagai rakyat
Sebagai remaja cantik, anda mestilah tahu keadaan semasa tanah air. Remaja mesti mengetahui sejarah kemerdekaan tanah airnya. Anda mestilah mensyukuri nikmat kemerdekaan dan tahu hak sebagai rakyat.

Mesra alam
Alam semesta ciptaan Allah tidak saja didiami oleh manusia tetapi juga haiwan dan tumbuhan. Seseorang remaja yang menunaikan hak dengan memelihara alam dan menyayangi haiwan adalah remaja berakhlak mulia. Amalan ini akan diberikan ganjaran setimpal oleh Allah.

Prihatin dengan masalah sejagat.
Remaja yang cantik akhlaknya berusaha mempelajari apa yang berlaku di luar negara untuk dijadikan iktibar. Sebagai remaja, kita mesti menunjukkan keprihatinan dengan pergolakan yang sedang menimpa umat Islam di seluruh dunia.

Friday, October 22, 2010

..Sekitar ANIS 2010..







sekitar waktu pendaftaran


penerima anugerah Nisa Harapan

















bergambar dengan FINE





Persembahan Nasyid mantap dari adik2 peserta nasyid Pesona'10











Monday, October 11, 2010

KELEBIHAN WANITA


Allah Yang Maha bijaksana telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hambaNya itu berpasang-pasangan, lelaki dan wanita yang saling memerlukan. Sebahagiannya menjadi pembantu kepada sebahagian yang lain. Kemuliaan manusia hanya dalam agama sejauh mana mereka dapat mentaati perintah Allah dengan cara Nabi SAW.Allah telah mngurniakan kepada wanita dengan berbagai kelebihan. Syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

"Seorang wanita yang mngerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang ia kehendaki." (HR Abu Nuaim)

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada 1000 Lelaki Yang tidak Soleh

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yang tidak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana sahaja tanpa hisab."


Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang wanita yang haid kecuali haidnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca 'Allahamdullillahi 'ala kulli halin wa astagfirullaha min kullizanbin' maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada' apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya."


Pengampunan Allah


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia, maka dia menggembirakan. Bila engkau perintah, dia taat. Bila engkau tiada, dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya."


Ada sebuah riwayat pada zaman Nabi SAW ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang di jalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya, 'Wahai isteriku.. janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali.' Secara kebetulan ayahnya menderita sakit.. maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada utusan itu, 'Agar dia mentaati suaminya.' Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumahnya. Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya."


Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.


1000 Darjat


Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat untuknya."


Maulana Syed Ahmad Khan dalam keterangannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:


1. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah.

2. Wanita yang mengguli tepung dengan membaca bismillah akan diberkati Allah rezekinya.

3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.

4. Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki soleh.

5. Allah akan memberkati rezeki apabila wanita memasak dengan zikir.

6. Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali ganda dari wajah asal.

7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah yang Maha Indah di akhirat kelak, tetapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah dengan istiqamah.

TANDA-TANDA WANITA YANG BAIK

Mengikut pakar-pakar kewanitaan, wanita yang dikatakan baik itu mempunyai ciri-ciri yang berikut:-

1. Bentuk kepalanya bulat
2. Wajahnya membulat bagaikan bulan purnama.
3. Dahinya rata dan serasi
4. Matanya agak lebar memanjang, tetapi manis dipandang. Sorotan matanya berkilau tajam, jarang mengerdip dan jarang memandang sesuatu dengan lirikan mata.
5. Keningnya memang agak lurus dan bulu matanya rapi.
6. Hidungnya lurus dan agak mancung serta garis sisi kanan dan kiri hidungnya kelihatan jelas.
7. Lebar mulutnya berukuran sederhana. Bibirnya selalu tertutup sehingga giginya terlindung. Namun, tetap nampak berseri-seri. Bibirnya rata dan tidak cembung.
8. Telinganya tebal dan bentuknya menarik.
9. Bentuk dagunya menarik dan daging bawah dagunya tebal.
10. Jari-jemarinya meruncing, tapi kukunya tebal.
11. Telapak tangannya juga tebal. Namun bahagian tengahnya halus bagaikan sutera.
12. Bentuk tapak kaki dan jari-jemarinya elok, tapi mengenai jari-jemarinya ini, tebal tapi lembut dan kaku jika ditekap (atau memijak).
13. Kukunya juga jenis tebal.
14. Badannya lebar dan daging punggungnya tebal (berisi).
15. Rangkanya (tulang-temulangnya) sederhana atau halus, dan kulitnya halus dan lemas, tapi padat.
16. Jika ketawa, badannya tidak bergerak-gerak, termasuk tidak terhinjut-hinjut atau sebagainya.
17. Duduknya teratur. Jika sedang duduk bertimpuh, kakinya rapat dan rapi. Ketika duduk, dia tidak bergerak-gerak.
18. Tatkala melenggang tangan, tidak pula sampai menguak dan badannya tidak ikut bergerak (terhoyong).


Ni serba sedikit tanda-tanda, hasil dari kajian pakar-pakar. Jangan risau jika pada anda tiada tanda-tanda ini. Ini hanya sebagai panduan semata. Lagipun, Allah tidak menilai kita malalui bentuk fizikal. Firman Allah :

"Sesungguhnya orang yang paling mulia disisiKu ialah orang yang paling bertaqwa daripada kamu." (AL-Hujurat : 13)

Wednesday, October 6, 2010

10 Pesanan

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda :" Allah telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran dalam alwah 10 bab :

1. Wahai Musa jangan menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun bahawa Aku telah memutuskan api neraka akan menyambar muka orang2 musyrikin.

2. Taatlah kepadaKu dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan Aku akan lanjutkan umurmu dan Aku akan hidupkan kamu dalam penghidupan yang terbaik.

3. Jangan sesekali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murkaKu ke dalam api neraka.

4. Jangan sesekali sumpah dengan namaKu dalam dusta atau derhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagungkan namaKu.

5. Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa 2 yang aku berikan kepada orang2 lain,sebab penghasut itu musuh nikmatku,menolak kehendakku,membenci kepada pembahagian yang aku berikan kepada hamba2ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut,maka bukan daripadaKu.

6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar2 dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab aku menuntut saksi2 itu denga teliti atas persaksian mereka.

7. Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri jiran tetanggamu sebab nescaya aku tutup wajahKu daripadamu dan Aku tutup pintu2 langit daripadanya.

8. Jangan menyembelih korban untuk selain dariKu sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut namaKu dan ikhlas untukKu.

9. Cintailah sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.

10. Jadikanlah hari sabtu itu hari raya untuk nabi Musa dan Allah memilih hari jumaat sebagai hari raya untukku.

Senyum!

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillah. Hari ni sempat nak update blog. Minta maaflah bagi yang ternanti-nanti dan tertunggu2 update terkini dari nisa' perlis. Kata pujangga, sememangnya masa itu sangat singkat. Dan ianya bertambah singkat apabila kita sering membuang masa.

3 Oktober 201o yang lalu Nisa' Perlis telah mengadakan jamuan hari raya ANIS'10 buat ahli-ahli Nisa' seluruh negeri Perlis dan juga untuk orang ramai. Alhamdulillah, makanan sangat sedap dan sangat cepat habis. Mujur Makja (pemilik Andaman 2 ) menyimpan sedikit makan untuk para AJK selepas tamatnya program. Semangnya ana memerhatikan setiap AJK ANIS'10 kali ini ada yang tidak turut makan bersama-sama tetamu yang datang (bukan semua la). Mungkin sebab sangat kenyang melihatkan para jemputan makan (memang orang kata apabila kita menjamu orang makan, kt akan terasa kenyang biarpun kita tidak turut menjamah).

Mungkin juga AJK2 kita ni kenyang melihat persembahan2 nashid dari artis kita (FINE).. hehe.

Apa-apa pun, kami Nisa' Perlis bersyukur kerana kehadiran tuan, puan, kakak, adik, emak, ayah, dan tuk2 semua telah memeriahkan suasana jamuan raya ANIS'10.

Insyallah lepas ni, ada banyak lagi program2 dalam perancangan Nisa' Perlis yang rasanya tidak rugi andai kita semua dapat turut serta. Yelah daripada duduk dirumah, tonton tv, mengadap fesbuk, menambahkan berat badan, bagus juga sesekali kita keluar, bersosial dengan orang di sekeling dan mula menambah kenalan baru di fesbuk mungkin, dengan cara yang telah ditetapkan dalam Islam. Islam itu indah, dan kita sebagai umat seharusnyalah mengindahkan diri dengan amalan2 dan sifat2 peribadi seorang muslim.

Insyallah, ana akan upload gambar2 sekitar ANIS '10 secepat mungkin.. Masih lagi menunggu kamera pulang ke rumah.. hehe!!

Sunday, October 3, 2010

Jamuan Aidilfitri Nisa' Perlis 2010

ANIS KEMBALI LAGI!!

JEMPUT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT UNTUK HADIR

JAMUAN RAYA MESTI ADE MAKAN2, KITA JUGA ADE PERSEMBAHAN DARI FINE!

JOM JOIN NISA' DI ANIS'10!

Sunday, September 19, 2010

Pesanan Untuk Orang Cantik | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Pesanan Untuk Orang Cantik | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

Tuesday, September 7, 2010

Sunnat of Eid

v Wake up early.

v Take a Ghusl (bath) before Eid Salaah

v Brush your teeth. [use Miswaak]

v Dress up, putting on best clothes available.

v Use itr [perfume]

v Eat something sweet before proceeding to the Eid Musallah e.g. Dates etc.

v Pay Zakaat-al-Fitr before Salaatul-Eid (on Eid-al-Fitr).

v Go to Eid Musallah (prayer ground) early.

v Offer Salaah-al-Eid in congregation in an Eid Musallah[open place] except when whether is not permitting like rain, snow, etc.Use different roads en route to the Eid Musallah and back home.

v Recite the following Takbir on the way to Eid Musallah -Allahu-Akbar, Allahu-Akbar. La ila-ha ill-lallah.Allahu-Akbar, Allahu-Akbar. Wa-lilahill hamd. (Allah is greater, Allah is greater. There is no god but Allah. Allah is greater, Allah is greater. And all praises are for Allah)


Taken from: http://eislaminfo.blogspot.com

Monday, September 6, 2010

Muslimah Memang Tak Guna


Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakankomen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalamayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A


:: Rujuklah Eksiklopedia Larangan Bagi Muslimah sebagai panduan
::

(di forward dari iluvislam.com..)

http://www.facebook.com/?ref=home#!/photo.php?pid=264073&id=100000710435813&ref=fbx_album&fbid=143024115731269

SYIRIK : Motif iklan Raya TV3 Terbongkar!

Susulan artikel tentang iklan raya TV3 yang dikatakan menghina Islam yang disiarkan oleh stesyen televisyen itu sekarang ini, maka banyaklah rungutan yang telah diterima daripada para pembaca yang langsung tidak menyedarinya. Malahan, mungkin bagi mereka yang selalu tiada di rumah, iklan tersebut memang tidak diketahui langsung. Susulan pendedahan ini juga, semakin ramai umat Islam menghantarkan bantahan di laman facebook bantahan yang turut kami sertakan. Malahan juga difahamkan, banyak pihak mahu supaya pihak TV3 terutamanya CEO Datuk Farid Ridzuan (foto), memohon maaf atas keterlanjuran ini. Malah, tidak kurang juga mereka yang akan mengadakan demontrasi dan membuat laporan polis terhadap insiden ini. Ternyata TV3 sengaja "menjolok sarang tebuan", disaat isu agama dan perkauman sering dipaparkan mereka pula yang cuba melakukan onar.


Apakah perlu aduan rakyat dibuat terhadap TV3 agaknya. Apakah Karam Singh Walia bisa membuat ulasan tentang masalah ini?. Semua ini kini bermain difikiran rakyat. Maka, disini kami ingin paparkan satu maklumat terbaru tentang motif iklan tersebut disiarkan oleh TV3. Ternyata ada pihak-pihak tertentu yang ingin mendakyahkan umat Islam terutaman kanak-kanak dan remaja Melayu supaya menerima agama lain dalam hidup mereka terutamanya Kristian dan Buddha. Justeru itulah kita tidak hairan terdapat paparan yang jelas dan memunyai kaitan langsung dengan motif tersebut. Antara pembongkaran dasyat yang telah dikenal pasti ialah:-

Scene 1: Budak Lelaki Melayu Tilik Buku

Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia denganbertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung... di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2: Close Up Muka Surat Bergambar Beca

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3: Keluarnya Bintang-Bintang Kecil Beraura

Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya darigambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura -Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4: Budak Melayu Masuk Ke Dalam Beca

Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. - yusrizan usop

[Disamping scene-scene yang dinyatakan, ternyata gambaran beberapa orang mengacau dodol dan keluarnya pelita dari kelopak bungat Teratai pula jelas menunjukkan cahaya datang dari Tuhan Brahma (Budhha) untuk menerangi alam ini. Semua ini jelas menunjukkan yang ada agenda jahat pihak berkenaan untuk memesongkan minda umat Islam di negara ini. Maka itu, adalah jelas supaya pihak TV3 memohon maaf secara terbuka dan menghentikan penyiaran iklan tersebut dengan segera. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan marah dengan apa yang dipaparkan. Apapun, semoga kejadian ini menjadi pengajaran berguna buat semua terutamanya TV3 agar lebih peka dan sensitif dengan isu agama seperti ini. Jika selama ini mereka banyak menyiarkan isu yang dimainkan oleh pihak lain, kini akhirnya perkara yang sama terkena atas batang hidung merek sendiri pula. Jangan sampai umat Islam di negara ini memboikot pula TV3 nanti!].


Sumber: Pahang Daily Online

Wednesday, August 18, 2010

Carilah keberkatan dalam hidupmu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda dan seluruh umat Islam yang saat ini mengabdikan diri mereka di atas jalan perjuangan, yang menurut sunnah Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, hari ini telah genap 8 Ramadhan 1431H, bermakna telah 8 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa dari Rukun Islam ketiga ini. Dan pagi ini saya dan beberapa orang sahabiah di tempat kerja telah menghadiri 'Ceramah Penghayatan Ramadhan' oleh Ustazah Amina Bukhari. Antara perkara yang di ketengahkan dalam ceramah pagi tadi adalah mengenai 'keberkatan'. Mudah untuk mencari keberkatan sebenarnya, yang penting kita tahu di mana dan bagaimana. Keberkatan ni pulak terdapat di merata-rata tempat, termasuklah dalam diri kita sendiri. Mudahnya nak cari berkat, tapi amatlah sayang sekali apabila kita tidak mampu untuk mencapainya.

Dalam suatu hadis Nabi Muhammad SAW ada menyatakan bahawa, Ramadhan itu di awalnya rahmat, di pertengahannya makrifah dan di akhirnya pengampunan dari dosa-dosa yang lampau. Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi berada di awal Ramadhan, jadi masih sempat untuk kita mencari dan menggali Rahmat Allah sebanyak mungkin.

Keberkatan itu datangnya dengan amalan atau pekerjaan yang kita perbuatkan. Dalam setiap perkara itu ada keberkatannya dan insyallah, dapat dilihat sesuatu itu berkat pada hasil yang kita perolehi. Contohnya dalam hal mendidik anak-anak. Andai ada berkat dalam ilmu yang kita curahkan, didikan yang kita berikan, insyallah, anak-anak itu akan membesar dengan baik. Di situlah nampaknya keberkatan dalam mendidik, iaitu anak yang baik dan sentiasa taat dan patuh pada kedua ibubapaya.

Keberkatan pada diri

Berkat pada diri kita dapat dilihat dalam tiga perkara;
1) Keimanan
2) Kepatuhan kepada perintah Allah
3) Identiti

Andai kita melakukan sesuatu perkara itu dengan hadirnya keimanan, insyallah, setiap pekerjaan kita lakukan pasti akan memperoleh berkat. Dalam melaksanakan sesuatu perkara, kita sertakan niat yang betul, kerana Allah, dan kita lakukan kerja-kerja tersebut betul mengikut lunas-lunas Islam disertai pula dengan tawakkal kepada Allah insyallah, Dia pasti akan memberikan ganjaran kepada kita. Iman ini luas cakupannya. Sayang sekali andaikata kita melaksanakan sesuatu pekerjaan itu tidak disertai niat yang benar, malah dilakukan pula atas dasar-dasar yang tidak disandarkan kepada Allah, kerana sesiapa contohnya, maka mana mau hadirnya berkat? Rasulullah sendiri berkata bahawa setiap perkara itu dimulai dengan niat. Dan Allah menilai perbuatan amal kita berdasarkan niat. Jadi luruskanlah niatmu, dan sertakanlah keimanan kepada Tuhanmu, semoga beroleh keberkatan.

Kepatuhan kepada perintah Allah itulah yang akan memberi nikmat berkat. Sebagai seorang hamba, wajib kita patuh pada al-Khaliqnya. Di pejabat sahaja kita dididik untuk mematuhi segala arahan daripada seorang ketua, masakan pula tidak dalam kehidupan seharian kita yang mana kita ini tidak diciptakan Allah melainkan untuk beribadah kepadaNya.

Selain itu, identiti yang kita pamerkan kepada khalayak juga dapat menunjukkan keberkatan yang ada dalam diri kita. Ilmu yang kita dapat, amalan-amalan yang kita buat semuanya ada keberkatan, jadi tentulah Allah akan menjadikan diri kita ini senantiasa menjaga penampilan dan identiti yang baik. Itu juga tandanya Allah masih sayangkan kita dan Dia tidak membiarkan kita hanyut dalam arus pemodenan yang telah banyak meragut jiwa-jiwa insan serta menjebakkan diri dalam kancah kehinaan.

Keberkatan pada keluarga

Keberkatan dalam keluarga dapat dilihat pada 3 aspek utama sesebuah keluarga iaitu pada ibubapa, suami dan juga anak-anak.

Keberkatan pada ibubapa adalah dengan menjaga hubungan kita dengan kedua ibubapa kita. bagaimana nak jaga hubungan yang mendapat berkat? Ada caranya, pertamanya panggilah mereka dengan panggilan yang baik dan mesra. Dalam al-Quran pun ada tuntutan supaya anak-anak bercakap dengan sopan terhadap ibubapa meraka. Jangan keluarkan langsung perkataan 'Uh' atau 'Ah', kerana perkataan-perkataan inilah yang akan menyebabkan rasa kecil hati pada mereka. Terutamanya pada anak-anak yang sudah meningkat dewasa. Andai waktu kecil dahulu, ibubapa kita masih boleh menegur apabila melihat kelakuan tidak sopan kita, tapi bila dah besar ni? Fikir-fikirkanlah perasaan mereka. Keduanya sentiasalah memuji ibu dan ayah kita. Mereka sebenarnya tidak perlukan hadiah yang mahal-mahal dari anak-anak. Cukuplah bagi mereka penghargaan yang keluar dari dasar hati anak-anak. jadi melalui kata-kata pujian ni lah kita dapat menunjukkan betapa kita menghargai mereka.

Ingat tak waktu kecil-kecil dahulu, bila mak pakaikan baju baru mesti mak akan puji "Amboi lawanya, anak sapa ni?".. Kemudian dipakaikan bedak diwangi-wangikan, dan ditunjukkan pula pada ayahnya. Bila ayah lihat anaknya yang comel, ayah pula bersuara memuji-muji anaknya "Amboi comelnya anak ayah, nak pi mana ni?". Betapa kita dimajakan pada waktu kecil dahulu dengan suara2 yang mesra dan pujian-pujian yang mengembangkan hati. Itulah tanda kasih sayang ibu bapa terhadap kita, yang seringkali kita terlupa.

Ketiganya, sentiasalah berdoa untuk ibubapa kita. Ada satu tips yang saya dapat dari ceramah tadi. Kata Ustazah, semasa dalam solat jemaah, selepas Imam membacakan al-Fatihah, antara ayat 'waladholim' dan 'amin' ada satu sengkang masa (at least beberapa saat), maka time tu berdoalah. Mohon ampun dari Allah, untuk diri kita dan kedua ibubapa kita. Keempatnya, sentiasalah taat kepada kedua ibubapa kita selain daripada perkara maksiat dan yang terakhirnya, janganlah sesekali menyakiti hati ibubapa kita. Kerana takut-takut kelak kita tidak dapat mencium haruman syurga.

Dalam hubungan suami isteri juga ada keberkatannya. Rumahtangga yang aman damai dikatakan mempunyai berkat padanya. Walaupun datang pelbagai ujian tetapi, andai ada keberkatan pasti ujian itu dapat dilalui dengan mudah. Sebagai seorang wanita ataupun isteri, wajib ke atas kita untuk mentaati suami.

4 syarat untuk wanita muslimah masuk ke syurga;

1) Sempurna solat fardhunya
2) Sempurna puasanya pada bulan Ramadhan
3) Menjaga maruah diri
4) Mentaati suami selagi mana dia taat kepada Allah.

Hanya dengan memenuhi 4 perkara ini, maka sudah cukup untuk seorang wanita itu menjadi ahli syurga. Senang bukan jadi wanita? Tetapi, perkara yang sesenang inilah yang selalunya tidak mampu dilaksanakan kita. Diceritakan kisah mengenai Saidina Abu Bakar yang sangat dicintai Rasulullah SAW, seorang yang sangat-sangat menjaga puasanya sehingga apabila tiba hari akhirat kelak, pintu-pintu syurga berebut-rebut memanggilnya untuk masuk ke syurga melalui mereka. Di sebelah sana pintu rahmat, disebelah sini pintu sedekah, dan banyak lagi semuanya melaungkan nama Abu Bakar, memanggil beliau untuk masuk ke syurga melalui pintu-pintu tersebut.

Tetapi bagi seorang wanita yang dapat mencukupkan keempat-empat syarat ini, mereka dikatakan akan memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang mereka lalui tanpa perlu menunggu panggil-panggilan sepertimana Saidina Abu Bakar tadi. Itulah besarnya nilai keberkatan dan keistimewaan yang Allah berikah kepada kaum hawa.

Seorang wanita juga dikatakan sangat mudah memperolehi pahala yang sama banyak seperti mana yang diberikan kepada suaminya apabila dia merelakan suaminya keluar untuk berjemaah, atau berjihad di jalan Allah. Pada zaman Rasulullah SAW, terdapat seorang sahabiah yang bernama Khaulah yang turut sama berperang dengan Rasulullah sehingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan sahabiah-sahabiah yang lain. Lalu sahabiah-sahabiah itu pergi menemui Rasulullah SAW untuk bertanyakan kalau-kalau mereka juga boleh melakukan hal yang sama untuk memperoleh syahid. Lalu Rasulullah kata bagi seorang wanita, apabila dia merelakan suaminya keluar untuk berjihad, itu sudah cukup memberikan dia ganjaran pahala yang sama seperti mana yang diperolehi oleh suaminya.

Sesebuah keluarga itu tidak akan lengkap tanpa kehadiran anak-anak. Menjadi suatu tanggung jawab ibu bapa untuk mendidik dan membesarkan anak-anak mereka dengan baik berlandaskan lunas-lunas syariat dan memberikan kefahaman agama yang mendalam dalam diri mereka. Antara perkara yang mesti dilakukan olwh ibubapa untuk mendapat berkat daripada anak-anak mereka adalah dengan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Mendidik dan mengasuh mereka dengan membiasakan diri pada al-Quran sangat penting.

Keberkatan dalam Rumah

Nabi Muhammad SAW berpesan untuk mendapatkan keberkatan dalam sesebuah rumah adalah dengan menghidupkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, zikir, dan solat oleh ahli-ahlinya.

Rumah yang sentiasa disirami dengan ayat-ayat suci, pastinya akan sentiasa kelihatan tenang dan bercahaya. Isi rumahnya juga pastilah sentiasa ceria dan aman damai. Oleh itu, rajin-rajinkanlah untuk menghiasi rumah dengan bacaan ayat-ayat suci dari Allah. Jangan hanya sekadar meletakkannya didinding tetapi amalan juga sangat penting.


Keberkatan pada Harta

Umpama menuang air dari dalam botol. andai kita mengeluarkan airnya sedikit, maka sedikitlah yang kita dapat. Tetapi andai kita menuangnya banyak, maka banyaklah yang kita dapat. Begitulah juga halnya dengan sedekah. Andai kita bersedakah dengan nilai yang kecil, maka sedikitlah yang akan kita perolehei. Tetapi, andai kita mengeluarkan nilai yang besar, insyallah, pasti pahalanya berlipat kali ganda lagi.

Sebagai umat Islam kita juga dituntut untuk mengeluarkan zakat pada harta yang kita miliki. Mengeluarkan zakat adalah bagi mereka yang telah cukup syarat dan berkemampuan untuk mengeluarkan zakat. Zakat dikatakan dapat menghapuskan segala dosa yang kita punyai dan juga dapat membersihkan harta kita. Tambahan pula hidup di zaman teknologi ni, pelbagai sumber pendapatan yang mampu kita perolehi. Kadang-kadang tu kita sendiri keliru dengan kehalalan punca pendapatan kita sendiri. Oleh itu, zakat adalah satu alternatif yang Allah sediakan bagi membersihkan segala harta yang dimiliki.

Untuk itu, tunaikanlah zakat dan rajin-rajinlah bersedekah supaya tidak kita menyesal dikemudian hari.

Berkat pada Ramadhan Keseluruhannya

Sabda Nabi Muhammad SAW yang maksudnya sesiapa yang menghidupkan Ramadhan, maka Allah akan ampunkan dosa-dosanya yang lampau. Terdapat pelbagai ganjaran pahala yang Allah sediakan pada bulan ini berbanding di bulan-bulan yang lain. DIbulan Ramadhan, apabila kita bersolat fardhu, kita akan memperolehi pahala 70 kali ganda daripada pahala yang kita perolehi dibulan-bulan yang lain. Itu baru solat fardhu, solat sunat juga digandakan pahalanya sebagaimana pahala kita bersolat fardu di bulan2 biasa.

Untuk itu, berusahalah untuk menambah amal ibadah dan mengutip setiap pahala yang ada dengan menghidupkan Ramadhan. Wallahu 'alam..