[go: up one dir, main page]

Followers Remaja Purba

Wednesday, January 21, 2026

[21] RABU TANPA KATA


21 Januari 2026 -Rabu [2 Syaaban 1447H]


We're sorry. The flight has sold out.

Oops!Flights sold out, please choose a new flight.


@RemajaPurba: Select new flight..

Tuesday, January 20, 2026

[20] UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI

 
20 Januari 2026 - Selasa [1 Syaaban 1447H)

Aku memang betul-betul kecewa dengan orang yang tak sedar diri. Kalau tahu diri tu hidup susah, tak perlulah beli barang sampai berlebihan. Aku bukan nak hina orang miskin — aku pun miskin juga, rezeki sekadar cukup makan tapi aku sedar kemampuan diri sendiri.

Hidup ni bukan soal nak nampak senang di mata orang tapi soal tanggungjawab pada diri sendiri. Kalau duit tak banyak, jangan paksa gaya hidup melebihi kemampuan. Nafsu boleh ditahan tapi akibat menyusahkan orang lain tu tak semua orang sanggup tanggung.
Kalau ikutkan hati, macam-macam aku nak beli tapi aku fikirkan duit yang terhad sebab tu kena ada disiplin, belanja ikut kemampuan. Cukuplah hidup kita dah susah, jangan sampai menyusahkan orang lain pula. Kesusahan hidup bukan lesen untuk lepas tangan atau buat orang lain menanggung akibat.


Hidup ikut kemampuan bukan tanda kalah tapi tanda kita tahu jaga maruah dan tanggungjawab.

Jangan biarkan pilihan sendiri menyusahkan orang lain.


@RemajaPurba: ..

Monday, January 19, 2026

[19] PALING TERSAKITI


19 Januari 2026 - Isnin [29 Rejab 1447H] 

Sambungan dari [SINI]

Dia sudah terlalu selesa dengan isteri yang menguruskan segala-galanya. Ended up beraja dihati dan rasa tiada siapa ada hak menegur dia walaupun secara baik.

Cubalah berhenti melepak dengan kawan-kawan. Jangan leka dengan telefon. Jangan lari dari masalah. 'Face it bro', hadap masalah tu terus.

Kadang-kadang, dia ni nak kena bahasakan sikit to put some sense into their stupid head! Bukan apa, selesa sangat dengan keadaan sekarang. Dia kononnya paling tersakiti tapi part dia yang sakiti orang? Terus ada Amnesia.

Ingat.. kau pun akan menua, masa tak pernah berhenti. Kau juga akan sampai ke satu titik di mana segalanya perlu dibayar sendiri. Saat itu tiba, menyesal pun sudah terlambat — kerana hati sudah mula belajar untuk tidak peduli.


Kita tak perlu jadi terlalu baik, terlalu berkorban sampai akhirnya hilang identiti diri sendiri.


@RemajaPurba: Mereka tak nampak his true colors..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...