[go: up one dir, main page]

Monday, March 30, 2009

Educator? Researcher? Lecturer?

For being outside the academic world (at least at the very moment), i would say that im no longer qualified to criticize anything abot how the government or the certain universities have been treating their loyal public servants who serve in the academic areas, namely teachers and lecturers.

Apart from being burdened with unnecesary report writings, time table planning and other ridiculuos, miscellaneous stuffs, there were also management works to be carried out. All and all. By the time they finally can stop to catch a breath, it's already final project presentation, where their respective supervisees would present what is supposedly to be the final year projects. But where are their own, their very own masterpieces?

Semua kerja sibuk, and sibuk is a very noble word. Tapi kerja biarlah diserahkan pada ahlinya. And a fashion designer can rarely fix a pipeline(hehe), unless he himself volunteered for the job, and is as skillful as he claimed to be :P

While that someone(lets call this person G) could have easily made $*k per month as the starting salary by working in dotdot, G chose to come back and serve the country, thinking that the government has did so much for him and that it was time for him to serve the nation. And G's genuine love for knowledge has made him to think that it was the right decision to opt for. In my humble opinion, there were quite some people whose learning ability were quite high, but was extremenly rare to find among these gifted people, those who harvest genuine love in knowledge without any hidden interest. It is sad. Worsen by the fact that these rare breed were somehow restricted from doing what they can do the best. Edison needed 99 failed experiments before his first light of hope appeared, right? (was it really 99? Wow..)

These people themselves, dont really whine about how the bureauacracy have been treating them. Few times, they might have said something and then fullstop. But then it was those people surrounding them whom were affected very much by this birokarapsi.

Aggh~
Three of the beloved juniors (of him) while he was studying in Germany asked if there were any vacancies in this precious uni. It would be fun to have them around here in this super boring PR. Since I have known them quite well, I can positively say that they could carry out any tasks given very well, since they are really very bright, extremenly industrious, genuinely hardworking and highly motivated persons.
(eh, cam testimony lak)

The only problem was that,can we rest assured that such talents and valuable resources would not go wasted?
Hmm...
Hmmm...

Sunday, March 29, 2009

Challenging myself

I am challenging myself beyond my own capability, into doing something i had never thought i would be doing. I am dragging myself one inch at one time, one step at one second. The tide is killing me. It is strangely hard to breath. It is either i forgot how to, or ive been too conscious counting every breath that i take.

For the sake of being me again,
and for the confidence i wanted to regain,
im praying hard for His mercy and His love,
to give me strength and guidance when i need all those,

to choose the best and the right path. O' Allah, have mercy on me!


Saturday, March 28, 2009

Di tangan lelaki..

Di tangan lelaki, ada banyak kuasa yang boleh digunakannya, atau disalahgunakannya... Kuat sekalipun saya cuba menolak hakikat ini, tetapi tiada dapat disangkal bahawa sesungguhnya zahir lelaki itu jauh berbeza berbanding wanita, amalnya memang berganda, mindanya lebih berkuasa, hatinya lebih keras, akalnya lebih bernas. Seharusnya itulah ciri lelaki Islam sejati. Malangnya, yang menjatuhkan taraf lelaki itu atau menjadikan mereka kurang di mata wanita, adalah mereka sendiri.

Saya percaya, pada setiap seratus perceraian yang terjadi di antara suami isteri yang Islam, hanya tak sampai dua belah tangan pun puncanya dari wanita. Kerana...talak di tangan mereka. Dan kerana, tulang rusuk yang bengkok selamanya akan bengkok,. Tetapi seandainya si isteri diletakkan tetap di tempat yang betul (rusuk), dekat di hati dan dilindungi kerana melindungi, Insya-Allah...

Isteri jika membentak itu adalah kerana dia ingin didengari,
Walaupun tidak disukai, cubalah wahai suami menghayati,
Perhatikan di penghujung itu pasti si isteri menangis tersedu sendiri,
Hilangkan amarah tangisnya dengan pelukan erat dan ciuman di dahi.

Isteri jika membebel itu tanda bosan hadir di dalam hati,
Perkara remeh pasti semua diungkit kembali,
Berikan sejambak bunga pasti dia tersenyum sendiri,
Pegang tangannya dan bawalah dia bersiar-siar berdua sesekali.

Jemukah sudah pada sang isteri?
Yang dulu indah bak bidadari..
Jangan dikejar yang tidak pasti,
Yang belum ditanam belum pasti menjadi...

--------------------
Jangan kaitkan hal ini dengan sesiapa mahupun penulis sendiri. Sebenarnya sesekali tergigit lidah itu biasa dalam berumah tangga. Yang tidak biasanya ialah lelaki yang putus asa dan enggan berusaha. Sesungguhnya calon isteri dipilih atas empat perkara,kerana lelakilah yang sepatutnya membetulkan/mencukupi mana-mana perkara yang tidak dicukupi isteri. Jika inginkan isteri yang sempurna empat perkara itu mudah sahaja, pastikan diri-sendiri berada di tempat yang sebetulnya.

Actually i was shocked by this certain blogger who openly cerita about her failed marriage and kept on cursing his ex in her blog, and told the the things you wouldnt imagine a lady would tell, n more than what anyone would want to know. If you know what i mean.

--------------------
Sahabat saya ke kursus perkahwinan lama dahulu, dan seorang ustaz menceritakan tugas2 sang isteri dengan semangatnya. Dan menceritakan bahawa memasak itu tanggungjawab isteri. Isteri perlu belajar masak sehingga pandai, supaya suami tak 'cari' lagi. Begitulah katanya lebih kurang.

Kemudian ustaz itu menyambung tentang cerita sahabatnya, yang telah menceraikan isterinya setelah bertahun berkongsi bahagia. Kata ustaz itu,

"Memang patutlah sang isteri diceraikan. Bila masak sahaja kurang masin, kurang sedap. Si isteri memang tak layak menjadi isteri. Suami mana yang tahan. Dia tak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik."

Lalu ketawalah sang ustaz dan anak-anak muda lelaki dalam kursus perkahwinan itu. Berdekah-dekah dah macam bukan ceramah agama.

Kemudian sahabat saya bingkas bangun mengangkat tangan,

"Ustaz. Kalau situasinya macam ni pulak bagaimana? Lampu di rumah saya terbakar, lepas tu saya minta suami saya betulkan tapi dia sendiri tak dapat betulkannya, maksudnya saya bolehlah minta cerai, kan? Taklik. Sebagai suami, dia gagal melindungi dan menyediakan keperluan isteri dan tak menjalankan tanggungjawab sebagai suami yang baik."

Ustaz tadi terdiam. Dan menyambung kuliahnya dengan nada tersekat-sekat.

Thursday, March 26, 2009

Pesanan (ringkas) papa Aisyah

Bayangkan seorang bapa yang sanggup meriba anaknya yang berusia beberapa hari, dalam keadaan bersila, dari pukul 11malam, hingga pukul 3.30pagi...tanpa sesaatpun meletakkan anaknya ke bawah...


gambar hiasan: aisyah berusia 27 jam


Ada sebabnya mr Z buat begitu. Si kecil Aisyah memang automatically akan start menangis daripada pukul 11malam hingga pukul 3++pagi, setiap malam, sehingga umurnya 3bulan.

Jadi sebelum mr Z nak pegi kursus 5hari ni, sewaktu mr z sedang bermain-main dengan little A (di dalam bilik), saya dengar beliau berpesan kepada Aisyah...

"Nanti tinggal dengan mama baik2, jangan nakal2. Mama tu bukan boleh, gaghangggggg"

heh..i heard you :P

The next day, to me, dia pesan agar...

"Jaga Aisyah baik-baik."
"Petang bawak dia jalan-jalan."
"Nanti bagi kasih sayang secukupnya tau."



Ehehe...baiklah.
5 hari kursus, handphone akan 'dirampas'...:P

Wednesday, March 25, 2009

Manitoba: Collecting Infos

I didnt update this blog on regular basis (did i?) anymore. I wanted to excuse myself by saying that i was have been very busy lately. But then lazy is another word that i should not forget to mention. bizi lezi bizi lezi.................**ok enough!

Ive never been able to picture myself living abroad as a housewife, with a toddler to look after. Although part of me is looking forward to experience such pleasure for having to stay at home; struggle-hassle-exam-cplus2-research-conference-viva free, the other part of me is suffering and a little bit hesitate to the idea of leaving this motherland for at least another 2,3 years... Uish..karang masin mulutku, kesian mr z..

I dont know, I guess ive found my comfortable zone here. And Im reluctant to leave my old parents behind. Im a mom now, and it was the birth of little aisyah that had rebonded me to my mother, for my father was whom id been very much comfortable to talk and share everything with ..And the rebond had just started two years ago! They're getting older, I have a very bad feeling of leaving them now...

Sad, im not ready.

------------------------------------------------------

Ok. enough whining over something that didnt take place yet. Nanti jadi tak bersyukur dan kufur...

So, here's the info (living costs/ expenses etc), in canada (southern part). thanx kak zie and ummihassan etc. (Currency is CAD-Canadian Dollar)

electricity: 200 per month maximum (winter). otherwise, <100
hydro bil: 300 per year
school: <30 per year, and no uniform, no need to buy stationery
renting: 800 - 1000 per month (unfurnished)
monthly bus ticket (student): around 80

Foods
Rice: 8kg around $8, fresh milk $2

Formula milk: Info n/a yet (found enfamil...)


ok..nnti update lg.info chatz hilang ditelan meebo. Tensi.kok gitu sekali ya.
Kesimpulannya..walaupun food prices agak rendah, overall kenala jimat cermat kali nih... house rental+letrik dah CAD1100..ughh~ agak menakutkan

and i found few informative websites..
http://www.livingin-canada.com/food-prices-canada.html
http://www.livingin-canada.com/house-affordability-canada.html
http://relocatecanada.com/foodprice.html

Tuesday, March 24, 2009

Campak ke hutan, Humban ke laut

Bersungguh-sungguh mr z dengar ucapan Datuk Seri saya-akan-menjadi-pm-soon.

Saya juga dengar, sebab tv ada satu, tentulah kena tengok rancangan yang sama. Walaupun lady z dengan politik ibarat arang dengan whipping cream, takder kaitan langsung, tetapi sejak jadi ibu dan terhutang beratus-ratus ribu budi terhadap kerajaan Malaysia, maka dengan relanya saya cuba2 mengambil tahu hal politik yang memeningkan itu...untuk masa depan anakku, at least.

Menariknya pasal bahasa (lagi?)..Kata DSN, kita perlu menguasai sekurang-kurangnya 3bahasa untuk menguasai dunia.

Yang tu saya setuju, 3 bahasa kalau kita betul serius. bukan bahasa inggeris sahaja. bukan bahasa melayu sahaja. Tapi yang takjubnya, sangka saya, kita (Malaysian) sedang cuba membentuk negara maju, rupa-rupanya kita sedang cuba menguasai dunia...fuh~ serious misi ni. Datuk Seri, count me in! :D Errr... Tapi klu nk menguasai dunia, perlu ker tahu bahasa orang? Ingatkan redah jer cam Genghiz Khan... owh, saya salah lagi...

Kata DSN lagi, perlu adakan kursus 2hari 3malam, atau 3hari 4malam, dan bukan di hotel..tapi di hutan. Kalau perlu, kita campak ke laut...
ehehe... (lebih kurangla ayatnya cam tu, kan?)

Ni, lusa nanti seseorang akan dicampak ke hutan dan dihumban ke laut!

Selamat berenang mr z :P

Monday, March 23, 2009

Petua2 rumahtangga

Sangat tradisional dan klasik tajuk entry di atas. Sebenarnya begini, saya memang dah lama benar mengumpul petua2 untuk kegunaan sendiri. Tapi kalau boleh, biarlah petua2 tu daripada sumber2 yang dipercayai yang dah menggunakannya sendiri, bukan setakat petua2 yang didengar...tak kisahlah petua lama atau baru.

Jadi, Bismillahirrahmanirrahim...

biarlah saya sendiri yang start tag ini, sebab nak tunggu orang start, takder la pulak :D At least, ilmu dapat disebar-sebarkan di blog memasing.
--------------------------------------------------

Tajuk tag: Petua-petua rumahtangga
Rules:
-Mestilah betul2 petua yang dah diamalkan sendiri, atau memang dipercayai telah diamalkan oleh pemberitahu petua tersebut. Takder petua, tips pun bolehla..
-3 petua untuk setiap kategori, dan tak boleh sama dengan orang yang mengetagnya.

-selepas tu terpulanglah nak tag 3orang ker 13 orang ker 300 orang ker 313 orang ker 333 orang ker 0.3..

---------------------------------------------------
Tiga Petua di dapur/rumah:
- daun kari tahan lama jika diceraikan dari batangnya dan disimpan dalam tupperware bertutup, dalam peti sejuk (tried: tahan sebulan +-)

- Bunga yang dipetik, segar lebih lama dengan meletakkan siling tembaga (10 yen jepun atau 1 sen malaysia) di dalam pasu (sumber: eksperimen fuji tv)

- Petua orang tua-tua, mencuci cermin dengan surat khabar lama memang berkesan.

---------------------------------------------------
Tiga Petua Kesihatan:
- Sedut air ke dalam hidung dalam2 dan hembus, basuh telinga dan banyak gargle boleh meredakan selsema dan menguatkan immune


-Buat perkara di atas sebelum keluar rumah (di negara2 sejuk atau ketika cuaca sejuk) boleh menguatkan daya tahan terhadap suhu di luar rumah


- Jika terkena minyak panas, pantang sekali2 dibasuh dengan air, tenang dan sapukan ubat gigi bermint dengan banyak ke kesemua kawasan yang terkena minyak itu. (Tried: dengan ubat gigi cengkudu - melegakan separuh muka, dada dan tangan yang melecur teruk terkena minyak)


---------------------------------------------------
Tiga Petua Kecantikan:
- Green tea atau apa2 tea (kurang gula) mempunyai antioksida yg sangat perlu untuk awet tua :P jadi jangan elakkan terus



-To heal period pain, sleep early,avoid minuman berais dan bergas (at least seminggu sebelum tarikh itu). Elakkan sembelit, dan wear socks (tried - healed completely :D) minum green tea/ginger drinks juga bagus, tapi not really effective for long term effect....

- setia kepada sejenis syampu sepanjang masa tidak elok sebenarnya. Seeloknya once a while, tukar jenama syampu (sumber: majalah kesihatan mana ntah). Misalnya minggu ni guna antikelumumur (side effect- boleh menyebabkan kulit kepala kering), minggu depan guna yang membekalkan moisture (side effect: kulit kepala berminyak)

---------------------------------------------------
Tiga Petua yang perlu diawasi (at least for me):
- Minum soya ketika mengandung memang bagus, tetapi minum berlebihan boleh menyebabkan anak yang lahir kurang immune dan kulitnya jadi sensitif (sumber: ibu yang anaknya begitu)


- Elakkan menggunakan vicks/balms pada kaki bayi. Penggunaan berterusan boleh menyebabkan bayi panas(?) dan kadang2 menggigil seperti sawan. (sumber:seen twice, dan boleh rujuk instruction pada balm cni)



- Glukos (Air glukos) menyumbang kepada najis bayi menjadi keras

---------------------------------------------------
Tiga Petua yang memang teringin nak tahu:

- macamana nak bagi najis bayi lebih lawas/ senang buang air
- macamana nak kasi beras nampak lebih putih dan tahan lama
- macamana nak hilangkan lenguh2 bahu


---------------------------------------------------
Jadi saya nak tag,
-semua ibu-ibu yang berada di list sebelah kiri ini, dan sesiapa sahaja yang sudi berkongsi petua2 lama. Boleh juga berkongsi-kongsi ilmu... kut ada yang tahu pasal bab last sekali tu, boleh juga sharing2 :)
Tiada paksaan :)

Wednesday, March 18, 2009

BM: High heels vs Sneakers

I had a pair of black and worn out sneakers,bought in the early twenties. The sneakers were very soft and comfortable and have been very loyal to these feet, that i refused to change them to any other shoes. Plus, it is extremenly difficult to find shoes that fit perfectly the in-between-sizes of my feet.

I used it almost everytime i went out,and in any occasion/ways that you could think of, cycling or jogging, in rain or in the snow, wedding or meeting. Until one day, my father looked at the pair of sneakers and shook his head, long enough that i felt quite embarassed and asked him why.

Ayah: "Is this the same old shoes?"
Me: "Yes."
Ayah: "That you bought while you were studying there?"
Me: "Yes."
....
silent.

Ayah: "Isk isk isk." (shook his head)

I grinned. I know that he wont ask me to buy another new pair, coz he already did many times and in no vain.. hehe. But this time, it felt kinda weird and embarassing, maybe because he said nothing at all.

Back to KL, me and my other half went for a mission - an extensive search for a new pair of shoes, and it took us quite some time before i finally found another new pair made from heaven..no, i mean, perfect for my liking. And i just looooove them so much, coz they have 95% of the look of my previous sneakers. Yes!




And I still wear my white high heels,once a while with the changes of the wind (directly translated from bila tukar angin, hehe). There were occasions that I just can not to not-to-wear them. For example, certain functions held in hotel, since it was obvious that how you look/dress would be one of the best topics to gossip. I still love high heels since apart from the fact that good high heels beautify a standing posture, they also add some inches to my height..:P But I didnt wear them that often, since i was far more comfortable with my sneakers.


-------------------------------------
So kalau saya tanya antara high heels and sneakers, yang mana yang anda suka?

Tentu sekali jawapannya macam2...yang suka flat sandals and sneakers etc, boleh bagi 127 alasan kenapa ia lebih baik daripada high heels. Yang suka high heels pula, mungkin boleh bagi 143 alasan kenapa ia lebih classy dan bagus dari the previous types.

--------------------------------------

Itu hanya metafora!
Bahasa Melayu ibarat sneakers atau kasut tapak rendah. Ia lebih selesa (comfortable), sesuai untuk banyak benda. Dan jarang-jarang dipersoalkan jika seseorang itu menggunakan flat shoes untuk pelbagai perkara.

Bagaimanapun, untuk tempat2 tertentu, kadang2 flat shoes dan sneakers ni tak sesuai juga untuk sesetengah keadaan. Jadi kita perlu menggunakan heels atau boots, ia lebih menyenangkan, kadang2 lebih 'selamat'. Heels atau boots ni bolehlah diibaratkan sebagai bahasa Inggeris.

---------------------------------------

1. Perlukah kita mewajibkan orang yang dah biasa dengan flat shoes untuk pakai heels?
2. Dan perlu pakai heels secara tiba-tiba?
3. Adakah heels dan boots lebih baik dari sandals?
4. Adakah menggunakan heels menyebabkan sandal akan pupus?
5. Bagaimana kalau orang yang mengajar orang lain memakai heel, tapi dia sendiri terjelepuk sebab kurang mahir?
6. Adakah dengan memakai heels menyebabkan pandangan orang terhadap kita berbeza?
7. Adakah dengan memakai heels menyebabkan kita lebih pandai, sebab kita boleh bergaul dengan pelbagai golongan?

------------------------------------------

Talk is cheap! Semua orang boleh bercakap, dan semua ada rasional sendiri. Tapi saya rasa dengan enforcement bahasa inggeris terhadap subjek math and science, secara tiba-tiba pula tu, sangat tidak relevan.
-tenaga pengajar kurang mahir.
-mengejut, bukankah kita perlu mula dari bawah. mungkin kita patut start dari kindy, kalau betul nak sangat jadi bangsa yang fluent dlm inggeris
-makanya yang bukan native tapi kalau fluent dlm bahasa inggeris, boleh majukah?macam filipina..
-apakah jaminan budak2 kita yang belajar dlm bahasa inggeris akan mengimport teknologi dan ilmu2 sebanyak mungkin? mula dari bahasa? bukan minda?
-apa pula jaminan bahasa melayu tidak akan pupus? kat mana lagi penggunaannya jika ramai pak menteri sendiri berspeaking selain kt dlm dewan atau waktu bagi ucapan?
-adakah jika china jadi kuasa besar satu hari nanti, pelajaran math and science akan di Mandarinkan?

-------------------------
Dan saya personally, memang suka subjek science dalam bahasa inggeris. Lebih selesa dengan termsnya. Saya tiada masalah -on behalf of myself. Cuma saya rasa ia tidak adil. Mulalah kuatkan bahasa inggeris dari peringkat bawah terlebih dahulu. Dan beri option untuk mereka yang ingin memilih bahasa ibunda. Kalau benar Inggeris itu bagus, maka dalam 15tahun lagi, dengan sendirinya orang yang memilih utk belajar subjek dlm bahasa ibunda ini akan menyuruh anak2nya memilih bahasa Inggeris.

Pada pendapat saya yang hina-dina ini, yang menjadi kemarahan bukanlah penggunaan bahasa inggeris, tetapi ketiadaan jaminan terhadap bahasa melayu.

------------------------

Perlukah saya katakan, Jepun dan Jerman masih setia dengan bahasa mereka, tetapi mereka tetap maju berganda-ganda berbanding malaysia yang rata-ratanya mahir berbahasa inggeris dan kononnya mampu 'menterjemahkan' teknoloji dengan banyaknya.

Bahasa Inggeris penting kerana kita yang menjadikan ia penting.

Bahasa Inggeris does not equal to technology.

Cuba tanya adik-adik yang belajar 5tahun di Jerman.
Atau adik2 yang yang 4 tahun di Jepun atau Perancis.

Tanya dan dengarkan pendapat mereka. Tak perlu setuju dengan pendapat saya. Saya bukan siapa-siapa...

-----------------------------

Melainkan kita tinggal/mastautin di US, UK, Canada, New Zealand atau Malaysia contohnya... (err? Malaysia? ) Maka tentulah satu-satunya bahasa yang mampu dituturkan oleh Bush ini akan menjadi sangat penting.

Cerita TV?

Kalau saya cakap spa-q2 sekarang cam himpunan plot citer2 melayu yang sampah, ada orang marah tak? Tipikal citer melayu ialah:
-rempit
-dadah
-anak derhaka (almost)
-menantu vs mentua
-r*pe
-anak angkat
-gaduh suami isteri
-business juta2
-kena tipu juta2
-etc
Cuma hantu jer belumm kuar. Tu pun dh hampir, sbb ada "jelmaan" kakak kembar yang sebijik rupa, suara dan perangainya. Video klip penyanyinya pun pelik.. Ughh~

Ok, saya minta maaf. Agak emosi bila tadi ada watak zafrul confessed to his brother about what he did to his wife, like?? What the heaven?! Tapi, kalau ada yang minat spakyu, teruskanlah sokong industri tempatan..

The only citer yang terhibur sket ialah Merlin, the ugly betty..

Cute Merlin, the wizard boy and Arthur, the cheeky Prince.


And the cute Betty, i personally think she's beautiful inside out,


Among my frens, im quite well known for being the miss miss-n-match, (at most of the times), but betty, i think we really have something in common, seriously..hehe

Tuesday, March 17, 2009

Karoushi

Dia sekarang g kija kul 7.30am
Kul 5.30pm balik.
Pastu maghrib g kelas/ofis semula,
balik pulak kul 10.30pm...
Minggu nih, si dia pegi kul 5pagi...5am++

Wak gapo mung g awal benor, abe? Mu dok penoh dengo ka 'karoushi'?

Karoushi tu hok oghe jepun dok ghoyak,
kalo oghe kita ghoyak :

karou - terlebih kerja
shi - adalah no 4, shi juga bermaksud mati...
literally, mati sebab terlebih kerja...

Abe, mu dok tahu ka?

Oh God please make him LESS busy,
Coz Im afraid that he would turn grumpy,
But please give him LOTS of money,
Coz that would surely make me happy...

Ngeehehe..jange maghoh deh, kawe dok sey wat gapo..penak tunggu subuh dok sey tido dah

Monday, March 16, 2009

Comfortable Zone & The Small Self-esteem

I'm a stay-at-home mom now, and I personally think that for a woman to have choose to stay at home isnt the last option, but rather a wonderful choice that not all women can opt for, for one or some reasons. And to be able to think about it this way is just... recent. VERY RECENT, indeed.

I love to work. And I wanted to work badly, genuinely, honestly, very much. For those who know the reason, they would stop asking further intriguing questions. And they would know that I didnt drain my brain for the mscie degree just for the sake of adding another few miligrams to the fileholder.

The pressure and temptations are all around me. Forget the countless innocent questions or harass drones, coz i dont really care about other people's views anymore these days. It's all about me, my life. I can do only one thing, and that one thing wasnt cooking, or cleaning, baking, or sewing..or..well, let me make it short. Am very bad at doing all the stuff that requires handskill. And wasnt really the type of the last wanita melayu. I just know how to work, and found out that doing independent research really feeds my left brain very well.

And i think that almost all the research students would somehow be persuaded by the supervisor to continue to higher study, and under their supervision. Err..In my case, to doctorate la..But of course, with all the respect, while being grateful for the unconditional support and innumerable help by my previous supervisor, im still traumatized by the memory of the insufficient time, unavailable expertise(s), un'purchase'able equipments and unreachable facilities, all needed to complete my project. 'Suffocated' was just the perfect word.

My husband has always been very supportive to the ideas of me going to phd, and he has seen me in the future continuing my study, after he'd completed his study..which would be ..say, another 5 years? There's a catch in this :P- I'll help him with his research when he comes back to Malaysia again :P Arggh~ I just dont think i would, even if i could. Obviously, we were both two different entities that work and think in totally the opposite way. Boleh ke kerja di bawah satu projek? Nope..I dont think so :P And honestly, nowadays, my sole pray was to be in my comfortable zone - being at home, by their side.

Then few days ago, the newly 'recruited' supervisee (of my previous sv) contacted me for my 'help'. He would love to further develop my project, which left me floating on the cloud (literally? :P). It wasnt really a big deal if i were a student/academician myself, but the fact that an unknown foreign master student is interested in the project previously developed by this humble housewife, really injected some self-esteem into myself. I mean, whoa, I did contributed something... I did have a thesis. And I really am a mscie graduate...I was a student. Macam tak percaya.

Rasa macam nak start coding semula...

Kalau tulis angan2 kat blog, tak kena ISA kan? :P

Sunday, March 15, 2009

Card Credit- The Fraud and The Beautiful Lies

CREDIT CARD: THE FRAUD

It's been one week since we called the Bank Islam Credit Card Center regarding the new cards which we havent received yet. We were still waiting endlessly for the response from the CC Center since the new Credit Card Chip (SMART)based which they claimed that they've sent us about a couple of weeks before, went missing in action (somewhere during the delivery?)... when I suddenly received a call from "Credit Card Center", Menara KL, last Thursday, asking for confirmation of my information as the cardholder. I was a bit relief since I was afraid that the card went into the wrong hand.

But wait, I didnt know that Bank Islam were operating from Menara KL?!

I confronted the guy on that matter and he claimed that he wasnt calling on behalf of bank islam but rather an independent credit card center which offers some sort of benefits and privileges to credit cardholders. We didnt really used the cc on regular basis, tak pernah over due date thus tak penah la bayar riba yang menguntungkan pihak ketiga..so rugilah kalau betul mereka nak offer segala macam benefits seperti yang disebutkannya tanpa mereka dapat untung (vacations, bonuses, insurance etc)(suspicion no 1)

We've been passive credit card users for almost ten years now and yet, I could hardly recalled it if they were a special organisation/company who took care of the benefits etc of the credit cardholders, not certain clubs (for membership privilege) or banks themselves.

This guy (who claimed his name was Tengku Izzuddin) was asking for confirmation of my full name (he was not sure on how to address me, as cik or puan- suspicion no 2) and asked me if it was a visa or master card (suspicion no3). And then I stopped responding to his questions when he started to ask for the expiration date of my cc (suspicion no 4). I 'sweettalked' him that I would sms him my expiration date since the number was 016 xxx xxxx (suspicion no 5), but then he claimed that i cannot sms him since he was calling from office and it was the office number, thus they cannot respond to any sms or phone call and insisted me to answer.

I told that guy that Ive left my cc in the house, and that i didnt have the info at the moment. Maybe he sensed my suspicions and thought that I was lying (I didnt :P),
"Owh, ini memang jenis yang tak boleh pegang card credit ler nih, selalu hilang."
And then gelak-gelak, konon friendly sangat ler tuh. I was a bit annoyed and told him off,
"Hello. Saya bukan tak bawak sebab takut hilang, okey? Saya kat luar sekarang nih. Saya tak berada di rumah dan cc saya tuh saya tinggalkan di rumah. Tempat yang saya datang ni tak memerlukan saya bawak kad kredit, atau purse sekalipun. Dan saya rasa saya tak perlulah bagitau awak tempat apa yang saya datang sekarang nih. betul tak?"

Him, "Habis tu bila saya boleh telefon puan semula?"
Me, "Okeylah, awak call husband saya jer lah. Saya ada kerja." And gave him his number.

-----------------------------------------------------------

Later, I called the number and my suspicions were right. He did pick up the call, (which confirmed mysuspicion that the call wasnt made from office or hotline number)...

"Ini Encik Izzuddin?"
"Ya, saya Tengku Izzuddin."
(Heh, kalau tak letak tengku tu hilang 'bisa' ker?)
I confronted him on his company background, and what was the nature of his company. And then he started to read apa benda ntah...macam baca script..

"Kenapa saya call suami puan tak dapat, yer?"
Hehe, I gave him his old number, of coz la kan :P... But later, I gave him his correct number..Let the men do the talk :D Malas nak layan.

And at the same time, I called Bank Islam to temporarily block my card. Tapi my husband lagi teruk, when i asked him what did he say to the guy,

"I told him, tak payahla nak expiration date ker haper ker, saya nak terminate card tu, sekarang juga."
He did terminate the cards..:(

I did my research, and found out memang betul ada scam/fraud over the phones. The legal credit card center sometimes would ask for your name, mother's name, phone number etc but not your card number and expiration date, kan?

------------------------------------------

CREDIT CARD - THE BEAUTIFUL LIES

Kat Jepun almost 10 tahun dulu, memang senang nak pakai kad kredit. Annual fee free or very minimum, visa and master card selalunya tak perlu penjamin, manakala kalau penjamin diperlukan, cuma perlu isi nama, telefon number dan alamat penjamin. Nanti diorang akan call dan confirmkan (my husband used my name, boleh pulak tuh, padahal i was a student, a foreign student, like him). Amex pun cuma perlu tunjuk buku akaun jer kut (tak berapa ingat).. Dan minimum requirements nya memang very minimum.

So rasanya hampir semua students Malaysia ada credit card, dan bukan satu,atau dua...kadang2 semua cards offered.. visa, master, american express (amex), jcb, apa lg ntah.. Tapi bila nak guna kat malaysia waktu tu sangatlaaa susah. Selain mereka agak suspicious dengan kita (budak2 tapi pakai kad kredit yang berwarna-warni pelik2, sebab kad kreditnya selalunya gabungan kad kredit n membership company mana2), kita juga agak suspicious dengan mereka, kerana di sesetengah kedai, mereka terpaksa pinjam kedai lain atau kaunter lain punya machine, so mereka bawalah cc kita kt mana2 untuk diswap. Hmm...

Kemudian sekarang, kat Malaysia, sungguh senang nak dapatkan card. Pergi mall mana pun mesti ada orang bawa pamphlets, padahal pergi dengan pakai tracksuits yang sungguh 'miskin' (heheh, it was me la). Dah tu, syarat untuk gold and platinum card pun dah makin mudah.

Jangan sampai jadi macam Jepun dah...
Ramai yang declare bankruptcy, sebab card credit. Suicide? Lagilaa...

Card credit nih banyak benar 'beautiful lies' nya..
-annual fee free: tapi untuk first year jer
@
-annual fee free: untuk principal jer, suppliment lain cerita
@
-annual fee free: kalau swaps/ transactions over certain number/amount
@
-tanpa riba: dengan syarat guna below certain amount
@
-tanpa riba: dengan syarat bayar cepat, within few weeks after the transaction
@
kalau tanak pakai n boleh terminate anytime - tapi mesti guna over 2 years
etc etc..

Ada kawan saya cakap, guna kad kredit tuh haram. Betul ker? Abis tu kalau travel overseas, kena guna traveller checques ker? Huhu~ debu-debu riba'...

Thursday, March 12, 2009

Simple mimple updates

1. Komputer riba yang tua
-my komputer memang tak boleh dengar any sound from the speaker sejak sekian lama, kena pasang external speaker yang berdentum sangat bunyinya.
-Beberapa hari lepas, baru tau yg cd/dvd pun dah tak boleh read, apatah lagi write.
-huh~ beli ujung 2004, dh almost 5thn. saya mendapati, banyak barang2 elektrik yg made in japan/ jepun/ jepang ini cuma tahan maximum 5thn..coincidence? sungguh menggeramkan.

2. Expired Antivirus yang ada virus
- Norton anti virus yang original (trial percuma yg datang dengan pakej asal OS dan tetapi direnew dengan cara menginstall semula komputer, sungguh rajin kan), telah expired. Dan disyaki antivirus 'original' itu telah menyeludup tracking cookies, n adware sebab tak semena2 pop up keluar. Sungguh menggeramkan.
- AVG internet security telah diinstall. Ada beratus2 tracking cookies (walaupun byk yang harmless) dan enam ekor kuda trojan. Sungguh menggeramkan.

3. Belerang
Belerang dah dapat. Thanks Kak Azie, susah payah beli kat sinseh kt batu pahat n hantar kt umah. Buah pinang buah hati, jasamu kukenang sampai mati. Ngehehe

4. Gibbon vs Mongoose
Gibbon tu dah dekat namanya dengan jebon. Tapi ia terlalu comel untuk menjadi the legendary jebon. Rasa macam boleh pet. Mongoose itu seram sikiiiit, tapi masih comel, dan one more, adakah ia memang berhabitat di alor setar? paling penting, adakah ia the legendary jebon?


Lihatlah gibbon ini, terlalu comelll...


Ini pula mongoose, masih agak comel


Okey, yang ini garang sikit,



5. First Hair Cut
Aisyah had her first hair cut. Tepi telinga jer pun, sebab rambutnya yang curly murly itu macam nak masuk dalam telinganya. So upon dia tengok rambutnya yang digunting itu, dia menjerit2 marah, sambil menuding2 jari telunjuknya ke arah rambut itu. Huhu~ macamana mama nak sambung balik, Eccah?

6. SPM
Keputusan SPM dah diumumkan. Tahniah pada yang berjaya dapat A, sebab dapat A. yang tak dapat A pun tahniah juga, sebab lepas nih bolehla mencari minat dan kecenderungan yang bermanfaat, selain akademik.

Seorang friend tersenyum2 sambil exclaimed, "Anak buah saya dapat 11A. Waktu dia call tu seram sejuk saya dengar, kak."
Tambahnya lagi, "Dia tuh memang rajin, dan satu lagi, solat tak tinggal, insya-Allah. kalau keluar pegi tengok wayang pun, balik mesti solat."

Seorang lagi wanita, "Hmmph, anak saya tu langsung takder A. Sambung STPM jer la."
Tambahnya lagi,"Kena marah, terus keluar naik motor. Memang dia malas pun nak study"

Hmmm~
Man jadda wa jada.

7. Budak2 pandai
Budak2 sekarang dah makin pandai, 4 puluh tahun dulu ada spm dah cukup baik, lulus tu bonus. Tahun kita dulu, pangkat 1 dah memang ok bintang-bintang. Sekarang budak2 main kumpul2 A. Government tak rasa kerugian ker kalau tak dimanfaatkan kepandaian budak2 sekarang, dengan merombak silibus kepada sesuatu yang lebih fokus, untuk long term masa depan negara (ehh, serius sangat bunyinya)..
Ah~ harapnya PM dan Menteri pendidikan zaman my daughter nanti adalah seorang yang realistik...telus dan bijak paling penting.

Wednesday, March 11, 2009

Men are Like Wolves?

"Men are like wolves. They work in pack. Women are like tigers, they hunt alone." - my English teacher, 1995

The horrors of harassment and bullying in the school has become far too prevalent, when it shouldnt has been subtle harassment or overt. What is this with 10 big sempai (senior) against one helpless kohai (junior). That was totally 'nautical nonsense' (kata Spongebob).

Dont blame the teachers when the parents go gnashing their teeth bila dengar anak kena jentik tangan - huh~ baru kena jentik tangan, tak lebam pun. Cikgu dah tak boleh pegang rotan dah kan?

What is to become to the boys today? Cuma berani suwit2 girls waktu ramai2, cuma berani harass/molest girl bila ramai2, dan cuma berani buli budak kecil/helpless guy bila ramai2. Where have all the men go? Ok, kata kawan saya, all the good men were either married or died or not-really-a-'man' anymore. (Just kidding)

Menitik air mata sang ibu, bila anak pegi sekolah tapi mati selepas koma dibelasah. Apa agaknya reaksi kita jika..nauzubillah.

If what my teacher said was correct, then men should've been, as wolves are, fast and strong, sharp and intelligent, but very highly socialize and know how to respect each other's 'sacred' spaces.

Too much to ask for?

Tuesday, March 10, 2009

Origami vs Kirigami

Sesetengah orang keliru dengan teknik origami, yang dicampur adukkan dengan teknik kirigami. Ori merujuk kepada lipat/ lipatan manakala kiri merujuk kepada gunting/guntingan. 'gami' tu berasal dari 'kami' yang bermaksud kertas.Kirigami adalah satu variasi origami, tapi enhanced dengan teknik seperti guntingan dsb.

Origami flowers

Kirigami flowers/ snow flakes
>


Maka, seperti mana nama tersebut, origami bermaksud seni lipatan kertas tanpa digunting atau dipotong. Manakala kertas tersebut pula boleh digunakan daripada pelbagai jenis material, saiz dan bentuk.

Ive just purchased a small origami book, dan sedang bercadang2 nak buat seekor burung exotic yang cantik untuk aisyah. Ughh~ susah rupanya. Very tacky. Hmm, so sementara nak siap seekor tuh, buat masa nih, cuma sempat menjamu mata jer la dulu...
>


1000 paper cranes

Pernah dengar tak lagenda sadako dan 1000 burung origaminya?



Sadako adalah kanak-kanak comel yang berusia dua tahun ketika Amerika mengebom Hiroshima. Beliau terselamat kerana kampungnya berada 1.7km jauhnya dari tempat bom atom itu dijatuhkan dan menjalani kehidupan yang aktif dan sihat. Walaupun berbadan kecil dibandingkan usianya, beliau menyertai pelbagai akitiviti sukan..

10 tahun kemudian, dia disahkan mengidap leukimia!

Menurut lagenda kuno jepun, sesiapa yang berjaya membuat origami burung angsa(?) crane atau disebut tsuru dlm bahasa jepunnya akan diperkenankan sebarang doanya. Maka sadako pada hari-hari terakhirnya, gigih menyiapkan seribu ekor tsuru dari origami, dengan harapan agar dapat dipanjangkan umur dan diberi kesihatan. Malahan, paper cranes pelbagai warna turut dibantu oleh semua jururawat di hospital, dan dikirim melalui mel untuk mempercepatkan cukupnya 1000 ekor.

Malangnya, Sadako meninggal dunia dengan satu hajat yang tidak kesampaian.

And USA is 'trying' to wipe out the ugly history with several justifications. Nuclear bombs were used on thousands of innocent civilians. And they purposely chose Hiroshima and nagasaki, cities with large population.



Presenting the bomb crew:
> >

eh eh, nak cerita pasal origami, macamana boleh sampai ke pengeboman hiroshima lak nih?
pic credits: properties

Monday, March 9, 2009

Binatang tak peliharaan- papa vs cicak kobeng vs si tedung vs jebon

CERITA SATU:

Suatu petang si dia keluar meninjau2 kebun kecil kami, tiba2 seekor cicak kubing berlari dengan kepantasan maksimum di tepi kaki mr Z, dari arah belakang. Mr Z yang terkejut dengan kepantasan si cicit dinasour ini (betul ker?) menoleh ke belakang, dan mendapati seekor..

ular tedung sedang mengembangkan kepalanya, dan sudah setinggi 1m++.

Mata mr Z bertentang mata si tedung...Masing2 kaku membisu..

Beberapa milisaat kemudian, si tedung dan papa masing2 bertempiaran lari ke arah yang bertentangan.

Moral of the story:
1. Hebat macamanapun anda, jika ular sudah kembangkan kepalanya tiba2, memang speechless, kan?
3. Ular takut manusia, manusia lagi takut ular. (Generalization)
2. Cicak kubing itu jahat orangnya, dia telah mengumpankan mr Z untuk melarikan diri dari si tedung
3. Cicak kubing memang pantas
4. Tapi di saat2 sedemikian, anda akan lebih pantas dari cicak kubing
5. Belerang (untuk menghalau ular2) memang susah diperolehi, nk beli mana ya?

CERITA DUA:
Waktu tu saya baru pindah ke parit ini. So belum kenal jiran dan memang belum ada kawan. Tengah heavily pregnant. Paling menakutkan sebab telah diwarning agar berhati-hati sebab ada pecah rumah berleluasa di taman2 berdekatan.

Sedang kami rehat2 pukul 12mlm tuh, tiba2...
"PRANG"
Bunyi batu kena baling di atas siling.
Brrr...pssrr pssr pssrr (bunyi ini direka, untuk menggambarkan pasir dan batu-batu kecil dipijak di atas siling)

Seriously, walaupun bunyi tu makin perlahan. Tapi masih kedengaran. Saya terus pasang telinga... dan bila bunyi berlanjutan, saya telah menghasut my other half (waktu tu my other one third la) untuk call
"07 454 1222"

Ya, itu adalah nombor balai polis parit raja. Sila catit!

Waktu sekolah menengah, saya pernah dengar bunyi yang sama dari siling bilik stor, dan dgn Ms S, kami telah melaporkan kepada warden yang kemudiannya melaporkan kepada polis sehingga tertangkapnya seekor penjahat dari seberang.. huhu. Siapa masih ingat? Adakah sejarah akan berulang?
Tapi kali ni, keadaan lebih mendebarkan, sebab ia dalam keadaan yang saya betul2 helpless. So kami decided untuk bukak pintu luas2, apa2 hal boleh jerit pada jiran sebelah umah (cam ler kuat sangat suara tuh) iaitu budak2 uthm yang menyewa ramai2...

Polis datang dengan sebuah kereta dan sebuah jip, ada yang beruniform ada yang tak, dua orang bawak machine gun! Maklumlah, kes pecah rumah ni bukan boleh dibuat main2...

Turned out, polis pusing2 satu deretan perumahan tapi tak jumpa kesan2 pencerobohan. Ada dalam sejam kat situ, polis balik dan pesan, apa2 hal call diorang semula...

Turned out, beberapa hari lepas tu, kami masih dengar2 lagi bunyi. Dan kami syak itu bukan orang, tetapi binatang... dan disahkan bila seminggu dua lepas tu, jiran kami cakap

"Hari tu kitorang nampak ada musang pandan kat sebelah umah."

Nasib baik musang pandan tu tak kena tembak dengan machine gun.
(But at least, dia tolong fix kan semula bumbung kami yang dibocorkannya)

CERITA TIGA:
Husband saya tau yang saya tidak takut hantu..Err, so far la. Itu fact sejak kecil. Jadi memandangkan hantu dan rotan tidak dapat menghentikan saya dari travel sorang2 g main kat kampung/rumah tinggal atau g rumah tok n wan yang 2km lebih atau tak masuk umah mandi2 before maghrib, mak telah berjaya menakutkan saya dengan satu benda/ekor.. iaitu jebon.
Jebon itu sungguh menakutkan!
Kata mak, "jebon tu makan budak2 yang tak masuk mandi waktu maghrib. Tambah2 budak pompuan."

Sungguh spesifik pemilihan pemakanan jebon itu, sebab itu saya takut. Seriously!

Jadi bila kami ke zoo terbesar di dunia di zurich, husband saya suruh tunjuk yang mana satu jebon itu. Kat zoo ni banyak binatang dan spesis musang atau monyet. Tetapi saya masih tidak nampak kelibat jebon.

Kemudian ada satu bangunan besar yang dibuat khas, yang bila kami masuk ke dalamnya, berpeluh2 kena bukak sweater untuk dijadikan kipas. Yer, sebab bangunan itu dibuat untuk menyerupai suhu hutan khatulistiwa. Penat juga saya mencari jebon, tapi tak nampak juga bayangnya.

Kemudian pencarian jebon itu kami sambung di zoo melaka, waktu kami bawak Aisyah jalan2 tahun lepas. Gagal. Kelibat jebon tidak dapat diperoleh di mana2...

Beberapa bulan lepas, husband soal-siasat lagi tentang rupa jebon. Agaknya dia tak puas hati, binatang apalah yang lebih menakutkan dari hantu ini.

Lepas soal-siasat oleh mr Z itu, saya baru perasan, yang sebenarnya,
saya memang tak pernah jumpa jebon!

Wujud ker jebon tu?

Sunday, March 1, 2009

Education for the Babies?

Three years ago, we had a chance to visit Ulm, Germany, the birth place of the renown Einstein. There, we witnessed so many things being related to/named after the inventor of the infamous EFE aka Enstein's 10 equations, to name a few, Einstein Café, and this fountain ->



There were so many myths interwined the facts of his early history, especially when the genius himself can vaguely recalled his childhood. That, however, didnt change the legendary and shocking fact that the world renowned physician wasnt born a genius. In fact, some researchers claimed that he was born with mild manifestation of autism or Asperger’s syndrome, thus explained him being a slow learner (widely manipulated/exaggerated by the Hollywood film makers later on). However, his slow verbal development divert his attention to ordinary things that mostly left unquestioned – such as space and time. (quoted)



And what is this fuss with Einstein, suddenly? Well, nothing. Just me trying to reminisce the early education introduced to us back in 1970 to 90s, while at the same time, trying to figure out the best education to introduce to my not-so-little-anymore baby girl.

To coerce a single method to all child is obviously wrong. And to say that the learning method used by a mother is wrong, is absolutely wide of the mark. However, how far would you go in introducing your child to the world of abc and 123?

In Japan, my wonderful and sweet 30-something host mother, had his 9 to 5 work in an insurance company and yet, was forced to do another part time in a video rental shop (bideo ya san) from 3 to 6 in the morning. All for the sake of giving his 5 years old son the best education that money can buy, which costed them 50000yen per month. And the boy isnt the only child she has! The fierce competition among the preschoolers and the mothers/ parents in Japan wasnt a pleasing sight, after all. Traumatizing is the correct word.

---------------------------------------------------
Sesungguhnya saya amat berterima kasih kepada ayah, sehingga kami adik beradik mampu membaca akhbar dan bersilangkata sejak sebelum tadika. Dan saya juga berterima kasih kerana ayah tidak pernah memaksa. Memori kecil tanpa buku-buku pelajaran semuanya indah-indah belaka...hehe.

Selanjutnya saya bertanya juga kepada si dia yang straight As, kalau2 ada rahsia didikan arwah ibunya dulu. Lagi teruk. Kehehe... Her mom was a typical chinese who wouldnt mind spending a fortune for her children's education. So she paid a fortune for his kindi. Tapi, him,being a typical malay boy, malas sungguh nak ke sekolah. Memangla dia tahu membaca, tapi ibu mana yang tak menitis air matanya, kalau sang anak langsung tak berkeinginan untuk ke tadika, sedangkan budak2 lain eager jer nak menulis mengira.

Sebenarnya saya kepeningan. Masyarakat kita dah bertukar jadi kejepunan dengan menyekolahkan anak2 dari usia yang terlalu kecil. Memang baguslah, tapi saya sendiri tak bersedia tengok si kecil saya terbeban. Tapi dalam masa yang sama saya tak nak dia rasa ketinggalan..Isk isk..Tamak, kan?

I didnt have enough time to enjoy my childhood. At merely 11++ yrs old, masuk asrama. Pastu straight belajar sampailah baru stop belajar 1 1/2 tahun lepas. Pada pendapat saya yang hina dina ini, masuk asrama terlalu awal memang membantu perkembangan pelajaran tetapi tak membantu sangat perkembangan mentaliti (ini merujuk pada diri sendiri, bukan orang lain). Belajar dari awal memang bagus, tapi sejauh mana paksaan dan pujukan yang perlu saya terapkan?

Cuma satu yang saya pasti, sikap ibu bapa yang ditunjukkan kepada anak-anak, secara sengaja ataupun tidak, akan mempengaruhi emosi dan kekuatan mental anak-anak. Kekuatan mental inilah yang akan menentukan kejayaan si anak dalam jangka panjangnya.

Cuma bab formal education di rumah/luar rumah yang perlu ditekankan pada anak, saya sendiri masih perlu belajar dan mengkaji. Ada cadangan?
Pening. Saya masih pening.

Hadith of the Prophet (s.a.w.): “The child is the master for seven years; and a slave for seven years and a vizier for seven years; so if he grows into a good character within 21 years, well and good; otherwise leave him alone because you have discharged your responsibility before Allah.”
 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez