[go: up one dir, main page]

Saturday, August 29, 2009

RESEPI RAMADAN PEMBUNCIT PERUT


BD kecewa.... kecewa sungguh-sungguh.... Bukan pasal posa... Bukan pasal raya... Tapi pasal program tv sepanjang bulan posa... Bulan posa atau bulan Ramadhan adalah bulan untuk umat Islam berpuasa, berlapar dahaga, untuk dapat merasakan kelaparan dan kesiksaan saudara mara seagama kita yang hidup miskin, melarat, merempat...

Tetapi progrm tv disetiap bulan puasa dipenuhi dengan pelbagai jenis masakan, makanan, dan resepi untuk membuncitkan perut. Setiap hari dan malam... malah subuh, ada saja proram memasak dari chef-hef selebriti yang terkenal dan tak terkenal. Masakan mereka... aduhhh... mewahnya... Dan sedapnye.... Tak nampak langsung fungsi berpuasa di bulan Ramadhan...


Ada resepi cara masak lauk ikan yang sedap, ada resepi masak daging bagi sedap, ada resepi masak ayam yang sedap, ada resepi buat kek yang sedap dan belengas, ada resepi cara buat kuih yang mengenyangkan... dan macam-macam lagi... Tak sempat BD nak catat semuanya.

Tak hairanlah ada yang mengeluh perut tambah bucit, berat badan meningkat, darah tinggi dan kencing manis menjadi-jadi selepas bulan Ramadan....

Bila BD tengok program-program tv yang macam tu, teringat masa kecik-kecik, ramai antara kita yang makan nasi dengan ikan masin masa buka posa... Dan hari ini ramai saudara-saudara segama kita yang masih mengamalkn buka posa dengan ikan bilis dengan nasi putih... Kasihan mereka...


Dan BD juga kecewa apabila sesekali memenuhi jemputan berbuka puasa di hotel-hotel lima bintang tajaan seseorang VIP atau syarikat-syarikat tertentu. Beraneka hidangan, lauk, sambal, kari, dan entah apa namanya lagi. BD rasa bagaikan tak tergamak tangan untuk mengambil makanan itu apabila terbayangkan ramai umat Islam yang tidak bernasib baik hanya makan nasi semalam untuk berbuka.

Banyak nasi dan lauk pauk terbuang. Pembaziran besar.... Ahhh barangkali inilah yang dikatakan saudara syaitan...

Menitis airmata BD... Agaknya inilah yang dikatakan Satu Malaysia, rakyat didahulukan....



Sunday, August 23, 2009

BERHATI2 DGN ORG BERTOPENG

Wanita Bertopeng ni BD lupa ambik kat mana. Maaf ye.. Gambar hiasan.
Sekarang ini banyak kita jumpa orang bertopeng kat jalan-jalan raya, kakilima kedai, siarkaki dan pejabat. Tapi ada kawan BD kata jangan percaya sangat kat orang yang bertopeng tu. Tidak semua tutup mulut dengan topeng kerana takutkan H1N1. Kerana ada yang tidak jujur. Ada yang pakai topeng untuk tutup mulut daripada terkeluar bau rokok atau bau kari dari mulut mereka. Maklumlah sekarang bulan puasa. Jadi, ada yang ambil kesempatan gunakan topeng bagi menutup bau dari mulut mereka. Kalau topeng tu dibuka, akan terkeluarlah bau kari, roti canai, bau rokok dan segala macam. Berhati-hatilah dengan orang bertopeng... hihiiiiii Selamat Menjalani Ibadah Puasa....

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadan

SALAM RAMADAN KAWAN-KAWANRamadan al-Mubarak
datangmu membawa sinar
bahagia dan ceria
Ya Allah Ya Rahim
kurniakanlah mereka
sekelumit rahmatmu
semoga sama-sama merasakan
nikmat Ramadanmu
AMIN....
Salam Ramadanku
untuk semua rakan dan sahabat
yang bersama menyemarakkan
dunia blog...
SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA
WAHAI KAWAN-KAWAN.

Wednesday, August 19, 2009

PATRIOTIK? OMONG KOSONG...

Gambar ini aku curi dari blog sapa entah... Maaf ye..

Apakah rakyat Malaysia patriotik..? Sejauh mana..? Zero.. kosong... nil... sifar... Sebenarnya rakyat Malaysia patriotik sifar... Apakah menteri patriotik..? No... Apakah pemimpim pembangkang patriotik..? No... Apakah ahli-ahli perniagaan patriotik..? Jauh sekali... Jadi, jangan harap rakyat macam aku nak jadi patriotik.

Hanya rhetorik... sekadar penyedap mulut... Suruh orang patriotik tapi sendiri tak ambik kisah... Apakah dengan mengebar bendera Malaysia di depan rumah, depan kilang, depan kereta atau depan pejabat, kita boleh mengaku patriotik...? Mengarut...

Patriotikkah rakyat Malaysia kalau peniaga asyik fikirkan keuntungan sendiri. Patriotikkah peniaga yang naikkan harga topeng semasa orang ramai kelamkabut dengan bahaya selesema babi...? Dia tak peduli orang sanggup beli atau tidak. Yang penting dia dapat untung berlebihan daripada kegelisahan masyarakat lain. Sepatutnya peniaga macam tu mampus dulu....

Patriotikkah rakyat Malaysia yang menyembunyi dan menaikkan harga gula pada setiap musim perayaan, terutamanya perayaan untuk agama Islam yang dirayakan oleh orang Melayu..? Patriotikkah mereka yang menaikkan harga ayam..? Patriotikkan mereka...? Bullshit.....


Jangan terlalu menjaga hati bukan Melayu... Sebab Melayupun ada hati....

Tuesday, August 18, 2009

Sunday, August 16, 2009

ONE MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN...


Seronok tau jadi rakyat Malaysia. One Malaysia, rakyat didahulukan.... pembangunan diutamakan. Yang pembangunan diutamakan, BD memang setuju dan nampak di hadapan mata. Tanah kebun dihapuskan, rumah-rumah kampung dirobohkan, demi mengutamakan pembangunan. Untuk membina bangunan modern yang tinggi dan canggih milik kumpulan rakyat yang kaya dan perlu didahulukan.

Akibatnya, sebuah kampung di Pulau Pinang hanya tinggal nama. Dan sebulan dua kemudian, nama diapun hilang. Cuma yang masih dijual di supermarket atau kakilima halua pala...

Kita tinggalkan kisah buah pala atau halua pala. Kita kembali pada kisah keseronokan jadi rakyat Malaysia. Kisah kali ini mengenai RON. Mungkin korang tahukan apa itu RON..? Itu jenis minyak yang dijual di petrol stesen. RON 92, RON 95 dan RON 97.... Ini kisah Rakyat Didahulukan untuk ditipu... hihiiiii... rakyat macam aku memang mudah ditipu. Sebab, aku tak boleh membantah.

Aku tak mahu cerita lebih lanjut kenapa aku ditipu dan macamana aku ditipu... sebab terlalu berat untuk tangan ini mengetuk perkara-perkara yang bertentangan dengan jiwa dan raga BD.

Bagaimanapun kita dihidangkan dengan minyak low quality (RON95) mengantikan (RON92) yang juga kurang kualiti. Lalu kerajaan uar-uar melalu pelbagai media mengatakan RON95 minyak yang bagus dan kita patut gunakan. Malah di stesen Petronas hanya RON95 yang dijual.

BD pun gunakanlah RON95 itu. Tetapi sedarkah anda penggunaan minyak RON95 adalah lebih cepat kering tangki kita daripada RON97 yang kini dinaikkan harga 2 ringgit 5 sen seliter. Selain itu, bunyi enjin kereta BD pun bertambah kuat. Tanda penggunaan minyak petrol yang lebih tinggi dengan putara rpm yang lebih laju.

BD benar-benar marah. Tapi nak marahkan siapa...? Dan kini BD kuatir kereta buruk BD tu tak boleh nak bawak balik raya.... (kerana penggunaan RON95 yang kurang layak untuk kereta buruk).

Apa yang BD nampak daripada helah orang-orang tu, mereka sengaja perkenalkan RON95 untuk dijual dengan harga RM1.80 dengan alasan menaikkan RON97 ke harga RM2.05. Pandai betoi depa tipu rakyat yang bahol macam BD niiii.....

Saturday, August 15, 2009

NORDIN NGETOP DI INDONESIA


Nordin Mat Top. Nama itu memang top. Top of the list. Terrorist list of FBI. Tapi dia rakyat Malaysia. Orang kita. Cuma kita tidak sokong perjuangan dia. dia pengganas. kita tidak sokong sebab kita tidak mahu jadi pangganas. kita mahu jadi manusia yang sempurna. hidup dalam aman dan damai. dapat bergerak dengan bebas dan bermain dengan girang.

Nordin mat top kini sedang 'ngetop' di Indonesia. Namanya sentiasa bermain di bibir rakyat Indonesia. Dia dikatakan penghasut untuk mencetuskan huru-hara, atau sekurang-kurangnya suasana tidak aman di Indonesia.

Oleh itu, Nordin mat top menambah kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Sebelum ini banyak isu lain yang menjengkelkan Indonesia termasuk isu pembantu rumah, isu ambalas, isu manohara, isu arnab, isu kambing dan sebagainya....

Tetapi bagi BD, isu Nordin ini sekadar kambing hitam bagi Indonesia. Dengan adanya Nordin, Indonesia akan terus menuding jari pada dia dalam setiap pergolakan atau keganasan yang berlaku. Berita mengenai Nordin mati tertembak sudah banyak kali berlaku. Setiap kali polis menyerbu sarang JI, Nordin dikatakan antara yang tertembak mati. Tetapi sehari dua kemudian mereka sendiri yang menafikan kematian Nordin.

BD samakan Nordin dengan Osama Bin Laden. Dah berpuluh kali tentera Amerika menggempur sarang Al-Qaeda, dan tempat persembunyian Osama, dia tetap hidup dan mampu meloloskan diri dari maut.

Sebenarnya di Indonesia yang memiliki lebih 220 juta rakyat, hampir 40 juta hidup di bawah paras kemiskinan. Dan ramai lagi menganggur. Sebenarnya, isu inilah yang sepatutnya ditangani segera dan diberi perhatian apabila berlaku rusuhan. Rakyat yang kurang makan lebih bertenaga untuk melawan daripada rakyat yang terlebih makan. Mereka akan lebih mudah terangsang jika ada yang membakar semangat mereka untuk merangsang, mereka akan mudah percaya pada hasutan supaya memberontak.

BD harap rakyat Malaysia harus berfikir dengan waras sebelum bertindak. Kita cukup makan walaupun ada masanya sekadar nasi goreng basi.

Pengajaran: Carilah bidang lain kalau nak top. bukan jadi pengganas, atau belalang kunyit. Ikuti ulasan panjang lebar dalam Global@1 di TV1, Ahad ini jam 11 malam.... hihiiii

Tuesday, August 11, 2009

ANOTHER 18 MONTHS FOR SUU KYI


Barangkali Aung San Suu Kyi telah melakukan dosa yang tidak terampun. Sejak 20 tahun lalu dia menjalani hukuman penjara dan tahanan rumah selama 14 tahun. Dan ditambah 18 bulan lagi bagi dosanya yang terbaru.

Hukuman terbaru diterimanya hari ini kerana melindungi seorang tetamu tak diundang dari Amerika, John Yettaw. Tindakan itu melanggar peraturan tahanan rumah yang dijalaninya sebelum ini.

Hukuman terbaru 18 bulan itu juga menghalangnya bertanding dalam pilihanraya umum tahun depan. Dan memang itulah muslihat di sebalik hukuman itu; menghalangnya dari mengikuti pilihanraya, kerana dikhuatiri akan menang.

John Yettaw juga dihukum, malah lebih berat. Dia dipenjara tujuh tahun kerana berlindung di rumah Suu Kyi. Hukuman itu mencetuskan kritikan para pemimpin dunia. Gordon Brown menyifatkan junta tentera Myanmar sebagai 'gergasi', manakala Nicolas Sarkozy mendesak Kesatuan Eropah melaksanakan sekatan baru bagi Myanmar. Dia juga memnyifatkzn hukuman itu kejam dan tidak adil.

Bagaimanapun hukuman yang diterima Aung San Suu Kyi jauh lebih ringan dari hukuman maksima yang dihadapinya, 5 tahun penjara, dan lebih lembut dari hukuman asal yang dikenakan mahkamah, tiga tahun dengan kerja berat.

Isu Aung San Suu Kyi pernah disiarkan dalam program Global@1 dua minggu lepas. Takjubnya, 6 dari 12 pemanggil yang membuat komen mengenai isu itu masyarakat Myanmar yang tinggal di Malaysia. Rata-rata mereka tidak sukakan Suu Kyi, meskipun bencikan pemerintahan junta yang ada sekarang.

Bagi mereka Suu Kyi melakukan dosa besar kerana menderhaka kepada negara, serta bapanya sendiri, Jeneral Aung San.

Sebelum dibunuh oleh British, jeneral Aung San berpesan pada rakyatnya supaya tidak memberi izin pada bangsa penjajah bertapak di Myanmar, terutamanya British. Manakala Suu Kyi selepas baligh, berkahwin dengan rakyat Britain berbangsa Perancis.
Begitulah adanya. Jangan sekali-kali engkar arahan orang tua kita.... Lebih dari itu, jangan gadai negara hanya untuk kesedapan sendiri.... masuk gambar terung atas arahan kakiayam... hihiii

Saturday, August 8, 2009

PENGERTIAN DI SEBALIK ATOM

Hari ini 9 ogos 2009 genap 64 tahun peristiwa pengeboman bom atom di Nagasaki. Bom di lepaskan dari pesawat tentera Amerika pada pukul 11.01 pagi. Akibatnya 40,000 orang mati semasa letupan berlaku dan berpuluh ribu lagi mati sehingga hujung tahun itu akibat kecederaan, kanser dan radiasi.


Tiga hari sebelum itu, pada 6 Ogos 1945, bom atom pertama Amerika digugurkan di Hiroshima. 80,000 orang mati serta merta dan hampir jumlah yang sama mati sehingga hujung tahun itu akibat radiasi, kaser dan kecederaan.

Begitulah kejamnya perang. Tetapi orang Melayu gembira dengan serangan ATOM itu. Kerana ATOM bagi orang Melayu bermakna Allah Tolong Orang Melayu... Apa tidaknya, sebaik bom atom meletup di Hiroshima dan Nagasaki, askar Jepun mengaku kalah Perang Dunia Kedua. Dan perang itupun tamat. Begitu juga seksa orang Melayu oleh tentera Jepun... Sekaligus tamat.
Isu serangan ATOM di Hiroshima dan Nagasaki akan dibincang lebih mendalam dalam program Global@1 di TV1 malam ini pukul 11.30 malam.

Kedua-dua bom Atom berkenaan, Little Boy dan Fat Man adalah hasil projek Manhattan yang bertujuan menamatkan PD2. Gambar bawah ini seorang daripada mangsa bom Atom di Tanah Melayu....

Tuesday, August 4, 2009

MASALAH ANAK PINTAR


Agak susah jugak jika anda memiliki anak yang pintar dan suka bertanya. Kisah yang akan saya tulis ni berlaku pada seorasng rakan yang memiliki anak seperti itu.

Suatu hari si anak bertanya bapanya... ''dady, dady... macam mana manusia terjadi...?''

Maka si dady pun bercerita: Allah jadikan anak dari segumpal tanah yang dimasukkan ke dalam perut ibu. Lalu Allah masukkan nyawa untuk menghidupkan anak itu.

Si anak mendengar dengan khusuk tetapi tidak puas hati dengan jawadpan bapanya. Lalu suatu hari yang lain si anak bertanya ibunya yang sedang memasak.

Maka jawab si ibu: Manusia bersal dari monyet. Selepas melalui pelbagai proses, monyet itu bertukar menjadi manusia.

Sama jugak, si anak mendengar dengan khusuk penjelasan ibu tetapi lebih tidak faham. Dia kembali kepada bapanya.

''Dady... mama kata manusia berasal dari monyet. Yang mana satu betul...?

Jawab si dady: Dua-dua betul. Yang berasal dari monyet tu keturunan sebelah mama kau....

Si anak pening kepala....