Honestly, saya kecewa.
Saya tak menaruh harapan pada mereka ini.
Saya rasa semua yang berada di pentas politik ini, yang cakapnya berdegar-degar di ceramah sana-sini, hanya mementingkan periuk nasi sendiri.
Perdana Menteri yang saya kenal cuma setakat sehingga Tun M.
Pengharapan sedemikian besar terhadap PM seterusnya yang konon-konon lebih mesra rakyat dan akan memahami jiwa rakyat, membantu golongan marhaen dan membangunkan negara dari segi rohaniah, sekarang ternyata adalah sangat tidak realistik. Malaysia bukan negara pertama yang menaruhkan harapan sedemikian terhadap PM negaranya. Rakyat Jepun pernah kecewa dengan imej yang sama diberikan kepada Koizumi, dan rakyat Amerika dengan Obama mereka.
Saya juga kurang percaya dengan menteri yang lahir dari keluarga mewah dan sangat senang memberikan kemewahan kepada keluarganya, dan berpolitik kerana ahli keluarganya ada yang terlebih dahulu berpolitik. Apakah perjuangan mereka jujur? Apa pula yang ingin mereka perjuangkan? Bijakkah mereka dalam membantu menaikkan pendapatan negara? Orang sebegini, kalau mereka ikhlas berjuang, tiada jawatan dalam politik sekalipun mereka akan bergerak. I doubt many of us would do that.
Institusi raja-raja di Malaysia.
Hmm, saya senyum aja melihat betapa besar pengharapan dan doa yang sahabat-sahabat berikan terhadap sultan-sultan tertentu. Senyum dan senyum saja...
Kemudian hero-hero rakyat dari parti pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Izzah, Nik Aziz dan Haji Hadi (saya tidak masukkan Mat sabu, bagi saya dia sampah politik, saya ada kenangan buruk disebabkan beliau)
DSAI
Cakap berdegar-degar. Merepek. Tiap kali buat ulasan di luar negara, tiap kali itu balik ke malaysia dan tokok tambah kenyataan. Hapuskan PTPTN, yeah right?!! Kerajaan Kedah ada menawarkan Yayasan Kedah untuk rakyatnya, tapi tak seperti yayasan lain, Yayasan Kedah ni kena bayar balik! Yerrr... Sila mulakan dengan yayasan di negeri-negeri PKR dan PAS dahulu. Kemudian dengan pemberian subsidi (atau pelupusan) bagi peminjam-peminjam PTPTN dari negeri tersebut. Adik saya antara penerima PTPTN tersebut. Silakan, saya nak tengok macamana PKR nak generate duit billion-billion. Janji memang senang dibuat, tetapi berapa banyak janji yang mereka tabur dan tidak ditunaikan. Air free. Rumah rakyat free. Pendidikan free. Ini semua memberikan harapan palsu kepada rakyat dari golongan marhaen seperti saya. Alhamdulillah saya cukup tertipu beberapa ketika cuma. hmmm...
And, for the love of the world, what kind of people he surrounded himself with? DSAI! Best friend with the world war engineer who was responsible for killing thousands of muslims (and jews too). And all the rumors of his misbehavior seemed to revolve around the people that he is/was close to. Dan video-video beliau, saya takkan jadikan itu sebagai bukti kerana saya tidak melihat sepenuhnya dan saya bukanlah expert/technician yang mahir dalam membuktikan kesahihan video tersebut, cuma satu sahaja, "mana jam Omega beliau?"
Malangnya, ramai antara kita yang masih menaruh harapan kepada beliau. Buka mata. Satu demi satu sahabat beliau yang rapat meninggalkan beliau atas sebab yang berbeza tapi berkait antara satu sama lain. Yang tinggal cuma keluarga beliau. Wah, family party!
Izzah
Sepertimana saya pernah memberikan harapan yang menggunung melaut tinggi bahawa DSAI akan membawa perubahan positif dan pembelaan kepada rakyat, begitu juga harapan yang saya pernah pertaruhkan pada Izzah. Nampaknya, sekarang imej Izzah cukup sinonim dengan demo, perhimpunan aman dan perhimpunan porak-peranda. Video di Kg Kerinchi, saya terdengar laungan penduduk "Orang luar, orang luar!!" dan "Rumah aku yang nak kena pecah, yang kau nak halang ni apahal?"
Kepada siapa ayat itu? Ada orang boleh jawab.
Haji Hadi Awang dan YB Nik Aziz.
Saya tidak dapat melupakan peristiwa di mana mereka mengkafirkan orang UMNO, dan mengharamkan orang PAS dari memakan sembelihan orang UMNO tidak lama dulu. Haram, kata mereka. That akward moment, memandangkan ahli keluarga saya campuran daripada orang kuat UMNO dan orang kuat PAS, ada AJK sebelah sana, ada Ketua Pemuda sebelah sini. Dan kenyataan sedemikian telah membuatkan beberapa keluarga lain terpecah-belah. Alhamdulillah tidak kepada keluarga kami, tapi kesannya cukup nyata. Hubungan antara keluarga menjadi "pelik" dan "akward" buat beberapa lama. Susahnya saya nak ke mana-mana kenduri, atau ke mana-mana kedai, sebab ada yang dah "diharamkan". Kesian anak kecil seperti saya (waktu itu)
Paling mengecewakan, alasan pengharaman itu. Sekarang ini ternyata ibarat "meludah ke langit". Perkara yang sama mereka lakukan (saya baru tau hal ini). Dan selagi Nik Aziz tidak membuang PKR, Anwar, Mat Sabu dan tidak mengembalikan perjuangan menegakkan "negara Islam" (bukan negara kebajikan), saya lebih baik gemar bersikap wait and see. Canada juga negara kebajikan, jadi apa bezanya?
Kedah sekarang sudah di bawah PAS. Harap YB dapat hapuskan judi dan arak, terutama di Langkawi.
Saya tidak lagi menaruh harapan kepada mana-mana pemimpin (politik atau tidak). Terlalu banyak kepentingan.
Kita juga yang ke-chi-wa.
Pengharapan cuma pada Allah. Mungkin kita patut didik anak-anak jadi pengikut Mahdi AS, bukan pengikut pemimpin-pemimpin politik tertentu. Lebih baik berjuang kerana Allah. Pengharapan yang lebih mulia dan dijamin pengakhirannya.
Jangan lupa kisah Fateh Sultan Muhammad si penakluk terhebat. Walaupun pemimpin-pemimpin terdahulu sebelumnya juga hebat, warak dan kuat, tetapi Constantinople tetap tidak dapat ditawan. Kegagalan bukan kerana pemimpin, tapi kerana rakyat yang belum kuat iman mereka. Demikian juga beberapa contoh lain seperti kejayaan Salahuddin al Ayyubi dan kisah Talut dan Jalut.
Ingat kata-kata Sayyidina Ali RA ketika ditanya kenapa begitu banyak kekecohan pada zaman pemerintahan beliau berbanding zaman pemerintahan Khalifah sebelumnya, "‘ Kerana semasa pemerintahan Abu Bakar dan Omar, pengikutnya adalah aku dan semasa pemerintahanku pengikutnya adalah kamu’."
Sekurang-kurangnya, kita cuba jadi manusia terbaik, untuk diri sendiri, dan kalau kita sayangkan Malaysia (tanpa unsur-unsur politik). Pemimpin yang kotor, mereka ini akan diazab oleh Allah SWT, jangan kita gusarkan. Yang penting ruang untuk beribadah dan hidup secara Islam di Malaysia dihormati dan diberikan sewenang-wenangnya tanpa kekangan. Buat masa ini, ini pegangan saya.
p/s: Tidaklah artikel ini dibuat untuk menyerang mereka sebagai individu, sekadar luahan kekecewaan terhadap politik malaysia, selebihnya jangan buat fitnah dengan andaian yang bukan-bukan :P