Archive
Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.
Utusan Malaysia
SEJARAH tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu, asalusul setiap kaum di negara ini mesti sentiasa jelas difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali kalangan ahli politik.
Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa sahaja berkaitan orang Melayu termasuklah kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara ini pun kerap benar dicabar dan dipersoalkan.
Hakikatnya, bagi Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, orang Melayu bukanlah pendatang memandangkan Malaysia sendiri adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara yang merupakan wilayah kebudayaan Melayu. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2008)
Oleh hal demikian, kenyataan ‘buta’ sejarah hanya mengguris hati dan perasaan masyarakat Melayu. Malah, seakan-akan mahu memadam konsep Dunia Melayu yang telah lama digunakan dalam kerangka epistemologi antropologi oleh sarjana antarabangsa.
Sebelum kedatangan penjajah serta wujudnya sempadan geopolitik seperti hari ini, seluruh rantau Nusantara ini dihuni dan dimiliki oleh orang Melayu secara total.
Wilayah gugusan kepulauan Melayu (The Malay Archipelago) yang diduduki oleh rumpun bangsa Melayu ini sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan memiliki ciri keperibadiannya tersendiri dari segi asal-usul, bahasa, adat istiadat, sastera dan budaya.
Ini semua berbeza benar dengan ciri-ciri budaya orang lain yang diwarisi dari China dan India hari ini.
Menurut Wan Hashim Wan Teh (1991), sejak awal kurun Masihi lagi orang Melayu sudah memiliki sistem pemerintahan tersendiri bermula dari Kerajaan Campa (kini Kemboja) dan Funan (selatan Vietnam) sehinggalah ke Langkasuka, Sriwijaya, Pasai, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Acheh.
Pemerintahan
Sekitar awal abad ke-16 pula, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental juga sudah menyebut tentang pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Pattani.
Kini, dunia Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja serta wilayah selatan Siam dan selatan Filipina.
Malahan menurut sarjana Guillermo Q. Roman dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Seminar Dunia Melayu Ketiga pada 1988 menyifatkan rakyat Filipina bukan sahaja mempunyai hubungan dengan dunia Melayu bahkan sebahagian daripada dunia Melayu itu sendiri.
Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.
Begitu banyak bukti dan kajian terperinci daripada pelbagai sudut yang membuktikan orang Melayu adalah penduduk asal wilayah Nusantara ini.
Sebaliknya, tidak pula ditemui kajian konkrit oleh para sarjana terdahulu mengatakan bahawa orang Melayu adalah golongan pendatang sama seperti kaum Cina dan India.
Apa pun alasannya, para pemimpin terutamanya bukan Melayu perlu lebih halus budi pekertinya, tidak menyinggung perasaan, peka dan menghormati sensitiviti orang Melayu.
Mereka perlu ‘belajar’ untuk tidak bersikap kurang ajar seperti mana desakan mereka agar orang Melayu menghormati kedudukan mereka sebagai rakyat negara ini.
Mengapa apabila orang Melayu bercakap isu kaum kita dianggap sebagai perkauman sedangkan sekiranya orang lain bercakap hal yang sama tidak pula dianggap begitu? (klik di sini)
Sukar benarkah untuk memahami perasaan orang Melayu dengan sedia bertolak ansur dan saling menghormati?
Oleh itu, para pemimpin bukan Melayu diseru agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata.
Paling penting, mereka juga harus memahami dan menghargai kebudayaan orang Melayu sebagai penduduk asal dan pentakrif jati diri negara bangsa ini, bukannya diremehkan sesuka hati.
Apabila kematian jadi modal politik
Oleh: ROSLAN BIAN
Belum ada perkembangan terbaru kes kematian Teo Beng Hock, pembantu khas kepada Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah yang mayatnya ditemui di bumbung tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketika polis dan SPRM sedang berusaha merungkai misteri kematian Teo, pembangkang seperti biasa memilih untuk menyalahkan pihak lain dan kali ini SPRM menjadi mangsa terbaru percaturan politik mereka. Pelbagai tohmahan mula dilemparkan kepada pihak berkenaan selain beberapa siri perhimpuan yang sudah dan akan diadakan pembangkang termasuk terbaru pembabitan Kerajaan Negeri untuk menganjurkan perhimpunan tuntut keadilan di Stadium Kelana Jaya, Ahad ini.
Persoalannya, keadilan apa yang hendak dituntut? Adalah tidak adil apabila DAP dan PKR membuat pelbagai tohmahan terhadap SPRM sebelum siasatan menyeluruh bagi mengetahui punca sebenar kematian Teo yang tragis serta menimbulkan kontroversi. Mereka seharusnya percaya pada jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa polis akan menyiasat kematian Teoh,30, secara menyeluruh dan secara professional agar diketahui apa sebenarnya berlaku. Beliau juga mahu semua pihak tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi berhubung kes itu yang boleh mengelirukan masyarakat sehingga siasatan selesai. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pula berkata, tiada apa yang hendak disorokkan berhubung kematian pembantu Exco tersebut. Malah beliau meminta jangan menunding jari kepada sesiapa sebaliknya tunggulah polis selesai menyiasat ke tersebut.
Namun jaminan dua pemimpin utama itu serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dipedulikan pemimpin pembangkang yang cuba mengambil kesempatan mempolitikkan isu itu ketika keluarga mendiang dan tunang Teo bersedih meratapi kematian lelaki itu. Sepatutnya mereka membiarkan polis menyiasat dan jika tidak berpuas hati mungkin kerajaan boleh menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk melakukan “inquiry” terhadap kes tersebut. Lagipun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Khamis memaklumkan kerajaan negeri melantik patologi hospital swasta untuk bersama-sama polis menyiasat punca kematian Teo. Walaupun ini mengambarkan ketidakpercayaan kepada polis, tetapi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bersetuju membenarkan patologi hospital swasta yang dicadangkan membantu siasatan kes berkenaan.
Oleh itu pembangkang harus faham bahawa jika mereka boleh membuat pelbagai tuduhan mengaitkan kematian Teo dengan SPRM, rakyat yang berfikiran terbuka dan matang juga boleh membuat pelbagai andaian terhadap kes itu. Ramai sedia maklumkan kes ini bermula dengan tindakan SPRM menyiasat beberapa Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor berhubung penyalagunaan dana peruntukkan wakil rakyat. Hal ini diakui SPRM dengan mengesahkan empat wakil rakyat serta Exco berhubung dakwaan itu. Ini tidak termasuk dakwaan Ahli Parlimen Wang Maju, Wee Chee Keong yang mendakwa seorang Exco di Selangor terbabit kegiatan gelap atau ‘underworld’ dan beliau mengaku sudah memberi keterangan kepada polis berhubung tulisan diblognya mengenai perkara itu. Justru itu disebalik kemungkinan Teo yang diklasifikasikan mati mengejut atau mungkin membunuh diri, ada macam-macam andaian boleh dikaitkan dengan siasatan SPRM terhadap Exco dan Adun terbabit.
Kematian Teo penuh misteri pastinya mengalih tumpuan siasatan SPRM kepada pihak polis yang kini menyiasat SPRM serta punca-punca lain yang boleh dikaitkan dengan kematian mendiang Teo. Siasatan polis pasti mengambil kira semua aspek termasuk tahap kecederaan Teo bagi memastikan sama ada beliau jatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM di plaza itu. Ketika ditemui, mayat Teo lengkap memakai kot. Ini mungkin menunjukkan beliau sudah selesai disoal siasat dan dibebaskan untuk peluang. Jika ada telefon bimbit mangsa, polis pastinya dapat mengesan masa dan kepada siapa terakhir yang dibuatnya.
Sebenarnya, parti pembangkang tidak perlu menjadikan kematian Teo sebagai modal politik masing-masing apatah lagi menjadikan SPRM kambing hitam dalam insiden ini. -17/7/2009
Sayuti Omar : Nik Aziz memang bercakap menipu sejak dulu !!
Saya sekadar salin kembali ulasan Sayuti Omar di blog beliau. Tak tambah dan tak kurang sepatah pun. Jika anda tidak percaya lagi dan tetap taksub dengan Nik Aziz maka saya hanya boleh kata ANDA SUDAH BUTA HATI !
Nota : Ulasan ini sepatut disebarkan kepada semua orang di dalam alam maya ini.
Dan saya merasakan tuduhan beliau ke atas saya derhaka kepada Tok Guru itu tidak betul.
Komen Terbaru