Assalamualaikum.
Dah lama nak buat entry Kat Cameron ni tapi asyik tertunggak sebab terlalu banyak gambar. Berpinar mata nak pilih. Ada 700++. FUhhHh. So, pilih yang mana boleh diceritakan je la yer :P
AWAS : TAK BAHAYA TAPI PANJANG.
Hope korang baca sampai habis, baca separuh dulu sekarang esok sambung balik pun takpe.
Aku faham sebab Aku pun penat nak taip ni T___T
Meh nak cerita pasal Cameron Highlands Trip pada 061210.hehe :)
keychain strawberi ;)
Ni first time aku sampai ke Tanah tinggi Cameron yang sejuk bagaikan berada di Korea (Korea pun tak penah pegi, agak je la .heee)
Atas bas menuju ke Cameron ;) -
in Picture-
Kalau nak taw ape rasa die, mestilah excited dan takut! Excited sebab memang dah lama teringin bercuti kat sini, dan hari tu Kelab untuk PPK / FAKULTI aku ada buat Kembara Mikro-e so aku ikut je lagipun time tuh dah habis exam =)
Bayaran sangat murah okei. 3 hari 2 malam memang berbaloi-baloi.
Takut pulak sebab Jalan untuk sampai kat sana memang seyes menakutkan bagi aku,haha.
Pic dalam toilet.haha.lawa gila kan pemandangan luar toilet :p
Picture taken by Atiq using my Canon, time ni aku bajet testing Nikon kepunyaan Melya je.hehe :P
Ape yang buat aku lebih excited adalah sebab aku dah ada DSLR, Jadi excited aku nak berphotoshoot kat Cameron walaupun tak reti guna pun lagi.haha.
1st day sampai dah lewat dah, so tak kemana, terus menuju ke apartmen yang disewa,
Nama apartmen ni Desa Anthurium. Memang best! Tinggi dan sejuk!
Sewa pulak RM200 kot tak silap aku untuk satu malam, ada 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, ruang tamu, ruang makan dan tempat masak sekali. Memang berbaloi kalau datang ngan family untuk di sewa.
Ruang makan.Penuh meja ngan makanan kitorang. 1 rumah 7 orang ;)
Baru aku taw rupenya rumah-rumah kat Cameron ni memang xde langsung air cond ke kipas ke sebab dah memang sejuk macam dalam air cond! huhu. And sama jugak dekat bank ke office ke, siap ada pemanas lagi (macam korea kan? haha)
Ain, Atiq and Melya.
Jom pergi Pasar Malam! Simple-simple sudah.hee
Then malam after maghrib gerak ke
PASAR MALAM KG.RAJA tak jauh sangat dari Apartment. Pasar malam ni besar gila kot. Penat nak berjalan. Kat sini banyak gila strawberi, cactus, keychain dan macam-macam benda yang dibuat dari strawberi la mostly.
The keychains ;)
Keychain yang sesuai untuk dibeli untuk kawan-kawan.Comel-comel jer.hehe.
Chocolate Strawberi.
Perghhh. Y ni memang sedap! Aku order 2 jenis, satu strawberi celup coklat dan lagi satu strawberi celup madu. Both delicious tapi aku lagi suka strawbery with Honey sebab rasa die tak keruh.haha. Plus, die bubuh cream..pHheuhh.Memang sedap. RM 1.50 secucuk ;)
Cactus
Baru aku taw ada kaktus warna warni.HAHA.jakun sungguh aku tengok. Ciap ada warna Pink :P
Esoknya, pagi-pagi lagi kami ke BHARAT TEA.
Borong teh pelbagai perisa.
Rambang mata masuk dalam kedai ni. Banyak gilos jual teh yang pelbagai perisa, Antaranya strawbery, Blueberry dan Apple Tea. Aku beli jugak dalam 5 kotak.haha. Tapi yang palin sedap Teh perisa strawberi.Suka sangat rasa die.
Dalam kedai ni pun ada jugak jual sourvenier ;)
Then dah habis beli pergi ke kawasan luar kedai, TEA PLANTATION!
Nampak tak Si Melya tunjuk tunjuk tuh?
(ni aku paksa die buat gaya tunjuk.sorry beb! haha)
Luas yang amat ladang teh ni. hijau! Sedap mata memandang.hehe. ni kawasan kat luar kedai.
Nampak lagi tak betapa besaunyer ladang nih. Budak budak rombongan dah macam semut padahal dah zoom maximum neh.hee.
Aku tak turun sebab pakai heels.huuu. Ramai ahli rombongan yang turun and ada yang jatuh lagi, Tanah agak licin sebab time tu hujan renyai-renyai.
So, kalau korang nak turun bergambar kat dalam ladang ni jangan dok gatal nak pakai heels macam haku! haha. Pengajaran yer di situ :pp
So, kami bergambar dari atas je lah ;)
In front of tea corner
Ada kedai teh untuk bersantai-santai juga kat sini. Memang best kalau boleh lepak-lepak minum teh sebab pemandangan ladang teh yang mcam dalam gambar kat atas tadi :) tapi since banyak tempat lagi kena pergi, kami sempat bergambar je ;)
Lepas tu kami pergi ke ROSE VALLEY kot.haha. Aku pun tak berapa nak ingat sebab dah kat 2 minggu dah pergi ni :p
Welcome to Garden yaww!
Sebenarnya aku tak bajet la sejuk sangat jadi aku tak bawak kasut, bantai heels dengan stoking Hitam -_-"
Nama Rose Valley tapi bunga ros tak banyak mana pun -_-"
Ada banyak lagi bunga lain tapi nanti aku buat Entry lain utuk Macro Pictures yang tu.
Ini Hanim, seorang bloggers yang best da otai.hehe. Sila terjah blog die di
siniMemang best blog die. kelakar.hee.
Ouh ye, kat belakang aku ngan Anim duduk ni tempat nak buat wish
ala.. yang baling-baling duit syiling dalam kolam tu sambil buat wish
Banyak jugak syiling yang da sedia ada dalam tu.
Tapi jangan dok percaya pulak benda macam tu.
Ini pulak
Melya ,juga bloggers, tapi jarang-jarang update :p
Lepas dah penat memetik ros kat sini (ops kantoi) kami ke BOH TEA CENTRE
Nah hambik, concur kat aku sorang-sorang je.hihihihi.
Kami naik ke sini dengan Bas Sekolah ala-ala GBS tuh sebab bas Unimap tak boleh lalu jalan die kecik dan di lerang bukit yang teramat. Semua yang naik ke Sini dah mengucap siap-siap sebab cuak gilew kot.Sape-sape penah naik ko taw lah cane rasa die yo!
GBS. Ada 2 tiga gambar aku edit tapi lePas tu dah malas.wahaha.
Tabik spring untuk diri sendiri sebab berjaya mengawal ketakutan untuk naik ke sini!
Tengok lah ladang teh boh ni, Luas giler. Memang kayo lah kalau dapat memiliki ladang macam ni.huhu.
Cakap pasal kayo, ni ada dua buah rumah banglo ats bukit kat tengah-tengah ladang. Agak-agak ni rumah tokei Boh ke? hee.
Besar giler kan pokok kat belakang aku.
Gambar candid bersama geng-geng masa Trip.hehe.
Next!
BUTTERFLY GARDEN
With kawan-kawan chinese.
Rama-rama kat sini memang jinak tak hengat lah. Ambik camtu je letak lah kat mana pun die tak terbang. Boleh buat brooch kat tudung kalau terdesak or kalau nak bajet pakai riben rama-rama ke.haha.
See. Jinak kan?
Totally suka diz picture.hehe. Ain xde gambar dengan rama-rama sebab geli katenyew.haha :D
Bukan muka aku yang kecik ok tapi Bunga raya yang besau gile.First time tengok.huhuhu.
Next!!
STRAWBERY FARM
Tapi sayang sesayang sayangnya sebab time kami pergi bukanlah musim strawberi, jadi farm ni tutup awal.Sampai dalam 4 petang dah tutup so takdelah gambar kat sini.huhuhu.
Ok, kalau korang nak datang tengok strawberi gebu-gebu kat pokok silalah datang pada bulan JANUARI HINGGA APRIL sahaja sebab time tuh musim dia.
Dan lepas tuh kami terus caw pergi Pekan untuk makan-makan dan solat semua. Gambar non ado sebab dah penat.hehe.
Then tengah malam tuh terus gerak ke UMP.penat tapi enjoy ngn korang semua. Harap-harap this sem ada lagi lawatan kelab yang superb macam ni! :D
OK, akhirnya berjaya aku siapkan entry yang panjang nak mati ni.haha.
untuk next entry,
jeng jeng jeng...
ENTRY MACRO PICTURES BUNGA DAN RAMA-RAMA
Nanti aku rajin aku post yek.hehe.
Bubbyee~~ enjoy reading girls :D
Nak exchange Link/Banner,click SINI