Monday, 29 August 2011
Balik kampung.....
Rendang Ayam Utara cara Sayangku Zie
- 1 ekor ayam (dipotong kecil supaya senang di cicah ketupat)
- 2 cawan santan
- 3 sudu kerisik
- Daun Kunyit
- 30 tangkai cili kering
- 1 inci kunyit hidup
- 2 ulas bawang besar
- 7 ulas bawang putih
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 5 batang serai
- 1 sudu besar ketumbar
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih
- 2 sudu teh gula halus
- Garam
- 4 helai daun kunyit - dihiris halus2 helai daun limau purutCara Memasak:-
- Kuali dipanaskan bersama minyak untuk menumis ,masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam kuali, agak mendidih masukan kerisik dan ayam biarkan ayam 3 minit masukkan santan Gunakan api yang sederhana besar dan kacau sesekali.
- Apabila sudah mendidih biarkan kuah pekat, masukkan gula, garam dan perasa.
- Apabila rendang hampir kering, masukkan daun kunyit, daun limau purut.Sedia dihingkan bersama ketupat dan lemang.Emm pasti meyelerakan...
Anakku Hilang Sekelip Mata
Saturday, 27 August 2011
Corn Flakes Madu
Wah Kreatifnya Mereka ini..
Friday, 26 August 2011
Berbuka kat Highway Juru
Wednesday, 24 August 2011
Alahai Zizan.. Bercinta ke Tidak ni?
Menurut finalis pertandingan Maharaja Lawak itu, gosip hubungannya dengan Juliana itu timbul sejak mereka mula menjalani penggambaran filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri pada tahun lalu.
“Bagus juga apabila ada wartawan yang bertanyakan saya tentang gosip itu. Selama ini gosip itu ditulis tanpa mendapatkan pengesahan daripada saya. Di sini saya ingin menegaskan saya dan Juliana tiada apa-apa hubungan.
“Kami tidak pernah bercinta. Kami hanya berkawan baik sahaja. Mungkin sewaktu di lokasi penggambaran filem itu kami kelihatan mesra hingga timbulnya gosip itu,” katanya pada sidang akhbar sebelum pratonton Hantu Bonceng di pawagam Odeon di sini semalam.
Kata selebriti berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu ini, dia bukan sahaja tidak pernah bercinta dengan pelakon jelita kacukan Melayu dan Inggeris itu, malah mereka juga jarang berjumpa selepas tamatnya penggambaran Hantu Bonceng.
Bagaimanapun, tambah Zizan hubungan yang dijalin dengan Juliana sewaktu mereka berlakon bersama-sama dalam filem itu terus berkekalan sehingga ke hari ini.
“Selepas itu saya jarang berjumpa dengan Juliana di mana kami hanya berhubung melalui telefon. Kalau diberi pilihan untuk bercinta dan berkawan, saya pilih untuk berkawan dengan Juliana. Ini kerana, dia seorang yang berfikiran terbuka.
“Saya senang bekerja dengan orang seperti Juliana kerana dia lebih matang daripada usianya. Apatah lagi, Hantu Bonceng adalah filem pertama lakonan saya bersama Juliana,” ujarnya yang melakonkan watak Amran dalam filem itu.
Sementara itu, Juliana sewaktu ditemui selepas itu turut tidak menafikan bahawa dia dan Zizan hanya berkawan baik sahaja di mana gosip hubungan cinta di lokasi atau lebih dikenali sebagai ‘cinlok’ (cinta lokasi) adalah perkara biasa.
“Saya dan Zizan cuma berkawan biasa sahaja. Kami berdua tiada masalah bergandingan sepanjang penggambaran filem ini. Kami gembira berlakon bersama dan kemesraan itu mungkin telah disalah anggap oleh pihak lain,”komennya.
Hantu Bonceng yang menelan kos produksi dan promosi berjumlah RM1.5 juta itu akan ditayangkan di 80 pawagam seluruh negara mulai 30 Ogos ini dengan membariskan ramai pelakon popular antaranya Jue Aziz dan Cat Farish.
P/s tak sabar nak tengok hantu Bonceng... mesti Best giler bila Zizan berlkon...