Satu pendapat pakar barat berkata, paling tinggi manusia boleh gunakan otak hanya 5% dari keseluruhan kemampuannya otaknya. Itupun bergantung pada tahap iq nya. Bagi mereka yang berpendidikan tinggi kemampuan otaknya lebih tinggi daripada mereka yang berpendidikan rendah, atau tidak berpendidikan langsung.
Contohnya, seorang doktor dan profesor mampu berfikir lebih baik dan teratur daripada seorang budak pejabat, walaupun ketiga-tiganya bertugas di universiti yang sama. Profesor membuat sesuatu kesimpulan selepas membuat kajian menyeluruh, menilai dan menimbang, dan melakukan kajian berulang kali.
Manakala budak pejabat atau dispetch, membuat kesimpulan hanya daripada pengetahuan dan pengalaman yang cetek, tidak tahu membuat penilaian, kerana tidak tahu mana yang betul dan mana yang tidak betul. Kalau dia cuba berfikir lebih daripada tahap kemampyan otaknya, dia akan jadi gila, sasau, atau boleh bertindak seperti orang tidak berpelajaran. Begitulah keadaannya.
Tidak hairanlah banyak berlaku kejadian salah faham di kalangan manusia.
Contohnya, suri rumah hari ini tidak takut suamianya bawak balik ubat darah tinggi atau kencing manis dari kelinik atau hospital. Dia sudah tidak takut suaminya ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Baginya itu penyakit biasa, dan kalau nak matipun suami seorang. Tidak melibatkan dia dan anak-anak. Kerana dia tidak dapat berfikir kesan daripada kematian suaminya.
Yang dia takut sekarang, suaminya terkena penyakit darah manis dan kencing tinggi. Kerana kesan daripada penyakit itu boleh menjejaskan rumah tangganya. Hanya orang yang iq tinggi sahaja tahu penyakit darah manis dan kencing tinggi ini... Kasawari, Mat Gebu, Che Mat, Tok Nabe, GotGut, Abang Putera, Shai, Fysal dan KZ.... mungkin tahu.. Tetapi bagi suami yang kurang pendidikan mungkin tertanya-tanya kerana tidak dapat berfikir sendiri.
Wassalam...