[go: up one dir, main page]

Archive

Archive for May, 2008

Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT

Anwar Ibrahim meraikan A. Hamid Abu Sulaiman dan Jamal Barzinji

Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal

23 May

Malam tadi, saya, Azizah dan keluarga meraikan sahabat kami Dr A. Hamid Abu Sulaiman dan isterinya Faekah serta Dr Jamal Barzinji dan isterinya Suzanne bersama keluarga dan teman-teman lama termasuk dari ABIM, JIM, Persatuan Profesional Muslim pensyarah UIA.

Kedua mereka pernah aktif dalam FOSIS dan MSA US dan Canada. Kami bersama di bawah pimpinan Almarhum Prof Ismail al Faruqi dan kemudiannya Sheikh Taha Jabir Al-Elwani.

Namun saya gembira kerana setelah dipaksa berundur dari jawatan Rektor UIA 10 tahun lalu, baru kini beliau diberikan anugerah.

ANWAR IBRAHIM

Satu tulisan menarik menyingkap sejarah lama..

Siapakah sahabat-sahabat Anwar yang disenaraikan di atas…Apakah benar perkenalan Anwar dengan sahabat-sahabat itulah bermulanya titik pemisah antara Anwar dan PAS..

Dr A. Hamid Abu Sulaiman, Dr Jamal Barzinji, Almarhum Prof Ismail al Faruqi, Sheikh Taha Jabir Al-Elwani dan Anwar Ibrahim sendiri adalah pengasas IIIT (The International Institute of Islamic Thought ).


almarhum Ismail al Faruqi

Mentor mereka adalah Almarhum Prof Ismail al Faruqi, bekas Professor of Religion di Universiti Temple Amerika Syarikat.

IIIT Ditubuhkan di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat pada tahun 1981.

Pada tahun 1982 pula Anwar sertai UMNO yang dianggap sebagai peristiwa paling mengecewakan kepada pendokong gerakan Islam terutamanya PAS.

Tragedi 1982

Subki Latif (bekas pesuruhjaya PAS Wilayah) menamakan tahun 1982 sebagai tragedi malang gerakan Islam kerana sejak Anwar umum masuk UMNO (1982) gerakan Islam berpecah kepada dua iaitu satu kumpulan menyokong PAS dan satu kumpulan lagi sokong UMNO.

Sedangkan sebelum itu Subki Latif (bekas wartawan Utusan Malaysia) meramalkan Anwar sebagai Presiden PAS menggantikan Dato Asri Muda (Presiden PAS yang dianggap nasionalis) dalam salah satu buku politiknya.

Sabery Chik, Husam Musa, Roslan Kasim yang menjadi aktivis PMIUM di UM ketika itu merujuk “Tragedi 1982” sebagai zaman perpecahan gerakan Islam yang diceritakan peristiwa di “rumah Concita” PJ, penyokong ABIM dan PAS telah menggunting tilam terbelah dua, sedangkan sebelum ini mereka tidur satu bantal, satu tilam.

Sebenarnya banyak aktiviti Anwar di peringkat antarabangsa khususnya di Amerika Syarikat tidak diketahui oleh penyokong bawahan PAS. Kalau terdengar pun mereka akan menolak mentah-mentah dan dianggap sebagai fitnah kerana lebih terpedaya dengan kata-kata Anwar berucap di depan para penyokong PAS.

Memang menjadi kebiasaan Anwar, suka bercakap dalam nada yang samar-samar supaya mempunyai ruang untuk menyelamatkan diri. Anwar lebih suka menyembunyikan identitinya khususnya hubungan dengan pihak luar yang dianggap menjadi musuh PAS.

Misalnya coretan Anwar mengenai Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal“, Anwar tidak menceritakan secara jelas siapakah mereka dan kaitan dengan IIIT.

Jika ditulis mereka adalah IIIT, akan terbuka lagi satu ruang mengenali siapakah Anwar dan fail lampau akan mula terselak.

Pada tahun 1981, “geng Islam Amerika” (diketuai almarhum Ismail Faruqi) menubuhkan IIIT, di Amerika Syarikat.

Hal ini tidak diketahui penyokong PAS. Mereka hanya tahu Anwar menubuhkan PKPIM (1968) dan ABIM (1971).

Manakala PKPIM & ABIM pula dikaitkan dengan PAS.Sedangkan dalam masa sama, Anwar ke luar negara bergiat dengan WAMY dan menubuhkan IIIT yang amat berlawanan dengan konsep dipejuangkan PAS.

Rundingan Anwar ke UMNO

Almarhum Ismail Faruqi, datang ke Malaysia pada 1981 dan mengadakan rundingan dengan Dr Mahathir untuk membincangkan kemasukan Anwar ke dalam UMNO.

Tulisan Zafar Bangash, disiarkan dalam Muslimmedia 1998 menyebut;

“The other, much larger issue is the question of how Anwar had ended up in Mahathir’s cabinet in the first place. This marriage of convenience was comsumated by the late Ismail R Faruqi. The year was early 1981 when professor Faruqi was visiting Malaysia.

It was professor Faruqi’s desire to get Anwar and Mahathir together (Anwar had been a student of Faruqi’s). Mahathir had a number of conditions which he outlined in a letter date January 11, 1981, to Faruqi, who was then staying at the Kuala Lumpur Hilton, before taking Anwar onboard. These were:

1: ABIM must cease all association with PAS or other political parties; there should be no members from either group in the other, nor should ABIM members fight elections on PAS tickets.

2: ABIM should not condemn the New Economic Policy as un-Islamic but should instead clearly and openly support government attempts to better the lot of the Malay/Muslims and bumiputra in the economic and education fields;

3: ABIM should not condemn the Malay Educational policy.Almarhum juga berbalas-balas surat dengan Anwar mengenai rundingan masuk UMNO”

Untuk membaca surat-surat Dr Mahthir, Almarhum Faruqi dan Anwar. Sila klik laman Anwarlink bahagian surat lama.

Sedangkan dalam ceramah-ceramah Anwar di pentas PAS, beliau dengan penuh pujian mengaku gurunya tidak lain tidak bukan adalah pendokong-pendokong PAS.

Anwar penuh semangat sebut nama almarhum ustaz Fadzir Nor, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan beberapa lagi nama tokoh2 PAS yang berpengaruh. Penyokong PAS pun bertakbir!

Walhal guru dan sahabat Anwar sebenar adalah rakan-rakannya dalam IIIT, berpengkalan di Amerika Syarikat!

Betul-betul double standard! Siapa penipu dan siapa kena tipu ?

Selepas ketiadaan almarhum al-Faruqi, IIIT diketuai oleh Sheikh Taha Jabir Al-Elwani. Dr Jamal Barzinji pula dilantik sebagai Naib Presiden IIIT.

Semasa Anwar menjadi TPM dan Presiden UIA, beliau melantik A. Hamid Abu Sulaiman sebagai rektor UIA dan ditubuhkan IIIT cawangan Malaysia di UIA PJ.

Sejarah ini dirakamkan sepintas lalu dalam video Siapa Anwar (siri 3)

IIIT sendiri pernah didakwa mempunyai link dengan Al-Qaeda pada tahun 2003, tetapi segera dinafikan oleh Wan Azizah (mewakili Anwar di penjara) menegaskan IIIT bukan teroris.

Benar, seperti kenyataan Wan Azizah, IIIT tiada link dengan al Qaeda, sebaliknya mempunyai link secara langsung dengan kerajaan Amerika.

Taha Jabir al Alwani dan Jamal Barazanji adalah bekas board of directors CSID (The Center for Study of Islam and Democracy)yang ditaja oleh NED dan USAID.

Untuk lebih memahami apa itu CSID dan Islam Moderate, sila lihat video “siapa Anwar” siri 4 dan siri 5.

Taha Jabir al Alwani adalah Presiden Cordoba Universiti Amerika Syarikat yang giat mempromosi Muslim-Christian Understanding dengan kerjasama Washington Theological Consortium.

Usaha-usaha Muslim-Christian Understanding mendapat tajaan penuh daripada Yayasan Amerika yang dinamakan Carnegie Corporation of New York.


Anwar Ibrahim di John Hopkins University

John Hopkins Universiti, tempat Anwar (School of Advanced International Studies -SAIS) turut disenaraikan sebagai penerima dana Carnegie Corporation of New York. Beliau dicadangkan oleh Paul Wolfowitz yang pernah menjadi dekan SAIS, John Hopkins Universiti.

Kemudian Anwar berpindah di Center of Muslim and Christian Understanding (CMCU), Georgetown Universiti di bawah seliaan John Esposito (anak buah almarhum Ismail al Faruqi)

Anwar pendokong IFC ?

Di Amerika, kumpulan IIIT dikenali sebagai pelopor Muslim-Christian Understanding, tetapi di Malaysia kumpulan ini dikenali pula sebagai pelopor Interfaith Council (IFC), diusahakan oleh Malaysian Interfaith Network (MIN) dan ditaja Yayasan Jerman, Konrad Adenuer Foundation (KAF).

Selain menubuhkan IIIT cawangan Malaysia di UIA PJ, Anwar turut menubuhkan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) sebagai kelangsungan IIIT Amerika Syarikat.

Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali, dekan ISTAC bersama-sama dengan Anwar Ibrahim menandatangani Amman Interfaith pada Julai 2006.

Di Malaysia pula, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali lebih dikenali pelopor IFC dan menjadi ahli jawatankuasa MIN .

Anwar pula mengelakkan diri daripada majlis berkaitan MIN dan IFC, kerana menjaga status politiknya bersama PAS tetapi kenyataan-kenyataan media berkaitan dengan interfaith, suara Anwar lebih kepada lidah IFC!


Kulit buku Liberal Islam, Charles Kurzman, 1998, terbitan Oxford University Press.

Oleh itu tidak hairanlah Charles Kurzman, Professor of Sociology at University of North Carolina di Chapel Hill, Amerika Syarikat (Antara pelopor Islam Liberal) menyenaraikan Anwar dan IIIT sebagai rangkaian Islam Liberal dalam bukunya “Liberal Islam” 1998, terbitan Oxford University Press.

Isyarat Mohamad Sabu

Jadi apa agenda Anwar Ibrahim dan sahabat-sahabat IIIT ke atas dunia Islam ? Adakah agenda IIIT sama dengan agenda PAS?

Sehingga pada tahun 1998, Mohamad Sabu (sekarang Naib Presiden PAS) menyeru kepada penyokong PAS supaya berhati-hati dengan Anwar kerana Anwar dituduh bawa agenda Islam Amerika!

Apa salahnya Islam Amerika ?

Apakah Mohamad Sabu dapat mengesan bau sebenar “Anwar Ibrahim” kerana beliau juga bekas aktivis ABIM?.

Adakah Beliau lebih mengetahui siapakah Anwar kerana pernah berada dalam inner circle demonstrasi dan ABIM, berbanding dengan penyokong biasa yang mula mengetahui apabila telah terbukti seperti tragedi 1982..

Apakah Mohamad Sabu, memberi amaran supaya berhati-hati dengan Anwar kerana beliau boleh bertukar kulit mengikut kesesuaian tempat dan masa ?

Barangkali ketika inipun Mohamad Sabu juga telah menghidu bau nafas Anwar bersama Yahudi, ketika ternampak kelibat Paul Wolfowitz saling mengenyit mata di Munich ?

Barangkali juga penyokong PAS biasa masih menolak mentah kaitan Anwar-Yahudi kerana terpedaya dengan kata-kata lunak Anwar berbaur al Quran dan Hadis di pentas-pentas PAS..

Biasalah kebenaran ambil masa lama untuk terselak, kecuali setelah muncul pengumuman dari mulut Anwar seperti tragedi 1982..

Persoalannya adakah Anwar akan mengakui hubungan sulitnya itu sedangkan sikapnya suka menyembunyikan identiti sebenar dirinya..

Anwaribrahimdotcom
27 Mei 2008

Categories: 1

Ketuanan Melayu sah di sisi Undang Undang Malaysia !

Sebenarnya isu ketuanan Melayu ini ada disiarkan di dalam berita semalam 28/5/08 berkaitan ketuanan Melayu. Ia dibangkitkan oleh Pihak tertentu yang masih mempertikaikan hak istimewa dan ketuanan Melayu. Mereka  adalah golongan yang buta sejarah dan sengaja mewujudkan sentimen bagi kepentingan politik masing-masing. ( klik sini berita penuh )

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar (gambar) berkata, ia tidak sepatutnya dipertikaikan lagi kerana kedua-dua perkara itu telah dipersetujui oleh semua kaum sejak zaman sebelum merdeka.

”Jadi, hak istimewa dan ketuanan orang Melayu seperti kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan agama Islam sebagai agama rasmi tidak harus dibangkitkan oleh mana-mana pihak.

”Kalau ada yang mempersoalkannya (ketuanan Melayu) terutama DAP, saya cabar mereka untuk buktikan bahawa konsep itu menyalahi Perlembagaan (Persekutuan) negara,” katanya.

Memang betul kata kata Menteri di atas…Anda boleh baca sendiri peruntukan undang undang berkenaan ketuanan Melayu ini yang sudah termaktub di dalam undang undang negara kita sejak 50 tahun yang lalu. Jika ada kaum lain tidak berpuas hati, mereka sepatutnya sedar peruntukan ini dan mendiamkan diri atau kembali ke negeri asal mereka samada di India atau Cina…

Bacalah lebih lanjut perkara tersebut yang saya temui di PEMUDA ENGGANG.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera.
Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.
Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.
(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.
(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
( Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—
(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau
(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau
(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of
Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.
(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.
Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.
Ketuanan Melayu
Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia).
Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.
Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura.
Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.
Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan yang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura). Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan Malaysia oleh PAP.Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”.
Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.

Categories: 1

Faisal Tehrani mengutuk Islam Hadhari diharam…..

Artikel ini saya tidak perasan sebenarnya… Dalam kesibukan menguruskan direktori blogger untuk diletakkan di dalam web, saya terlepas pandang komen terbaru anak muda yang terbuka mindanya ini….

Di kala ini kita baru sahaja gembira dengan ‘ sirih pulang ke gagang’ iaitu Ezam bekas ketua Pemuda PKR. Selepas 10 tahun, cintanya bertaut kembali..

Tidak mahu bercerita panjang, cuma ada sedikit kata kata penulis tersebut :

Pakatan Rakyat: Buat Kerja Bukan Buat Sensasi

Menurut laporan Malaysiakini,”Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor yang melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.”

“Kita mengambil keputusan tidak mempromosikan Islam hadhari di sekolah, dalam khutbah Jumaat dan program-program keagamaan.” – Exco Hal-Ehwal Agama negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.

Saya kurang memahami gula-gula sensasi ini. Tidakkah pernah tuan-tuan mendengar kebijaksanaan orang tua kita,’Diam-diam ubi’?

Tidak bolehkah buat sahaja kerja dan jangan mencipta sensasi? Kalau betul rimas sangat dengan Islam Had-hari ini, silalah buat senyap-senyap. Bukan digembar-gemburkan untuk memperolehi ‘populariti’. Nanti orang kata; dengan babi dia kalah, dengan ‘acara Islam’ (meski kosmetik) beria-ia dilarang.

Saya sendiri bukan peminat Islam Had-hari tetapi saya juga tidak nampak kesalahan pada prinsip-prinsip yang diletakkan oleh ‘pendekatan’ ini. Cuba baca betul-betul. Tiada bertentangan dengan agama kita. Jika istilah yang jadi hal, janganlah kerana nyamuk kelambu dibakar. Saya bimbang negeri Pakatan Rakyat terlebih mendahulukan kelompok Islam Liberal yang memang ramai dalam parti tunjangnya, dalam masa yang sama menekan ‘Islam permukaan’ yang ternampak pada Islam Had-hari.

Akibatnya hasrat untuk kembali kepada Islam yang sebenar; tak dapat, sebaliknya ‘Islam lain’ pula diuntungi oleh ‘kumpulan yang satu’ lagi. Yang dikejar tak dicapai, yang dikendong jatuh bertaburan.

Negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat kecuali Kelantan dan Kedah saya kira tak dapat dihujahkan sebagai negeri di bawah pemerintahan Islam. Justeru langkah ini sendiri sesuatu yang kabur. Tak usah kalih ceritalah.

Babi pertama. Kalimat Allah kedua, dan apa lagi senarai kemajuan ‘kelompok seberang’ dalam seratus hari pemerintahan tuan-tuan lagi ya?

Categories: 1

Ramli Ab Halim – blogger yang baru ditemui

Sudah berapa hari saya tidak sempat mengemaskini dengan artikel terbaru di blog ini. Maaf kepada semua kerana tidak dapat meneruskan seperti biasa. Ini kerana kesuntukan waktu dan hal hal tertentu, tidak memungkinkan saya mencari luang waktu untuk menghasilkan artikel mewakili pandangan peribadi seorang warga Malaysia agama Islam.. kerana menulis bukan mudah seperti makan nasi. Ia memerlukan waktu sesuai dan fakta lengkap bagi tujuan pembaca…

Isu Pulau Batu Puteh yang memenuhi dada akhbar Malaysia dan tentu negara jiran yang telah dinobatkan sebagai pemenang, sangat banyak diulas oleh Blogger yang ada di Malaysia. Seperti Kuda Kepang oleh Blogger Datuk Ruhani Ahmad , Tarmizi Mohd Jam dalam blog Sanggah Tok Sago, serta Pencipa Poster terkenal dunia ; Kickdefella yang memang menjadi ’lubuk’ bagi pencinta gambar mengaibkan orang khususnya pemimpin utama negara.

Gambar Pak Lah sedang berkungfu di Middle Rock dengan tajuk Dollah terkangkang lagi,karya terkini beliau berkaitan isu ’keputusan Pulau Batu Puteh’..Ia memang menggelikan semua rasanya kerana menjadikan gambar seorang muslim bangsa Melayu bernama Abdullah Hj Ahmad Badawi sebagai ’mainan’ teknik super imposenya..Tentu antara yang gelihati ialah Husam Musa ; arkitek yang membawa manusia popular di alam perfileman ini, menjadi sebahagian dari golongan berkhidmat untuk Kerajaan Kelantan… Mujurlah gambar tersebut telah menambahkan lagi populariti Pak Lah kerana diingati dengan gambar gambar kontroversi tersebut. Opps, Sayuti Omar turut menambah kehangatan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa ( ICJ ) dengan artikelnya yang bersahaja bertajuk ; Nipisnya iman kenegaraan kita!…. Seorang penulis yang mempunyai pemikiran yang jelas dan tidak emosional.

Hari ini saya baru temui blog seorang penulis yang tidak kurang juga kehebatan dan ketokohannya di dalam bidang penulisan khususnya bab politik,iaitu Ramli Ab Halim. Hari ini saya kembali membaca catatannya selepas sekian lama tidak berpeluang membaca tulisan beliau yang dulunya pernah menghiasi dada dada akhbar pro PAS di Kelantan ( tidak silap saya ).


Beliau adalah Pemenang hadiah saguhati Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (cerpen) tahun 2005 (cerpen berjudul RETORIK) dan 2006 (cerpen berjudul WADAH) dan pemenang tempat kedua Sayembara Mencipta Puisi Negeri Kelantan 2006

Seingat saya masa kecil dahulu, beliau sering menulis dan antara penulis yang terkenal di Kelantan..Dan mungkin Malaysia juga.

Apa pendirian dan pandangan beliau selaku orang berpengalaman dalam bab politik dan seninya ini? Yang nyata, ada beberapa fakta menarik perhatian saya yang tidak lagi ditemui di dalam mana mana tulisan penulis politik lain yang masih ada pernah ada di Malaysia. Antaranya petikan yang saya kutip di blog bernama Meli Kapak Jangak ialah :

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seingat saya pernah dikaitkan pro Tengku Razaleigh ketika Ahli Parlimen Gua Musang itu lawan Dr Mahathir bagi jawatan Presiden Umno dan padahnya beliau pernah digugurkan dari kabinet.
Macam mana pun beliau tidak sertai S46 dan beliau kemudiannya dianggota-kabinetkan semula dengan membina imej Malaysia di mata dunia menggunakan kapisti jawatannya sebagai Menteri Luar. Kerana sikap selambanya, Pak Lah pernah disalah anggap dan bahananya beliau pernah digugurkan dari kabinet.
Ertinya kepada mereka yang tidak fanatik dalam berpolitik kepartian akan nampak dengan jelas bahawa Pak Lah jenis manusia yang setiap dan istiqomah dengan perjuangan. Maknanya adalah mustahil bagi pak lah untuk khianati Umno dalam keadaan yang macam mana sekali pun.


Kalau pun beliau tidak menyerang Pas sebagaimana Dr Mahathir melanyak Pas semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN adalah kerana Pak Lah tentu tahun antara tokoh yang terlibat mengasaskan penubuhan Pas adalah ayahnda beliau sendiri, malah Pas itu sendiri dilahirkan di sekolah agama yang mana ayahndanya sendiri adalah mudirnya ketika itu.
Tidak ada catatan bahawa Dr Mahathir atau keturunanya pernah terbabit dalam penubuhan Pas selain dari pernah menumpang Pas untuk menyerang Tunku Abdul Rahman apabila beliau dipecat dari Umno. Lepas masuk Umno semula, apatah lagi apabila jadi orang yang paling berkuasa, Pas menjadi mangsa ‘tunggeng jubur taiknya’.


Juga tidak ada catatan bahawa keturuan Dr Mahathir adalah antara aktivis Umno sebagaimana ayahnda kepada Pak Lah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan tokoh-tokoh penting Umno. Demikian juga dengan ibu bagi kedua-dua pemimpin yang merupakan aktivitis wanita Umno.
Bila Dr Mahathir pecat dirinya sendiri dari Umno dengan memberi syarat akan hanya kembali kepada Umno apabila Pak Lah letak jawatan, orang akan segera kaji sejarah silam dan akan nampak bahawa Dr Mahathir jenis manusia ‘tak lekat unjat’, malah orang akan nampak bahawa Dr Mahathir disindromi wabak ‘gila sangkak’ dan merasakan dirinya seorang yang hebat tanpa ada tandingan walaupun hakikatnya masa ‘bertaring, berbisa dan adi jagatnya’ dah berlalu.


Selain dari putus talak dengan Umno, tindakan Dr Mahathir memecat dirinya sendiri dari Umno, pada saya, akan menjadikan ramai tokoh Umno yang merajuk menyerati KeADIlan kerana bencikan Dr Mahathir (bukan bencikan Umno) akan kembali semula ke pangkuan Umno dengan dimulakan oleh Ezam Mohd. Noor. Walaupun pahit untuk ditelan tetapi hakikat yang kena diperakukan ialah Ezam sertai KeASDILan bukan kerana tak sukakan Umno atau kerana fikrah berparti politik kepartian berubah tetapi kerana beliau tidak sukakan Dr Mahathir. Jiwa dan raganya tetap dengan umno.


Demikian juga dengan pimpinan dan ahli KeADIlan yang lain, mereka asaskan atau sertai KeADILan bukan kerana bencikan Umno tetapi kerana bencikan Dr Mahathir yang telah menganiaya Anwar Ibrahim. Apabila Dr Mahathir tidak lagi menjadi sebahagian dari Umno, maka tidak ada sebab lagi untuk mereka terus berada di luar Umno.
Bagai saya, tidak boleh ditolak kemungkinan Datuk Seri Anwar dan sebilangan besar pimpinan serta ahli KeADILan akhirnya akan sertai Umno dan Umno akan kembali mantap sukar digugat. Kalau Anwar kembali ke pangkuan Umno, tidak mustahil beliaulah yang akan diangkat menjadi Perdana Menteri selepas Pak Lah dan Datuk Seri Najib pasti pasti akan sanggup terus kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri dan akan hanya menjaway jawatan itu selepas Anwar.


Pada firasat dan pemerhatian saya, Dr Mahathir kurang senang dengan Pak Lah pun kerana apa yang sedang Pak Lah lakukan semacam ada unsur-unsur membawa kembali Datuk Seri Anwar ke dalam Umno. Bila Datuk Seri Anwar masuk Umno semula, tentulah Dr Mahathir akan dilanda kebimbangan kalau-kalau Datuk seri Anwar akan membalas dendam.


Macam mana pun sebagai seorang yang lebih mirip kepada keagamaan, saya tidak yakin seandainya Datuk Seri Anwar jadi Perdana Menteri, beliau tidak akan ambil kesempatan untuk balas dendam terhadap Dr Mahathir kerana beliau tentunya tahu bahawa pembalasan Allah lebih adil dan saksama dan nilai pemberian maaf sesama manusia sangat tinggi.


Manusia yang membuat salah sesama manusia walaupun diminta keampunan dari Allah, tetap tidak akan layak masuk syurga selagi keampunan dan kemaafan tidak diminta dan diterima dari manusia yang dianiaya.

Persepsi penulis blog adalah hak mereka. Setiap orang mempunyai persepsi masing masing. Cuma, antara persepsi tentu ada yang lebih dekat dengan kebenaran kerana ia berdasarkan fakta yang logik dan kukuh hingga dapat diterima oleh semua pembaca.. Bacalah namun hati hati agar tidak ’menelan’ semua dengan mudah sebelum difikirkan dahulu dalil dan alasannya.

Categories: 1

Aziz Abdullah VS Hishamudin Rasi

23,May 2008 1 comment

Saya tergelak membaca komen terbaru Azizi Abdullah di bawah yang saya rasa tentu ramai tidak berkesempatan atau terjumpa komen menggelikan hati sesiapa yang suka sindiran sinis dan pedas.

Kenapa saya gabungkan dua nama di atas? kerana dengan berlatar belakangkan bidang agama, beliau tentu calon tepat dan padat untuk melawan Hishamudin yang selalu sebut maulud Nabi Isa, muzik anjingnya dan gereja dalam blog dan tulisan beliau..

apa akan jadi nampaknya jika kedua duanya ‘ibarat buku bertemu ruas’ ini bertelingkah di medan pena ?

Satu fanatik PAS dan satu fanatik PKR…Mari kita baca komen selanjutnya dari Aziz ini….

Komen Dr. Mahathir Keluar Dari Kepompong Umno

Bagi saya, secalit tahi pun tak tersentot apabila mendengar Dr. Mahathir keluar dari Umno. Bagi saya Dr. Mahathir, sama ada dalam Umno, tak ada dalam kepompong Umno, sama saja.
Bagi saya kenyanyukan Dr. Mahathir meracau dan berlinglong-linglong ke sana sini mengutuk dan merapu merawit tetang Datuk Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri selepasnya, sekupang pun tak hendak beli.

Bagi saya, desakan Dr. Mahathir supaya Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan dari menjawat Perdana Menteri sedikit pun tidak ada makna.

Semuanya saya masih ingat dengan segala kefanatikan saya terhadap ucapan Presiden Pas Allahyarham Dato Fadhil Mohd Nor, bahawa Dr. Mahathir sedang menuju ke satu alam yang tidak pernah ada dalam sains politiknya, bahawa dia akan tersorong kepada satu dunia yang melucukan kepada anak cucu yang suka menderhaka kepada datuk nenek mereka yang tua.

Maaf cakap, hanya episod melonyang tahi saja yang belum berlaku. Berdosakah kita jika menunggu hendak melihat itu? Jika berdosa, jangan tunggu hendak melihat. Tunggu saja rakaman video kalau ada nanti.

Maka oleh kerana tak terkejut, tak hairan, tiba-tiba menjadi hairan dan terkejut pulalah saya apabila Presiden Pas turut mengambil gaduh dan sebuk dengan ‘murtad politik parti’ Dr. Mahathir ini? Lebih naik hairan pula apabila Mursyid Am Pas komen yang Pas sedia terima ‘seketul tahi’ ini jika teringin nak masuk Pas.

Ya Tuhan, apa sudah jadi ni? Apakah Mursyid Am anggap Pas hari ini terdiri dari kawasan-kawasan tong sampah yang mengkhianati alam sekitar? Takkanlah begitu murah maruah dan harga diri Pas? Dan yang paling kita hendak tanya: Apa kelebihannya Dr. Mahathir dalam abad mundur mandir, belinglong-linglongnya kini? Apa pentingnya dia ketika dia berkenala di padang pasir yang tiada dihuni orang, kecuali Datuk Sanusi Joned, Datuk Aziz Tapa dan teman setianya Toh Puan Siti Hasmah Ali.

Sebenarnya segala-gala tidak penting. Yang penting kalau-kalau beliau mengumumkan hendak mengambil alih menjadi Perdana Menteri ke enam kembali. Ini baru penting. Ini sama seperti kata Subky Latif , Lebai Taha dari Kampung Tebengau gigit anjing, bukan anjing gigit kaki Minah yang baru balik dari kerja shif malam.

Orang Pas jangan seronok bertepuk tangan. Orang seperti Dr. Mahathir boleh lakukan apa saja asalkan dia merasa puas walaupun benda yang hendak dilakukan itu tidak sepadan dengan usianya. Apa, orang Pas fikir, termasuk Tuan Guru Musyid Am Dr. Mahathir keluar Umno, nak masuk Pas?

Jangan! Sekali-kali jangan berfikir begitu. Atas nama Dr. Mahathir, kalau dipaksa sampai lembik, di bawa dengan kerusi roda ke hospital, balik semula ke rumah, beliau tak akan masuk Pas malah jeling pun tidak.

Dr Mahathir hanya mau tonyoh Pak Lah saja. Tersungkur Pak Lah, betapapun bercalar dadanya, akan legalah Dr. Mahathir. Ini bukan pasal Umno tak betul. Ini pasal Pak lah saja tak betul bagi pendapatnya.

Ertinya kalau esok Pak Lah isytihar dengan lenangan air mata letak jawatan Perdana Menteri, Dr. Mahathir akan telan beberapa biji pil cergas dan lompatlah balik ke kepompong Umno.

Ketika itu kemungkinan Sanusi Joned dan Datuk Aziz Tapa menjadi juara mengah dan semput, mengangkat tongkat melaung sekuat hati bahawa Mahathir bin Mohamad tidak pernah benci kepada Umno, kerana itu ia perlu dilantik semula membetulkan herot pedot Umno dan sekaligus menjadi Perdana Menteri dalam masa ‘darurat’ bagi membaik pulih luka calar Umno.

Menulis artikel ini saya sedaya mungkin tidak mahu membaca sebarang komen dari mana-mana pihak, kecuali komen Presiden Pas dan Mursyid Am. Saya sangat berharap, Mursyid Am janganlah sekali-kali mengambil kesempatan berumrah pada minggu ini berdoa di hadapan Kaabah minta Dr. Mahathir masuk Pas. Janganlah Tuan Guru berbuat begitu. Huduh sangat doa itu, bagi saya.

“Habis, kemana Dr. Mahathir nak pergi?” Saudara Kasim Mohamad, kawan saya yang ada di Pekan Pahang tanya melalui SMS apabila saya berkata seperti tulisan di awal ini.

Dalam hal ini Dr. Mahathir tidak bodoh, kata saya. Dan saya cuba meyakinkan cerdik pelanduk Dr. Mahathir selepas meletak jawatan menjadi Perdana Menteri sejak 31 Oktober 2003. Dia kacau kepada orang yang dia tidak berkenan seperti mengacau air telaga menjadi keruh dan sampai ikan-ikan di dalamnya naik pening. Soal jambatan bengkok sampailah kepada yang lain, semuanya menjadikan pemimpin Umno berbelah bagi sama ada hendak menyokongnya atau membenci Pak Lah.

Semua jawapan dan tindakannya seperti hendak membersih dan menempik di sana sini memberitahu dia adalah Perdana Menteri yang bersih, yang betul dan terhebat, walaupun jawapannya dalam mahkamah ‘ tidak tahu dan tidak ingat’ menggambarkan dia seorang yang sangat berpura-pura.

Melihat suasana politik dan arus tsunami yang melanda politik Umno, Dr. Mahathir sangat cepat beralih. Dia tidak menjadi wira membetul parti seumur hidupnya, sebaliknya menjadi tukang pukul, tukang cerca, tukang kondem, tukang gertak dan tukang peleceh. Lucunya, beliau sokong perjuangan anaknya Mukhriz tetapi tidak sokong Umno walau pun anak beliau Umno.

Apa makna ini?

Yang dilihat ialah gelombang PKR dari olak alik Datuk Sri Anwar Ibrahim. Seperti orang lain, tiada siapa pun menduga bahawa BA dapat mengubah haluan politik sehingga Umno jadi terkejut beruk. Maka Dr. Mahathir sangat cepat membaca firasat politik.

Kemenangan BA, termasuk PKR tidak boleh dipandang ringan. Ura-ura lompatan wakil BN seramai 22 lagi tidak boleh dipandang ringan. Tapi Dr. Mahathir orang yang bijak menyembunyikan makna dan menutup cuak dan gelabah. Perjalanan fikirnya, firasat dan cuaknya terhadap BA bertali arus.

Kenapa?

Dilihatnya peristiwa video Linggam, namanya disebut-sebut. Hal-hal kehakiman, namanya terpalit. Hal-hal rasuah menteri itu dan ini, juga terasa hendak demam. Lalu dia mensipongangkan suara; saya tidak takut. Buktikan kesalahan saya!

Memang perkataan ‘bukti’ itulah yang dilaungnya sejak dulu. Dan jawapan ini semuanya berpunca dari kerobek kerosek Datuk Sri Anuar Ibrahim.

Maka apakah jalan dan cara hendak melegakan demam hantu ini?

Kepada siapa yang hendak dibelai lagi supaya hal-hal seperti itu ‘tak payahlah kot’ dipanjang-panjang. Hendak mendekati Peguam Negara, hakim dan pembela paling top di Malaysia, bukan masanya lagi. Maka…

Yang demikian, tiadalah jalan lain hendak memperlahankan, melainkan mencari jalan bagaimana mahu tarik dan sentot, kemudian belai dan pujuk lagi supaya janganlah ditimbul-timbul lagi…ala……

“Saya insytihar keluar dari Umno berkuat kuasa serta merta!” demikian pengumuman yang kononnya mengejutkan, sampailah sekelian ahli, pemimpin yang fanatik, terkencing terberak dalam seluar.

(kredit kickdefella)

Maka bermadahlah:
Doh besan mari kita berbesan-besan
Elok mejelis rupanya insan
Sifat dipandang bagaikan pengsan.

Kelemunting di Tanjung Pauh
Kapal sarat dimuat jerami
Ada untung digantung sauh
Kalau tidak laratlah kami

Cencang ke kiri, ia lompat ke kanan
Cencang ke kanan, ia lompat ke kiri
Cencang ke atas, ia susup ke bawah
Cencang ke bawah, ia melompat ke atas.

Penatlah sudah sahaya bergalah
Orang bergalah ke Sungai Tinggi
Penatlah sudah sahaya beralah
Membalas pula belum lagi.

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda)

Dalam buku Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu, dinamakan jenis pemimpin . Begini pantunnya;

Menjadi pemimpin ianya angkuh
Hati busuk akal tak senonoh
Negeri rosak rakyat bergaduh

Menjadi pemimpin suka menghasung
Perangai buruk lidah pun lancung

Orang merugi ia beruntung
Fitnah tumbuh rakyat terpasung
Rosaklah negeri binasalah kampung

Dijadikan pemimpin rakyat tergantung
Dijadikan tua akalnya pesong
Dijadikan induk mulutnya pekong
Dijadikan tiang tegaknya condong
Dijadikan tudung merosak kampung
Memimpin umat hidup menanggung.

Natijah dari apa yang berlaku ini, dalam firasat saya, Tun Dr. Mahathir akan meminta dalam diam, bersosek-soksek sebelah malam, kenyit mata jangan pejam, minta borang, cepat tanda tangan, sebagai ahli PARTI KEADILAN RAKYAT. Sah!

Dan Datuk Sri Anuar Ibrahim, walaupun masih banyak pilihan lain, tapi ini juga satu pilihan yang cerah masa depan. O.K., setidak-tidaknya sebahagian kedawang dan jongos Umno di ranting dan bahagian, yang sudah lama munggu projek, akan mengeluar kenyataan:

Kami berdiri di belakang Datuk Sri dan Tun!

Maka apakah segala saman dan tuntutan, rasuah dan salah laku, mahkamah dan kezaliman akan terlerai kemudiannya? Setidak-tidaknya Tun Dr. Mahathir berkata kepada teman setianya; Inilah satu-satunya cara hendak menyekat gelombang tindakan kepada aku dan engkau Anwar, sudilah maafkan aku. Bukankah kita dalam satu perahu. Ayuh, mari kita sama-sama kayuh.

Categories: 1

Tun Mahathir keluar UMNO !


Ketika dalam perjalanan menghantar bapa dan ibu mertua pulang ke negeri bawah bayu, penulis dikejutkan dengan berita Tun Mahahir keluar UMNO…Abang ipar saya yang ada bersama, seorang aktivis dan pengkagum Tun juga nampaknya sibuk bertelefon ke sana ke mari mengesahkan berita tersebut. Dan kesempatan berada dengan laptop di LCCT dengan kemudahan percuma WiFi, membolehkan kami bersama membaca berita tersebut yang sudah dimuatkan dalam ruangan terkini di Utusan dan Malaysiakini…

Laporan terbaru saya lihat jam 12.12 pm di Malaysiakini dan Utusan jam 2.02 pm.. Mungkin Utusan perlu lebih terkini dari Malaysiakini agar dapat menarik lebih ramai pembaca..Apatah lagi sejuta pengunjung harian tentu memerlukan berita di hujung jari mereka dengan cepat dan benar.

Setakat ini, sejarah membuktikan semua bekas Presiden UMNO meninggal dunia di luar UMNO ; kata Kickdefella. Saya menjenguk blognya kerana ingin mengetahui lebih lanjut berita tersebut…Sanusi Junid juga turut mengumumkan hasratnya keluar dari UMNO menurut tulisan dalam blog di atas…

Manakala Rocky’s Bru pun mengesahkan perletakan jawatan ahli oleh Sanusi Junid dan menambah bahawa dia terlebih dahulu mengumumkannya semalam, sehari lebih awal dari Tun MahathirHe did it yesterday, even before Dr M said he was resigning! – kata Rocky’s Bru lagi..

Manakala Musa Hatim dipetik berkata ; duri dalam daging sudah terkeluar seperti laporan Utusan Malaysia..

“Saya berasa sedih dan dukacita mendengar berita Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, lebih lagi dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang sangat-sangat mencabar sekarang. “Bagaimanapun, ahli-ahli UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang, tentu ada hikmahnya di sini, duri dalam daging sudah terkeluar,” katanya lagi.

Musa Hitam diketahui adalah menteri yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri yang tidak sampai ke takhta Perdana Menteri, selain Tun Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga masih hidup untuk melihat bekas Presiden UMNO itu yang dikatakan menyingkir mereka, sudah terkeluar bak duri dalam daging kepada UMNO..

Musa Hitam menambah, kini pucuk pimpinan harus menumpukan usaha mereka kepada dua perkara.

Perkara pertama, jelas beliau ialah menerima realiti bahawa UMNO sekarang bukan lagi sekuat atau diterima sepenuhnya oleh rakyat terutama Melayu.

“Kedua, menerima realiti bahawa konsep ‘Mahathirisme’ sudah berlalu dan UMNO haruslah balik kepada konsep ‘bersih, cekap, amanah’ yang pada awal tahun 80-an dulu diterima dengan begitu positif oleh rakyat jelata.

Dalam keributan berita ibarat Tsunami kedua selepas PRU 12 tersebut, tentu komen Pak Lah kita nantikan. Dan jam 6.03 minit petang, di Utusan menyebut : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa terkejut dan tidak menyangka bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar daripada UMNO hari ini.

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan ekoran tindakan terbaru Dr. Mahathir tersebut.

Inilah kita mahukan kerana tiada faedahnya tunduk kepada desakan kerana ada saat sesuai akan datang bagi membolehkan kerajaan bertukar pucuk kepimpinan.. Tentu kereta,lori atau bas sekalipun, perlu dihentikan sebelum pemandu lain mengambil alih kemudinya…Bukan boleh ditukar sesuka hati seperti tukar baju dan seluar..

Sambil mengakui tindakan Dr. Mahathir itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan parti, beliau meminta kesemua ahli UMNO supaya bertenang dan menunjukkan kesetiaan kepada parti. – Utusan.

Selepas itu laporan jam 6.40 petang Timbalan Perdana Menteri yang berada di Mesir turut memberi komen di atas perletakan jawatan Ahli UMNO oleh Tun Mahathir tersebut , dengan berharap hli UMNO bertenang dan terus memberi sokongan kepada usaha untuk memulihkan parti.

Sambil menyuarakan rasa terkejut dan sedih, Timbalan Perdana Menteri tidak mahu masalah dalaman UMNO ini menganggu-gugat tanggungjawab kerajaan BN yang ditunjangi UMNO kepada rakyat. – Utusan

Sementara itu reaksi dari Menteri Besar Melaka, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pula meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menarik balik keputusan beliau untuk keluar parti demi kepentingan UMNO.

Menurutnya, sumbangan Dr. Mahathir masih diperlukan untuk memperkukuhkan perjuangan parti pada masa depan.

“Saya terperanjat dengan tindakan beliau (Tun Mahathir) itu, sesungguhnya parti masih memerlukan sumbangan Tun untuk terus memperkukuhkan kedudukan UMNO sebagai parti yang memerintah negara.

“Saya berharap Tun Mahathir menarik balik kenyataan beliau itu,” katanya. – Utusan.

Mike Tyson, atau Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib juga dilapor berkata, keputusan itu adalah hak bekas Presiden UMNO tersebut.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan, tiada pihak yang harus mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk berundur.

Menurut Muhammad, ini kerana, walaupun Barisan Nasional (BN) gagal mendapat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, ia tidak bermakna parti itu gagal untuk memimpin negara ini.- Utusan.

Di Perlis, Badan Perhubungan UMNO Perlis merayu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menimbangkan semula keputusannya untuk keluar daripada parti.

Ketua Penerangannya, Datuk Hashim Suboh berkata, Dr. Mahathir ialah orang yang telah membina UMNO menjadi parti yang berkesan dalam memimpin kerajaan dan negara.

“Jika ada kelemahan, kesilapan dan kesalahan maka ia adalah masalah kepimpinan dan bukannya salah atau dosa UMNO.

“Rakyat dan akar umbi telah memberi mesej yang jelas kepada kepimpinan parti dan kerajaan. Gerakan untuk memperbetulkan parti dan kerajaan telah bermula dan makin berkembang di dalam UMNO,’’ katanya. – Utusan.

Selain itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta ahli-ahli UMNO bertenang di atas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keluar parti serta-merta.

“Tindakan Dr. Mahathir keluar UMNO merupakan satu kehilangan besar kepada parti kerana sumbangan beliau kepada UMNO sangat besar.

“Pada masa yang sama, kita sebagai ahli-ahli UMNO perlu mempertahankan parti kerana matlamat kita memasuki UMNO adalah untuk memperjuangkan nasib orang-orang Melayu,’’ katanya. – Utusan

Apa kata pembangkang pula di atas perletakan jawatan Tun ini ??

Utusan menyebut DAP terkejut Dr Mahathir keluar UMNO.. Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw terkejut dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO.

Menurut Ahli Parlimen Kepong itu, beliau tidak faham mengapa Dr. Mahathir secara tiba-tiba mahu keluar UMNO.

“Apa sebab Dr. Mahathir mahu keluar dari UMNO. Apakah kerana masalah kepimpinan atau sebagainya. Kita pun tidak faham.

“Adakah Dr. Mahathir keluar UMNO kerana menganggap parti itu sudah tidak relevan lagi,’’ katanya. – Utusan

Apa pula kata Ku Li berhubung perletakan jawatan Tun ?

Tentu ramai menyangka Tun akan ditemani Ku Li keluar UMNO kerana mereka dilihat sangat rapat dan bersatu hati sekarang ini…Namun telahan anda salah !

Ku Li dilaporkan berkata ; beliau tidak akan meninggalkan UMNO..Apatah lagi semua mengetahui beliau sedang dalam mencari sokongan bagi merebut jawatan Presiden UMNO dalam pertandingan akan datang….Jika keluar parti tentu tiada lagi harapan untuk menentang Pak Lah dan menjadi bakal Presiden UMNO sekaligus Perdana menteri baru Malaysia ke enam selepas Pak Lah..Jika menang, tentu teori R.A.H.M.A.N akan menjadi R.A.H.M.A.T..

“Dr Mahathir tidak sepatutnya mengambil tindakan ini (keluar) tapi apakan daya kerana beliau merasakan tiada tindakan yang lebih baik selain untuk keluar parti,” katanya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada Umno berkuatkuasa serta merta semasa menyampaikan ceramah “Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Ke-12” di Alor Star pagi tadi.

Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno pernah bertanding merebut jawatan Presiden Umno pada 1987 menentang Dr Mahathir tetapi tewas dengan 43 undi. Beliau menubuhkan dan mengetuai parti Semangat 46 pada 1989 dan menyertai semula Umno apabila partinya dibubarkan pada 1996.

Kita yakin tiada Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti hingga merosakkan kuasa sebagai pemerintah Malaysia ketika ini. Ia pasti tidak akan berlaku. Namun, saat akan datang tiada kita mampu meramalkannya.

Mungkin secara baik sangka, kita boleh berkata bahawa Tun Mahathir seorang patriotik kepada negara kerana mengorbankan dirinya agar nama Pak Lah akan sentiasa diingati lebih dari jasanya sebagai negarawan ulung Malaysia…Siapa tahu !!

Moga Allah menjaga Malaysia dari diperintah oleh orang bukan ahlinya dan yang tidak layak duduk di Seri Perdana…

Categories: 1

PAS Nak Tadbir Negara, Pusat Tarbiyah pun tak terjaga

Dari : Ganu Lening
Friday, 09 May 2008

Siapa tak kenal Pusat Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Gombak? Di sinilah segala aktiviti PAS dirancangan dan dilaksanakan. Menjadi tempat pertemuan kepimpinan ulama PAS, menjadi pusat melatih kader-kader untuk meneruskan perjuangan kotor PAS.

Menyatukan pelbagai aktiviti PAS, memupuk semangat bencikan UMNO yang menjadi asas pembentukan Pakatan Rakyat. Tak perlu saya cerita banyak semua dikalangan kita sudah mengetahuinya.

Setelah PAS membeli satu bangunan baru kepunyaan RHB bank di tengah-tengah bandar KL, Pusat Tarbiyyah Taman Melewar telah tidak diendahkan lagi.

Pusat Tarbiyyah Taman Melewar sudah terbiar, hanya sekadar dijadikan tempat solat waktu malam dan bermain badminton pada waktu lebih malam atau siang hari.

Tandas tidak berlektrik malah lampu kalimantangnya pun sudah tiada. Tiada siapa yang nak peduli. PAS dah ada bangunan 8 juta dengan peralatan mewah yang disebut kerusinya mungkin berharga RM1000 lebih, walahualam, sebab saya sendiri tak lihat dan ‘tak sempat’ nak ambil gambar.


(ini bilik air yang tinggal wayar aje, lampu kalimantangnya sudah hilang)

Bukan sahaja lampunya hilang bil elektrik juga tidak dibayar dan pernah dipotong.  Dimaklumkan bahawa Ustaz Hassan Shukri telah memaklumkan kepada Bendahari PAS Dr Hatta Mohd Ramli perkara ini, tetapi tidak ada tindakan sehingga elektrik dipotong.

Pernah dahulu, live webtv tidak dapat dibuat kerana streamyx di sini dipotong kerana tak bayar bill. Perkara ini berlaku hampir pilihan raya yang lalu. Kecuaian dan ambil tak endah kepada Pusat tarbiyyah ini menyebabkan masalah kerosakan menjadi makin teruk.

Siling hampir keseluruhan bangunan ini bocor. bukan sahaja bocor malah tercabut.


(gambar ini diambil sebelum pilihanraya – Sekarang rasanya dah hancur!!! Nanti jika diizinkan Tuhan saya akan ambil lagi dan siarkan di websites)

Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini sebelum bangunan Pusat tarbiyyah ini hancur dimamah anai-anai?

Bangunan dan dinding mulai rosak. Sebelum ini kos pembinaan untuk membaik pulih dan menaik taraf dewan yang berhawa dingin untuk memenuhi cita-cita arwah Ustaz Fadhil Mohd Noor telah memakan belanja hampir 1 juta. Satu syarikat telah diberikan pendahuluan untuk membinanya. (Tak nak cerita panjang, tunggu respon sebelum pendedahan secara detail dibuat)


(Barang-barangan yang terbiat dan dinding yang mulai rosak)

Apakah Pusat ini sekadar menjadi stor barangan pilihanraya? Bendahari PAS mesti bertanggungjawab!


(Bendera PAS disimpan di sini sebelum pilihan raya)

Categories: 1

Jelajah Blog hari ini – Sabtu 17 Mei 2008

Peluang hujung minggu membuka ruang untuk saya meneliti setiap blog yang ditulis oleh sahabat bloggers samada pro atau anti kerajaan. Mereka sebenarnya tidak anti kerajaan secara total kerana mereka masih lagi berada di bawah naungan dan pemerintahan kerajaan Malaysia. Tentu amat dayus jika mengkritik semua dasar kerajaan namun masih sudi berada di tanah bernama Malaysia…Kan tak patut macam tu…

Apa pun saya akan mencuit serba sedikit tulisan di blog blog pilihan saya..

  1. Sang Kelembai – artikel 10 Mei 2008…Tajuk Karpal Singh vs Sultan Perak… antara isi isinya :

Bagus membela raja.

Situasi tidak mesra hubungan Raja sekarang dengan rakyat jelata

Raja dianggap lebih suka bertemu orang yang boleh beri keuntungan

Tidak perlu membela raja kerana raja tidak ada jasa kepada rakyat jelata

Karpal Singh banyak betul dari salah.

Raja Berpelembagaan dianggap idea Persatuan China Seberang Laut yang diketuai oleh Tan Cheng Lock yang kemudiannya menubuhkan MCA-Malayan Chinese Association.

konsep yang asalnya Raja Berperlembagaan sebenarnya ialah Raja menjadi penasihat kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat atau dalam sistem demokrasi yang bakal di amalkan dalam Malaya yang merdeka. Bukannya menerima nasihat.

Raja ( penulis – Perak ) telah membuat satu kesilapan bila dia melantik Pengarah, sewajarnya dia melantik Setiausaha Majlis Agama Islam Perak dahulu dengan sendirinya dia akan menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam bukanya dia melantik Pengarah seperti amalan biasa.

UMNO/Barisan Nasional ditolak rakyat kerana lebih banyak mendengar nasihat dari anak, anak menantu, saudara mara dan khasnya pegawai Tingkat Empat (bukan west wing) Perdana Putra, Putrajaya.

Anda boleh saksikan sendiri di atas isi penting artikel terbaru yang dikutip dari blog Zaharin ’ Sang Kelembai ’ ini. Beliau adalah blogger terbaru yang keluar di dalam rancangan Blog RTM minggu lepas. Jika Raja Petra telah ditangkap setelah keluar rancangan Blog, adakah Sang Kelembai wajar ditangkap kerana menghina Raja?

Beliau dengan jelas menghina Raja dengan mengatakan Raja tidak mahu bertemu rakyat jelata dan hanya berminat dengan mereka yang boleh memberi keuntungan kepada Raja seperti orang kaya yang ingin gelaran Datuk…Inilah antara Melayu yang sudah tidak suka kepada Rajanya sendiri hingga disokong tindakan Karpal yang sudah jelas sumbang dari adab sebagai rakyat yang taat kepada Sultan. Adakah perlu Raja dikembalikan daulatnya kepada sistem raja Monarki agar penderhaka dihukum pancung tanpa menanti sesiapa akan membelanya seperti peguam bela berhujah di mahkamah sekarang ini ?

  1. Ibnu Hasyim – artikel 17 Mei 2008 …tajuk : Tian Chua : Gergasi Mata 2…..Isinya berkaitan ucapan Tian Chua di Parlimen.

Isu Anwar Agen yahudi : – dijawab dengan mempersoal tindakan kerajaan yang membenarkan dua pemain Israel dari Chelsea yang berasal dari Israel dibenarkan bermain dalam negara kita dan juga di bawah tuntutan Amerika Syarikat, negara kita di bawah Menteri Pertahanan telah menghalau keluar penyertaan Iran dari menyertai Pameran Alat Tentera di Langkawi.

( dalam isu ini bagi penulis, mereka yang datang ke sini dan Malaysia bebas dikunjungi sesiapa sahaja walaupun Kerajaan secara konsistennya menidakkan hubungan diplomatik hingga sekarang dengan Israel…Adakah ini tidak cukup ? adakah Anwar tidak boleh dikaitkan dengan Amerika @ Yahudi walaupun sudah jelas gambar gambar, jemputan sebagai fellow di universiti kat US, rapat dengan bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz ( klik di sini untuk info lanjut ) dan sebagainya.. Presiden Foundation For the Future dengan anggotanya dari kalangan mereka yang pro Barat @ Amerika tentu mencurigakan kita yang melihat dari masa ke semasa ini….)

Isu kematian pelatih PLKN di Kuala Kubu Baru 07 Mei lalu dan beberapa kes lain yang mencatat kematian lebih 20 orang sejak 2003 PLKN dijalankan.Beliau membandingkan khidmat negara di Singapura yang hanya mencatatkan satu kematian dalam tempoh empat tahun.Beliau mencadangkan dikaji semula PLKN ini bagi keselamatan anak anak muda kita.

( beliau tidak pula menyatakan berapa jumlah sebenar peserta di Singapura dan kita tahu di sana bilangan rakyatnya tidak seramai rakyat di negara kita. Ini boleh menimbulkan persoalan bagi kita kerana fakta tidak dibentangkan sejelas jelasnya dan hanya bersifat ingin memburukkan Menteri Pertahanan yang sudah gagal diaibkan melalui kes Altantunya )

Isu pembelian senjata diminta diaudit di bawah supervision Parlimen.

( bagi penulis, senjata isu sangat sensitif bagi mana mana negara mendedahkan maklumatnya kepada rakyat biasa. Usahlah didesak kerajaan mendedahkan semua perkara kerana ada juga isu isu tertentu tidak boleh didedahkan kepada semua kerana ia berpotensi mengancam keselamatan dan strategi pertahanan Malaysia…)

ancaman yang paling besar bagi keselamatan negara dan kedaulatan nasional adalah pembangunan yang tidak seimbang di antara timur dan barat. Diharap negara kita, kalau kita hidup di bawah sistem yang merupakan tidak seimbang, kita tidak akan dapat menjamin kedaulatan nasional. Bila negara kita tidak menjaga keseimbangan dalam pengagihan kekayaan di wilayah-wilayah yang kita anggap sebagai sempadan Malaysia ini, kita tidak merasa adil kepada rakyat kita sendiri dan secara indirect keselamatan negara kita akan terancam.

(ini nada yang turut dibimbangkan kerajaan hingga telah lahirlah sekarang ini koridor koridor ekonomi meliputi timur hingga ke barat…Rasanya corak pentadbiran sekarang telah mengambil kira semua perkara tersebut hingga perlaksanaannya sudah nyata sedikit demi sedikit…)

Ada banyak lagi sebenarnya Cuma setakat itu dahulu ulasan jelajah saya hari ini…Anda boleh semak sendiri apa tulisan mereka dan cuba bayangkan ‘ apa jawapannya’ jika anda seorang menteri atau YB pihak kerajaan… Tentu ingin memahami kerajaan adalah dengan memahami corak pemikiran orang yang memegang amanah dan kuasa yang sangat besar dari 28 juta rakyat yang ada di Malaysia !!!

Categories: 1

Akhirnya kini pasti, Raja Petra memang mahu ke penjara !!!

Alhamdulillah kerana demokrasi Malaysia sudah menunjukkan keadilannya dengan menghukum blogger terkenal yang baru sahaja menjadi tetamu rancangan blogger dua minggu lepas di rancangan Blog RTM 1.

Beliau telah dilaporkan tidak mengendahkan arahan membayar ikat jamin oleh Hakim Nurmala Salim yang mengarahkannya dijamin dengan jaminan RM 5,000 dengan seorang penjamin.

Peter, Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, atau nama sebenarnya Raja Petra Raja Kamarudin itu dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerbitkan artikel berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Atantuya Shaariibuu di laman blognya, dua minggu lalu.

Kita memang tahu tindakan enggan memberi kerjasama ketika diminta memberi keterangan kepada pihak polis juga satu keangkuhan beliau yang memang dikenali sebagai seorang blogger yang lantang mengkritik kerajaan. Dan kemenangannya hari ini ialah dengan membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia negara tidak demokrasi kerana memenjarakannya.

Sedangkan beliau sendiri yang menghumbankan dirinya ke penjara.

Beliau yang didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan, seakan akan mencabar kedaulatan undang undang Malaysia dengan tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa menyuruhnya memberi kenyataan.

Sudahlah diarah membayar saman Tan Sri Nordin Kardi dan UUM sebanyak RM 7 juta, saman tertinggi diterima oleh Blogger, sekarang satu lagi anugerah telah diraihnya ; iaitu Blogger Pertama di Malaysia dihukum penjara. Mungkin juga di dunia !!!

Sikap tolak ansur Hakim juga tidak dipedulikannya meskipun ditawarkan ikat jamin RM 5,000 atau dihukum penjara. Tidak mungkin seorang blogger yang turut menempatkan iklan di blognya tidak mampu membayar wang sebanyak itu. Atau mana mana orang kaya dalam PKR tidak hadir membantu ‘wira perang siber’ mereka yang semakin dikenali rakyat jelata itu.

Di mana Anwar selaku Penasihat PKR ? di mana kawan kawan seangkatan ?

tidak hadirkah mereka semasa perbicaraan ini ?

Kenapa undang undang menghukum Blogger RPK ini ? Jika tidak ada kesalahan mustahil untuk Hakim Nurmala Salim mengenakan hukuman penjara kerana tidak mahu menjelaskan wang jaminan. Maknanya memang dia sendiri mahu ke penjara.

Zaman sekarang kalau mahu popular senang sahaja. Ingat Paris Hilton yang dipenjara ? Britney yang tidak habis habis masalah namun albumnya makin meningkat jualannya di seluruh dunia. Faizal Tahir yang digam 3 bulan kerana membuka baju akhirnya memenangi 4 anugerah di anugerah AIM baru baru ini. Semua menjadi popular kerana apa ? kes mereka yang menjadi bahan tumpuan umum hingga mereka menjadi makin popular. Dan RPK juga ingin menjadi salah seorang dari mereka.

Mengikut pertuduhan, Raja Petra didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk “Let’s Send The Altantuya Murderers to Hell’’ yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web Malaysia-Today yang mempunyai alamat web http://www.malaysia-today.net.

Jika anda ingin menjadikan negara huru hara, jadilah blogger dan kutuklah dengan sesuka hati dan sabarlah menunggu peluang menjadi hero rakyat dengan mencari jalan untuk dikenakan hukuman penjara.

Pasti anda ketika itu, akan dikenali seluruh dunia !

Categories: 1

Apabila Bekas Ketua Dewan Bahasa dan Pustaka menulis nilai moral kisah amukan kerbau laga di kampungnya !

Sedang menunggu sambungan internet tanpa wayar di kawasan pendalaman Kelantan yang sangat menjengkelkan hati, menyebabkan saya mengambil keputusan membelek belek surat khabar hari ini. Perjalanan tadi dari awal terbit mentari selama 7 jam dari kotaraya Kuala Lumpur menuju daerah terakhir sebelum melintas negeri jiran Kelantan, mengganggu komitmen saya menulis dan menyelenggara blog kesayangan saya ini.

Namun dalam perjalanan, saya sempat singgah di Merapoh bagi mencuba tahap sambungan internet tanpa wayar, dan tidaklah sukar untuk membuat sambungan internet bagi kawasan desa yang memang daif dari segi liputan aplikasi moden seperti ini. Walaupun dengan kelajuan ibarat 30 km/j…

Sedar atau tidak kita masih jauh berbanding negara maju yang begitu canggih dan luas liputan internet mereka. Jika kawasan tidak begitu ternama, kita tidak akan jumpa liputan sebaik kawasan yang tinggi taraf dan bilangan penduduknya.

Sedangkan kita berhak memiliki liputan terbaik, paling kurang di sepanjang jalan utama samada dari Timur ke Barat atau dari Barat menuju ke Timur. Jika ia dilaksanakan tentu minat sesama kita terhadap internet ini akan meningkat dan jumlah pengguna tentu akan semakin ramai dengan pertambahan keluasan liputan yang dijalankan.

Kesibukan dua tiga menjak dengan pembinaan blog telah mengganggu tumpuan saya membaca surat khabar konvesional kerana tertumpu kepada surat khabar dalam talian ( online ). Justeru saya mengambil masa sambil menunggu talian berjaya disambung menggunakan Maxis Broadband USB MODEM pakej RM 138 sebulan.

Kemudahan sms dalam pakej ini tidak dinafikan memudahkan saya waima ketika yang sama saya tengah bergelut dengan kesukaran mendapatkan sambungan ke alam raya siber dek liputan yang ditutup oleh bentuk geografi berbukit dan jauh dari pencawang utama. Dan di saat saat talian telefon juga telah di’sekat’ dari membuat panggilan dan menghantar sms.

Blog yang saya hasilkan menggabungkan keratan akhbar bertajuk ‘ Berita Malaysia Kini’ dengan matlamat menghimpunkan berita berita penting dan terbaik khususnya berkaitan isu semasa tanah air , dari sumber arus perdana dan sebaliknya. Setakat ini sudah mencecah 33 ribu hits sejak dibuka untuk tatapan umum sejaka awal akhir Mac lalu. Banyak juga respon dari pembaca meskipun tidak kurang juga yang ingin mengambil kesempatan mempromosi blog mereka menerusi ruang komen di blog saya.

Tidak salah dan mereka dialukan berbuat demikian. Kerana jaringan blogger alam siber harus dikuatkan dan menjadi satu persatuan tidak rasmi bagi golongan blogger yang suka menulis dan membina blog yang bagi saya, satu kegilaan baru umat manusia masa kini. Ia semakin mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi bahkan siapa sahaja termasuk tok wan di kampung dan pak cik makcik di mana sahaja boleh membinanya dengan sedikit panduan dan tunjuk ajar.

Alangkah bangganya jika blog kita menjadi tumpuan kerana memiliki penampilan yang menarik, kualiti bahan yang unik dan bernas, integriti pengendali blog yang jelas serta kemampuan memberi dimensi baru kepada khalayak ramai sehingga mereka merasa puas dengan masa yang digunakan membaca artikel menarik yang disediakan. Tak ubah seperti membuka kedai makan dan menjadikan kedai kita tumpuan ramai sepanjang masa !

Zaman sekarang sukar kita menemui blog yang dapat menghimpunkan berita berita dari berbagai sumber. Kita terpaksa membuka beberapa halaman dan mencari satu persatu berita. Pendapat pembangkang tidak sama dengan kerajaan dan pendapat pro kerajaan tidak disiarkan di ruang ‘kebebasan ‘ media yang dicanang oleh barisan pakatan pembangkang

( baca:pemerintah 5 negeri kaya di Malaysia )

Kadang kalanya kita terlepas berita menarik dan isu penting kerana sibuk kerja di luar pejabat. Hanya mulut ternganga menjadi jawapan jika ada isu terkini disuarakan rakat sepejabat ketika minum teh tarik atau roti bakar ketika sarapan pagi sebelum memulakan kerja…Jadi, usaha kecil ini diharap dapat memudahkan pembaca mencari bahan berita sebelum ini dengan menaip perkataan yang relevan dengan bahan yang diingin di ruang SEARCH.

Halaman N15 Sinar Harian hari ini 1 Mei 2008, memuatkan sedikit penulisan dari bekas Ketua Dewan Bahasa dan Pustaka, A Aziz Deraman. Beliau antara individu utama dalam memperjuangkan bahasa Melayu dan tentunya tulisan jawi menerusi badan berkanun DBP yang pernah diterajuinya satu masa dahulu. Penampilan isteri dan anak anak yang bercirikan Melayu Islam Moden turut mencuit hati saya meminati langkah yang wajar dicontohi dari seorang pegawai tinggi kerajaan ( sekarang bekas pegawai ) . Di saat tidak ramai yang ingin memegang agama di tengah khalayak umum manusia yang tenggelam dalam lumpur dunia.

Kisah amuk kerbau di kampung Pasir Puteh, kampung asal beliau telah menjadi isi utama penulisannya yang disiar dalam Sinar Harian edisi Kelantan. Di dalam tulisan beliau juga terdapat sedikit isyarat yang ingin disiratkan kepada pembaca yang sudah tertarik denga tajuk utama penulisannya. Selain berjawatan tinggi, beliau memang saya kenal memiliki daya penulisan yang diminati ramai termasuk dari aspek penghasilan sajak, puisi dan sebagainya.

Dan saya tiba tiba teringat isteri Dr Rais Yatim juga pernah menghasilkan cerpen di akhbar ( yang saya tidak ingat yang mana ) tentang kisah YB dan pendapat peribadi saya, tulisan tersebut sangat bagus untuk permulaan minat menjadi penulis, tetapi kurang mantap jika dibandingkan dengan karya karya lain yang pernah menjadi tetamu di ruangan cerpen akhbar utama negara kita.

Sebenarnya saya juga memang ingin menulis perihal kerbau mengamuk ini. Bukan ingin membesarkan nama kampung di Kelantan walhal saya juga berbangga dengan negeri asal saya ini. Tetapi saya ingin menyorot kisah tersebut dari segi ‘ adat warisan’ jahiliyyah yang masih ada di kalangan kita. Dan ia berlaku di sebuah negeri bergelar Serambi Mekah !

Ada orang kata, jangan kaitkan dengan pemerintah kerana laga kerbau dibuat bukan di bawah naungan kerajaan atau pemimpin negeri. Mereka kata salah jika kita ingin menuding jari kepada pemerintah kerajaan negeri atas kesalahan menjadikan kerbau sebagai bahan laga walhal bagi saya ia sepatutnya sudah tiada selepas 18 tahun memegang kuasa.

Nampaknya anda tentu sudah merasa hangat seperti Hot FM dengan komen saya di atas. Sabar dulu kerana ‘ kesabaran itu separuh dari keimanan’.. Anda dapat sabar tanda anda memiliki sebahagian dari iman.

Bukan niat saya ingin menembak membuta tuli atas apa yang berlaku kepada parti yang menjadi lawan kepada parti cap keris. Samada sana atau sini, keduanya bukan parti yang saya menjadi ahli….dan saya juga tidak ada keinginan menjadi mana mana parti kerana senang menulis atas platform tanpa terikat dengan parti. Dan saya rasa akan terus begini.

Tentu ada juga akan sinis berkata dalam hati, memang mudah mengata orang. Lagi lagi tiada cenderung kepada mana mana parti…Tapi cuba kau jadi pemerintah, tentu lagi banyak akan dilagakan. Samada haiwan manusia dan sebagainya. Sekarang pun menulis untuk melagakan rakyat dengan kerajaan pemerintah yang berdiri atas slogan ‘ membangun bersama Islam’..Memang kau ni samada Ateis ( tiada tuhan ) atau Fasiq ( menolak Islam ) atau bla bla bla.

Itu reaksi yang saya jangka akan berlegar di ruang fikiran pembaca. Fikiran jelas tidak selari dengan tuntutan Islam.

Bak kata Raja Petra Kamarudin, Islam mengajar kebebasan. Islam telah berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana inginkan kebebasan !

Padahal beliau sendiri tidak inginkan kebebasan sebenarnya. Cakap berdegar degar sekadar retorik menyalahkan negara..Kolum dan artikel hanya menyiarkan berita yang mengutuk kerajaan dan hanya ‘bebas’ bagi pengkritik tanpa gaji. Menjadi tempat bahan artikel politik murahan mencari publisiti di kalangan pembaca yang memang suka membaca jika ada gosip yang mendahului fakta dan artikel melawan arus utama yang disifatkan ‘ pahlawan’ kerana berani seperti Hang Jebat menyanggah perintah Tuanku Sultan.

Jika benar kebebasan ingin dilaksanakan, kenapa pula media alternatif Malaysia Today tidak membuka kepada awam , komentar dan ulasan bagi setiap tajuk. Jika benar ingin bebas, anda perlu memberi ruang tanpa melalui pemeriksaan ‘ kastam ‘ bagi membolehkan kita menulis dan memberi pendapat tanpa ada sekatan ..Barulah sama dengan saranan anda yang ingin mendesak kerajaan menghapuskan lesen bagi penerbitan akhbar di negara ini.

Namun ia tidak berlaku kerana ada komen yang akan disekat jika keterlaluan mengutuk aliran pembaharuan ala Madani Pak Nuar atau menyokong kepimpinan kerajaan. Dan lagi lagi jika anda sendiri akan dikenakan hukuman ‘ISA’ bagi IP ( kod internet anda ) kerana ingin mengelak orang yang sama membuat kacau di web yang ‘bebas’ itu. Apakah itu kebebasan ?

Tentu Peter ( gelaran RPK ) akan jawab, kita takut ada unsur unsur hasutan. Unsur fitnah dan sebagainya hingga kami akan kena saman. Sudahlah kena RM 7 juta dengan UUM dan Tan Sri Nordin Kardi, takkan kami kena cari wang lagi untuk membayar saman jika ada orang menyaman kami. Mujur pihak lain yang pernah kena fitnah tidak mengemukakan saman meskipun mereka boleh berbuat demikian. Jika tidak tentu bertambah sinar kepalanya memberi cahaya percuma kepada kita…

Kebebasan tiada yang mutlak. Bukan atas nama kebebasan anda boleh mengutuk Tuanku Yang dipertuan Agung meskipun anda kata, ini hak asasi manusia dan kebebasan bersuara. Bukan kebebasan jika anda ingin mengutuk kerajaan tanpa fakta yang jelas dan berdasarkan andaian dan khabar angin hingga nyata fitnah tersebut kerana anda telah disabitkan dengan tuntutan membayar wang berjuta ringgit. Begitu juga bukan kebebasan jika anda ingin menuduh seseorang dengan tuduhan zina, liwat kerana ia menghancurkan maruah kerana dibuat tanpa ada bukti yang disabitkan oleh Mahkamah selaku perundangan tertinggi negara kita.

Dan tentu sekali tidak akan dibenarkan atas nama kebebasan bersuara itu, anda ingin memperli perlaksanaan agama, dan ajarannya seperti sesetengah penulis sosialis yang begitu suka menceritakan hal gereja dan juga muzik arus songsang hingga kita terasa dirinya sudah jauh dari ‘sinar cahaya’ keimanan yang benar kepada Tuhan.

Saya mengaitkan kisah kerbau laga dan mengamuk, dengan pemerintah kerana parti cap bulan juga suka mengaitkan apa sahaja bala dengan kerajaan lawan mereka. Mereka menuduh banyak kes kes jenayah dan bala bencana kerana pemimpin teratas negara, lupakan Tuhan. Lupa diri. Makan harta rakyat. Dan berjela jela lagi tuduhan ‘serkap jarang’ mereka kepada kerajaan selama ini.

Memang mudah sekali tulisan menghentam kerajaan hingga menjadikan bala bencana sebagai dalil tuhan tidak suka dan tidak redha dengan kepimpinan parti cap keris dengan gabungan parti cap dacing itu. Sedangkan kita juga tahu, Islam mengajar bahawa ada bala bencana kerana dendam dan pembalasan, ada dikeranakan dosa silam, ada disebabkan meningkatkan darjat di sisi Tuhan dan ada kerana tanda CINTA kepada hambaNya..

Siapa boleh kata Nabi Nuh dilanda banjir besar kerana dosa baginda ? siapa berani kata krisis makanan zaman Saidina Usman kerana baginda tidak warak dan lupa Tuhan ? siapa ingin menuduh Firaun yang sihat sebagai tanda taat dan patuh kepada Nabi Musa ? Tidak dan seribu kali tidak..

Kesimpulan artikel A Aziz Deraman tentang berita kerbau dilagakan oleh penduduk sebuah negeri Islam ala parti cap bulan, telah tercicir kritikan tentang hukum laga dan juga komentar tentang perlaksanaan penghayatan Islam di negeri yang berketuakan tokguru lulusan Pakistan dan Mesir itu. Pada pandangan saya, mungkin isu lain lebih difokuskan beliau kerana tahu isu kerbau laga jika dikaitkan dengan kerajaan Islam di Kelantan tentu boleh menimbulkan kemarahan ramai. Dan tentu tidak sayugia beliau yang sudah bersara dan menetap di sana akan membiarkan orang ramai menuduhnya menolak perjuangan Islam tajaan parti cap bulan !

Kenapa kerbau berlaga berlaku di Kelantan ? Mungkin kesibukan berceramah di merata rata dan tidak membawa sifat rahmat kepada seluruh manusia dan haiwan, serta suka mengutuk dan menghina telah menjadikan isu laga kerbau masih wujud di negeri jajahan pemerintah beliau. Mungkin ia tanda kepimpinan di Kelantan bukan ulama akhirat sebenarnya ? Walhal slogan menjadikan ulama menjadi pemimpin juga faktor yang menjadi kosmetik gabungan kemenangan mereka bersama Semangat 46 !

Kalau Saidina Umar bertanggungjawab hinggakan kepada binatang , maka apa jawapan sang tok guru tadi jika kerbau yang ditembak sebanyak 15 das dan dilagakan sebelum mengamuk 3 jam, mengadu kepada Tuhan di hadapan seluruh manusia pada hari akhirat nanti tidak kira dari mana mana parti baik cap bulan, dacing, keris dan roket dan apa sahaja parti yang wujud di atas muka bumi ini.

Apa jawapan tok guru itu akan katakan di hadapan seluruh makhuk tersebut yang mana ketika itu keadilan akan dilaksanakan dan seluruh makhluk termasuk kambing yang ditanduk dan tidak mampu melawan, akan diberi tanduk untuk membalas kembali kezaliman yang pernah dirasainya ketika hidup di dunia.

Apa jawapan yang sanggup diberi di hadapan Robbul Jalil jika ditanya kenapa ada lagi makhluk seperti kerbau tersebut, masih dilagakan oleh rakyat kamu di kala kamu sudah menerima jawatan selaku pemegang amanah mentadbir negeri Kelantan hampir 20 tahun ?

Apakah ada yang akan ditukar menjadi kerbau dan dilagakan kembali sebelum mengamuk dan ditembak 15 das hingga mati di hadapan seluruh manusia di alam akhirat sana ?

Nauzubillah min zalik !

Itulah agaknya suasana sebuah episod yang pasti amat memalukan. Lebih malu dari semua perkara memalukan. Kerana ketika itu, seorang lelaki akan lari dari saudaranya, ibu dan bapa tidak terkecuali, sahabat dan anak kerana ketika itu semua sibuk dihitung amalannya di dunia. Tidak terkecuali amalan saya yang sedang menulis artikel ini turut dihitung nanti. Tidaklah anda perlu risau kerana saya pasti dengan apa yang saya lakukan demi untuk Islam dan kasih sayang antara sesama makhluk dan kepada Tuhan.

Yang jelas, ia satu tanda yang menunjukkan bahawa Allah ingin memberitahu secara simbolik bahawa sangat susah mencari pemimpin yang adil. Walaupun dengan diri kita sendiri pun kita tidak dapat berlaku adil. Kerana kita tidak dapat memberikannya keadilan kepada diri kita sendiri dalam mencari waktu waktu bersendirian dengan Tuhan, memberi nasihat dan khidmat kepada seluruh alam, menyebarkan mesej agama kepada lain bangsa dan kepercayaan agama serta bekerja keras mempertahankan kedaulatan dan keamanan berteraskan perpaduan dan kestabilan sesama insan.

Justeru jangan cuba menjadi pengkritik utama yang tidak tahu adab sopan hingga ada orang telah digelar orang utan dan dikatakan Tuhan itu turut mencarut dalam Al Quran , dan sanggup bekerjasama dengan syaitan kerana anda sendiri memang suka menolak sesuatu yang jelas diamalkan seperti sambutan maulid memperingati kelahiran Nabi junjungan… Cukuplah dan cukuplah anda menjadi ketua dengan membawa keburukan lebih banyak dari kebaikan yang disangka oleh antara kita.

Mungkin isu moral kerbau boleh dipanjangkan lagi oleh A Aziz Deraman kerana saya tahu dia sangat peka dengan apa yang ditulis oleh penulis biasa seperti saya kerana dia memang terbuka menerima pendapat asalkan dengan berlapik dan penuh tata susila sebagai manusia yang penuh dengan moral dan budi bahasa.

Cuma mengapa isu kerbau dilaga tidak menarik perhatian utama beliau sebagai Melayu Islam Kelantan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu ??? Mungkin ada jawapan yang boleh kita perhatikan dalam kolum berikutnya pada masa akan datang !

Categories: 1
Design a site like this with WordPress.com
Get started