[go: up one dir, main page]

Friday, September 12, 2014

Anda di kalangan yang dipilih oleh ALLAH s.w.t jika anda tahu info ni sebelum Pintu Taubat di tutup oleh Allah!



Salam Jumaat.



Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari kiamat pun berlaku pada hari Jumaat.
Haritu masa berbual- bual dengan Mama, dia cerita pasal hari kiamat.

Jahilnya rasa diri ni sebab ingatkan hari kiamt tu, dunia terus hancur..Allah gulung muka bumi ni..rupanya tak macam tu...rupanya lagi menakutkan daripada tu!
Takpelah at least saya sempat tahu sebelum mati dan terjadinya kiamat.
So pada sesiapa yang tak tahu macam saya..meh nak share cite pasal kiamat .. nak cerita secara 'ringan' sebab saya tak tahu sangat pasal hadis ataupun sains.



Mama sekarang masa dia banyak depan youtube. Segala ceramah dia tengok. Pasal kiamat ni pun, dia dapat info daripada video ustaz kat youtube.

Mama cakap..sebelum berlakunya kiamat.. dunia ni akan jadi gelap selama 3 hari..Masa ni adalah masa 3 hari terkahir taubat kita akan dterima oleh Allah s.w.t..Seluruh dunia bergelap dan selepas 3 hari dunia akan cerah balik dengan keadaan Matahari akan terbit dari Barat..yakni terjadilah kimat yang mana taubat kita tidak akan diterima lagi....Masa ni semua negara atas muka bumi ni sama je waktu siang dan malam.

Dunia berubah 100%, manusia pu n berubah 100%.. tak ada lagi panggilan nama macam kita sekarang..semua manusia memanggil manusia lain dengan panggilan Kafir. Manusia seakan lupa dan terus hanyut kecuali yang sempat bertaubat sebelum terbitnya Matahari dari Barat..tu pun xbanyak dan belum tentu iman kita akan terus utuh pada masa tu sebab Dajjal dah mula menguasai bumi..Dajjal ni kuasa dia tak terbatas..boleh hidupkan orang mati, boleh turunkan hujan, boleh jadikan kemarau kat kampung2 orang yang tak nak ikut dia..dan macam2 lagi lah kuasanya..jadi ramai yang terpengaruh dengan Dajjal walaupun pada permulaan kiamat tu mereka beriman...

Seram dengar..sebab sekarang boleh la kita cakap iman kita kuat..tapi bila ditimpa musibah berat dan Dajjal boleh buat apa sahaja time tu...kuat kah iman kita?takut kan?


Allah..takutnya sy degngar cerita dari Mama..dan rasanya rugi sangat kalau saya tak share pada ramai orang.. Kalau ada kesalahan apa2 dalam cerita ni, tegurlah..sekurang2 nya saya tahu lebih banyak maklumat. Dan kalau ada penambahan pun dipersilakan share di comment ya.

Moga kita tergolong dalam golongan yang beriman sampailah bila2.. dan saya harap saya mati sebelum terjadinya kiamat kerana..kiamat tu sungguh dahsyat!

Mama pesan lagi, kita patut rasa bersyukur jika kita sempat tahu pasal benda ni sebelum terjadinya kiamat dan kita mati.. Sebab sekurang2 nya boleh baut pengajaran dan peringatan kepada kita semua..Saya izinkan artikel ini di share :)

Boleh refer video ni untuk info penuh dari ustaz tanda sebelum kiamat. Insyallah kalau anda tonton video ni bila masa terjadinya kejadian ni kita tahu jawapannya adalah KIAMAT..dan dalam masa 3 hari tu kita sempat lagi bertaubat sebelum matahari terbit dari sebelah barat! .Bersyukurlah kita diberi peluang oleh Allah untuk tahu benda ni lebih awal sebelum terjadinya kiamat...Mana tahu Jumaat minggu depan adalah harinya..Allahuakbar!! Selamat menonton dan beramal~






Tuesday, September 9, 2014

Majlis akad nikah Faiz & Syariniey

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dulu sendiri kini berteman. Yang halal ternyata lebih indah. Lebih tenang. Lebih gembira dan lebih menyayangi :)


Hai sahabat bloggers dan readers.
After long silence...here the update!
Nak cite pasal majlis akad nikah saya yang dah selamat berlangsung 3 bulan  lepas.hoho.
Sorry for the delayy.

Memang teringin nak update cepat2 tapi gambar2 semua sy baru dapat.


Alhamdulillah syukur pada Allah kerana dengan rahmat dan kurnianya saya diberi rezeki untuk berkahwin pada usia 25 tahun 7 bulan!
Dulu2 pernah target, paling lambat pun umur 26 saya nak kahwin. Alhamdulillah Allah perkenankan doa saya :)

Jodoh pilihan hati sendiri, Mohamad Faiz Mohd Ismail sah bergelar suami kepada saya dengan sekali lafaz di Masjid Beijing, Rantau Panjang Kelantan pada jam 9.00 pagi 31 Mei 2014.
Syukur tak terhingga kerana apa yang telah lama dirancang menjadi kenyataan.
*Maafkan sy kalau skema sgt sebab dah lama update blog rasa macam bersopan sgt la pulak bahasa :P *

So ada beberapa gambar nak ditempek kat sini untuk tatapan pembaca dan kenangan untuk saya dan suami serta keluarga. Blog ni dah macam diari sebab semua peristiwa penting akan tercoret dalam ni. :)

Tema akad nikah putih cream. Actually masa rancang warna purple belacan, tapi tak de rezeki pulak nak pakai color tu, Tapi warna putih cream pun best.Nampak suci je :P


Masa ni dah siap akad nikah. Gambar time salam tok kadi tak ada sebab nya photgrapher datang lambat..Alasaanya lambat bangun tidur..Sabar je lah masa tahu benda ni. Saya yang tengah nervous pulak kena kejutkan photographer. Menyesal pun ada kenapa la ditakdirkan jumpe photog camni...datang lambat sampai gambar salam tok kadi tak ada, bagi gambar pun lambat..sampai 3 bulan baru dapat..Menyesal sangat99..Memang spoil mood.... tapi bila fikir balik sabar saje lah :(


Air muka dengan perasaan yang beracmpur aduk tapi bersyukr sgt dah sahhh..!! time ni dah siap akad nikah sekali lafaz. Muka encik suami pun dah tenang .Alhamdulillah :)

 Sesi bacaan taklik suami depan tok imam. Sedih dengar. Insyallah jodoh kita panjang sayang.. Insyallah sampai ke mati..


Dah selesai bacaan taklik masa untuk sign borang akad nikah. 



Encik suami buat solat sunat lepas kahwin. Solat sunat syukur.



Masa untuk batalkan air sembahyang. Sebentuk cincin perak untuk suami.


Dan seutas rantai tangan untuk isteri :)


Masa akad nikah ni, Persiapan untuk diri sendiri sy buat sendiri je dari pakai baju,pakai tudung sampai lah ke mekap. Saya akad nikah awal pagi jadi mak andam tak datang lagi. Lagipun memang teringin nak mekap sendiri untuk hari kahwin. Simple mekap tanpa cukur kening dan bulu mata palsu. :)



Diet punya lah lama sebelum kahwin, tapi nilah diri saya dari dulu lagi, tetap tembam macam biasa.hoho.



I love my own make up! 
Simple and natural~
Berbaloi berguru ngn youtube.ngeee~
haha


 
Insyallah next update nak story pasal majlis bersanding sebelah perempuan pulak.
Ni pelamin untuk bersanding.
Dah macam taman bunga dalam rumah.
Harga sangat lah berbaloi bridal ni dengan servis yang memang tip top.
Tak rasa bersalah kalau nak rekemen! 
:)




Stay tune~ :D


DO NOT COPY & PASTE THE PHOTOS WITHOUT PERMISSION Copyright of www.life-syariniey.blogspot.com

Friday, June 6, 2014

Dengan sekali lafaz.... :)

Assalamualaikum  :)


Alhamdulillah saat yang dah lama di tunggu2 akhirnya tiba jugak.
31 Mei 2014, 9.00 pagi selamat di Ijab Qabulkan dengan pilihan hati saya sendiri Mohamad Faiz di Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan dengan sekali lafaz =)




Sekarang dah bertukar status dari Cik Syariniey ke Puan Syariniey.
InsyaAllah hney akan cuba jadi isteri terbaik untuk syg dunia dan akhirat.
Itu janji hney  dan hney harap syg pun sama :)

6 tahun lebih kenal tiba2 dah jadi suami rasa macam kekok sgt dan susah nak percaya dah duduk 1 rumah dengan dia, rasa macam mimpi tapi Alhamdulillah inilah realitinya sekarang :)

Tema bersanding semestinya PINK :D
InsyaAllah dah dapat gambar dari Photographer nanti akan upload entry panjang2 kat blog :)



Love,
Your Wife :)

Monday, March 31, 2014

Date and Fate Crunchy Chocolate

Assalamualaikum..
 
 
Hi Bloggers!
 
Setelah sekian lamanya menyepi dari berblogging, akhirnyaa...muncul jugak saya dengan sebuah entry khas untuk penggemar coklat tapi takmo badan gemok + nak sihat.hehe.
Macam mana tu??
 
Ok so untuk sesiapa yang rasa gilaaa makan coklat boleh try 1 produk yang kawan saya jual.. Serius sedap tak tipu. Memang thorbaikk dari ladang rasa dia.
Makan sampai takleh berhenti (padahal tengah diet T__T) tapi yang bestnya berat tak naik + kenyang. Hohoho.
 
Sebabnya kenyang, coklat ni dicampur dengan oat, so rasa dia sangat laaa crunchy :)
Meme sedap ahhh.
 
So ni la rupa Date and Fate tu. Kiut Miut ngn kotak dia yang kaler pink ni.
 

Packaging dia sangat la comel :)

Ni setiap biji dalam kotak..ada 3 kaler campur2. Rasa dia sama je cuma plastik je berbeza :)
 

Sekotak ada 50 biji coklat oat. Serius leh habiskan sensorang je sekotak ni..tp bukan la sehari..pecah perut kenyang kalau habiskan sekotak dalam 1 shot.ahaha.
Tiap2 pg sebelum g kerja ambik sepuluh. Pagi makan 5 tengahari 5. So seminggu habis la :P
 
Ni la rupa oat crunchy chocolate date n fate.nyumsss! sedap!

 
Ni pulak maklumat pemakanan dia.
Boleh refer pic bawah ya :D
 


So sape2 yang berminat nak beli boleh contact kawan saya.
Saya dah rembat 32 kotak.Muahaha. banyak tak??
Actually beli banyak2 sebab nak makan + buat goodies masa hari kahwin nanti.
Nanti boleh bagi sebijik sorang rasa.. yang penting kena attend kenduri la baru la dapat goodies :P
 

Jomm Oder sebelum kehabisan stok! Stok sebulan sekal jer bleh ambik.
Intagram : @datenfate or whatsapp : 01993311022

Boleh contact istagram @datenfate / whatsapp 019311022 untuk beli date n fate.
Tanya harga kat orang yang jual yer. Yang penting HALAL ya :))


 
DO NOT COPY & PASTE THE PHOTOS WITHOUT PERMISSION Copyright of www.life-syariniey.blogspot.com

Nuffnang Ads