Lama dah nak buat entry ni tapi oleh kerana kekangan masa so tergendalalah.
dengan mood happy yang teramat hari ni Sabtu 3hb Dis dan 4 Disember 2016 aku dan kengkawan telah tamat belajar.. yeeeeha... happy sangat.. exam last paper kali ni memang rasa nak terbang... Alhamdulillah tq adik2 kawan-kawan kakak2 yang sama2 sambung ni.. kita terbaikkk sebab dah habiskan hajat dan impian walaupun hanya PJJ tetapi kita dah lakukan sehabis baik, sehabis daya dengan membahagikan masa yang sangat2 terhad, meninggalkan keluarga(akulah tu) sanggup datang dari Penang ke KL 2 bulan sekali demi ini.. Insya Allah perjalanan aku belum berakhir kalau ada rezeki lagi akan ..... hahaha sat sat tunggu sat bagi bernyawa sat lu... hehehehe
Kami geng Baling.. tq Din tq Ina dan Tq Mahzal
Kami selepas Exam walaupun soalan sangat membunuh mood.. tapi senyuman tetap diberikan...
hehehehe
Kelas kami yang havoc
Azie, Ina, aku Hada dan Farah
dan sicomel tu anak Farah
Group kami berlima
My Preind kaki gelak kaki makan kaki selfie
lepas exam gi makan lapaqq
Hari Terakhir hari ni paper last muka ada senyum banyak
Posing japppp
Di perkarangan dewan Exam
Yey yey dah boleh balik Penang dengan tenang setenang tenangnya......
Selesai sudah 2 tahun berlalu.. tq Ya Allah sepanjang dua tahun ni kau telah turunkan ujian yang hebat keatas aku, rasa down sangat tetapi itu semua hanyalah dugaan kecil. Aku redho.